amali 1

19
SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI - 1 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306) PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014) Amali 1 Terbit Matahari Kita telah diajar Matahari terbit di timur dan terbenam di barat. Tetapi adakah terbit Matahari pada kedudukan yang sama dan pada masa yang sama setiap hari dalam setahun? Bagaimana pantas Matahari naik setiap hari? Apa maknanya apabila kedudukan dan masa terbit Matahari berubah setiap hari? Apa yang membuat perubahan ini berlaku? Dalam amali anda akan melihat Matahari terbit untuk menjawab soalan di atas dan mengetahui tentang kesan-kesan pergerakan relatif Matahari mengelilingi Bumi. Prosedur Cari tempat yang sesuai untuk melihat Matahari terbit untuk tempoh masa lebih dua minggu. Pastikan dan buktikan yang anda telah melakukan pemerhatian ini secara benar. Lakarkan dengan landskap yang anda memerhati. Rekod pemerhatian kasar-mata anda (lakaran kepada pergerakan Matahari, azimut, ketinggian, masa dan lain-lain). Menganalisis dan mentafsir data. Tulis laporan pemerhatian bidang anda dengan jadual, carta atau rajah yang sesuai dan berkaitan data anda dengan kajian ke atas pergerakan relatif Matahari mengelilingi Bumi dan kesannya ke atas Bumi. Keperluan Penilaian 1. Pengenalan termasuk lokasi, tarikh, masa dan tempoh pemerhatian, apa yang diperhatikan dan bagaimana data dikumpul. 2. Data pemerhatian (lakaran kepada pergerakan Matahari, azimut, ketinggian, masa dan lain-lain). 3. Analisis dan tafsiran data yang berkaitan dengan kajian ke atas pergerakan relatif Matahari mengelilingi Bumi. 4. Implikasi pergerakan Matahari mengelilingi Bumi. 5. Rujukan

Upload: noraini-abd-rahim

Post on 22-Jul-2015

195 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 1 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

Amali 1

Terbit Matahari

Kita telah diajar Matahari terbit di timur dan terbenam di barat. Tetapi adakah terbit

Matahari pada kedudukan yang sama dan pada masa yang sama setiap hari dalam

setahun? Bagaimana pantas Matahari naik setiap hari? Apa maknanya apabila

kedudukan dan masa terbit Matahari berubah setiap hari? Apa yang membuat

perubahan ini berlaku? Dalam amali anda akan melihat Matahari terbit untuk menjawab

soalan di atas dan mengetahui tentang kesan-kesan pergerakan relatif Matahari

mengelilingi Bumi.

Prosedur

• Cari tempat yang sesuai untuk melihat Matahari terbit untuk tempoh masa lebih dua

minggu. Pastikan dan buktikan yang anda telah melakukan pemerhatian ini secara

benar.

• Lakarkan dengan landskap yang anda memerhati. • Rekod pemerhatian kasar-mata anda (lakaran kepada pergerakan Matahari, azimut,

ketinggian, masa dan lain-lain).

• Menganalisis dan mentafsir data. • Tulis laporan pemerhatian bidang anda dengan jadual, carta atau rajah yang sesuai

dan berkaitan data anda dengan kajian ke atas pergerakan relatif Matahari mengelilingi Bumi dan kesannya ke atas Bumi.

Keperluan Penilaian

1. Pengenalan termasuk lokasi, tarikh, masa dan tempoh pemerhatian, apa yang

diperhatikan dan bagaimana data dikumpul.

2. Data pemerhatian (lakaran kepada pergerakan Matahari, azimut, ketinggian,

masa dan lain-lain).

3. Analisis dan tafsiran data yang berkaitan dengan kajian ke atas pergerakan relatif

Matahari mengelilingi Bumi.

4. Implikasi pergerakan Matahari mengelilingi Bumi.

5. Rujukan

Page 2: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 2 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

AMALI 1

TAJUK :

TERBIT MATAHARI

TUJUAN:

Mengkaji perubahan pada kedudukan dan masa Matahari Terbit.

