bmm3106_pemulihan dan pengayaan
Post on 14-Apr-2018
264 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
1/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1
1.0 PENDAHULUAN
Seringkali kita beranggapan bahawa aktiviti pengayaan untuk kumpulan
pelajar yang cerdas manakala aktiviti pemulihan untuk kumpulan pelajar yanglemah. Sedangkan kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh
dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar, sama ada yang cerdas atau
lemah. Aktiviti pengayaan dan pemulihan merupakan kompenon yang penting dalam
kurikulum pendidikan Bahasa Melayu KBSR dan KBSM (PPK, 1989). Aktiviti
pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong murid-murid
untuk mengatasi masalah pembelajaran. Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis
aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar. Aktiviti
pengayaan juga sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat
mengasah bakat dan kreativiti. Kedua-dua aktiviti tersebut perlu dirancang dan
dilaksanakan dengan teliti supaya ianya tidak membeban dan membazirkan masa
pelajar.
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan FalsafahPendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
(3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi
dan menimba ilmu pengetahuan. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya
belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau
terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.
Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal
memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Begitu juga
bagi golongan murid yang cerdas. Sekiranya bakat, kreativiti dan sikap kepimpinan
mereka tidak diasah dengan sepatutnya, kemungkinan besar prestasi pembelajaran
mereka akan menurun dan kurang motivasi untuk belajar.
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
2/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2
2.0 AKTIVITI PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM BILIK DARJAH
Rajah 1Asas Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran KBSR
Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid
yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki
kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran
diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan :
i. Mengajar semula mengguna kaedah atau bahan yang lain.
ii. Membetulkan perlakuan yang salah.
iii. Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula.
iv. Menggunakan bahan visual.
v. Mempermudah dan mempelbagaikan latihan.
vi. Menjalankan latih tubi.
vii. Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya.
viii. Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersuungguh-sungguh,
ix. Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti
rajah, carta atau peta minda.
x. Melatih murid mengenal pasti idea utama.
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
3/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3
Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil
pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar
kemampuan murid. Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid
berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang menguasai
hasil pembelajaran lebih awal atau dalam jangka masa yang ditetapkan boleh
diberikan aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian atau
dengan bimbingan guru. Murid murid berbeza dari segi kesediaan belajar dan
keupayaan menerima pelajaran. Oleh itu, untuk memenuhi hasrat menyediakan
kemudahan kemudahan yang cukup serta memberi peluang menerima pelajaran
yang sama untuk semua,
Rancangan Kurikulum Rendah mengandungi program pemulihan dan
pengayaan. Berasaskan prestai murid yang dikesan melalui sistem penilaian, murid-
murid yang mencapai taraf yang ditentukan diberi peluang mengikuti program
pengayaan. Murid-murid yang tidak mencapai taraf tersebut diberi kegiatan
pemulihan. Sungguhpun demikian, mereka juga akan mendapat peluang mengikuti
aktiviti aktiviti pengayaan berdasarkan kebolehan dan keupayaan mereka.
Langkah-langkah Khusus Dalam Pengelolaan Pengajaran Pemulihan ialah :i. Mengenal pasti murid-murid
ii. Penganalisisan Masalah
iii. Perancangan dan penyedian bahan
iv. Pengajaran dan pembelajaran
v. Ujian dan penilaian
vi. Tindakan susulan
(i) Mengenal Pasti Murid
Memerhatikan murid belajar
Temu ramah interaksi dengan murid
Menganalisis hasil kerja bertulis
Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat
daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
4/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4
ii. Menganalisis Masalah
Menganalisis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid tertentu
Ujian diagnostik biasanya digunakan untuk menentukan punca kelemahan
murid selepas sesuatu kemahiran dijalankan.
Guru hanya memulihkan masalah pembelajaran sahaja. Masalah lain dirujuk
kepada pihak tertentu.
iii. Perancangan dan Penyediaan Bahan (Membuat perancangan)
Membuat rancangan program pemulihan berdasarkan punca kelemahan
pembelajaran murid yang berkenaan.
Guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan.
