budaya kerja cemerlang new.docx
Post on 24-Dec-2015
402 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMIJABATAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKANPPP6024
TAJUK TUGASAN:
BUDAYA KERJA CEMERLANG DI SEKOLAH
Ahli Kumpulan No. MatrikVictor Jibson Bin Anthony Idi M20141001069Harnaharniya Bin Umas@Abdul Hakim M20141001125Semanto Bin Ahi@Ali M20141001062Muhammad Fudhail Bin Razak M20141001190Nasaruddin Bin Ibrahim M20141001127
NAMA PENSYARAH: DR ABD. RAHMAN BIN AHMAD
1 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
Abstrak
Budaya Kerja Cemerlang adalah suatu konsep dan pendekatan pengurusan pentadbiran yang
telah diamalkan di Malaysia sejak 1989.Walaubagaimanapun, penekanannya telah mula
diberikan tumpuan selepas kemerdekaan khasnya bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Fokus perkhidmatan di bawah konsep ini bukan sahaja tertumpu kepada output tetapi
juga untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa, korupsi, pengurusan birokratik dan pelbagai
bentuk kecuaian yang sering berlaku dalam pengurusan pentadbiran. Dalam usaha
menyemarakkan budaya kerja cemerlang di kalangan Penjawat Awam, kerajaan telah
menubuhkan Institut Intergriti Malaysia dan memperkenalkan Pelan Intergriti Nasional pada
tahun 2004 dan mensasarkan suatu pencapaian pada 2008 yang dinamakan sebagai TEKAD
2008. Konsep ini juga menekankan penghasilan pekerja yang mempunyai tahap
kebertanggungjawaban atau kebolehpercayaan yang tinggi.Penjelasan tentang konsep budaya
kerja cemerlang juga dikupas dari perspektif Islam untuk menjelaskan bagaimana Islam
memberikan penegasan dan penganjuran terhadap nilai-nilai murni dalam perkhidmatan.
2 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
1.0 Pengenalan
Sekolah yang berkesanadalah sekolah yang berjaya membentuk satu iklim dan etos sekolah yang
cemerlang yang menjadi amalan oleh warga sekolah dan sekaligus berjaya meningkatkan
prestasi dan pencapaian akademik pelajarnya. Iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang ada di
sekolah yang membezakan dengan sekolah lain sebagai suatu gambaran sistem sosial yang
membentuk persekitaran pembelajaran. Segala tingkah laku pelajar yang terdiri daripada
pelbagai latarbelakang dan pengalaman berbeza akan bergantung kepada pentadbir, guru-guru
untuk mewujudkan iklim sekolah yang terkawal dan menyediakan satu keadaan kondusif
terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Katz & Kahn (1966)
mengatakan bahawa pemimpin yang berorientasi pekerja dan mempentingkan keperluan pekerja
bawahan dapat menghasilkan produktiviti dan kepuasan kerja yang lebih tinggi.
Peter Mortimore (1995) dari Universiti London dalam kertas kerja yang berjudul ‘Key
Characteristics of Effective Schools’ menyenaraikan 11 ciri sekolah berkesan tetapi yang ingin
ditumpukan adalah kepada dua ciri iaitu budaya pembelajaran dan hak serta tanggungjawab
murid yang terlibat dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan sebagai penentu sekolah yang
berkesan. Etika dan budaya kerja cemerlang sesebuah organisasi biasanya dikaitkan dengan
system nilai, norma, sikap dan etika kerja yang dipegang bersama oleh setiap kekitangan. Empat
elemen ini menjadi asas untuk mengawal perlakuan kakitangan, cara mereka berfikir, berhubung
antara satu sama lain dan berinteraksi dengan persekitarannya. Jika budaya organisasi itu baik,
maka akan membolahkan kakitangannya meningkatkan mutu kerja yang cemerlang dan akan
menyumbang kepada kejayaan jabatan berkenaan.
1.1 Definisi Budaya
Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak
bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan
hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala
sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"'
yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.Di dalam bahasaInggeris, kebudayaan
3 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam
atau mengerjakan.
1.2 Definisi Kerja
Kerja bermaksud kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia untuk mendapatkan ganjaran
atau upah.Kerja atau amal menurut Islam dapat diertikan dengan makna yang umum dan makna
yang khusus. Amal dengan makna umum ialah melakukan atau meninggalkan apa jua perbuatan
yang disuruh atau dilarang oleh agama yang meliputi perbuatan baik atau jahat. Perbuatan baik
dinamakan amal soleh dan perbuatan jahat dinamakan maksiat.Islam mewajibkan setiap umatnya
bekerja untuk mencari rezeki dan pendapatan bagi menyara hidupnya.Islam memberi berbagai-
bagai kemudahan hidup dan jalan-jalan mendapatkan rezeki di bumi Allah yang penuh dengan
segala nikmat ini. Firman-Nya bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami
jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan." (al-A'raf: 168)
1.3 Definisi Cemerlang
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, cemerlang bermaksud bersinar atau bercahaya dengan
terang, berkilauan, gilang-gemilang.
2.0 Pernyataan Masalah
Sekolah merupakan institusi terpenting dalam membentuk modal insan negara pada masa akan
datang. Oleh itu, budaya kerja cemerlang yang diamalkanakan dapat meningkatkan prestasi
sekolah selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan lebih banyak sekolah cemerlang.
Permasalahannya, adakah kejayaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang berpunca dari budaya
kerja guru cemerlang?.Sejauh manakah budaya ini meninggalkan kesan yang positif kepada
keberkesanan kepada sekolah ini.
4 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
Justeru itu kajian ini dijalankan untuk mengkaji budaya kerja cemerlang yang berjaya
mempengaruhi keberkesanan sesebuah sekolah sebagai sebuah institusi terpenting negara.Kajian
ini juga berdasarkan kepada kajian Hawthorne, iaitu sebuah kajian yang terkenal di loji
Hawthorne milik Western Electric Co. Oleh George Elton Mayo dan F.J Roethlisberger daripada
Badan Penyelidikan Kebangsaan yang dilakukan pada 1927-1932.Kajian ini mendapati bahawa
manusia adalah sumber terpenting bagi sesebuah organisasi.Kecemerlangan seseorang insan
adalah dipengaruhi oleh aspek dalaman dan luaran bagi memperolehi kejayaan dalam
organisasi.Sejauh manakah budaya ini meninggalkan kesan yang positif kepada sekolah.
Kajian ini bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu:
i) Apakah budaya kerja cemerlang yang telah berjaya diamalkan di sekolah ini?
ii) Apakah implikasi penyemaian budaya kerja cemerlang ini terhadap tahap kerja
guru sekolah?
3.0 Konsep Budaya Kerja Cemerlang
Budaya kerja cemerlang adalah suatu usaha yang menitikberatkan norma-norma yang baik ke
arah tingkah laku dan pelaksanaan kerja yang berkesan pada setiap peringkat perkhidmatan sama
ada dilakukan secara formal atau tidak, tanpa mengambil kira sama ada dilakukan bagi mencapai
sesuatu matlamat ataupun dalam melaksanakan rutin perkhidmatan seharian. BKC telah
dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 November 1989.Tingkah laku dan
perlaksanaan kerja tersebut hendaklah sesuatu yang dilakukan secara berterusan dan dijadikan
amalan kebiasaan. Keberkesanan sesuatu kerja yang menghasilkan kecemerlangan itu boleh
dinilai antaranya dari aspek kos, masa, keselesaan dan kepuasanpelanggan.Penentuan
kecemerlangan juga bukan sahaja berdasarkan jumlah kuantiti bagi produk dan kualiti
perkhidmatan tetapi juga kepuasan hati pelanggan.Menurut Mustafa Daud, budaya kerja
cemerlang ialah:
"tatacara dan etika kerja di kalangan kakitangan pengurusan atasan dan pekerja bawahan.
