bm kataadjektif

Post on 23-Jan-2016

285 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif. Jenis Kata Adjektif 1. Kata adjektif sifatan / keadaanContoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,garang, buas, condong

2. Kata Adjektif WarnaContoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu

3. Kata Adjektif UkuranContoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil

4. Kata Adjektif BentukContoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok

5. Kata Adjektif JarakContoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris

6. Kata Adjektif WaktuContoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,

7. Kata Adjektif PerasaanContoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu

8. Kata Adjektif CaraContoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering

9. Kata Adjektif PancainderaContoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,nyaring, gemersik

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.A cairB putihC pekatD merah 2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.A ketat

B besarC singkatD longgar

 Gambar 1

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.A kelatB enakC manisD masam

 4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.A tajamB kasarC kesatD tumpul

 

  Gambar 2

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.A jernihB hitamC kotorD bersih 6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.A kecilB tebalC besarD panjang 7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.A sejukB damaiC panasD nyaman 8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.A baikB cergasC nyamanD indah

9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.A IndahB MuramC KelamD Sayup 10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-gurumereka.A baikB maluC takutD patuh 11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.A pilu

B mahuC cemasD gembira 12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________A tinggiB besarC kontotD panjang 13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.A hapakB hanyirC tengikD hancing 14 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.A serakB garauC merduD nyaring

15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orangwalaupun dengan orang yang baru dikenalinya.A sombongB senangC ramahD kasar 16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.A kegelapanB kedinginanC kemalapanD kepanasan 17 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.A bengkok

B bengkakC botakD lekuk 18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.A lengangB senyapC muramD suram 19 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.A pedasB lebamC pedihD panas 20 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.A luasB sempitC senangD besar 

21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnyapetang tadi.A menggelupasB menggerutuC melecurD melecet 22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah manggayang dikupasnya itu.A geliB haruC kelamD gundah 23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasakering walaupun berada lama di dalam air.A kesatB telap

C telusD kalis 24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatahlagi hari sudah larut malam .A terkilanB runsingC murungD sengsara 25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .A pelikB gawatC runsingD rencam 26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyakwangi yang ________ itu .A busuk …tengikB hanyir… wangiC hapak … harumD hancing …mersik

27 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikanoleh biduanita itu .A ghairahB asyikC tekunD leka 28 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu .A becakB lembikC lembapD bengkok 29 Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.A serongB bengkokC bongkokD condong 30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yangdatang dari arah bertentangan .A jauh

B cepatC dekatD nyaris 31Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.A sedihB hairanC terkejutD gembira 32 "Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya," kata Ghani.A lazatB busukC kelatD harum

33 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.A pantasB cepatC derasD kencang 34 Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.A telitiB lemahC sopanD lembut 35 Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.A baruB antikC retakD runtuh 36 Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.A sibukB damai

C serabutD gembira

37 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________A hapakB tengikC hamisD haring 38 Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.A tertibB gopohC pantasD cermat 

39 Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.A piluB gusarC geramD marah

40 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.A kelajuanB kelalaianC keberanianD kesibukan

KATA NAMA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.A orangB haiwanC makhlukD ternakan

2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.A kelapa sawitB bungaC getahD padi

3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.A hatiB ubatC gulaD garam

4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.A BatikB DodolC GamelanD Tarian Inang

5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.A Nyanyian

B MasakanC PakaianD Tarian

6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.A GadisB WanitaC PemudiD Pemuda

7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.A doktorB perwiraC mekanikD pemandu

8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________.A bilik gerakanB bilik bacaanC bilik storD bilik air

9 Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.A sumpah-sumpahB angkut-angkutC kisi-kisiD api-api

10 Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.A labu-labuB kisi-kisiC dekak-dekakD kuda-kuda

11 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.A Budak-budakB Kanak-kanakC Lelaki-lelakiD Pelajar-pelajar

12 __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.A Batu-batanB Tanah-tanih

C Bukit-bukauD Kayu-kayan

13 Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.A dalamB bawahC tengahD atas

14 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.A Buah-buahB Buku-bukuC Bekas-bekasD Barang-barang

15 Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokokrambutan.A tepiB atasC bawahD belakang

16 Cikgu Rozita merupakan bekas __________ di Maktab Perguruan Perempuan Melayu,Melaka.A muridB pelatihC pelajarD mahasiswa

17 __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.A DaunB BatangC PelepahD Mayang

18 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.A poskadB majalahC surat khabarD surat berdaftar

19 Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.A ArnabB Kucing

C kambingD kura-kura

20 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________.A MalaysiaB KoreaC JepunD China

21 Pada hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solatdi Masjid al-Falah di kampung mereka.A IsninB RabuC AhadD Jumaat

22 Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramahkeibubapaan yang disampaikan oleh Dato Dr. Fadzillah Kamsah.A kedaiB rumahC dewanD masjid

23 Kaum __________ diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah sewaktu berbelanja.A gadisB isteriC betinaD wanita

24 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan __________.A pesawahB penorehC nelayanD petani

25 Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.A pelancongB pendatangC rakyatD murid

