kandungan - jpnsarawak.moe.gov.myjpnsarawak.moe.gov.my/images/sektor/sk2p/unitakaun/... · 4.1.2...

46

Upload: hoangtuyen

Post on 09-Jun-2018

256 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

2

KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 PENDAHULUAN

2.0 TAFSIRAN

3.0 PERANAN KETUA JABATAN

4.0 TATACARA PEMOTONGAN EMOLUMEN

4.1 Kes Pegawai Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat

Dihubungi

4.1.1 Senarai Semak Bagi Tatacara Kes Pegawai Tidak

Hadir Bertugas Dan Dapat Dihubungi

4.1.2 Carta Aliran Bagi Tatacara Kes Pegawai Tidak Hadir

Bertugas Dan Dapat Dihubungi

4.2 Senarai Semak: Pegawai Tidak Hadir Bertugas Tujuh

(7) Hari Bekerja Berturut-Turut Dan Tidak Dapat Dihubungi

4.2.1 Carta Aliran Bagi Tatacara Kes Pegawai Tidak Hadir

Bertugas Tujuh (7) Hari Bekerja Berturut-Turut Dan

Tidak Dapat Dihubungi

4.3 Kes Pegawai Meletak Jawatan

4.3.1 Senarai Semak: Kes Pegawai Meletak Jawatan

Tanpa Memenuhi Tempoh Notis 30 Hari

3

4.3.2 Carta Aliran Bagi Tatacara Kes Pegawai Meletak

Jawatan Tanpa Memenuhi Tempoh Notis 30 Hari

4.4 Kes Pegawai Yang Terlibat Dengan Kes Jenayah/ Kesalahan

Tatatertib Yang Serius Dan Dikenakan Tindakan Tahan Kerja

Dan Gantung Kerja

4.4.1 Ringkasan Jadual Mengenai Tahan Kerja Dan

Gantung Kerja

4.4.2 Senarai Semak: Kes Pegawai Yang Terlibat Dengan

Kes Jenayah/ Kesalahan Tatatertib Yang Serius Dan

Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Dan Gantung Kerja

4.4.3 Carta Aliran Kes Pegawai Yang Terlibat Dengan Kes

Jenayah/ Kesalahan Tatatertib Yang Serius Dan

Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Dan Gantung Kerja

4.5 Senarai Semak: Kes Pegawai Yang Memulakan Kemudahan

Cuti Tanpa Terlebih Dahulu Mendapatkan Kelulusan Pihak

Berkuasa Melulus

4.5.1 Carta Aliran Kes Pegawai Yang Memulakan

Kemudahan Cuti Tanpa Terlebih Dahulu Mendapatkan

Kelulusan Pihak Berkuasa Melulus

5.0 Pengurusan Kehilangan Dan Hapus kira Wang Awam

5.1 Hapus Kira Kehilangan Disebabkan Oleh Pembayaran Lebih –

Arahan Perbendaharaan 327

6.0 Peraturan-Peraturan Yang Berkaitan

4

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Berdasarkan Laporan Akaun Belum Terima (ABT), Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Lebihan Gaji Dan Elaun (LBGE)

hingga 31 Disember 2016, nilai tunggakan ABT-LBGE adalah sebanyak

RM7.91juta berbanding nilai tunggakan ABT-LBGE pada 31 Disember

2015 iaitu sebanyak RM7.33juta. Peningkatan sebanyak RM0.58juta

daripada 31 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2016 merupakan

satu amaun yang besar untuk ditanggung oleh pihak kerajaan dan

langkah proaktif perlu diambil bagi mengatasi/ mengurangkan nilai

tunggakan tersebut.

1.2 Semakan dan penelitian Bahagian Kewangan terhadap pelaporan ABT,

KPM dan permohonan hapus kira daripada setiap Bahagian/ Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendididkan Daerah (PPD) dan

sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) menunjukkan bahawa

antara punca-punca utama yang menyumbang kepada ABT-LBGE di

peringkat Bahagian/ JPN/ PPD dan sekolah bertaraf PTJ adalah seperti

yang berikut:

1.2.1 Ketua Jabatan tidak mengeluarkan arahan/ membuat

pemotongan emolumen dalam kes pegawai tidak hadir bertugas

tanpa sebab secara berselang-seli atau secara berterusan;

1.2.2 pemahaman kepada istilah ‘Ketua Jabatan’, di mana pihak

JPN, PPD dan sekolah bertaraf PTJ masih memegang tafsiran

5

Ketua Jabatan sebagai pihak kementerian untuk apa-apa jenis

kelulusan cuti walaupun penurunan kuasa telah dibuat melalui

Surat-surat KPM dan garis panduan seperti yang berikut:

(a) rujukan: KPMSP.500/4/1/13 Jilid 3 (91) bertarikh 22

Disember 2015: Kaedah Pelaksanaan Cuti Separuh Gaji

Dan Pihak Berkuasa Melulus;

(b) rujukan: KP(PP)0069/6/3 Jilid 4 (5) bertarikh 21 Disember

2010: Penubuhan Lembaga Perubatan Mengikut Perintah

Am Bab F Ke Atas Pegawai Yang Telah Diberi Kelayakan

Cuti Sakit Bergaji Penuh;

(c) rujukan: KP(PP)0069/6/3 Jilid 2 (28) bertarikh 23 Mac 2010:

Panduan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29

Tahun 2009 Kemudahan Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai

Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di

Dalam Atau Di Luar Negeri Di Kementerian Pelajaran

Malaysia dibaca bersekali dengan Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 5 Tahun 2016 Dasar Baharu Cuti Tanpa Gaji Bagi

Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau

Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara; dan

(d) Panduan Pengurusan Kemudahan Cuti, Kementerian

Pelajaran Malaysia bertarikh 12 November 2009.