Rajah 2 Prinsip Asas Pengajaran Pemulihan
Aktiviti P&P harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang dikesan
Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak
dan daripada mudah kepada susah mengikut kebolehan dan pengalaman
murid.
Di peringkat permulaan, pelbagai jenis ABM perlu digunakan untuk membantu
murid-murid memahami konsep yang diperlukan dalam menguasai
kemahiran.
Semua simbol dan istilah harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau alat
bantu mengajar supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah
dilakukan dahulu.
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
5/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5
Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti
pengajaran guru. (utk matematik). Soalan-soalan yg diberikan haruslah
daripada mudah kepada susah, demi membina keyakinan murid terhadap
kebolehan mempelajarinya.
Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis
di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan soalan
secara bertulis. Penilaian ini akan menentukan sama ada objektif pengajaran
itu tercapai atau tidak.
iv. Pengajaran Dan Pembelajaran
Melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang
Pengajaran pemulihan dalam kelas biasa dijalankan semasa murid2 lain
membuat latihan atau menjalani aktiviti pengayaan.
Semua aktiviti pemulhan hendaklah ditumpukan kepada pengajaran satu
kemahiran tertentu
Masa yang digunakan biasanya di antara 10-15 minit.
Aktiviti ujian/penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan.
Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil murid. Rekod ini akan
menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya.
v. Ujian dan Penilaian
Aktiviti ujian /penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan.
Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil murid. Rekod ini akan
menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya.
vi. Tindakan Susulan
Murid pemulihan / bermasalah telah berjaya dalam program pemulihan itu,
mereka boleh mengikuti pelajaran baru dengan murid sekelas yang lain.
Jika murid pemulihan masih gagal, guru harus menggunakan senarai semak
untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan.
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
6/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 6
3.0 AKTIVITI PENGAJARAN PENGAYAAN DALAM BILIK DARJAH
Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri.
Aktiviti pengayaan dirancang bagi :
i. Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang
lebih mencabar dan menarik.
ii. Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid.
iii. Menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir
iv. Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran. Terdapat dua
aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.
Aktiviti Pengukuhan
Aktiviti Pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan
kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama.
Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti yang berikut :
i. Memberi latihan yang lebih mencabar.
ii. Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk.
iii. Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik
seperti peta minda, carta organisasi dan rajah
iv. Melatih murid membuat nota.
v. Menjalankan latih tubi. vi.Melatih murid mengenal pasti idea utama.
vii. Mengakses maklumat dari laman web.
Aktiviti Pengembangan
Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini
boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan
adalah :
i. Membuat projek.
ii. Membuat tugasan
iii. Membuat kajian
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
7/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 7
Pengayaan adalah suatu bentuk aktiviti pembelajaran yang menarik dan
mencabar untuk member peluang kepada murid mengembangkan lagi sifat ingin
tahu, semangat berdikari, daya cipta dan bakat kepimpinan. Aktiviti pengayaan
dalam bacaan boleh diperolehi melalui sumber-sumber bacaan yang terdiri daripada
kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsurkan pendidikan. Kad-
kad bacaan boleh diperolehi daripada pasaran atau disediakan oleh guru sendiri.
Biasanya kad-kad bacaan mengandungi tema atau tajuk. Antara bentuk bahan
bacaan yang sesuai digunakan adalah bentuk rencana, pantun, teka-teki, dialog,
cerita, iklan dan berita.
Melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat disemai sikap berdikari
dan minat dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan mereka terus
mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup. Selain itu, murid akan
menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai untuk memperluaskan
pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu. Pada
masa yang sama, ia dapat memperkembangkan bakat serta keupayaan menilai
sesuatu hasil kerja melalui aktiviti pengayaan serta menyerlahkan bakat kepimpinan
kepada peringkat yang lebih tinggi mengikut kebolehan masing-masing.
Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid dalam kelas sama ada di
peringkat sekolah atau menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana
atau lambat. Murid-murid di dalam sesebuah kelas kebiasaannya dibahagikan
kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan
lambat. Justeru adalah wajar guru menyediakan program pengayaan yang sesuai
mengikut kumpulan tersebut bagi mengelakkan murid yang pandai merasa bosan
apabila dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran murid lambat. Ini tidak setimpal
dengan minat dan perkembangan mental murid.