Tatacara yang baik itu antaranya ialah rajin, gigih, dayacipta, kreativiti, inovatif, semangat
5 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
kerjasama, kerja berpasukan, integriti, berdisiplin dan bersikap untuk berusaha meningkatkan
prestasim.
Mohd Tap bin Salleh pula mendefinisikan budaya kerja cemerlang sebagai:
"budaya kerja murni dan berkualiti yang menjadi amalan kerja bersama, diperkukuhkan dengan
sistem, proses, prosedur, peraturan yang jelas dan mudah dilaksanakan.Budaya kerja bermula
dari peringkat pengurusan atasan, disambut baik oleh pengurusan pertengahan dan dihayati
serta dilaksanakan oleh pekerja".
Berdasarkan definisi-definisi ini, jelaslah bahawa budaya kerja cemerlang dan etika kerja
adalah dua perkataan yang saling berkait antara satu sama lain, bahkan BKC juga boleh diertikan
sebagai suatu konsep yang serupa. Cuma BKC menekankan aspek `berterusan' atau lonsisten'
dan lebiasaan' selaras dengan penggunaan perkataan `budaya' dalam melakukan kerja dengan
nilai-nilai yang cemerlang sama ada dalam aspek perancangan, pengorganisasian, pelaksanaan
atau pembuatan keputusan dan sebagainya di setiap tahap perjawatan dan menghasilkan output
yang cemerlang. Beberapa inti pati boleh diambil daripada ucapan Perdana Menteri ini untuk
menghasilkan suatu budaya kerja, iaitu:
• bekerjasama,
• bekerja secara efektif,
• berusaha memenuhi ekspektasi pelanggan,
• bekerja berdasarkan keperluan zaman, serta
• bersedia untuk mengadakan perubahan dan belajar ke arah melaksanakan projek-projek di
bawah RMK9.6
3.1 Budaya Sekolah
Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada
keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan
bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan
oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat
6 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
dikawal.Pendidikan nilai amat diutamakan.Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi
kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya
corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan
individu. Guru Besar dan Pengetua sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau menjadi
juara sesuatu budaya yang positif dan kesannya, ini akan menjadi ikutan dan akan dikenang
sepanjang zaman.
Terdapat beberapa contoh budaya yang perlu disemai seperti budaya penyayang, budaya
hormat-menghormati, budaya berani menyoal dan budaya membaca.Setiap budaya yang
dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya budaya membaca
dimana, projek nilam diadakan pada setiap hari sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dijalankan.Di dalam projek nilam ini, setiap pelajar yang telah habis membaca sesebuah
buku, haruslah mencatat laporan ringkas buku yang telah dibaca itu tadi.
Sementara itu, Luthan (1995) mengetengahkan enam karakteristik penting dari budaya
organisasi, iaitu (1) obeserved behavioral regularities; iaitu cara bertindak dari para anggota yang
amat diperhati. Ketika anggota organisasi berinteraksi dengan anggota lainnya, mereka mungkin
menggunakan bahasa umum, istilah, atau ritual tertentu; (2) norms; yakni berbagai perilaku
yang ada, termasuk di dalamnya tentang pedoman sejauh mana suatu pekerjaan harus
dilakukan; (3) dominant values; iaitu adanya nilai-nilai inti yang dianut bersama oleh seluruh
anggota organisasi, misalnya tentang kualiti produk yang tinggi, absensi yang rendah atau
efisiensi yang tinggi; (4) philosophy; iaitu adanya kebijakan-kebijakan yang berkenaan dengan
keyakinan organisasi dalam memperlakukan pelanggan dan karyawan (5) rules; iaitu adanya
pedoman yang ketat, dikaitkan dengan kemajuan organisasi (6) organization climate;
merupakan perasaan keseluruhan (an overall “feeling”) yang tergambarkan dan disampaikan
melalui keadaan ruang, cara berinteraksi para anggota organisasi, dan cara anggota organisasi
memperlakukan dirinya dan pelanggan atau orang lain
Pemahaman tentang budaya sesungguhnya tidak lepas dari konsep dasar tentang budaya
itu sendiri, yang merupakan salah satu terminologi yang banyak digunakan dalam bidang
antropologi.Dewasa ini, dalam pandangan antropologi sendiri, konsep budaya ternyata telah
mengalami pergeseran makna. Sebagaimana dinyatakan oleh Peursen (1984) bahawa dulu orang
berpendapat budaya meliputi segala manifestasi dari kehidupan manusia yang berbudi luhur dan
7 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
yang bersifat rohani, seperti : agama, kesenian, filsafat, ilmu pengetahuan, tata negara dan
sebagainya.
4.0 Amalan Budaya Kerja Cemerlang
4.1 Konsep Profesionalisme
Secara amnya, profesionalisme ialah seseorang yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi, tidak pentingkan diri sendiri dan tidak memilih pekerjaan.. Selain itu, profesionalisme
merupakan satu nilai yang berkaitan dengan fungsi kerja seseorang. Ia perlu ada dalam diri
seseorang jika matlamat pekerjaan itu kea rah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan
tanggungjawab.
4.1.2 Konsep Professional Guru
Kemahiran professional ialah kemahiran-kemahiran yang diperolehi melalui pengalaman dan
latihan pada tempoh masa yang ditetapkan. Kemahiran-kemahiran tersebut merupakan satu
keperluan untuk menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna.
Profesionalisme seorang guru berkait dengan sikap dan nilai guru untuk mempengaruhi
minat, sikap dan nilai pelajar. Ini termasuk segala usaha guru itu bagi menpengaruhi sikap,
penerimaan ilmu dan kefahaman pelajar dalam pelajaran mereka. Dengan sedemikian, mutu
pendidikan boleh dipertingkatkan dengan amalan profesionalisme guru ini. Selain mutu
pendidikan, seorang guru turut mempengaruhi iklim pembelajaran murid. Guru yang
professional yang mempunyai tahap efikasi yang tinggi mampu mengubah iklim pembelajaran
murid.
Profesionalisme guru juga merujuk kepada tanggunjawabnya yang gigih dalam
melaksanakan tugasnya terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat akan memberikan impak
kepada sekolah. Etika profesionalisme guru yang sebegini akan meningkatkan mutu pendidikan
di negara kita. Antara tumpuan tanggungjawab dan keefektifan guru ialah sejauh mana kesanya
penggunakan ICT , pelaksanaan pedagogi yang berkesan, mewujudkan iklim konduksif di kelas
serta menanamkan sikap dan amalan pembelajaran pelajar.
8 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
4.1.3 Ciri-Ciri Guru Profesional
Menurut Parkay & Stanford (1995), terdapat empat ciri guru yang profesional iaitu:
i. Guru mempunyai tingkahlaku yang profesional. Seorang guru harus seringkali menjalankan
refleksi atas tindakan diri yang menyebabkan pelajar itu gagal. Seorang guru tidak boleh
menyalahkan persekitaran tetapi mesti mencari jalan dan cara untuk meningkatkan prestasi
pelajar dalam pelajarannya. Selain itu, seorang guru harus sanggup menjadi mentor kepada
pelajar-pelajarnya dalam kelas. Ini penting kerana pelajar sering menjadikan guru sebagai ’role
model’ mereka dan guru harus dapat membimbing pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan.
ii. Guru mempunyai prinsip pembelajaran sepanjang hayat. Seorang guru mempunyai dedikasi
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran yang diajar. Bahan-bahan
pengajaran harus dipelbagaikan untuk mewujudkan suasana konduksif untuk pembelajara
muridnya dan tidak hanya menggunakan papan hitam dan kapur semata-mata. Selain itu, guru
mesti menyahut peluang untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran baru. Arus perubahan dalam
pendidikan memerlukan guru untuk memperbaharui teknik-teknik dan pengetahuan yang baru
dalam bidang pendidikan. Tanpa inisiatif guru itu sendiri, anak didiknya akan ketinggalan dalam
bidang pendidikan yang akan menjejaskan masa depan mereka pada masa akan datang kelak.
