asigmen moral
Post on 24-Apr-2015
95 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Antara kegiatan manusia yang memberi impak kepada alam sekitar ialah membersih
kawasan hutan untuk tujuan pembangunan, membuang sisa toksik, aktiviti
perkilangan dan memburu binatang. Lihat nilai intrinsik, instrumental dan ekstrinsik
terhadap kegiatan itu. Kesan mengeksploit alam sekitar mempunyai nilai positif dan
negatif.
1) Definisi isu moral
2) Pandangan menyokong dan menentang isu moral berkenaan
3) Perkara-perkara yang menunjukkan kefahaman anda tentang teori moral
yang dibincangkan dalam modul. Bebas, kaitkan dengan pandangan teori
etika lain seperti emotivisme, intuisionisme, naturalisme
4) Pandangan sendiri terhadap isu moral berkenaan
5) Rujukan
SPESIFIKASI:
20 mukasurat, 2 langkau, 28/8
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN..................................................................................................1
1.1 Latarbelakang................................................................................................1
1.2 Tujuan Kertas Tugasan..................................................................................3
1.3 Definisi Isu Moral – Pembuangan Sisa Toksik oleh Industri Perkilangan dan
Pertanian.......................................................................................................3
2.0 PANDANGAN PROFESIONAL MENGENAI ISU PEMBUANGAN SISA
TOKSIK............................................................................................................9
2.1 Pandangan Menyokong Perlunya Pembuangan Sisa Toksik Secara Terolah
dan Dirawat....................................................................................................9
2.2 Pandangan Menentang Perlunya Pembuangan Sisa Toksik Secara Terolah
dan Dirawat..................................................................................................12
2.3 Pandangan Menyokong Perlunya Pembinaan Insinerator Sebagai Usaha
Pelupusan Sampah Sarap...........................................................................14
2.4 Pandangan Menentang Perlunya Pembinaan Insinerator Sebagai Usaha
Pelupusan Sampah Sarap...........................................................................16
3.0 PANDANGAN PERIBADI MENGENAI ISU PEMBUANGAN SISA TOKSIK...17
4.0 PENUTUP.......................................................................................................20
5.0 RUJUKAN.......................................................................................................22
1.0 PENGENALAN
1.1 Latarbelakang
Alam sekitar merupakan sumber semulajadi yang kaya dan
menyumbangkan pelbagai bahan mentah untuk melaksanakan
pelbagai kegiatan manusia termasuklah perindustrian, pertanian,
perumahan, perbandaran, rekreasi, dan sebagainya. Di era globalisasi
ini, isu alam sekitar merupakan suatu dilema moral yang sering
diperkatakan bagi mengimbangi keperluan untuk mengeksploitasi alam
sekitar untuk memaju dan mengembangkan kegiatan manusia dan
juga keperluan menjaga dan memulihara alam sekitar untuk
memastikan kelangsungan kehidupan manusia di atas bumi ini.
Kegiatan manusia ini memberikan impak kepada alam sekitar seperti
pembukaan dan pembersihan hutan untuk pelbagai tujuan,
pembuangan sisa toksik, aktiviti perkilangan yang menjerumus kepada
pencemaran alam dan kegiatan memburu binatang yang membawa
kepada kepupusan binatang. Pada amnya, kegiatan manusia ini
mempunyai nilai positif dan negatif serta mempunyai perkaitan dengan
nilai intrinsik, nilai instrumental atau ekstrinsik.
Nilai instrumental atau ekstrinsik merupakan suatu kualiti yang dilihat
sebagai alat untuk mencapai sesuatu matlamat atau nilai lain. Alam
sekitar dikatakan mempunyai nilai instrumental atau ekstrinsik kerana
sumber semulajadi yang diperolehi daripada alam sekitar dapat
1
digunakan untuk melaksanakan pelbagai kegiatan manusia yang
membawa kepada pelbagai manfaat (dan juga keburukan) kepada
kehidupan manusia. Di sebaliknya pula, nilai intrinsik menyatakan
bahawa alam sekitar itu sendiri merupakan matlamat akhir atau dalam
erti kata lain, alam sekitar itu mempunyai nilai tersendiri. Segala
hidupan dan bahan lain yang terkandung dalam alam sekitar
mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri.
Pada amnya, apabila membincangkan tentang isu alam sekitar, dua
pandangan yang berbeza diambil kira iaitu antioposentrisma yang
menyatakan bahawa hanya manusia mempunyai nilai intrinsik
manakala alam sekitar mempunyai nilai instrumental. Pandangan
antiposentrisma membenarkan sikap eksploitasi terhadap alam sekitar
untuk melaksanakan kegiatan manusia.
