amin

6
Log In Sign Up KRM 3043-DATA Zumariah Ahmad Uploaded by Zumariah Ahmad 365 Download DOCX mereka juga sentiasa keliru dengan soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka gagal untuk menguasai topik tersebut. 3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MISKONSEPSI Dalam pembelajaran matematik, kesilapan yang berlaku pasti ditunjangi oleh beberapa sebab. Mungkin disebabkan oleh kesalahfahaman mengenai sesuatu konsep dalam matematik, atau kurangnya konsentrasi ketika belajar, atau mungkin juga disebabkan kegagalan untuk melihat butiran-butiran penting dalam sesuatu situasi. Secara umumnya, kebanyakkan kanak-kanak seringkali melakukan kesilapan dalam matematik disebabkan masalah miskonsepsi. Selagi guru-guru tidak peka terhadap masalah miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-murid, maka kefahaman mereka terhadap konsep matematik adalah salah sehinggalah konsep tersebut diperbetulkan. Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu murid-murid menangani masalah miskonsepsi dalam matematik demi untuk kebaikan bersama. Antara faktor - faktor yang mempengaruhi miskonsepsi matematik murid-murid sekolah rendah terutama dalam tajuk Piktograf ialah: 3.1 Minat Minat terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kesukaran dan miskonsepsi terhadap matematik terutama topik piktograf. Sekiranya mereka tidak berminat, sudah pasti mereka tidak akan memberikan tumpuan semasa

Upload: aminuddin-amzar

Post on 05-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Amin

TRANSCRIPT

Log In Sign UpKRM 3043-DATAZumariah AhmadUploaded byZumariah Ahmad365Download DOCX mereka juga sentiasa keliru dengan soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka gagal untuk menguasai topik tersebut.3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MISKONSEPSIDalam pembelajaran matematik, kesilapan yang berlaku pasti ditunjangi oleh beberapa sebab. Mungkin disebabkan oleh kesalahfahaman mengenai sesuatu konsep dalam matematik, atau kurangnya konsentrasi ketika belajar, atau mungkin juga disebabkan kegagalan untuk melihat butiran-butiran penting dalam sesuatu situasi. Secara umumnya, kebanyakkan kanak-kanak seringkali melakukan kesilapan dalam matematik disebabkan masalah miskonsepsi. Selagi guru-guru tidak peka terhadap masalah miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-murid, maka kefahaman mereka terhadap konsep matematik adalah salah sehinggalah konsep tersebut diperbetulkan. Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu murid-murid menangani masalah miskonsepsi dalam matematik demi untuk kebaikan bersama. Antara faktor - faktor yang mempengaruhi miskonsepsi matematik murid-murid sekolah rendah terutama dalam tajuk Piktograf ialah:3.1 MinatMinat terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kesukaran dan miskonsepsi terhadap matematik terutama topik piktograf. Sekiranya mereka tidak berminat, sudah pasti mereka tidak akan memberikan tumpuan semasa belajar, sekaligus menyukarkan mereka untuk memahami topik yang diajar. Masalah ini akan menjadi lebih serius jika guru tidak memainkan peranan untuk menarik minat murid-murid untuk terus belajar dengan suasana yang gembira tetapi pada masa yang sama menumpukan perhatian dengan apa yang diajar oleh guru.3.2 KonsentrasiTerdapat di kalangan murid-murid yang kurang konsentrasi atau memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Situasi ini berlaku mungkin disebabkan pengajaran oleh guru membosankan atau kurang menarik. Apabila murid-murid hilang daya tumpuan atau konsentrasi, pasti akan berlaku miskonsepsi dalam pembelajaran matematik terutama topik piktogaf.3.3 Kefahaman Masih terdapat murid yang tidak dapat berkomunikasi dengan guru sekiranya mereka tidak faham atau masih kabur tentang sesuatu konsep matematik terutamanya dalam topik piktograf. Ini akan memberikan kesan negatif sekaligus boleh menyebabkan berlakunya miskonsepsi dalam matematik. Kadar kefahaman yang rendah di kalangan murid-murid tentang konsep matematik boleh menyebabkan mereka sukar untuk menguasai kemahiran dalam matematik.3.4 CuaiKetika menjawab soalan, seringkali berlaku kecuaian di kalangan murid-murid. Ini adalah disebabkan mereka ingin menyiapkan latihan tersebut dalam masa yang singkat, membuat latihan sambil berbual dengan rakan atau sebagainya. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan sebaik mungkin, berkemungkinan murid-murid akan berhadapan dengan masalah miskonsepsi yang lebih parah lagi.3.5 Kurang daya pendengaran/penglihatanSelain itu, faktor yang mendorong berlakunya miskonsepsi dalam matematik juga adalah disebabkan oleh kurang daya pendengaran atau penglihatan yang kabur di kalangan murid-murid. Apabila kurangnya daya pendengaran atau penglihatan menyebabkan mereka sukar untuk memahami konsep matematik dengan lebih jelas dan tepat.Masalah ini semakin mendalam sekiranya murid-murid mengambil sikap berdiam diri dan tidak menjelaskan masalah mereka kepada guru, menyebabkan guru tidak dapat mengesan punca kesilapan mereka.3.6 Emosi negatif terhadap matematik samaada dari segi fisiologi mahupun psikologiMasih terdapat di kalangan murid-murid yang beranggapan bahawa pembelajaran matematik adalah susah, malahan mereka tidak mencuba untuk menguasinya. Apabila minda mereka telah dikuasai oleh tanggapan sebegini, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. Kadar berlakunya miskonsepsi dalam matematik juga adalah tinggi. Selain itu, terdapat juga murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan seperti demam atau jatuh sakit ketika menjelang peperiksaan terutamanya pelajaran matematik disebabkan emosi negatif mereka. 4.0 CONTOH MISKONSEPSI4.1 Miskonsepsi amaun yang tidak menentu. ( contoh 1) MINGGU JUMLAH MOTOSIKALPertama Kedua Ketiga Keempat Piktograf 1Mewakili 5 buahPiktograf 1menunjukkan bilangan motosikal yang dapat dijual dalam masa 4 minggu. Berapakah bilangan pungutan terendah dan bilangan pungutan tertinggi sekali. Cari perbezaan pungutan tersebut sekiranya harga sebuah motosikal ialah RM 1500.00?4.1.1 Miskonsepsi yang berlakuMiskonsepsi bagi topik pengendalian data yang telah telah dilakukan ialah murid saya tidak dapat memindahkan maklumat daripada piktograf kepada nombor. Saya telah mengenalpasti punca berlakunya situasi ini. Murid saya tidak menumpukan perhatian kepada petunjuk yang diberi di bawah piktograf iaitu petunjuk gambar yang menunjukkan sebuah motosikal mewakili lima buah motosikal. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memindahkan maklumat dengan betul kerana mereka mengabaikan petunjuk tersebut. Mereka tidak pandai membaca piktograf yang diberi. Malahan terdapat juga murid-murid saya menganggap bahawa sebuah motosikal mewakili hanya sebuah motosikal sahaja.

