amali 1

45
1.0 Soalan Bahasa Melayu Tahun 1 Aras pengetahuan 1. . Gambar 1 Alat yang ditunjukkan dalam gambar di atas dikenali sebagai _________. A. Kanvas B. Kotak C. Khemah D. Rumah 2. Rumah rakit dibina diatas _________. A. Tanah B. Api C. Udara D. Air Aras kefahaman 1

Upload: ekynaiz

Post on 14-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

1.0 Soalan Bahasa Melayu Tahun 1Aras pengetahuan1.. Gambar 1Alat yang ditunjukkan dalam gambar di atas dikenali sebagai _________.A.KanvasB.KotakC.KhemahD.Rumah

2. Rumah rakit dibina diatas _________.A. TanahB. ApiC. UdaraD. Air

Aras kefahaman

3. Keadaan di dalam hutan itu _________ dan kelihatan cahaya matahari cuma memancar di celah-celah pokok.A.gelapB.nyamanC.malamD.redup

4. Siti membeli ______________ di kedai buku. A. PenselB. Nasi lemakC. KasutD. Gula-gula

Aras aplikasi

5. Faiz sedang memakan buah epal ______________ makan nasi.A. LaluB. SelepasC. SementaraD. Sambil

6. ______________ berebut-rebut ketika menaiki bas.A. JanganB. SilaC. TolongD. Mohon

Aras analisis

7. Anak-anak Pak Abu menghargai __________ ibu bapa mereka dan berjanji akan mendengar__________mereka untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah.A. Jasa...nasihatB. Percakapan...leteranC. Diri...ucapanD. Hujah...tazkirah

8. Pak Silva dan __________ nya sering bekerja __________ untuk membiayai kedua-dua anaknya yang masih bersekolah.A. Rakan...berhari-hariB. Anak...bergilir-gilirC. Isteri...bersungguh-sungguhD. Suami...berdua-duaan

Aras sintesis

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Hobi Pak Mat menanam pokok buah-buahan. Dia menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan. Antaranya adalah pokok durian, rambutan, pisang dan duku. Pak Mat membersihkan kebunnya setiap hari. Dia membubuh baja pada setiap pokok buah-buahannya. Dia juga menyemburkan racun untuk membunuh serangga yang merosakkan pokok buah-buahannya. Pokok buah-buahan Pak Mat tumbuh dengan subur.

9. Antara berikut merupakan buah-buahan yang ditanam oleh Pak Mat kecualiA. NenasB. DurianC. PisangD. Rambutan

10. Tujuan racun disembur pada pokok buah-buahan adalah __________A. Untuk membunuh serangga perosakB. Supaya pokok suburC. Supaya pokok cantikD. Untuk menjadikan baja

Aras penilaian

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Zaki berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Negara Malaysia kini semakin maju.Negara Malaysia sudah terkenal di seluruh dunia. Di Malaysia terdapat menara kedua tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas. Selain itu, Malaysia juga mempunyai Menara Kuala Lumpur dan jambatan terpanjang di Asia Tenggara iaitu Jambatan Pulau Pinang.Rakyat Malaysia ada pelbagai kaum. Terdapat orang Melayu, Cina, India dan lain-lain. Mereka hidup dalam keadaan yang aman damai.

11. Pada pendapat anda, mengapakah rayat Malaysia hidup dalam keadaan yang aman damai?A. Rakyat Malaysia sudah majuB. Rakyat Malaysia hanya berpura-puraC. Rakyat Malaysia saling hormat-menghormati antara satu sama lainD. Rakyat Malaysia amat kaya dan mewah

12. Pada pendapat anda, mengapakah negara Malaysia kini sudah terkenal di seluruh dunia?A.Negara Malaysia ialah sebuah negara yang kaya dengan hasil minyakB. Negara Malaysia banyak melahirkan anak muda yang berjayaC. Negara Malaysia kini sudah menjadi negara maju D. Negara Malaysia dikenali dengan berbilang kaum

2.0 UJIAN KEFASIHANLISAN : AKTIVITI MENDEKLAMASI SAJAK

Tanah airku dan Dunia

Sisa hidup ini hendak kita peliharajuga tanah, pohon dan buah-buahjuga tulang, daging dan darahjangan suara jadi parau di musim kemarau.

