amali 3 fiz

13
AMALI 3 Eksperimen : Alkohol, Eter dan Amina Objektif : A: Untuk menyediakan sampel etanol. B: Untuk menyiasat sifat-sifat kimia etanol Pernyataan Masalah : Bagaimanakah etanol disediakan di dalam makmal? Hipotesis Etanol dapat dihasilkan melalui penapaian karbohidrat dengan menggunakan yis. Teori Etanol juga dikenali sebagai alkohol atau spirit merujuk kepada alkohol etil dan minuman alkohol . Etanol merupakan kandungan alkohol utama yang terkandung dalam minuman alkohol, yang dihasilkan melalui proses penapaian gula dengan menggunakan yis . Etanol mampu menyebabkan kemabukan. Selain itu, etanol juga digunakan sebagai pelarut , antiseptic , bahan api fosil dan cecair aktif dalam termometer mekuri . Etanol

Upload: haziq-zaidel

Post on 19-Nov-2015

95 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

v

TRANSCRIPT

AMALI 3

Eksperimen : Alkohol, Eter dan Amina

Objektif :A: Untuk menyediakan sampel etanol.B: Untuk menyiasat sifat-sifat kimia etanol

Pernyataan Masalah :Bagaimanakah etanol disediakan di dalam makmal?

HipotesisEtanol dapat dihasilkan melalui penapaian karbohidrat dengan menggunakan yis.

TeoriEtanoljuga dikenali sebagai alkohol atauspiritmerujuk kepadaalkohol etildanminuman alkohol. Etanol merupakan kandungan alkohol utama yang terkandung dalam minuman alkohol, yang dihasilkan melalui proses penapaian guladengan menggunakanyis. Etanol mampu menyebabkan kemabukan. Selain itu, etanol juga digunakan sebagaipelarut,antiseptic,bahan api fosil dan cecair aktif dalamtermometer mekuri. Etanol merupakan cecair yang meruap,mudah membakar, cecair yang tidak berwarna dengan struktur formulaCH3CH2OH, yang sering disingkatkan sebagaiC2H5OHatauC2H6O.

Etanol asli ialah cecair jernih yang mudah terbakar dengan titik didih pada 78.5C dan titik beku pada - 114.5C. Etanol digunakan sebagai bahan anti-beku dan mempunyai bauvodka.Ketumpatan etanol ialah 789 g/l, iaitu kurang 20% daripada ketumpatanair. Etanol mudah larut dalam air, dan merupakan pelarut yang baik untuk pewangi, cat, dantinktur. Etanol boleh digunakan sebagaipembasmi kuman(70% hingga 85% etanol). Larutan tersebut boleh membunuh organisma dengan cara mengubah protein dan melarut lipid, dan menghalang kebanyakan bakteria, kulat, dan sesetengah virus. Namun, etanol tidak berkesan terhadap spora bakteria. Disebabkan sifat ini, etanol boleh disimpan untuk tempoh masa yang sangat lama (sebagai minuman alkohol).

Pembolehubah :Dimanipulasikan : Jenis karbohidratBergerak balas: Penghasilan etanolDimalarkan: Kehadiran yis

Radas dan BahanGlukosa, kentang yang telah dimasak, nenas yang telah dilenyekkan, beras, ubi kayu, pisang yang telah dilenyekkan, kanji, air kapur, air suling, air paip, larutan kalium dikromat (VI), asid sulfurik pekat, kertas turas, kelalang kon, bikar, silinder penyukat, kelalang tapis, gabus dengan tiub pengantar, gabus dengan lubang, thermometer, condenser libig, tugu kaki tiga, kaki retort, penunu Bunsen, kasa dawai, tiub getah, corong penapis, tiub didih, kertas litmus biru, piring penyejat, pemegang tabung uji, penitis, forsep

ProsedurA. Untuk menyediakan sampel etanol

1. Anggaran 20g glukosa dilarutkan kedalam 150cm3 air suling yang berada dalam sebuah kelalang kon yang bersih2. Anggaran 10g yis telah ditambah ke dalam larutan dan larutan tersebut digoncang dengan baik.3. Kelalang kon ditutup dengan gabus yang telah disambungkan dengan tiub penyambung. Pada penghujung tiub penyambung itu direndamkan ke dalam air kapur yang terletak didalam tiub didih seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.4. Radas-radas tersebut ditinggalkan di tempat yang panas (35C) selama seminggu.5. Dari masa ke masa, sebarang perubahan yang berlaku dicatatkan. 6. Selepas seminggu, isi yang terdapat dalam kelalang kon ditapis. Hasil tapisan tersebut dituang ke dalam kelalang penuras.7. Radas untuk penyulingan ditunjukkan seperti dalam rajah A.8. Hasil tapisan dipanaskan dalam air paip dan etanol yang telah dididihkan lebih daripada 7880 C dikumpulkan.9. Warna dan bau hasil penurasan dikumpulkan dan diuji.10. Langkah 1 hingga 9 diulang menggunakan kentang yang telah dimasak, nenas lenyek, nasi, ubi kayu, dan pisang lenyek untuk menggantikan glukosa..