6

Ketiga-tiga Surat KPM dan Panduan Pengurusan Kemudahan

Cuti telah memberikan kuasa kepada JPN/ PPD dan sekolah

bertaraf PTJ untuk meluluskan cuti berdasarkan kepada jenis cuti

yang dipohon oleh pegawai. Sejurus JPN/ PPD dan sekolah

bertaraf PTJ telah meluluskan sesuatu permohonan Cuti Separuh

Gaji/ Cuti Tanpa Gaji pegawai, seharusnya tindakan

pemberhentian emolumen boleh diambil oleh Pusat

Tanggungjawab yang berkenaan tanpa perlu menunggu surat

kebenaran dari pihak kementerian;

1.2.3 kelewatan di peringkat Pusat Tanggungjawab untuk

memberhentikan gaji pegawai yang Tidak Hadir Bertugas

Tanpa Sebab ataupun yang telah diluluskan Cuti Tanpa Gaji/ Cuti

Separuh Gaji;

1.2.4 pegawai di Pusat Tanggungjawab kurang peka terhadap

peraturan yang berkuat kuasa di dalam Pekeliling

Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Arahan

Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling

Kewangan dan lain-lain pindaan dari semasa ke semasa;

1.2.5 kecuaian di peringkat Pusat Tanggungjawab dalam

pengiraan/ pelarasan gaji pegawai sehingga mengakibatkan

lebihan bayaran emolumen berbanding emolumen sebenar yang

seharusnya diterima oleh pegawai;

7

1.2.6 pegawai meletak jawatan tanpa memberi satu (1) bulan notis;

dan

1.2.7 pegawai yang dikenakan Perintah Tahan Kerja (PTK) masih

dibayar gaji penuh disebabkan oleh keputusan Lembaga

Tatatertib yang lambat dikeluarkan di mana tarikh PTK

dikebelakangkan mengikut tarikh pertuduhan di mahkamah.

1.3 Sehubungan dengan itu, bagi menangani masalah ABT-LBGE yang

disebabkan oleh punca-punca utama seperti di perenggan 1.2.1 hingga 1.2.7,

garis panduan ini telah disediakan bagi memastikan Ketua Jabatan

mengambil tindakan kawalan dan pengawasan terhadap pegawai di bawah

seliannya supaya ABT-LBGE dapat dikawal dengan cepat dan teratur.

Pendekatan ini dilaksanakan bagi mengurangkan peningkatan amaun ABT-

LBGE yang merupakan satu kerugian kepada pihak kerajaan.

1.4 Panduan ini juga turut dilengkapi dengan perkara-perkara seperti yang

berikut:

1.4.1 tafsiran Ketua Jabatan;

1.4.2 tafsiran tidak hadir bertugas;

1.4.3 peranan Ketua Jabatan;

1.4.4 senarai dokumen sokongan yang diperlukan dalam proses

pemotongan gaji sama ada:

8

(a) penahanan gaji di bank; dan

(b) pengeluaran daripada system gaji berkomputer.

1.4.5 carta alir tindakan berserta tempoh masa tindakan perlu diambil

oleh Ketua Jabatan; dan

1.4.6 pengurusan kehilangan dan hapus kira wang awam; dan

1.4.7 peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

9

2.0 TAFSIRAN

2.1 Ketua Jabatan dalam konteks pemotongan emolumen di dalam

kes pegawai tidak hadir bertugas tanpa sebab adalah seperti

yang berikut:

Bil. Peringkat Jawatan

1. Bahagian Setiausaha Bahagian/ Pengarah/ Rektor atau pegawai yang diberi kuasa.

2. Institusi

Pengarah Kampus-kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia/ Pengarah Kolej Vokasional/ Pengarah Kolej Matrikulasi/ Pengarah Teknologi Pendidikan Negeri/ Pengarah Kampus-kampus Institut Aminuddin Baki atau pegawai yang diberi kuasa.

3. Negeri Pengarah Negeri atau pegawai yang diberi kuasa.

4. Daerah Pegawai Pendidikan Daerah atau pegawai yang diberi kuasa.

5. Semua jenis sekolah

Pengetua/ Guru Besar atau pegawai yang diberi kuasa.

2.2 Kehilangan termasuk kehilangan Wang Awam dan Aset Awam

disebabkan oleh kecurian, kebakaran, kemalangan, bencana

alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian pegawai; kekurangan,

bayaran terlebih, pembayaran tanpa kuasa, hutang yang tidak

10

boleh dapat balik, hasil yang tidak boleh didapatkan dan

perbelanjaan yang sia-sia.

2.3 Pusat Tanggungjawab: satu unit organisasi di mana

pengurusnya telah diberi kuasa dan tanggungjawab untuk

mengurus dan mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber

lain.

2.4 Tidak Hadir Untuk Bertugas: tidak hadir bagi apa-apa jua

tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki

hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya. Ketidakhadiran untuk

bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau terlebih dahulu

mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah.

2.5 Pelucuthakan Emolumen Kerana Tidak Hadir Bertugas: jika

seseorang pegawai telah didapati bersalah kerana tidak hadir

untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat

kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, pegawai itu tidak

berhak kepada apa-apa emolumen bagi tempoh

ketidakhadirannya dan segala emolumen sedemikian

hendaklah disifatkan telah terlucut hak walaupun Pihak

Berkuasa Tatatertib yang berkenaan tidak mengarahkan

pelucuthakan itu.

11

2.6 Pihak Berkuasa Tatatertib: ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan

berkenaan yang bidang kuasanya meliputi perkhidmatan yang

pegawai tersebut ialah seorang anggota mengikut peruntukan-

peruntukan Bahagian X Perlembagaan Persekutuan, dan

termasuklah seorang pegawai atau suatu lembaga pegawai

dalam perkhidmatan awam yang boleh menjalankan fungsi

Suruhanjaya berhubungan dengan pengawalan tatatertib menurut

Fasal (5A), (5B), (6) atau (6A) Perkara 144 Perlembagaan

Persekutuan.

12

3.0 PERANAN KETUA JABATAN

Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dalam

melaksanakan tindakan kawalan dan pengawasan terhadap pegawai di

bawah seliaannya. Tindakan awal perlu diambil oleh Ketua Jabatan dengan

memantau pegawai bawahan masing-masing dan menegur atau

memberi nasihat supaya pegawai sentiasa mematuhi waktu bekerja dan

menggunakan kemudahan cuti dengan teratur. Jika teguran dan nasihat

telah diberi oleh Ketua Jabatan, tetapi pegawai masih mengulangi kesalahan

yang sama, maka Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara tersebut

dengan kadar segera kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dan pada masa yang

sama mengambil tindakan pemotongan emolumen berdasarkan kepada

peruntukan Perintah Am 14(A), Perintah Am Bab C seperti yang berikut:

“14A.(a) Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu

tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua

Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka

pegawai itu tidak berhak mendapat apa-apa gaji atau

lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu;

dan

(b) sesuatu perakuan oleh Ketua Jabatan memperakui

tempoh yang bagi pegawai itu tidak berhak mendapat

gaji dan emolumen di bawah perenggan (a) kepada

Pihak Berkuasa yang bertanggungjawab bagi membayar

gaji dan lain-lain emolumen pegawai itu adalah satu

kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan

emolumen bagi tempoh tak hadir bekerja itu”.