PENGENALAN:

Matahari terbit adalah peristiwa di mana sisi teratas Matahari muncul di atas

horizon di barat. Matahari terbit tidak sama dengan fajar, di mana keadaan langit mulai

terang, beberapa waktu sebelum Matahari muncul, dan mengakhiri twilight (peristiwa

cahaya samar-samar dari Matahari terlihat mulai akhir waktu senja hingga fajar).

Kerana refraksi atmosfera menyebabkan Matahari masih dapat terlihat sementara

berada di bawah horizon, Matahari terbit dan Matahari terbenam adalah dari satu

sudut pandang, ilusi optik. Matahari juga muncul lebih besar di horizon, tapi hal ini

merupakan ilusi optik lainnya, sama dengan ilusi bulan, Revolusi Matahari ke barat

mengitari Bumi setelah keluar dari horizon disebabkan putaran Bumi ke timur, sebuah

revolusi berlawanan jarum jam ketika dilihat dari atas Kutub Utara.

Putaran Bumi inilah menyebabkan Bumi mengalami malam dan siang. Setiap

sejam, disimpulkan bahawa Bumi membuat putaran sebanyak 15 darjah. Putaran Bumi

yang hanya 15 darjah setiap 1 jam tidak boleh dirasai oleh penduduk Bumi kerana

putaran Bumi ini berlaku dengan sangat perlahan. Bumi berputar dan beredar

mengelilingi Matahari pada kecondongan 23.5º. Kecondongan Bumi inilah menyebabkan

perubahan musim yang berlaku di permukaan Bumi.

Selain itu, seperti yang diketahui umum, pergerakan Matahari dan bintang-

bintang di langit adalah disebabkan putaran Bumi. Tambahan lagi, pergerakan ekliptik

Matahari adalah disebabkan oleh peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Pergerakan

Bumi ini boleh diperhatikan dengan memerhatikan perubahan siang dan malam Bumi.

Dengan melihat ke arah kutub utara, sebenarnya Bumi berputar pada arah lawan jam.

Page 3: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 3 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

Permukaan Bumi yang menghadap Matahari menyebabkan sebahagian Bumi menjadi

siang manakala sebahagian lagi adalah malam. Jam 12 tengah hari menandakan

separuh hari siang manakala 12 tengah malam menandakan separuh hari malam.

Matahari pula terbenam lebih kurang pukul 7 malam waktu Malaysia dan

menyebabkan sebahagian permukaan Bumi adalah gelap iaitu tidak menghadap

Matahari dan jam 7 pagi pula Matahari terbit. Sebenarnya Matahari terbit dari timur ke

barat, dan arah ini perlu dinyatakan dalam bentuk putaran iaitu timur adalah satu arah

putaran dan barat pula arah yang bertentangan walau di mana kita berada. Corak

putaran Bumi yang menyebabkan Matahari kelihatan terbit dari timur dan terbenam di

barat. Hal ini kerana Bumi berputar dari barat ke timur.

RADAS:

1. Sebuah Kamera Digital Sony (10.1 Mega Pixels)

2. Jangka sudut

3. Jadual pemerhatian

PROSEDUR :

1. Sebuah tempat yang sesuai telah dikenal pasti untuk melihat Matahari terbit

dalam tempoh masa lebih dua minggu. Pemerhatian dipastikan dan dibuktikan

yang saya telah melakukan pemerhatian ini secara benar.

2. Landskap yang saya sedang memerhati telah dilakarkan

3. Pemerhatian kasar-mata saya telah direkodkan (lakaran kepada pergerakan

Matahari, azimut, ketinggian, masa dan lain-lain).

4. Data dianalisis dan ditafsir.

5. Laporan pemerhatian direkodkan dengan jadual, carta atau rajah yang sesuai dan

berkaitan dengan data kajian ke atas pergerakan relatif Matahari mengelilingi

Bumi dan kesannya ke atas Bumi.

Page 4: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 4 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

KEPUTUSAN :

Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian terhadap kedudukan Matahari terbit

selama 5 minggu.