Selain untuk pelajar, guru itu sendiri harus mempunyai kesedian belajar ke peringkat yang lebih
tinggi. Ilmu dan pengetahuan bukan sahaja penting untuk murid tetapi kepada guru itu sendiri.
Dengan mendalami ilmu dalam bidang yang dipelajari, seseorang guru dapat meningkatkan
kompetensinya dalam bidang keguruan justeru meningkatkan kualiti pendidikan khasnya.
iii. Seterusnya, penurunan kuasa guru oleh pemimpin sekolah. Pemimpin sekolah harus
membenarkan guru-guru terlibat dalam menentukan objektif dan matlamat kurikulum di sekolah.
Ini supaya guru-guru ini dilatih untuk menjadi pemimpin suatu hari nanti. Kajian yang dijalankan
oleh Terry (2000) pemimpin yang menjalankan penurunan kuasa kepada gurunya akan
meningkatkan motivasi seterusnya meningkatkan produktivi guru di dalam kelas dan juga
peningkatan moral yang prositif. Penurunan kuasa turut boleh menggalakkan guru-guru
berkolaborasi untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran
pelajar di dalam kelas.
9 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
iv. Guru harus melibatkan diri secara aktif dalam profesion mereka sebagai guru. Dengan
tingkahlaku yang aktif ini dapat mempamerkan guru sebagai seorang yang profesional dalam
tugasnya sebagai seorang guru. Guru haruslah menyedari peranan mereka sangat penting dalam
bidang pendidikan. Ini penting agar guru sentiasa proaktif untuk penambahbaikan dan
peningkatan kerjaya mereka sebagai seorang guru.
4.1.4 Kepentingan Etika Guru
Etika profesionalisme guru bermaksud semua garis panduan dalam perkhidmatan yang
mempunyai objektif bagi peningkatan kualiti, produktiviti dan disiplin dalam pekerjaannya
termasuk yang berkaitan dengan garis panduan, nilai serta tingkah laku profesion dalam
masyarakat.Dalam amalan budaya kerja cemerlang di sekolah, seorang guru harus mempunyai
kod etikanya. Kod etika ini penting kerana ia menyediakan garis panduan bagaimana
bertingkahlaku dalam profesion perguruan. Selalunya kod etika guru berbentuk dokumen dan
diterangkan dengan jelas tanggungjawab dalam bidang pendidikan.Kecemerlangan sebagai
seorang penjawat awam boleh dilihat bagaimana kod etikanya dipertahankan. Etika kerja
merupakan norma yang penting untuk mengekalkan dan memelihara kepercayaan yang diberikan
dalam menjalankan tugas, memupuk kerjasama dan merapatkan hubungan dalam organisasi
sekolah. Sekolah merupakan salah satu tempat utama untuk mengekalkan fahaman dan pegangan
seorang guru terhadap profesionalismenya.
4.2 Bertindak Sebagai Pasukan
Secara amnya, seseorang individu memerlukan bantuan untuk mencapai sesuatu matlamat.Oleh
itu, struktur dan system organisasi perlu menyokong warga organisasi untuk membentuk sebuah
pasukan kerja untuk menyelesaikan masalah.Usaha dalam membentuk kerja berpasukan ini dapat
mengurangkan pergantungan terhadap kepimpinan organisasi. Salah satu kesan daripda kerja
dalam pasukan ialah warga organisasi berkongsi pengetahuan dan kemahiran serta memahami
keperluan individu yang lain. ( Senge, 1990; Garvin, 1993).
10 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
Kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang menjalankan tugas dalam kumpulan
untuk mencapai matlamat pasukan.Pasukan pula ialah terdiri daripada semua warga sekolah yang
sering bekerjasama untuk kemajuan dan kecemerlangan sekolah.Kerja berpasukan pula adalah
bagaimana sekumpulan manusia berkerja bersama di dalam sebuah organisasi seperti di
sekolah.Ini menunjukkan bagaimana individu-individu bekerja bersama dengan lebih efektif
yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masing-masing.Keberkesanan dan kecekapan kerja
berpasukan ini selalunya melangkaui kepentingan dan matlamat secara individu. Kerja
berpasukan yang paling efektif ialah apabila semua individu melibatkaan diri dan memberikan
sumbangan untuk mencapai matlamat yang sama.
Oleh itu, kerjasama sesama individu akan menghasilkan pendidikan yang berkualiti yang
memberikan banyak manfaat kepada sekolah. Setiap ahli kumpulan akan menyumbangkan
kelebihan masing-masing yang boleh menghasilkan keberhasilan sekolah. Kerjasama yang rapat
berpandukan matlamat yang sama adalah kunci kepada kejayaan kepada ahli-ahli kumpulan.
Kerja berpasukan boleh membelakangkan perbezaan dan bekerja bagi mencapai matlamat
tersebut.
Seterusnya, kerja berpasukan adalah untuk membantu ahli-ahli pasukan membina
keyakinan dalam menyuarakan pendapat dan kemahiran sosial yang perlu untuk bekerja untuk
orang lain. Kerja berpasukan ini menjurus kepada belajar bekerja bersama rakan sekerja di
sekolah.Pada masa kini, budaya kerja pasukan masih kurang ditekankan dan kejayaan
individualisme masih di amalkan masa kini.Amalan ini tidak sesuai untuk mengharungi
cabaranpada masa kini kerana perubahan-perubahan yang drastik. Kerja secara individu di dalam
persekitaran sekolah hanya akan melambatkan prestasi kerja berbanding kerja berpasukan.
Bagi membentuk pasukan kerja yang efektif merupakan satu agenda yang menjadi
keutamaan pihak pengurusan sekolah. Isu-isu pendidikan tidak lagi hanya berkaitan dengan
sistem pendidikan dan persekolahan, tetapi juga melibatkan pelbagai faktor lain yang
mempengaruhi kualiti pendidikan. Oleh itu, pendekatan pengurusan sekolah haruslah bersifat
holistik, iaitu melibatkan semua pihak dan dibuat secara berterusan.Oleh yang demikian, kerja
secara berpasukan amat penting diamalkan di sekolah untuk menentukan kejayaan sesebuah
sekolah.
11 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
4.3 Kecemerlangan Dan Keunggulan
Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti
produktiviti sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai
sekiranya warga organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan
positif.Berikut adalah ciri-ciri kecemerlangan dan keunggulan dalam kontek budaya kerja
cemerlang di sekolah.
4.3.1 Berusaha Melakukan Yang Terbaik
Dalam usaha menuju kearah kecemerlangan dan keunggulan pengurusan sesebuah organisasi apa
yang amat penting adalah pihak pentadbir serta komunitinya sentiasa berusaha melakukan yang
terbaik untuk memastikan kecemerlangan dan keunggulan prestasi kerja dapat ditingkat dan
dicapai.Dalam soal ini semua pihak haruslah bekerjasama dalam satu pasukan dan bersaing
secara sihat untuk memastikan kejayaan dapat dicapai dengan sentiasa berfikiran positif untuk
sama-sama berusaha kearah melakukan amalan yang terbaik.
4.3.2 Sentiasa berusaha memperbaiki prestasi kerja
Memang tidak dapat dinafikan dalam menguruskan banyak perkara sesebuah organisasi
memerlukan kakitangan staffnya yang sentiasa berusaha memperbaiki prestasi kerja masing-
masing dari masa ke semasa. Ini penting kerana setiap individu dalam sekolah atau sesebuah
organisasi haruslah menyumbangkan tenaga kerja yang bermutu dan berkualiti untuk
memastikan pengurusan sesebuah sekolah atau organisasi mencapai kecemerlangan serta
keunggulan kearah pengurusan sekolah yang berkesan.
4.3.4 Sentiasa peka dan prihatin kepada kemudahan pelanggan
Dalam soal ini, pihak pentadbir sekolah seharusnya sentiasa peka dan prihatin kepada
kemudahan pelanggan yang seharusnya ada agar suasana senang ketika berurusan satu sama lain
12 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
wujud dalam sesebuah organisasi atau sekolah.Apabila kemudahan pelanggan ini sentiasa dijaga
dan diberi keutamaan, sebenarnya ia boleh memberi kesan kepada kecekapan dan peningkatan
produktiviti sesebuah organisasi.
