edu web baru

Post on 26-Jun-2015

406 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

EDUCATION WEB TELEVISYEN (EDUWEBTV)

SGDT 5013INFORMATION TECHNOLOGY IN EDUCATION

• Di sini anda boleh mendapatkan :– maklumat berkaitan pendidikan– soalan-soalan peperiksaan– video-video pendidikan yang menarik– isu-isu pendidikan– perkongsian idea– akses maklumat  dan tugasan untuk

kegunaan pelajar dan sebagainya. • Layarilah : www.eduwebtv.com

PERNAHKAH ANDA MELAYARI EDUWEBTV?

APA ITU EDUWEBTV?

SURAT SIARAN

• Penggunaan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya telah lama dilaksanakan.

• Bermula dengan TVP pada tahun 1974 dan kemudiannya Penggunaan TV pendidikan melalui ASTRO telah dilaksanakan mulai Tahun 2000 dengan pemasangan peralatan dijalankan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.

• Selepas itu, Kampus Astro juga telah dilancarkan pada tahun lepas 2008 dan akhir sekali Education Web Television (EduwebTV) pada tahun 2009.

ABSTRAK

• Penggunaan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan 4 fasa perlaksanaan kemudahan TV yang agak berbeza ini menandakan bahawa medium TV penting dalam proses P&P. TV juga merupakan alat bantu belajar yang terkenal di negara-negara maju seperti AS, Eropah, Jepun, China dan Australia.

• Di negara-negara membangun seperti Malaysia, kesedaran menggunakan TV dalam P&P masih rendah meskipun ia telah bermula sejak 35 tahun yang lepas.

ABSTRAK

• Molstad (1974) berpendapat media jika digunakan bersama pengajaran ala tradisional akan meningkatkan proses pengajaran.

• Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika penggunaan media dirancang secara sistematik

• Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah cina;

‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu…’

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN BERBANTUKAN AUDIO VISUAL

OBJEKTIF

• Memahami dan mengetahui secara keseluruhan definisi, visi dan misi EDUWEBTV

• Mengetahui tentang semua saluran dan jenis pengguna yang terdapat dalam Portal EDUWEBTV

• Mengetahui keperluan asas dalam menggunakan Portal EDUWEBTV

STATISTIK SALURAN EDUWEBTV

Tarikh Cerapan : 12 Oktober 2010

SMK SERI INDAH, SERI KEMBANGAN

SMK SERI INDAH, SERI KEMBANGAN

SMK SERI INDAH, SERI KEMBANGAN

SMK SERI INDAH, SERI KEMBANGAN

SK PULAU LARAPAN, SEMPORNA

SK PULAU LARAPAN, SEMPORNA

KENAPA EDUWEBTV ?

PENGENALAN

• Eduwebtv merupakan projek di bawah KPM.

• Eduwebtv membolehkan penghantaran program pendidikan untuk Guru dan Murid ke arah mewujudkan lebih banyak lagi sekolah bertaraf sekolah bestari.

• Eduwebtv merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang pendidikan di bandar dan luar bandar.

DEFINISI

• EDUWEBTV merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

VISI

• Untuk menjadi Portal Pendidikan berasaskan Video Pendidikan bertaraf dunia menerusi penerapan nilai-nilai murni menggunakan teknik video

MISI

• Untuk menerajui pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi yang kreatif sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.

COGANKATA

• Pendidikan Digital Untuk Semua (Digital Education for All)

SALURAN EDUWEBTV

• EDUWEBTV merupakan Portal berasaskan kepada video pendidikan yang mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza.

• Terdapat 7saluran - Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung.

BERITA

• Video berkaitan aktiviti KPM

• 2 bahasa (Melayu dan Inggeris)

• Saluran berbentuk Berita dalam Pendidikan (News in Education) – aktiviti KPM, isu semasa pendidikan, polisi kerajaan dan program pendidikan di sekolah

AKADEMIK

• Video berkaitan akademik seperti kursus ahli akademik dalam dan luar negara

• Guru dan Murid dapat mengalami pengalaman yang sama

• Pembakar semangat dan pencetus inspirasi

RENCANA

• Rancangan khas – sebaran dan perkongsian maklumat

• Contoh – Pendidikan Teknik dan Vokasional

• Aktiviti pendidikan dan amalan-amalan terbaik

WAWANCARA

• Saluran video wawancara atau temubual bersama Personaliti Pendidikan yang berperanan mewarnai halatuju program dan agenda pendidikan negara

• Mengenali Personaliti Pendidikan

• Isu yang diwawancara sebagai panduan

TV PENDIDIKAN

• Bahan P&P yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

• Rancangan berasaskan kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah

• TV Pendidikan secara atas talian

• Matapelajaran – Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Sejarah.

INTERAKTIF

• Video program utama KPM seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

• Pembestarian Sekolah

SIARAN LANGSUNG

• Rakaman siaran langsung program anjuran KPM

• Contoh – Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010

JENIS PENGGUNA

• Pentadbir Sistem

• Pengguna Akhir– Orang Awam– Guru– Murid

KEPERLUAN ASAS

• Pelayar Web – Internet Explorer (6 dan ke atas)

• Windows Media Player (9 dan ke atas)

• Saiz paparan – 1024 x 768 ‘pixel’

• Sistem Pengoperasian – Windows 98

• Akaun E-mel (Pendaftaran EDUWEBTV)

KAJIAN

• Populasi bagi kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar di enam buah sekolah rendah yang di pilih di sekitar daerah Johor Bahru.

• Tetapi bagi kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah pensampelan untuk memudahkan kajian.

• Seramai 150 orang guru dari enam buah sekolah rendah di Johor Bahru sahaja dipilih menjadi sampel kajian.