Sebaliknya, pandangan ekosentrisma menyatakan bahawa segala apa
yang ada dalam alam sekitar masing-masing mempunyai nilai
intrinsiknya tersendiri. Menurut pandangan ini, manusia dan semua
hidupan lain dalam alam sekitar masing-masing mempunyai hak yang
sama rata untuk mengisi ruang dalam alam sekitar dan eksploitasi
alam sekitar oleh manusia merupakan sesuatu yang mempunyai
dilema moral.
2
1.2 Tujuan Kertas Tugasan
Tujuan kertas tugasan ini adalah untuk membincangkan salah satu
daripada kegiatan manusia yang memberi impak kepada alam sekitar.
Isu alam sekitar yang dipilih adalah kegiatan pembuangan sisa toksik
oleh industri perkilangan dan pertanian yang semakin berleluasa masa
kini. Perbincangan mengenai isu pembuangan sisa toksik ini meliputi
aspek kemoralan aktiviti ini berdasarkan kepada teori-teori moral dan
etika yang ada di samping memberikan pandangan peribadi mengenai
dilema ini. Kertas tugasan ini membahaskan tentang isu pembuangan
sisa toksik dari perspektif kemoralan untuk menentukan bagaimana
aktiviti ini dinilai sebagai suatu tindakan yang tidak bermoral ataupun
sebaliknya.
1.3 Definisi Isu Moral – Pembuangan Sisa Toksik oleh Industri
Perkilangan dan Pertanian
Pembuangan sisa toksik oleh industri perkilangan dan pertanian
menjadi suatu isu moral kerana terdapat pelbagai pendapat
professional maupun peribadi yang melihat aktiviti ini sebagai sesuatu
yang tidak bermoral kerana ianya menyebabkan pelbagai impak
negatif terhadap alam sekitar dan juga kehidupan manusia.
3
Sisa toksik merupakan bahan buangan daripada pelbagai industri
perkilangan dan pertanian yang dilepaskan ke alam sekitar dan
menyebabkan pencemaran alam sama ada pencemaran udara, air dan
tanah sehingga membawa kepada kemudaratan kehidupan dan
kesihatan manusia. Menurut Wikipedia (2008), sisa toksik merupakan
bahan buangan, biasanya dalam bentuk bahan kimia yang boleh
menyebabkan kematian atau kecederaan terhadap hidupan. Ianya
merupakan hasil daripada industri ataupun perdagangan tetapi boleh
juga datang dari penggunaan perumahan, pertanian, ketenteraan,
kemudahan perubatan, sumber radioaktif dan industri ringan seperti
kedai dobi kering. Pembuangan sisa toksik menjadi lebih hangat
semasa revolusi perindustrian kerana ianya telah mempercepatkan lagi
kegiatan pencemaran alam sekitar yang mengancam kehidupan
manusia masa kini.
Kesan pembuangan sisa toksik khususnya yang tidak dirawat ke alam
sekitar mendapat perhatian yang serius oleh kerajaan Malaysia. Di
dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2000 – 2005), secara purata
430,000 tan metrik sisa berjadual dijana setiap tahun. Daripada jumlah
sisa berjadual yang dijana pada tahun 2004, kira-kira 18.8 peratus
dirawat dan dilupus di loji rawatan dan pelupusan sisa toksik di Bukit
Nanas Negeri Sembilan, 58.0 peratus dikitar semula dan diperoleh
semula di premis berlesen, 19.7 peratus dirawat dan disimpan di
premis penjana, 0.7 peratus dieksport untuk dikitar semula, dan 2.7
peratus dilupus di insinerator sisa klinikal (Rancangan Malaysia Ke-9,
2006) . Walau bagaimanapun, masih terdapat sisa toksik yang dibuang
4
secara terbuka ke alam sekitar tanpa langkah-langkah rawatan dan
pemuliharaan terlebih dahulu sehingga menyebabkan pencemaran
alam sekitar.
Untuk menangani masalah ini, Kerajaan Malaysia telah
memperkenalkan Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) untuk
meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan
kualiti hidup rakyat Malaysia melalui kesejahteraan alam sekitar dan
pembangunan lestari (Jabatan Alam Sekitar, 2007). Pelbagai
peruntukan perundangan berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal
juga diperkenalkan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan,
Parit dan Bangunan 1974, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan
sebagainya (International Law Book Services, 2008).
Pembuangan sisa toksik menjadi suatu dilema moral apabila timbulnya
isu seperti siapakah yang harus bertanggungjawab memastikan
pembuangan sisa toksik tidak dllakukan dan tanggungjawab pekilang
dan pengusaha pertanian untuk merawat sisa toksik sebelum
dilepaskan ke alam sekitar. Ianya juga menjadi suatu isu moral kerana
penbuangan sisa toksik merupakan suatu aktiviti yang tidak boleh
dielakkan memandangkan ianya merupakan hasil daripada proses
perkilangan yang membawa kebaikan kepada kehidupan manusia.
