amali-2-rohini

6
AMALI 2 TAJUK: BILA DI KATAKAN SATU SPESIS? TAXONOMI DAN PENGEKALAN ALIRAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI PENDAHULUAN: Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. Pertama dan paling asas termasuklah semua spesis atas muka bumi. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Sesuatu spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza iaitu spesis biologi dimana individu- individu berupaya membiak bersama dengan jayanya dan spesis morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya. Kaedah kedua inilah yang sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata termasuk dalam kategori ini. Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu kumpulan dkenali sebagai taksonomis (taxonomists). Taksonomi sangat penting dalam pemuliharaan biodiversiti, tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara spesis atau keliru dalam memberi nama-nama spesis. Ini menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan pencegahan menjadi lambat. Taxonomi hanyalah pemudahcara, yang membolehkan kita menamakan semua perkara yang

Upload: shangkaran-manickam

Post on 16-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

JGYF

TRANSCRIPT

AMALI 2TAJUK: BILA DI KATAKAN SATU SPESIS? TAXONOMI DAN PENGEKALAN ALIRAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI

PENDAHULUAN:Kepelbagaian biologi dunia boleh dibahagikan kepada tiga aras. Pertama dan paling asas termasuklah semua spesis atas muka bumi. Paling kecil pada aras ini ialah kepelbagaian genetik (genetic diversity) dan paling luas termasuklah komuniti dan ekosistem. Sesuatu spesis boleh didefinisikan melalui dua kaedah (pendekatan) yang berbeza iaitu spesis biologi dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan jayanya dan spesis morphologi di mana individu-individu pada kelihatannya sama pada morphologinya atau binaan biokimianya.Kaedah kedua inilah yang sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila kita tidak ada sebarang maklumat tentang perlakuan pembiakan individu. Kebanyakan tumbuhan dan invertebrata termasuk dalam kategori ini.Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu kumpulan dkenali sebagai taksonomis (taxonomists). Taksonomi sangat penting dalam pemuliharaan biodiversiti, tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara spesis atau keliru dalam memberi nama-nama spesis. Ini menyebabkan usaha-usaha perlindungan dan pencegahan menjadi lambat. Taxonomi hanyalah pemudahcara, yang membolehkan kita menamakan semua perkara yang berbeza (taxa) di atas muka bumi. Sering terdapat perbezaan yang besar antara individu daripada spesis yang berbeza, dan ia mungkin sukar untuk memutuskan bagaimana untuk memisahkan kumpulan individu dalam spesis berasingan. Ini benar apabila kita hanya mempunyai beberapa sahaja ciri-ciri morfologi untuk membantu kita. Sebagai contoh, bagaimana ciri-ciri sepunya yang ada pada setiap individu perlu ada supaya mereka boleh dianggap spesis yang sama? Walaubagaimanapun, kaedah bagaimana kita mengelaskan organisma-organisma di bumi ini mempunyai pengaruh yang besar untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti.KEPUTUSAN:JENIS SPESISCIRI-CIRI SPESISSPESIS YANG SAMAJUMLAH BILANGAN SPESIS

A Perut buncit dan besar. Sesungut Badan berbintik-bintik Ada ekor kecil Mempunyai mata1,16,17,24,275

B Berkaki empat Mempunyai mata Mempunyai badan yang bercorak.2,5,12,224

C Berkuku Mempunyai kaki yang kecil. Mempunyai badan yang bercorak.3,4,18,234

D Terdapat ekor Berbadan gemuk Mempunyai sesungut yang bercorak. Mempunyai mata.6,9,10,11,215

E Tidak mempunyai bentuk muka. Mempunyai ekor kecil. Mempunyai kepala yang berbentuk.7,8,13,14,15,25,287

F Berbadan panjang. Bersayap Mempunyai sesungut.19,20,26,294

JUMLAH KESELURUHAN SPESIS :29

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam kumpulan yang sama? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut? Kenapa tidak pilih yang lain-lain?2. Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya? Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis?3. Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang terlalu rendah?4. Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada dua atau lebih spesies baru 5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis terjadi?6. Bagaimana spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies?7. Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan sepsis biologi.