aplikasi strategi pemasaran dalam perancangan...
Post on 06-Feb-2018
237 Views
Preview:
TRANSCRIPT
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
569
APLIKASI STRATEGI PEMASARAN DALAM PERANCANGAN
USAHA DAKWAH TERHADAP GOLONGAN NON MUSLIM
MARIAM BINTI ABD. MAJID
mariam@kuis.edu.my
NORLIA BINTI ABD. KARIM
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan berkaitan perancangan usaha dakwah terhadap golongan non muslim.
Pelbagai cabaran dan persaingan dalam usaha dakwah khususnya terhadap golongan non muslim yang
dihadapi dalam dunia dakwah pada hari ini memerlukan perancangan-perancangan strategik agar seruan
dakwah yang disampaikan berupaya mempengaruhi penerimaannya oleh sasaran dakwah. Adalah dilihat
strategi yang diaplikasi dalam usaha pemasaran sesuatu produk dan perkhidmatan relevan untuk diadaptasi
dalam merancang usaha dakwah yang hendak dilaksanakan terhadap golongan non muslim Kajian ini adalah
berbentuk analisis kandungan. Strategi pemasaran produk dan perkhidmatan dibentuk berasaskan permintaan
pelanggan adalah sinonim dengan perancangan usaha dakwah yang turut harus dibentuk berasaskan keperluan
dan keadaan sasaran dakwah. Aplikasi strategi pemasaran dalam merancang usaha dakwah harus
mengambilkira aspek penyelesaian, informasi, nilai dan kebolehcapaian yang bakal diperolehi oleh sasaran
dakwah khususnya terhadap golongan non muslim supaya hasil usaha dakwah yang disampaikan berupaya
mempengaruhi penerimaannya.
Kata Kunci : Aplikasi, Strategi Pemasaran, Perancangan Dakwah, Non Muslim
1.0 Pengenalan
Strategi dan perancangan merupakan aspek-aspek yang sangat penting dan perlu
dititiberatkan dalam apa juga bentuk operasi yang mempunyai matlamat (Zainal
Abidin,1992). Kepentingan aspek strategi dan perancangan turut melibatkan operasi atau
aktiviti dakwah kerana niat yang baik tidak boleh menjamin ke arah tercapainya matlamat
sesuatu usaha dakwah yang dilaksanakan (Rozhan,1990).
Kepentingan strategi dan perancangan usaha dakwah ini menjadi lebih perlu diberi
perhatian terutama dalam usaha dakwah terhadap golongan non muslim. Ini adalah kerana
usaha dakwah terhadap golongan non muslim berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
persaingan antaranya pegangan agama yang sedang dianuti, pelbagai gerakan lain yang turut
bersaing membawa kepercayaan baru selain agama Islam. Pengabaian terhadap aspek
perancangan dan strategi dalam usaha dakwah terhadap golongan non muslim mungkin boleh
menyebabkan usaha dakwah yang dilaksanakan tidak mendapat sambutan malahan dalam
1045
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
570
beberapa keadaan, ia mungkin boleh menjauhkan golongan non muslim daripada seruan
Islam yang disampaikan.
Terdapat penulisan-penulisan lepas berkaitan cabaran dalam dakwah terhadap
golongan non muslim antaranya penulisan bertajuk Dakwah Kepada Orang Asli di Malaysia :
Permasalahan dan Halangan (Syed Abdurrahman, 2009), Dakwah Kepada Non Muslim di
Malaysia: Konsep, Pendekatan dan Cabaran (Abd Ghafar Don Hailan, 2010) dan Perspektif
Orang Cina Terhadap Agama Islam di Malaysia : Satu Tinjauan Awal (Mohd Azhar et al,
2013). Terdapat juga beberapa tulisan berkaitan adaptasi strategi pemasaran dalam usaha
dakwah Islam antaranya bertajuk Penerapan Konsep Pemasaran Dalam Dakwah
(Mokmin,1996) Dakwah Islamiah Di Malaysia: Satu Tinjauan Kaedah Dan Adaptasi
Pemasaran (Mariam, 2000), Perluasan Konsep Pemasaran (Mariam, 2003) dan Adaptasi
Kaedah Pemasaran Dalam Perancangan dan Pengurusan Dakwah (2015).
Kertas ini bertujuan mengemukakan antara cabaran yang dihadapi dalam usaha
dakwah terhadap golongan non muslim dan strategi pemasaran untuk diaplikasi dalam
perancangan dakwah terhadap golongan non muslim. Kertas ini merupakan suatu sumbangan
keilmuan yang dapat dimanfaatkan oleh organisasi dakwah, individu pendakwah sektor
kerajaan mahupun bukan kerajaan terutama dalam usaha dakwah terhadap golongan non
muslim.
