amalan pemakanan

19
1.0 Pengenalan Amalan Pemakanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak prasekolah kerana kualiti pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan dan perkembangan serta kesihatan kanak-kanak pada masa depan (Nor Hashimah Hashim & Aminah Ayob, 2004). Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang. Ibubapa juga perlu terlibat secara langsung dalam program pemakanan ini. Makanan yang tidak berkualiti menjejaskan perkembangan kanak- kanak (Saayah Abu, Surayah Zaidon, & Siti Saleha Samsuri, 2006). Peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah tahap yang kritikal bagi membentuk konsep dan tingkahlaku pemakanan yang sihat (Swadener, 1994). Pemakanan adalah komponen penting untuk mengekalkan kesihatan dan perlu dimulakan dari peringkat bayi lagi. Amalan pemakanan yang optimum di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dari segi fizikal, kognitif, bahasa dan sosio emosi. Peranan guru prasekolah bagi menggalakkan amalan pemakanan yang sihat di kalangan kanak- kanak adalah sangat penting. Hal ini adalah kerana, kanak-kanak perlu mendapat makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang. Makanan yang tidak berkualiti akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Menurut Saayah Abu, Surayah Zaidon, dan Siti Saleha samsuri (2006), Objektif program nutrien kanak-kanak adalah merancang khidmat makanan. Ia melibatkan penyediaan dan kelengkapan makanan berat dan ringan yang berkhasiat. Kanak- kanak perlu didedahkan kepada kepelbagaian makanan yang disajikan. Kanak-kanak yang dibekalkan dengan makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang didapati mempunyai IQ atau darjah kecerdasan yang tinggi. Oleh itu, peranan tadika amat penting dalam penyediaan diet yang mengandungi nutrien yang secukupnya. Kanak-kanak patut disediakan makanan yang seimbang kerana kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukan tenaga dalam aktiviti seharian mereka. Tambahan pula, pemakanan seimbang dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta membantu pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak yang sihat. Lantaran itu, menu untuk kanak-kanak di tadika hendaklah dirancang terlebih dahulu demi menjaga kualiti makanan yang disediakan dan dihidangkan oleh penyedia makanan. Artikel ini juga akan membincangkan mengenai pemakanan seimbang yang bersesuaian dengan kanak-kanak, dan kepentingan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak. 2.0 Nutrien dan makanan Seimbang 1

Upload: sarahandi-api-abdullah

Post on 24-Dec-2015

101 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

amalan pemakanan

TRANSCRIPT

Page 1: amalan pemakanan

1.0 Pengenalan

Amalan Pemakanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak prasekolah kerana kualiti

pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan dan perkembangan serta

kesihatan kanak-kanak pada masa depan (Nor Hashimah Hashim & Aminah Ayob, 2004).

Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang. Ibubapa

juga perlu terlibat secara langsung dalam program pemakanan ini. Makanan yang tidak

berkualiti menjejaskan perkembangan kanak-kanak (Saayah Abu, Surayah Zaidon, & Siti

Saleha Samsuri, 2006).

Peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah tahap yang kritikal bagi membentuk konsep dan

tingkahlaku pemakanan yang sihat (Swadener, 1994). Pemakanan adalah komponen penting

untuk mengekalkan kesihatan dan perlu dimulakan dari peringkat bayi lagi. Amalan pemakanan

yang optimum di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah diperlukan untuk membantu

pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dari segi fizikal, kognitif, bahasa dan sosio

emosi. Peranan guru prasekolah bagi menggalakkan amalan pemakanan yang sihat di

kalangan kanak-kanak adalah sangat penting. Hal ini adalah kerana, kanak-kanak perlu

mendapat makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang. Makanan yang tidak

berkualiti akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Menurut Saayah Abu, Surayah Zaidon, dan Siti Saleha samsuri (2006), Objektif program nutrien

kanak-kanak adalah merancang khidmat makanan. Ia melibatkan penyediaan dan kelengkapan

makanan berat dan ringan yang berkhasiat. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada

kepelbagaian makanan yang disajikan. Kanak-kanak yang dibekalkan dengan makanan yang

berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang didapati mempunyai IQ atau darjah kecerdasan yang

tinggi.