Penekanan pengajaran ini adalah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan
kepada murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa
yang ditetapkan atau lebih awal dari itu. Dalam program pengayaan, murid-murid
akan dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara perkara yang
berkaitan dengan unit pembelajaran berkenaan secara mendatar. Sementara itu,
muridmurid yang diberi kegiatan pemulihan berpeluang mengatasi kelemahan dan
masalah yang dihadapi di dalam unit pembelajaran berkenaan. Dengan cara ini,
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
8/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 8
semua murid dapat memulakan sesuatu unit pembelajaran bersama sama. Walau
bagaimanapun, murid murid yang mengikuti kegiatan pemulihan berpeluang juga
membuat kegiatan pengayaan
Aktiviti-aktiviti pengayaan dibahagikan kepada dua kategori:
(i) Pilihan murid tidak formal
(ii) Pilihan guru formal
3.1 Konsep Pendidikan Pengayaan
Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas
pembelajaran yang djalankan sam ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Ia
mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta
mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari Melalui aktiviti-aktiviti ini murid
akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat murid, daya
kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri
dalam membuat satu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
Rajah 3Objektif Pengajaran Pengayaan
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
9/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 9
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Gemilang
Tarikh : 28 September 2010
Masa : 7.00 8.00 pagi (60 minit)
Bilangan murid : 30 orang
Tajuk : Mari Berpantun
Hasil Pembelajaran Utama :
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan
yang sesuai.
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.
Hasil Pembelajaran Khusus :
6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Aras : 2 (i)Mengimbas maklumat yang sesuai daripada teks untuk menyokong
fakta.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras : 2 (i)Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan
gaya penyampaian yang betul.
Objektif :
Pada akhir pelajaran, murid akan dapat
i. Melafazkan pantun dengan intonasi dan sebutan yang betul.
ii. Mengenal pasti isi penting dan menyusun isi penting berdasarkan bahan
rangsangan.
iii. Menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam pantun .
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
10/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 10
SISTEM BAHASA
Tatabahasa : Kata Kerja
Kosa kata : berlari, menjual, menanam.
Penekanan 5P :
i. Penggabungjalinan - mendengar, bertutur, membaca, menulis
ii. Penyerapan - Kajian Tempatan
iii. Pemulihan - Melengkapkan ayat
iv. Pengayaan - Membina ayat
v. Penilaian - Penilaian guru dan rakan sebaya
Pengetahuan : (i) Membina ayat.
Sedia ada (ii) Mengetahui serba sedikit mengenai budaya yang
ada di Malaysia.
Penerapan Nilai : Kerajinan, Patriotisme dan semangat bekerjasama.
Kemahiran B erni lai Tambah
KBKK : Menganalisis
Kecerdasan : Verbal linguistik dan intrapersonalPelbagai
Bahan Sumber : (i) Hamparan grafik Pantun
P&P (ii) Komputer riba
(iii) LCD
(iv) Lembaran kerja
(v) Kad Perkataan
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
11/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 11
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN
SETINDUKSI
( 3 Minit )
Kad Perkataan:
Contoh :
Bunga telinga
Tali guli
Masak rosak
i. Guru menunjukkan beberapakeping kad perkataan. Murid
menyebut perkataan-perkataan.
ii. Kemudian guru menyuruh
murid memilih dua perkataan
yang mempunyai sebutan suku
kata akhir yang sama.
iii. Guru menyatakan tajuk
pelajaran pada hari ini iaitu
Pantun.
BBM :Kad
Perkataan
Gabungjal in :
Membaca dan
Mendengar
LANGKAH
1
( 10 minit )
Rima Pantun :
baris pertama
dan baris ketiga
pantun mempunyai
sebutan suku kata
akhir yang sama
atau seakan-akan
sama .
i. Guru mempamerkan sebuah
rangkap pantun kepada murid.
ii. Murid membaca mengikut
rima dan intonasi yang betul.
iii. Guru menerangkan rima pada
pantun dan menerangkan sedikit
berkaitan budaya di Malaysia.