Tarikh Mula : 04 Februari 2014

Tarikh Akhir : 18 Mac 2014

Lokasi : Di Koridor Tingkat 1, Bangunan Terbilang, SK Parit Bakar Tengah, Muar.

HARI TARIKH MASA

GAMBAR

AZIMUTH

ALTITUD

1

04/02/2014

7.50 pagi

Matahari berada

106º dari arah

utara (ikut jam)

2

05/02/2014

7.50 pagi

Matahari berada

106º dari arah

utara (ikut jam)

3

06/02/2014

7.50 pagi

Matahari berada

106º dari arah

utara (ikut jam)

4

07/02/2014

7.50 pagi

Matahari berada

105º dari arah

utara (ikut jam)

Page 5: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 5 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

HARI

TARIKH MASA

GAMBAR

AZIMUTH

ALTITUD

5

10/02/2014

7.51 pagi

Matahari berada

104º dari arah

utara (ikut jam)

6

12/02/2014

7.50 pagi

Kedudukan

Matahari tidak

jelas

Kedudukan

Matahari

tidak jelas

7

13/02/2014

7.50 pagi

Kedudukan

Matahari tidak

jelas

Kedudukan

Matahari

tidak jelas

8

14/02/2014

7.50 pagi

Matahari berada

103º dari arah

utara (ikut jam)

9

15/02/2014

7.50 pagi

Matahari berada

103º dari arah

utara (ikut jam)

Page 6: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 6 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

HARI

TARIKH MASA

GAMBAR

AZIMUTH

ALTITUD

10

16/02/2014

7.50 pagi

Matahari berada

102º dari arah

utara (ikut jam)

11

17/02/2014

7.50 pagi

Matahari berada

106º dari arah

utara (ikut jam)

12

18/02/2014

7.50 pagi

Matahari berada

102º dari arah

utara (ikut jam)

13

24/02/2014

7.50 pagi

Matahari berada

100º dari arah

utara (ikut jam)

14

25/02/2014

7.50 pagi

Kedudukan

Matahari tidak

jelas

Kedudukan

Matahari tidak

jelas

Page 7: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 7 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

HARI TARIKH

MASA

GAMBAR

AZIMUTH

ALTITUD

15

26/02/2014

7.51 pagi

Matahari berada

99º dari arah

utara (ikut jam)

16

27/02/2014

7.52 pagi

Matahari berada

99º dari arah

utara (ikut jam)

17

16/03/2014

7.51 pagi

Matahari berada

93º dari arah

utara (ikut jam)

18

17/03/2014

7.50 pagi

Matahari berada

93º dari arah

utara (ikut jam)

19

18/03/2014

7.51 pagi

Matahari berada

92º dari arah

utara (ikut jam)

Page 8: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 8 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

PERBINCANGAN:

Saya telah membuat pemerhatian tentang kedudukan Matahari terbit selama

hampir 5 minggu bermula dari 4 Februari hingga 18 Mac 2014. Saya telah menjadikan

pokok kelapa sebagai panduan untuk mengira kedudukan azimuth Matahari. Kedudukan

pokok kelapa adalah 135º dari arah utara (mengikut arah jam). Beza antara kedudukan

Matahari dan pokok kelapa menjadi panduan untuk saya mendapatkan kedudukan dan

perubahan azimuth Matahari sepanjang kajian saya. Bagi mendapatkan nilai altitiud,

saya menjadikan bumbung kilang sebagai panduan untuk mengukur perubahan

ketinggian aras Matahari. Daripada hasil pemerhatian yang telah saya lakukan,

kedudukan Matahari terbit tidak sama dan ia berubah mengikut satu pola tertentu. Ini

disebabkan oleh kecondongan paksi Bumi pada 23.5º. Matahari terbit dari sebelah

timur dan terbenam ke sebelah barat. Keadaan ini disebabkan putaran Bumi pada

paksinya dari barat ke timur mengikut arah lawan jam.