26 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu.A motosikalB basikalC keretaD beca

27 Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas sebagai pusat __________.A perkhemahanB pelanconganC petempatanD perkampungan

28 Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapatseperti isi dengan kuku.A diaB kitaC kamiD mereka

29 Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesessakan lalu lintas.A jejantasB jambatanC lapanganD bangunan

30 Haziq merupakan satu-satunya __________ yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.A dekanB pelajarC profesorD pensyarah

31 Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh _________ dengan suarayang lantang.A juruulasB juruacaraC jurucakapD juruhebah

32 Penduduk Kampung Sira bergotong-royong membaiki __________ yang rosak itu.A jambatanB jejambatC jejantasD jejari

33 Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul __________ semalam.A ributB hujanC anginD panas

34 Puan Rosnah dikejarkan ke __________ kerana darah di kakinya tidak berhenti mengalir.A pasarB pejabatC hospitalD bengkel

35 __________ itu tersenyum manis sambil menghidangkan minuman kepada penumpang.A SeniwatiB PramugariC PramugaraD Peragawati

36 Mahasiswa dan mahasiswi di __________ diingatkan supaya menumpukan perhatiansemasa mengikuti kuliah.A universitiB sekolahC tadikaD kolej

37 Kuiz itu diadakan untuk menguji kecekapan __________ dalam mata pelajaranMatematik.A ibuB adikC kakakD pelajar

38 __________ yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik.

A KuihB LaukC SayurD Barang

39 _________ polis itu sedang menyampaikan taklimat tentang kes rompakan kedai emasyang berlaku di Kedai Emas Fung Keong kepada pihak media.A JuruacaraB JurucakapC JuruhebahD Jurumaklum

40 Penyokong-penyokong pasukan bola sepak Perak melonjak __________ apabila KhalidJamlus menjaringkan gol kemenangan.A lompatanB kemeriahanC kesenanganD kegembiraan

KATA HUBUNG

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. 1 Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.A atauB jikaC agarD kerana 2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.A danB tetapiC manakalaD walaupun 3 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.A hinggaB tatkalaC setelahD supaya 4 Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.A agarB ketikaC hinggaD setelah 5 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada mingguhadapan ___________ bulan hadapan?A danB laluC atauD maka

6 Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.A laluB agarC makaD kerana 

7 Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal.A danB sertaC tetapiD malahan

 8 Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya.A keranaB sambilC makaD lalu 9 Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusanyang cemerlang dalam UPSR.A danB laluC tetapiD walhal 10 __________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.A SemasaB SetelahC SupayaD Sementara 11 Keluarga Chong Wei mungkin berpindah ke Johor __________ ke Melaka.A danB laluC atauD agar

12 Encik Sulaiman berdoa ________ keluarganya sentiasa sihat.A untukB jikalauC bahawaD semoga 13 ___________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiadapadanya.A SemogaB SewaktuC SupayaD Setelah 14 Encik Lim menebas semak-samun _________ isterinya menyapu sampah.A apabilaB manakalaC walaupunD sedangkan 15 Halim tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke bandar

__________ditentang oleh ibunya.A sementaraB walaupunC sejakD agar 16 Hamid tidak datang ke sekolah ____________ minggu lepas.A semenjakB sewaktuC keranaD selagi 17 Murid-murid diminta beratur __________ menaiki bas.A ketikaB setelahC semenjakD sementara 18 Landskap itu dibina oleh guru-guru, ibu bapa ________ murid-murid sekolah itu.A laluB makaC sertaD atau 19 __________ menonton drama lucu itu, mereka ketawa berdekah-dekah.A ApabilaB KeranaC SambilD Semasa 

20 Izuddin masuk ke kelas ________ Cikgu Norman sedang mengajar.A sementaraB malahanC tatkalaD sambil 21 Ekspo pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya ___________ mendapatsambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan.A jikaB ketika

C hinggaD sementara 22 Makanlah makanan yang berkhasiat ___________ badan kamu sentiasacergas. A jikaB sejakC keranaD supaya 23 Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti, __________ Azminmengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.A danB lantasC manakalaD sementara 24 Tetamu itu bangun _________ turun ke serambi.A danB laluC makaD setelah 25 Manjeet berkata ________ dia pasti akan mengikuti rombongan sambil belajar ke Putrajaya itu.A bahawaB serayaC makaD agar

 26 Ibu tua itu memeluk anaknya _________ membelai rambutnya.A sertaB walhalC malahanD kendatipun 27 Pak Mat mengumpul nira _______ dibuat manisan dan tuak.A setelahB semasaC untukD bagi 28 ___________ hujan turun, pasukan bola sepak itu masih bermain di padang.A Semoga

B TatkalaC HinggaD Supaya 29 _____________ letih, pelumba basikal itu meneruskan kayuhannya sehingga ke garisan penamat.A TatkalaB SemasaC SungguhpunD Walau bagaimanapun 30 Pertahanan negara perlu diperkuat ___________ keamanan negara sentiasaterjamin.A agarB untukC hinggaD bahawa 31 Sri Devi tidak akan makan _________ ibu tidak memujuknya.A setelahB apabilaC sekiranyaD sementara 

32 Setelah mendapati rakan-rakan lain berdiam diri, Rodiah __________mengangkat tangan untuk menjawab soalan Matematik itu.A makaB lantasC sambilD justeru 33 Sekumpulan pekerja sedang berehat sambil berbual-bual ___________menyambung tugas masing-masing.A sementaraB semenjakC sebelumD semasa 34 Bukan Amirul sahaja yang pemurah __________ anaknya juga dermawan.