4.3.5 Keupayaan mempelajari pelbagai kemahiran (multiple skill)
Pihak pentadbir juga seharusnya memastikan warga stafnya memiliki serba kekolehan dalam
perbagai bidang di sekolah ataupun sesebuah organisasi . Ini sangat perlu kerana dengan
memiliki tenaga kerja yang serba boleh ia sebenarnya dapat mengurangkan masalah yang timbul
dalam sesebuaah organisasi dengan tidak terlalu bergantung kepada seseorang sahaja untuk
melakukan satu kerja untuk dilaksanakan.Walaupun sumber tenaga kerja yang terhad namun
dengan adanya kakitangan yang mahir berbagai bidang ini sebenarnya satu keuntungan kepada
pihak pengurusan kerana sesiapa saja yang diberi tugas oleh pihak pentadbir mampu dilakukan
dengan baik dan sempurna .Oleh itu kerbergantungan kepada seseorang untuk melakukan
sesuatu tugas tidak berlaku kerana tugas itu boleh dilakukan seiapa saja yang diberi amanah oleh
pentadbir untuk dilaksanakan.
4.3.6 Menjalankan pelbagai tugas (multiple tasks)
Kesediaan warga staff sekolah atau sesebuah organisasi menjalankan pelbagai tugas sebenarnya
amat berguna kepada perkembangan pelbagai kemahiran kepada warga staff itu sendiri.Secara
tidak langsung berlaku proses pembelajaran disini bagaimana ia memberi satu pengalaman baru
yang sangat berguna dalam melakukan tugas melibatkan banyak perkara.Pengalaman dan
kemahiran ini dapat membantu perkembangan sahsiah dan melakirkan insan yang berkualiti serta
berdaya saing untuk memastikan visi dan misi tercapai dalam sesebuah organisasi.
4.3.7 Berdedikasi dan berdisiplin
Dalam sebuah sekolah atau sebuah organisasi tidak dinafikan sikap berdedikasi dan berdisiplin
dalam menjalankan tugas adalah sangat penting.Dengan amalan sikap ini setiap perwatakan dan
13 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
tingkahlaku sentiasa dalam kawalan.Seseorang yang berdedikasi dan berdisiplin akan sentiasa
meletakkan keutamaan tugas melebihi kepentingan peribadi.
4.4 Berhemah dan berwibawa
Ciri-cirinya sikap yang berkhemah dan berwibawa:
4.4.1 Jujur, amanah dan berakhlak dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan
kuasa dan kedudukan
Dalam menjalankan tugas di sekolah ataupun dalam sesebuah organisasi pihak pentadbir dan
warga staffnya perlulah berlaku jujur, amanah dan berakhlak dalam menjalankan tugas tanpa
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan masing-masing ketika menjalankan tugas.Ini penting
kerana dengan penerapan nilai-nilai ini dalam diri akan menjadi pendorong kepada diri sendiri
untuk tidak melakukan sesuatu perkata yang menyalahi etika dan undang-undang.Sekiranya
pentadbir dan warga staffnya terlibat dalam penyalahguaan kuasa dan tidak amanah ini sangat
besar kesanya kepada aspek pengurusan sesebuah organisasi yang boleh menjatuhkan prestasi
semasa sesebuah sekolah atau sesebuah organisasi itu sendiri.
4.4.2 Bertimbang rasa, mesra, adil dan saksama
Dalam hal ini juga pihak pentadbir seharusnya bertimbang rasa, mesra,adil dan saksama dalam
mengurus dan mentadbir sebuah sekolah ataupun sesebuah organisasi.Ini penting kerana
pemimpin yang mengamalkan sikap positif akan disukai dan digemari kebanyakkan orang
namun sebaliknya bagi seorang pemimpin yang mengamalkan sikap negatif. Sokongan padu
akan selalunya diperolehi oleh pemimpin yang mengamalkan sikap bertimbang rasa, mesra,adil
dan saksama.Suasana begini boleh mewujudkan kerja satu pasukan yang akrab dan berkesan ke
arah bagi memastikan budaya kerja cemerlang di sekolah.
4.4.3 Sentiasa tenang, sabar dan dapat menyesuaikan diri dalam semua situasi
14 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
Untuk memastikan urustadbir sesebuah sekolah berjalan lancar dan seimbang dari segi
kurikulum dan kokurikulum, pihak pentadbir dan warga staffnya seharusnya mengamalkan sikap
yang sentiasa tenang, sabar dan dapat menyesuaikan diri dalam semua situasi. Ini penting kerana
cabaran dan dugaan itu sememangnya ada dan sentiasa menerimanya dengan hati yang terbuka
dan berusaha memperbaiki sebarang kelemahan dan kekurangan dari amasa ke semasa untuk
memastikan pencapaian kecemerlangan sekolah diurus dengan baik dan tidak diabaikan.
4.4.4 Menampilkan diri dengan berpakaian kemas dan berbudi bahasa
Sebagai seorang pemimpin di sekolah adalah sangat penting untuk sentiasa menampilkan diri
dengan berpakaian kemas dan berbudi bahasa. Ini penting kerana imej diri yang menonjol ini
akan mempengaruhi penilaian warga sekitar terhadap penampilan perwatakan dan bertambah
keyakinan kepada kemampuan sebenar terhadap kepimpinannya.Oleh itu, warga staff yang
berpakaian kemas dan berbudi bahasa juga sebenarnya menambahkan rasa keyakinan diri dalam
menjalankan tugas dan amanah untuk memastikan budaya kerja di sekolah itu diamalkan
sepenuhnya.
4.5 Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Kajian oleh Thoonan, Sleegers, Oort, Peetsma dan Geijsel (2011) mendapati penglibatan guru
dalam aktiviti pembelajaran profesional memberikan kesan yang besar kepada amalan
pengajarannya. Dapatan kajian tersebut selaras dengan pandangan Hargreaves (2011) yang
menyatakan bahawa pembelajaran dan pembangunan guru adalah aspek kritikal dan paling
berpotensi bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang seterusnya akan mendorong
ke arah peningkatan komitmen individu dan pasukan kepada matlamat sekolah. Justeru,
keupayaan guru untuk mengaplikasikan pengetahuan dan mengimplementasikan
penambahbaikan di sekolah adalah sangat penting.Kenyataan ini diperteguhkan oleh Harris
(2011) yang menyatakan bahawa perkara paling utama dalam melakukan penambahbaikan yang
berkekalan adalah meningkatkan kualiti PdP guru.
Kajian oleh Postholm (2011) berkaitan pembelajaran guru melalui aktiviti di sekolah
mendapati, guru mahu diberi peluang membuat pemerhatian ke atas amalan pengajaran guru lain
15 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
dan menggunakan hasil pembelajaran dari pemerhatian tersebut untuk membuat refleksi dan
menambahbaik amalan pengajaran mereka. Kajian oleh Henze, Van Driel dan Verloop (2009)
berkaitan pembelajaran guru yang berpengalaman dalam konteks inovasi pendidikan mendapati
guru belajar secara individu dan kolaboratif melalui beberapa kaedah seperti daripada guru lain,
bertukar-tukar cerita, bantuan peralatan, idea dan amalan baik. Justeru, Jamaliah Abdul Hamid
(2008) merumuskan bahawa peningkatan tahap pengetahuan individu guru melaui aktiviti
membaca, membuat refleksi kendiri, mencatat dan menyimpan maklumat penting serta
berbincang bersama-sama rakan akan meningkatkan kualiti kerja guru.