BBM:
Hamparan
Grafik
PSA :
Mengetahui
budaya di
Malaysia
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
12/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 12
Contoh :
Puas sudah kutanam padi,
Nenas juga ditanam orang;
Puas sudah kutanam budi,
Emas juga dipandang orang
iv. Guru menunjukkan beberapa
contoh rangkap pantun lagi.
v. Murid membaca pantunberamai-ramai.
Nilai :
Patriotisme
LANGKAH
2
( 15 minit )
Lembaran
Pengayaan :
Membina ayat
mudah untuk
melengkapkan
pantun.
Lembaran
Pemulihan :
Melengkapkan
ayat dengan
mengisi tempat
kosong
menggunakan
perkataan yang
sesuai.
i. Murid dibahagikan kepada 6
kumpulan yang terdiri daripada 4
kumpulan Pengayaan dan 2
kumpulan Pemulihan.
Kum pulan Pengayaan :
(a) Setiap kumpulan diberikan
satu rangkap pantun yang tidak
lengkap dalam lembaran kerja.
(b) Murid-murid dikehendaki
melengkapkan baris 1 dan 2.
(c) Murid diarahkan berbincang
membina ayat yang sesuai
berdasarkan contoh pantun
empat kerat yang menggunakan
contoh kosa kata akhir yang
sama.
(d) Setiap kumpulan dikehendakimenulis jawapan dalam
lembaran yang disediakan.
Kum pulan Pemu lihan :
(a) Setiap kumpulan diberikan
satu rangkap pantun yang tidak
lengkap dalam lembaran kerja.
BBM :
Lembaran
Kerja
Nilai :
Semangat
Kerjasama
Kecerdasan
Pelbagai :
Verbal-
Linguistik dan
Intrapersonal
Kon sep 5P :
Pengayaan
dan
Pemulihan
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
13/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 13
(b) Ahli kumpulan dikehendaki
berbincang jawapan bagi
mengisi tempat kosong dengan
perkataan yang sesuai.
(c) Guru membimbing murid
bagaimana hendak memilih
perkataan yang sesuai.
(d) Murid dikehendaki menulis
jawapan dalam lembaran yang
disediakan.
KBKK :
Menganalisis
LANGKAH
3
( 15 minit )
Pembentangan
Hasil Kerja.
Kumpulan
Pengayaan :
Bacaan pantundari setiap
kumpulan diikuti
oleh semua murid.
Kumpulan
Pemulihan :
Semua muridmembaca
beramai-ramai
bersama-sama
dengan kumpulan
pembentang.
i. Guru mengarahkan setiap
kumpulan untuk membentang
dan membaca rangkap pantun
diikuti dengan semua murid di
hadapan kelas.
ii. Kemudian, guru menyuruh
murid lain untuk melihat atau
menegur kesalahan berkaitan
ejaan dan kesesuaian
perkataan.
iii. Bagi kumpulan pemulihan,
mereka membentangkan hasildan guru menyuruh semua
murid membaca beramai-ramai
rangkap pantun yang mereka
lengkapkan.(Sebelum dibentang,
jawapan diperiksa oleh guru
terlebih dahulu)
Nilai :
Semangat
Kerjasama
Kecerdasan
Pelbagai :
Verbal-
Linguistik
Kon sep 5P :
Penilaian
guru dan
rakan sebaya
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
14/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 14
LANGKAH
4
( 15 minit )
Kata Kerja:
Perkataan yang
menjadi inti dalambinaan frasa kerja.
Contoh :
- menjual
- menanam
- berlari
- menangkap
Memadankan kata
kerja :
i. Guru menerangkan maksud
kata kerja di hadapan kelas.
ii. Kemudian, guru memintamurid menyenaraikan beberapa
perkataan yang mengandungi
kata kerja dalam rangkap pantun
pertama. (contoh pantun)
iii. Guru memberikan contoh
ayat yang boleh dibina
berdasarkan perkataan kata
kerja tersebut pada skrin putih.
Kum pulan Pengayaan :
iv. Murid diminta untuk membina
ayat berdasarkan kata kerja
yang diberikan ke dalam buku
latihan.
