aliran pusingan an dalam ekonomi dua sektor

15
Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043) PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME Rancangan mengajar bagi subjek Ekonomi Asas Tingkatan 4 untuk sub- topik Aliran Pusingan Pendapatan dalam Ekonomi Dua Sektor, penulis akan menggunakan pendekatan konstruktivisme. Pendekatan ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah kerana ia akan memberi kesan kepada pelajar dengan lebih mendalam lagi. Selain daripada itu, pendekatan ini juga menyatakan bahawa pengetahuan dicipta sendiri oleh pelajar berdasarkan pengalaman sedia ada yang dapat dihubungkaitkan dengan pengalaman barunya. Pendekatan ini juga menyatakan bahawa pelajar akan lebih aktif kerana daya tarikannya adalah daripada proses berfikir pelajar untuk mendapatkan pengalaman yang bermakna kepadanya. Secara kesimpulannya, penulis menggunakan pendekatan konstrutivisme kerana ia berkonsepkan pembelajaran berpusatkan pelajar, pelajar cuba membina kefahaman sendiri dengan dibantu oleh guru, pengalaman yang baru diterima dengan gabungan pengalaman sedia ada pelajar dan daya tarikan pelajar adalah berdasarkan bahan pengajaran yang disediakan oleh guru. Secara asasnya konstruktivisme adalah secara asasnya satu teori yang berasaskan kepada pemerhatian dan kajian saintifik tentang cara manusia belajar. Menurut teori ini, manusia membina pengetahuan mereka terhadap dunia melalui pengalaman yang ditempuhi dan bertindakbalas ke atas pemancaran semula pengalaman tersebut. Setelah kita menemui sesuatu pengalaman baru, kita terdorong untuk menyesuaikannya dengan idea dan pengalaman kita yang lepas. Kadang-kadang kita mungkin akan mengubah kepercayaan lepas dan menyingkirkan maklumat-maklumat baru yang tidak bertkaitan. Secara amnya, kita adalah pembina aktif pengetahuan kita dan memerlukan kita bertanya, meneroka, menjelajah dan menilai apa yang kita tahu. 1

Upload: yangshah

Post on 16-Jun-2015

1.440 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

Rancangan mengajar bagi subjek Ekonomi Asas Tingkatan 4 untuk sub-topik

Aliran Pusingan Pendapatan dalam Ekonomi Dua Sektor, penulis akan

menggunakan pendekatan konstruktivisme. Pendekatan ini digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah kerana ia akan memberi kesan

kepada pelajar dengan lebih mendalam lagi. Selain daripada itu, pendekatan ini

juga menyatakan bahawa pengetahuan dicipta sendiri oleh pelajar berdasarkan

pengalaman sedia ada yang dapat dihubungkaitkan dengan pengalaman

barunya. Pendekatan ini juga menyatakan bahawa pelajar akan lebih aktif

kerana daya tarikannya adalah daripada proses berfikir pelajar untuk

mendapatkan pengalaman yang bermakna kepadanya. Secara kesimpulannya,

penulis menggunakan pendekatan konstrutivisme kerana ia berkonsepkan

pembelajaran berpusatkan pelajar, pelajar cuba membina kefahaman sendiri

dengan dibantu oleh guru, pengalaman yang baru diterima dengan gabungan

pengalaman sedia ada pelajar dan daya tarikan pelajar adalah berdasarkan

bahan pengajaran yang disediakan oleh guru.

Secara asasnya konstruktivisme adalah secara asasnya satu teori yang

berasaskan kepada pemerhatian dan kajian saintifik tentang cara manusia

belajar. Menurut teori ini, manusia membina pengetahuan mereka terhadap

dunia melalui pengalaman yang ditempuhi dan bertindakbalas ke atas

pemancaran semula pengalaman tersebut. Setelah kita menemui sesuatu

pengalaman baru, kita terdorong untuk menyesuaikannya dengan idea dan

pengalaman kita yang lepas. Kadang-kadang kita mungkin akan mengubah

kepercayaan lepas dan menyingkirkan maklumat-maklumat baru yang tidak

bertkaitan. Secara amnya, kita adalah pembina aktif pengetahuan kita dan

memerlukan kita bertanya, meneroka, menjelajah dan menilai apa yang kita

tahu.

