epm414_ahmad shahrul amin b mat yusof_e30209120620.docx
TRANSCRIPT
TUGASAN
JANUARI 2015 SEMESTER
KOD KURSUS : EPM 414
NAMA KURSUS : PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.
PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR : AHMAD SHAHRUL AMIN B MAT YUSOF
NO. MATRIK : E30209120620
FASILITATOR : ENCIK KHAIRULANUAR BIN ISMAIL AKADEMIK
PUSAT PEMBELAJARAN :
TAJ INTERNATIONAL COLLEGEIPOH PERAK
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
BAHAGIAN A
1.0 Pandangan UNESCO tentang kemahiran menulis.
Pandangan UNESCO tentang Kemahiran menulis merupakan sebahagian
daripada kemahiran literasi yang menurut UNESCO (1980) merupakan salah satu
hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap
rakyatnya. Kurangnya kajian tentang literasi fungsian yang membabitkan
kemahiran menulis menyebabkan kurang lengkap data tentang tahap literasi di
Malaysia, khususnya dalam bahasa Melayu. Sebuah kajian khusus tentang literasi
kemahiran menulis diperlukan bagi melengkapkan kajian literasi sebelumnya
yang lebih tertumpu pada kemahiran membaca, serta dapat dibuat bandingan
dengan tahap penguasaan kemahiran menulis yang telah dijalankan di luar Negara
(Purve, 1992). Dapatan kajian akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang
kecekapan berkomunikasi murid sekolah rendah di Malaysia, iaitu generasi yang
mendukung tanggungjawab untuk merealisasikan wawasan 2020 ke arah
pembinaan negara maju melalui penguasaan ilmu dan teknologi canggih dengan
jati diri tempatan.Kajian ini dapat menilai sejauh mana program pendidikan
bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berjaya melahirkan murid
yang literat, yakni bukan sekadar mengenal huruf dan angka, tetapi dapat
menggunakan pengetahuan dan kemahiran bahasa (khususnya menulis) untuk
menyelesaikan masalah harian dalam konteks formal dan tidak formal. Secara
khusus, dapatan kajian juga turut menyediakan maklumat tentang tahap
penguasaan kemahiran menulis murid sekolah kebangsaan dalam bahasa Melayu
pada peringkat pendidikan asas, iaitu bahasa yang mendukung peranan bahasa
pengantar utama pendidikan atau bahasa ilmu. Kemahiran menulis sebenarnya
meruapakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut
perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang.Sebagai kemahiran
bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai
urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan, sosial, dan
pekerjaan.
EPM414 1
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
2.0 Instrumen mengukur kemahiran menulis yang digunakan dalam kajian ini.
Pengumpulan data kajian ini melibatkan pembinaan dua buah instrumen
utama, iaitu skema analisis karangan versi Tahap I dan versi Tahap II serta dua set
soalan mengikut tahap. Daripada data yang analisis, dua buah jadual matriks yang
mengandungi tanda aras kemahiran menulis mengikut tahap penguasaan
kemahiran menulis dalam bahasa Melayu akan dihasilkan. Bagi Tahap I dan
Tahap II yang mempunyai penekanan yang berbeza, senarai kecekapan menulis
dikelompokkan mengikut komponen yang berbeza. Tahap I mengandungi
komponen (a) Menulis Asas,(b) Wacana, dan (c) Tatabahasa, sementara Tahap II
mengandungi komponen (a)Sosiolinguistik, (b) Wacana, (c) Tatabahasa. Rujukan
utama yang digunakan termasuklah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003a) dan Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 1 - 6 (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2003b) serta model komunikatif (lihat Hymes,1972; Bachman, 1990;
Hutchinson, 1990; dan Hashim, 2003 & 2005).Kandungan instrumen versi Tahap
I yang mengandungi komponen, subkomponen, dan item kecekapan kemahiran
menulis dalam bahasa Melayu bagi Tahun l, Tahun 2, dan Tahun3. Dalam
komponen kemahiran menulis asas, terdapat subkomponen mekanis dan tulisan
awal, iaitu menyalin, menulis, dan bina-Iengkapkan.Dalam komponen wacana,
terdapat subkomponen koheren dan kohesi. Koheren bermaksud kecekapan
menyusun idea dan membina makna, sementara kohesi merupakan kecekapan
menyusun ayat secara padu dan padat untuk membina teks. Komponen tatabahasa
pula mengandungi subkomponen aspek mekanis, morfologi, dan sintaksis yang
merupakan kecekapan memilih dan menggunakan tanda baca dan memilih
stuktur-struktur bahasa yang betul untuk berkomunikasi. Keseluruhannya, skema
analisis karangan Tahap I mengandungi 33 item.
Kandungan instrumen versi Tahap II yang mengandungi komponen, sub
komponen, dan item kecekapan bagi Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6. Disebabkan
penekanan Tahap II ialah pengukuhan kemahiran menulis dan penggunaannya
dalam fungsi komunikasi, komponen menulis asas digantikan dengan komponen
EPM414 2
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
sosiolinguistik. Komponen sosiolinguistik meliputi subkomponen tujuan
penulisan dan khalayaknya (pembaca), komponen wacana meliputi peratlian dan
pertautan, dan komponen tatabahasa mengandungi subkomponen mekanis,
morfologi, dan sintaksis. Keseluruhannya instrumen versi Tahap II mempunyai 3l
item kecekapan menulis.
3.0 Dapatan Kajian
Sebuah kajian rintis telah dilaksanakan bagi mencuba kedua-dua
instrumen ini dengan melibatkan seramai 50 orang murid Tahun 3 dan 50 orang
murid Tahun 6 di sebuah sekolah dalam Daerah Kuala Muda, Di Kedah.