4.0 TATACARA PEMOTONGAN GAJI

4.1 Kes Pegawai Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dihubungi

Di dalam kes di mana pegawai tidak hadir bertugas sekurang-kurangnya

satu (1) hari bekerja atau lebih secara berturut-turut atau secara

berselang-seli dan dapat dihubungi sama ada melalui sistem khidmat

pesanan ringkas, panggilan telefon atau lawatan ke rumah, Ketua Jabatan

boleh menerima alasan pegawai sekiranya pegawai mengemukakan bukti

telah diberi Sijil Cuti Sakit oleh Pegawai Perubatan atau pegawai boleh diberi

kelulusan Cuti Rehat yang berkelayakan dalam kes pegawai terpaksa

mengambil cuti kecemasan dalam keadaan ahli keluarga meninggal dunia/

ditimpa kemalangan dan lain-lain alasan yang difikirkan munasabah oleh

Ketua Jabatan.

Walau bagaimanapun, sekiranya pegawai tidak hadir bertugas sekurang-

kurangnya satu (1) hari bekerja atau lebih secara berturut-turut atau secara

berselang-seli (tanpa pembuktian), Ketua Jabatan perlu menyediakan

dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera kepada Unit Sumber

Manusia/ Unit Kewangan di peringkat bahagian/ JPN/ PPD/ sekolah dan

melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh masa yang

bersesuaian sekiranya ketidakhadiran pegawai adalah bagi tempoh yang

berpanjangan secara berterusan atau secara berselang-seli. Senarai semak

bagi tatacara kes pegawai Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dihubungi adalah

seperti yang berikut:

14

4.1.1 Senarai Semak Bagi Tatacara Kes Pegawai Tidak Hadir Bertugas

Dan Dapat Dihubungi

1. Mendapatkan penjelasan secara bertulis/ lisan daripada

pegawai.

2. Menimbang penjelasan yang dikemukakan oleh pegawai.

3. a) Mengarahkan pegawai memohon cuti rehat jika

penjelasan pegawai diterima dengan asas-asas yang

kukuh dan disokong oleh keterangan berkaitan

(contoh: surat kematian saudara terdekat, surat

pengesahan atau laporan polis), kecuali jika pegawai

mempunyai Sijil Cuti Sakit;

ATAU

b) Melaporkan kepada Ketua Jabatan mengenai

ketidakhadiran pegawai, jika penjelasan pegawai

ditolak.

4. Tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan sekiranya

penjelasan pegawai ditolak adalah seperti yang berikut:

a) Melaporkan segera mengenai ketidakhadiran pegawai

kepada Unit Sumber Manusia dan mengarahkan

Unit Kewangan untuk membuat pemotongan

emolumen di bawah peruntukan Perintah Am 14A,

Perintah Am Bab C (contoh seperti di Lampiran A

dan B); dan

b) Melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib

dalam tempoh masa yang bersesuaian sekiranya

ketidakhadiran pegawai adalah bagi tempoh yang

15

berpanjangan secara berterusan atau secara

berselang-seli (contoh seperti di Lampiran C).

4.1.2 Carta Aliran Bagi Tatacara Kes Pegawai Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat

Dihubungi

Tempoh Tindakan

1 hari

1 hari

1 hari

1 hari

* ketidakhadiran pegawai tanpa mendapat kebenaran/ kelulusan bercuti atau tanpa sebab yang munasabah pada waktu pegawai dikehendaki bertugas tidak boleh ditolak dari cuti rehat pegawai.

1 hari

Jumlah 5 hari

Pertimbangan

Ketua Jabatan

Pegawai Tidak Hadir

Ditolak

Lapor Ke Unit Sumber

Manusia/ Kewangan

untuk pemotongan

emolumen pegawai

*Sijil cuti sakit, sijil kematian

saudara terdekat, surat

pengesahan, laporan polis,

dll

Penjelasan Pegawai

Diterima.

Pegawai mohon

cuti rehat

Ketua Jabatan

mendapatkan

penjelasan

16

4.2 Senarai Semak: Pegawai Tidak Hadir Bertugas Tujuh (7) Hari

Bekerja Berturut-Turut Dan Tidak Dapat Dihubungi

Di dalam kes di mana pegawai tidak hadir bertugas tujuh (7) hari bekerja

berturut-turut dan usaha-usaha sewajarnya untuk mencari serta mengesan

pegawai telah dilakukan tetapi masih gagal, Ketua Jabatan perlu menyediakan

dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera kepada Unit Sumber

Manusia/ Unit Kewangan di peringkat bahagian/ JPN/ PPD/ sekolah bagi

tujuan pemotongan emolumen dan melaporkan kepada Pihak Berkuasa

Tatatertib. Senarai semak bagi tatacara kes pegawai Tidak Hadir Bertugas

Tujuh (7) Hari Bekerja Berturut-turut Dan Tidak Dapat Dihubungi adalah

seperti yang berikut:

1. Melaporkan segera mengenai ketidakhadiran pegawai kepada

Unit Sumber Manusia dan mengarahkan Unit Kewangan

untuk membuat pemotongan emolumen (contoh seperti di

Lampiran A dan B).

2. Mengeluarkan surat arahan kembali bertugas melalui Surat

Berdaftar Akuan Terima (A.R. Register)/ serahan tangan

kepada pegawai di alamat akhir diketahui (Lampiran D).

3. Mengemukakan laporan berhubung ketidakhadiran pegawai

kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (Lampiran E).

17

4.2.1 Carta Aliran Bagi Tatacara Kes Pegawai Tidak Hadir Bertugas Tujuh (7)

Hari Bekerja Berturut-Turut Dan Tidak Dapat Dihubungi

Tempoh Masa

3 hari

5 hari

1 hari

1 hari

1 hari

Jumlah 11 hari

Penyerahan

Surat

Surat Arahan Kembali Bertugas

dikeluarkan melalui Surat Berdaftar

Akuan Terima (A.R.Register) / Serahan

Tangan

Laporan ke Pihak

Berkuasa Tatatertib Laporan ke Pihak

Berkuasa

Tatatertib

Penyiaran Notis

Akhbar

Kehadiran Pegawai tidak

hadir

Hadir

Pewartaan

pembuangan kerja

Laporan ke Pihak

Berkuasa

Tatatertib

Surat Terserah

(Pegawai dapat

dikesan-sama ada

hadir atau tidak)

Surat

Dikembalikan

Tidak Terserah

18

* ketidakhadiran pegawai tanpa mendapat kebenaran/ kelulusan bercuti atau tanpa sebab yang munasabah pada waktu pegawai dikehendaki bertugas tidak boleh ditolak dari cuti rehat pegawai.