Menurut Berita Harian (21 Jun 2004), Malaysia dikatakan sebagai
tempat pembuangan sisa toksik apabila 12,500 ton sisa toksik dari
Taiwan telah ditemui di Johor. Dari satu sudut, pembuangan sisa toksik
ini dianggap kegiatan tidak bermoral kerana ia menyebabkan
5
pencemaran alam sekitar yang memudaratkan kesihatan manusia
tetapi dari sudut yang lain, pihak yang menerima sisa toksik berkenaan
menekankan aspek kemoralan dari segi keuntungan mereka
membantu mengeluarkan sisa toksik dari negara lain. Pengurusan sisa
toksik merupakan suatu peluang perniagaan yang amat pesat
berkembang khususnya di negara membangun (Berita Harian, 2004).
Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (Malaysia, 2006),
pengurusan sisa toksik merupakan suatu aktiviti yang dipandang
serius. Di kebanyakan negara Asia seperti Taiwan, Korea Selatan,
Singapura dan Hong Kong, pengolahan dan pelupusan sisa toksik
adalah mahal dan boleh menyebabkan peningkatan kos pengeluaran.
Dari sudut perniagaan, Malaysia boleh meraih banyak keuntungan
dengan menyediakan kemudahan yang sesuai untuk mengolah dan
melupuskan sisa toksik (Berita Harian, 2004).
Usaha untuk menyediakan pusat pengolahan dan pelupusan sisa
toksik di Malaysia mencetuskan isu moral kerana dari satu sudut, ianya
dianggap memberi keuntungan dan kebaikan kepada masyarakat
Malaysia dan membantu dalam pengurusan alam sekitar yang mapan
tetapi dari sudut yang lain, ianya berunsur membahaya dan
memudaratkan alam sekitar kerana adanya risiko pelepasan sisa
toksik yang tidak dirawat ke alam sekitar di negara ini pula di samping
melabel Malaysia sebagai tempat pembuangan sisa toksik.
6
Di samping itu juga, usaha untuk melupuskan sampah dan sisa toksik
yang berdasarkan teknologi canggih seperti projek insinerator menjadi
suatu dilema moral antara manfaat yang diterima dan kerisauan
bahawa ianya akan menyebabkan masalah pencemaran lebih teruk
dan sebagainya. Dilema moral berkaitan pembuangan sisa toksik juga
dikaitkan dengan keperluan pembinaan insinerator iaitu pusat
pelepasan sampah yang mesra alam sekitar. Projek insinerator yang
dicadangkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad mendapat bantahan kerana isu keperluan menyediakan
pusat pelupusan sampah untuk pembuangan sampah sarap termasuk
sisa toksik secara terancang dan juga isu kos perbelanjaan yang tinggi
iaitu sebanyak RM1.5 bilion (Utusan Malaysia, 2006).
Menurut Utusan Malaysia (2006), rakyat negara ini membuang
sebanyak 16,000 tan sampah setiap hari atau 800 gram seorang.
Projek insinerator dapat melupuskan 1,500 tan sampah sehari. Di
Denmark, penggunaan insinerator untuk melupuskan sampah didapati
mengurangkan kesan ke atas alam sekitar. Malah, ada insinerator
yang dibina kurang dari satu kilometer dari kawasan perumahan
(Utusan Malaysia, 2006). Di Jepun pula, kawasan insinerator
diperindahkan seumpama taman rekreasi untuk memberi nilai estetika.
Pembinaan insinerator ini menjadi suatu isu moral di mana ada pihak
yang menyeru kerajaan supaya tidak bersikap terlalu demokratik
apabila perkara itu melibatkan kepentingan umum (Utusan Malaysia,
2006). Asalkan projek itu untuk kebaikan manusia, sikap autokratik
7
yang memberikan kesan yang baik memberikan perspektif kemoralan
kepada tindakan membina insinerator berkenaan.
Di sebaliknya pula, ramai orang membantah pembinaan insinerator ini
kerana kerisauan mereka bahawa projek ini akan menyebabkan
pencemaran tidak disengajakan kepada sungai. Orang ramai tidak
mahu projek insinerator diadakan berdekatan kawasan mereka kerana
takut akan implikasi seperti pencemaran air Sungai Selangor akibat
mendapat ammonia yang terhasil dari pusat insinerator berdekatan
(Utusan Malaysia, 2006). Oleh itu, insinerator yang mulanya
dicadangkan di Puchong terpaksa dipindahkan ke Borga yang agak
terpencil dari perkampungan (Berita Harian, 2006). Namun, projek ini
juga masih mendapat bantahan dan belum dapat dilaksanakan. Ini
menimbulkan suatu lagi isu kemoralan dari segi kemudaratan dan
kebaikan yang diterima oleh manusia dan masyarakat setempat.
