105195093 assignment bmm 3101 pengajian sukatan bahasa melayu sekolah rendah
Post on 03-Apr-2018
247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
1/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah saya yang begitu saya hormati, Encik Hasizan Bin Dahalal. Setelah
beberapa minggu saya bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini akhirnya saya
telah mendapat hasil yang setimpal dengan usaha saya itu.
Sesungguhnya, tanpa seorang pembimbing yang bergelar pensyarah, saya tidak
dapat menyiapkan tugasan ini dengan masa yang diperuntukkan. Beliau telah
bersungguh-sungguh memberi penerangan bagi tugasan ini kepada saya. Sebarang
permasaalahan yang telah dihadapi oleh pelajar-pelajar di dalam kelas telah beliau
terangkan dengan terperinci sehingga pelajar-pelajar memahami tentang apa yang
tidak difahami.
Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya rakan-rakan kelas
seperjuangan. Sesungguhnya tanpa mengenal erti jemu mereka telah membantu saya
ketika saya buntu dan tidak faham beberapa perkara semasa menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya budimu itu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.
Tidak lupa juga kepada isteri dan keluarga saya yang banyak memberi sokongan
kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik dan mengikut jangka masa
yang telah ditetapkan. Saya amat menghargai sokongan mereka yang tidak henti-henti
itu.
Akhir kata, saya berharap agar hasil tugasan saya ini akan memberi manfaat
dari segi penambahan ilmu pengetahuan bukan sahaja untuk diri sendiri malahan jugakepada sesiapa yang membacanya kelak.Sekian terima kasih.
PENDAHULUAN1
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
2/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Aspek kemahiran berbahasa meliputi kemahiran lisan iaitu mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis.Kemahiran berbahasa ini membolehkan murid
menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagaibahasa ilmu untuk pelajaran seumur hidup bagi tujuan perhubungan sosial,
pemerolehan ilmu serta rekreasi.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dirangka bertujuan untuk
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.Kurikulum Bahasa
Melayu menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
dengan menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat.Ia juga bertujuan supayamurid dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Sukatan pelajaran juga mengambil kira kepada pelbagai gaya pembelajaran,
minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa
Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah juga akan memantapkan lagi penguasaan
bahasa murid.
Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep
penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan dan pemulihan. Ia selaras dengan usaha
untuk memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun,
guru-guru digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti mengajar yang
sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah
bergantung pada kebijaksanaan guru untuk mengolah teknik dan penggunaan bahan
bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berkomunikasi,
berinteraksi dan berfikir.
SUKATAN PELAJARAN BAHASAMELAYU KBSR
2
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
3/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah dirangka bertujuan untuk memenuhi
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayumenyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
dengan menggunakan tatabahasa secara tepat. Selain itu, murid mampu
mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping
mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberi tumpuan kepada
kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis.Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasaMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa untuk
pembelajaran seumur hidup bagi tujuan perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta
rekreasi. Sukatan ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengandungi matlamat,
objektif dan organisasi kandungan.Organisasi kandungan merangkumi kemahiran
bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum.
Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun iaitu dari tahun satu hingga
tahun enam.Kandungan sukatan pelajaran ini diperincikan dalam Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk panduan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
KURIKULUM BAHASA MELAYUSEKOLAH RENDAH
3
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
4/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Matlamat
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah murid
dapat:
i. Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti dan memahaminya
dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.
ii. Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam
pelbagai situasi.
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,
mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera dengan menggunakan
teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan
memproses maklumat secara kritis.
v. Memupuk minat membaca sebagai amalan ke arah membina budaya
pembelajaran berterusan.
4
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
5/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
vi. Memperkembang imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai
murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis.
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses
penulisan yang sesuai dan betul.
viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta
sebutan dan intonasi yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis.
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan
karya bukan sastera.
x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik,
dan kewarganegaraan.
5
HASIL PEMBELAJARAN
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
6/24
KEMAHIRAN BAHASA
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
6
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
7/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti ,
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat
memberikan maklum balas.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada
penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
7
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
8/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta
sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspekpemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik membaca.
Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat
yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan
kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan
penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan
kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk
prosa, puisi, dan grafik.
Analisis Perbezaan Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR Tahun 3
Dan Tahun 5
KemahiranBahasa
Tahun 3 Tahun 5
Mendengar danbertutur
1.0 Berbual dengan keluarga,
rakan sebaya dan pihak
lain dalam situasi formal
dan tidak formal.
1.1 Berbual tentang
sesuatu perkara
1.0 Berbual dengan keluarga,
rakan sebaya dan pihak
lain dalam situasi formal
dan tidak formal.