4.3 Kes Pegawai Meletak Jawatan

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2015, peletakan

jawatan hendaklah dibuat oleh pegawai dengan mengemukakan notis

peletakan jawatan kepada Ketua Jabatan. Bagi pegawai yang dilantik tetap

tempoh notis peletakan jawatan adalah 30 hari sebelum peletakan jawatan

berkuat kuasa. Manakala bagi pegawai selain pelantikan tetap, tempoh

pengemukaan notis peletakan jawatan adalah mengikut syarat pelantikan

pegawai itu, atau 30 hari sekiranya tempoh tidak diperuntukkan dalam syarat

pelantikan. Bagi maksud tempoh notis peletakan jawatan, cuti tanpa gaji boleh

diambil kira sebagai tempoh notis. Sekiranya peletakan jawatan tidak

memenuhi tempoh notis yang ditetapkan, pegawai hendaklah membayar

sebulan gaji iaitu gaji pokok sebagai ganti notis. Bayaran sebulan gaji sebagai

ganti notis hendaklah dibuat oleh pegawai sebelum peletakan jawatannya

berkuat kuasa.

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab menuntut bayaran sebulan gaji

daripada pegawai. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh menimbang

permohonan pegawai untuk memendekkan tempoh notis peletakan jawatan

atas sebab-sebab yang disyaratkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 1 Tahun 2015.

19

4.3.1 Senarai Semak: Kes Pegawai Meletak Jawatan Tanpa

Memenuhi Tempoh Notis 30 Hari

Ketua Jabatan perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan

melaporkan segera kepada Unit Sumber Manusia dan Unit Kewangan bagi

tujuan pemotongan atau penahanan emolumen. Tindakan Ketua Jabatan

adalah seperti berikut:

1. Ketua Jabatan menyemak tempoh notis peletakan

jawatan dikemukakan.

2. a) sekiranya tempoh notis peletakan jawatan menepati

tempoh yang ditetapkan, Ketua Jabatan boleh

mengeluarkan surat makluman kepada pegawai;

b) sekiranya tempoh notis peletakan jawatan tidak

memenuhi tempoh notis yang ditetapkan, Ketua

Jabatan boleh menimbang permohonan

pegawai untuk memendekkan tempoh notis peletakan

jawatan atas sebab-sebab yang disyaratkan di bawah

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2015.

Sekiranya dipertimbangkan, Ketua Jabatan boleh

mengeluarkan surat makluman kepada pegawai;

ATAU

c) sekiranya tempoh notis peletakan jawatan tidak

memenuhi tempoh notis yang ditetapkan dan Ketua

Jabatan tidak boleh menimbang permohonan

pegawai untuk memendekkan tempoh notis peletakan

jawatan, maka Ketua Jabatan perlu mengambil

tindakan seperti di perenggan 3.

20

3. Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan-tindakan seperti

yang berikut:

a) mengarahkan Unit Sumber Manusia/ Unit Kewangan

untuk membuat pemotongan gaji/ penahanan gaji di

bank (contoh seperti di Lampiran A dan B);

ATAU

b) mengeluarkan surat arahan tuntutan bayaran sebulan

gaji (gaji pokok) kepada pegawai sekiranya tindakan

pemotongan gaji/ penahanan gaji di bank tidak berjaya

dilakukan.

21

4.3.2 Carta Aliran Bagi Tatacara Kes Pegawai Meletak Jawatan Tanpa

Memenuhi Tempoh Notis 30 Hari

22

Pegawai Meletak Jawatan

Ketua Jabatan

mengeluarkan

surat makluman

kepada pegawai.

Lapor ke Unit Sumber

Manusia/ Unit

Kewangan untuk

membuat pemotongan

gaji/ penahanan gaji di

bank.

Tidak menepati tempoh

Menepati tempoh

(DITERIMA)

Ketua Jabatan

menyemak

tempoh notis

peletakan jawatan

Ketua Jabatan

menimbang

permohonan

pegawai untuk

memendekkan

tempoh notis

peletakan

jawatan.

surat arahan tuntutan

bayaran sebulan gaji

(gaji pokok) daripada

pegawai hendaklah

dikeluarkan sekiranya tindakan

pemotongan gaji/

penahanan gaji di

bank tidak berjaya

dilakukan.

sekiranya

dipertimbangkan,

Ketua Jabatan

boleh

mengeluarkan

surat makluman

kepada pegawai.

23

4.4 Kes Pegawai Yang Terlibat Dengan Kes Jenayah/ Kesalahan

Tatatertib Yang Serius Dan Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Dan

Gantung Kerja

Prosedur jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai

dalam mana-mana mahkamah adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 28

sehingga 33, Bahagian IV Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993.

Jika prosiding jenayah dimulakan terhadap seseorang pegawai, Pendaftar

Mahkamah hendaklah mengemukakan laporan yang berkaitan prosiding

tersebut kepada Ketua Jabatan/ Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan

laporan yang berkaitan prosiding tersebut. Seterusnya Ketua Jabatan

hendaklah mengemukakan laporan itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang

mempunyai bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun

pangkat, beserta syor sama ada pegawai itu patut ditahan kerja mengikut

peraturan 44 (1) (a), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993.

Jika prosiding jenayah itu terhadap pegawai berkeputusan dengan pensabitan,

Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menggantung pegawai daripada

menjalankan tugas (GANTUNG KERJA) di bawah Peraturan 45 (1) (a), berkuat

kuasa mulai tarikh sabitan, sementara menunggu keputusan tindakan tatatertib

yang berkait daripada sabitan tersebut. Seseorang pegawai yang digantung

kerja tidak berhak menerima apa-apa bahagian emolumen sepanjang

tahun penggantungan kerja tersebut.

24

Jika prosiding jenayah tersebut berkeputusan dengan pembebasan, pegawai

itu hendaklah dibenarkan menjalankan semua tugasnya serta berhak

menerima apa-apa emolumen yang tidak dibayar dalam tempoh tahan

kerja serta cuti rehat tahunan dan segala kelayakan lain yang pegawai itu

berhak.

