assingment rbt 3109
Post on 03-Apr-2018
236 Views
Preview:
TRANSCRIPT
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 1/16
PENGENALAN
Kini, hamster telah menjadi salah satu haiwan kesayangan ramai.
Tetapi ramai diantara pencinta hamster tidak mengenali secara mendalam
tentang haiwan kecil yang garang ini. Hamster mempunyai kantung di pipinya
yang biasanya digunakan untuk mengumpul dan membawa makanan dan
benda-benda lain sehingga separuh daripada berat badannya. Oleh sebab
itu, haiwan penggerit kecil ini diberi nama hamster berasal dari bahasa
Jerman ‘hamstern’ yang bererti timbunan.
Hamster merupakan haiwan malam. Haiwan ini akan tidur dari pagi
hingga ke petang dan aktif di malam hari. Haiwan ini sesuai dipelihara oleh
penggemar yang sibuk bekerja atau belajar di waktu siang dan mempunyai
waktu lapang di malam hari.
Jika ingin membeli hamster beberapa perkara perlu dipertimbangkan,
dari jenis hamster yang sesuai dengan keinginan anda sehinggalah
pemeliharaan yang sesuai dengan masa anda. Terdapat lima jenis hamster
yang dapat dijinakkan, iaitu hamster Campbell rusia, hamster ‘winter white’
rusia, hamster cina dan hamster roborovski yang mempunyai ciri-ciri dan sifat
serta penjagaan yang berbeza-beza.
Hamster mempunyai badan yang gempal dengan ekor yang lebih
pendek daripada badannya dan memiliki telinga yang berbulu, kaki yang lebar
dab pendek. Hamster memiliki bulu yang tebal dan panjang. Bulu hamster
pula mempunyai berbagai-bagai-bagai warna yang bergantung pada spesies
hamster tersebut. Antara warna bulu hamster yang sering kelihatan adalah
hitam, putih, coklat, kuning dan kelabu. Kebanyakan warna pada bahagian
hamster pula adalah berwarna putih.
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 2/16
Jenis-Jenis Hamster
Sebenarnya terdapat banyak jenis Hamster di dunia dan hampir ada di setiap
negara, tetapi hanya beberapa jenis saja yang umum dipelihara sebagai
haiwan peliharaan.
HAMSTER SIRIA (Mesocricetus auratus)
Ditemukan pertama kali pada tahun 1930 oleh I.aharoni, seorang profesor
zoologi Universiti Habrew, Jurusalem. Hamster ini pertama kali ditemukan
dalam sebuah lubang sepanjang 8 kaki di daerah padang pasir aleppo, Syria.
Sebab itu hamster ini dikenali dgn nama hamster syria (syrian hamster).
umur 2 – 2,5 thn,bila dirawat dengan baik.
panjang 15 – 20 cm bila sudah dewasa.
Jenis-jenis hamster syria : (short hair,long hair,rex,satin).
Syrians merupakan jenis hamster yang paling besar. Merupakan haiwan yang
aktif pada waktu malam seperti hamster yang lain dan suka hidup
bersendirian. Biasanya yang betina akan lebih peka berbanding yang jantan.
Dia akan keluar pada siang untuk melihat jika ada sesuatu berlaku. Manakala
yang jantan, agak malas dan hanya akan keluar untuk membuang air dan
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 3/16
makan. Jenis ini boleh untuk dilatih supaya aktif lebih awal. Jenis jantan akan
berbulu panjang dan mempunyai ’skirt’.
HAMSTER CAMPBELL (Phodopus sungoris campbelli)
Ditemukan pertama kali pada tahun 1905 oleh Thomas Campbell. Hamster ini
berasal dari Asia Tengah, terutamanya banyak ditemukan di daerah Mongol
dan timur laut Cina.
umur 1,5 – 2 thn,bila dirawat dgn baik.
panjang 9 – 12 cm,bila sudah dewasa.
Jenis-jenis hamster campbell : (albino, panda, black bear, argente,
opal,blue)
masa kehamilan hamster campbell 18 – 21 hari.
Campbells adalah lebih kecil daripada Syrians dan tinggal secara koloni.
Jenis ini membiak dengan cepat dan disyorkan supaya mengasingkan kedua-
dua jantina. Hanya tempatkan yang sama jantina sahaja di dalam satu
sangkar. Biasanya mereka mesra sesama mereka namun mereka juga
bergaduh terutamanya apabila induk betina tercabar dengan yang lain.
Apabila mereka bergaduh dan cedera, pisahkan mereka dengan segera.