2.0 Cabaran Dalam Dakwah Terhadap Non Muslim
Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam usaha dakwah terhadap golongan non
muslim antaranya:
2.1 Islam Tidak Difahami Dengan Tepat
Islam yang tidak difahami dengan tepat merupakan antara salah satu faktor seruan dakwah
Islam tidak diterima oleh golongan non muslim. Kemunculan aliran pemikiran yang salah,
pelbagai pemikiran moden yang mengelirukan seperti kemunculan fahaman liberalism,
pluralism, sekularism, ajaran sesat, Wahabi, Syiah dan ISIS turut menyumbang kepada
permasalahan salah tanggap terhadap Islam. Kajian mendapati penyebaran ideologi
feminisme yang diutarakan oleh Sisters in Islam memberi kesan jangka panjang terhadap
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
571
aspek akidah umat Islam yang jika berleluasa akan memberikan kesan jangka panjang
terhadap survival umat Islam (Fatin & Mariam, 2015). Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
pelbagai faktor antaranya ketiadaan maklumat atau menerima maklumat yang salah berkaitan
agama Islam.
2.2 Ugutan, hilang sumber kewangan, dibuang keluarga dan majikan
Ugutan, hilang sumber kewangan dan dibuang keluarga dan majikan merupakan antara isu
yang menakutkan golongan bukan Islam untuk menerima dakwah Islam. Memilih Islam
menyebabkan diri disingkirkan atau dihalau keluar oleh keluarga sangat memberi ancaman
terhadap penerimaan dakwah. Ugutan keluarga, ugutan majikan yang terdiri daripada orang
bukan Islam turut mengancam golongan non muslim daripada menerima dakwah Islam.
(Syarul Azman Shaharuddin, 2014). Ini adalah antara cabaran hebat dalam usaha dakwah
khususnya bagi golongan non muslim.
2.3 Kehilangan identiti
Perasaan kebimbangan melupakan keturunan Cina - masuk Islam, masuk Melayu memberi
kesan yang mendalam jika diri seseorang yang bukan-Melayu memeluk Islam. Masyarakat
bukan Islam menganggap golongan muallaf ini telah mengkhianati asal-usul, keturunan,
budaya, warisan dan agama nenek moyang mereka. Ibu bapa mereka merasa marah akibat
dari perbuatan mereka ‘masuk Melayu’ adalah sama seperti meninggalkan kehidupan silam
mereka (Che Ku Shalihah Bt Che Ku Abdul Satar, 2004). Kajian oleh Razaleigh Bin
Muhamat @ Kawangit, et. al. (2011), bertajuk Interaction and Integration of Chinese Muslim
Converts in Malaysia: A Historical Background mendapati masyarakat Cina Muslim
mempunyai hubungan yang sangat kuat terhadap etnik mereka. Kaum Cina menghadapi
dilema perubahan diri apabila memeluk Islam dari segi tingkah laku, pengamalan gaya hidup,
kehidupan sosial dan sebagainya.
2.4 Kurang tenaga dai yang dapat menguasai kehidupan pelbagai kaum
Beberapa masalah yang dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan berkaitan dakwah terhadap
golongan non muslim adalah kekurangan tenaga dai yang dapat menguasai kehidupan
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
572
pelbagai kaum seperti keupayaan memahami bahasa serta cara hidup, budaya orang Cina,
India dan Orang Asli. Kajian Anuar Puteh menjelaskan bahawa beberapa masalah yang
dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan berkaitan seperti masalah tenaga pendakwah,
komunikasi, kewangan, sikap prejudis dan sebagainya dapat dikurangkan dengan
mengadakan program-program yang dibangunkan secara sistematik (Anuar Puteh, 1999).
Cabaran ini memerlukan perancangan strategik untuk memastikan penerimaan dakwah dalam
kalangan non muslim.
