amali 2 - penghabluran semula

9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG TUGASAN PROJEK : AMALI 2 (SCE 1014) PENGHABLURAN SEMULA PROGRAM : PPISMP NAMA : AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI KELAS : S1T1PSN

Upload: ahmad-fahmi

Post on 17-Feb-2017

670 views

Category:

Science


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amali 2 - Penghabluran Semula

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANGTUGASAN PROJEK : AMALI 2 (SCE 1014)

PENGHABLURAN SEMULA

PROGRAM : PPISMP

NAMA : AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI

KELAS : S1T1PSN

AMBILAN : JUN 2015

NAMA PENSYARAH : PUAN YEW LEE HEANG

TARIKH HANTAR : 1 SEPTEMBER 2015

Page 2: Amali 2 - Penghabluran Semula

Tujuan

Untuk menulenkan dua jenis hablur garam iaitu hablur kuprum (II) sulfat, CuSO4 dan kalium

nitrat, KNO3

Alat radas dan bahan

Kalium nitrat KNO3, kuprum (II) sulfat CuSO4, air suling, bikar 100 cm3, mangkuk penyejat,

rod kaca, sudu plastik , kasa dawai, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, corong turas, kertas

turas, kaki retort

Prosedur

A. Penulenan garam kuprum (II) sulfat, CuSO4

1. Satu sudu hablur kuprum (II) sulfat, CuSO4 tidak tulen dimasukkan ke dalam

sebuah bikar.

2. Air suling ditambah secukupnya untuk melarutkan hablur CuSO4.

3. Campuran dipanaskan secara perlahan-lahan sambil dikacau dengan rod kaca

supaya satu larutan tepu yang panas dihasilkan.

4. Larutan tepu dipanaskan untuk memekatkannya sehingga 13 atau

14 daripada

isipadu asal.

5. Campuran dituras ketika panas untuk mengasingkan bendasing tak larut yang

terapung dalam larutan tepu.

6. Larutan tepu yang masih panas dipindah ke dalam mangkuk penyejat.

7. Larutan kemudiannya dibiarkan menyejuk sehingga hablur terbentuk.

8. Hablur garam CuSO4 dibilas dengan sedikit air suling.

9. Hablur-hablur garam dikeringkan dengan menggunakan kertas turas.

B. Penulenan garam kalium nitrat, KNO3

1. Satu sudu hablur garam kalium nitrat, KNO3 tidak tulen dimasukkan ke dalam

sebuah bikar.

2. Air suling ditambah secukupnya untuk melarutkan hablur KNO3.

3. Campuran dipanaskan secara perlahan-lahan sambil dikacau dengan rod kaca

supaya satu larutan tepu yang panas dihasilkan.

4. Larutan tepu dipanaskan untuk memekatkannya sehingga 13 atau

14 daripada

isipadu asal.

5. Campuran dituras ketika panas untuk mengasingkan bendasing tak larut yang

terapung dalam larutan tepu.

6. Larutan tepu yang masih panas dipindah ke dalam mangkuk penyejat.

Page 3: Amali 2 - Penghabluran Semula

7. Larutan kemudiannya dibiarkan menyejuk sehingga hablur terbentuk.

8. Hablur garam KNO3 dibilas dengan sedikit air suling.

9. Hablur-hablur garam dikeringkan dengan menggunakan kertas turas.

Keputusan

1. Hablur kuprum (II) sulfat, CuSO4 yang tulen diperoleh.

2. Hablur kalium nitrat, KNO3 yang tulen diperoleh.

Perbincangan

1. Penghabluran ialah kaedah penulenan yang dijalankan untuk memperoleh hablur

tulen daripada suatu larutan tepu bahan tersebut. Sebagai contohnya, penulenan

garam daripada larutan tepu garam.

2. Hablur atau kristal adalah merupakan bahan pepejal yang terdiri daripada

gugusan atom, molekul atau ion yang tersusun dalam ragam tertib yang

menjangkau ketiga-tiga dimensi ruang.

3. Contoh hablur yang umum adalah emping salji, permata dan garam halus.

4. Larutan tepu ialah larutan yang mengandungi kuantiti bahan terlarut yang

maksimum.