Keputusan kajian rintis menunjukkan kedua-dua buah instrumen ini mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi,iaitu dengan nilai alfa keseluruhan .99 bagi
instrumen versi Tahap I, dan nilai alfa keseluruhan .99 bagi versi Tahap II. Kertas
soalan karangan Tahap I dan Tahap II memakan masa selama satu jam setengah
setiap satu (Lihat Caudery, 1990; Weir,lgg3). Kertas soalan Tahap I mengandungi
soalan yang meminta murid menyusun gambar mengikut urutan cerita;
melengkapkan ayat berdasarkan gambar; menyusun dan menyalin perenggan
menjadi karangan lengkap; dan menulis karangan berdasarkan satu tajuk pilihan
yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan. Kertas soalan Tahap
II pula mengandungi soalan yang meminta murid menulis dua buah karangan,
iaitu jenis keperihalan dan imaginatif yang kepanjangan setiap sebuah tidak
kurang daripada 100 patah perkataan. Pembinaan soalan karangan dalam kajian
ini dilakukan berdasarkan pandangan Weir (1993) yang menyatakan tugasan bagi
mengumpul data kecekapan menulis memerlukan pemprosesan wacana dan
pembinaannya yang menyamai situasi sebenar. Kedua-dua set soalan bagi Tahap I
dan Tahap II ini telah dirujuk kepada empat orang guru berpengalaman mengajar
bahasa Melayu di sekolah kebangsaan. Maklum balas daripada mereka digunakan
unfuk memumikan soalan-soalan karangan berkenaan sebelum digunakan dalam
kajian sebenar. Pemeriksaan karangan Tahap I dan II dilakukan oleh dua pasukan
pemeriksa yang setiap satu dianggotai oleh lima orang yang terdiri daripada guru-
guru bahasa Melayu yang berpengalaman sekurang-kurangnya lima tahun sebagai
pemeriksa kertas karangan peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Mereka
EPM414 3
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
dijemput menghadiri sesi taklimat dan latihan menggunakan skema analisis
karangan untuk memeriksa sampel karangan pada 18 Mei 2005. Selepas sesi
latihan menggunakan insffumen dan aktiviti penyelarasan pemeriksaan karangan,
pemeriksa diberi masa selama satu bulan bagi menyiapkan pemeriksaan karangan,
iaitu setiap pemeriksa diberi tugasan mengikut tahun persekolahan dengan setiap
seorang memeriksa lebih kurang 1,000 buah karangan. Setiap sampel karangan
adalah diperiksa oleh dua orang pemeriksa dan tugas pemeriksaan tersebut telah
selesai pada l6 Julai 2005. Kebolehpercayaan jumlah-item bagi skema analisis
karangan versi Tahap I(Tahun 3) ditunjukkan dalam Jadual 1.3 berdasarkan
taburan item yang jumlahnya 33. Didapati min skor item ialah antan 2.10 hingga
3.57, sementara sisihan piawai ialah antara 69 hingga L0.Nilai alfa skema ini
didapati amat tinggi, iaitu .99, sementara nilai alfa bagi setiap komponen dan
subkomponen-subkomponennya adalah sangat tinggi, iaitu antara .97 dan.98 bagi
komponen wacana, menulis asas, dan tatabahasa, dan antara .91 hingga .97 bagi
subkomponen skema. Nilai alfa tertinggi dicatat dalam komponen menulis asas
dan tatabahasa dengan nilai alfanya .98, sementara semua subkomponen skema
mencatat nilai alfa antara.9l yang terendah bagi pertalian (koheren) hingga .97
yang tertinggi bagi pertautan (kohesi) dalam komponen wacana, dan morfologi
dalam komponen tatabahasa.
Dua item kecekapan menulis, iaitu Binal3 (Melengkapkan ayat
menggunakan peribahasa) dalam komponen menulis asas mempunyai korelasi
jumtah-item yang agak rendah (.33), dan Talils (Menyusun dan menulis ayat yang
sesuai mengikut gambar bersiri) dalam komponen wacana mencatat korelasi yang
sederhana (.63). Kehadiran kedua-dua item yang korelasinya agak rendah dan
sederhana walau bagaimanapun tidak begitu menjejaskan kebolehpercayaan
subkomponen masing-masing yang sememangnya tinggi.Bagi versi instrumen 2
pula Koefisien kebolehpercayaan skema ini adalah amat tinggi, iaitu dengan nilai
alfanya .99 dengan setiap komponen, iaitu sosiolinguistik, wacana) dan tatabahasa
mempunyai nilai alfa .98. Semua subkomponen skema mempunyai nilai alfa
sangat tinggi melebihi .95. Semua item kecekapan menulis mempunyai korelasi
jumlah-item,iaitu daripada yang terendah dengan nilai alfa .85 hingga yang
EPM414 4
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
tertinggi, iaitu .93.Kehadiran semua item yang korelasinya sangat tinggi ini telah
menyumbang kepada kebolehpercayaan yang sangat tinggi bagi setiap
subkomponen skema. Skema analisis karangan versi Tahap I dan versi Tahap II
merupakan dua buah instrumen utama yang digunakan untuk mengumpul data
tentang Tahap penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu murid
sekolah kebangsaan. Analisis statistik kebolehpercayaan jumlah-item dan korelasi
skema dan komponen-komponennya. menunjukkan bukti kebolehpercaarl yang
sangat tinggi. Instrumen versi Tahap I ini mempunyai nilai alfa .99, sementara
versi Tahap II juga mempunyai nilai alfa .99.Koefisien kebolehpercayaan yang
tinggi bagi kedua-dua buah instrumen ini disebabkan sumbangan
kebolehpercayaan yang sangat tinggi setiap subkomponen yang seterusnya
melonjakkan kebolehpercayaan komponen-komponennya. Bagi instumen versi
Tahap I, korelasi jumlah-item yang tinggi pada keseluruhannya tidak memerlukan
pengguguranitem Bl3 (Melengkapkan ayat menggunakan peribahasa) yang agak
lemah bagi meningkatkan nilai alfa yang sekaligus membayangkan ketekalan
dalamannya.
Demikian juga dengan instrumen versi Tahap II pula yang mempunyai
koefisien kebolehpercayaan sangat tinggi yang menunjukkan ketekalan dalaman.
Bukti ketekalan dalam kedua-dua buah instrumen ini turut diperkukuhkan dengan
hasil analisis korelasi skema dengan komponen, dan korelasi antara
komponen.Koefisien kebolehpercayaan instumen versi Tahap I adalah sangat
tinggi, iaitu dengan menulis asas (.98), dengan wacana (.97), dan dengan
tatabatrasa (.9S). Koefisien kebolehpercayaan instrumen versi Tahap II juga
sangat tinggi, iaitu dengan sosiolinguistik (.97), dengan wacana (.98), dan dengan
tatabahasa (.98). Korelasi yang sangat tinggi skema dengan setiap komponennya
merupakan bukti ketekalan dalaman seluruh instrumen (Anastasi, I 98S) Di
samping itu, korelasi adalah sangat tinggi antara komponen instrumen bagi setiap
versi. Bagi versi Tahap I, korelasi menulis asas dengan wacana ialah .92, menulis
asas dengan tatabahasa ialah .93, dan wacana dengan tatabahasa ialah .94,
sementara bagi versi Tahap II, korelasi sosiolinguistik dengan wacana ialah .95,
sosiolinguistik dengan tatabahasa ialah .92, dan wacana dengan tatabahasa
EPM414 5
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
ialah .95. Korelasi yang sangat tinggi antara komponen instumen bagi kedua-dua
versi menunjukkan hubungan yang kuat antara komponen serta mentaksir gagasan
yang sama, iaitu kemahiran menulis pada Tahap I dan Tahap [I peringkat sekolah
kebangsaan. Ini merupakan kesahan serentak dalam satu alat, di samping bukti
kesahan gagasan secara unitari (Messicks, 1993 &.1ee4).