Namun jangan terus mengasingkan mereka apabila kelihatan mereka
bergaduh kerana mungkin mereka hanya bergomol bergurau sahaja. Apabila
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 4/16
sudah dipisahkan agak susah untuk mereka berbaik semula di kemudian hari.
Campbells biasanya menggigit manusia namun jika bernasib baik, dapat
berjumpa dengan yang mesra dengan manusia.
HAMSTER ROBOROVSKI (Phodopus roborovskii)
Hamster ini berasal dari Mongolia bahagian barat dan timur serta sebelah
utara Chiina. Roborovski hidup di dalam lubang sedalam 50 – 150 cm.
umur 3,5 – 4 thn bila dirawat dgn baik.
panjang 4 – 5 cm bila sudah dewasa.
Jenis-jenis hamster Roborovski : (normal, white face).
Roborovski merupakan hamster yang paling terkecil sekali dalam keluargahamster dan berasal dari Mongolia. Mereka biasanya tinggal secara
berkelompok tetapi jika terlalu padat, boleh mengakibatkan kanibalisme, di
mana yang kecil akan dimakan jika mereka berasa makanan dan ruang tidak
mencukupi. Berhati-hati jika membela beberapa ekor hamster jenis ini kerana
agak sukar untuk menjaga Roborovski yang banyak. Jenis ini biasanya agak
lincah dan bergerak pantas. Jenis ini tidak sesuai untuk dibela oleh kanak-
kanak kerana sukar untuk membelanya. Biasanya Roborovski dibela secara
berkelompok dan dibiarkan dalam sebuah tangki seperti akuarium yang
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 5/16
mempunyai banyak permainan. Orang boleh melihat kehidupan hamster dan
kurang sesuai untuk dibawa bermain di luar.
HAMSTER WINTER WHITE (Phodopus sungorus sungorus)
Ditemui pertama kali dijadikan sebagai bahan tulisan pada tahun 1770. Nama
Winter White yg diberikan pada hamster ini didasarkan oleh perubahan warna
bulu bila terjadi perubahan suhu. Pada musim dingin, bulu hamster ini akan
berubah menjadi putih dan kembali ke warna asal pada musim panas.
Hamster winter white berasal dari bagian timur Kazakhastan dan tenggara
Siberia.
umur 1,5 – 2 thn bila dirawat dgn baik.
panjang 7 – 9 cm bila sudah dewasa.
Jenis-jenis hamster winter white : (normal, safir, pearl, golden)
Winter whites kelihatan seperti Campbells tetapi sebenarnya mereka lebih
kecil dan mempunyai warna yang berbeza. Biasanya Winter Whites
berwarna kelabu gelap manakala Campbells bewarna coklat. Mereka
boleh tinggal sepasang dari jenis yang sama. Meskipun mempunyai
bentuk yang serupa namun Winter Whites lebih mesra, lebih mudah
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 6/16
untuk dipelihara dan kurang persaingan berebut kawasan sesama
mereka. Jangan temukan Winter Whites dengan Campbells kerana
Winter Whites betina akan sukar melahirkan bayi Campbells kerana
saiz anak Campbells besar. Winter Whites tidak mempunyai sejarah
diabetis.
HAMSTER CINA (Cricetulus griseus)
Hamster ini berasal dari daerah utara China dan termasuk dalam keluarga
hamster berekor panjang.
umur 2 – 4 thn,bila dirawat dgn baik.
panjang maksimal bisa mencapai 10 cm.
Jenis-jenis hamster cina : (normal, putih,b erbintik2).
Jenis ini merupakan jenis yang jarang ditemui. Biasanya hamster jenis ini
amat mesra dan mempunyai sikap yang baik. Boleh disimpan
sepasang bersama dalam sangkar tetapi jika bergaduh perlu
dipisahkan dengan segera. Maempunyai saiz yang agak kecil
meskipun setelah dewasa sepenuhnya dan kelihatan seperti seekor
tikus kecuali dia tidak mempunyai ekor yang panjang.
Makanan Hamster
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 7/16
Hamster juga termasuk haiwan pengerat, mereka akan makan makanan
yang apa mereka temui - apa lagi yang manis-manis tanpa pikir panjang lagi.