Oleh itu, peranan tadika amat penting dalam penyediaan diet yang mengandungi nutrien yang

secukupnya. Kanak-kanak patut disediakan makanan yang seimbang kerana kanak-kanak yang

sedang membesar amat memerlukan tenaga dalam aktiviti seharian mereka. Tambahan pula,

pemakanan seimbang dapat membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan

penyakit serta membantu pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak yang sihat. Lantaran itu,

menu untuk kanak-kanak di tadika hendaklah dirancang terlebih dahulu demi menjaga kualiti

makanan yang disediakan dan dihidangkan oleh penyedia makanan. Artikel ini juga akan

membincangkan mengenai pemakanan seimbang yang bersesuaian dengan kanak-kanak, dan

kepentingan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak.

1

Page 2: amalan pemakanan

2.0 Nutrien dan makanan Seimbang

Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk

perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani

dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil

dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan

pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan

anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan

supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut

merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :-

a) Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem

tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap,

madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan

beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti

beras, gandum, dan sepertinya.

b) Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama

kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula

mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

c) Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat

dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia

kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk

menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada

pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang

penting kepada penyatuan selaput sel.

d) Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan

manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan

dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat

dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

2

Page 3: amalan pemakanan

e) Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu

tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak.

Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan

kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral

tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.

f) Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak

sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber

serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk

perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti

fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan

yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan

pertumbuhan pada peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan

pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat

semua nutrien yang diperlukan. Guru perlu bijak memilih gabungan makanan setiap hari

berpandukan Piramid Makanan Malaysia. Pemakanan bagi kanak-kanak perlu dititikberatkan

untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang sesuai untuk membina pertumbuhan dan

perkembangan fizikal serta minda mereka.

Dalam proses pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang, bagi

membolehkan badan mereka menjalani semua aktiviti dengan baik. Makanan seimbang ialah

makanan yang terdiri daripada semua kelas makanan dalam kadar nisbah makanan yang

sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan nutrien yang

mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari

semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial.

Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti

yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah

kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu

merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid

prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya.

3

Page 4: amalan pemakanan

Menurut Saayah Abu et.al, (2006), Makanan yang seimbang dapat membantu kanak-kanak dari

segi:

a. memberi tenaga yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak dalam aktiviti belajar sambil

bermain.

b. membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta sembuh

daripada luka ataupun penyakit.

c. ia penting bagi pembinaan badan dan juga pembesaran yang baik.

d. memberi bekalan zat nutrient yang penting sebagai simpanan semasa peringkat umur

remaja dan dewasa.

e. otak dapat berkembang dengan sihat dan cerdas

f. menggelakkan daripada penyakit kekurangan zat makanan, pucat dan bantut.

Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan tidak dapat

melaksanakan aktiviti penyelesaian masalah dengan tepat (Pollitt, Leibel, & Greenfield, 1981).

Tabiat mengambil sarapan di dapati berkait dengan kesan positif terhadap memberi perhatian,

tumpuan dan kemahiran-kemahiran penting yang boleh mempengaruhi kecemerlangan

akademik (Nicklas, Bao, Webber, & Berenson, 1993)

Pemakanan yang betul semasa kanak-kanak juga boleh membentuk satu pola pemakanan

yang sihat sepanjang hayat seseorang. Amalan pemakanan yang sihat akan membantu kanak-

kanak bijak membuat pemilihan makanan dari segi kualiti dan kuantiti yang patut diambil

seterusnya boleh mengelakkan diri daripada mengalami penyakit kronik seperti diabetes,

obesiti, kardiovaskular dan barah apabila mereka dewasa kelak.