1.1 Berbual tentang
sesuatu perkara
8
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
9/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
berkaitan kehidupan
seharian dengan
menggunakan kata,
ungkapan, ayat,
sebutan, intonasi dan
nada yang sesuai
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
i. Berbual tentang
sesuatu perkara yang
dialami dan didengar
dengan menggunakan
bahasa yang sesuai.
Aras 2
i. Menggunakan kata
panggilan yang sesuai
mengikut situasi dalam
aktiviti harian.
Aras 3
i. Menyatakan teguran
dengan sopan secara
berterus terang dalamperbualan.
berkaitan kehidupan
seharian dengan
menggunakan kata,
ungkapan, ayat,
sebutan, intonasi dan
nada yang sesuai
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
i. Menggunakan kata
panggilan yang
sesuai mengikut
situasi dalam
perbualan.
Aras 2
i. Bertukar-tukar
pandangan
berdasarkan sesuatu
isi.
Aras 3
i. Menerima teguran
dengan hati yang
terbuka dalamperbualan.
AnalisisPerbezaan
Perbezaan yang terdapat dalam kemahiran mendengar dan
bertutur antara tahun 3 dan tahun 5 ialah kemahiran untuk tahun 3
9
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
10/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
lebih tertumpu kepada perbualan tentang sesuatu perkara yang
telah alami. Selain itu, untuk tahun 3, penggunaan kata panggilan
adalah mengikut situasi dalam aktiviti harian manakala untuk
kemahiran tahun lima pula ianya lebih menggunakan kata
panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
Berbezaan yang terakhir ialah untuk tahun 3, kemahiran
menyatakan teguran dengan sopan secara berterus terang dalam
perbualan manakala untuk tahun 5 pula menerima teguran dengan
hati yang terbuka dalam perbualan.
Membaca 4.0 Membaca kuat dengan
kelancaran sebutan itonasi
dan gaya pembacaan yang
sesuai.
4.1Membaca kuat
perkataan dan ayat
dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan
memahami perkara
yang diajar.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
i. Membaca ayat dalam
teks yang
mengandungi ayat
tunggal dan ayat
majmuk dengan
5.0Membaca kuat dengankelancaran sebutan
itonasi dan gaya
pembacaan yang sesuai.
5.1Membaca kuat
perkataan dan ayat
dengan sebutan dan
intonasi yang betul
dan memahami
perkara yang diajar.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
i. Membaca ayat dalam
teks yang
mengandungi ayat
tunggal dan ayat
majmuk dengan
sebutan yang betul.
10
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
11/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
sebutan yang betul.
ii. Memahami perkataan,
frasa dan ayat.
Aras 2
i. Membaca pelbagai
jenis ayat dengan
memberikan
penekanan pada
intonasi berdasarkan
tanda baca.
Aras 3
i. Membaca teks dengan
sebutan dan intonasi
yang betul.
ii. Menerangkan
tentang makna
perkataan dan
maksud frasa serta
ayat.
Aras 2
i. Membaca pelbagai
jenis ayat dengan
memberikan
penekanan pada
intonasi berdasarkan
tanda baca.
ii. Menjelaskan isi-isi
penting yang terdapat
di dalam teks.
Aras 3
i. Membaca ayat dalamteks dengan sebutan
dan intonasi yang
betul.
ii. Menghuraikan
maksud ayat dalam
teks.
AnalisisPerbezaan
Perbezaan bagi kemahiran membaca untuk tahun 3 dan tahun 5
dalam huraian hasil pembelajaran pula ialah untuk tahun 3, ianya
lebih menekankan kepada memahami perkataan, frasa dan ayat
manakala untuk tahun 5 pula ianya lebih menekankan kepada
membuat penerangan tentang makna perkataan dan maksud
11
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
12/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
perkataan serta ayat. Selain itu, tahun 3 perlu membaca teks
dengan sebutan dan intonasi yang betul manakala tahun 5 perlu
menghuraikan maksud ayat dalam teks.
Menulis7.0 Menggunakan pelbagai
jenis ayat dan wacana
dalam penulisan.
7.1Membina dan menulis
perkataan, ayat
tunggal dan ayat
majmuk.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
i. Membina ayat tunggal
daripada perkataan
yang diberi dengan
tulisan yang cantik.
Aras 2
i. Melengkapkan ayat
majmuk dengan kata
hubung yang sesuai.
Aras 3
i. Membina ayat tunggal
dan ayat majmuk yang
lengkap.
8.0Menggunakan pelbagai
jenis ayat dan wacana
dalam penulisan.
8.1Membina dan
menulis perkataan,
ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Huraian Hasil Pembelajaran
Aras 1
i. Menulis perkataan
dan pelbagai jenis
ayat.