Panjang siang dan malam di Bumi adalah berbeza pada sesuatu kawasan. Hal

ini mempunyai kaitan antara kecondongan paksi Bumi iaitu pada 23.5º. sebenarnya

kecondongan Bumi inilah menyebabkan kejadian musim-musim di hemisfera utara dan

selatan serta menyebabkan siang dan malam pada hari-hari dalam musim-musim

tertentu adalah berbeza sama sekali.

Panjang siang atau malam ini adalah sebenarnya bergantung kepada ekliptik

Matahari. Contohnya, apabila seseorang itu berada pada kutub utara, pada waktu

siang, Matahari adalah tinggi di langit pada musim panas manakala rendah pada musim

sejuk. Oleh itu, cahaya Matahari pada musim sejuk adalah lebih tersebar. Seterusnya,

Matahari pada musim panas terbit dari arah timur utara dan terbenam pada arah barat

utara iaitu menghabiskan sebanyak lebih 12 jam di langit. Manakala, Matahari musim

sejuk terbit pada arah timur selatan dan terbenam pada arah barat selatan. Tempoh

masa Matahari terbit dan terbenam ini adalah kurang daripada 12 jam. Ini menyebabkan

hari siang pada musim sejuk adalah lebih pendek berbanding siang pada musim panas.

Page 9: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 9 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

Sebaliknya, terdapat juga keadaan di Bumi di mana Matahari terbit adalah

selama 24 jam malah Matahari terbenam juga 24 jam. Keadaan yang luar biasa ini

adalah disebabkan oleh kecondongan Bumi pada orbit mengelilingi Matahari. Di sebelah

utara pada ‘artic circle’ bermaksud pada ketika ini Matahari boleh dilihat sepanjang

musim panas. Keadaan ini berlaku disebabkan kedudukan kutub utara Bumi yang

berada hampir dengan Matahari. Manakala waktu malam hanya berlaku pada musim

sejuk disebabkan kecondongan paksi Bumi yang menyebabkan cahaya Matahari

langsung tidak diterima di bahagian ini.

Hal ini adalah berbeza sama sekali kepada bahagian-bahagian Bumi yang berada

di garisan khatulistiwa. Bumi yang berputar secara condong menyebabkan kawasan

khatulistiwa menerima cahaya Matahari hampir sama sepanjang tahun. Disebabkan

inilah, kawasan khatulistiwa tidak mengalami 4 musim serta mempunyai panjang waktu

siang dan malam yang sama. Hal ini adalah kerana Bumi berada betul-betul pada

garisan ‘equinox’.

Ekliptik Matahari adalah laluan lintasan Matahari yang tidak dapat dilihat dengan

mata kasar. Altitud pula adalah ketinggian sesuatu objek atau jarak sudut sesuatu objek

relatif kepada garisan horizon. Azimuth pula adalah sudut mendatar yang dikira

mengikut arah jam daripada arah rujukan, kebiasaannya utara, dengan satu titik di

garisan horizon yang menyilangi satu titik altitud bagi objek tersebut. Rajah berikut

menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan nilai altitud dan azimuth.

∡a: sudut zenith Matahari

∡b: sudut altitud Matahari

∡c: sudut azimuth Matahari

Page 10: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 10 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

Sumber dari: http://geo.fis.unesa.ac.id/web/index.php/en/penginderaan-jauh/78-pola-spektral

Ekliptik, azimuth serta altitud mempunyai perkaitan antara satu sama lain setiap

hari di tempat yang berbeza dan musim. Pertamanya, satah ekliptik mempunyai

perkaitan dengan perubahan suhu Bumi. Paksi putaran adalah 23.5º yang condong

bersudut tepat dengan satah ekliptik. hal ini berlaku kerana paksi putaran Bumi tidak

berserenjang dengan satah orbit, Paksi khatulistiwa tidak selari dengan satah ekliptik,

tetapi membuat sudut kira-kira 23º hingga 26º, yang dikenali sebagai kecondongan

paksi. Sudut kecondongan seperti ini menyebabkan beberapa kawasan di Bumi

mengalami berubah musim pada masa-masa tertentu.