BAHAGIAN B
Kajian tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam Bahasa Melayu di
Sekolah Raja Muda Musa,Kuala Kangsar.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau PBS ialah suatu proses
mengumpul data murid serta perkembangannya oleh guru secara
berterusan sama ada dari penilaian formatif atau sumatif dan juga
aktiviti yang melibatkan pembentukan sahsiah individu seperti
kegiatan kokurikulum, koakademik, latihan amali solat dan
sebagainya. Sebelum adanya Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(2011), sistem pendidikan negara lebih menekankan kepada
penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang terkandung
di dalam kurikulum KBSR dan juga KBSM. Selain dari itu, proses
pengajaran dan pembelajaran guru lebih menjuruskan kepada
peperiksaan berbanding melihat perkembangan pelajar melalui aktiviti
sampingan selain dari bidang akademik.Gelombang sistem pentaksiran
negara jelas berubah apabila pada tahun 2011,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan
sekaligus memberi pelbagai impak dalam kalangan guru-guru sekolah
rendah. Begitu juga denganKurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) yang telah diperkenalkan pada awal tahun 2012. Pelajar-
pelajar Tahun 1 dan juga Tingkatan 1 pada tahun tersebut merupakan
pelajar perintis untuk kurikulum pendidikan yang baharu di negara
kita.KSSR bertujuan untuk menggabungkan beberapa disiplin ilmu agar
aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan
dan lebih bermakna.KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard
EPM414 6
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
kandungan iaitu pernyataan yang lebih terperinci mengenai apa yang
murid patut tahu dan mampu melakukannya seperti aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam satu tempoh pembelajaran.
Standard pembelajaran pula menetapkan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian pelajar yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan. KSSR ditadbir melalui modul-modul yang perlu
dilaksanakan oleh guru untuk sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran dan dipersiapkan di dalam bentuk unit kendiri-lengkap
(self-contained) yang menrangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang telah dikenalpasti untuk dikuasai oleh pelajar.
Perubahan yang dialami dari kurikulum yang lama kepada yang
baharu telah
menimbulkan kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di
sekolah saya iaitu SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar. Saya
berpeluang menemubual dengan dua orang guru yang terlibat secara
langsung dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah saya iaitu Pn
Surana Bt Abu Zarin dan En Shahrul Nizam Bin Zainal Abidin. Mereka
berpendapat keseluruhan perubahan ini memberi kesan dan cabaran
bagi mereka dalam melaksanakan kehendak Pentaksiran Berasaskan
Sekolah ini terutamanya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini
adalah kerana KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah
pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih
menyeronokan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan
sahaja. Situasi ini menyebabkan para guru perlu membuat persiapan
rapi untuk setiap sesi pengajaran kerana KSSR membolehkan
pentaksiran itu dilakukan secara holistik serta guru perlu melihat
perkembangan dan pencapaian murid secara individu. Menurut
Graham Maxwell (2006), bahawa pentaksiran boleh dilaksanakan
dengan pelbagai kaedah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran
lebih bermakna dan perlu juga ditambah dengan pengurusan serta
EPM414 7
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
mengikut prosedur pentaksiran yang telah ditetapkan. Keadaan ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti pentaksiran itu
sendiri.
Selain itu juga, Pn Surana dan Encik Shahrul Nizam berpendapat
bahawa guru-guru juga perlu mempunyai kesediaan mental yang
kreatif dan inovatif.Ketika ini, hanya guru-guru yang telah menghadiri
kursus tentang pelaksanaan kurikulum baharu ini sahaja yang dapat
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran disekolah. Kecairan
maklumat berkaitan KSSR juga terhad sedangkan terdapat guru yang
mengajar di tahun 1 atau 2 yang tidak menghadiri kursus. Ini adalah
kerana terdapat bilangan guru yang terlalu ramai di sekolah.
Sebilangan guru yang dipilih untuk menghadiri kursus atau taklimat
berkaitan PBS berpendapat bahawa sistem ini akan menjadikan
pertambahan beban tugas
guru. Selain dari itu, kecairan maklumat adalah tidak jelas dan selaras
kerana ianya disampaikan melalui kursus dalam peringkat sekolah
tanpa dipantau oleh pihak pegawai Jabatan Pelajaran Negeri masing-
masing. Ini jelas terbukti apabila pengendalian sistem PBS di sekolah
berbeza antara satu sama lain. Guru yang ditugaskan untuk mengajar
mengikut sukatan kurikulum yang baharu juga merasa terbeban
dengan silibus yang lebih menekankan pencapaian pelajar secara
menyeluruh serta perlu mengikut standard yang telah ditetapkan.
Keadaan ini menyebabkan guru-guru memberikan persepsi yang
negatif terhadap sistem penilaian untuk melihat perkembangan dan
pencapaian pelajar. Maka dengan itu, pengurusan dan kecairan
maklumat akan menghadapi masalah serta menimbulkan pelbagai
pandangan atau idea dalam melaksanakan PBS di sekolah. Menurut
dapatan yang dikumpulkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (KPPK) dalam buletin terbitan Oktober 2012, terdapat
segelintir guru masih tidak pasti dengan pelaksanaan PBS. Maklumat
yang diterima dari satu pihak ke pihak yang lain
EPM414 8
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
berbeza dan menyebabkan kekeliruan untuk mengendalikan proses
PBS.
Begitu juga dengan penyediaan instrumen PBS.Menurut dua
orang guru yang ditemubual berpendapat penyediaan instrumen juga
menuntut guru untuk memilih bahan yangmengikut kesesuaian
kebolehan murid. Selain dari itu, adalah sukar bagi guru-guru
untuk menyediakan instrumen pentaksiran yang mencakupi standard
atau piawaian yang dikehendaki oleh KSSR. Halangan ini adalah
disebabkan oleh kebolehan dan pencapaian setiap murid adalah
berbeza-beza dan ditambah dengan bilangan pelajar yang terlalu
ramai di dalam sesebuah kelas di sekolah rendah terutamanya di
kawasan bandar. Seawal pelaksanaan KSSR, guru sukar untuk
membina instrumen kerana sumber dan bahan bantu mengajar adalah
terhad. Akibatnya, ada dalam kalangan guru membuat inisiatif sendiri
dengan membina laman sesawang atau membina komuniti di laman
sosial di dalam internet bagi berkongsi apa sahaja dapatan atau
instrumen yang berkaitan KSSR dan juga PBS. Guru bukan sahaja
dilihat menyediakan bahan bantu mengajar sendiri malahan dengan
pelaksanaan PBS, apa sahaja bahan yang melibatkan pencapaian
pelajar perlu didokumentasikan dan disimpan di dalam Fail
Perkembangan Murid (FPM) serta perlu mengisi data prestasi pelajar
melalui Sistem Pengurusan Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang
dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Isu ini merupakan
salah satu isu yang telah dibentangkan dalam Pentaksiran Berasaskan
Sekolah - Pelaksanaan dan Isu PBS oleh Unit Penilaian dan
Peperiksaan, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak.
Selain itu juga,pihak sekolah juga perlu menyediakan satu
jawatankuasa induk PBS itu sendiri. Pembentukan jawatankuasa induk
PBS ini akan membantu pihak sekolah
dalam menguruskan pelaksanaan PBS seperti pengurusan Sistem Fail
PBS yang merangkumi fail untuk simpanan sekolah, fail perkembangan
EPM414 9
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
pelajar, fail showcase (evidens) dan fail guru mata pelajaran.
Penyediaan fail murid yang banyak juga telah mengambil masa guru
selain dari menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga akan merasa terbeban
sekiranya mereka mengajar di tahap yang berbeza. Situasi ini juga
akan menyebabkan guru-guru yang memegang jawatan sebagai
Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) mengalami bebanan dalam
membantu mengendalikan dan memantau pelaksanaan pentaksiran di
sekolah. Guru-guru ini akan menyelaras dua pentaksiran yang berbeza
kerana pelajar yang berada di dalam tahun 6 masih lagi menduduki
sesi pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang lama iaitu KBSR.