Pada amnya, pembuangan sisa toksik secara terolah dan dirawat
merupakan suatu tindakan yang dianggap bermoral dalam sistem
masyarakat Malaysia walaupun masih terdapat ramai pengilang dan
pengusaha pertanian yang didapati tidak mematuhi keperluan ini atas
alasan-alasan yang tertentu seperti menyatakan bahawa
tanggungjawab mengolah dan merawat bukanlah tanggungjawab
mereka dan merupakan tanggungjawab kerajaan dan sebagainya. Ada
juga pihak yang mempertikaikan tindakan undang-undang yang
dikenakan ke atas mereka dan menyatakan bahawa ianya tidak adil
kerana tindakan mereka membuang sisa toksik adalah bermoral
mengikut pandangan mereka.
8
2.0 PANDANGAN PROFESIONAL MENGENAI ISU PEMBUANGAN SISA
TOKSIK
Pembuangan sisa toksik merupakan suatu isu alam sekitar yang mendapat
sokongan dan juga tentangan berdasarkan teori moral dan etika yang
berlainan. Pandangan yang menyokong dan menentang isu pembuangan sia
toksik ini diterangkan seperti berikut.
2.1 Pandangan Menyokong Perlunya Pembuangan Sisa Toksik
Secara Terolah dan Dirawat
Pembuangan sisa toksik sama ada sisa toksik dari luar negara ataupun
domestik secara selamat dan terolah merupakan suatu isu alam sekitar
yang mendapat sokongan daripada beberapa pihak dan dianggap
sebagai suatu tindakan bermoral berdasarkan kepada beberapa teori
moral dan etika. Menurut Teori Kemoralan Sosial, keperluan
masyarakat adalah lebih penting daripada keperluan individu. Teori ini
bersifat autoritarian dan mengenakan tindakan undang-undang untuk
memastikan kepatuhan kepada para pengilang untuk mengolah dan
merawat sisa toksik sebelum dilepaskan ke alam sekitar.
Walau bagaimanapun, ramai pengilang dan pengusaha ladang
pertanian bertindak untuk membuang sisa toksik sewenang-
wenangnya ke alam sekitar kerana keperluan pembuangan sisa toksik
9
secara selamat dianggap melemahkan autonomi individu dan
menyekat pertimbangan bebas dan pilihan sukarela mereka.
Berdasarkan Teori Kemoralan Sosial, kepatuhan mereka terhadap
keperluan pembuangan sisa toksik secara selamat ditetapkan oleh
sifat autoritarian yang diterbitkan oleh penggunaan undang-undang
ketat terhadap pembuangan sisa pepejal di negara ini. Oleh itu, gejala
pengilang dan pengusaha mengulangi kesalahan mereka berkali-kali
dan kesanggupan mereka membayar denda yang dikenakan dapat
dilihat bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain menjadi
suatu isu moral dalam hal ini kerana sikap bermoral yang sepatutnya
dapat diterapkan.
Jabatan Alam Sekitar Selangor misalnya telah menemui 200 tan sisa
toksik jenis Aluminium Dross yang dibuang secara haram di kawasan
tanah rizab Sungai Klang, Bukit Kemuning di mana bahan itu ditemui
tertanam kira-kira 1.5 meter dari paras tanah di dalam lapan buah
lubang (Utusan Malaysia, 2006). JAS Selangor telah mengorek
beberapa lubang dan terpaksa menimbus kemabli lubang berkenaan
demi keselamatan orang ramai. Kilang yang membuang sisa toksik itu
juga telah digantung lesen operasinya secara serta-merta. Hasil
siasatan mendapati bahawa kilang berkenaan telah melakukan
kegiatan tidak bermoral iaitu membuang sisa toksik secara haram di
kawasan berkenaan sejak dua atau tiga bulan sebelum penemuan
tersebut. Pekilang berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 34B
(1) Akta Kualiti Alam Sekitar dan dikenakan denda maksimum
RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
10
Menurut Teori Kant yang dipopularkan oleh Immanuel Kant pula,
pembuangan sisa toksik secara terolah dan dirawat adalah suatu
tindakan yang bermoral berdasarkan kepada konsep kewajipan iaitu
suatu set prinsip moral yang menjadikan kemanusiaan sebagai
matlamat dan bukan alat perlakuan individu. Shaw & Barry (2001)
menyatakan bahawa manusia mempunyai kewajipan untuk menjaga
alam sekitar bagi generasi akan datang.
