alkohol

7
ALKOHOL KETAGIHAN ALKOHOL (Untuk pembaca bukan Islam) Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkahlaku dan emosi peminumnya. KESAN FIZIKAL Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing. Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis. Ulser dan gastritis Kecederaan otak dan masalah saraf Masalah jantung dan tekanan darah Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan Masalah seksual Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS) SINDROM ALKOHOL JANIN (FEOTAL ALCOHOL SYNDROME - FAS) FAS merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang menghidapi FAS akan menderita sepanjang hayatnya akibat dari kesan masalah ini. Bayi yang lahir dengan FAS akan mengalami: Kekurangan berat badan. Kurang tinggi Kepala kecil Masalah jantung Kecacatan kaki-tangan serta sendi Koordinasi yang lemah Hilang ingatan Masalah pembelajaran Masalah-masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah masalah kesihatan mental, zaman persekolahan yang terganggu, kelakuan seksual yang luarbiasa, menghadapi

Upload: pingyiengsia

Post on 03-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

alkohol

TRANSCRIPT

Page 1: Alkohol

ALKOHOL

KETAGIHAN ALKOHOL (Untuk pembaca bukan Islam)

Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkahlaku dan emosi peminumnya.

KESAN FIZIKAL

• Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. • Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing. • Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis. • Ulser dan gastritis • Kecederaan otak dan masalah saraf • Masalah jantung dan tekanan darah • Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut • Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan • Masalah seksual • Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)

SINDROM ALKOHOL JANIN (FEOTAL ALCOHOL SYNDROME - FAS)

FAS merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang menghidapi FAS akan menderita sepanjang hayatnya akibat dari kesan masalah ini. Bayi yang lahir dengan FAS akan mengalami:

• Kekurangan berat badan. • Kurang tinggi • Kepala kecil • Masalah jantung • • Kecacatan kaki-tangan serta sendi • Koordinasi yang lemah • Hilang ingatan • Masalah pembelajaran

Masalah-masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah masalah kesihatan mental, zaman persekolahan yang terganggu, kelakuan seksual yang luarbiasa, menghadapi

Page 2: Alkohol

masalah undang-undang, masalah dadah dan alkohol serta sukar menjaga diri dan anak-anak mereka. Mereka sering menjadi kutu rayau.

ALKOHOL DAN KANSER

Meminum minuman keras menjadikan rawatan terhadap kanser tidak berkesan. Sebagai contoh:

• Jika anda memerlukan pembedahan, alkohol di dalam badan akan menimbulkan masalah dengan ubat bius (anesthesia).

• Jika anda dirawat dengan kemoterapi, dan mungkin terdapat kudis dalam mulut anda, alkohol akan menerukkan lagi keadaan.

• Jika anda memerlukan rawatan radiasi/kemoterapi, anda perlu makan dengan betul untuk menguatkan diri anda. Meminum minuman keras boleh mengganggu tabiat makan dan membantut penyembuhan.

• Penyalahgunaan alkohol mengganggu keupayaan anda menghadapi masalah kanser, tekanan perasaan dan emosi yang berkaitan dengannya.

MASALAH TINGKAHLAKU DAN TEKANAN EMOSI

• Alkohol boleh menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar batas kawalannya seperti memandu terlalu laju dan amalan-amalan lain yang merbahaya..

• Perubahan ragam atau mood seperti marah, ganas, murung dan mungkin ke peringkat ingin membunuh diri dengan pengambilan alkohol yang berlebihan.

• Boleh mengakibatkan hilang daya ingatan dan kewarasan (paras pengambilan alkohol yang tinggi menghalang daya ingatan yang baik).

• Membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Kadar perceraian meningkat di kalangan penagih arak dan anak-anak mereka mengalami tekanan perasaan yang berpanjangan.

• Penagih arak juga menghadapi penurunan prestasi kerja, masalah pergaulan dengan pekerja-pekerja lain dan majikan.

Anda memerlukan bantuan profesional sekiranya:

• Menghadapi masalah daya ingatan atau pengsan kerana minum. • Anda tidak boleh hidup tanpa meminum alkohol. • Gagal mengawal tabiat minum anda walaupun anda mengalami masalah kesihatan

yang disebabkan oleh tabiat buruk ini. • Perlu minum banyak alkohol untuk mengatasi gejala seperti sakit kepala,

kesejukan, menggigil dan ketagihan arak yang teruk.

Page 3: Alkohol

• Tabiat minum ini menjejaskan kerja, persekolahan dan pergaulan anda dengan orang lain.

• Perlu mengambil alkohol untuk mengatasi masalah hidup atau melarikan diri dari masalah yang dihadapi

• Melakukan kegiatan yang berisiko tinggi seperti mengadakan hubungan seks yang tidak selamat dan rambang setelah minum..