Tapi tanah kami sudah kerecikan apilama bermula, tidak hilang sampai kinidan meski tawaran damai sudah diberiorang masih tidak peduli!

Pohon getah dan tanah mengandung bijihrebutan manusia daerah asingkita gali kubur dan masuk berdiam di dalamnya!

Damai - seruan dan tawarandamai - untuk tanahairku dan kemerdekaandamai - untuk dunia dan kesejahteraan!

SKALA PEMARKAHAN UJIAN KEFASIHANASPEK KEMAHIRAN BAHASAKRITERIA / MARKAH

Ketepatan tema, tajuk dan isi sajak

Kejelasan sebutan

Nada dan intonasi yang bersesuaian

CEMERLANG(17-20)

Menunjukkan ketepatan tema, tajuk dan isi sajak yang amat jelas dan jitu Menepati sebutan bahasa Melayu baku; tidak menunjukkan sebarang pengaruh dialek daerah atau bahasa ibunda Menuturkan nada, intonasi dan jeda yang tepat dan jelas mengikut tatabahasa yang betul

BAIK(9-12) Menunjukkan ketepatan tema, tajuk dan isi sajak yang jelas dan jitu

Terdapat kesalahan-kesalahan sebutan tetapi tidak begitu serius dan banyak

Terdapat kesalahan nada, intonasi atau jeda tetapi tidak begitu serius. Masih mengikut tatabahasa yang betul pada kebanyakan tempat

SEDERHANA(5-8)Menunjukkan ketepatan tema, tajuk dan isi sajak yang kurang jelas dan tidak jitu

Terdapat kesalahan sebutan yang ketara dan menunjukkan pengaruh dialek daerah atau bahasa ibundaTerdapat kesalahan nada, intonasi dan jeda yang ketara. Tidak mengikut tatabahasa yang betul pada kebanyakan tempat

LEMAH(1-4)

Menunjukkan ketepatan tema, tajuk dan isi sajak yang tidak jelas dan tidak menepati temaMenunjukkan penguasaan sebutan yang minimum iaitu boleh menyebut sahajaNada dan intonasi yang tidak tepat pada kebanyakan tempat dan tidak sesuai

KRITERIA / MARKAH

Kelancaran penyampaianKefahaman dan penghayatan

CEMERLANG(17-20)

Bertutur dengan lancar, menunjukkan gaya yang sesuai dan menarik

Menunjukkan daya kefahaman yang tepat dan dapat memberi gerak balas dengan tepat dan pantas

BAIK(9-12)Bertutur dengan lancar tetapi terdapat kelemahan yang tidak ketara

Menunjukkan daya kefahaman yang baik tetapi terdapat kekurangan dari aspek penghayatan di beberapa tempat

SEDERHANA(5-8)Sederhana kelancarannya. Terdapat sedikit-sedikit gangguan dan gaya kurang menarik

Menunjukkan daya kefahaman yang lemah. Lambat memberi gerak balas dan kurang tepat

LEMAH(1-4)Amat sukar bertutur, lambat dan tergagap-gagapMenunjukkan daya kefahaman yang amat rendah. Lambat memberi gerak balas dan tidak tepat

INSTRUMEN PENILAIAN AKTIVITI KEMAHIRAN BAHASA (LISAN : MENDEKLAMASI SAJAK)Nama: . Tema: KemerdekaanKelas: .................................. Tarikh: .........................

KRITERIASKALA PEMARKAHAN

LEMAH(1-4)SEDERHANA(5-8)BAIK(9-12)CEMERLANG(17-20)

Ketepatan tema, tajuk dan isi sajak

Kejelasan sebutan

Nada dan intonasi yang bersesuaian

Kelancaran penyampaian

Kefahaman dan pengahayatan

Jumlah (100 %)

Jumlah Besar :

TAKSIRANNAMA PENTAKSIRTANDATANGAN PENTAKSIR

TARIKH TAKSIRANULASAN / CATATAN

3.0 UJIAN BAKATAKTIVITI KEMAHIRAN BAHASA (BERCERITA)

Kawan yang tidak jujurTerdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu, kata Joe. Joe berjalan kearah singa itu. Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