2.5 Permasalahan imej umat Islam
Khoo Kay Kim, seorang Profesor Sejarah Malaysia pernah menyatakan bahawa salah satu
faktor utama yang menyulitkan orang Cina di negara ini membuat "apresiasi" terhadap Islam
adalah berpunca dari kemiskinan hidup sebahagian besar dari orang Melayu terutama di
kawasan luar bandar (Muhammad Nur Manuty,1993). Mohd Ridhuan Tee menjelaskan
bahawa pengaruh Melayu tidak banyak mempositifkan imej agama yang dianuti oleh orang
Melayu, tetapi mengelirukan lagi apabila agama Islam disamakan dengan bangsa Melayu
(Mohd Ridhuan Tee, 2006). Kenyataan yang menggambarkan stereotaip masyarakat Cina
terhadap orang Islam dinyatakan juga seperti berikut (Asrul, 2002):
"...majoriti Cina yang melihat Islam sebagai agama mundur kerana di Malaysia,
semua Melayu adalah Muslim. Tapi Melayu dipandang sebagai orang mundur, bangsa
santai dan menetap, dan tentu saja tidak banyak di antara mereka telah menunjukkan
potensi mereka untuk menjadi yang terbaik.."
Apabila persepsi seperti imej ini bertapak dalam sanubari masyarakat, perkara baik tentang
agama Islam yang ingin disampaikan berkemungkinan kurang memberi kesan dan
penerimaan golongan non muslim terhadap Islam tidak kesampaian.
2.6 Perancangan Musuh Islam
Cabaran yang sering dihadapi dalam usaha dakwah kepada Islam adalah propaganda dan
perancangan yang dirangka oleh musuh-musuh Islam. Pelbagai ancaman bertujuan menyekat
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
573
perkembangan Islam. Cabaran ini berlaku sejak seruan Islam disampaikan oleh Rasulullah
saw (Al-Bayanuni, 1995).
Berasaskan beberapa cabaran yang dihadapi dalam usaha dakwah terhadap golongan
non muslim, maka jelas dilihat kepentingan suatu perancangan yang strategik dalam usaha
dakwah khususnya terhadap golongan non muslim. Strategi pemasaran dilihat relevan untuk
diadaptasi dalam perancangan dakwah terhadap golongan non muslim yang berhadapan
dengan pelbagai cabaran serta saingan yang sangat kompetatif agar usaha dakwah yang dapat
diterima.
3.0 Kepentingan Strategi Dalam Perancangan Dakwah Terhadap Non Muslim
Pelbagai cabaran yang dihadapi oloh golongan mualaf memerlukan suatu strategi
perancangan yang rapi terhadap usaha-usaha dakwah yang dilaksanakan (Al-Bayanuni,
1995). Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela
agamaNya dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang
tersusun kukuh"
(Surah Al-Saf, ayat 4)
Salah satu bukti kepentingan perancangan dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w.
menekankan agar percakapan yang hendak dituturkan hendaklah dirancang mengikut kadar
penerimaan akal pendengar:
"Bercakaplah dengan manusia mengikut kadar akal mereka…"
(Riwayat al-Bukhari)
Kepentingan perancangan dalam penyampaian sesuatu mesej turut diakui oleh Rahmah
Hashim yang menyatakan bahawa cara menyampaikan ilmu adalah berbeza di antara orang
tua dengan kanak-kanak, orang bandar dengan orang luar bandar, yang berpendidikan tinggi
dengan yang berpendidikan rendah, orang Islam dan orang bukan Islam (Rahmah Hashim,
1993).
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
574
Demikianlah perancangan usaha dakwah terhadap seruan Islam yang hendak
disampaikan perlu dirancang dengan strategik agar berupaya menarik golongan bukan Islam
untuk menganuti agama Islam.
4.0 Konsep Pemasaran Dalam Perancangan Dakwah
Falsafah pemasaran telah berubah secara beransur-ansur melalui beberapa peringkat.
Perubahan tersebut dikatakan sebagai evolusi era pemasaran. Proses perniagaan produk
bermula dengan konsep pengeluaran, kemudian beralih kepada konsep jualan seterusnya
kepada konsep pemasaran (Philip Kotler & Gary Armstrong, 1994). Sewaktu era
pengeluaran, permintaan terhadap produk melebihi penawaran yang ditawarkan oleh pihak
pengeluar. Oleh itu, pemasar tidak perlu bersusah payah untuk memasarkan produk mereka
hanya sekadar memperbanyakkan pengeluaran serta menunggu pembeli yang akan datang
(Nik Rahimah Nik Yacob &et. al , 1992).
Era pengeluaran mulai luput dan beralih ke era jualan apabila permintaan terhadap
sesuatu produk menyamai penawaran yang telah ditawarkan. Justeru itu, pemasar terpaksa
berusaha melakukan proses menjual produk yang dikeluarkan oleh mereka. Era jualan
seterusnya beralih ke era pemasaran apabila penawaran yang ditawarkan melebihi permintaan
terhadap sesuatu produk1. Fenomena ini telah menyebabkan pihak pemasar bertindak dengan
lebih kreatif lagi untuk memasarkan produk yang dikeluarkan (Nik Rahimah Nik Yacob & et.
al, 1992).