4.4.1 Ringkasan Jadual Mengenai Tahan Kerja Dan Gantung Kerja

Perkara Tahan kerja (siasatan) Tahan kerja Gantung kerja

Peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993

43 44 45

Bila Disyaki melakukan : •kesalahan tatatertib yang serius • kesalahan jenayah

• dituduh di mahkamah atas kesalahan jenayah • tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat telah bermula

• disabitkan bersalah atas kesalahan jenayah • dikeluarkan perintah tahanan buang negeri

Faktor diambil kira • kesalahan berkait secara langsung dengan tugas • kehadiran mengganggu siasatan

• kesalahan berkait secara langsung dengan tugas • kehadiran mengganggu siasatan • menjejaskan imej jabatan • mendatangkan kerugian kepada kerajaan

Tempoh Maksimum dua (2) bulan • sehingga kes selesai • pada bila-bila masa oleh Pihak Berkuasa Tatatertib

Sehingga Pihak Berkuasa Tatatertib bersidang dan menjatuhkan hukuman

Emolumen 100 %

50% - 100% 0

Terhenti apabila • prosiding jenayah di mahkamah telah bermula • prosiding tatatertib dengan tujuan buang kerja/ turun pangkat bermula.

Sabitan jenayah

4.4.2 Senarai Semak: Kes Pegawai Yang Terlibat Dengan Kes Jenayah/

Kesalahan Tatatertib Yang Serius Dan Dikenakan Tindakan Tahan

Kerja Dan Gantung Kerja

Bagi pegawai didapati terlibat dengan kes jenayah atau kesalahan tatatertib

yang serius, Ketua Jabatan perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan

melaporkan segera kepada Unit Sumber Manusia dan Unit Kewangan serta

Pihak Berkuasa Tatatertib.

Tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan adalah seperti yang berikut:

1. Ketua Jabatan menerima prosiding mahkamah daripada

pegawai/ Pendaftar.

2. Ketua Jabatan melaporkan kepada Pihak Berkuasa

Tatatertib beserta syor untuk perintah tahan kerja.

3. Pihak Berkuasa Tatatertib memutuskan pegawai ditahan

kerja atau sebaliknya.

4. Sekiranya pegawai dikenakan perintah tahan kerja, Ketua

Jabatan hendaklah melaporkan kepada Unit Kewangan

untuk pemotongan sejumlah emolumen (rujuk jadual 4.4.1)

yang dipotong mulai tarikh kuat kuasa yang ditetapkan oleh

Pihak Berkuasa Tatatertib.

5. Ketua Jabatan mendapatkan keputusan prosiding

mahkamah daripada Pendaftar

6. Sekiranya keputusan prosiding pegawai adalah seperti yang

berikut:

a) disabitkan (sama ada dengan rayuan atau tanpa rayuan),

Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengenakan

tindakan gantung kerja (tidak layak emolumen) terhadap

pegawai.

b) dibebaskan tanpa rayuan Pendakwa Raya, pegawai layak

semua emolumen mulai tarikh kuat kuasa tahan kerja.

27

c) dibebaskan dan rayuan dibuat oleh Pendakwa Raya, maka

Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memutuskan sama

ada atau tidak pegawai itu patut terus ditahan kerja.

d) disabitkan tetapi dengan rayuan dibebaskan, maka

pegawai layak semua emolumen mulai tarikh kuat kuasa

tahan kerja/ gantung kerja.

28

4.4.3 Carta Aliran Kes Pegawai Yang Terlibat Dengan Kes Jenayah/ Kesalahan Tatatertib Yang Serius Dan Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Dan Gantung Kerja

Tahan Kerja

1. Kerana terlibat dengan kes jenayah

2.Disyaki melakukan kesalahan tatatertib yang serius

Diputuskan oleh Pihak Berkuasa

Tatatertib yang ada kuasa mengenakan

hukuman buang kerja/ turun pangkat

1. Syarat pegawai disyaki telah :

(i) melakukan jenayah

(ii) melakukan kesalahan tatatertib yang serius

2. Tempoh :

(i) Maksimum 2 bulan atau prosiding

jenayah/ tatatertib bagi tujuan buang

kerja/ turun pangkat dimulakan, ikut

mana yang terdahulu;

(ii) Terhenti pada tarikh prosiding jenayah/

tatertib dimulakan.

3. Tiada potongan/ pengurangan emolumen dalam

tempoh ini.

(i) Oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang ada kuasa buang kerja/ turun pangkat;[28(6)]

(ii) Mulai tarikh pegawai disabitkan dengan kes jenayah oleh mahkamah walaupun pegawai ada membuat rayuan;

[28(6) & (10);45]

(iii) Tidak layak terima emolumen yang telah tidak dibayar semasa ditahan kerja & sepanjang tempoh gantung kerja[45(3)]

(iv) Jika dibuang kerja,emolumen yang tidak dibayar semasa tahan / gantung kerja tidak boleh dibayar;[45A(1)]

(v) Jika pegawai tidak dibuang kerja,dia berhak terima emolumen yang telah ditahan itu;[45A(2)]

(vi) Hentikan bayaran emolumen jika pegawai keluar negeri tanpa izin semasa ditahan kerja.[47(3)]

Untuk tujuan prosiding jenayah/ kes

tatatertib yang serius 28(4) & 44(1)

Untuk tujuan siasatan kes

jenayah/ tatatertib yang

serius.[43(1)]

1. Syaratnya prosiding jenayah / tatatertib dengan

tujuan buang kerja telah dimulakan.

2. Jika disebabkan kes jenayah,boleh ditahan mulai

tarikh ditangkap/saman. Jika tindakan tatatertib

buang kerja,mulai tarikh yang ditetapkan oleh

Pihak Berkuasa Tatatertib.

3. Penahanan kerja terhenti dan emolumen boleh

dibayar jika pegawai dipanggil bertugas semula

walaupun kes selesai.[44(5)]

4. Emolumen yang telah ditahan hanya dibayar

selepas kes selesai dan Pihak Berkuasa Tatatertib

putuskan ianya boleh dibayar.

5. Layak terima minimum 50% emolumen

bulananya.[44(6)]

6. Emolumen dikembalikan jika pegawai dibebaskan

[44(7)]

29

4.5 Senarai Semak: Kes Pegawai Yang Memulakan Kemudahan Cuti Tanpa Terlebih Dahulu Mendapatkan Kelulusan Pihak Berkuasa Melulus

Kemudahan cuti seperti Cuti Rehat, Cuti Menjaga Anak, Cuti Mengikut

Pasangan ke Luar Negeri, Cuti Bersalin, Cuti Haji, Cuti Belajar dan Cuti

Tanpa Rekod diberi kepada pegawai bagi tujuan seperti berikut:

(i) menjaga kebajikan serta menerapkan ciri-ciri budaya ikram;

(ii) memberi motivasi/ galakan positif kepada pegawai untuk

meningkatkan prestasi dan produktiviti; dan

(iii) menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada pegawai.