SKALA PEMARKAHAN UJIAN BAKAT(AKTIVITI KEMAHIRAN BAHASA- BERCERITA)MARKAH/KRITERIALEMAH(0-6)

BAIK(7-13)CEMERLANG(14-20)

Nada, intonasi dan jedaTerdapat kesalahan nada, intonasi dan jeda yang ketara. Tidak mengikut tatabahasa yang betul pada kebanyakan tempat.Terdapat kesalahan nada, intonasi atau jeda tetapi tidak begitu serius. Masih mengikut tatabahasa yang betul pada kebanyakan tempat.Menuturkan nada, intonasi dan jeda yang tepat dan jelas mengikut tatabahasa yang betul

Sebutan bagi vokal dan konsonanTerdapat banyak kesalahan sebutan bahasa Melayu baku; tidak mendukung makna yang jelas Terdapat kesalahan sebutan bahasa Melayu baku di beberapa tempat; tetapi masih mendukung makna yang jelas.Menepati sebutan bahasa Melayu baku, tidak menunjukkan sebarang pengaruh dialek daerah atau bahasa ibunda

Ekspresi dan gerak tubuhTidak menunjukkan ekspresi dan gerak tubuh pada kebanyakan tempat Terdapat ekspresi dan gerak tubuh ditunjukkan tetapi terdapat beberapa gerak tubuh yang tidak sesuai dan jelas.Mampu menarik perhatian penonton dan pendengar melalui ekspresi dan gerak tubuh yang sesuai dan jelas

Kefasihan dan kelancaran berceritaPertuturan tidak lancar, terdapat banyak gangguan Bertutur dengan lancar tetapi terdapat kelemahan yang tidak ketara.Bertutur dengan lancar dan gaya yang sesuai dan menarik

Penghayatan terhadap ceritaMenunjukkan kefahaman yang lemah. Lambat memberi gerak balas dan kurang tepat Menunjukkan daya kefahaman yang baik tetapi kurang sedikit daripada aras cemerlang.Menunjukkan daya kefahaman yang tepat dan dapat memberi gerak balas dengan tepat dan pantas

INSTRUMEN PENILAIAN AKTIVITI KEMAHIRAN BAHASA (BERCERITA)NAMA MURID: TAJUK CERITA: BilPerkara yang DinilaiSKALA PERMARKAHANCATATAN

Cemerlang(14-20)Baik(7-13)Lemah(0-6)

1.Nada, intonasi dan jed

2Sebutan bagi vokal dan konsonan

3Ekspresi dan gerak tubuh

4Kefasihan dan kelancaran bercerita

5Penghayatan terhadap cerita

JUMLAH= / 100

TAKSIRANNAMA PENTAKSIRTANDATANGAN PENTAKSIR

TARIKH TAKSIRANULASAN / CATATAN

4.0 UJIAN KEMAHIRANAKTIVITI BACAAN MEKANIS

Lawatan ke Rumah Orang-orang Tua. Sempena Hari Warga Tua, Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat telah mengadakan lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Sri Indah.Lawatan disertai oleh 35 orang murid beserta tiga orang guru pengiring. Mereka berpeluang untuk bermesra dengan penghuni rumah tersebut yang berjumlah 102 orang. Beberapa orang murid turut menghiburkan mereka dengan persembahan nyanyian dan tarian. Penghuni-penghuni di situ kelihatan terhibur.Cikgu Azizah telah menyampaikan sumbangan kepada penghuni-penghuni rumah orang tua itu. Sumbangan berupa wang dan pakaian itu didermakan oleh ibu bapa, guru-guru, dan orang ramai beberapa minggu sebelum lawatan diadakan. Lawatan itu telah meninggalkan banyak pengalaman manis dalam hati setiap murid serta guru.

Soalan lisan :1. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan itu?2. Berapakah penghuni yang tinggal di Rumah Orang Tua Sri Indah?3. Apakah jenis sumbangan yang diberi oleh Cikgu Azizah?