4.2 Tidak memahami konsep gundalan( contoh 2)Jadual 1 menunjukkan jenis kereta di sebuah tempat letak kereta. Warna Gundalan Jumlah Kereta Persona 2 Proton Wira 0 Proton Waja 1 Proton Inspira 3 Jadual 1 Soalan a. Nyatakan bilangan kereta Proton Waja di tempat letak kereta. b. Kereta apakah yang mempunyai bilangan yang paling banyak? 4.2.1 Miskonsepsi yang berlakuMiskonsepsi yang berlaku apabila murid-murid melihat jadual ini ialah mereka tidak memahami konsep Gundalan dan tidak tahu nilai bagi gundalan (Tally) itu sebenarnya mewakili berapakah bilangannya. Oleh sebab itu, pada ruangan jumlah bilangan kereta, murid menulis jawapan berdasarkan kepada garisan yang tidak dipotong kerana mereka menyangkakan bahawa garisan yang dipotong merupakan bilangan yang tidak perlu dikira.4.3 Miskonsepsi Dalam Pengurusan Data-Carta Pai ( contoh 3)Ketika membina carta pai berdasarkan data yang telah diberikan, terdapat sebilangan murid-murid yang masih tidak dapat membuat carta pai yang terdiri daripada beberapa sektor. Contoh yang diberi, murid-murid diminta untuk membuat satu carta pai berdasarkan kepada data yang diberi. Warna yang disukai pelajar perempuan Bil.murid Biru 15 Ungu 5

Merah 10 Hijau 20 Berdasarkan kepada data diberi, didapati bilangan pelajar perempuan yang menyukai warna biru sebanyak , bilangan pelajar perempuan yang suka warna ungu ialah, bilangan pelajar perempuan yang menyukai warna merah sebanyakdan bilangan pelajar perempuan yang sukakan warna hijau pula ialah .4.3.1 Miskonsepsi yang berlakuKesukaran dan miskonsepsi yang berlaku ialah apabila murid-murid tidak dapat membuat agihan tentang jumlah sektor dalam carta pai kerana mereka tidak dapat mencari persamaan antara penyebut 5 dan 10. Ini disebabkan mereka tidak menukarkan penyebut 5 kepada 10 dengan cara mendarabkan 5 dengan 2.4.3.2 PenyelesaiannyaUntuk menyelesaikan masalah di atas, pembelajaran masteri boleh digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan tajuk dalam unit pecahan iaitu menukarkan penyebut. Contohnya,denganmempunyai penyebut yang berbeza tetapi murid-murid boleh mendarab penyebut 5 dengan 2 untuk mendapatkan penyebut 10, manakala pengangka 1 turut didarabkan dengan 2 menjadi 2. Akhir sekali, penyebut adalah 10 menjadikan jawapan bagi penyelesaian di atas ialahdengan untuk membeolehkan murid-murid membuat pengagihan sektor dalam carta pai dengan tepat.4.4 Keliru jumlah bilangan dengan peratus (contoh 4)Semasa mentaksir data daripada carta pai, sebilangan daripada murid-murid keliru akan jumlah bilangan dengan peratus yang diwakili oleh warna yang digemari oleh pelajar perempuan. Ketika diminta untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan jumlah bilangan, sebahagian pelajar mengambil terus nombor peratus daripada carta pai tanpa membuat pengiraan terlebih dahulu.

Job BoardAboutPressBlogStoriesTermsPrivacyCopyright We're Hiring! Help CenterFind new research papers in:PhysicsChemistryBiologyHealth SciencesEcologyEarth SciencesCognitive ScienceMathematicsComputer ScienceEngineeringAcademia 2015