• Melakukan beberapa kesalahan undang-undang seperti memandu dalam keadaan mabuk

• Mendapat aduan dari kaum kelurga dan sahabat handai serta majikan mengenai tabiat buruk anda ini.

• Tidak suka bergaul dan terasing selepas mengambil alkohol.

RAWATAN

Ketagihan alkohol boleh diwarisi . Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol di kalangan lelaki dan wanita adalah 4 kali ganda jika ibu bapa mereka juga penagih alkohol. Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu penyakit. Ini adalah penting dan cara yang baik untuk mengatasi masalah minum arak ini ialah dengan berhenti meminumnya. Dua jenis ubat yang boleh diberi untuk merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai antabuse (tidak terdapat di Malaysia). Ubat ini boleh menimbulkan reaksi fizikal yang teruk sekiranya pesakit meminum alkohol semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat Naltrexone (terdapat di Malaysia), ia menyekat keinginan untuk meminum arak dan merasa nikmat kemabukannya.

PELIHARA DIRI ANDA

Jika anda seorang peminum tetapi masih belum mencapai tahap menyalahgunakannya, lebih baik berhenti sahaja sebelum terlambat. Lebih cepat anda berhenti lebih baik peluang anda terselamat dari kesan fizikal dan psikologikal yang serius.

• Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri anda dari menjadi penagih alkohol adalah dengan mengakui diri anda sebagai seorang peminum.

• Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang boleh menyajikan alkohol (kelab malam, parti dan majlis tari menari) sehinggalah anda boleh mengawal diri anda dari minum. Apabila anda berjaya mengatasi masalah ini, mintalah jus, soda atau kopi sebagai ganti, jika anda menghadiri majlis-majlis tertentu.

• Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk meraikan majlis mereka, terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti. Anda boleh mencari rakan baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan anda ini.

• Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kumpulan motivasi/bantu diri untuk menguatkan pendirian anda.

Page 4: Alkohol

• Kuatkan pegangan keagamaan anda. Semua agama melarang pengambilan dan penyalahgunaan alkohol.

Langkah mencegah pergantungan terhadap alkohol

• Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini. • Minum sedikit sahaja. Anda digalakkan minum dalam kuantiti yang sedikit • Gunakan sedikit sahaja alkohol dan lebihkan campuran lain untuk mencairkan

kesan alkohol. • Cuba minum bir atau wain yang rendah kandungan alkoholnya. • Selang-selikan minuman beralkohol dengan minuman lain (air mineral, jus

buahan, kopi, soda) • Makan sambil minum, makanan dapat membantu melambatkan penyerapan

alkohol ke dalam badan. • Curahkan segala masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan yang

mengambil berat tentang diri anda. Mungkin ini akan mengurangkan kesedihan anda dan mengelakkan diri dari mengambil alkohol.

• Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti fizikal dan menonton wayang)

• Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat.

• Jangan meminum alkohol semasa memandu, ketika mengambil ubat-ubatan atau mengendalikan mesin. Perbuatan yang demikan memudaratkan anda.

RUJUKAN

1. Kamus Dewan, Inggeris - Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 1992 2. Istilah Perubatan, DBP, Kuala Lumpur, 1997 3. Kamus Dewan (Edisi Ketiga), DBP, Kuala Lumpur, 1997 4. Wainwright, P.; Furgesson, R. & Martin, R. Kamus Jururawat, Penerbit Fajar

Bakti, Shah Alam, 1999 5. Hinchliff, S. Dictionary of Nursing, 7th Ed, Churchill Livingstone, London, 1996.

Laman web

• http://www2.potsdam.edu/alcohol-info/FAS/FAS.html • http://content.health.msn.com/content/asset/

adam_disease_alcoholism

MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK

Memandu dalam keadaan mabuk masih merupakan satu masalah kesihatan awam dan negara. Setiap tahun ianya meninggalkan pelbagai kesan yang tragis di kalangan mangsa-

Page 5: Alkohol

mangsanya. Kebanyakan pemandu mempunyai kandungan alkohol yang rendah dalam darah (BAC) mereka. Cuma sebilangan kecil sahaja dari mereka terlibat dalam kemalangan yang dahsyat. Golongan inilah yang mempunyai paras BAC atau kandungan alkohol dalam darah melebihi 0.15%.

FAKTA

Perlu diingat bahawa kebanyakan kes-kes kecederaan dan kematian yang disebabkan oleh pemandu mabuk ini dapat dicegah sepenuhnya.