SKALA PEMARKAHAN UJIAN KEMAHIRAN(AKTIVITI BACAAN MEKANIS)MARKAHPERINGKATBACAANTATABAHASAKEFAHAMAN

5

SangatBaikMampu membaca dengan sebutan dan intonasi yang jelasMenggunakan ayat-ayat dari aspek tatabahasa dan mudah difahamiMenunjukkan daya kefahaman yang tepat dan cepat. Dapat memberi gerak balas dengan tepat dan pantas.

4

BaikMampu membaca dengan sebutan yang jelas tetapi intonasi yang kurang jelasMenggunakan ayat-ayat dari aspek tatabahasa kurang tepat dan mudah difahamiMenunjukkan daya kefahaman yang baik tetapi kurang tetapi gerak balas sedikit kurang tepat dan pantas

3

MemuaskanMampu membaca tetapi dengan sebutan dan intonasi yang kurang jelasMenggunakan ayat-ayat yang kurang tepat dan kesalahan tatabahasa yang tidak begitu ketara dan sukar difahami

Menunjukkan daya kefahaman yang sederhana, boleh memberi gerak balas tetapi lambat dan kurang tepat.

2

Kurang MemuaskanMampu membaca tetapi sebutan tidak jelas dan tiada intonasiMenggunakan ayat-ayat yang tidak tepat dan kesalahan tatabahasa yang tidak begitu ketara dan agak sukar difahamiMenunjukkan daya kefahaman yang agak rendah. Agak lambat memberi gerak balas dan kurang tepat.

1

LemahMembaca dengan kaku dan sebutan tidak jelas dan tiada intonasiTidak dapat menggunakan ayat dengan tepat serta penggunaan tatabahasa yang agak minimum dan sukar difahami

Menunjukkan daya kefahaman yang rendah. Sangat lambat memberi gerak balas dan tidak tepat.

INSTRUMEN PENILAIAN BACAAN MEKANIS

Nama: . Tajuk : .........................Kelas: .................................. Tarikh: .........................Nota : Skala yang akan diberikan bergantung kepada pemerhatian guru terhadap murid. Markah skala yang akan diberikan oleh guru terdiri daripada lima bahagian iaitu :1 Tidak Baik2 Kurang Memuaskan3 Memuaskan4 Baik5 Sangat Baik

KRITERIASKALA PEMARKAHAN

12345

Bacaan

Tatabahasa

Kefahaman

Jumlah markah

Jumlah Besar (15 markah) :

TAKSIRANNAMA PENTAKSIRTANDATANGAN PENTAKSIR

TARIKH TAKSIRANULASAN / CATATAN

4.0 PENILAIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAHUN 1 (TEMA KELUARGA)

Standard Prestasi (Performance Standard)1Tahu

2Tahu dan Faham

3Tahu, Faham dan Boleh Buat

4Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

5Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

6Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

BandPernyataan Standard

1Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis

2Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis

3Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis

4Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul

5Memahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat

6Memahami, menaakul dan menilai tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila

BandPernyataan StandardDeskriptorEvidens

1TahuB1Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulisB1 DL1Mengecam, mengajuk dan mengesan bunyi yang didengar

B1 DB1 Membunyikan huruf, mengeja suku kata dan membaca perkataan

B1 DT1Menulis huruf, suku kata dan perkataanB1 DL1 E1Mengajuk bunyi yang didengar

B1DL1 E2Menentukan arah bunyi yang didengar

B1DB1 E1Membunyikan huruf vokal dan menamakan konsonan

B1 DB1 E2Mengeja dan membatang suku kata terbuka dan tertutup

B1DB1 E3Membaca perkataan yang terdiri daripada kata nama

B1DT1 E1Menulis huruf, suku kata dan perkataan

BandPernyataan StandardDeskriptorEvidens

2Tahu dan FahamB2Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulisB2 DL1Mendengar, menyebut dan memahami perkataan

B2 DB1Membaca dan memahami perkataan serta ayat

B2 DT1 Menulis perkataan dan ayat dengan betul serta memahaminyaB2 DL1 E1Mendengar dan menyebut perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding

B2 DL1 E2Memahami perkataan yang didengar dan dinyanyikan

B2 DB1 E1Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung

B2 DB1 E2Membaca dan memahami ayat yang mengandungi diftong, vocal berganding, digraf dan konsonan bergabung