Rajah 1 – Perbezaan Konsep Jualan Dan Konsep Pemasaran
1Menurut Kotler, produk tidak terhad kepada objek fizikal sahaja tetapi ia mencakupi setiap produk dan
perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengeluar bagi memenuhi - keperluan dan kehendak pengguna.
kilang Produk
sedia ada
Jualan dan
promosi
Keuntungan
menerusi kuantiti
jualan
Keuntungan
menerusi kepuasan
pelanggan
Pemasaran
campuran
Keperluan
pelanggan pasaran
Jualan
pemasaran
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
575
Sumber: Nik Rahimah Nik Yacob &et. al (1992)
Konsep pemasaran dirangka awalnya telah dirangka bagi organisasi-organisasi perniagaan
(William G. Nickels, 1978). Pada sekitar 1970-an, konsep pemasaran ini telah diperluaskan
penggunaannya terhadap organisasi-organisasi bukan perniagaan (Philip Kotler & Sidney J.
Levy, 1969). Ia didapati sesuai dan telah mendatangkan banyak faedah setelah diaplikasikan
dalam organisasi bukan perniagaan ini (Philip Kotler & Alan R. Andreas, 1996). Konsep dan
strategi pemasaran ini dirangka bertujuan untuk memastikan agar produk yang dihasilkan itu
dapat diterima oleh pelanggan seterusnya pihak pengeluar akan mendapat pulangan yang
diharapkan tanpa mengabaikan kepentingan pelanggan (Philip Kotler & Gary Armstrong
1994).
Konsep pengeluaran dan konsep jualan mempunyai ciri yang hampir serupa iaitu
berorientasikan pengeluar tetapi ciri konsep pemasaran berbeza kerana ia berorientasikan
kehendak dan kepuasan pelanggan.
Demikian hal keadaan bahawa dakwah perlu dirangka adalah berorientasikan sasaran
dakwah (Ali Mahfuz, 1936). Kesesuaian adaptasi konsep pemasaran dalam penyebaran
dakwah Islam dilihat dari aspek objektifnya2.Terdapat sedikit perbezaan antara matlamat
pemasaran dan matlamat penyebaran dakwah Islam. Konsep pemasaran bermatlamatkan
pulangan yang lebih bersifat monetary tanpa mengabaikan kepentingan pelanggan manakala
matlamat dakwah lebih bersifat non-monetary iaitu kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Oleh sebab itu, usaha dakwah terhadap golongan non muslim penting dirancang
dengan kreatif dan berorientasi keperluan pelbagai golongan non muslim.
5. Evolusi Campuran Pemasaran
Pada tahun 1960, E.Jerome Mc Carthy mengemukakan satu model pemasaran yang dikenali
sebagai model 4P. Model ini menggambarkan tiga bulatan yang berbentuk sepusat.Bulatan
yang pertama diandaikan sebagai pelanggan kerana pelanggan adalah sasaran segala usaha
2Terdapat perbezaan di antara objektif dan matlamat Objektif ialah sesuatu yang hendak dicapai di dalam suatu
jangka masa pendek manakala matlamat ialah sesuatu yang hendak dicapai di dalam suatu jangka panjang.
Objektif konsep pemasaran ialah untuk menjamin produk diterima oleh pelanggan demikian juga objektif
dakwah yang bertujuan agar seruan Islam akan diterima oleh sasaran dakwah.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
576
pemasaran.Bulatan kedua menggambarkan faktor-faktor yang dapat dikawal atau dikenali
sebagai campuran pemasaran iaitu 4P merangkumi produk (product), harga (price), tempat
(place) dan promosi (promotion).Bulatan ketiga pula ialah semua faktor yang tidak dapat
dikawal seperti faktor politik, ekonomi, budaya, undang-undang, teknologi dan sebagainya
(E, Jerome Mc. Carthy 1985). Pembentukan campuran pemasaran 4P yang melibatkan
produk, usaha promosi, nilai atau harga serta tempat agihan digunakan di rancang dalam
sebuah program pemasaran.
Rajah 2- Model Pemasaran 4Ps
Sumber: Nik Rahimah Nik Yacob &et. All (1992)
Pada 2005, Robert Lauterborn telah menyarankan pengubahsuaian fokus pemasaran daripada
organisasi produk terhadap pelanggan dengan mencadangkan strategi pemasaran 4 Cs iaitu
customer value (nilai pada pelanggan), customer cost (kos pada pelanggan), customer
convenience (kemudahan) dan communication (komunikasi) (Ross et.al, 2005).