5. Proses penyulingan dan penghabluran sering digunakan untuk memperoleh

bahan-bahan tulen.

6. Hablur terbentuk mempunyai sisi tajam, permukaan yang rata, bentuk serta

struktur yang sekata.

7. Kesan dari penghabluran semula boleh mengurangkan kekuatan, meningkatkan

kemuluran dan mengurangkan ketumpatan kehelan.

8. Kaedah-kaedah penulenan tersebut dapat menghasilkan banyak bahan

keperluan harian.

9. Contoh aplikasi proses penyulingan ialah pemecahan petroleum mentah kepada

pecahannya dalam menara penyulingan berperingkat petroleum untuk kegunaan

sebagai bahan api kenderaan dan membuat pelbagai bahan plastik.

10. Jika serbuk garam tidak melarut lagi dalam air, hal ini bermakna larutan garam

sudah tepu.

11. Larutan tepu dituras ketika masih panas untuk mengelakkan penghabluran awal

garam.

12. Larutan tepu garam disejukkan untuk membolehkan penghabluran semula

berlaku kepada larutan tepu garam.

13. Hablur-hablur garam dibilas dengan sedikit air suling yang sejuk untuk

menyingkirkan sebarang bendasing daripadanya.

Page 4: Amali 2 - Penghabluran Semula

14. Semasa menjalankan eksperimen, kertas turas perlulah dibasahkan dengan air

suling terlebih dahulu supaya tidak koyak apabila larutan garam yang telah

dipanaskan dituang melalui corong turas.

15. Penurasan dilakukan semasa larutan masih panas untuk mengelakkan garam

menjadi hablur.

16. Warna garam yang telah ditulenkan berwarna lebih terang, bersinar dan

berbentuk geometri.

17. Semua hablur mempunyai ciri-ciri sepunya berikut; hablur mempunyai

permukaan yang rata, sisi yang lurus dan sudut yang tajam.

18. Hablur mempunyai sudut tetap di antara dua permukaan yang bersebelahan.

19. Hablur merupakan bahan yang mempunyai bentuk geometri tetap seperti berupa

jarum, rombus atau prisma.

20. Hablur daripada bahan yang sama mempunyai bentuk yang sama tetapi mungkin

berbeza daripada segi saiz.

21. Terdapat tujuh jenis sistem hablur asas iaitu kiub, tetragon, ortorombus,

monoklinik, triklinik, rombohedron dan heksagon.

22. Kuprum (II) sulfat merupakan contoh sistem hablur triklinik manakala natrium

klorida merupakan contoh sistem hablur kiub.

23. Sistem tetragon mempunyai tiga sudut tegak α = β = γ = 90°

Page 5: Amali 2 - Penghabluran Semula

24. Sistem ortorombus mempunyai tiga paksi yang tidak sama, iaitu a ≠ b ≠ c

25. Sistem monoklinik mempunyai tiga paksi yang tidak sama, iaitu a ≠ b ≠ c

26. Sistem rombohedron mempunyai tiga paksi yang sama, iaitu a = b = c

Page 6: Amali 2 - Penghabluran Semula

27. Sistem heksagon mempunyai dua sudut tegak α = β = 90°

Kesimpulan

Garam kuprum (II) sulfat dan kalium nitrat yang tidak tulen dapat ditulenkan melalui kaedah

penghabluran semula.

Page 7: Amali 2 - Penghabluran Semula

RujukanNeo, L. S., Ching, L., Hong, E., Wah, L., & Umi Kalthom Ahmad. (2011). Kimia Tingkatan 4.

Petaling Jaya, Selangor, Malaysia: Abadi Ilmu Sdn. Bhd.

Soo, T. P. (2008). SPM Bilingual Chemistry Form 4. Shah Alam, Selangor, Malaysia: Arah

Pendidikan Sdn. Bhd.

Tan, J. (2007). SPM Chemistry. Shah Alam, Selangor, Malaysia: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Theng, O. T. (2008). Compact Guide Chemistry SPM Bilingual. Shah Alam, Selangor,

Malaysia: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.