B2 DT1 E1Menulis dan memahami perkataan

B2 DT1 E2Menulis dan memahami ayat tunggal yang mengandungi kata nama am,kata nama khas dan tanda baca (huruf besar dan noktah)

BandPernyataan StandardDeskriptorEvidens

3Tahu, Faham dan Boleh BuatB3Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis

B3 DL1Mendengar dan memberikan respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan

B3 DB1 Membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahaminya

B3 DT1Mencatat maklumat yang difahamiB3 DL1 E1Memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan, soalan dan pesanan

B3 DB1 E1Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar serta sebutan dan intonasi yang betul

B3 DB1 E2Membaca dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk

B3 DB1 E2Mengeja dan membatang suku kata terbuka dan tertutup

B3 DT1 E1Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber

BandPernyataan StandardDeskriptorEvidens

4Tahu , Faham, Boleh Buat dengan BeradabB4 Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betulB4 DLIBerkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul dalam pelbagai situasi

B4 DL2Bercerita tentang sesuatu perkara dengan sebutan dan intonasi yang betul

B4 DB1Membaca, memahami dan menyatakan maklumat daripada bahan yang sesuai

B4 DT1Mencatat maklumat dengan betulB4 DL1 E1Berkomunikasi secara lisan menggunakan bahasa yang betul

B4 DL1 E2Berkomunikasi secara lisan menggunakan kata panggilan yang betul secara bertatasusila

B4 DL1 E3Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan

B4 DL2 E1Menyampaikan cerita yang sesuai dengan sebutan dan intonasi yang betul

B4 DB1 E1Membaca, memahami dan menyatakan maklumat yang tersurat daripada bahan yang sesuai

B4 DT1 E1Mencatat pelbagai maklumat dengan betul menggunakan bahasa yang santun

BandPernyataan StandardDeskriptorEvidens

5Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab TerpujiB5Memahami, menaakul dan memberikan respons / menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepatB5 DL1Menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat

B5 DB1Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat dengan tepat

B5 DT1Menyampaikan pelbagai maklumat secara bertulis dengan tepat

B5 DL1 E1Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat

B5 DB1 E1Memahami dan memindahkan maklumat daripada bahan grafik dan bahan bukan grafik

B5 DB1 E2Memahami dan menilai maklumat daripada bahan grafik menggunakan perkataan berimbuhan akhiran an dan i

B5 DT1 E1Menyampaikan pelbagai maklumat secara bertulis dengan tepat menggunakan bahasa yang santun

B5 DT1 E2Menghasilkan penulisan yang sesuai secara terkawal menggunakan pola ayat FN+FN, FK+FK

Band Pernyataan StandardDeskriptor Evidens

6Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab MithaliB6Memahami, menaakul dan menilai tentang sesuatu perkara daripada sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusilaB6 DL1Bercerita tentang perkara yang mengandungi nilai murni yang dapat mempengaruhi khalayak

B6 DL2Berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat secara bertatasusila

B6 DB1Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan sastera dan bukan sastera

B6 DT1Menghasilkan karya yang sesuai yang dapat mempengaruhi khalayak

B6 DT2 mengedit hasil penulisan dari segi bahasaB6 DL1 E1Menyampaikan cerita yang mengandungi nilai murni dengan penuh keyakinan,kreatif dan mempengaruhi khalayak

B6 DL2 E1Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat secara bertatasusila menggunakan bahasa yang sesuai

B6 DB1 E1Bercerita atau menyampaikan maklumat yang dibaca secara bertatasusila menggunakan kosa kata yang luas dan tepat

B6 DT1 E1Menghasilkan karya kreatif dalam bentuk cereka dan puisi yang bertatasusila menggunakan gaya bahasa yang menarik

B6 DT2 E1Mengedit hasil penulisan dari segi ejaan

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1Band: 1Kemahiran: Membaca dan bertuturPernyataan Standard: Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulisDeskriptorEvidensAktiviti pentaksiranPenguasaan

YaTidak

B1 DB1 Membunyikan huruf, mengeja suku kata dan membaca perkataanB1 DB1 E2Mengeja dan membatang suku kata terbuka dan tertutupBahan :

Kad perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup Lembaran kerja

Langkah pentaksiran :