1

Page 2: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

Penggunaan pendekatan ini, ia akan memberi keberkesanan atau

implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilij darjah. Dengan

menggunakan pendekatan ini, ia lebih banyak memberi kesan kepada pelajar

berbanding guru. Hal ini kerana, konsep pendekatan ini mahu pelajar belajar

sendiri membina kefahaman, berfikir dan cuba menyelesaikan masalah. Implikasi

pendekatan ini terhadap guru ialah guru berperanan sebagai fasilitator yang

membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga

akan berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan

peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru. Dan, juga perlu

mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah

pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Pendekatan ini akan

mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar, oleh itu, pelajar akan belajar

berfikir untuk menyelesaikan masalah contohnya apabila diberikan soalan yang

berbentuk masalah. Pelajar juga akan mudah faham tentang sesuatu konsep

dan idea dengan lebih jelas. Apabila pelajar faham apa yang dipelajarinya, maka

ia akan mengingatinya walaupun pelajaran tersebut telah lama ditinggalkan.

Pendekatan ini juga memberi kesan kepada pelajar agar lebih yakin kerana guru

memberi peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman sendiri. Oleh itu,

pelajar dapat menghadapi dan mengenalpasti situasi-situasi yang baru. Pelajar

akan memperolehi kefahaman sendiri bukan sahaja hasil daripada berfikir malah

daripada hubungannya dengan rakan-rakan yang berkongsi pengetahuan dan

pendapat mereka akibat daripada kaedah kooperatif yang dilaksanakan dalam

bilik darjah. Pelajar juga akan berasa seronok dalam pembelajaran secara

konstruktivisme kerana pelajar membina pengetahuan sendiri, konsep dan idea

dengan aktif. Ia akan menjadikan pelajar lebih faham, mengingat, lebih yakin dan

pelajar akan terus mermotivasi untuk belajar walaupun terdapat cabaran dan

rintangan.

2

Page 3: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

RANCANGAN MENGAJAR EKONOMI ASAS

NAMA GURU Rafidah Binti Rappe

TOPIK Pasaran

SUB TOPIK Aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi dua sektor

TINGKATAN 4 Dinamik

MASA 9.00 – 9.40 pagi (40 minit)

TARIKH 1 Jun 2006

BILANGAN PELAJAR 25 orang

TAHAP KEBOLEHAN PELAJAR Sedarhana

PENGETAHUAN SEDIA ADA Pelajar telah mengetahui tentang komponen faktor pengeluaran komponen dan peranan isi rumah dan firma konsep pasaran barang dan pasaran faktor

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

1. Mendefinisikan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor

2. Melukis dan menerangkan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor

3. Menyenaraikan 2 daripada 4 aspek perbezaan aliran fizikal dan aliran wang berserta huraian atau gambarajah

BAHAN BANTU MENGAJAR Coklat, rajah aliran pusingan pendapatan

ekonomi 2 sektor, kertas soalan

NILAI-NILAI MURNI Menghormati, teliti, patuh arahan, berdisiplin,

bertanggungjawab, bekerjasama dan

bertanggungjawab.

KBKK Mengetahui, memahami, menganalisis,

menjana idea dan membuat refleksi

3

Page 4: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH/

MASA ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STRATEGI/

KAEDAH/ BBM/

NILAI/ KBKKAKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR

Pengurusan

bilik darjah

( 3 minit)

Guru memberi salam

dan mengucapkan

selamat pagi kepada

pelajar

Guru mengarahkan

pelajar mengemaskan

meja dan mengutip

sampah yang terdapat di

bawah meja mereka

Pelajar memberi tindak

balas dengan berdiri dan

menjawab salam

Pelajar mengemas meja

dan mengutip sampah

yang terdapat di bawah

meja mereka

Nilai :

Menghormati guru

dan

bertanggungjawab

Set induksi

(5 minit)

Aliran pusingan

pendapatan ekonomi

dua sektor

Guru memberi setiap

pelajar sebiji gula-gula

dan membenarkan

pelajar memakan gula-

gula tersebut.