Page 11: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 11 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

Sumber dari: http://dbk14403aplikasimultimedia.blogspot.com/p/nota.html

Rajah di atas boleh memperjelaskan lagi situasi di mana satu hemisfera adalah

sentiasa condong menghampiri Matahari manakala satu hemisfera lagi sentiasa

menjauhi Matahari. Dengan kata lain, ekliptik Matahari yang tidak selari dengan satah

khatulistiwa inilah menyebabkan ada bahagian di Bumi pada masa tertentu mengalami

musim-musim yang berbeza-beza antara satu tempat ke tempat yang lain. Hemisfera

yang condong lebih dekat kepada Matahari menerima lebih banyak sinaran Matahari

dan mengalami suhu musim panas. Manakala, hemisfera yang condong lebih jauh

daripada Matahari menerima sedikit sinar langsung dan suhu yang lebih rendah iaitu

musim sejuk. Jika paksi putaran selari atau berserenjang dengan satah ekliptik, Bumi

tidak akan mengalami apa-apa musim.

Page 12: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 12 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

Contohnya, perkara seperti ini boleh dilihat apabila hemisfera utara mengalami

musim panas manakala hemisfera selatan mengalami musim sejuk pada bulan Jun.

Keadaan ini dikenali sebagai solstis musim panas. Pada waktu ini, hemisfera utara

adalah lebih tertumpu ke arah Matahari. Perkara seperti ini boleh dilihat pada bulan

Disember sehingga Mac. Altitud dan azimuth Matahari pada ketika ini adalah berbeza

antara hemisfera selatan dan hemisfera utara. Di sebabkan kecondongan pada paksi

Bumi iaitu (23.5°), hal ini menyebabkan bahagian hemisfera utara menerima cahaya

Matahari lebih jauh dan berada jauh dari Matahari berbanding hemisfera selatan iaitu

pada masa ini menerima cahaya Matahari secara dekat. Secara ringkasnya, hemisfera

utara mengalami musim sejuk, manakala hemisfera selatan mengalami musim panas

pada hujung Disember, iaitu bermula dari 21 atau 22 Disember. Musim ini dipanggil

sebagai ‘winter solstice’. Solstis berasal daripada perkataan “sun” dan “stationary”.

Manakala “summer solstice” pada hemisfera utara pula berlaku pada 21 atau 22 Jun.

Matahari juga dilihat berada di kedudukan atas kepala relatif kepada pemerhati

yang berada di kawasan yang berada di hemisfera selatan ini pada hujung bulan

Disember ini. Kedudukan paling tinggi ini dikenali sebagai zenith. Zenith Matahari pada

jangka masa ini berada pada altitud 90 (altitud tertinggi daripada horizon). Orang-orang

yang berada di hemisfera selatan ini akan melihat Matahari berada di kedudukan atas

kepala, namun ini tidak berlaku kepada orang-orang yang berada di bahagian

khatulistiwa dan juga di hemisfera utara.

Hal ini berlaku kerana ekliptik Matahari pada ketika ini tidak berada pada

kedudukan paling dekat dengan Khatulistiwa dan juga Hemisfera utara. Jadi bahagian

yang lebih utara daripada hemisfera selatan akan melihat altitud Matahari adalah lebih

rendah kerana Matahari tidak berada hampir dengan bahagian itu (khatulistiwa dan

hemisfera utara) dan kawasan itu tidak menerima lebih cahaya Matahari. Oleh sebab

itu, orang di kawasan khatulistiwa dan hemisfera utara melihat kedudukan Matahari

adalah lebih rendah daripada 90.

Page 13: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 13 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

Pada bulan Mac pula, ekliptik Matahari akan berada di khatulististiwa. Hal ini

menyebabkan altitud dan azimuth Matahari relatif kepada pemerhati akan berbeza

antara pemerhati di bahagian hemisfera selatan, khatulistiwa dan juga pemerhati di

hemisfera utara. Pada bulan ini secara khususnya, hemisfera utara mengalami musim

bunga atau dipanggil sebagai “spring equinox”. Equinox bermaksud “sama” iaitu tempoh

masa bagi malam dan siang adalah sama.