Guru menunjukkan 6 kad perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup kepada murid

Murid mengeja dan membatang suku kata terbuka dan tertutup yang terdapat dalam kad perkataan yang dipamerkan

Murid membaca perkataan yang dipamerkan

Murid memadankan perkataan suku kata terbuka dan tertutup yang sesuai pada gambar yang disediakan dalam lembaran kerja

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

NAMA: .KELAS: TARIKH: RUJUKAN: B1 DB1 E2Arahan: Sebut dan eja perkataan pada kad gambar. abangjiran

bapaibu

adikrumah

Gunting dan tampal suku kata yang sesuai dengan gambar yang disediakan.

ibu

abangjiranbapa

rumahadik

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1Band: 2Kemahiran: Membaca dan bertuturPernyataan Standard: Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis

DeskriptorEvidensAktiviti pentaksiranPenguasaan

YaTidak

B2 DL1Mendengar, menyebut dan memahami perkataan

B2 DL1 E2Memahami perkataan yang didengar dan dinyanyikan

Bahan :

Rakaman video lagu beserta lirik bertajuk Papaku pulang dari kota Lembaran kerja

Langkah pentaksiran :

Murid menonton video lagu bertajuk Papaku pulang dari kota Murid menyanyikan lagu yang diperdengar dengan bimbingan guru Guru memperkenalkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam lirik lagu Murid memilih gambar-gambar yang berkaitan dengan lirik lagu Papaku pulang dari kota

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

NAMA: .KELAS: TARIKH: RUJUKAN: B2 DL1 E2Arahan: Tonton dan dengar video lagu Papaku pulang dari kota yang dimainkan kemudian tandakan ( / ) pada gambar-gambar yang terdapat dalam lirik lagu tersebut.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1Band: 3Kemahiran: Membaca dan bertuturPernyataan Standard: Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis

DeskriptorEvidensAktiviti pentaksiranPenguasaan

YaTidak

B3 DB1 Membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahaminya

B3 DB1 E1Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar serta sebutan dan intonasi yang betul

Bahan: Ayat BergambarLangkah Pentaksiran: Murid-murid diberikan sehelai kertas ayat bergambar. Murid membaca ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam kertas ayat bergambar yang diberikan dengan bimbingan guru. Murid membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar serta sebutan dan intonasi yang betul.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

NAMA: .KELAS: TARIKH: RUJUKAN: B3 DB1 E1Arahan: Baca ayat tunggal dan ayat majmuk di bawah dengan lancar serta sebutan dan intonasi yang betul. Adik memberi hadiah kepada ayah semasa hari ulang tahun ayah.Nenek sedang mengait baju.

Huda berhati-hati semasa naik tangga.

Ibu memasak ikan goreng untuk makan tengah hari.

Abang menunggang basikal dengan berhati-hati.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1Band: 4Kemahiran: Membaca dan bertuturPernyataan Standard: Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betulDeskriptorEvidensAktiviti pentaksiranPenguasaan

YaTidak

B4 DL1Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul dalam pelbagai situasi

B4 DL1 E3Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan

Bahan :

Rakaman audio perbualan Lembaran kerja

Langkah pentaksiran :

Murid mendengar rakaman audio perbualan antara seorang ibu dan anak Murid dibimbing untuk mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B Murid-murid mengujarkan dialog mengikut watak yang dikehendaki Murid dikehendaki membulatkan kata ganti nama diri dalam lembaran kerja

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1NAMA: .KELAS: TARIKH: RUJUKAN: B4 DB1 E3

Ucapkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, bulatkan kata ganti nama diri yang terdapat dalam dialog tersebut.

Gambar 1 Ibu, boleh saya bantu ?

Boleh. Kamu boleh tolong ibu memasak.

Baiklah ibu. Ibu hendak masak apa hari ini?

Hari ini ibu akan memasak ikan goreng dan sup sayur.

Wah, sedapnya ibu! Sup sayur ialah makanan kegemaran saya.

Nanti kita makan tengah hari bersama-sama ayah dan abang ya..