Walau bagaimanapun, semua kemudahan cuti yang disediakan oleh kerajaan

bukanlah hak pegawai dan hanya boleh dinikmati dengan kebenaran dan

kelulusan Ketua Jabatan (Pohon rujuk istilah Ketua Jabatan bagi setiap

maksud cuti untuk kelulusan seperti di Lampiran F). Sehubungan dengan

itu, Ketua Jabatan hendaklah sentiasa memastikan bahawa pegawai telah

mengemukakan permohonan cuti dalam tempoh masa yang ditetapkan/

munasabah dan telah diberi kelulusan terlebih dahulu sebelum bercuti. Dalam

kes di mana pegawai tidak mengemukakan permohonan cuti dan tidak diberi

kelulusan bercuti, Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan seperti

berikut dalam menguruskan kemudahan cuti pegawai:

1. Pastikan pegawai memenuhi semua syarat-syarat yang

ditetapkan di bawah Pekeliling/ Surat Pekeliling/ Surat Edaran

yang berkuat kuasa sebelum memproses permohonan cuti

pegawai.

2. Permohonan lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pihak

Berkuasa Melulus untuk kelulusan.

3. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa menyemak status

kelulusan permohonan cuti pegawai dengan Pihak

Berkuasa Melulus.

30

4. Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan Cuti tanpa terlebih

dahulu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melulus kes

pegawai hendaklah ditafsirkan sebagai tidak hadir bertugas

tanpa kebenaran. Ketua Jabatan hendaklah mengarahkan

pegawai untuk kembali bertugas dan mengambil tindakan

pemotongan emolumen mengikut Perintah Am 14(A), Perintah

Am Bab C.

31

4.5.1 Carta Aliran Kes Pegawai Yang Memulakan Kemudahan Cuti Tanpa Terlebih Dahulu Mendapatkan Kelulusan Pihak Berkuasa Melulus

Pegawai Mengemukakan Permohonan Cuti

Ketua Jabatan

tidak menyokong

permohonan

pegawai. Surat

makluman

dikeluarkan kepada

pegawai.

Tidak menepati syarat-

syarat dan tempoh

(TIDAK LAYAK

MEMOHON)

Menepati syarat-

syarat dan tempoh

(LAYAK

MEMOHON)

Ketua Jabatan

menyemak

permohonan cuti

pegawai

Ketua Jabatan menyokong

permohonan cuti pegawai

untuk kelulusan Pihak Berkuasa

Melulus.

Ketua Jabatan DENGAN BUDI

BICARANYA boleh

mempertimbangkan

permohonan cuti pegawai

untuk kelulusan Pihak

Berkuasa Melulus bagi kes

yang tidak memenuhi tempoh

masa berdasarkan justifikasi

permohonan pegawai

Pihak Berkuasa Melulus meluluskan cuti pegawai

Pihak Berkuasa

Melulus tidak

meluluskan cuti

Ketua Jabatan mengeluarkan surat kelulusan cuti kepada pegawai beserta arahan pemberhentian gaji. Unit Sumber Manusia dan Unit Kewangan hendaklah mengambil tindakan sewajarnya

Ketua Jabatan

mengeluarkan

surat makluman

kepada pegawai

Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan cuti tanpa mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melulus, kes pegawai akan diuruskan

sebagai tidak hadir bertugas tanpa kebenaran dan Ketua Jabatan hendaklah mengarahkan pegawai untuk kembali bertugas serta

melaporkan kepada Unit Sumber Manusia dan Unit Kewangan untuk membuat pemberhentian/ pemotongan emolumen mulai tarikh

pegawai tidak hadir bertugas.

Pihak Berkuasa Melulus meluluskan cuti pegawai

Ketua Jabatan mengeluarkan surat kelulusan cuti kepada pegawai beserta arahan pemberhentian gaji. Unit Sumber Manusia dan Unit Kewangan hendaklah mengambil tindakan sewajarnya

32

5.0 PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

Kehilangan wang awam adalah diurus berpandukan kepada Arahan

Perbendaharaan 314 sehingga 328 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk

meningkatkan dan menambah baik perkhidmatan awam, peraturan kewangan

yang dikeluarkan juga perlulah jelas dan bersesuaian dengan perkembangan

semasa. Hapus kira pada amnya merupakan satu prosedur perakaunan bagi

memastikan laporan kewangan yang disediakan adalah kemas kini, tepat dan

teratur. Di samping itu, hapus kira kehilangan wang awam juga bertujuan untuk

membolehkan Pihak Berkuasa Kewangan mengesyorkan tindakan surcaj atau

tatatertib ke atas pegawai yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan.

5.1 Hapus Kira Kehilangan Disebabkan Oleh Pembayaran Lebih – Arahan

Perbendaharaan 327

5.1.1 Apabila terdapat apa-apa pembayaran lebih atau pembayaran

yang salah dibuat, Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan hendaklah

mendapatkan lebihan bayaran tersebut secara sekali gus atau

dengan ansuran seperti dijelaskan dalam AP 327(a) daripada

penerima bayaran.

5.1.2 Bagi penerima bayaran yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan,

permohonan untuk bayaran secara ansuran boleh

dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan. Jika diluluskan,

permohonan untuk suatu Pendahuluan daripada Kumpulan

Wang Amanah Pendahuluan Diri (Pegawai Awam) atas nama

penerima bayaran hendaklah dipohon.

33

5.1.3 Bayaran terlebih yang diterima dalam tahun semasa, Jabatan

hendaklah mendebitkan Kumpulan Wang Pendahuluan dan

mengkreditkan ke dalam akaun yang terlebih bayar. Manakala

ansuran bulanan pegawai hendaklah dikreditkan ke dalam Akaun

Pendahuluan.

5.1.4 Bayaran terlebih yang diterima dalam tahun berikutnya, Jabatan

hendaklah mendebitkan Kumpulan Wang Pendahuluan Diri dan

mengkreditkan ke dalam Akaun Hasil Lain-lain Terimaan.

Manakala bayaran balik pegawai hendaklah dikreditkan ke dalam

Kumpulan Wang Pendahuluan Diri Pegawai Awam.

5.1.5 Kelulusan bayaran balik Akaun Pendahuluan bagi tempoh

tidak melebihi daripada 18 bulan boleh ditimbang di peringkat

Pegawai Pengawal. Bagi bayaran balik melebihi tempoh tersebut,

permohonan hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan

Perbendaharaan.