Teori Utilitarianisma juga menyokong nilai moral di sebalik usaha
mengolah dan merawat sisa toksik sebelum dilepaskan ke alam sekitar
kerana menurut teori ini, tindakan bermoral menghasilkan kebaikan
paling banyak kepada sejumlah insan paling ramai. Pembuangan sisa
toksik secara haram atau tidak terancang menyebabkan kesakitan atau
kemudaratan kepada kualiti kehidupan manusia dan dengan itu
dianggap sebagai suatu tindakan tidak bermoral.
Rasional yang menyatakan mengapa pembuangan sisa toksik pada
masa kini dianggap sebagai suatu perbuatan tidak bermoral dapat
diterangkan menggunakan Teori Eksistensialisme yang menyatakan
bahawa manusia yang mempunyai kesedaran dapat membezakan
ditinya berbanding dengan objek lain. Teori ini juga beranggapan
bahawa motif pada masa lalu tidak menentukan perlakuan pada masa
kini. Ini menjelaskan bahawa kegiatan membuang sisa toksik pada
masa lalu tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak bermoral. Walau
bagaimanapun, Teori Eksistensialisme percaya bahawa tindakan yang
menentukan haluan kehidupan masa depan akan menjadi pendorong
11
kepada tanggapan bahawa pembuangan sisa toksik sewenang-
wenangnya pada masa ini adalah sesuatu yang tidak bermoral.
2.2 Pandangan Menentang Perlunya Pembuangan Sisa Toksik Secara
Terolah dan Dirawat
Teori Egoisme yang dipelopori oleh Friedrich W. Nietzsche pula
menyatakan bahawa tindakan membuang sisa toksik secara haram
dan pilihan sama ada pekilang dan pengusaha pertanian perlu
merawat dan mengolah sisa toksik sebelum dilepaskan ke alam sekitar
adalah suatu tindakan yang bermoral kerana menurut teori ini,
kepentingan berpihak kepada individu dan bukannya masyarakat.
Teori ini menyatakan bahawa manusia harus bertekad untuk berkuasa
dan mengeksploitasi alam sekitar demi kepentingan sendiri. Tindakan
membuang sisa toksik dianggap bermoral kerana teori ini percaya
kepada konsep bahawa manusia masih dalam proses pengubahsuaian
dan belum menguasai persekitaran. Setiap individu mesti mengubah
peraturan masyarakat yang dianggap tidak mutlak untuk menjamin
kemajuan dan kecekapan sendiri (Abdul Rahman et al, 2007).
Teori ini menentang pendapat bahawa pembuangan sisa toksik adalah
amalan tidak bermoral dan sebaliknya pula memberi justifikasi bahawa
manusia berhak mengandaikan alam sekitar sebagai suatu nilai
instrumental untuk membolehkan mereka meneruskan kegiatan
perkilangan dan pertanian mereka demi mencapai kepentingan sendiri.
12
Teori ini memerlukan manusia bersikap mementingkan diri sendiri
tanpa mengambil kira kebajikan atau kepentingan orang lain. Egois
berpendapat bahawa yang lemah mesti dieksploitasikan dan manusia
tidak perlu berpersatuan atau berorganisasi atau taat kepada individu
tertentu. Manusia perlu bersifat individualistik dan mematuhi peraturan
sendiri suipaya mereka menjadi lebih kuat, maju, cekap dan berkuasa.
Oleh yang demikian, teori ini menentang pendapat bahawa mereka
perlu bertanggungjawab mengolah dan merawat sisa toksik sebelum
dilepaskan ke alam sekitar kerana mereka berhak mementingkan
kepentingan syarikat iaitu penjimatan kos operasi perkilangan atau
pertanian sekiranya mereka tidak terikat dengan tanggungjawab
mengolah dan merawat sisa toksik.
Teori Eksistensialisma mengikut pandangan Jean Paul Sarte pula
menyatakan bahawa kewujudan (existence) mendahului zat (essence)
di mana ia menyokong tindakan bermoral sebagai suatu tindakan di
mana manusia mempunyai kebebasan memilh tanpa syarat dan
manusia pula tidak bebas untuk menghapuskan kebebasan ini (Abdul
Rahman et al, 2007). Tindakan bermoral dikaitkan dengan kesedaran
manusia ataupun wujudan-untuk-swadiri (being-for-itself) berbanding
keadaan manusia di bawah kesedaran atau tidak mempunyai
kesedaran iaitu wujudan-pada-swadiri (being-in-itself).