Baiklah ibu.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Band : 5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji)Kemahiran : Membaca dan BertuturPenyataan Standard : Memahami, menaakul dan memberikan respons / menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepatDeskriptorEvidensAktivitiPentaksiranPenguasaan

YaTidak

B5 DL1Menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat

B5 DL1 E1Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat

Bahan : Radio Cakera Padat

Langkah Pentaksiran :

Murid mendengar bunyi melalui rakaman Murid menceritakan suasana bunyi yang didengar

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

NAMA: .KELAS: TARIKH: RUJUKAN: B5 DL1 E1Arahan : Ceritakan situasi yang didengar berdasarkan rakaman audio.Rakaman bunyi suasana hari rayaRakaman bunyi : Perbualan keluarga menyiapkan persiapan hari raya seperti memasak rending, merebus ketupat, mengacau dodol Bunyi pengumuman hari raya Lagu raya berkumandang*Bunyi-bunyi lain yang bersesuaian

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1Band : 6 (Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali)Kemahiran : Membaca dan BertuturPenyataan Standard : Memahami, menaakul dan menilai tentang sesuatu perkara daripada sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila.DeskriptorEvidensAktivitiPentaksiranPenguasaan

YaTidak

B6 DL1Bercerita tentang perkara yang mengandungi nilai murni yang dapat mempengaruhi khalayak.B6 DL1 E1Menyampaikan cerita yang mengandungi nilai murni dengan penuh keyakinan, kreatif dan mempengaruhi khalayak.Bahan : Lembaran KerjaLangkah pentaksiran : Murid dikehendaki mengisi tempat kosong bagi melengkapkan satu cerita di dalam lembaran kerja yang telah diberikan oleh guru. Murid diminta untuk menyampaikan cerita berdasarkan cerita yang telah dilengkapkan.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

NAMA: .KELAS: TARIKH: RUJUKAN: B6 DL1 E1Arahan : Isi tempat kosong mengikut jawapan yang telah disediakan kemudian sampaikan cerita di bawah ini berdasarkan teks yang telah dilengkapkan.menghiascantikmenanam

sebuahluasberpindah

Ayah Sofia telah membeli _________ rumah banglo baru.Rumah baru Sofia terletak di Taman Pokok Sena. Rumah itu ialah rumah banglo dua tingkat. Rumah itu berharga RM 430 000. Udara di rumah baru Sofia sangat segar dan nyaman.Pada hari Sabtu yang lalu, Sofia sekeluarga telah _________ ke rumah banglo itu. Rumah itu besar dan cantik. Rumah itu mempunyai empat buah bilik tidur, sebuah dapur, dan ruang tamu yang besar.Halaman rumahnya juga _________. Ibu Sofia telah _________ rumah baru itu dengan kemas sekali. Di luar rumah, ibunya telah _________ bermacam-macam jenis pokok bunga seperti bunga Orkid, bunga Kertas, dan bunga Raya. Sekarang, rumah baru Sofia kelihatan sungguh _________.

Rujukan

1) Sumber Buku

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amir Hasan Dawi. 2006.Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga. KualaTanjung Malim: Quantum Books.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur.

Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

2) Sumber InternetCikgu Zainab (2011, Februari 7)Jenis Penilaian Bahasa.Diakses pada 1 April 2015 daripada http://cikguzainabpapar.blogspot.com/2011/02/jenis-penilaian-bahasa-ujian-bakat.html

Toh Johan (2013, Ogos 21). Koleksi Sajak-sajak Merdeka. Diakses pada 29 Mac 2015 daripada http://www.smktj.edu.my/2013/08/koleksi-sajak-sajak-merdeka.html

Liza Ong Sharji Mei (2012, Julai 28). Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi. Diakses pada 29 Mac 2015 daripada http://lizaongsharjimei.blogspot.com/ 3) Sumber Jurnal

Mohd Izham Haji. Mohd Hamzah & Jamalullail Abdul Wahab.(2006). Perlaksanaan Sekolah Wawasan. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminudin Baki (IAB) 1 13

Raminah Hj. Sabran (1985). Jenis-jenis Penilaian dan Pengujian Bahasa Dalam Bilik Darjah. Jabatan Pengajian Melayu: Universiti Malaya.

Abdul Rahim Bin Hamdan & Ismail Fauzi Bin Jamaludin (2007) Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

37