3.0 Penyediaan Menu

Makanan dan minuman berkhasiat disediakan di Tabika dan Taska bagi kepentingan

tumbesaran dan perkembangan kanak- kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial semasa mereka berada di Tabika dan Taska. Makanan dan minuman yang bersih, berzat

dan seimbang menjamin kesihatan dan kesejahteraan murid-murid prasekolah. Penyediaan

makanan perlu mengikut menu bersesuaian dengan piramid pemakanan seimbang seperti yang

disyorkan kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu, peraturan dan prosedur penyediaan

makanan kanak-kanak prasekolah perlu dipatuhi dan dititikberatkan demi mencapai matlamat

tersebut. Dua menu telah disediakan untuk perbincangan dalam tugasan ini.

4

Page 5: amalan pemakanan

3.1 Menu makanan Minggu 1

Hari

Sarapan Kudapan Pagi

Menu SukatanBerat

(g)

Kalor

i

(kcal)

Menu SukatanBerat

(g)

Kalori

(kcal)

Isnin

Biskut Krim Kraker 4 keping30 100

Mi Goreng

mengandungi

-Mi Kuning

-Isi Ayam

-Sawi

-Telur Dadar

11/2 Senduk

1 Potong

140

40

250

60

Minuman Susu Bercoklat

-serbuk koko

-susu tepung penuh krim

1 cawan 100 80

Tembikai 1 Potong 8020

Air kosong 1 cawan 100 0 Air Kosong 1 Cawan 100 0

Jumlah Kalori 180 Jumlah Kalori 330

Selasa Roti Bersama Kacang

Panggang

- Roti

- Kacang Panggang

2 keping 60 220 Nasi Putih,

Ikan masam

manis

-Ikan Bawal

-Tomato dan

Timun

11/2 Senduk

1 ketul

100

105

5

Page 6: amalan pemakanan

Bayam Goreng

-Bayam

-Lobak Merah

4 sudu makan 30

Selasa Minuman Susu

Bermalta

- Serbuk Malta

- Susu Tepung Penuh

Krim

1 Cawan 100 70 Jus Oren 100 45

Air Kosong 1 Cawan 100 0 Air Kosong 100 0

Jumlah Kalori 290 Jumlah kalori 280

Rabu

Bijirin Sarapan

Mengandungi

¼ Mangkuk bijirin

sarapan

¼ Mangkuk Bijirin

sarapan bercoklat

kismis

½ Mangkuk

14 Biji

25

10

135

40

Kuetiau

goreng ala

Cina

mengandungi

-Kuetiau

-Isi ayam

-Hirisan telur

dadar

-bayam

11/2 Senduk 100 200

Susu penuh krim 1 Cawan 100 75 Betik 1 Potong 100 40

Air kosong 1 Cawan 100 0 Air Kosong 1 Cawan 100 0

Jumlah Kalori 250 Jumlah Kalori 240

Khamis Sandwich Telur

-Roti

2 Keping 60 140 Bubur nasi

mengandungi

21/2 Senduk 200 250

6

Page 7: amalan pemakanan

-Telur

-Timun

Minuman Susu

Bermalta

-Serbuk Malta

-Susu Tepung Penuh

Krim

1 Cawan 100 70

-bubur

-ayam

-lobak merah

Pisang mas 1 biji 40 40

Air Kosong 1 Cawan 100 0 Air kosong 1 Cawan 100 0

Jumlah Kalori 210 Jumlah Kalori 290

Jumaat Kek pisang 2 Potong 60 170 Soto

mengandungi

-nasi impit

-isi ayam

-taugeh

-lobak merah

1 mangkuk 200 300

Minuman susu

bercoklat

-Serbuk Koko

-Susu Tepung Penuh

Krim

1 Cawan 100 80 Epal ½ biji 60 35

Air Kosong 1 Cawan 100 0 Air kosong 1 Cawan 100 0

Jumlah Kalori 250 Jumlah Kalori 335

Purata Kalori sehari bagi seorang kanak-kanak= 531 kcal

7

Page 8: amalan pemakanan

3.2 Menu makanan Minggu 2

Hari

Sarapan Kudapan Pagi

Menu SukatanBerat

(g)

Kalor

i

(kcal)

Menu SukatanBerat

(g)

Kalori

(kcal)