Seterusnya Chekitan Dev dan Don Schultz telah memperkenalkan campuran
pemasaran SIVA iaitu solution (penyelesaian),iInformation (maklumat), value (nilai) dan
accessibility (kebolehcapaian). Strategi SIVA yang diperkenalkan ini adalah bagi melengkapi
strategi campuran 4Ps yang telah diperkenalkan. Oleh yang demikian satu matrik campuran
pemasaran telah dibentuk dengan menggabungkan campuran 4Ps dan SIVA. Berikut adalah
rajah menggambarkan Campuran Pemasaran 4Ps, 4Cs dan SIVA yang berorientasikan
pelanggan (Dev. S & Schultz, D, 2005);
Rajah 3 – Evolusi Campuran Pemasaran
4P
P
Undang-undang
Sosial
Teknologi
Ekonomi
Budaya
Politik
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
577
4 Ps 4Cs SIVA
Produk Keperluan Pelanggan Penyelesaian
Promosi Komunikasi Maklumat
Harga Kos Pelanggan Nilai
Tempat Kemudahan Pelanggan Kebolehcapaian
Sumber : Ross et.al, 2005
6. Strategi Pemasaran Dalam Perancangan Dakwah Terhadap Non Muslim
Strategi campuran pemasaran yang diaplikasi dalam pemasaran produk didapati relevan
diaplikasi sebagai suatu strategi dalam perancangan dakwah terhadap non muslim. Ini kerana,
dakwah yang disampaikan terhadap golongan non muslim tidak sama dengan dakwah yang
disampaikan kepada golongan muslim kerana kepelbagaian latar belakang seperti agama,
kaum, cabaran dan seumpamanya. Usaha dakwah terhadap non muslim perlu dirancang
menepati keperluan khusus terhadap mereka. Aplikasi strategi campuran pemasaran dalam
perancangan dakwah terhadap golongan non muslim hendaklah menitikberatkan beberapa
aspek berikut iaitu:
6.1 Topik Yang Disampaikan (Product)
Produk ditakrifkan sebagai sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, milikan
atau kegunaan yang dapat memuaskan sesuatu keinginan dan kehendak.la bukan sahaja
meliputi barangan fizikal tetapi merangkumi perkhidmatan, individu, tempat, organisasi dan
idea. Perkara yang penting untuk diberi penekanan di dalam sesuatu produk adalah manfaat
yang ditawarkan oleh sesuatu produk (Philip Kotler & Sidney J. Levy 1969). Pembeli hanya
akan memilih sesuatu produk yang akan dapat memenuhi keperluan mereka.
Produk dalam dakwah merupakan ajaran Islam itu sendiri. Sesuatu topik yang hendak
disampaikan mestilah bertepatan dengan keperluan yang dikehendaki oleh golongan non
muslim agar dapat memberikan manfaat atau jawapan kepada persoalan mereka. Rasulullah
saw memfokuskan persoalan tauhid terhadap golongan yang baru menerima Islam dalam
kalangan masyarakat di Mekah yang berhadapan dengan penyembahan berhala.
6.2 Tempat Penyampaian Dakwah (Place)
Para pengedar dipisahkan daripada pelanggan oleh faktor tempat dan masa. Rangkaian agihan
pengedaran perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah ini agar aliran barangan tidak terputus
pada satu-satu masa (Nik Rahimah Nik Yacob &et. al (1992).Saluran pengagihan yang cekap
penting bagi menyediakan sesuatu produk yang betul pada masa yang betul atau tepat
(Malcolm Mc. Donald, 1995).
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
578
Dakwah juga memerlukan satu sistem pengagihan yang cekap dan sempurna agar
seruan dakwah dapat disampaikan pada waktu yang tepat dan di tempat yang sesuai (Ab.
Aziz Mohd Zin, 1997). Dakwah terhadap golongan non muslim perlu disampaikan pada
waktu dan tempat yang tepat agar seruan dakwah dapat didengari oleh golongan non muslim.
Agihan dalam usaha dakwah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan mengirimkan beberapa
orang utusan sebagai mubaligh untuk menyampaikan dakwah Islamiah. Khalid al-Walid telah
diutus ke Najran untuk mengajar hukum-hukum Islam manakala Saidina Ali, Mu'az b. Jabal
serta Musa al-'Ash'ari telah dihantar ke Yaman (Al-Buti, 1988). Pendakwah perlu pandai
mencari peluang dan kesempatan dalam usaha menyampaikan dakwah Islamiah.Rasulullah
s.a.w. sentiasa mencari tempat yang baru serta bumi yang subur untuk menyemai benih-benih
keimanan dari Mekah ke luar kawasan Mekah (Haron Din, 1988).