KESAN ALKOHOL TERHADAP KEUPAYAAN MEMANDU

Alkohol mungkin boleh "menggembirakan" dan memberi "ketenangan" yang diperlukan, namun jangan lupa, mengambil alkohol berlebihan boleh menyebabkan anda terasa sakit kepala dan meragam di dalam perut. Jenis kandungan dadah yang terdapat di dalam minuman beralkohol ini ialah etil alkohol atau etanol. Ia merupakan dadah sedatif (ubat pelali). Bahan ini akan memperlahankan aktiviti sistem saraf anda.

Alkohol juga merupakan bahan tekanan atau depresan yang boleh:

1. Memperlahankan tindak balas anda 2. Memberi kesan ke atas penglihatan anda 3. Memberi kesan ke atas persepsi atau tanggapan anda 4. Mempengaruhi budi bicara dan kebolehan anda membuat keputusan

Masyarakat telah mengadakan pelbagai usaha untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya, manakala anda pula perlu berusaha untuk menjaga keselamatan diri anda sendiri bila di jalan raya. Jangan memandu dalam keadaan mabuk dan jangan menaiki kenderaan yang dipandu oleh pemandu yang minum berlebihan. Ingatlah, selalunya mereka sendiri dan penumpang-penumpang merekalah yang menjadi mangsa mendapat kecelakaan akibat memandu dalam keadaan mabuk. Risiko kemalangan bagi mereka yang mempunyai BAC yang tinggi adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak mengambil alkohol.

SEMAKIN BANYAK KANDUNGAN ALKOHOL DI DALAM BADAN,

SEMAKIN TINGGI RISIKO ANDA MENDAPAT KEMALANGAN. ALKOHOL DAN PEMANDUAN - TIDAK MUNGKIN DIKETEMUKAN.

JAGAILAH DIRI ANDA

Page 6: Alkohol

1. Sedarilah had dan kemampuan anda dan jangan minum berlebihan melampaui keupayaan anda

2. Makan ketika anda minum. Makan makanan yang tinggi kandungan proteinnya seperti daging, keju dan kekacang. Ia akan menolong mengurangkan penyerapan alkohol ke dalam badan.

3. Minum perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Jika meneguk minuman sekaligus, anda tidak dapat menikmati rasa serta aromanya.

4. Jangan melibatkan diri anda dalam sebarang pertandingan meminum arak 5. Minum apabila anda benar-benar memerlukannya. Ambil minuman tanpa alkohol.

Jangan biarkan diri anda dipaksa minum. 6. Cuba langkau minuman beralkohol dan selang-selikan dengan minuman tanpa

alkohol, ia boleh menurunkan paras alkohol dalam darah. 7. Jangan berehat-rehat sambil minum. Anda perlu aktif. Dengan berbuat demikian

anda akan kurang minum dan lebih waras untuk menyedari tentang kesan buruk alkohol.

8. Awasi terhadap minuman yang tidak biasa. Sesetengah minuman seperti "zombies" dan minuman buah-buahan mungkin mengandungi kandungan alkohol yang tidak sedari.

9. Gunakan bahan beralkohol dengan bijaksana dalam ubat-ubatan. Dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor anda jika anda merasa ragu-ragu terhadap sesuatu produk.

LINDUNGI ORANG LAIN

1. Tawarkan diri anda sebagai pemandu secara sukarela. 2. Jangan mengambil alkohol berlebihan. 3. Jangan biarkan rakan anda memandu ketika mabuk.

LANGKAH-LANGKAH YANG BERKESAN TERMASUKLAH

1. Menggantung lesen pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk. 2. Mengurangkan paras kepekatan alkohol dalam darah yang dibenarkan ke tahap

yang lebih rendah bagi orang dewasa. Manakala bagi pemandu yang berumur di bawah 21 tahun tidak dibenarkan mengambil alkohol sama sekali ketika memandu..

3. Langkah pemeriksaan yang tegas. 4. Meneruskan kempen mendidik orang awam, menanam kesedaran di kalangan

masyarakat, menjalankan kempen media tentang bahaya memandu ketika mabuk. 5. Menaikkan cukai eksais alkohol. 6. Menganjurkan pemeriksaan wajib ke atas tahap alkohol dalam darah apabila

berlakunya sesuatu kemalangan di jalanraya.

Page 7: Alkohol

RUJUKAN

1. Kamus Dewan, Inggeris - Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 1992 2. Istilah Perubatan, DBP, Kuala Lumpur, 1997 3. Kamus Dewan (Edisi Ketiga), DBP, Kuala Lumpur, 1997 4. Wainwright, P.; Furgesson, R. & Martin, R. Kamus Jururawat, Penerbit Fajar

Bakti, Shah Alam, 1999 5. Hinchliff, S. Dictionary of Nursing, 7th Ed, Churchill Livingstone, London, 1996.

Laman Web

• http://www2.potsdam.edu/alcohol-info/DrinkDrive/DrinkingDriving.html