Aras 2
i. Membina ayat tunggal
dengan perluasan
subjek dan predikat.
Aras 3
i. Membina ayatmajmuk dengan
menggunakan kata
hubung yang tepat.
Perbezaan bagi kemahiran menulis untuk tahun 3 dan tahun 5
ialah untuk tahun 3, kemahiran menulis lebih menekankan kepada
12
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
13/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
AnalisisPerbezaan
membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan
tulisan cantik manakala untuk tahun 5 pula ianya lebih
menekankan kepad menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
Selain itu, kemahiran menulis untuk tahun 3 ialah melengkapkan
ayat majmuk dengan kata hubung yang sesuai berbanding dengan
tahun 5 iaitu membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan
predikat.
RANCANGAN AKTIVITI P&P TAHUN 5 ( KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR)
Kemahiran : Mendengar dan bertutur
Tahun : 5
Hasil pembelajaran : 1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam
situasi formal dan tidak formal.
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat,
sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Huraian hasil pembelajaran : Aras 1
i. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami
dan didengar dengan menggunakan bahasa
yang sesuai.
Aras 2
i. Menggunakan kata panggilan yang sesuai
mengikut situasi dalam aktiviti harian
Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :-
13
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
14/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
i. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar
dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
ii. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi
dalam aktiviti harian dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar : 1. Kad imbasan
2. Lembaran kerja
3. Laptop
4. LCD projektor
Contoh Aktiviti:
1. Berlakon dengan menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi
seperti situasi di majlis perhimpunan mingguan.
2. Contoh kata panggilan yang sesuai ialah seperti :-
i. Yang berusaha
ii. Yang berbahagia
iii. Yang Amat Berhormat
3. Bercerita tentang pengalaman masing-masing seperti :-
i. Sambutan hari kebangsaan
ii. Perjalanan menyertai perbarisan
iii. Pengalaman sambutan peringkat sekolah
iv. Pengalaman menonton televisyen
RANCANGAN AKTIVITI P&P TAHUN 3 ( MEMBACA)
Kemahiran : Membaca
Tahun : 5
14
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
15/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Hasil pembelajaran : 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan
gaya pembacaan yang sesuai
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yang
dibaca.
Huraian hasil pembelajaran : Aras 1
i. Membaca kuat perkataan dan ayat yang
mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Menerangkan makna perkataan dan maksud
frasa serta ayat.
Aras 2
i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan
memberikan penekanan pada intonasi
berdasarkan tanda baca.
ii. Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat didalam teks.
Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :-
i. Membaca kuat perkataan dan ayat yang mengandungi ayat
tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
ii. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikanpenekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca dengan
betul.
Bahan Bantu Mengajar : 1. Laptop
2. LCD projector
15
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
16/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
3. Lembaran kerja
4. CD
5. Powerpoint
6. Benda maujud
Contoh Aktiviti :
1. Membaca secara luncuran untuk mendapatkan idea keseluruhan tentang teks.
2. Membaca secara imbasan untuk mengecam isi dalam perenggan.
3. Membaca secara mekanis.
4. Membaca teks yang diberikan dengan gaya penyampaian yang baik.
5. Menyenaraikan isi-isi penting dengan menggunakan boring pengurusan grafik.
RANCANGAN AKTIVITI P&P TAHUN 5 ( MENULIS )
Kemahiran : Menulis
Tahun : 5
Hasil pembelajaran : 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam
penulisan.
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Huraian hasil pembelajaran : Aras 1
i. Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.
Aras 2
16
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
17/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
i. Membina ayat tunggal dengan perluasan
subjek dan predikat.
Aras 3
i. Membina ayat majmuk dengan menggunakan
kata hubung yang tepat.
Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :-
ii. Menulis ayat dengan pelbagai jenis ayat
dengan betul.
iii. Membina ayat tunggal dengan perluasansubjek dan predikat dengan betul.
iv. Membina ayat majmuk dengan menggunakan
kata hubung yang tepat.
Bahan Bantu Mengajar : 1. Laptop
2. LCD projector
3. Powerpoint
4. Lembaran kerja
5. Bahan maujud
Contoh Aktiviti :
1. Membina pelbagai jenis ayat menggunakan satu perkataan yang diberikan.
Contoh : Cemerlang
i. Orang yang cemerlang sentiasa berfikiran positif.
ii. Bagaimanakah cara untuk menjadi seorang murid yang cemerlang.?
iii. Ayah mahu kamu belajar sehingga lulus dengan cemerlang.
2. Menambah perkataan pada subjek dan prediket. Contoh :
17
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
18/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
i. Pemuda itu abang saya.
ii. Pemuda berkumis itu abang sulong saya.