Kum pulan Pemu lihan :
Murid diminta untuk
memadankan kata kerja dengan
aktiviti yang sesuai dalam
lembaran kerja.
BBM :
Hamparan
Grafik Pantun
dan contoh
ayat.
Nilai :
Kerajinan
Kercerdasan
Pelbagai :
Verbal-
Intrapersonal
PENUTUP
( 3 minit )
Membaca pantun
hasil kerja murid.
i. Guru meminta murid membaca
semula pantun yang dipilih
sebagai terbaik beramai-ramai.
ii. Guru merumuskan isi
pelajaran.
BBM :
Hasil Kerja
Murid
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
15/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 15
4.0 LAPORAN / JURNAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN
DAN PENGAYAAN
4.1 Sebelum Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran
Sebelum saya memulakan pengajaran, saya pastikan murid-murid sudah
bersedia untuk membincangkan tajuk pelajaran pada hari tersebut. Murid-murid
nampak teruja dan gembira melihat komputer (laptop) yang dibawa dengan penuh
minat. Ada yang sudah mula memberi andaian bahawa mereka akan ditayangkan
sesuatu yang menarik seperti lagu, video dan kartun. Saya berpendapat, sikap
inkuiri mereka akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut akan menjadi menarik dan berkesan. Murid-murid diarahkan untuk duduk di
tempat masing-masing agar proses pengajaran lebih bertumpu kepada guru. Apa
yang dapat saya perhatikan, murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi
lebih bersungguh-sungguh untuk mengetahui isi pelajaran tersebut berbanding
murid pemulihan. Sebab dan keberkesanan pengajaran hanya akan dapat diketahui
semasa sesi pengajaran pembelajaran berlangsung.
4.2 Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran
Semasa penayangan grafik Pantun di skrin putih, saya dapati semua murid
menumpukan perhatian terhadap isi kandungannya iaitu rangkap pantun. Ada yang
mula membaca dengan kuat, ada juga yang membaca tersekat-sekat. Namun, itu
semua adalah murid yang berprestasi tinggi manakala murid pemulihan hanya
melihat rakan-rakan mereka membaca dan membunyikan rima pantun.
Kebanyakan murid yang lemah menghadapi masalah pengamatan dan
pendengaran. Kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti
kumpulan yang dirancangkan. Jika tiada langkah yang diambil untuk mengatasi
kelemahan ini, murid berkenaan akan menemui kesukaran menyebut bunyi, huruf,
membunyikan suku kata dan perkataan. Selepas sesuatu pengajaran, gerak kerja
pengukuhan pula diadakan. Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin
membosankan murid. Oleh yang demikian, pembentangan hasil kerja selepas
perbincangan adalah sebagai penghargaan terhadap usaha mereka.
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
16/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 16
Untuk langkah kedua dan ketiga pengajaran, saya membahagikan murid-
murid kepada 6 kumpulan iaitu 4 kumpulan pengayaan dan 2 kumpulan pemulihan.
Sesetengah murid pemulihan mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga
yang pendiam atau tidak begitu ramah. Namun demikian, mereka perlu dilibatkan
sama supaya perasaan negatif yang menguasai diri mereka itu dapat dihapuskan.
Sebagai aktiviti pengayaan, murid yang lemah boleh digalakkan mengambil
bahagian bersama-sama dengan murid yang cergas melalui permainan yang
dijalankan. Namun, mereka ini harus diberikan tugas yang mudah yang bersesuaian
dengan kebolehan dan kemampuan mereka. Bagi murid yang cergas pula,
permainan dalam aktivitki pengayaan akan menambahkan kemahiran, pengetahuan
dan pengalaman mereka.
(a) Motiv asi Sepanjang Ak tivit i Pengajaran Pembelajaran
Motivasi adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi. Murid-murid
bekerja secara aktif mengikut kumpulan dan tidak hanya bertindak sebagai penonton
sahaja. Motivasi murid dipertingkatkan dengan memastikan mereka dapat melihat
potensi kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan
dengan kegunaannya di luar bilik darjah. Oleh sebab terdapat beberapa masalahdalam pembelajaran bahasa, beberapa orang murid menjadi pasif. Ini kerana di
dalam bilik darjah, murid dikehendaki melakukan terlalu banyak aktiviti mendengar,
membaca dan latihan menulis. Mereka juga tidak dapat melihat kepentingan aktiviti
ini dengan penggunaan bahasa dalam kehidupan mereka seharian. Ini menjadikan
pelajaran bahasa sungguh membosankan, belajar untuk sementara waktu sahaja
dan tanpa kesungguhan serta keinginan yang mendalam.