Dalam dunia teknologi kini, dakwah tidak boleh memisahkan atau memencilkan
dirinya daripada dunia teknologi maklumat. dakwah perlu diagihkan melalui saluran-saluran
teknologi yang canggih sejajar dengan perkembangan semasa tanpa mengabaikan juga
saluran-saluran dakwah tradisional yang masih ada kesannya (Ab. Aziz Mohd Zin, 1997).
Demikian juga hal keadaannya dalam dakwah yang perlu dipromosi dengan berstrategi agar
mesej dakwah dapat disampaikan secara komprehensif khususnya kepada golongan non
muslim.
6.3 Nilai Seruan Dakwah (Price)
Harga menunjukkan nilai sesuatu produk atau perkhidmatan kepada kedua pihak penjual dan
pambeli. Produk hendaklah dilihat mempunyai nilai yang tinggi bagi mempengaruhi
pelanggan untuk membeli sesuatu produk.
Keuntungan wang bukanlah menjadi nilai utama dalam usaha dakwah tetapi yang
lebih penting ialah pencapaian al-falah iaitu kesampurnaan dunia dan akhirat (Abd.Mukmim
Abd. Ghani, 1997). Nilai atau harga bagi suatu proses dakwah adalah ganjaran daripada Allah
SWT. Dakwah yang disampaikan terhadap golongan non muslim harus berupaya
mempengaruhi mereka untuk merasai ketinggian nilai akidah Islam untuk dianuti berbanding
pegangan selain Islam.
6.4 Kelebihan Dakwah Islam (Promotion)
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
579
Promosi diertikan sebagai komunikasi yang digunakan oleh pihak pemasar untuk
memberitahu, menggalak dan meyakinkan pembeli-pembeli yang berpotensi agar mencuba
dan membeli produk yang dipasarkan (Nik Rahimah et.al, 1992). Terdapat empat unsur
dalam suatu campuran komunikasi promosi iaitu pengiklanan, promosi jualan, penjualan
peribadi dan publisiti (Philip Kotler & Gary Armstrong,1994). Pemilihan medium promosi
terbahagi kepada dua bahagian iaitu media cetak, elektronik dan seumpamanya. Promosi
menerusi iklan membentuk suatu imej jangka panjang bagi sesuatu produk dan penyiarannya
dapat dilakukan secara meluas dengan kos yang rendah. Iklan bertujuan memberitahu
mengenai sesuatu produk baru, memujuk, membandingkan dan mengingatkan. Promosi
jualan merupakan suatu aktiviti pemasaran yang mendorong tindakan pembelian oleh
pelanggan dan pengedar atau peniaga yang meliputi aktiviti-aktiviti yang luas seperti jualan
murah, potongan harga, sampel, cabutan tiket bertuah, pemberian kupon (Nik Rahimah et.
al,1992).
Kaedah ini sesuai diadaptasi dalam dakwah terhadap non muslim bertujuan menarik
minat serta membekalkan maklumat kepada pelanggan untuk memberikan rangsangan atau
motivasi agar mereka tertarik kepada mesej yang disampaikan pelanggan membeli barangan
tersebut. Mesej dakwah kepada orang yang telah memeluk Islam tidak sama dengan mesej
dakwah orang yang belum memeluk Islam. Begitu juga mesej dakwah kepada orang Buddha
tidak sama dengan mesej dakwah kepada orang-orang Kristian (Ab Aziz Mohd Zin, 1993).
Kepentingan aspek motivasi atau rangsangan ini dapat dilihat dalam peristiwa peperangan
melalui perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam firmanNya:
"Wahai nabi perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang.
Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat
menewaskan dua ratus orang (dan pihak musuh yang kafir itu) ; dan jika ada di antara
kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan
kafir di sebabkan mereka (orang-orang kafir) orang-orang yang tidak mengerti"
(Surah al-Anfal, ayat 65)
Campuran pemasaran sangat relevan diaplikasi dalam merancang usaha terhadap golongan
non muslim yang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan pilihan kepelbagaian agama di
sekeliling mereka. Berikut adalah rajah matrik campuran pemasaran dakwah yang diadaptasi
dari matrik campuran pemasaran produk (Dev, S Schultz, D,2005a 2005b);
Rajah 4- Matrik Strategi Campuran Pemasaran Dakwah
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
580
Strategi Produk Promosi Harga Tempat
Memenuhi
Keperluan
/Penyelesaian
Maklum Islam
memenuhi
keperluan/menjawab
persoalan
Promosi Islam
memenuhi
keperluan
Nilai yang
diperolehi
Sedia tempat
penyelesaian
diperolehi
Komunikasi/
Informasi
Maklum gambaran
tentang Islam
Promosi
maklumat Islam
kepada sasaran
Maklum
manfaat/nilai
Islam
Sedia bukti
manfaat Islam
Kos Sasaran/
Nilai
Maklum ketinggian
nilai Islam
Promosi Islam
bernilai
Maklum Islam
bernilai tinggi
Sedia keselesaan
atau esklusif
meninggikan nilai
produk
Kemudahan/
Kebolehcapaian
Pelanggan dapat
penyelesaian dengan
Islam
Maklum siapa,
bagaimana dan
dimana utk
dapat ketahui
Islam
Maklum kos
yang ditanggung
untuk dapatkan
Islam
Sedia kemudahan
mendekati Islam
dimana sahaja
yang dikehendaki
Demikianlah dakwah yang disampaikan hendaklah dirancang agar dapat menarik hati dan
mempengaruhi golongan non muslim menerima Islam. Strategi campuran pemasaran dakwah
yang mengambil kira aspek topik atau mesej dakwah yang hendak disampaikan itu dapat
memenuhi keperluan atau memberi jawapan atau penyelesaian terhadap persoalan yang
dihadapi oleh golongan non muslim, menyampaikan maklumat berkaitan Islam yang perlu
diketahui kepada mereka, menjelaskan kelebihan dan nilai Islam jika dianuti serta
menyediakan keselesaan serta kemudahan mendapatkan penerangan berkaitan Islam bagi
golongan non muslim.
7. Kesimpulan
Realiti praktikal dakwah tidak sebagaimana teori yang diketahui kerana usaha dakwah yang
disampaikan mungkin diterima dan ditolak oleh sasaran dakwah disebabkan pelbagai cabaran
yang berlaku. Oleh itu, strategi sangat penting dalam merancang penyampaian seruan dakwah
terhadap golongan non muslim khususnya. Faktor aspek seruan atau topik yang disampaikan,
kaedah informasi yang disampaikan, nilai dan kebaikan yang akan diperolehi serta
kebolehcapaian seruan yang disampaikan perlu diambil kira dalam mencapai matlamat usaha
dakwah yang dilaksanakan.
Rujukan
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
581
Ab. Aziz Mohd Zin, 1997. "Dakwah Bukan Sekadar Ceramah", Al-lslam, Oktober.
Ab. Aziz Mohd. Zin,"Dakwah al-Quran Kepada Orang Bukan Islam: Kajian Khusus
Terhadap Dakwah Di Kalangan Masyarakat Cina Di Kuala Lumpur", Tesis Ph. D.
Akademi Islam. Kuala Lumpur.
Abd. Aziz Mohd. Zin, "Minhaj Dakwah Masakini: Suatu Pengenalan", Jurnal
Abd. Ghani Shamsudin, 1997. "Dakwah dan Pembangunan Insan",Seminar Pemantapan
Akhlak Dan Moral Masyarakat Malaysia, anjuran Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya di Universiti Malaya pada 15-16 November.
Abd.Mukmim Abd. Ghani, 1996. "Penerapan Konsep Pemasaran Dalam Dakwah", Jurnal
Usuluddin, Kuala Lumpur, Univ. Malaya, Disember.
Al-Buti, Muhammad Sa id Ramadan,1988. Fiqh Sirah, Mohd. Darus Senawi, terj., Kuala
Lumpur : Dewan Pustaka Fajar.
Ali Mahfuz, 1936. Hidayah al-Mursyidin, Qahirah: al-Maktabah al-Mahmudiyyah al-
Tijariyyah.
Anuar bin Puteh. 1999. Kefahaman Islam Saudara Baru Cina Kuala Lumpur. Bangi: Fakulti
Pengajian Islam,UKM.
Asrul Zamani. 2002. The Malays Ideals. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.
Che Ku Shalihah bt. Che Ku Abdul Satar. 2004. Hubungan Kekeluargaan Saudara Kita.
Tesis B.A. Pengajian Islam. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Dev, S & Schultz, D.2005. “Simply Siva”, Marketing Management, 14 (2) 36-42.
Dev, S & Schultz. 2005. “A Customer- Focused Approach Can Bring The Current Marketing
Mix Into The 21st Century”, Marketing Management, 14 (1) 16-22.