Seterusnya pada 21 atau 22 Jun, ekliptik Matahari akan paling hampir di

hemisfera utara yang mana hemisfera utara akan lebih condong dan lebih dekat kepada

Matahari. Perbezaan altitud dan azimuth Matahari pada ketika ini menyebabkan

perbezaan pada bahagian-bahagian Bumi. Dengan kata lain, ketika hemisfera utara

mengalami musim panas iaitu “summer solstice”, hemisfera selatan pula mengalami

musim sejuk. Pada bulan September pula, Matahari berada tepat di garisan

khatulistiwa. Pada ketika ini, tempoh masa semua tempat di Bumi bagi siang dan malam

adalah sama panjang. Pada bulan September ini dipanggil sebagai “fall equinox” pada

hemisfera utara dan “spring equinox” pada hemisfera selatan.

Walaupun tidak setiap tempat di dunia mempunyai empat musim, namun terdapat

beberapa tempat di Bumi mempunyai musim yang berbeza-beza. Sesetengah orang

berfikir bahawa musim-musim berlainan adalah disebabkan oleh jarak yang berbeza-

beza antara Bumi dari Matahari kerana ia akan melalui orbitnya. Namun, perbezaan

musim ini di hemisfera utara dan di hemisfera selatan adalah disebabkan oleh

kecondongan paksi Bumi mengenai Matahari, yang mengorbitnya. Planet kita

mempunyai kecondongan sebanyak 23.5º kepada satah ekliptik selain azimuth dan

altitud yang berbeza-beza.

Kesan peredaran Bumi mengelilingi Matahari serta kecondongan paksinya juga

menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun, iaitu musim bunga,

musim panas, musim luruh dan musim dingin. Empat musim yang nyata ini biasanya

berlaku di pertengahan garisan lintang dan tidak berlaku di kawasan tropika kerana

matahari sentiasa berada tinggi di langit. Di kawasan Garisan Artik dan Garisan Antartik,

Page 14: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 14 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

musim bunga dan musim luruh sangat pendek, manakala musim panas dan musim

sejuknya agak panjang. Negara-negara yang mengalami kejadian empat musim yang

nyata ialah Negara-Negara Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, China dan Jepun.

Musim panas ialah musim tahun yang ditakrifkan sebagai bermula dari

bulan Jun sehingga bulan September di hemisfera utara, dan dari Disember

sehingga Mac di hemisfera selatan. Bagaimanapun, mengikut adat kebiasaan

metereologi, ia ditakrifkan sebagai tiga bulan penuh antara bulan-bulan Jun

dan Ogos di hemisfera utara dan antara bulan-bulan Disember dan Februari di

hemisfera selatan. Di Ireland, ia bermula seawal 1 Mei, tetapi di banyak negara, ia

dianggap bermula pada 1 Jun, walaupun terdapat juga negara-negara yang

memulakannya selewat 1 Julai. Secara am, perubahan-perubahan musim berlaku

lebih awal di kawasan-kawasan pantai dan oleh itu, kawasan-kawasan yang terletak

berhampiran dengan lautan akan memulakan musim panas lebih awal daripada

kawasan-kawasan pedalaman. Musim panas biasanya dilihatkan sebagai musim yang

mempunyai hari yang paling panjang dan paling panas dalam tahun kerana waktu

siangnya lebih panjang pada tahap yang berbeza-beza. Di bahagian-bahagian Asia

Selatan dan Tenggara yang mengalami monsun, musim panas dikatakan berlaku

antara Mac hingga Mei atau awal Jun, iaitu waktu terpanas dalam tahun tersebut, yang

diakhiri dengan musim hujan. Musim panas juga adalah musim kebanyakan tumbuhan

menghasilkan buah dan sayuran.