(b) Interaksi Dalam Kump ulan
Murid-murid amat gemar bertutur dan mereka juga mudah untuk
bersosialisasi. Keadaan ini boleh dieksploitasi untuk meningkatkan interaksi sesama
mereka. Peluang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kebolehan untuk
berkomunikasi sebenarnya berkait rapat dengan pengalaman berbahasa. Interaksi
sepanjang pembelajaran sangat berkesan sebagai interaksi rakan sebaya. Mereka
lebih banyak belajar melalui rakan sebaya daripada guru mereka sendiri. Walaubagaimanapun, beberapa interaksi dalam kumpulan pengayaan sedikit mengganggu
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
17/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 17
kumpulan lain kerana mereka mempunyai idea yang banyak tetapi tidak dapat
memilih idea yang terbaik untuk menulis jawapan. Apa yang saya perhatikan,
kumpulan Pemulihan mempunyai interaksi yang baik (bagi yang pandai membaca).
Ahli yang kurang pandai membaca hanya bertindak pasif dan menerima semua
cadangan yang diberikan ahli kumpulannya.
(c) Bentu k Interaksi
Peranan guru dalam semua aktiviti bahasa adalah sebagai perunding,
mentor, pembetul kesalahan dan pengadil. Guru juga turut bertindak sebagai
fasilitator dan merancang pembahagian murid. Jenis interaksi yang digunakan
adalah guru sebagai penyelia bagi semua kumpulan perbincangan.
Rajah 4 Guru menyelia aktiviti kumpulan. Murid melakukan aktiviti dalamkumpulan masing-masing.
Semasa aktiviti mencipta ayat pantun, setiap murid dalam kumpulan pengayaan
terlalu bergantung kepada guru untuk bertanya sama ada jawapan mereka betul
atau tidak. Setiap murid mengemukakan cadangan jawapan kepada guru
menyebabkan pertelingkahan kecil sesekali berlaku antara mereka. Ini menunjukkan
interaksi dan kerjasama dalam kumpulan bergerak aktif tetapi perlu kawalan
daripada guru. Guru sentiasa menyelia kumpulan terutama kumpulan pemulihan
untuk memberi bimbingan berterusan.
(d) Kerjasama
Bekerjasama adalah satu unsur yang kukuh bagi setiap aktiviti yang penuh
pertandingan. Semasa aktiviti perbincangan, ahli-ahli kumpulan bekerjasama antara
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
18/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 18
satu sama lain untuk memastikan kemenangan bagi kumpulan mereka. Semangat
bekerjasama yang dipupuk melalui aktiviti perbincangan ini juga dapat digunakan
dalam perkara-perkara lain sama ada di luar dan di dalam bilik darjah. Guru sangat
berpuas hati terhadap kerjasama murid tetapi sedikit terkilan apabila ada murid yang
memperlekehkan aktiviti membina pantun adalah sesuatu yang sangat mudah dan
sesuai untuk murid pemulihan sahaja. Namun, guru mempertahankan objektif
pengajaran adalah untuk membina semangat kerjasama kumpulan dan untuk
meningkatkan daya kreativiti murid untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Kerjasama daripada kumpulan pemulihan sangat baik kerana mereka berusaha
untuk mengeja dan menulis perkataan yang betul dan sentiasa memperbaiki ejaan
yang diragui salah.
(e) Secara Berkumpu lan
Aktiviti mencipta ayat pantun dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Bilangan 5 orang dalam satu kumpulan adalah sesuai kerana murid berinteraksi
sesama mereka dengan bersungguh-sungguh. Namun, ada kumpulan yang
berbincang dengan suara kuat memandangkan ahli kumpulan terdiri daripada murid
yang pandai. Keadaan ini menyebabkan bising, namun guru dapat menanganinyaagar tidak mengganggu kumpulan lain.