3. Membaca dan memahami ayat tunggal yang diberikan.
4. Menghubungkan beberapa ayat tunggal menjadi ayat majmuk menggunakan
kata hubung yang betul.
RANCANGAN AKTIVITI P&P TAHUN 3 ( KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR)
Kemahiran : Mendengar dan bertutur
Tahun : 3
Hasil pembelajaran : 1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam
situasi formal dan tidak formal.
1.1Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat,
sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Huraian hasil pembelajaran : Aras 1
ii. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami
dan didengar dengan menggunakan bahasa
yang sesuai.
Aras 2
ii. Menggunakan kata panggilan yang sesuai
mengikut situasi dalam aktiviti harian
Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :-
18
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
19/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
iii. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar
dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
iv. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi
dalam aktiviti harian dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar : 1. Laptop
2. LCD projector
3. Powerpoint
4. Bahan maujud
Contoh Aktiviti:
1. Bercerita tentang pengalaman bermain di taman permainan.
2. Melakukan simulasi perbualan yang menggunakan kata panggilan. Contoh :
Bertransaksi di kedai runcit.
- Pakcik, berapakah harga sekilo gula.?
RANCANGAN AKTIVITI P&P TAHUN 3 ( KEMAHIRAN MEMBACA)
Kemahiran : Membaca
Tahun : 3
Hasil pembelajaran : 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan
gaya pembacaan yang sesuai
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yang
dibaca.
Huraian hasil pembelajaran : Aras 1
19
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
20/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
i. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi
ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan
yang betul.
ii. Memahami perkataan, frasa dan ayat.
Aras 2
i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan
memberikan penekanan pada intonasi
berdasarkan tanda baca.
Aras 3
i. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :-
i. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal
dan ayat majmuk dengan sebutan yang betul.
ii. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikanpenekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca dengan
betul.
iii. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Bahan Bantu Mengajar :
- Laptop
- LCD projector
- Powerpoint
- Bahan maujud
20
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
21/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Contoh Aktiviti :
1. Mendengar contoh bacaan yang betul berdasarkan satu teks.
2. Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk daripada teks yang dipilih dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara kumpulan.
3. Memberi makna perkataan, frasa dan ayat mengikut konteks.
4. Menyatakan maklumat daripada bahan yang dibaca.
5. Membaca pelbagai jenis ayat. Contoh:-
i. Ayat penyata
- Kelas 3 Bakti telah diplih kelas yang terbersih pada minggu ini.
ii. Ayat Tanya
- Apakah nama bendera Malaysia?
6. Pertandingan membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
kumpulan atau individu.
RANCANGAN AKTIVITI P&P TAHUN 3 ( KEMAHIRAN MENULIS)
Kemahiran : Menulis
Tahun : 3
Hasil pembelajaran : 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam
penulisan.
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Huraian hasil pembelajaran : Aras 1
21
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
22/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
i. Membina ayat tunggal daripada perkataan yang
diberi dengan tulisan yang cantik.
Aras 2
i. Melengkapkan ayat majmuk dengan kata
hubung yang sesuai.
Aras 3
i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang
lengkap.
Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :-
ii. Membina ayat tunggal daripada perkataan
yang diberi dengan tulisan yang cantik.
iii. Melengkapkan ayat majmuk dengan kata
hubung yang sesuai.
iv. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang
lengkap dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar :
- Laptop
- LCD projector
- Powerpoint
- Bahan maujud
Contoh Aktiviti :
1. Membina ayat dengan menggunakan kata terbitan, kata ganda dan istilah.
2. Mengisi tempat kosong dengan kata hubung yang betul.
22
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
23/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
3. Membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk.
4. Melafazkan ayat tunggal dan ayat majmuk yang diberikan.
5. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan rangsangan yang
diberikan.
Contoh ayat tunggal :
i. Rizal sedang bermain bola
ii. Peter Lim sedang bermain bola
iii. Ganeson sedang bermain bola
Contoh Ayat majmuk :
i. Rizal, Peter Lim dan Ganeson sedang bermain bola.
RUJUKAN
23
-
7/28/2019 105195093 Assignment BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
24/24
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Abdul Aziz Abdul Talib.(2000).Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip,Kaedah dan Teknik.Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.
Juriah Long.(1990).Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia.
Fajar Bakti Sdn.Bhd.Petaling Jaya
Kamarudin Bin Jeon.(2006).Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.
_________________.(2006).Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Buku Teks Tahun 4.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang.(1986).Kurikulum Baru Sekolah Rendah Tahap 1.Longman Malaysia.Sdn.Bhd.Petaling Jaya
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
24
top related