Isnin

Roti Bersama Telur goreng

hancur

-Roti

-Telur goreng hancur

2 keping60 220

Bihun Goreng

Putih

mengandungi

-bihun

-lobak merah

-Sawi

-Telur

11/2 Senduk 100 230

Minuman Susu Bermalta

-Serbuk Malta

-Susu Tepung Penuh Krim

1 Cawan 100 70

Belimbing 2 Potong 6520

Air kosong 1 cawan 100 0 Air Kosong 1 Cawan 100 0

Jumlah Kalori 290 Jumlah Kalori 250

Selasa Bijirin sarapan

mengandungi

-kismis

1/2 mangkuk

14 biji

25

10

90

40

Kuetiau

goreng

mengandungi

-kuetiau

-isi ayam

11/2 Senduk 100 230

8

Page 9: amalan pemakanan

-taugeh

-telur dadar

1 potong 40 60

- Susu Penuh Krim 1 Cawan 100 75 Buah Oren ½ biji 60 20

Air Kosong 1 Cawan 100 0 Air Kosong 100 0

Jumlah Kalori 205 Jumlah kalori 310

Rabu

Roti Berjem

-roti

-jem

-cebisan keju

2 keping

1 sudu teh

1 sudu teh

25 180 Bihun Sup

mengandungi

-Bihun

-isi

daging/telur

-Bayam

11/2 Senduk 190 170

Minuman susu

berbijirin

-bijirin

-susu tepung penuh

krim

1 Cawan 100 115 Pisang Mas 1 biji 40 40

Air kosong 1 Cawan 100 0 Air Kosong 1 Cawan 100 0

Jumlah Kalori 295 Jumlah Kalori 210

Khamis Biskut Serat

Minuman Susu

Bermalta

-Serbuk Malta

-Susu Tepung Penuh

Krim

4 Keping

1 Cawan

80

100

140

70

Nasi Putih

Ayam masak

kicap

Sayur campur

goreng

-lobak merak

11/2 Senduk

1 ketul

4 sudu makan

200

60

45

100

100

30

9

Page 10: amalan pemakanan

-kacang

buncis

Jus Epal

1 cawan 100 60

Air Kosong 1 Cawan 100 0 Air kosong 1 Cawan 100 0

Jumlah Kalori 210 Jumlah Kalori 290

Jumaat Bun kaya 1 biji 50 180 Nasi goreng

kampung

mengandungi

-Nasi

-ikan bilis

-kangkung

-lobak merah

-telur

1½ mangkuk 150 300

Minuman susu

bercoklat

-Serbuk Koko

-Susu Tepung Penuh

Krim

1 Cawan 100 80 Tembikai 1 potong 80 20

Air Kosong 1 Cawan 100 0 Air kosong 1 Cawan 100 0

Jumlah Kalori 260 Jumlah Kalori 320

Purata Kalori sehari bagi kanak-kanak = 528kcal

10

Page 11: amalan pemakanan

3.3 Rasional penyediaan menu

Beberapa aspek penting dalam penyediaan makanan kanak-kanak yang perlu diberi perhatian

bagi memastikan makanan yang diberikan adalah seimbang dan memenuhi keperluan kanak-

kanak. Aspekaspek penting yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan

pengendalian pemberian makanan adalah seperti berikut :

i. Pilih makanan yang rendah lemak dan kurang manis. Elakkan pengambilan kolesterol

secara berlebihan dengan cara memberi kanakkanak telur tidak lebih satu biji satu hari

secara purata dan memasak makanan laut tidak lebih dua kali dalam seminggu;

ii. Lebihkan makan sayursayuran dan buahbuahan kerana makanan ini kurang

mengandungi lemak, mempunyai serat dan membekalkan vitamin dan zatzat yang

sangat penting untuk kesihatan dan mencegah penyakit kanser ataupun

penyakit kronik;

iii. Kanak-kanak perlu digalakkan supaya tidak gemar kepada makanan yang masin. Cara

mengurangkan penggunaan garam ialah gunakan sedikit sahaja garam di dalam

masakan dan elakkan penggunaan MSG.

iv. Minum banyak air kosong.