13
Pengilang dan pengusaha pertanian yang mempertikaikan
tanggungjawab mereka dalam pembuangan sisa toksik secara terolah
dan dirawat melihat tindakan mereka sebagai sesuatu yang bermoral
berdasarkan kepada keyakinan palsu iaitu penafian mereka terhadap
kebebasan memilih.
2.3 Pandangan Menyokong Perlunya Pembinaan Insinerator Sebagai
Usaha Pelupusan Sampah Sarap
Pembinaan insinerator menjadi satu lagi dilema yang mendapat
sokongan dan bantahan dari pelbagai pihak kerana ia melibatkan
pertentangan nilai mengikut perspektif kemoralan dan etika.
Pembinaan insinerator merupakan salah satu usaha ke arah
penggunaan teknologi mesra alam untuk mengelak pencemaran
daripada pembuangan sampah secara sewenang-wenangnya (Berita
Harian, 2006). Namun, kontroversi usaha pembinaan insinerator ini
timbul kerana pusat pelupusan sampah (insinerator) pula didapti
menyebabkan pencemaran sisa toksik ke kawasan bekalan air
berdekatan. Berita Harian (2006) melaporkan bahawa Suruhanjaya
Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia
Pasifik (UNESCAP) telah menamakan Malaysia sebagai negara
contoh di Asia Pasifik yang mempunyai dasar mesra alam bagi
memastikan pembangunan dilaksanakan secara seimbang dengan
memberi penekanan terhadap pemeliharaan alam sekitar. Namun
pada masa yang sama, kerajaan juga telah menutup 16 pusat
14
pelupusan sampah terbuka beroperasi berdekatan dengan sumber air.
Ini kerana tinjauan mendapati bahawa pembinaan pusat insinerator
menyebabkan kejadian penyerapan air larut resap (licheate) dari pusat
pelupusan sampah ke dalam sungai dan menyebabkan bekalan air
tercemar (Berita Harian, 2006).
Pandangan menyokong usaha pembinaan insinerator dapat dikaitkan
dengan Teori Kemoralan Sosial yang memberi penekanan terhadap
kepentingannya kepada masyarakat dan juga mengikut kehendak
autoriti iaitu pihak pemerintah. Ianya juga dikatakan sebagai suatu
tindakan bermoral berdasarkan Teori Utilitarianisme yang memberi
penekanan kepada pemberian keseronokan dan kebaikan kepada
jumlah yang terbanyak (Abdul Rahman et al, 2007). Selain dari itu,
Teori Etika Keperibadian Mulia yang mementingkan keperibadian mulia
(virtues) menyatakan bahawa ciri watak keperibadian mulia dapat
diperolehi melalui pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka
yang bersifat mulia. Usaha pembinaan insinerator yang membawa
kebaikan di Denmark dan Jepun memberikan rasional kemoralan
kepada perlunya pembinaan insinerator di Malaysia sebagai usaha
pelupusan sampah secara mesra alam.
15
2.4 Pandangan Menentang Perlunya Pembinaan Insinerator Sebagai
Usaha Pelupusan Sampah Sarap
Pembinaan pusat insinerator mendapat bantahan daripada orang
ramai khususnya berkaitan dengan tujuan pembinaannya berdekatan
dengan kawasan perumahan dan sumber air kerana kerisauan tentang
pencemaran bahan toksik daripada insinerator berkenaan melalui
resapan air bawah tanah (Berita Harian, 2006). Teori Kemoralan Sosial
masih dapat diaplikasikan untuk menerangkan bantahan atau
tentangan terhadap usaha pembinaan insinerator ini kerana
kepentingan masyarakat menjadi alasan kepada tentangan berkenaan.
Di samping itu, Teori Egoisme juga dapat diaplikasikan di mana
individu yang menentang memikirkan kepentingan diri sendiri iaitu
keselamatan diri mereka sendiri dan mengabaikan hasrat kerajaan
untuk mendirikan pusat insinerator berkenaan sebagai langkah
mengatasi pencemaran dan memenuhi keperluan pelupusan sampah
sarap yang semakin bertambah setiap tahun.
Tambahan juga, Teori Utilitarianisme menentang tindakan yang
menyebabkan kesakitan kepada jumlah orang yang terbanyak. Dalam
hal ini, pencemaran bahan toksik daripada pusat insinerator boleh
menyebabkan kemudaratan (kesakitan) kepada ramai ahli masyarakat
dan dengan itu memberi justifikasi kepada tentangan mereka terhadap
usaha pembinaan insinerator berkenaan.