Pelajar mendengar

arahan dan bertindak

balas berdasarkan

arahan yang diberi

Strategi :

Berpusatkan

pelajar, bahan dan

guru.

4

Page 5: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

Guru bertanya kepada

pelajar siapa yang

mengeluarkan gula-gula

yang mereka sedang

makan

Guru bertanya kembali

siapa yang membeli guru-

gula tersebut

Guru bertanya lagi siapa

pengeluar dan pembeli

gula-gula yang mereka

makan.

Pelajar menjawab

pengeluaran yang nama

pengeluar gula-gula

tersebut

Jangkaan jawapan: _____

Pelajar menjawab

orang yang membeli

gula-gula tersebut.

Jangkaan jawapan: Cikgu

Rafidah

Pelajar menjawab

pengeluar dan pembeli

gula-gula tersebut

Jangkaan jawapan;

pengeluar adalah _______

dan pembeli adalah Cikgu

Rafidah

Kaedah :

Soal jawab

BBM :

Gula-gula

Nilai :

Patuh arahan,

hormat-

menghormati

KBKK :

Menghubungkait

soaljawab dengan

subtopik yang

akan diajar oleh

guru, menjana

idea.

5

Page 6: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

Guru kemudian

mengaitkan jawapan

pelajar dengan tajuk pada

hari ini

Seterusnya guru

memperkenalkan tajuk

pada hari ini iaitu “Aliran

pusingan pendapatan

ekonomi dua sektor”

Pelajar memberi

perhatian kepada

penerangan guru

Pelajar mendengar

penerangan yang

diberikan oleh guru

berkaitan dengan tajuk

yang dipelajari pada hari

ini iaitu “Aliran pusingan

pendapatan ekonomi dua

sektor”.

Langkah 1 1) Maksud aliran

pusingan

pendapatan

ekonomi dua

sektor

Guru bertanya kembali

kepada pelajar apakah

sektor bagi pengeluar ____

dan Cikgu Rafidah.

Pelajar memberi perhatian

dan menjawab soalan

tersebut

Jangkaan jawapan: ______

dikenali sebagai sektor firma

dan Cikgu Rafidah sebagai

Strategi :

Berpusatkan

pelajar, bahan dan

guru

Kaedah :

Soal jawab,

6

Page 7: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

Ditakrifkan sebagai

suatu aliran

ekonomi yang

mengandungi dua

sektor iaitu sektor

isi rumah dan

sektor firma

Guru mengaitkan

jawapan dan pengalaman

sedia ada pelajar dengan

definisi aliran pusingan

pendapatan ekonomi dua

sektor dan komponen-

komponennya

berdasarkan jawapan

pelajar

sektor Isi rumah

Pelajar mendengar

dengan teliti dan

memahami penerangan

yang disampaikan oleh

guru.

penerangan

BBM:

Rajah aliran

Nilai :

Mengambil

perhatian dan

hormat-

menghormati

KBKK :

Menghubungkait

soaljawab dengan

takrif aliran

pusingan

pendapatan

ekonomi 2 sektor

yang akan diajar

oleh guru,

menjana idea.

Langkah 2 2) Aliran fizikal

Ditakrifkan

Guru bertanya lagi

kepada pelajar tentang

Pelajar memberi

perhatian serta

Strategi :

Berpusatkan

7

Page 8: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

sebagai satu

aliran barang-

barang dan

perkhidmatan

dari sektor firma

ke sektor isi

rumah dan aliran

faktor-faktor

pengeluaran

seperti buruh,

tanah, modal dan

usahawan

(B,T,M,U) dari

sektor isi rumah

ke sktor firma.

komponen-komponen

aliran pusingan

pendapatan ekonomi dua

sektor

Guru mengaitkan contoh

set induksi untuk

menerangkan komponen-

komponen aliran pusingn

pendapatan ekonomi 2

sektor.