A malahanB namunC tetapiD maka 35 __________ kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita pasti berjaya.A Semenjak B SekiranyaC SemasaD Selagi 36 ___________ sebelum kejadian itu berlaku, mereka kelihatan bermain bola di tepi pantai.A ApabilaB JusteruC SejurusD Ketika 37 Wafiy akan terus berusaha _________ cita-citanya untuk menjadi seorangangkasawan belum tercapai.A sementaraB walaupunC apabilaD selagi 

38 Sampah itu dikutipnya ___________ dibuangnya ke dalam tong sampah.A serayaB apabilaC bahawaD kemudian 39 ___________ menunggu bas, Norita membaca buku cerita.A SetelahB JikalauC WalaupunD Sementara 40 Perlawanan itu akan dibatalkan __________ hujan turun dengan lebatnya.A semogaB keranaC jikalauD untuk

PENJODOH BILANGAN

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayatberikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus__________ kawat berduri.A utasB gulungC gelungD bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul SofiaA SejambakB SekuntumC SejambanganD Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.A utasB untaiC gulungD lembar

4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmahkepada Jamilah.A cuitB cubitC coletD genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.A SegugusB SekelompokC SehamparanD Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.A kelompokB tompokC buahD biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.A patahB potongC cebisD untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.A bijiB ulasC buahD buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.A cebisB bentukC lembarD cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.A butirB das

C bijiD pucuk

11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .A papanB kepingC naskhahD rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.A barisB patahC rangkapD buah

Soalan 13 Berdasarkan Gambar 1.

 Gambar 1

13 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.A gelungB papanC mataD biji

14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.A puntungB berkas

C kotakD pucuk

15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknyamendapat __________ .A sebijiB seruasC sehirisD seketul

16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di KampungSungai Kota.A pintuB papanC bidangD rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.A seutasB sebilahC sejambakD serumpun

Soalan 18 Berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untukmencantikkannya.A ulas

B butirC kepingD potong

19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.A segulungB segelungC sekajangD sebuah

20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.A sekepingB selembarC senaskhahD sehelai

21 "Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.A biji ... buahB sisir ... ikatC tandan ... gugusD sikat.....longgok

22 "Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya.A biji ... batangB buah ... batangC bekas ... bilahD butir ... bilah

23 Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, diameletakkannya di atas se __________ almari.A kuntum ... bijiB bakul ... buahC jambak ... deretD jambangan ... buah

24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan__________ tali untuk mencari rotan.A sebentuk ... selembarB sebatang ... segelungC selaras ... segulungD sebilah ... seutas

25 Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.A seekor

B secubitC seketulD segenggam

26 Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.A segugus ... setangkaiB segugus ... seikatC sebiji ... selonggokD setangkai ... segugus

27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.A sekuntum ..... sebilahB sejambangan ..... seberkasC setangkai ..... sepucukD sejambak ..... sebatang

28 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan denganmenggunakan lima _________ rifel M16.A butir ..... pucukB das ..... larasC biji ..... batangD laras ..... das

29 Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di KedaiPayang.A sehelai ..... segulungB secarik ..... segelungC secebis ..... sehamparanD sehelai ..... sebidang

30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.A genggam ..... segerombolanB batang ..... sekumpulanC ketul ..... sekawanD kepal ..... seekor

31 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepibangunan itu.A Sebatang ..... bijiB Sedas ..... buahC Selaras ..... butirD Sekaki ..... butir

32 Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?A sebakul ..... seberkasB selonggok ..... seikatC seberkas ..... seikatD sekawan ..... segulung

33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.A sepotong ….. bijiB sehiris ….. ulasC seketul ….. bijiD sekeping ….. biji

34 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.A ulas ….. sikatB biji ….. tandanC ikat ….. tandanD ikat ….. sisir

35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.A jalur ….. pintuB kaki ….. barisC batang ….. deretD baris ….. buah

36 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulutdan memakan __________ sirih.A seketul ….. sekepingB segenggam ….. sehelaiC sepotong ….. selembarD sekepal ….. sekapur

37 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa__________ penggali dan beberapa __________ dawai.A sebatang ….. gelungB sebuah ….. gelungC sekerat ….. lembarD sebilah ….. utas

38 Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________

serai dibelakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.A baris ….. pucukB deret ….. kelompokC batas ….. rumpunD ikat ….. jambak

39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.A sekepulB segugusC setompokD segumpal

Soalan 40 Berdasarkan Gambar 3

 Gambar 3

40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencarimakan.A SepasukanB SekawanC SerumpunD Segerombolan

top related