16
3.0 PANDANGAN PERIBADI MENGENAI ISU PEMBUANGAN SISA TOKSIK
Dua isu berkaitan pembuangan sisa toksik di negara ini iaitu perlunya
pembuangan sisa toksik yang terolah dan dirawat dan juga kontroversi
pembinaan insinerator atau pusat pelupusan sampah merupakan isu sosial
yang hangat diperbincangkan di semua peringkat dari mesyuarat kerajaan
hinggalah ke perbualan di warung kopi.
Mengikut pandangan peribadi saya sendiri, pembuangan sisa toksik secara
terolah dan dirawat adalah suatu tindakan yang bermoral dan perlu dijadikan
kewajipan dan tanggungjawab peribadi. Ianya bukanlah tanggungjawab
kerajaan ataupun para pengilang dan pengusaha pertanian semata-mata
kerana setiap ahli masyarakat juga berkewajipan untuk memastikan kita tidak
menyumbang kepada pembuangan sisa toksik sewenang-wenangnya. Ini
kerana, pembuangan sisa toksik bukan sahaja melibatkan industri kilang dan
pertanian. Manusia secara individu juga menyumbang kepada pembuangan
sisa toksik yang tidak terkawal. Contohnya, kita juga terlibat membuang sisa
toksik dari kawasan perumahan seperti pembuangan sewenang-wenangnya
bateri, bahan buangan elektronik yang lain, penggunaan alat-alat berteknologi
yang menghasilkan sisa toksik dan sebagainya sama ada kita sedar atau
tanpa kita sedari.
Oleh itu, kita perlu patuh kepada tatatertib dan peraturan masyarakat sedia
ada dan berusaha untuk membuang sisa toksik dengan cara yang betul
seperti membuang sisa toksik ke pusat pelupusan sampah dan kitar semula
yang ada. Di samping itu juga, tindakan bermoral juga dikaitkan dengan
17
kewajipan kita untuk melaporkan sebarang insiden pembuangan sisa toksik
kepada pihak berkuasa supaya tindakan undang-undang dapat dikenakan ke
atas pesalah-pesalah ini. Adalah tidak bermoral untuk bersikap berpeluk
tubuh dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak tertentu
sahaja. Sikap bermoral memerlukan kita lebih prihatin dan sedar akan
tanggungjawab kita untuk memastikan pembuangan sisa toksik dilakukan
mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
Selain daripada isu pembuangan sisa toksik secara terolah dan dirawat, isu
pembinaan insinerator atau pusat pelupusan sampah juga merupakan satu
isu moral yang agak kompleks. Pada pendapat saya, pembinaan insinerator
dan impaknya iaitu mengurangkan pencemaran akibat pembuangan sampah
sarap merupakan suatu usaha yang mempunyai nilai kemoralan. Namun,
nilai moral ini berbentuk subjektif kerana ianya bergantung kepada beberapa
faktor lain seperti kesannya yang menyebabkan pencemaran sisa toksik yang
tidak diingini. Ianya juga mempunyai nilai kemoralan yang relatif kerana ianya
boleh berubah mengikut keperluan masyarakat, masa dan keadaan.
Pembinaan insinerator merupakan suatu keperluan instrumental kerana ia
membolehkan kerajaan mencapai hasrat untuk memenuhi keperluan
melupuskan sampah sarap yang semakin bertambah setiap tahun.
Berdasarkan kepada nilai kemoralan yang dinyatakan ini, sukar bagi saya
untuk mengatakan secara mutlak bahawa pembinaan insinerator merupakan
suatu tindakan yang bermoral. Ini kerana ianya membawa kebaikan dan juga
keburukan yang sama kepada masyarakat dan individu. Jika dilihat dari sudut
individu, saya akan mengatakan bahawa tindakan pembinaan insinerator
yang boleh memudaratkan kesihatan dan keselamatan masyarakat
18
berdekatan akibat kemungkinan pencemaran sisa toksik melalui resapan air
bawah tanah kepada sumber air adalah suatu tindakan tidak bermoral kerana
ianya memberikan keburukan dan kesakitan.
Namun, dari sudut yang lain, sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada
pemerintah, saya perlu menyokong usaha kerajaan untuk melupuskan
sampah sarap secara mesra alam supaya kemapanan alam sekitar dapat
dikekalkan demi generasi akan datang. Oleh itu, saya harus melihat
pembinaan insinerator tersebut sebagai suatu tindakan yang bermoral.
Kesimpulannya, tindakan pembinaan insinerator ini mempunyai nilai
kemoralan yang subjektif dan boleh dibahaskan dari pelbagai sudut. Dengan
erti kata lain, ianya boleh bersifat bermoral ataupun tidak bermoral
bergantung kepada skop perbincangan dan kumpulan mana yang menerima
kesan daripada pembinaan insinerator tersebut. Secara peribadi, saya juga
akan menentang pembinaan insinerator jika ianya dibuat berdekatan dengan
rumah saya ataupun dekat dengan sumber air. Saya hanya akan bersetuju
sekiranya insinerator berkenaan dibina jauh dari kawasan tempat tinggal dan
sumber air supaya ianya tidak mendatangkan kesan yang buruk.