Mereka tidak berfikir apa makanan itu berbahaya atau tidak bagi mereka. Jika
anda memberi makanan apa saja yang mereka makan, mereka dapat
menjadi gemuk, dan sering kali dapat membuat mereka sakit. Anda harus
memperhatikan naluri mereka yang menyembunyikan makanan mereka di
sarangnya. Ada beberapa makanan di tampungan mereka yang telah menjadi
busuk dan dapat menimbulkan masalah.Karena itu untuk menjadi pemelihara
yang baik anda juga perlu menjadi pakar gizi mereka yang baik untuk hamster
anda.
Hamster suka biji bunga matahari
seperti haiwan pengerat lainnya. Kadang-
kadang biji ini sering dinyatakan sebagai
sumber nutrien utama tetapi itu tidak benar.
Di lingkungan alam liarnya, biji-matahari
memang sumber nutrien penting. Tetapi
untuk hamster, biji matahari adalah
makanan terlalu berlemak untuk dimakan
setiap hari. Jika anda memberi makan biji
matahari di kandang hamster anda, ini akan membuat hamster anda cepat
gemuk. Kegemukan juga tidak baik untuk hamster. Anda sebaiknya memberi
biji matahari sebagai hadiah. Jumlah maksimum harian adalah antara 3
sampai 5 biji. Cara ini juga dapat membantu anda menjinakan hamster
dengan cepat. Dengan memberi makan biji matahari dengan tangan, hamster
anda akan mengakui anda sebagai pemelihara yang baik.
Selain biji-bijian atau kacang, hamster juga dapat diberi makan
sayuran seperti cabbage dan sayuran lainnya. Sayuran tidak membuat
hamster gemuk. Sayuran herba yang kuat seperti bawang putih, daun
bawang atau seledri dapat menjadi racun bagi hamster yang kecil. Walaupun
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 8/16
sayuran ini baik untuk manusia, daun rasa kuat dapat membahayakan
kesihatan hamster. Hindarilah seledri, bawang putih, bawang merah.
Gigi haiwan pengerat tidak pernah berhenti tumbuh. Oleh sebab itu mereka
harus menggigit sesuatu yang keras
terus menerus. Untuk alasan inilah
anda harus memberi mereka sesuatu
untuk mereka gigit. Sayuran terlalu
lunak untuk ini, anda dapat memberi
pelet yang keras atau sepotong kayu.
Biasanya makanan hamster direka
sekeras mungkin untuk memangkas
gigi mereka. Sepotong kayu juga berfungsi sama dalam perawatan gigi, tetapi
makanan hamster juga bekerja sebagai suplemen dan lebih dapat dinikmati
oleh hamster. Kadang-kadang makanan formulated tidak sesuai dengan
selera hamster, maka jangan beli terlalu banyak. Beli sedikit dahulu dan lihat
adakah hamster menyukai atau tidak. Hamster juga menyukai buah-buahan.
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 9/16
PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN HAMSTER
Hamster merupakan haiwan peliharaan yang sihat dan dapat hidup
baik selama dua tahun atau lebih. Mereka perlu kandang yang selesa, jauh
dari kekeringan dan kelembaban, perlu dibersihkan baik dan teratur. Mereka
memerlukan makananan campuran yang lengkap dan memenuhi keperluan
mereka. Mereka perlu makanan buah-buahan yang segar atau sayuran dalam
jumlah sedikit. Mereka suka bermain dan keluar untuk bermain bersama
dengan pemiliknya.
Pada hamster yang sihat, mata mereka akan bersih, cerah, memiliki
bulu yang gebu dan telinga yang tegak. Walaupun hamster baru saja bangun
dari tidurnya, sebentar saja telinganya akan berdiri tegak dengan baik.
Hamster memiliki dua tanda/bercak pinggul atau scent gland pada sisi tubuh
mereka (di pinggul mereka). Ini normal dan mereka akan membesar atau juga
dapat kelihatan seperti kudis pada beberapa hamster bulu pendek. Jangan
diusik kerana dapat menyebabkan hamster anda masalah.
Hamster yang sakit akan diam saja di sarangnya walaupun terdapat aktiviti
yang menarik di luar. Waktu dia keluar, matanya mungkin setengah tertutup
dan telinganya tetap turun dan rata dengan kepalanya.
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 10/16
Tip kesihatan: Cucilah tangan anda sebelum memegang hamster anda jika
anda sakit perut atau cirit-birit. Hamster anda mungkin dijangkiti kuman.
Jangan menyembur racun serangga disekitar kandang karana dapat
membahayakan hamster anda.
Makanan Hamster
Hamster merupakan haiwan pengerat, mereka akan makan semua makanan
yang ada depan mata mereka terutama yang berbau manis atau bau yang
menarik. Tidak kisah apa jenis makanan itu.