5.1.6 Bagi penerima bayaran yang bukan Pegawai Kerajaan, bayaran

secara sekali gus hendaklah dibuat. Walau bagaimanapun

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan permohonan bayaran

secara ansuran jika berpuas hati bahawa penerima bayaran tidak

akan mungkir bayaran ansuran bulanan yang dipersetujui.

5.1.7 Sekiranya pembayaran balik sepenuhnya tidak boleh

didapatkan atau tidak patut didapatkan, Pegawai Pengawal

hendaklah melantik Jawatankuasa Penyiasat secara bertulis

bagi menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

34

(a) Mengenal pasti pegawai-pegawai yang bertanggungjawab ke

atas pembayaran lebih/ salah;

(b) Mendapatkan keterangan mengapa pembayaran berkenaan

tidak patut didapatkan sama ada sebahagian atau

sepenuhnya;

(c) Mendapatkan maklumat bahawa penerima bayaran menerima

bayaran dengan suci hati seperti contoh penerima tidak

mengetahui langsung bahawa bayaran yang diterima adalah

salah, penerima tidak terlibat secara langsung dalam

penyediaan bayaran berkenaan atau pembayaran berkenaan

berpunca dari peraturan yang tidak jelas dan lain-lain

keterangan yang boleh membuktikan bahawa penerima tidak

berniat untuk menerima bayaran berkenaan;

(d) Menyoal siasat pegawai-pegawai terlibat dalam menyediakan

pembayaran atau mana-mana pegawai yang difikirkan perlu

bagi mendapatkan maklumat bahawa kesalahan berkenaan

disedari atau tidak disedari semasa penyediaan dokumen

pembayaran;

(e) Meneliti rekod-rekod kewangan dan menyediakan kronologi

kes; (f) Tindakan-tindakan lain yang difikirkan sesuai bagi

melengkapkan siasatan;

(g) Mengenal pasti sama ada Arahan Perbendaharaan dan lain-

lain peraturan kewangan yang dikeluarkan oleh

Perbendaharaan dipatuhi; (h) Mengesyorkan langkah-langkah

35

kawalan bagi mengelak berulangnya kejadian tersalah atau

terlebih bayar; dan

(i) Menyediakan dan menandatangani Lampiran L – Arahan

Perbendaharaan 328(a) menggunakan format seperti di

Lampiran E dan mengemukakan kepada Pegawai Pengawal

untuk ulasan dan syor.

5.1.8 Laporan lengkap dengan syor dan ulasan Pegawai Pengawal

hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan untuk

pertimbangan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh diketahui

apa-apa pembayaran lebih atau pembayaran yang salah.

5.1.9 Tindakan Kementerian /Jabatan Selepas Kelulusan

(a) Kelulusan bayaran terlebih yang tidak boleh didapatkan dibiar

dipertanggungkan kepada akaun di bawah AP 327(d)

hendaklah dicatatkan dalam rekod kewangan yang

berkaitan.

(b) Syor surcaj/ tatatertib hendaklah dibawa kepada Pihak

Berkuasa Tatatertib Kementerian/Jabatan dalam tempoh

tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan Perbendaharaan.

(c) Maklumkan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib ke atas

syor surcaj/ tatatertib kepada Perbendaharaan dalam

tempoh tidak lewat daripada 14 hari bekerja dari tarikh

keputusan dibuat.

36

6.0 PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN

(A) CUTI

6.1 Cuti Sakit

5.1.1 Perintah Am 15, 17 dan 53 Bab C

5.1.2 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985

5.1.3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995

5.1.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002

5.1.5 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006

5.1.6 Surat Edaran KPM bilangan: KPMSP.500-4/2/1 JLD.4

(56) bertarikh 16 November 2015

6.2 Cuti Sakit Lanjutan

5.2.1 Perintah Am 22 dan 53 Bab C

5.2.2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 Lampiran D7 Perenggan 5

5.2.3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995

5.2.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002

6.3 Cuti Separuh Gaji

6.3.1 Perintah Am 13, 51 dan 63 Bab C

6.3.2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991

6.3.3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002

37

6.3.4 Surat Edaran KPM bilangan: KPMSP.500-4/1/13 Jld 3 (91) bertarikh 22 Disember 2015

6.4 Cuti Tanpa Gaji

6.4.1 Perintah Am 14 dan 52 Bab C

6.4.2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991

6.4.3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002

6.4.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009

6.4.5 Surat Edaran KPM bilangan: KP(PP) 0069/6/3 Jilid 2 (28) bertarikh 23 Mac 2010

6.4.6 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014

6.4.7 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2016

(B) PERUBATAN

6.5 Lembaga Perubatan

6.5.1 Perintah Am Bab F

6.5.2 Surat Pekeliling Perkhidmatan, KPM Bilangan 6 Tahun 1994

6.5.3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995

6.5.4 Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 18 Tahun 2010, KKM

6.5.5 Surat Edaran KPM bilangan KP(PP) 0069/6/3 Jld.4(5)

bertarikh 21 Disember 2010

38

6.5.6 Surat Edaran KPM bilangan KP(PP) 0089/175 Jld.7 (68)

bertarikh 30 November 2015

(C) PENGURUSAN GAJI/ PENDAHULUAN DIRI

(1) Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 2 Tahun 1999

(2) Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2012

(3) Surat Edaran KPM bilangan KP(BKEW)(PK)1067/D/1-1/Jld.2

(51) bertarikh 31 Julai 2013

(4) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016

(D) AKAUN BELUM TERIMA

(1) Arahan Perbendaraan (AP) 89A dan AP 90

(2) Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 9 Tahun 2011

(3) 1Pekeliling Perbendaharaan WP10.6/2013

(4) Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 13 Tahun 2014

(E) PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61)

(2) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Seksyen 17(b)]

(3) Perwakilan Kuasa P.U.B 436 – 30 November 2007

(4) Arahan Perbendaharaan (AP) 314 hingga 328

39

(5) Pekeliling Perbendaharaan - WP10.3/2013

(6) Surat Rujukan KK/BPA/WAI 10/173/291 Jld.3(1) bertarikh 17 Mac 2016

(F) SURCAJ

(1) Arahan Perbendaharaan (AP) 323 hingga 326, AP 327(e) dan (f) dan AP 328(d) dan (e)

(2) Surat Rujukan KK/BPA/WAI 10/173/291 Jld.3(1) bertarikh

17 Mac 2016

(G) TINDAKAN TATATERTIB

(1) Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam

1993 – [P.U. (A) 396/1993]

(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)

1993 – [P.U.(A) 395/1993]

(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)

(Pindaan) 2002 – [P.U.(A) 246]