19
4.0 PENUTUP
Kegiatan manusia sememangnya tidak lari daripada memberi kesan pelbagai
terhadap alam sekitar. Isu pembuangan sisa toksik misalnya merupakan
suatu keperluan yang ditimbulkan sejak revolusi perindustrian pada tahun
1930an di mana ianya telah ditunjukkan menyebabkan pelbagai kesan buruk
kepada kualiti kehidupan manusia dan secara global, dianggap sebagai suatu
kegiatan tidak bermoral kerana menjejaskan kemapanan alam sekitar.
Isu pelupusan sisa toksik secara terolah dan dirawat pula merupakan suatu
isu baru sejak awal 90an di mana para pengusaha kilang dan industri lain
disedarkan tentang kewajipan dan tanggungjawab mereka. Justifikasi
kemoralan tindakan membuang sisa toksik secara terolah dan dirawat ini
masih menjadi kontroversi memandangkan masih banyak lagi kes-kes
pembuangan sisa toksik secara haram di negara ini. Malah, hasrat Malaysia
untuk menjadi pusat pelupusan sisa toksik mendapat sokongan dan
tentangan pelbagai pihak kerana ianya boleh mendatangkan kebaikan dan
juga keburukan.
Selain dari itu, pembinaan pusat pelupusan sampah dan perkaitannya dengan
kejadian pembuangan sisa toksik secara tidak sedar atau sengaja juga
menjadi suatu kontroversi yang melihat pembinaan insinerator berkenaan
sebagai dilema moral.
20
Kertas tugasan ini telah mengupas isu kemoralan dua aspek dalam
pembuangan sisa toksik di negara ini berdasarkan kepada teori-teori
kemoralan dan etika yang dinyatakan di dalam modul di samping memberikan
pandangan peribadi mengenai kedua-dua isu berkenaan.
Kesimpulannya, isu moral yang ditimbulkan daripada pembuangan sisa toksik
mencetuskan perbincangan yang menunjukkan bahawa kegiatan
pembuangan sisa toksik secara haram pada dasarnya merupakan suatu nilai
yang dianggap tidak bermoral oleh masyarakat tetapi pembuangan sisa toksik
yang terolah dan dirawat masih mendapat sokongan dan bantahan dari
pelbagai pihak. Begitu juga, tidak semua kegiatan pengurusan alam sekitar
seperti pembinaan insinerator itu dapat diterima sebagai tindakan bermoral
oleh semua pihak kerana ianya juga mempunyai unsur kebaikan dan
keburukan yang menjadikannya suatu dilema moral.
21
5.0 RUJUKAN
Abdul Rahman, M. A., Asmawati, S. dan Zakaria, K. (2007). EDU 3003 Unit 1 – 6/6 Pengajian Moral, Serdang: Penerbit UPM
International Law Book Services (2008). Environment. Sumber: http://www.malaysialawbooks.com/environment.htm (dimuat turun pada 24 Ogos 2008)
Jabatan Alam Sekitar (2007). Dasar Alam Sekitar Negara. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar.
Ku Seman Ku Hussain (2006). Insinerator: Jangan bantah lagi, Utusan Malaysia 23 Mac 2006, Sumber: http://www.cybertroopers.net/modules.php?file=article& name=News&sid=99 (dimuat turun pada 23 Ogos 2008)
Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, Bab 22: Menggalakkan Penjagaan Alam Sekitar, Sumber: http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/vAllDoc/52287D549C97F447482571AA00139C05 (dimuat turun pada 24 Ogos 2008)
Rejal Arbee (2006). Pusat Lupus Sampah Patut Diubahsuai Bersama. Berita Harian 3 Mei 2006. Sumber: http://www.monitoringglobalisation.org/index. php?option=com_content&task=view&id=357&Itemid=46 (dimuat turun pada 25 Ogos 2008)
Shaw, W. H. & Barry, V. (2001). Moral Issues in Business.CA: Thomson Learning Inc
Utusan Malaysia (2006). Sisa Toksik Dibuang Secara Haram di Tanah Rizab, Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0211&pub= Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm (dimuat turun pada 24 Ogos 2008)
Wikipedia (2008). Toxic Waste, Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Toxic_waste (dimuat turun pada 24 Ogos 2008)
Zaini Ujang (2004). Menangani pelupusan sisa toksik secara bijak. Berita Harian 21 Jun 2004
22
top related