POPULASI & SAMPEL KAJIAN

• Pemilihan sampel adalah secara rawak dan jenisnya adalah pensampelan berkelompok.

• Ini kerana guru-guru dipilih dari dua kelompok sekolah yang berbeza iaitu sekolah di kawasan bandar dan sekolah di kawasan luar bandar.

POPULASI & SAMPEL KAJIAN

• Bagi kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mengumpulkan data dan maklumat daripada responden.

• Soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan, selain daripada keterangan latar belakang (Oppenheim (1966) dalam Mohd.Najib, 1999).

• Kaedah ini dipilih kerana ia sesuai dengan kehendak pengkaji serta paling praktikal, berkesan dan menjimatkan masa.

INSTRUMEN KAJIAN

• Kajian ini mendapati bahawa tahap kekerapan penggunaan TV Pendidikan dalam kalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua jenis sekolah adalah di tahap yang rendah.

DAPATAN KAJIAN

• Bagi sekolah di kawasan bandar, majoriti guru bersetuju mengatakan bahawa TV Pendidikan memberi banyak idea dan kaedah pengajaran berkesan kepada guru. Disebabkan beberapa masalah seperti kekangan masa dan kekurangan kemudahan menonton, ramai dalam kalangan guru yang mengambil keputusan untuk tidak menggunakan TV Pendidikan.

DAPATAN KAJIAN

• Selain itu, ramai juga dalam kalangan guru yang bersetuju mengatakan bahawa para pelajar lebih seronok belajar menggunakan TV Pendidikan berbanding kaedah pengajaran tradisional jika kemudahan TV Pendidikan dapat digunakan sepenuhnya.

DAPATAN KAJIAN

• Hasil dapatan kajian ini menunjukkan pernyataan “saya menggunakan TV Pendidikan sebagai bahan bantu mengajar saya” menunjukkan nilai min yang paling rendah bagi sekolah rendah di kawasan bandar.

• Ini jelas menunjukkan bahawa guru-guru tidak memanfaatkan kepentingan TV Pendidikan ini.

• Disebabkan hal inilah, majoriti responden tidak pasti sama ada penggunaan TV Pendidikan dapat mempertingkatkan prestasi pencapaian pelajar ataupun tidak.

DAPATAN KAJIAN

• Keseluruhannya, penggunaan TV Pendidikan dan EDUWEBTV dalam kalangan guru sekolah menengah adalah di tahap yang sederhana.

• Namun terdapat perbezaan yang signifikan antara kategori sekolah dengan penggunaan EDUWEBTV dalam P&P serta terdapat perbezaan yang signifikan juga antara responden yang memiliki komputer peribadi dengan penggunaan EDUWEBTV walaupun baru dilancarkan.

PERBINCANGAN

• Menurut Dr. Maizurah (2000) dalam kertas kerjanya yang bertajuk penggunaan TV Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran, menyatakan bahawa gambaran visual di televisyen yang memaparkan keadaan dunia sebenar boleh memberi pengalaman konkrit bagi memudahkan proses pembelajaran.

KESIMPULAN KAJIAN

• Adalah amat merugikan kepada pihak yang terlibat, khususnya Bahagian Teknologi Pendidikan yang bertungkus-lumus menyediakan program pendidikan tetapi tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru.

KESIMPULAN KAJIAN

• Kawalan kelas lebih mudah.

• Bahan pengajaran yang menarik dan meransang pelajar.

• Guru tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menyediakan bahan.

• Pelajar dapat pengetahuan yang bermakna dengan situasi pembelajaran yang sebenar.

KEBAIKAN EDUWEBTV

• Penggunaan TV Pendidikan dan EDUWEBTV dalam kalangan guru sememangnya dapat membantu meningkatkan prestasi dalam bidang akademik, malah turut dari aspek sosial.

• Pelbagai kemahiran mengajar yang positif diterapkan melalui pengajaran menggunakan TV Pendidikan dan EDUWEBTV.

• Motivasi seseorang guru dapat ditingkatkan lagi untuk terus mengajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

KEBAIKAN EDUWEBTV

• Kaedah pengajaran menggunakan TV Pendidikan dan EDUWEBTV ini mampu melahirkan guru yang cemerlang dari pelbagai aspek sejajar dengan era modenisasi pada masa kini yang memerlukan pendidik yang berintelektual dan bersahsiah tinggi.

KEBAIKAN EDUWEBTV

• Guru-guru tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan laman EDUWEBTV.

• Sekolah tidak dilengkapi dengan kemudahan komputer yang mencukupi untuk melayari EDUWEBTV dan sistem rangkaian internet yang kurang memuaskan.

KEKANGAN EDUWEBTV

• Apabila rangkaian internet kurang memuaskan, maka guru-guru memerlukan masa yang panjang untuk melayari EDUWEBTV dan menghadapi masalah dalam memuat turun bahan-bahan yang terdapat dalam laman EDUWEBTV.

KEKANGAN EDUWEBTV

• Kemudahan LCD tidak mencukupi turut menjadi salah satu masalah dalam menggunakan EDUWEBTV sepanjang proses P&P.

• Kurangnya kemahiran dalam mengendalikan komputer dan internet dalam kalangan responden juga menjadi satu lagi masalah dalam penggunaan TV Pendidikan yang berbentuk web.

KEKANGAN EDUWEBTV

DISEDIAKAN OLEH:AIZUL FARED BIN MANSOR (807615)

FUZAINAH BINTI TAAHYADIN (807639)HAMIDAH BINTI ABDULLAH (807641)

PROGRAM : MASTER OF SCIENCE - EDUCATIONAL MANAGEMENT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2010/2011

top related