Guru bertanya kembali

apa yang dikeluarkan

oleh firma _________.

Guru bercerita yang

ayahnya bekerja di kilang

tersebut.

mendengar soalan dan

menjawab soalan

tersebut

Jangkaan jawapan:

Sektor firma dan isi rumah

Pelajar memberi

perhatian terhadap

penerangan guru.

Pelajar memberi

perhatian kepada soalan

dan menjawab.

Jangkaan jawapan:

Gula-gula

Pelajar mendengar cerita

dari guru tersebut

pelajar, bahan dan

guru.

Kaedah :

Soal jawab dan

penerangan

BBM:

Rajah aliran

Nilai :

Mengambil

perhatian, hormat-

menghormati

KBKK :

Menjana minda,

menghubungkait

pengalaman sedia

ada dengan

pengalaman baru.

8

Page 9: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

Guru bertanya apa

gelaran yang diberikan

kepada ayahnya selaku

faktor pengeluaran

Guru mengaitkan

jawapan pelajar dalam

penerangan maksud

aliran fizikal berdasarkan

rajah aliran

Guru memberi peluang

kepada pelajar bertanya

apa yang mereka tidak

faham mengenai

pengertian aliran fizikal

Pelajar mendenagr dan

menjawab soalan

Jangkaan jawapan:

Buruh

Pelajar mendengar

dengan teliti dan

memahami penerangan

yang disampaikan oleh

guru.

Pelajar boleh bertanya

sekiranya masih tidak

faham mengenai

pengertian aliran fizikal

Langkah 3 3) Aliran wang

Ditakrifkan

sebagai satu

Guru menerangkan

dengan menggunakan

rajah aliran yang sama

Pelajar mendengar

dengan teliti dan

memahami penerangan

Strategi :

Berpusatkan

pelajar, bahan dan

9

Page 10: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

aliran

pendapatan

faktor yang

diterima oleh

sektor isi rumah

dari sektor firma

dan aliran

perbelanjaan

barang-barang

dan

perkhidmatan

dari sektor isi

rumah kepada

sektor firma.

untuk menerangkan

definisi aliran wang

Guru bertanya kepada

pelajar bahawa sebelum

beliau mendapat gula-

gula apa yang perlu

beliau lakukan.

Guru bertanya lagi, apa

yang telah dilakukan oleh

Cikgu Rafidah.

Guru bertanya lagi apa

yang akan diperolehi oleh

ayah Cikgu Rafidah

apabila dia bekerja di

yang disampaikan oleh

guru.

Pelajar memberi

perhatian dan cuba untuk

menjawab.

Jangkaan jawapan:

Membayar

Pelajar cuba menjawab.

Jangkaan jawapan:

Berbelanja dan penggunaan

Pelajar menumpukan

perhatian dan menjawab

soalan.

guru.

Kaedah :

Soal jawab dan

penerangan

BBM:

Rajah aliran

Nilai :

Mengambil

perhatian, hormat-

menghormati

KBKK :

Menjana minda,

menghubungkait

pengalaman sedia

ada dengan

pengalaman baru.

10

Page 11: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

kilang _________.

Guru mengaitkan

jawapan pelajar dalam

penerangan maksud

aliran wang berdasarkan

rajah aliran

Guru memberi peluang

kepada pelajar bertanya

apa yang mereka tidak

faham mengenai

pengertian aliran wang

Jangkaan jawapan:

Gaji, upah, ganjaran faktor

pengeluaran

Pelajar memerhati peta

konsep yang ditunjukkan

oleh guru dengan teliti

dan memberi perhatian

kepada penerangan guru.

Pelajar boleh bertanya

sekiranya masih tidak

faham mengenai

pengertian aliran wang

Langkah 4 4) Perbezaan

antara aliran fizikal

dan aliran wang.