B. Untuk mengkaji sifat kimia bagi ethanol

B1 Untuk mengkaji pembakaran etanol1. 2cm3 etanol dituang ke dalam piring penyejat2. Lidi kayu yang menyala digunakan untuk menyalakan etanol3. Pembakaran etanol diperhatikan.

B2 Untuk mengkaji pengoksidaan etanol1. 10cm3 larutan kalium dikromat (VI) dituang kedalam tabung didih2. Penitis digunakan untuk menambah 10 titisan sulfurik asid pekat kedalam tabung didih.3. 3cm3 etanol ditambah kedalam campuran tersebut.4. Radas disediakan seperti didalam rajah dibawah.5. Tabung didih tersebut dipanaskan secara berhati-hati dengan menggunakan api yang tidak terlalu kuat sehingga campuran tersebut mendidih. Sebarang pentukaran warna didalam campuran diperhatikan.6. Hasil penyulingan dikumpulkan menerusi tabung uji yang direndam di dalam air sejuk.7. Warna dan bau hasil penyulingan diperhatikan.8. Hasil penyulingan tersebut diuji menggunakan kertas litmus biru.9. Sebarang perubahan pada kertas litmus direkodkan.

KeputusanB-1UjianPemerhatian

KebolehbakaranMudah terbakar

Warna ApiMerah kekuningan

Wasap yang terhasilTiada

B-2Ujian PenyulinganPemerhatian

WarnaTiada warna

BauBerbbau seperti cuka

Kesan pada kertas litmusKertas litmus biru bertukar kepada warna merah

Perbincangan1. Air kapur menjadi keruh yang menunjukkan bahawa gas karbon dioksida dihasilkan semasa penapaian .2. Hasil sulingan merupakan etanol.3. Oleh itu, penapaian glukosa atau jus nanas dan ubi rebus menghasilkan etanol dan gas karbon dioksida. Penapaian glukosa dapat diwakili oleh persamaan kimia berikut :Zimase dari yisC 6H12O6 (ak) 2C 2H 5OH (ak) + 2CO2 (g) 30 oC4. Etanol dipekatkan melalui proses penyulingan. Etanol dikumpulkan pada suhu kira-kira 78oC.

Soalan1. Namakan enzim yang terdapat di dalam yis yang menguraikan glukosa menjadi etanol.Zimase. Ia menguraikan glukosa tanpa menggunakan oksigen(respirasi anaerobik) menjadi etanol dan karbon dioksida.

2. Tuliskan persamaan kimia yang stabil untuk melambangkan penguraian glukosa menjadi etanol

C6H12O6CH3CH2OH(aq) + 2CO2(g)

3. Terangkan kegunaan penyulingan berperingkat di dalam eksperimen ini.

Etanol dan air merupakan dua cecair yang mempunyai takat didih yang berlainan. Bagi menbezakan kedua-dua cecair, ini hanyalah dengan melalui kaedah penyulingan berperingkat.

4. Tuliskan persamaan kimia yang stabil untul pembakaran etanolC2H5 OH (1) + 3O2 (g) 2CO2 (g) + 3H2O (1)5. Bolehkah etanol digunakan sebagai bahan bakar kenderaan? Jelaskan jawapan anda.Boleh, namun penggunaan etanol sebagai bahan bakar adalah tidak sesuai. Pengubahsuaian terhadap penggunaan minyak kenderaan peru dilakukan sebelum menggunakan etanol sebagai bahan bakar kenderaan. Hal ini kerana, etanol akan menghakis tangki minyak, sehinggalah ke enjin kenderaan yang biasa digunakan pada hari ini. Etanol juga tidak sebaik minyak tanah yang menyebabkan kenderaan tidak dapat bergerak jauh.

6. Apakah kegunaan larutan kalium dikromat (VI) dalam eksperimen ini?Kegunaan larutan kalium dikromat ialah sebagai agen pengoksidaan

KesimpulanEtanol boleh didapati daripada penapaian glukosa yang terdapat di dalam gula dan karbohidrat

RUJUKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP-IPG) AMBILAN JUN 2014

AMALI 3: ALKOHOL,ETER DAN AMINANAMAMUHAMMAD HAZIQ BIN ZAIDEL

NO. KAD PENGENALAN950201-04-5475

UNIT2 PISMP SAINS

NO. MATRIK7347

KOD MATA PELAJARANSCE 3033

SUBJEKMENEROKA BAHAN

NAMA PENSYARAHEN MAZLAN BIN MOHAMED NOR

TARIKH HANTAR5 MAC 2015