E, Jerome Mc. Carthy, 1985. Dasar-dasar Pemasaran, Jakarta: Penerbitan Erlangga.
Fatin Nabila & Mariam. 2015. “Kesan Penyebaran Ideologi Feminisme Sisters In Islam
Terhadap Akidah Ummah” Kertas Kerja dibentangkan di International Conference on
Dawah, 15 Nov 2015, Hotel Plaza Garuda Medan Indonesia.
Haron Din (et. al), 1988. Manusia dan Islam, Kuala Lumpur :Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Malcolm Mc. Donald.1995. Marketing Plans How To Prepare Them: How To Use Them,
Oxford: Butterworth - Heinemann Ltd.
Mariam binti Abd. Majid. 2000. Dakwah Islamiah Di Malaysia: Satu Tinjauan Kaedah Dan
Adaptasi Pemasaran, Disertasi Sarjana, Universiti Malaya.
Mariam binti Abd. Majid. 2003. “Perluasan Konsep Pemasaran”, Jurnal KISDAR, Jilid 1. No
1.
Mariam binti Abd. Majid. 2015. “Adaptasi Kaedah Pemasaran Dalam Perancangan Dan
Pengurusan Dakwah” E Jurnal. Jilid II. Isu Mac.
Mohd Azhar Abd. Hamid, Rosman Md. Yusuff , Muhammed Fauzi Othman dan Mohd
Koharuddin Balwi. 2013. “Perspektif Orang Cina Terhadap Agama Islam di
Malaysia: Satu Tinjauan Awal” Jurnal Teknologi (Social Sciences) 60 (2013)
11– 19.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Nasib Melayu di Bumi Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Muhammad Nur Manuty,1992. "Memperteguhkan Khittah Perjuangan Menghadapi Era
Perubahan",Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ABIM Ke-21.di Universiti Islam
Antarabangsa, Petaling Jaya pada 14-15 November.
Muhammad Nur Manuty. 1993. "Permasalahan Imej Islam Di Dunia Moden", Kefahaman
Orang-Orang Bukan Islam Tentang Islam dan Pembangunan Imej Islam (Sirl
Bengkel Kefahaman Islam), Kuala Lumpur, IKIM
Muhammad. Abu al-Fatah Al-Bayanuni, 1995. Al-Madkhal lla ‘Ilm Da'wah. Beyrut:
Muassasah al-Risalah.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
582
Nik Rahimah Nik Yacob, Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar, 1992. Asas Pemasaran,
Philip Kotler & Alan R. Andreas en, 1996. Strategic Marketing For NonProfit
Organizations, New Jersey: Prentice Hall Inc.
Philip Kotler & Gary Armstrong, 1994. Principles Of Marketing, New Jersey: Prentice-Hall,
Inc,
Philip Kotler& Sidney J. Levy, "Broedening The Concept Of Marketing", Marketing In
Nonprofit Organizations.
Rahmah Hashim, 1993. "Ilmu Komunikasi Metode dan Teknik Dalam Dakwah Islamiah",
Kertas kerja dibentangkan di Seminar Dakwah dan Kepimpinan Peringkat
Kebangsaan anjuran Jab. Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian
Islam, UKM dengan kerjasama Institut Dakwah dan Latihan Islam.JPM, di U.K.M.
pada 2-3 Oktober.
Razaleigh Bin Muhamat @ Kawangit et.al. 2011. Social and Religious Integration of Chinese
Muslim Converts with Malays in Malaysia: An Empirical Study. Bangi: UKM Press.
Ross, Goran, Stephen Pike & Lina Ferstrom. 2005. Managing Intellectual Capital In
Practice, London: Elsevier.
Rozhan Othman,1990. Pengurusan Dakwah. Shah Alam: Ummah Media Sdn. Bhd.
Syarul Azman B. Shaharuddin. 2014. Integrasi Mualaf Cina Terhadap Kebudayaan
Masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Tesis Doktor Falsafah Institut Islam Hadhari
(HADHARI). Bangi: UKM
Syed Abdurahman Bin Syed Hussin. 2009. “Dakwah Kepada Orang Asli Di Malaysia:
Permasalahan Dan Halangan. Jurnal Usuluddin Bil. 30 Julai Disember. Kuala
Lumpur : Univ Malaya.
Usuluddin, Bil. 3, Kuala Lumpur, Universiti Malaya, Disember 1995
William G. Nickels, 1978. Marketing Principles A Broadening Concept Of Marketing, New
Jersey: Prentice Hall-Inc.
Zainal Abidin Mohd. Said, 1992. Pengurusan Pemasaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
top related