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) mampu meningkatkan kemahiran dan kemajuan
diri bagi mencapai apa jua matlamat dan objektifmereka. Setiap individu berpeluang mengikuti
PSH tanpa mengira di mana mereka berada,dalam apa-apa jua keadaan atau situasi,umur dan
latar belakang mereka. Pelbagai usaha yang dilakukanoleh bagi memberikan pengiktirafan dan
menambah laluan PSH merupakankesinambungan daripada strategi yang dilaksanakan oleh
beberapa kementerian dan agensisebelum ini.PSH boleh dijadikan sebagai satu budaya setiap
individu yang berbilang kaum diMalaysia yang dapat menyumbang ke arah pembangunan modal
insan yang berkualiti danseterusnya kepada kemajuan negara.KPT mempunyai peranan
dalamusaha menyemarakkan pertumbuhan PSH melalui peningkatan kualiti pengajaran
danpembelajaran, penyediaan penarafan, peningkatan akses pendidikan tertiari serta peningkatan
pelbagai mod.
Pembelajaran individu melibatkan kesungguhan setiap guru untuk belajar dan
meningkatkan ilmu dalam bidang kerja mereka (Phillips, 2003). Pembelajaran akan membantu
guru membina model mental baru serta merubah tingkah laku dan cara berfikir mereka. Davies
dan Ellison (2001) mendapati salah satu perancangan strategik sekolah untuk masa hadapan
adalah pembinaan keupayaan guru melalui jangkaan diri yang tinggi serta budaya kecemerlangan
terhadap tugas yang mereka laksanakan. Satu kajian yang dijalankan oleh Henze et al. (2009)
untuk menyelidik bagaimana guru belajar dan mengadaptasi pengetahuan dalam persekitaran
perubahan professional mendapati guru lebih banyak terlibat dengan aktiviti pembelajaran
individu secara tidak formal semasa bekerja. Namun begitu, guru juga didapati dapat
memberikan komitmen dalam aktiviti berpasukan.
16 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
Selanjutnya, Richter, Kunter, Klusmann, Ludtke dan Baumert (2011) menjalankan kajian
berkaitan peluang pembelajaran formal dan tidak formal untuk pembangunan professional guru.
Kajian yang melibatkan seramai 1939 guru tersebut menunjukkan peluang pembelajaran secara
formal contohnya, kursus dalam perkhidmatan lebih banyak digunakan oleh guru di peringkat
pertengahan perkhidmatan.Manakala, pembelajaran secara tidak formal digunakan oleh guru di
semua peringkat perkhidmatan. Satu kajian lain yang dilaksanakan oleh Hoekstra, Brekelmans,
Beijaard dan Korthagen (2011) mendapati antara aktiviti pembelajaran yang paling kerap
digunakan guru adalah melakukan refleksi kendiri dengan dibantu oleh murid, mendapatkan idea
pengajaran daripada sumber lain seperti media, majalah, rakan sejawat dan murid serta belajar
melalui kesilapan. Kajian oleh Postholm (2011) juga mendapati guru belajar dengan cara
membuat refleksi terhadap kaedah pengajaran mereka. Amalan membuat refleksi tersebut
dibantu oleh guru lain dan juga pelajar.
Kajian Retna dan Ng (2006) mendapati salah satu faktor penting yang mendorong
pembelajaran secara berpasukan ialah kebolehan ahlinya melihat kepentingan pembelajaran
secara berpasukan.Kajian tersebut mengangkat idea “Thinking School Learning Nation (TSLN)”
yang menjadi visi Kementerian Pelajaran Singapura.Implikasi daripada kajian tersebut, sekolah
dicadangkan membudayakan beberapa amalan pembelajaran berpasukan yang bersesuaian
seperti belajar secara kolektif serta berdialog.Zuraidah (2009) telah memperincikan amalan
pembelajaran berpasukan guru di sekolah sebagai perkongsian maklumat, membuat perancangan
dan menyelesaikan masalah secara kolektif dan menambah baik peluang pembelajaran mereka
dan murid serta mengaplikasi kemahiran, strategi dan amalan pengajaran baru dalam kerja
seharian.Sinergi pembelajaran hanya dapat dibina melalui pembelajaran secara
berpasukan.Justeru, guru perlu membina tanggapan positif terhadap kerja berpasukan.
Satu kajian yang dijalankan oleh Dahlgren dan Chiriac (2009) mendapati guru mengakui
tugas mereka sebagai kerja profesional yang memerlukan mereka bekerja dalam pasukan. Selain
itu, kajian tersebut juga mendapati kerja berpasukan dapat menjadi penggalak dan pemudah cara
untuk pembelajaran guru. Tanggapan guru terhadap orientasi kerja berpasukan sebenarnya
sangat mempengaruhi keupayaan pembelajaran mereka.Satu kajian yang dilaksanakan oleh
Gregory (2010) bagi mengkaji bagaimana guru menyelesaikan masalah secara berpasukan
17 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
menunjukkan perbezaan hasil pembelajaran guru adalah disebabkan oleh tanggapan negatif atau
positif guru tersebut terhadap ahli pasukannya.
5.0 Implikasi Budaya Kerja Cemerlang
Pengwujudan sebuah sekolah yang cemerlang merupakan usaha dan keupayaan pihak pentadbir
sekolah untuk mengurusnya. Ini disebabkan pentadbir sekolah sekolah merupakan enjin
penggerak yang menyokong dinamika sesebuah institusi pendidikan itu sendiri. Pentadbiran
yang mempunyai aras kompetensi yang tinggi berupaya menggerakkan paran guru dan murid
untuk mencapai aspirasi pendidikan berkualiti. Sikap profesionalisme, kerja berpasukan, amalan
kecemerlangan dan keunggulan, berhemah dan berwibawa serta pembelajaran sepanjang hayat
merupakan alaman budaya cemerlang yang patut diwujudkan dalam budaya kerja di sekolah-
sekolah. Amalan kerja berpasukan merupakan amalan yang paling banyak memberikan kesan
yang positif terhadap pembangunan dalam kecermelangan sesebuah sekolah. Menurut Spiegel
Cresencio Torres (1994) kerja berpasukan memberikan banyak faedah kepada pasukan mahupun
ahli dalam pasukan tersebut. Dari segi faedah pasukan, ia akan meningkatkan produktiviti kerja,
meningkatkan kualiti kerja dan meningkatkan moral pekerja. Dari segi faedah individu pula, ia
dapat mengurangkan tekanan kerja dengan tanggungjawab dikongsi bersama, mereka akan
merasakan diri dihargai oleh ahli dalam pasukan, kebolehan individu boleh dikongsi bersama
dengan ahli pasukan dan pengalaman setiap ahli pasukan boleh dijadikan panduan kejayaan.
Dengan itu, kejayaan akan dikongsi bersama ahli pasukan. Selain ini, kerja berpasukan
mempunyai kelebihan seperti meningkatkan rangsangan, mengeratkan tali persaudaraan dan setia
kawan antara pekerja, mengurangkan sebarang pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya
merupakan angkara yang tidak sihat dan mewujudkan perasaan seronok bekerja. Ahli pasukan
akan sentiasa suka menghasilkan kerja yang paling baik dan mampu mewujudkan suasana yang
intim. Mereka juga akan meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi.
Manfaat yang akan diperolehi oleh pengetua dalam mewujudkan pasukan ayng kreatif dan
inovatif dengan bertindak kerja berpasukan ialah berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan
kemahiran dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan
penyelesaian yang berkesan. Mereka bertindak secara berpasukan boleh membantu
meningkatkan moral kakitangan dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang
18 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
menyelesaikan masalah-masalah kualiti jabatan. Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh
berbagai fungsi dan bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan kerana cadangan
yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding
dengan cadangan yang dibuat oleh individu. Apabila kakitangan mengamalkan semangat
berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukuhkan tiga aspek yang penting kepada
proses peningkatan kualiti iaitu pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas, semangat
saling percaya-mempercayai dalam kalangan kakitangan dan komunikasi yang lancar di dalam
organisasi.