4.3 Selepas Pengajaran Dan Pembelajaran
Selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan, didapati murid
pengayaan dapat mengukuhkan dan meningkatkan penguasaan bahasa seperti
penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan penguasaan
elemen tatabahasa. Manakala bagi murid pemulihan, aktiviti membaca pantun dan
melengkapkan ayat dapat member peluang mereka memperbaiki sebutan bacaan
dan membina perkataan baru yang baru mereka pelajari. Walaupun masih kurang
penguasaan elemen tatabahasa namun mereka dapat memahami apa yang
dikatakan kata kerjadalam suatu ayat.
Guru dapat menjadikan bahan bantu mengajar yang digunakan sangat berkesandan berjaya kerana mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik, sesuai
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
19/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 19
dengan peringkat penguasaan bahasa murid. Murid yang cergas menunjukkan sikap
yang kreatif dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang
menarik dan sempurna. Manakala bagi murid pemulihan, penggunaan Pantun dalam
mengeja dan menulis perkataan dapat menggembirakan hati mereka dan tidak
berasa ketinggalan dalam pelajaran. Dalam hal ini, pengajaran pemulihan ke atas
murid-murid tersebut dijangkakan berkesan untuk merapatkan jurang perbezaan
pencapaian dengan rakan-rakan sebayanya. Pengelompokan pelajar yang kurang
beruntung ini dalam satu kelas atau kumpulan kecil dengan pemilihan kaedah
pengajaran yang jitu, penggunaan peralatan mengajar yang berkesan, pendekatan
pengajaran yang tepat, alat komunikasi yang sesuai untuk mempercepatkan
pemerolehan ilmu dan lain-lain dapat membantu guru membuat pemulihan.
Aktiviti perbincangan kumpulan memberikan peluang kepada semua murid
untuk berinteraksi antara murid dengan murid, murid dengan guru dan tindak balas
murid terhadap bahan. Manakala bahan yang digunakan seperti persembahan
Powerpointdan lembaran kerja dapat merangsangkan murid untuk bertindak balas
secara aktif dan positif serta dapat mengekalkan minat mereka. Ini secara tidak
langsung guru berjaya melibatkan murid secara aktif sama ada dalam kumpulan
atau kelas yang dapat dilihat dalam sesi pembentangan hasil kerja kumpulan.
Dengan keputusan dan hasil yang dibuat oleh murid, guru dapat membuat
kesimpulan bahawa guru mempunyai arahan dan peraturan yang jelas dan mudah
difahami oleh murid cergas dan murid lemah. Murid akan lebih bersemangat dan
gembira menyiapkan suatu tugasan apabila arahan dan peraturan yang diberi
secara lisan dapat difahami mengikut tahap kefahaman mereka. Tumpuan dan
bimbingan berterusan daripada guru terhadap kumpulan pemulihan menyebabkan
interaksi dan arahan dapat diterima dengan jelas dan memberikan keyakinan
kepada murid-murid tersebut.
Akhir sekali, aktiviti membaca, menulis dan mencipta pantun atau ayat sangat
sesuai dijalankan di dalam bilik darjah kerana suasana yang tenteram, selesa dan
memudahkan tayangan skrin. Pengajaran dan pembelajaran pemulihan dan
pengayaan dapat dijalankan dalam jangka waktu dan tempat yang sesuai untuk
mencapai objektif pembelajaran.
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
20/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 20
4.4 REFLEKSI
Saya dapati pengajaran pada hari ini berlaku seperti yang dirancang.
Penggunaan hamparan grafik(powerpoint) nampaknya tidak menghadapi masalah
seperti yang pernah terjadi malah menjadi tarikan topik pelajaran pada hari ini.
Murid-murid sangat gembira untuk melafazkan puisi pantun beramai-ramai.