Berdasarkan

Guru bertanya kepada

pelajar perbezaan aliran

wang dan aliran fizikal

berdasarkan perkara

yang telah diajar

Pelajar menumpukan

perhatian terhadap

soalan yang dikemukan

dan menjawab soalan

tersebut.

Strategi :

Berpusatkan

pelajar

Kaedah :

Soaljawab dan

11

Page 12: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

Definisi

Pasaran

barang

Pasaran faktor

Rajah aliran

pusingan

pendapatan Guru bertanya kepada

pelajar apa yang

dimaksudkan dengan

aliran fizikal.

Guru bertanya kepada

pelajar apa yang

dimaksudkan dengan

aliran wang.

Jangkaan jawapan:

Dapat dibezakan melalui

definisi, pasaran barang,

pasaran faktor dan rajah

aliran pusingan pendapatan

Pelajar memberi

perhatian dan menjawab

soalan

Jangkaan jawapan :

Aliran barang-barang dan

perkhidmatan serta aliran

faktor-faktor pengeluaran

antara sektor isi rumah

dengan firma.

Pelajar memberi

perhatian dan menjawab

soalan

Jangkaan jawapan :

Merupakan aliran ganjaran

penerangan

BBM : rajah aliran

Nilai : mengambil

perhatian, patuh

arahan dan hormat

mnghormati.

12

Page 13: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

Guru bertanya lagi,

apakah yang dilakukan

oleh pasaran faktor

dalam aliran fizikal

Guru bertanya lagi,

apakah yang dilakukan

oleh pasaran faktor

dalam aliran wang

faktor pengeluaran dan aliran

perbelanjaan penggunaan

antara sektor isi rumah

dengan firma

Pelajar memberi

perhatian dan menjawab

soalan

Jangkaan jawapan :

Isi rumah membekalkan

faktor-faktor pengeluaran

(B,T,M,U) kepada sektor

firma melalui pasaran faktor

Pelajar memberi

perhatian dan menjawab

soalan

Jangkaan jawapan :

Firma membayar ganjaran

faktor-faktor pengeluaran

(U,S,F,U) kepada isi rumah

13

Page 14: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

Guru memberi peluang

kepada pelajar bertanya

apa yang mereka tidak

faham mengenai aliran

wang dan aliran fizikal.

melalui pasaran faktor

Pelajar boleh bertanya

sekiranya masih tidak

faham penerangan

tentang perbezaan aliran

fizikal dan aliran wang.

Langkah 5 5) Pop kuiz Guru memberi ceraian

rajah aliran kepada

pelajar untuk membentuk

satu aliran pusingan

pendapatan ekonomi dua

Pelajar mendengar

dengan teliti penerangan

guru dan bersedia untuk

menjawab soalan.

Strategi :

Berpusatkan

pelajar dan bahan

BBM : Ceraian

14

Page 15: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

sektor bagi menguji sama

ada pelajar faham atau

tidak terhadap topik yang

dipelajari pada hari ini.

Guru akan memanggil

beberapa orang pelajar

untuk membentuk satu

rajah aliran

Pelajar mematuhi arahan

yang diberikan.

rajah aliran

Nilai :

Berdikari, hormat-

menghormayi,

patuh pada

arahan, sistematik,

bertanggungjawab

dan teliti

KBKK :

Memahami dan

menganalisis

Penutup Kesimpulan Guru meminta pelajar

membuat refleksi tentang

apa yang dipelajari pada

hari ini.

Guru membuat rumusan

keseluruhan tajuk pada

hari ini.

Pelajar membuat refleksi

tentang apa yang

dipelajari pada hari ini.

Pelajar mendengar

rumusan topik aliran

pusingan pendapatan

Strategi :

Berpusatkan

pelajar

Kaedah :

Penyoalan

Nilai :

15

Page 16: Aliran Pusingan an Dalam Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Pengajaran Ekonomi (PPE 3043)

ekonomi 2 sektor yang

dirumuskan oleh guru.

Mematuhi arahan

KBKK :

Membuat refleksi

dan menjana idea.

16