Sikap profesionalisme yang diamalkan oleh guru memberikan banyak kesan yang positif
terhadap pengurusan sekolah yang lebih cemerlang. Seorang pengurus atau guru yang bertindak
berdasarkan etika profesionalisme guru sebenar mampu mewujudkan satu budaya yang boleh
dijadikan sebagai ikutan warga sekolah yang lain. Pihak pentadbir sekolah memainkan peranan
penting dalam mewujudkan amlan etika profesionalisme ini agar menjadi ikutan kepada ahli
dalam pengurusannya. Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam
sesebuah organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai
Etika kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika
Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-
nilai ahklak yang mulia. Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion
perguruan itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis
panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga
sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan juga menyatakan dengan
jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya
juga membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang
dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu
berbanding kod etika di negara lain. Perbezaan ini memberi guru-guru menilai dan melihat
keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam
bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan
sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan
dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan
secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat
19 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah
organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan
atnara ahli dalam organisasi. (INTAN, 1991). Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod
etika perguruan dan prinsip-prinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role –
model kepada pelajar. Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan
modal insan pada masa akan datang.
Sesuatu budaya itu tidak terhasil dengan sekelip mata, atau tindakan segera. Sebaliknya,
ia menjadi suatu budaya apabila ia dilakukan secara berulang kali dan diamalkan oleh sejumlah
masyarakat dalam sesebuah komuniti ataupun organisasi sehingga melahirkan suatu trend
bekerja yang kemudiannya menjadi imej masyarakat atau organisasi tersebut. Contohnya, apabila
menyebut perkataan `sistem perkhidmatan kerajaan' masih ada dalam kalangan masyarakat dan
sektor swasta yang sering mengaitkannya sebagai suatu sistem kerja yang lambat, terdapat
banyak rangkaian arahan atau hirarki (chain of command) yang sering dikenali sebagai birokrasi.
Ini bukan sekadar berlaku dalam masyarakat di negara ini, malah di mana-mana negara di dunia.
Imej negatif yang lahir daripada budaya kerja inilah yang perlu diatasi dan diperbaiki salah
tanggapan tersebut dengan serius. Oleh yang demikian, proses awal untuk melahirkan suatu
budaya kerja adalah dengan membentuk sikap pekerja terhadap kerja (work attitudes). Sikap ini
antara lain ditentukan dan dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu pertama, penglibatan dalam kerja,
kedua, kepuasan kerja dan ketiga, komitmen kerja. Ketiga-tiga faktor ini menurut Robert
Kreitner adalah saling berkait antara satu sama lain. Penglibatan kerja bermaksud sejauhmana
seseorang pekerja itu memainkan peranannya dalam organisasi, apakah bentuk jawatan,
kedudukannya dalam hirarki dan pangkat yang disandang. Ini seringkali dikaitkan pekerja
berjawatan tinggi yang lebih mengutamakan kepuasan kerja daripada mereka yang berjawatan
rendah. Selain itu, mereka lebih bercita-cita dalam mencapai matlamat organisasi, bekerja
dengan lebih sifat sukarela dan lebih merasa kecewa sekiranya terdapat kegagalan dalam kerja.
Kepuasan kerja pula bermaksud sejauhmana seseorang pekerja itu merasa gembira
dengan kerjaya yang dilakukannya. Apabila pekerja merasa seronok terhadap kerja yang diberi
kepadanya dan berpuas hati juga dengan hasil yang diperolehi, ini akan dapat mewujudkan sifat
yakin diri dalam dirinya. Manakala komitmen kerja pula bermaksud sejauhmana seseorang
pekerja itu melaksanakan tugasannya dengan bersungguh-sungguh dan berdedikasi atau bekerja
20 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
seolah-olah organisasi itu miliknya sendiri. Komitmen walaupun mempunyai kaftan dengan
kepuasan kerja, tetapi tidak semestinya seseorang yang komited itu berpuas hati terhadap
kerjayanya. Ada kemungkinan ketidakpuasan hati itu lahir daripada sistem ganjaran yang tidak
memuaskan, dasar pembuatan keputusan yang tidak menyeluruh dan sebagainya.
6.0 Metodologi Kajian
Reka bentuk kajian ini dijalankan adalah berbentuk kualitatif. Sampel kajian merupakan
stafSekolah Kebangsaan Lubok Assam, Julau. Populasi staf di Sekolah Kebangsaan Lubok
Assam adalah seramai 15 orang.Manakalah sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah
seramai 10 orang sahaja.Pemilihan sampel telah dilakukan secara rawak di mana para guru
diwakili 6 orang responden dan 4 orang responden adalah dikalangan anggota pelaksana
sekolah.Dapatan kajian dan data diperolehi adalah melalui temu bual dengan staff sekolah yang
dipilih sebagai sampel dokumen rujukan dan juga melalui pemerhatian yang dijalankan.
Temu bual dijalankan dengan staf yang dipilih secara rawak ini telah dilakukan secara
bersemuka dan perseorangan.Temu bual ini telah dilakukan lebih daripada sekali agar data yang
diperolehi tinggi kesahannya.Disamping itu, dapatan kajian juga di sokong dengan maklumat
yang diperolehi daripada dokumen-dokumen rujukan. Malahan itu, melalui pemerhatian pula
lebih berfokus kepada corak pelaksanaan budaya dan implikasinya terhadap budaya kerja
cemerlang kepada warga sekolah.
7.0 Dapatan Kajian
Bahagian ini merungkaikan dapatan kajian dengan menjawab persolan kajian yang telah
dikemukan.
Soalan 1:
Apakah budaya kerja cemerlang yang telah berjaya diamalkan di sekolah ini?
Persoalan ini telah dirungkaikan melalui temu bual yang dijalankan dengan warga
sekolah terpilih dan juga melalui pemerhatian yang dibuat.
a) Maklum balas responden 1:
21 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
“Menjalankan kerja secara berpasukan dan sentiasa meletakkan kecemerlangan
sekolah sebagai keperluan utama. Budaya yang sering diterapkan di sini adalah
kolaboratif dan sentiasa mencapai keputusan yang cemerlang dalam semua
bidang terutama akademik murid-murid. Sasaran pencapaian akademik lulus
100% memerlukan kerja kuat dan gigih dari semua pihak. Bagi pandangan saya,
budaya utama yang diamalkan di sekolah ini ialah budaya kerja cemerlang dan
berpasukan”.
b) Maklum balas responden 2:
“Bekerjsama untuk mencapai sasaran sekolah dan sentiasa bersatu padu, itulah
budaya di sini. Budaya yang wujud ini sangat memberi keseronokan dan
kegembiraan kepada kami bagi untuk menjalankan kerja seharian di sekolah”.
a) Budaya Kerja Cemerlang
Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah
melancarkan melancarkan Gerakan Budaya Kerja Cemerlang pada 27 November 1989. Menurut
Chek Mat (1996), tujuan gerakan adalah untuk membina sebuah masyarakat yang sentiasa
mementingkan kualaiti. Chek Mat (1996) di dalam bukunya juga turut menyatakan bahawa Tun
Dr Mahathir berpendapat bahawa budaya sesuatu masyarakat adalah faktor utama yang
menentukan maju atau mundu sesebuah masyarakat itu.Budaya bukan dizahirkan oleh kesenian
dan aspek fizikal semata-mata tetapi nilai-nilai yang diamalkan.Sekolah ini merupakan sebuah
organisasi yang mengamalkan budaya kerja cemerlang.Penerapan budaya kerja cemerlang ini
dapat diterjemahkan melalui keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.Matlamat
setiap guru memastikan pencapaian prestasi akademik murid-murid pada penilaian yang
dilakukan.Budaya kerja cemerlang ini diaplikasikan dengan mengadakan kelas-kelas tambahan
selepas waktu persekolahan, pengajaran secara individu dan berkelompok. Setiap murid akan
diberikan perhatian dan ruang yang secukupnya oleh para guru bagi menyiapkan tugasan.