Pelajar-pelajar ini masih lagi dinilai prestasi mereka melalui
peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak sekolah seperti ujian
bulanan dan peperiksaan penggal. Selain dari memantau
kemasukandata prestasi murid di dalam Sistem Analisa Peperiksaan
Sekolah (SAPS), guru ini juga perlu melihat kemasukan data di dalam
SPPBS. Beban tugas guru dilihat semakin bertambah dengan
perubahan kehendak semasa. Pelaksanaan KSSR dan penilaian
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilihat meningkatkan tahap
beban tugas guru di sekolah. Guru berasa tertekan dengan
pertambahan tugas sedia ada dan proses pelaksanaan baru yang
memerlukan komitmen tinggi guru dan pihak sekolah.
Kemahiran dan penggunaan alatan ICT yang tinggi diperlukan untuk
melaksanakan PBS di sekolah. Guru menggunakan kemahiran penggunaan dan peralatan
ICT seperti komputer, alat cetak, mesin imbas dan pelbagai perisian seperti microsoft
word, powerpoint, excel, paint dan internet untuk membina instrumen.Instrumen yang
dibina oleh guru harus menggabungkan perkataan, gambar, gambar rajah, dan pelbagai
media. Instrumen yang dibina mestilah mampu menguji murid dan memenuhi kehendak
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Guru mesti melengkapkan diri dengan kemahiran
menggunakan komputer, mengakses internet dan menggunakan segala peralatan ICT
yang disediakan. Menurut Akhiar et al (2012), guru-guru abad ke-21 perlu terus
EPM414 10
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
mempelajari teknologi terkini yang dapat menggalakkan pembelajaran murid serta
memenuhi tujuan peningkatan profesional guru sendiri.
Tugas yang pelbagai dalam prosedur PBS memerlukan komitmen
yang tinggi
daripada guru dan pelaksana PBS. Komitmen yang tinggi ini sedikit
sebanyak mewujudkan beban tugas guru di sekolah. Guru perlu
memberikan sepenuh komitmen dalam membuat eviden, memeriksa
eviden, merekod dan menyimpan keputusan dalam sistem online
setiap minggu. Guru perlu memberi ruang masa menanda eviden
hampir setiap hari dan memasukkan eviden ke dalam fail murid yang
mencecah ratusan fail setiap minggu. Ini mengambil purata guru di SK
Raja Muda Musa mengajar empat kelas berlainan dalam seminggu dan
setiap kelas mempunyai 35 orang murid.Maka guru perlu
menyenggara eviden dan fail berjumlah 120 selepas setiap kali
pentaksiran dijalankan. Ini kerana prosedur PBS perlu dilaksanakan
hampir setiap hari semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan di dalam kelas. Rutin tugas yang pelbagai memerlukan guru
memberikan sepenuh perhatian dari segi masa, tenaga dan
kemampuan setiap hari.
Prosedur pelaksanaan PBS memerlukan guru melaksanakan
pelbagai tugas yang rencam dan di luar tugas utama mengajar di
sekolah. Terdapat pelbagai tugas sebelum, semasa dan selepas
pelaksanaan PBS. Bagi eviden, guru perlu melakukan proses membina,
memeriksa, mencetak, menanda, merekod dan menyimpan. Guru juga
perlu melaksanakan pelbagai tugas seperti menyediakan bilik PBS,
menyenggara eviden, menguruskan pelbagai fail eviden, showcase
dan sebagainya. Ini menyebabkan timbulnya lambakan kerja yang
tidak kehabisan, seterusnya meningkatkan tahap beban tugas guru.
Akhiar et al. (2012) menyatakan selain mengajar, guru juga perlu
melakukan tugas-tugas perkeranian seperti menyemak buku latihan
murid, menyemak kertas ujian, merekodkan kemajuan murid,
EPM414 11
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
menanda kedatangan, menyimpan fail, membuat nota pelajaran dan
menulis surat kepada ibu bapa serta penjaga berkenaan hal ehwal
murid. Ini jelas menunjukkan melalui pelaksanaan PBS, semakin
bertambah tugas guru di sekolah dan menyebabkan tugas utama
sebagai pengajar semakin terhimpit dan kurang diberikan penekanan
oleh guru.
Melalui pelaksanaan PBS, didapati guru memperuntukkan masa
yang banyak dalam PBS berbanding tugas mengajar di sekolah. Guru
menggunakan masa yang banyak untuk membina eviden, menanda
eviden, merekod eviden, menyimpan eviden dalam fail serta merekod
keputusan. Dapatan kajian Yazi (2006) mendapati guru menggunakan
masa 52.40 jam seminggu bagi melaksanakan tugas akademik
manakala 31.86 jam seminggu bagi tugas bukan akademik. Ini
menunjukkan dalam sehari guru menggunakan lebih 10 jam untuk
tugas akademik. Berdasarkan tugas pengurusan PBS yang banyak
seperti mengurus eviden, membuat pentaksiran dan merekod eviden,
maka tugas akademik guru semakin bertambah dan ianya akan
melebihi penggunaan 10 jam sehari. Ini menyebabkan guru merasakan
masa tidak mencukupi dan menyebabkan guru terpaksa melakukan
tugas sekolah di rumah. Situasi ini mewujudkan beban tugas
disebabkan kekurangan masa untuk melaksanakan semua tugas
tersebut. Guru banyak melaksanakan tugas PBS di luar waktu sekolah
iaitu sama ada di sekolah selepas waktu persekolahan atau di rumah.
Ini secara langsung memberikan tekanan kepada guru untuk
menyiapkan segala tugas yang diperolehi. Disebabkan kesuntukan
masa di sekolah, guru selalu membawa kerja sekolah ke rumah seperti
memeriksa kertas pentaksiran, merekod dalam sistem SPPBS,
membina instrumen dan pelbagai lagi. Waktu berkualiti bersama
keluarga
kadangkala terpaksa digunakan untuk membuat proses PBS di rumah.
Sebagai contoh ketika hari cuti, kebanyakan guru masih lagi membawa
EPM414 12
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
balik kertas ujian, membuat rekod ujian, membina instrumen ujian,
membina lembaran kerja dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa tugas
guru memang tidak dapat diselesaikan sepenuhnya pada waktu
bertugas di sekolah. Guru terpaksa membahagikan kerja yang utama
untuk diselesaikan dan kerja sampingan dilakukan di luar waktu kerja.
