amali 2 bio

4

Click here to load reader

Upload: yunohu

Post on 07-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sharing is caring..!

TRANSCRIPT

Page 1: AMALI 2 bio

AMALI 2

Tujuan :

Untuk mengkaji kesan suhu terhadap tindak balas enzim-pemangkin dan menentukan suhu

optimum kepada tindak balas enzim.

Hipotesis :

Suhu optimum bagi tindak balas enzim adalah 37℃

Alat radas dan bahan :

Bikar 250cm3, termometer, jubin putih, alat penitis, jam randik, 30cm3 daripada 1% larutan kanji,

larutan iodine.

Prosedur :

1. Sediakan larutan kanji dan larutan enzim amylase.

2. Lima buah bikar water bath disediakan dan ditetapkan pada suhu 0

℃ ,20℃ ,37℃ ,50℃dan 65℃. Suhu water bath yang digunakan perlu dimalarkan

dengan cara menambahkan air panas atau air sejuk kedalamnya.

3. 4cm3 larutan kanji disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan larutan tersebut

dituang ke dalam tabung uji berlabel X.

4. Sementara, 3cm3 larutan enzim amylase disukat menggunkan silinder penyukat dan

dimasukkan ke dalam tabung uji yang berlabel Y.

5. Masukkan kedua-dua tabung uji berlabel X dan Y ke dalam water bath bersuhu 37℃

dan biarkan selama 5 minit untuk menstabilkan suhu.

6. Kemudian, tuangkan larutan enzim amylase daripada tabung uji Y ke dalam tabung uji

X yang mengandungi larutan kanji bagi memulakan tindak balas.

7. Masa diambil dengan menggunakan jam randik.

8. Setiap satu minit, keluarkan satu titis larutan yang telah dicampur ke atas jubin dan

titiskan setitik larutan iodin ke atas titisan larutan tersebut.

9. Perhatikan dan rekodkan perubahan yang berlaku.

10. Ulang langkah 3-9 dengan suhu water bath yang berbeza iaitu 0℃ ,20℃ ,50℃ dan 65

℃ .

Page 2: AMALI 2 bio

Pemerhatian

Suhu (℃¿ Masa larutan biru berubah menjadi larutan keperangan

(minit)

Kadar tindak

balas (minit)

1time(s )

/ (s-1)

0 Larutan biru tidak berubah selepas 30 minit 0.033

20 Berubah selepas minit ke 10 0.1

37 Berubah selepas minit ke 5 0.2

50 Berubah selepas minit ke 7 0.142

65 Larutan biru tidak berubah selepas 30 minit 0.033

Page 3: AMALI 2 bio

Perbincangan :

Pada suhu 37℃, larutan iodine mengambil masa 5 minit untuk menukarkan larutan berwarna

biru kepada larutan berwarna perang. Masa yang diambil oleh suhu ini adalah yang paling

cepat. Semasa larutan berwarna biru, kanji belum lagi dihidrolisiskan secara sepenuhnya

kepada maltose. Sebaliknya, sebaik sahaja larutan berwarna biru bertukar kepada larutan

perang, kanji tela dihidrolisikan sepenuhnya kepada maltose. Dan ini menunjukkan prose

hidrolisis kanji secara sepenuhnya berlaku. Pada suhu 65℃, larutan berwarna biru tidak

bertukar kepada larutan berwarna perang kerana pada suhu yang tinggi, enzim dikatakan telah

dinyah asli dan sudah tidak boleh berfungsi lagi kerana telah rosak tapak pengaktifan dan juga

komposisi enzim itu sendiri.pada suhu yang sangat rendah seperti 0℃ , enzim juga tidak akan

melakukan tindak balas kerana suhu yang sangat rendah molekul enzam an substrate itu

sendiri mempuyai kadar yang sangat sedikit untuk berlanggar satu sama lain untuk melakukan

tindak balas.

Pada awalnya, suhu diperlukan pada peringkat awal tindak balas bagi mengatasi masalah

tenaga pengaktifan. Suhu dapat meningkatkan tenaga kinetic molekul substrat supaya lebih

cepat berlanggar seterusnya meningkatkan tindak balas dan molekul terhasil.

Ini tidak berlaku dengan berterusan bagi tindak balas yang melibatkan enzim. Bentuk tiga

dimensi enzim banyak bergantung kepada ikatan hydrogen yang memegang rantai-rantai

peptide pada kedudukan tertentu dan kecenderungan segmen-segmen bukan kutub pada

enzim mengelakkan daripada air. Kecenderungan segmen-segmen bukan kutub pada enzim

mengelakkan air. Kecenderungan ini dinamakan sebagai hidrofobik. Ikatan hydrogen bersama

dengan segmen yang hidrofobik ini amat peka kepada sebarang suhu. Contohnya kebanyakan

enzim dalam badan manusia berfungsi dengan cekap pada julat suhu antara 35℃hingga 40℃

yang dinamakan julat suhu optimum. Perubahan suhu yang melewati julat ini boleh

menyebabkan ikatan hydrogen terlalu lemah untuk memegang dengan kuat rantai peptide

dalam protein pada kedudukan. Sebaliknya, pada suhu yang lebih rendah, ikatan hydrogen

yang menetukan bentuk enzim tidak bersifat lentur.

Kesimpulan : enzim bertindak balas secara optimum pada suhu 37℃ dan hipotesis

yang dibuat diterima

Page 4: AMALI 2 bio