Walaubagaimanapun, saya dapati murid pemulihan tidak dapat membaca bersama-
sama kerana mempunyai masalah membaca. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986)
menyarankan pengesanan dalam kemahiran membaca ialah dengan memerhatikan
murid yang sedang membaca. Saya sepatutnya membacakan pantun diikuti oleh
semua murid agar mereka dapat bersama-sama melafazkan pantun dengan sebutan
dan rima yang betul. Saya dapati murid pemulihan hanya mendengar rakan-rakan
mereka membaca pantun dan ada diantara yang berusaha cuba bersama-sama
membaca. Mungkin saya perlu memberi peluang kepada murid pemulihan untuk
membaca pantun sebelum ke langkah seterusnya.
Semasa aktiviti mencipta pantun, saya lebih tertumpu kepada kumpulan
pemulihan menyebabkan kumpulan pengayaan bertelingkah sesama ahli untukmenerima cadangan masing-masing. Walau bagaimanapun, keadaan dapat dikawal
apabila saya memberitahu kumpulan yang membuat kerja dalam keadaan yang
tidak bising akan mendapat markah lebih. Secara keseluruhannya, saya berasa
puas hati kerana pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti pengayaan
dan pemulihan berjalan seperti dirancang. Untuk pengajaran dan pembelajaran akan
datang, saya berpendapat agar dapat memainkan video yang menunjukkan cara
dan adab sebenar berpantun. Mungkin itu akan lebih menambahkan minat murid
untuk menjiwai dan seterusnya menghargai seni warisan negara sendiri.
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
21/22
BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 21
5.0 KESIMPULAN
Penguasaan bahasa seseorang murid merupakan asas perkembangan
kognitif atau kegiatan memperoleh pengetahuan dan mengenali sesuatu melalui
pengalaman sendiri. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam pengajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu yang dirancang dengan teliti, lengkap serta tepat
membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat muridmurid
terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif. Ini kerana guru
dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancar dan menarik serta tidak
membazir masa dan tidak bertindak dalam keadaan kelam kabut. Tanpa
perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai
kompetensi dalam pengajarannya. Sebelum melaksanakan strategi pengajaran dan
pembelajaran, guru harus memahami tugas-tugas yang sebenar semasa merancang
persediaan mengajar dan melaksanakannya di dalam bilik darjah. Dalam pada itu,
guru hendaklah memilih sumber pelajaran serta isi pelajaran yang sesuai antara
murid-murid yang memerlukan pengayaan dan murid-murid yang memerlukan
pemulihan. Dengan ada rancangan pengajaran yang sesuai dan berkesan, objektif
pengajaran yang berkesan akan tercapai. Bagi menentukan objektif pengajarantercapai, guru boleh menentukan jenis penilaian yang akan digunakan untuk
mengukur pencapaian murid diakhir proses pengajaran dan pembelajaran hari
tersebut.
-
7/29/2019 Bmm3106_pemulihan Dan Pengayaan
22/22
RUJUKAN
Khatijah Abd Hamid. (1985) . Tatabahasa Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Koh Boh Boon.(1979). Pengesanan Awal Dan Pemulihan Dalam Bidang Bacaan.
Kuala Lumpur; DBP
Mohd Junit b Mohd Johari.(1987). Pengajaran Pemulihan Bahasa Malaysia Melalui
Pendekatan Kerja Kelompok: Satu Pandangan.Kuala Lumpuur : Jurnal
Dewan Bahasa
PPK (1982). Buku Panduan Khas: Program Pemulihan. KPM
PPK (1982). Buku Panduan Khas: Program Pengayaan. KPM
Sharifah Alwiah Al-sagoff. (1986) . Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Kuala
Lumpur; Heinemann
http://www.scridb.com/doc/5572516/KONSEP-5P-DALAM-KBSR
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/aktiviti-pemulihan-tulisan.html
http://www.scridb.com/doc/5572516/KONSEP-5P-DALAM-KBSRhttp://www.scridb.com/doc/5572516/KONSEP-5P-DALAM-KBSRhttp://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/aktiviti-pemulihan-tulisan.htmlhttp://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/aktiviti-pemulihan-tulisan.htmlhttp://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/aktiviti-pemulihan-tulisan.htmlhttp://www.scridb.com/doc/5572516/KONSEP-5P-DALAM-KBSR
top related