Situasi ini menujukkan bebanan tugas wujud dalam PBS sehingga
ianya mengganggu waklu di luar waktu kerja guru. Dalam pelaksanaan
PBS, guru perlu menyedia dan menggunakan pelbagai alatan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan alatan dalam kaedah
pentaksiran PBS memerlukan guru sendiri menyedia atau
menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai. Guru perlu
membuat senarai keperluan dan menyediakan segala kelengkapan
dan peralatan yang diperlukan. Alatan yang pelbagai memerlukan
kemahiran menggunakannya serta kemahiran menghasilkannya jika
tiada di sekolah. Menurut Abd Ghafar (2003), sebagai guru kita perlu
bijak memilih media yang paling sesuai dengan kehendak pelajar dan
dapat mencapai objektif pengajaran. Proses menghasilkan media seperti
lembaran kerja, objek, slaid tayangan, persembahan powerpoint, video,
gambar, dan lain-lain memerlukan kemahiran guru memanipulasi segala
alatan yang sedia ada. Kadang-kadang guru terpaksa menggunakan wang
sendiri untuk membeli bahan keperluan serta menggunakan barangan
peribadi sebagai alat bahan bantu mengajar. Situasi ini kadang kala
meningkatkan kerisauan guru untuk meyediakan pelbagai alatan supaya
sesi pengajaran dan pembelajaran yang direka dapat dijalankan dengan
lebih berkesan. Melalui sistem PBS, guru dan pihak sekolah terpaksa
menyediakan dan menyenggara fail dan sistem fail yang pelbagai. Setiap
orang murid akan mempunyai satu fail perkembangan. sekiranya jumlah
murid tahun satu adalah seramai 100 orang, maka 100 fail perlu
diwujudkan. Ini ditambah dengan satu fail
dinamakan fail showcase setiap kelas dan fail peribadi setiap guru
untuk setiap mata pelajaran. Pihak sekolah terpaksa menyediakan
EPM414 13
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
ruang yang besar bagi menyimpan fail yang akan bertambah seiring
dengan pertambahan murid. Guru juga menghadapi masalah untuk
memasukkan eviden ke dalam setiap fail perkembangan murid.
Sebagai contoh bagi guru yang mengajar 4 kelas seminggu dengan
purata 35 orang murid dalam satu kelas, maka guru mesti
memasukkan eviden dalam 140 fail setiap minggu. Penggunaan masa
yang banyak diperlukan bagi memasukkan eviden ke dalam 140 fail
murid. Beban tugas serta serta penggunaan masa guru akan
bertambah setiap minggu. Ini dilihat sangat tidak praktikal kerana
jangkamasa memasukkan eviden yang terlalu lama itu boleh
digunakan untuk membuat persediaan tugas pengajaran di dalam
kelas. Peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan
semakin ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami
tekanan perasaan (Utusan Malaysia
Penerimaan ibu bapa tentang konsep dan penerimaan pelaksanaan PBS sedikit
sebanyak menimbulkan kerisauan kepada guru. Guru selalu mendapat rungutan ibu bapa
berkenaan kemajuan dan kedudukan pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa
beranggapan pembelajaran tanpa peperiksaan boleh menimbulkan kesan yang negatif
terhadap fokus dan matlamat murid-murid di sekolah.Selain guru, para ibu bapa juga
perlu diberikan pemahaman yang jelas mengenai perlaksanaan PBS agar tidak timbul
kecelaruan dengan membuat tanggapan negatif terhadap sistem pembelajaran baharu itu
(Utusan Online, 22 Oktober 2012). Tanggapan negatif dan ketiadaan kerjasama dari
masyarakat membuatkan guru rasa tertekan dengan pelaksanaan PBS kerana ibu bapa
kurang memberi sokongan moral terhadap anak-anak dan sistem pentaksiran baru ini.
Pelaksanaan sistem PBS atas talian iaitu Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (SPPBS) didapati meningkatkan kerisauan dan seterusnya meningkatkan beban
tugas guru di sekolah. Guru dikehendaki merekod setiap instrumen yang dijalankan di
sekolah. Minimum satu ujian dijalankan bagi setiap mata pelajaran untuk seminggu.
Maka guru perlu memasukkan rekod pentaksiran secara rutin setiap minggu. Masalah
yang timbul adalah tiada panduan pengguna untuk menggunakan sistem yang digunakan.
Guru terpaksa memahirkan diri menggunakan sistem dan membuat kemasukan rekod.
EPM414 14
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Guru juga menghadapi masalah akibat capaian internet yang lemah serta kesesakan
sistem yang berlaku hampir setiap masa. Adakalanya guru terpaksa bangun di awal pagi
semata-mata untuk memasukkan rekod pentaksiran dalam SPPBS. Akibat kesesakan
sistem atas talian, guru sering memasukkan rekod pentaksiran di rumah dan ini
mengganggu masa berkualiti guru bersama keluarga masing-masing. Capaian Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) sering tergendala dan sukar
diakses oleh guru adalah disebabkan bilangan pengguna mencecah 40,000 orang dalam
satu-satu masa (Utusan Online, 7 November 2012).
Kesimpulannya beban tugas guru yang banyak sering menimbulkan
keresahan dan stress dalam kalangan guru-guru. Terdapat pelbagai tugas
dan komitmen yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah dan di
luar sekolah. Kepercayaan dan harapan yang tinggi dari kementerian, JPN,
PPD dan pihak sekolah terhadap prestasi guru sedikit sebanyak
meningkatkan keresahan dan tekanan terhadap guru. beban tugas ini
bertambah dengan harapan semua stakeholder terhadap keupayaan guru
menyelesaikan semua tugas dengan segera, berkesan dan berupaya
membawa kejayaan kepada sekolah. Oleh itu kerjasama pelbagai pihak
diperlukan untuk membantu guru menangani masalah beban tugas guru
dengan memberi sokongan serta kepercayaan kepada guru dalam
menjalankan tugas mereka di sekolah. Kebajikan dan luahan guru perlu
diambil berat supaya pembangunan dan objektif kerajaan mewujudkan
negara maju dapat dicapai dengan jaya dan berterusan.
BAHAGIAN C
EPM414 15
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Pengenalan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menggantikan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sejak dari tahun 2010. Dalam KSSR terdapat
pentaksiran yang melibatkan semua murid dalam tahun yang di nilai. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah melibatkan beberpa kemahiran utama iaitu kemahiran membaca,
menulis, mendengar dan menulis dalam bahasa melayu.Dalam Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS), saya telah memilih kemahiran menulis untuk menilai keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran serta tahap penguasaan murid – murid dalam kemahiran
tertentu.
Rasional pemilihan kemahiran bahasa, pernyataan standard, deskriptor & evidens
Pemilihan kemahiran bahasa, pernyataan standard, deskriptor dan evidens ini
berdasarkan penilaian penguasaan murid berdasarkan hasil pembelajaran yang telah
ditentukan. Pelajar yang diajar telah melalui proses dan pembelajaran standard
kandungan yang telah ditetapkan.
Kemahiran Bahasa dalam pembinaan instrumen dipilih berdasarkan ,tajuk -tajuk
yang dinilai ,peringkat kebolehan murid yang dinilai kewajaran aras kesukaran - mudah,
sederhana, sukar
Standard Prestasi merupakan satu penyataan yang menerangkan tentang
pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang yang telah dilalui
dalam tempoh pembelajaran berdasarkan satu petanda aras yang telah dikenal pasti . Ia
menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara
langsung dan tidak langsung seperti pelajar , ibubapa serta pihak yang berkepentingan.