Musim sejuk atau musim dingin adalah salah satu daripada empat musim di zon

beriklim sederhana. Kalendar Barat mengikut pemahaman astronomi menyatakan

bahawa musim sejuk bermula pada solstis musim sejuk dan berakhir pada ekuinoks

musim bunga. Jika dihitung secara meteorologi, musim sejuk bermula dan tamat lebih

awal daripada tarikh-tarikh tersebut (biasanya pada permulaan bulan yang ada ekuinoks

atau solstis berkenaan) dan merupakan musim yang paling singkat waktu siangnya dan

paling rendah suhunya. Apapun, musim sejuk menampakkan cuaca sejuk

dan, terutamanya di latitud atau altitud lebih tinggi, salji dan ais. Suhu purata terendah

Page 15: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 15 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

pada musim ini biasanya dialami pada bulan Januari di hemisfera utara manakala di

hemisfera selatan di bulan Julai.

Musim Bunga merupakan salah satu daripada empat musim dalam zon

sederhana, serta berperanan sebagai musim peralihan daripada musim sejuk kepada

musim panas. Musim bunga dikira dari keseluruhan Mac, April, dan Mei di hemisfera

utara dan September, Oktober, dan November di hemisfera selatan. Musim bunga

bermula di Vernal Ekuinoks pada 20 Mac atau 21 Mac di Hemisfera Utara dan 22

September 22 atau 23 Septermber di hemisfera selatan dan bertahan sehinggalah 21

atau 22 Jun di hemisfera utara dan 21 atau 22 Disember di hemisfera selatan.

Musim Luruh atau Musim Gugur adalah salah satu dari empat musim di daerah

beriklim sederhana. Musim ini adalah musim peralihan dari musim panas ke musim

sejuk. Dalam zon berhawa sederhana, musim luruh adalah musim di mana kebanyakan

tumbuhan menggugurkan daun-daun mereka. Ia juga merupakan musim di mana hari

siang bertambah pendek dan bercuaca dingin terutama di latitud utara. Secara

astronomi, ia bermula dengan ekuinoks pada 23 September di hemisfera utara

dan 21 Mac di hemisfera selatan, dan berakhir pada solstis musim dingin pada 21

Disember di hemisfera utara dan 21 Jun di hemisfera selatan. Namun, meteorologis

menghitung bulan-bulan Mac, April, dan Mei di hemisfera selatan, dan September,

Oktober, dan November di hemisfera utara sebagai Musim Luruh. Suatu pengecualian

definisi ini ditemukan di Kalendar Ireland di mana mereka masih mengikuti putaran

Celtic, di mana musim gugur dihitung dari bulan-bulan Ogos, September, dan Oktober.

Ringkasan mengenai kejadian 4 musim adalah seperti berikut:

Page 16: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 16 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

TARIKH KEDUDUKAN

MATAHARI KEJADIAN

MUSIM YANG DIALAMI TEMPOH

SIANG DAN

MALAM

HEMISFERA

UTARA

HEMISFERA

SELATAN

21 MAC

TEGAK DI GARISAN

KHATULISTIWA

EKUINOKS

MUSIM BUNGA

(FEB-APR)

MUSIM LURUH

(FEB-APR)

SIANG DAN MALAM SAMA

PANJANG

21 JUN

TEGAK DI GARISAN SARTAN

(HEMISFERA UTARA)

SOLSTIS

MUSIM PANAS

(MEI-JUN)

MUSIM DINGIN

(MEI-JUN)

KUTUB UTARA 24 JAM SIANG.

KUTUB SELATAN 24 JAM MALAM

(SIANG LEBIH PANJANG DI HEMISFERA

UTARA)

23 SEPT

TEGAK DI GARISAN

KHATULISTIWA

EKUINOKS

MUSIM LURUH

(OGS-OKT)

MUSIM BUNGA

(OGS-OKT)

SIANG DAN MALAM SAMA

PANJANG

22

DIS

TEGAK DI

GARISAN JADI

(HEMISFERA

SELATAN)

SOLSTIS MUSIM

DINGIN

(NOV-JAN)

MUSIM

PANAS

(NOV-JAN)

KUTUB UTARA 24 JAM MALAM.