Kecemerlangan pelajar sangat bergantung kepada persediaan mental dan fizikal, sokongan
22 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
moral, hubungan dengan rakan dan pensyarah, motivasi dan jati diri yang tinggi, disiplin diri,
ketahanan diri, pengurusan masa dan sumber diri, strategi belajar yang baik, dan peka terhadap
persekitaran semasa (Mohd Jailani, 2009). Berdasarkan kesungguhan dan kekentalan semangat
yang ditunjukkan oleh semua staf sekolah maka adalah tidak mustahil matlamat dan misi untuk
mencapai lulus 100% akan terlaksana.
b) Kerja Berpasukan
Kerja berpasukan melibatkan anggota-anggota organisasi yang bekerja bersama-sama ke
arah matlamat yang sama. Kajian-kajian menunjukkan kerja berpasukan telah menyerlahkan
potensi dan meningkatkan prestasi apabila kerja yang melibatkan pelbagagai kemahiran,
pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata lain, kerja berpasukan membantu
sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota kumpulan. Menurut
Hadyn and Mc Donel (1996) pasukan yang efektif adalah terdiri daripada dua atau lebih yang
mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk
merealisasikan matlamat secara usahasama.Kerja berpasukan merupakan suatu unit dalam
organisasi yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu ahli-ahli
pasukan menjalankan tugas dalam ruang sempadan tanggungjawab yang ditetapkan.
Kerja berpasukan juga akan dapat menyatupadukan seluruh kakitangan sekolah dalam
menjayakan peningkatan kualiti kerja. Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa kerja
berpasukan boleh memberi input kepada organisasi sekolah untuk mencapai kejayaan sekolah
berasaskan visi dan misi sekolah. Sebagai contoh kajian Weller (1998) membuktikan peranan
kerja berpasukan adalah menuju ke arah kejayaan dalam organisasi sekolah. Melalui kerja
berpasukan ini sekaligus akan dapat meningkatkan produktiviti, interaksi antara ahli dalam
pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang
kompleks.
Soalan 2:
Apakah implikasi penyemaian budaya kerja cemerlang ini terhadap tahap kerja
guru sekolah?
23 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
a) Maklum balas responden 1
“Budaya kerja yang positif yang diamalkan ini mampu memberikan kekuatan dan
semangat untuk terus berkhidmat dengan cemerlang. Semangat berpasukan yang
disemai melalui budaya kerja cemerlang dapat memberikan kami kekuatan di
dalam menjayakan sesuatu gerak kerja di dalam sekolah. Gerak kerja dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan”.
b) Maklum balas responden 2
“Produktiviti setiap staf semakin meningkat, semua warga sekolah seronok bekerja di
dalam menjalankan tugas di sekolah. Halangan dan kekangan dapat diatasi melalui
perbincangan dan penglibatan semua warga sekolah. Suasana sekolah yang juga
lebih selesa dan kondusif”.
c) Maklum balas responden 3
“Budaya yang diamalkan ini merupakan hasil teladan dan contoh dari pihak
pentadbir yang diketuai guru besar yang menjadi pengurus yang paling penting
dalam menentukan prestasi sekolah dari segi akademik dan budaya sekolah. Justeru,
ia dapat melahirkan perhubungan yang rapat antara warga sekolah, pentadbir dan
persekitaran sekolah”.
Melalui maklum balas yang diberikan serta yang dinyatakan, maka dapatlah dirumuskan
bahawa budaya kerja cemerlang yang diamalkan di sekolah ini telah berjaya mempertingkat lagi
semangat kerjasama bekerja secara berkolaboratif.Kerjasama yang dipupuk ini jelas implikasi
terhadap prestasi yang ingin dicapai oleh pihak sekolah. Menurut Ahmad Fadzli Yusof (2007),
dengan kerja berpasukan, organisasi seolah-olah mendapat kekuatan yang baru iaitu
semangat,fokus dan produktiviti ahli meningkat. Gerak kerja kolaboratif menjadi kekuatan utama
dalam pelaksanaan program serta pencapaian prestasi sekolah. Selain daripada semangat kerja
24 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
kolaboratif, responden juga mengakui bahawa mereka lebih efisyen, produktif dan rasa kondusif
ketika berada di sekolah.
Melalui pemerhatian yang telah dilakukan mengambarkan tahap peningkatanmotivasi
setiapwarga sekolah dalam menjalankan setiap tugas dan program.Sifat dan sikap tidak mudah
berputus asa, bersemangat dan bertanggungjawab di dalam melaksanakan program dan kerja
walaupun terdapat kekangan yang terpaksa dihadapi. Menurut Yeop Hussin Bidin,(2006)
pemupukan semangat berpasukan dapat memotivasikan rakan sekerja, meningkatkan komitmen
dan keberkesanan serta kesefahaman.
8.0 Cadangan
Sesuatu budaya yang ingin diaplikasikan tidak terhasil dengan sekelip mata, atau dengan
tindakan segera. Sebaliknya, ia suatu perbuatan yang perlu dilakukan secara berulang kali serta
diamalkan oleh masyarakat persekitarannya sehingga melahirkan suatu trend bekerja yang
akhirnya menjadi imejbagi masyarakat. Sehubungan dengan itu, bagi menambah baik sesuatu
budaya kerja cemerlang terutama di kalangan pendidik iaitu pertingkatdan perbaharui program,
latihan dan kursus dari masa ke semasa bagi setiap pendidik di semua peringkat untuk
meningkatkan pengetahuan, kemahiran, motivasi, produktiviti, dan mutu kerja ia sekaligus
memberi kesedaran tentang tanggungjawab. Ini sekaligus, akan melahirkan budaya kerja
cemerlang yang ingin di zahirkan.Seterusnya, mewujudkan pengurusan yang terancang iaitu
dengan wawasan dan objektif setiap organisasi. Hasil daripada perancangan yang berkesan akan
menjadikan budaya kerja yang cemerlang. Disamping itu, sesuatu budaya yang cemerlang akan
wujud apabila struktur organisasi yang dinamik dan fleksibel.
8.1 Peranan Pemimpin Sekolah
Pengetua atau Guru Besar merupakan pengurus atau pengerak utama kepada sesebuah organisasi
persekolahan. Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak
langsung masalah di sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah
berkesan dan memacu kecemerlangan di sekolah. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa apa
yang membezakan keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah sekolah dengan sebuah sekolah
25 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
yang lain adalah kebijaksanaan kepimpinan pengetua. Bukan mudah untuk memastikan budaya
sekolah cemerlang diamalkan oleh setiap warga sekolah, daripada guru-guru, staf bukan
akademik dan semua pelajar. Sebagai pengetua , seharusnya dapat berperanan sebagai pemimpin
pengajaran yang berketrampilan. Pengetua atau Guru Besar ialah pemimpin teknikal yang
seharusnya meminimumkan peranan sebagai jurutera pengurusan. Kepemimpinan seumpama ini
ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan
keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum. Kemahiran ini termasuklah aspek
perancangan, pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan. Dengan itu setiap warga sekolah
dapat bergerak dan bekerja mengikut perancangan yang telah ditetapkan bersama-sama kearah
melahirkan budaya kerja cemerlang.
Pengetua atau Guru Besar juga harus memainkan peranan sebagai jurutera manusia.
Maksudnya pengetua seharusnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, dan
perhubungan individu serta mampu menggerakkan stafnya ke arah melahirkan budaya kerja dan
budaya sekolah cemerlang. Pengetua sebagai pemimpin pendidikan. Dalam hal ini pengetua
memainkan peranan sebagai clinical practioner, iaitu menyumbang kepakaran dalam bidang
pendidikan dan persekolahan. Pengetua juga perlu mahir dalam bidang kurikulum, diagnosis
keperluan pelajar, penilaian dan penyeliaan atau pencerapan yang berkesan. Pengetua guru besar
juga bertindak sebagai pemimpin simbolik. Dalam konteks ini pengetua meminimumkan peranan
sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu
perkara yang hendak dicapai. Kepemimpinan seumpama ini termasuklah aktiviti seperti melawat
bilik darjah dan kawasan sekolah, di samping cuba mengenali pelajar dengan lebih dekat. Selain
daripada itu kepemimpinan budaya amat penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah.
Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari,
mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan
sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik dan mempunyai ciri-ciri sekolah cemerlang.
8.1 Perpaduan Di Dalam Organisasi Birokrasi Sekolah
Perpaduan diletakkan di dalam agenda utama kerana umum menyedari betapa pentingnya unsur
ini bagi mengemblengkan tenaga yang beraneka ragam di sekolah. Lebih ramai ahlinya maka
lebih kritikal bagi seseorang memastikan wujudnya semangat bekerja sebagai satu pasukan,
apatah lagi sebagai satu keluarga. Seluruh ahli dalam masyarakat harus diajak bekerja sebagai
26 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
satu pasukan dan satu keluarga yang mempunyai hubungan yang akrab demi menuju cita-cita
yang didokong bersama. Persefahaman harus terbina dan terjalin di antara ahl-ahli daripada
pelbagai peringkat dalam organisasi sekolah.
8.2 Pemaufakatan
Di dalam pemaufakatan iaitu tidak ada beza di antara Ketua Pengarah dengan Pengarah,
Pengarah dengan Pengetua, Pengetua dengan guru dan guru dengan pelajar. Kesemuanya adalah
di dalam satu pasukan dan satu keluarga yang mempunyai ikatan yang kukuh. Ini adalah
penganjakan pemikiran yang perlu dan mesti dilakukan di peringkat sekolah bagi mewujudkan
sekolah berkesan. Omardin Ashaari dalam bukunya Pengurusan Sekolah ada mengatakan
bahawa akademik pelajar akan meningkat sekiranya hubungan yang terjalin antara mereka
dengan guru adalah baik.
Sememangnya diharapkan hubungan yang lebih kukuh akan terjelma pada masa-masa
akan datang dan sudah pasti ia memberi sumbangan yang lebih bermakna dalam menyelesaikan
masalah-masalah meruncing di sekolah seperti penyalahgunaan dadah, bohsia, lepak dan
seumpamanya. Sekiranya pihak sekolah dapat membina hubungan dan persepakatan dalam
bentuk kekeluargaan, maka akan rasa keyakinan untuk menyelesaikan sebarang masalah
walaupun masalah berat sekali pun. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu meneruskan
membina perpaduan dan permaufakatan ini dengan lebih giat agar seluruh organisasi sekolah
dapat berfungsi dan beroperasi dan seterusnya membentuk sekolah berkesan.
8.3 Pengupayaan
Pengupayaan adalah sebaik-baik cara untuk diamalkan oleh setiap pengetua sekolah sebagai
usaha untuk menggalakkan dan mencetus inovasi dan kreativiti bagi mewujudkan kecemerlangan
di peringkat sekolah. Melaui pengupayaan guru akan bertindak lebih profesional kerana ini akan
melahirkan sikap akauntabiliti dan sepunya. Contohnya beberapa sekolah di Perak telah keluar
daripada pemikiran rutin dan mempelopori konsep jadual waktu dua minggu. Hasilnya amat
menggalakkan yang mana sekolah tersebut telah melaporkan prestasi pelajar meningkat, kadar
ponteng sekolah menurun dan beg sekolah pelajar semakin ringan.
27 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
Banyak lagi inovasi dan kreativiti yang boleh dihasilkan daripada pelaksanaan konsep
pengupayaan. Walaupun terdapat inovasi dan kreativiti yang mengkagumkan, namun kejayaan
ini tidak berlaku di semua sekolah kerana pada peringkat ini inovasi merupakan usaha sekolah
secara bersendirian. Sekolah yang tidak mencuba inovasi memperolehi hasil yang sama dengan
apa yang diperolehi seperti tahun-tahun sebelumnya.
8.4 Kepimpinan Sekolah
Kepimpinan oleh pengetua sebenarnya adalah faktor penentu dalam melahirkan keberkesanan
sekolah kerana beliau mengendalikan pengurusan setempat dan melaksanakan aktiviti
pengupayaan. Ramai pengetua sukar bertindak kerana terjebak dengan bebanan administratif
yang memerlukan pematuhan syarat dan peraturan kerja. Pengetua pada masa kini dibebani
dengan pelbagai tugas sehingga pengetua lupa akan tugas sebenar mereka. Abdul Syukor
Abdullah (1990), pengetua lupa bahawa tugas utama mereka ialah kepemimpinan pedagogi dan
tidak berkemampuan membuat pembaharuan kerana terlampau tertumpu kepada perkara
bercorak pentadbiran. Oleh itu, untuk menjamin keberkesanan sekolah, pengetua seharusnya
memberi perhatian yang lebih kepada tugas sebagai pemimpin pengajaran. Sizer (1984),
sewajarnya pengetua memberikan tumpuan masa, tenaga dan kuasa terhadap misi utama sekolah
iaitu pedagogi.
9.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, budaya kerja yang cemerlang merupakan hasil daripada sikap yang
komitmen terhadap tugas atau kerja yang telah diamanahkan.Budaya kerja yang cemerlang
haruslah dipupuk dan di amalkan dalam sesebuah organisasi yang menuntut
kecemerlangan.Sesebuah organisasi yang cemerlang memerlukan komitmen dan sokongn yang
tinggi dari semua pihak yang menganggotai organisasi tersebut.Keikhlasan dan kerelaan hati
dalam menerima tugasan yang diberikan adalah elemen yang penting dalam menghasilkan
sebuah hasil kerja yang cemerlang.Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kerjasama
yang tinggi dikalangan anggota.Jika di lihat pada situasi di sesebuah sekolah, Guru Besar
merupakan orang yang bertanggungjawab membentuk budaya pada sekolah yang dipimpin
olehnya.
28 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
Rujukan
Zaliah (2013)Budaya Sekolah Cemerlang di muat turun dari http://cikgustudent.blogspot.com/2013/04/sekolah-yang-berkesan.html
Ahmad Shukri Mohd Nain (2002), Tingkahlaku Organisasi:Pengenalan Tingkahlaku Individu,K.L:UTM
James A.F. Stoner & Charles Wankel (1986).Management, 3rd edition, Prentice Hall International Inc.
Ahmad Fadzil Yusof (2005). 55 Petua Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur.PTS Publication.
Chek Mat (1996). Pengurusan Berkualiti Dalam Perkhidmatan. Kuala Lumpur.Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Garvin, D. (1993). Building a learning organization. Harvard Business Review, July-August, 78-91.
James A.F. Stoner & Charles Wankel (1986), Management, 3 edition,Prentice Hall International Inc.
Jaafar Muhamad. (1997). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications. Edisi kedua
Shafie Hj Mohd Salleh dan Mohd Affandi Hassan (1991). Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan Dalam Islam.Kuala Lumpur.Institut Tadbiran Awam Negara.
Miller, A. (1998). Strategic Management. New York : McGraw Hill.
Yeop Hussin Bidin (2006). Kerja Berpasukan. Selangor.PTS Profesional.
Senge,P.(1990). The fifth discipline: The art and practice of the learning organization. NewYork:CurrencyDoubleday.
Sharifah Hayaati al-Qudsy (2008). Budaya kerja cemerlang menurut perspektif islam: Amalan perkhidmatan awam Malaysia. Jurnal PengajianMelayu dimuat turun pada 1 Oktober 2014 dari http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24064/Article_11.PDF
Terry, M. P., (2000). “Empowering Teachers As Leaders”. University of Memphis, 1-8.
Khairul Annuar A. Rahman (2012). Diposisi guru berkesan: Personaliti dan kemahiran komunikasi. Akademika, 82(2), 37-44.
Roslee Talip.(2012, September 7). Cabaran guru dalam memperkasakan profesionalisme keguruan era k-ekonomi. Utusan Borneo, B4.
29 | P a g e
PPP6024Pengurusan dan Pentadbiran
Yusof Bin Boon & Bibi Sakinah Bt Haron Khan (2011). Kerja berpasukan dalam kalangan guru Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat Muar.Dimuat turun pada 2 Oktober 2014 dari http://eprints.utm.my/11816/.
30 | P a g e
top related