Dengan menggunakan standard prestasi :
1. Pelajar tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai , apa yang
ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
2. Guru tahu maklumat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di
sekolah . apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada pelajar.
3. Ibubapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak - anak mereka
selepas melalui proses pendidikan untuk sesuatu tempoh tertentu.
4. Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem
EPM414 16
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
pendidikan negara dan kualiti yang ada pada pelajar yang keluar daripada
sistem pendidikan tersebut
Definisi dan ciri-ciri deskriptor & evidens
Standard Prestasi menggandungi 6 Band sebagai asas pentaksiran. Pentaksiran dibuat
bersasarkan Evidens dan Deskriptor.
Penyataan standard bermaksud penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan
pembelajaran yang merujuk kepada objektif mata pelajaran.
Deskriptor bermaksud Apa yang murid tahu dan boleh buat yang merujuk kepada
standart kurikulum ( Sylebus ).[ pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan
boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.]
Evidens bermaksud bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat.
( yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain
seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali).
Band 1 - murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
member respon terhadap perkara asas.( Tahu )
Band 2 - murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemahkan serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
( Tahu dan Faham )
Band 3 - murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
( Tahu , Faham dan Boleh Buat )
Band 4 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab seperti tertib atau
melaksanakan sesuatu mengikut prosidur / arahan secara
sistematik.
( Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab ).
Band 5 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru
dengan mengikut prosidur / arahan secara sistematik serta tekal dan
bersikap positif.
( Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab Terpuji ).
EPM414 17
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Band 6 - murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif , mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
( Tahu , Faham dan Boleh Buat dengan beradab Mitali ).
Definisi dan ciri-ciri deskriptor dan evidens
Band ,Standard, Deskriptor, Evidens
Band Standard Deskr ip tor Ev idens123456
Pe rnya t aan be r s i f a t gene r ik t en t ang a r a s pe rkembangan pembe l a j a r an
Pe rnya t aan t en t ang apa y ang mur id t ahu dan bo l eh bua t
Pe rnya t aan t en t ang baga imana mur id menun jukkan “ t ahu” dan “bo l eh bua t ”
Ciri-ciri eviden
a . Sah - ev idens yang d ikemukakan hendak l ah r e l evan dan menggambarkan penguasaan /pencapa i an s t anda rd yang t e l ah d i t e t apkan
b . Au ten t i k - mur id dapa t membuk t ikan ev idens yang d iku t i p ada l ah ha s i l ke r j anya s end i r i
c . Kecukupan - ev idens yang d ikumpu l mencukup i un tuk menun jukkan kemampuan mur id
d . Semasa - ev idens dapa t membuk t ikan mur id dapa t membua t t uga san meng iku t p i awa i an s emasa
e . Teka l - ev idens yang d ikumpu l dapa t membuk t ikan ke t eka l an pe r l akuan dan membuk t ikan
kepu tusan yang s ama d ibe r i o l eh pen t aks i r yang be r l a i nan
Penggubalan Instrumen
Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah memilih kemahiran
menulis untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta tahap
penguasaan murid – murid dalam kemahiran tertentu. Rasional pemilihan kemahiran
EPM414 18
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
menulis adalah kerana murid – murid dalam kelas tahun 2 ini merupakan murid – murid
tahap aras tinggi. Serta bilangan urid yang ditadbir hanya seramai empat orang. Ini
memudahkan saya untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya
dengan lebih cepat serta tersusun. Kemahiran menulis ini amat menitikberatkan kepada
pembinaan dan menulis huruf, suku kata dan juga perkataan.
Murid – murid digalakkan untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam
pembelajaran kemahiran menulis ini. Kemahiran menaakul maklumat yang diberikan
juga merupakan proses yang baru yang diperkenalkan dalam pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS) ini. Penggunaan deskriptor yang mudah juga dapat membantu murid –
murid dalam menguasai kemahiran menulis ini. Deskriptor yang baik akan dapat
membantu murid – murid dalam memahami serta menyelesaikan masalah dalam PBS.
Cirri – ciri yang baik ini dapat juga membantu guru – guru dalam menentukan tahap
pencapaian objektif yang dirancang serta menilai kebolehan murid – murid.
Manakala evidens yang saya gunakan dalam membina instrumen – instrumen ini
adalah kemahiran yang telah dipelajari oleh semua murid dalam kemahiran menulis. Saya
telah menggunakan evidens yang mudah dan sesuai dengan tahap kebolehan murid –
murid. Ini bagi memudahkan murid – murid untuk menjawab soalan yang disediakan dan
dapat menguasai kemahiran yang dinilai. Proses ini dapat membantu dalam pembinaan
intrumen yang baik serta sesuai dengan murid – murid.
Proses pembinaan instrumen
Pembinaan intrumen dimulakan dengan mengenal kemahiran yang ingin dinilai
kepada murid – murid. Kemahiran yang sudah dikenal pasti adalah kemahiran menulis.
Setiap kemahiran yang dinilai perlu mengikut tahap penguasaan murid – murid. Oleh
sebab itu, saya telah menggunakan deskriptor yang sesuai dalam pembinaan instrumen
ini. Dalam kemahiran yang dinilai saya telah membina dua instrumen yang membolehkan
murid – murid untuk menaakul kemahiran serta maklumat dalam instrumen tersebut.
Instrumen yang dibina oleh saya menggunakan format mengisi tempat kosong dengan
perkataan yang sesuai dan membina perkataan daripada huruf – huruf yang diberi serta
menjadikan struktur ayat mudah lengkap dan betul. Penentuan format ini adalah
bersesuaian dengan kemampuan murid – murid untuk menguasai kemahiran menulis.
EPM414 19
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Kebarangkalian untuk murid – murid menjawab dengan betul adalah lebih tinggi
daripada murid yang tidak dapat menjawab soalan atau instrumen yang disediakan. Murid
– murid akan dapat menguasai kemahiran menulis yang akan dinilai oleh saya dalam PBS
ini. Format instrumen yang saya gunakan ini juga mengambil kira kepada tahap
penguasaan murid – murid. Kefahaman tentang apa yang akan dinilai akan dapat
membantu murid – murid dalam menjawab instrument yang di sediakan.
Perbincangan dikalangan guru – guru bahsa melayu juga dapat membantu saya dalam
menentukan format instrumen yang akan di bina oleh saya. Dengan cara ini, saya dapat
mengenal pasti masalah atau kekurangan instrumen yang di bina oleh saya. Penilaian
PBS ditentukan dengan murid – murid dapat menulis dengan betul perkataan dan juga
melengkapkan ayat supaya menjadi ayat yang lengkap. Semua format ini telah digubal
oleh saya dan dibantu oleh penambahbaikkan oleh rakan – rakan guru. Instrumen yang
dibina adlah tidak mudah seperti yang saya sangka. Penilaian perlu memastikan bahawa
murid – murid boleh menguasai kemahiran serta menggunakannnya semasa di rumah
atau semasa membaca buku. Hanya rujukan serta sumber – sumber yang boleh digunaka
pakai adalah buku teks, buku aktiviti, standard kandungan dan standard pembelajaran.