Pemilihan makanan seimbang dan berkhasiat yang dipilih adalah berasaskan kepada pemilihan

makanan pelbagai yang berasaskan kepada piramid makanan iaitu lima kumpulan utama

makanan bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, daging, susu atau hasil tenusu dan lemak dan

gula. Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan kanak-kanak dipenuhi adalah dengan

mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu :

a. Makan pelbagai jenis makanan

Tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.

Oleh itu itu makanan yang pelbagai hendaklah disediakan untuk kanak-kanak. Kepelbagaian

makanan boleh diperolehi melalui kumpulan makanan yang terdapat di dalam Piramid

Makanan. Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat

semua khasiat makanan yang diperlukan.

b. Makan bijirin dan kekacang secukupnya

Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat terutamanya bijirin

atau hasil bijirin mil penuh. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun.

11

Page 12: amalan pemakanan

Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ianya juga kaya dengan protin dan mempunyai

kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang pis dan kacang

dhal.

c. Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan

membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium

yang kesemuanya penting untuk kesihatan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga kaya dengan

serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan

pembuangan najis dan dapat membantu mencegah penyakit sembelit yang kronik, buasir dan

penyakit usus (diverticular diseases). Serat juga dapat membantu mengurangkan risiko

penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.

d. Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada

makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan,

kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.

e. Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol

Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-

vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan dapat

memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di

dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan berat

badan anda bertambah. Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari,

strok, obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain.

f. Kurangkan pengambilan garam dan gula

Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula dan

lebihkan makanan segar. Jika menggunakan kicap atau sebarang sos, garam tidak perlu

ditambah di dalam masakan. Rasalah makanan terlebih dahulu sebelum menambah garam.

Kurangkan juga penggunaan gula dalam penyediaan minuman dan kuih muih.

g. Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari

12

Page 13: amalan pemakanan

Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan

mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang

hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Kanak-kanak merupakan

golongan yang aktif dan banyak membuat aktiviti yang lasak yang memudahkan mereka

kehilangan cecair dalam tubuh badan.

Maka berdasarkan prinsip-prinsip inilah kedua-dua menu tersebut telah disediakan. Makanan

yang seimbang akan memberikan nutrien yang mencukupi bagi kanak-kanak. Nutrien adalah

penting bagi proses dalam badan yang melibatkan metabolisme tenaga, pertumbuhan otot,

pembentukan darak, pembentukan tulang dan juga perkembangan otak.

Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan mengenai makanan sihat supaya mereka bijak memilih

makanan yang mereka makan. Pengetahuan ini boleh diperolehi secara tidak langsung melalui

penyediaan makanan sihat di prasekolah.

Kebanyakan kanak-kanak mengambil sarapan dan minum pagi di prasekolah. Justeru

prasekolah merupakan satu tempat yang sesuai untuk mendidik mereka mengamalkan tabiat

pengambilan makanan yang baik. Tabiat ini perlu dipupuk seawal mungkin agar ia kekal

sehingga mereka dewasa.

13

Page 14: amalan pemakanan

4.0 Refleksi Kendiri

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S,W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat saya

menyiapkan tugasan ini. Banyak halangan dan dugaan yang dihadapi sepanjang menyiapkan

tugasan ini, namun dengan bantuan dan kerjasama daripada keluarga, rakan-rakan dan

pensyarah semua halangan ini dapat diatasi dengan jayanya. Kekangan waktu untuk

menyiapkan tugasan dan juga kerja merupakan cabaran utama dalam menyiapkan tugasan ini.

Namun itu bukanlah satu alasan bagi saya untuk tidak menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini

sebenarnya banyak membantu saya untuk lebih memahami bidang tugas saya sebagai seorang

guru prasekolah. Penyediaan makanan yang seimbang kepada kanak-kanak merupakan salah

satu elemen yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Sebagaimana yang kita ketahui, makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup

untuk keperluan tubuh badan manusia yang amat memerlukan makanan dan vitamin untuk

pembesaran dan penjagaan kesihatan. Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa

pemakanan seimbang mampu menjadi faktor dominan yang merangsang tumbesaran

seseorang itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat dan

kudrat tulang empat kerat yang berfungsi dengan sempurna, kita memerlukan zat yang

mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium.

Tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas membolehkan seseorang manusia itu mampu

melunaskan amanah yang terpikul di pundak mereka dengan begitu lancar dan sempurna.

Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting bukan sahaja untuk tumbesaran fizikal manusia

malahan turut menjadi agen penggerak yang paling efektif bagi memastikan kesejahteraan

berkekalan.

Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, kepentingan pemakanan seimbang yang

menunjangi perkembangan mental seseorang. Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh

mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang

tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu terganggu dan mengalami pelbagai

kemudaratan. Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Bagi membuktikan

perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah sekiranya seseorang kekurangan sumber

vitamin c dan zat yang penting, mereka akan menghadapi masalah daya ingatan. Hal ini juga

menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Sudah terang lagi bersuluh, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil

dan berdaya tahan persis cogan kata badan sihat otak cerdas.

14

Page 15: amalan pemakanan

Kita mengakui hakikat bahawa, pemakanan seimbang juga dapat membekalkan vitamin yang

cukup kepada badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia

itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin C amat diperlukan untuk kesihatan kulit.

Vitamin ini sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan

luka. Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisme beberapa jenis asid amino dan

hormon. Keseimbangan vitamin ini turut mengandungi antioksida, dengan membantu badan

mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisme yang digelar sebagai

radikal bebas. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-

buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan

manusia lebih sihat.

Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti

penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit. Penyakit seperti

kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa

mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan

pemakanan seimbang akan sihat sepanjang hayat.

Pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan) dalam

kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia

perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan

pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan

mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu

menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet

pemakanan seimbang dalam hidupnya.

Dapat dirumuskan bahawa tanggungjawab menyediakan makanan di prasekolah adalah

penting. Selain daripada mendidik dan mengasuh, pihak prasekolah juga periu menyediakan

hidangan yang berkhasiat kepada kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah bagi

menyempumakan lagi tanggungjawab yang telah diamanah oleh ibu bapa kepada pihak

prasekolah. Oleh itu, adalah wajar bagi semua pengusaha prasekolah mempunyai pengetahuan

yang mencukupi tentang pemakanan supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam

membentuk generasi yang berkualiti. Sistem pengurusan pendidikan prasekolah juga mestilah

mematuhi dan dapat mencapai piawaian garis panduan pengurusan makanan dan pemakanan

kanak-kanak yang telah ditetapkan supaya makanan yang disediakan kepada kanak-kanak

15

Page 16: amalan pemakanan

adalah seimbang, selamat, bersih dan dapat menyumbangkan pertumbuhan yang sihat dan

optimum kepada kanak-kanak.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat

dalam membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

16

Page 17: amalan pemakanan

Rujukan

Abdullah, M. A. & Ali, N. (2011). Amalan pemakanan dalam kalangan pelajar universiti dan implikasinya terhadap pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar, 14, 59-68.

Adair, S.L. & Popkin, B.M. (2005). Are children eating patterns being transformed globally? Obesity Research, 13, 1281-1299.

Jamil, I. S. (2006). Amalan Gaya Hidup sihat Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Nicklas, T., Bao, A., Webber, L., & Berenson, G. (1993). Breakfast consumption affects adequacy of total daily intake in children. Journal of The American Dietetic Association(8), 886-891.

Nor Hashimah Hashim, & Aminah Ayob. (2004). Panduan Pemakanan Prasekolah. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Pollitt, E., Leibel, R., & Greenfield, D. (1981). Brief fasting, stress and Cognition. American Journal of Clinical Nutrition, 1526-33.

Rajikin, M. H., Omar, B. & Nordin, M. M. (2002). Tabiat Makan Untuk Kesihatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saayah Abu, Surayah Zaidon, & Siti Saleha Samsuri. (2006). Panduan Untuk Pengusaha Tadika. Batu Caves, Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Swadener, S. (1994). Nutrition Education for Preschool Age Children: A Review Of Research. Alexandria: U.S Departmen of Agriculture.

Willis, M., & Hudson, V.K. (1999). Discover Your Child's Learning Style. United States of America: Prima Publishing.

17