(4) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 26 Tahun 2008

40

Lampiran A

CONTOH: SURAT ARAHAN PEMOTONGAN GAJI PEGAWAI

Rujukan : Tarikh :

Kepada: (UNIT KEWANGAN)

Tuan,

ARAHAN PEMOTONGAN GAJI PEGAWAI (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas)

Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai ……….. sehingga …………) atau:

Tarikh Bulan Bilangan Hari

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon untuk membuat pemotongan emolumen pegawai pada tarikh yang dinyatakan di atas selaras dengan peruntukan di bawah Perintah Am 14A, Perintah Am Bab C. Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………(Tandatangan)…….. (NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI)

41

Lampiran B

PROSEDUR PEMOTONGAN/ PEMBERHENTIAN GAJI

SG 20 dikemukakan kepada JANM

untuk mengeluarkan pegawai dari Sistem Gaji

Berkomputer

Bulan yang berikutnya

Meninggal Dunia/ Letak Jawatan/ Tidak Hadir Bertugas

Tanpa Kebenaran/ Cuti Tanpa Gaji/ Bersara

Gaji belum

dihantar ke bank

Gaji telah

dihantar ke

bank

Ketua Jabatan

maklumkan

kepada Jabatan

Akauntan

Negara Malaysia

(JANM) untuk

menahan gaji

pegawai

JANM

mengambil

tindakan

penahanan gaji

pegawai

Ketua Jabatan keluarkan surat

arahan pemotongan emolumen

+ Penyata

Kewangan (Kew 8)

+ SG 20

+ Isi borang

permohonan kelulusan

pembayaran gaji melalui baucar

berasingan (bagi pegawai yang

hendak dikeluarkan dari

Sistem Gaji Berkomputer)

Maklumat mengenai

sebab ketidakhadiran

pegawai didapatkan

42

Lampiran C

CONTOH: LAPORAN KES TIDAK HADIR BERTUGAS DAN DAPAT DIHUBUNGI

Rujukan: Tarikh :

Kepada:

(LEMBAGA TATATERTIB)

Tuan,

LAPORAN MENGENAI KETIDAKHADIRAN BERTUGAS (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas)

Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran

Jawatan Dan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat

kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai ….

hingga…..) atau:

Tarikh Bulan Bilangan Hari

3. Pegawai berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera melalui surat

berdaftar akuan terima (nyatakan bil. surat dan tarikh) dan beliau telah menerima surat

tersebut pada (nyatakan tarikh). Walau bagaimanapun pegawai gagal mematuhi arahan

tersebut. Dengan ini pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan

24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan melanggar

tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab.

4. Bersama-sama ini dikemukakan (nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan pegawai tidak

hadir bertugas seperti kad perakam waktu) dan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang

dikemaskini. Dikemukakan laporan ini untuk pertimbangan tuan selanjutnya.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………(Tandatangan)……..

(NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI)

Jawatan

43

Jabatan

Lampiran D CONTOH: ARAHAN HADIR BERTUGAS DENGAN SERTA MERTA

Rujukan : Tarikh :

Kepada: (NAMA DAN ALAMAT PEGAWAI)

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Berdasarkan rekod kad perakam waktu, tuan (Nama Pegawai dan No. Kad Pengenalan) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai …. hingga…..) atau:

Tarikh Bulan Bilangan Hari

3. Ketidakhadiran tuan pada tarikh tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama. Dengan ini tuan dikehendaki hadir bertugas serta merta.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah, ………(Tandatangan)……..

(NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI) Jawatan

44

Jabatan

Lampiran E

CONTOH: LAPORAN KES TIDAK HADIR BERTUGAS DAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI

Rujukan: Tarikh:

Kepada:

(LEMBAGA TATATERTIB)

Tuan,

LAPORAN MENGENAI KETIDAKHADIRAN BERTUGAS (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan

Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas)

Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran

Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa

mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai

…. hingga…..)

3. Pegawai berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera melalui surat berdaftar

akuan terima (nyatakan bil. surat dan tarikh). Walau bagaimanapun, surat arahan kembali bertugas

tersebut dikembalikan tidak terserah/pegawai berkenaan tidak lagi menetap di alamat terakhir

yang diketahui. Usaha-usaha telah dibuat untuk mengesan pegawai iaitu (nyatakan usaha-usaha

yang dibuat untuk mengesan pegawai). Walau bagaimanapun pegawai masih tidak dapat dikesan.

Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993] dan melanggar tatakelakuan di

bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab.

4. Bagi maksud penyiaran notis akhbar di bawah peraturan 26, Peraturan yang sama, bersama-

sama ini dikemukakan (nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan pegawai tidak hadir bertugas

seperti kad perakam waktu) dan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang terkini untuk pertimbangan

pihak tuan selanjutnya.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………(Tandatangan)……..

(NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI)

45

Jawatan

Jabatan

Lampiran F

Jenis Cuti Tempoh Cuti Tempat Bertugas

*Kuasa Melulus

Cuti Rehat

mengikut kelayakan pegawai

semua jenis sekolah

Pengetua/ Guru Besar

PPD Pegawai Pendidikan Daerah

JPN Pengarah Negeri

Bahagian Setiausaha Bahagian/ Pengarah

Institusi Pengarah

Cuti Bersalin sehingga 90 hari *sama seperti Kuasa Melulus di atas

Cuti Haji sehingga 40 hari *sama seperti Kuasa Melulus di atas

Cuti Menjaga Anak

sehingga lima (5) tahun

*sama seperti Kuasa Melulus di atas

Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara

mengikut tempoh pasangan bertugas/ berkursus

Sekolah Sukan/ Sekolah Seni

Pengarah Bahagian Sukan/ Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam

Sekolah Pendidikan Khas

Pengarah Bahagian Pendidikan Khas

Sekolah Pengarah Bahagian

46

Menengah Teknik

Pendidikan Teknik dan Vokasional

Sekolah Berasrama Penuh

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

JPN/ PPD/ Sekolah Menengah Harian/ Sekolah Rendah

Pengarah Negeri

Institusi (IPGM/ Kolej Matrikulasi

Pengarah IPGM/ Pengarah Kolej Matrikulasi

Bahagian Pengarah/ Setiausaha Bahagian

Cuti Belajar

berdasarkan tempoh yang diluluskan

semua bahagian/ agensi di bawah KPM

Jabatan Perkhidmatan Awam

Cuti Tanpa Rekod berdasarkan jenis cuti

pohon rujuk Panduan Pengurusan Kemudahan Cuti, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 12 November 2009