Keseluruhan perkara perlu diambil kira dalam membentuk instrument yang baik dan
sesuai dengan murid – murid. Saya beranggapan bahawa murid – murid boleh menguasai
kemahiran menulis ini kerana dalam kelas ini, tiada murid yang mempunyai masalah dari
segi mengenal huruf, membaca perkataan serta mengeja perkataan. Kesungguhan murid –
murid dalam menguasai kemahiran menulis ini dapat dilihat dengan jawapan yang
diberikan oleh mereka. Cara perkataan ditulis juga amat baik dan mudah untuk saya
membaca setiap perkataan yang dibina dalam instrumen ini. Sumber – sumber yang
digunakan adalah sebagai panduan kepada saya dalam menggubal instrumen yang baik.
Saya juga mengambil sumber daripada bahan bacaan mudah dan menggubalnya semula
bagi memastikan murid – murid dapat menjawab soalan tersebut.
Instrumen yang telah ditentukan formatnya akan terlebih dahulu dibacakan oleh saya
berulang kali. Ini bagi memastikan tiada kesalahan daripada segi perkataan atau huruf
yang digunakan. Penggunaan kosa kata yang sesuai juga membolehkan murid – murid
menjawab dengan cepat dan menguasai kemahiran menulis ini. Dalam buku teks dan
buku aktiviti, banyak diberikan contoh yang sesuai untuk membina instrumen yang baik.
EPM414 20
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Saya hanya perlu mencari serta menggubal soalan yang bersesuaian dengan tema dan
tajuk yang telah disenaraikan dalam kedua – dua buku ini. Sumber yang digunakan amat
penting dan tidak terkeluar daripada landasan asal dalam kemairan menulis bahasa
melayu. Standard kandungan dan juga standard pembelajaran membantu saya dalam
mengenal pasti deskriptor serta evidens yang sesuai untuk instrumen ini. Tahap
kesukaran instrumen juga dapat dikenal pasti melalui kedua – dua standard yang telah
diberikan. Kefahaman dalam membina instrumen akan menumpukan kemahiran yang
lebih khusus dan terperinci.
Keputusan tentang format
Dalam pentaksiran kemahiran menulis ini, murid – murid yang mengambil ujian
tersebut adalah murid tahun 2. Jumlah murid tahun dua ini adalah seramai 7 orang sahaja
tetapi yang hadir hanya seramai 4 orang. Semasa instrumen ini dinilai oleh saya, murid –
urid dibacakan terlebih dahulu soalan yang diberikan. Murid tahun dua ini kelihatan
begitu faham dengan apa yang saya bacakan kepada mereka. Ujian ini dijalankan selepas
saya mengajar kemahiran menulis serta kemahiran membaca semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Jumlah murid yang sedikit ini membantu saya dalam
memerhatikan instrumen ini dijawab oleh murid – murid. Murid – murid yang terlibat ini
adalah terdiri daripada tiga murid lelaki dan hanya seorang murid perempuan.
Dapatan hasil ujian yang telah saya lakukan kepada murid tahun dua ini adalah
seperti dalam jadual di bawah.
Instrumen 1
Bil. Nama murid Jawapan betul Jawapan salah
1. Muhd Haikal Mujahid Bin
Zainal
11/12 1
2. Muhammad Faiz Haikal B
Shahrul Azmi
10/12 2
EPM414 21
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
3. Nur Athirah Bt ahmad Shahrul
Amin
12/12 Tiada
4. Muhd Hasnan Mustaqim B Alif 12/12 Tiada
Instrumen 2
Bil. Nama murid Jawapan betul Jawapan salah
1. Muhd Haikal Mujahid Bin
Zainal
5/5 Tiada
2. Muhammad Faiz Haikal B
Shahrul Azmi
4/5 1
3. Nur Athirah Bt ahmad Shahrul
Amin
5/5 Tiada
4. Muhd Hasnan Mustaqim B Alif 5/5 Tiada
Setelah ujian pentaksiran ini dilaksanakan kepada murid – murid saya telah dapat
mengenal pasti tahap penguasaan mereka. Keputusan ujian ini dapat memperlihatkan
tahap penguasaan murid – murid dalam kemahiran menulis. Ini mungkin disebabkan oleh
kerana jumlah pelajar yang sedikit dan mudah untuk ditadbir oleh saya. Murid – murid
ini mengikut arahan yang telah diberikan oleh saya sebelum mereka menjawab soalan
atau instrument ini. Hasil daripada pemerhatian saya didapati bahawa murid – murid
telah menguasai kemahiran menulis. Saya juga memberikan murid – murid peluang untuk
membacakan petikan yang telah dilengkapkan dengan perkataan yang sesuai. Ini dapat
membantu murid – murid dari segi kemahiran membaca.
Pentaksiran yang telah dijalankan kepada murid tahun dua ini telah dapat
mencapai objektif yang saya inginkan. Semua murid dapat menulis perkataan daripada
EPM414 22
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
huruf – huruf dan juga melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai. Oleh itu
pentaksiran ini berjaya dengan jayanya. Keputusan murid – murid amat menggalakkan
dan begitu cemerlang. Murid tahun dua yang tidak dapat hadir pada hari ini akan dinilai
untuk mengenal pasti tahap penguasaan mereka dalam kemahiran menulis bahasa
melayu. Pentaksiran ini akan terus dijalankan dari masa ke semasa dan bersesuaian
dengan tahap penguasaan kemahiran murid – murid. Instrumen yang digubal boleh
membantu murid – murid dalam menguasai kemahiran berbahasa.
Secara fizikalnya, murid tahun dua ini telah berupya untuk menncari maklumat
serta memindahkan maklumat di tempat yang betul serta sesuai. Oleh itu diharapkan
selepas ini, pentaksiran berasaskan sekolah boleh dilaksanakan mengikut tahap atau
perbezaan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran. Kemahiran menulis amat penting
dalam bahasa melayu. Murid akan menjadi lemah dalam bahasa melayu jika kemahiran
menulis, membaca dan mendengar tidak dapat dikuasai dengan sepenuhnya oleh murid –
murid. Perbezaan tahap pemikiran murid – murid juga perlu diambil berat untuk
membantu murid – murid ini berjaya menguasai kemahiran tertentu.
Sumber-sumber yang digunakan
Dalam pembinaan instrumens pentaksiran ini , sumber utama yang digunakan
adalah Dokumen Standard Bahasa Melayu Tahun 2, Buku Panduan Guru Bahasa Melayu
Tahun 2 dan Dokumen Standard Prestasi Bahasa Melayu Tahun 2.
Penggunaan bahan rujukan ini, sebagai menepati kehendak Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang telah ditetapkan. Bahan rujukan ini menjadi panduan bagi
penentuan kemahiran yang telah didedahkan kepada pelajar, di samping itu dapat
menentukan tahap pencapaian semasa pelajar. Dari aspek itu memudahkan pembinaan
instrumen pentaksiran yang dikehendaki.
Di dalam Dokumen Standard Bahasa Melayu dapat ditentukan Standard
Kandungan dan Standard Kandungan yang telah dilalui oleh pelajar. Manakala di dalam
Standard Prestasi Bahasa Melayu , dapat ditentukan evidens yang harus dibina bagi
menjalankan pentaksiran kepada pelajar .