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 11/16
Kuaci merupakan makanan kegemaran hamster. Hamster suka sangat
dengan kuaci atau biji bunga matahari. Seperti contoh, hamster akan makan
kuaci terlebih dahulu jika diberikan bersama dengan makanan hamster yang
lain. Sebenarnya kuaci tidak sesuai untuk hamster kerana kuaci mengandungi
lemak yang tinggi. Jadi tidak sesuai diberi hari-hari. Kuaci juga boleh memberi
risiko keguguran kepada hamster. Kuaci ini boleh menyebabkan hamster
anda menjadi semakin gemuk dan lembab. Beri hamster mkana kuaci
seminggu sekali dan dengan jumlah yang sikit. Jumlah maksimum harian
adalah antara 3 sampai 5 biji. Untuk menjinakan hamster suapkan kuaci
dengan tangan.
Selain daripada bijirin dan kekacang. Sayur-sayuran penting untuk
hamster. Sayur-sayuran merupakan pelawas untuk mereka dan dapat
mengekalkan gizi yang seimbang. Contohnya, kalau masak lobak merah,
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 12/16
potong sepotong kecil dan bagi pada hamster. Tak perlu banyak, sikit sahaja.
Perlu diingatkan selalu membuat penglihatan di sarang atau habuk kayu,
kerana hamster suka sorok makanan. Kalau sayur yang disorok masih ada
dan yang sudah tidak elok dibuang kerana takut hamster akan keracunan
makanan.
Perlu diingatkan jangan sesekali memberi bawang, halia, bawang putih
dan sayuran berbau keran tidak sesuai untuk hamster. Ianya boleh
membahayakan kesihatan hamster. Hanya bagi seperti sayur sawi, kankung,
lobak merah, senkuang tapi jumlah yang kecil.
Selain itu, perlu ditekankan bahawa hamster merupakan haiwan
pengerat. Giginya mesti nak mengigit. Jadi seelok-eloknya letakkan kayu
pada sangkar hamster agar hamster dapat mengigit-gigit kayu tersebut dan
juga dapat mengelakkan hamster daripada menggigit sangkar tersebut.
Vitamin hamster.
Hamster juga perlukan vitamin. Vitamin hamster ada dalam bentuk air atau
tablet.
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 13/16
PENJAGAAN HAMSTER HAMIL DAN SELEPAS BERANAK
Ini antara langkah penjagaan hamster hamil dan selepas beranak.
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 14/16
Gambar rajah anak hamster yang baru lahir.
Ciri hamster hamil adalah :
1. Bentuk tubuh bulat, perut bahagian belakang membuncit
2. Menjadi sangat agresif (suka mengigit tangan tuannya ) dan sering menyerang
si jantan
3. Makan dan minum lebih banyak dari biasa
4. Mulai membuat sarang (selalu mengkais2 serbuk kayu untuk membuat
sarang)
5. Puting susu membesar dan terlihat sangat jelas
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 15/16
Cara merawat bayi hamster:
1. Berikan makanan yang cukup supays si ibu tidak kekurangan zat makanan
2. Singkirkan mainan dalam sangkar
3. Pindahkan hamster jantan, lebih baik jika sebelum bayi hamster lahir.
4. Jangan memegang bayi hamster secara langsung dengan tangan anda.
5. Jangan terlalu sering melihat ibu hamster yang sedang menyusui babynya.
6. Jangan mengganti serbuk sebelum sang bayi berumur lebih dari 1 sampai 2
minggu
7. Berikan air minum yang secukupnya.
Cara Merawat Hamster Yang Baru Melahirkan Anak:
1. Pisahkan hamster lain termasuk jantanya, biarkan dia sendiri bersama baby
hamste
2. Bersihkan semua kandang termasuk tempat makan dan minumnya.
3. Kurangkan serbuk kayu
4. Tutupkan area kandang dengan kertas atau kain agar terlindung dari cahaya,
kerana hamster lebih sukakan dalam keadaan yang gelap.
5. Jangan memegang anak dan ibunya kerana jika baby hamster berbau lain
mungkin akan di makan oleh ibu atau dibiarkan oleh ibu.
6. Berikan zatyang cukup :
a. Susu strawbbery jelli
b. Putih telur yang direbus dan dihancurkan
c. Tablet corella
7. Jangan selalu melihat hamster kerana takut hamster menjadi stress
7/28/2019 ASSINGMENT RBT 3109
http://slidepdf.com/reader/full/assingment-rbt-3109 16/16
top related