KUTUB SELATAN

24 JAM SIANG

(SIANG LEBIH PANJANG DI HEMISFERA SELATAN)

Page 17: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 17 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

KESIMPULAN:

Matahari terbit dari timur dan terbenam ke barat. Tetapi tempat terbit Matahari

tidak sama pada setiap hari kerana kecondongan paksi Bumi iaitu pada 23.5º.

Kecondongan paksi Bumi juga menyebabkan panjang siang dan malam di Bumi adalah

berbeza pada sesuatu kawasan. Selain itu juga, kejadian 4 musim di hemisfera utara

dan hemisfera selatan juga disebabkan kecondongan paksi Bumi semasa mengelilingi

Matahari.

Dalam sistem koordinat geosentrik, Matahari disifatkan beredar di satah

ekliptiknya pada arah timur. Sebenarnya keadan ini adalah kesan daripada peredaran

Bumi mengelilingi Matahari. Oleh kerana putaran Bumi berlaku pada sudut 23.5º

daripada paksi tegaknya, maka satah ekliptik Matahari juga condong pada sudut

tersebut. Perubahan kedudukan Matahari pada satah ekliptik boleh dikesan berdasarkan

latar belakang zodiak bintang yang berlainan pada sepanjang tahun. Pergerakan ini

memberi kesan terhadap perubahan musim di Bumi. Pada 21 Mac setiap tahun,

Matahari berada di buruj hamal (Aries) yang menandakan permulaan musim panas di

hemisfera utara Bumi. Pada 22 Jun, Matahari berada pada kedudukan maksimum langit

utara iaitu 23.5º, menandakan permulaan solstis musim panas. Pada 23 September,

Matahari melintasi garisan khatulistiwa. Peristiwa ini dinamakan ekuinoks musim luruh.

Matahari akan berada pada kedudukan langit selatan pada 22 Disember serentak

dengan musim dingin bagi negara-negara di hemisfera utara. Selepas ini Matahari akan

bergerak menuju khatulistiwa dan berada berada semula di titik ekuinoks pada 21 Mac.

Dengan ini lengkap satu pusingan Matahari beredar di ekliptiknya yang mengambil masa

365.24219 hari (365 hari 5 jam 48 minit 45.3 saat) tempoh masa ini dinamakan tahun

tropika yang menjadi asas kepada penyediaan taqwim syamsiah..

Page 18: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 18 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

BIBLIOGRAFI

SUMBER DARI BUKU:

Jean-Pierre Verdet. (1995). Cahaya Matahari Di Sekeliling Kita. Kuala Lumpur:

Penerbitan Pelangi.

Barbara Taylor. (1998). Cuaca dan Iklim. Kuala Lumpur: Pelangi Publishing Group Bhd.

Rosnah Hj Salleh, Shukri Sulaiman, Zainon Shafie. (2007). Geografi Fizikal STPM &

Pra-U. Kuala Lumpur: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Cheshire, Gerard. (1965). Sistem Suria dan Alam Semeste. Terj. Siti Mahani Awang.

Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

SUMBER DARI INTERNET:

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=198&Itemid=1128

&limit=1&limitstart=2 diakses pada 24 Mac 2014

http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/14 diakses pada 18 Mac 2014

http://www.google.com/url?sa=D&q=http://duniaastronomi.com/2009/02/koordinat-

horison- diakses pada 20 Mac 2014

azimuth/&usg=AFQjCNFgJuqInahiV76a2wIdlZiahBxjCg diakses pada 20 Mac 2014

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=183&Itemid=1128

diakses pada 18 Mac 2014

Page 19: Amali 1

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS LAPORAN AMALI 1 TERBIT MATAHARI

- 19 - NORAINI BINTI ABD RAHIM (731104016306)

PPG AMBILAN FEB 2012 / KOHORT 2 / KUMPULAN SCE 1 (JAN-MEI 2014)

LAMPIRAN GAMBAR

Pandangan dari koridor tingkat 1, bangunan Terbilang, tempat saya merakamkan

gambar Matahari terbit disepanjang kajian ini dijalankan.