Contoh : B2 DT1 E2 (Band 2, Deskriptor Tulisan 1, Evidens 2)
Penggunaan Buku Teks sebagai bahan rujukan . Di dalam buku teks terdapat
bahan-bahan yang telah ditetapkan mengikut Dokuemen Standard yang telah ditetapkan.
EPM414 23
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Latihan dan teknik pengajaran telah disediakan di dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun
2.
Buku-buku rujukan yang terdapat di pasaran. Buku-buku ini dapat menambahkan
dan memudahkan pembinaan instrumen yang hendak dijalankan. Contoh buku keluaran
Fajar bakti dan sebagainya.
Selain daripada itu sumber-sumber rujukan jugak didapati melalui laman
sesawang berkenaan KSSR. Laman-laman yang terdapat di dalam internet boleh
dijadikan contoh asas dalam pembinaan instrumens yang hendak dijalankan
Selain daripada yang disebutkan sumber rujukan yang dibuat melalui bahan-
bahan kursus yang pernah dihadiri semasa pengenalan KSSR hendak bermula.
Lampiran:
Instrumen 1
EPM414 24
mis Kha
nyak ba
sai se le
ib na
ngan ta
ri me ah
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Instrumen Rujukan: B2 DT1 E2
Unit Unit 11: Sambutan Hari Kanak-kanak (Buku Teks: m/s 56, 16)
Deskriptor B2 DT1 Membina dan menulis dengan betul
Evidens B2 DT1 E2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung.
Cantumkan kad-kad suku kata bagi membentuk perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung. Kemudian, lengkapkan petikan di bawah dengan perkataan yang sesuai.
[SP: 3.3.1]
1. 4.
2. 5.
3. 6.
Sekolah Kebangsaaan Puchong Jaya mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak
pada hari(7) ________________ ini. Tujuan sambutan ini adalah untuk meraikan kanak-
kanak di sekolah itu. Sambutan Hari Kanak-kanak sangat (8)
________________________. Ada (9) _____________________ aktiviti yang diadakan.
Murid-muird hadir dengan keluarga masing-masing.
Afifah dan Samad menyertai pertandingan menyanyi lagu kanak-kanak. Afifah
mendapat (10) _________________________ johan dalam pertandingan tersebut. Seok
EPM414 25
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Ling dan Shanti menyertai pertandingan kraf (11)
__________________________________.
Setelah semua aktiviti (12)......................................................... , murid menjamu
selera di kantin sekolah.
SP: 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas..
Pentaksiran: Menguasai Belum menguasai
Instrumen 2
Instrumen Rujukan: B1 DT1 E1
EPM414 26
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Unit Unit 4: Jagalah Kebersihan(Buku Teks: m/s 21, 7)
Deskriptor B1 DT1 Menulis perkataan dan ayat
Evidens B1 DT1 E1 Menulis perkataan yang mengandungi dua dan tiga suku kata
Lengkapkan ayat berdasarkan gambar. [SP: 3.2.4]
1.
2.
3.
4.
5.
EPM414 27
Anis mencuci _______________________ sebelum makan.
Adam _________________________ tangannya dengan air bersih.
Danial memakai baju yang _____________________ selepas mandi.
Yee Fan __________________________ gigi selepas bangun daripada tidur.
Sarmila sedang mengetip _________________________nya supaya pendek dan bersih.
menggosok kuku bersih tangan membilas
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
SP: 3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
Pentaksiran: Menguasai Belum menguasai
Bibliografi:
Buku :
EPM414 28
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Abdul Aziz Talib et. al (1989). Pengajaran dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur : Direct
Art Compony
Atan Long(1970). Aktiviti Permulaan Membaca KBSR Tahun Satu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Azman Wan Chik (ed) (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 : Perkaedahan.Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Bloomfield, L (1942). Outline Guide For The Practical Study of Foreign
LanguageBaltimore. Linguistic Society of America.
Chall, J.S (1967). Learning to Read : The Grate Debate. New York : Mc Graw Hill Book
Co.
Diane Lapp & James Loop (1986). Teaching Student To Read. New York : Collier
Macmillan Publishing.
Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti.
Kamarudin Hj. Husin (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.
KualaLumpur : Kumpulan Budiman
Nik Safiah Karim (ed), (1980). Bahasa Melayu Teori Dan Aplikasi. Kuala Lumpur :
Sarjana Enterprise.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1987). Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya : Fajar Bakti.
Sofiah Hamid (1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distrubutors.
EPM414 29
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Steinberg, D.D (1982). Language, Mind and World. London : Logman
Media Elektronik : Internet
Kha i ru l Hazman Taha (Feb rua r i 11 , 2011 ) . Panduan Me laksanakanModu l E l ek t i f d i SK . Dipe ro l eh pada J anua r i 26 , 2015
da r i pada h t t p : / /www.akademikpahang . edu .my /v3 /be r i t a -s emasa - 2009 /panduan -me laksanakan -modu l - e l ek t i f -d i - sk .h tml
Kha i r ina Yas in (November 30 , 2010 ) , Ber i t a Har ian : 500 ,000 mur id
Tahun Sa tu s e s i 2011 d ia ja r pend id i kan s ek s . D ipero l eh pada
Februar i 26 , 2015 dar ipada
h t t p : / /www.bhar ian . com.my /bhar ian /a r t i c l e s / 500_000mur idTah
unS a t u se s i2011d ia ja rpend id i kansek s /Ar t i c l e /
Mohd . Fadz ly Mohd . I z ab (May 25 , 2010 ) . Kur i ku lum baru s eko lah r endah d i kena l i s ebaga i Kur i ku lum S tandard Seko lah Rendah (KSSR) akan d ipe rkena l kan pada 2011 . Dipe ro l eh pada
Feb rua r i 3 , 2015 da r i pada h t t p : / /www.s t s a r a swa thy .ne t / i ndex .php /b log - l ayou t / 39 - f ron tpage /127 - in fo - seko l ah
Pen i la ian Kenda l i an Seko lah Rendah(PKSR) : Pemu l ihan , Pengayaan dan Pend id i kan Ink lu s i f . Dipe ro l eh pada Feb rua r i 2 , 2015 da r i pada h t t p : / /www.sc r i bd . com/doc /14586713 /Pen i l a i an -
Kenda l i an -Seko l ah -Rendah -PKSR-Pemul ihan -Pengayaan -Dan- Pend id ikan - Ink lu s i f
Abdul Rahim b. Abdul Rashid (2002). Kesan Pendekatan Pengajaran Sistematik
Terhadap Peningkatan Penguasaan Perbendaharaan Kata Dan Pemahaman Murid-Murid
Yang Menghadapi Masalah Di Sekolah Rendah Luar
Bandar.http://www2.moe.gov.my/~mpp/Rahim.htm
(12 Oktober 2002)
EPM414 30
Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof
Sk. Mohd. Sawpi Lawi (2002). Faktor-faktor Psikolinguistik Dalam Penguasaan
Kemahiran Membaca. www.geocities.com/penyelidikanm4p/sawpi.htm
(12 October 2002)
EPM414 31