aliran matawang

Upload: jeanney-william

Post on 03-Jun-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 aliran matawang

    1/18

    SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

    373

    Kestabilan Mata Wang dalam MenanganiKrisis Ekonomi: Ke Arah Penggunaan

    Dinar Emas

    SALMY EDAWATIYAACOB,SANEP AHMAD&WAN NAJIHAH WAN MOHD ZABARIA

    Abstrak

    Mata wang fiat apungan adalah tidak stabil dan mudah dieksploitasi oleh penggiatspekulasi. Berganding dengan sistem riba, kegiatan spekulasi menyebabkan berlakunyakrisis ekonomi global apabila sistem kewangan dunia menghadapi masalah NPL danpenurunan nilai mata wang. Ketidakstabilan mata wang jelas menjadi salah satu

    penyumbang utama berlakunya krisis ekonomi global. Persoalannya ialah bagaimanakestabilan nilai mata wang boleh dicapai dan adakah kestabilan tersebut menjaminkestabilan ekonomi? Kajian ini cuba membuktikan bahawa era penggunaan mata wangpiawaian emas dan bersandaran emas adalah era paling stabil dan kadar inflasi duniapaling rendah. Oleh itu dengan kembali semula kepada penggunaan dinar emas nilaimata wang akan menjadi lebih stabil dan natijahnya ialah krisis ekonomi akan dapatdiminimumkan dan dikawal. Implikasi penting kajian ialah penggunaan dinar emasperlu disegerakan bagi menjamin kestabilan ekonomi dunia di masa hadapan.

    Pendahuluan

    Ketidakstabilan mata wang akan mengundang masalah dalam sistem

    ekonomi global. Bermula dengan zaman kemelesetan ekonomi duniapada tahun 1933 (The Great Depression), krisis Peso Mexico pada tahun1995, krisis kejatuhan nilai mata wang negara-negara Asian (1997/98),krisis Rubel di Rusia pada tahun 1998 dan yang terkini krisis ekonomiglobal yang berlaku pada tahun 2008. Krisis ekonomi ini berlaku keranawujudnya ketidakstabilan nilai mata wang fiat yang diguna pakai dalamsistem ekonomi dunia. Mata wang dunia hari ini rata-rata bersandarkankepada dolar Amerika Syarikat. Nilai dolar akan berubah mengikut

  • 8/13/2019 aliran matawang

    2/18

    KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

    374

    perubahan kadar inflasi dan perlakuan spekulasi yang berlaku dalampasaran wang. Keadaan ini akan mempengaruhi jumlah permintaan danpenawaran dolar. Oleh yang demikian, cadangan mengembalikanpenggunaan dinar emas sebagai mata wang merupakan satu alternatifdalam mengawal ketidakstabilan nilai mata wang. Ini kerana emasmerupakan real money yang mempunyai kadar kestabilan yang lebihterjamin tanpa dipengaruhi dengan oleh undang-undang permintaan dan

    penawaran (law of demand and supply), bebas dari inflasi, riba, gharar(keraguan), maysir (perjudian) dan unsur-unsur spekulatif lain.

    Sejarah Pergerakan Nilai Mata wang Dunia

    Sejak tahun 1833 lagi manusia telah menggunakan mata wang yangberasaskan emas dalam transaksi harian mereka sehingga pada tahun1973. Sejarah telah menunjukkan bahawa sistem emas pernahmendominasi kewangan dunia dalam tempoh yang agak lama. Sepanjangtempoh tersebut pergerakan nilai emas adalah kecil dan lebih stabil. Isuketidakstabilan nilai mata wang timbul apabila sistem kewangan duniatidak lagi menggunakan piawaian atau sandaran emas bermula tahun1973 iaitu setelah Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon1(http://ms.wikipedia.org/wiki/Richard_Nixon) memutuskan hubungan

    emas dengan wang kertas. Sejak dari itu sehingga sekarang sistemkewangan dunia menggunakan sistem mata wang terapung. Mata wangtanpa sandaran akan mudah dispekulasi dan dimanipulasi oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

    Data kestabilan pergerakan nilai emas dapat dilihat melalui tinjauansejarah empat zaman utama iaitu bermula dengan zaman sebelum PerangDunia Pertama (World War I) yang dikenali sebagai zaman CalassicalGold Standard (1821-1914), zaman Gold Exchange Standard (1925-1931), zamanBretton Wood System (1946-1971) dan zaman mata wangapungan (1973- sekarang). Data sejarah ini menunjukkan pergerakannilai emas adalah lebih stabil jika dibandingkan dengan pergerakan mata

    wang fiat.

  • 8/13/2019 aliran matawang

    3/18

    SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

    375

    Zaman Piawaian Emas Penuh /Calassical Gold Standard(1821-1914)

    Piawaian emas2 didefinisikan sebagai penetapan nilai mata wangdomestik berasaskan berat emas tertentu (Michael David Brodo 1981)dan ia mengizinkan pertukaran bebas dan perdagangan dalam bentukemas (Cristopher M. Meissner 2003, Cedric Muhammad 1997). Secaraumumnya, sesebuah negara dikatakan melaksanakan sistem piawaianemas penuh apabila ia menggunakan emas sebagai sandaran nilai(ultimate numeraire) kepada mata wang (Marcello de Cecco 1974).

    Sistem ini mula diperkenalkan di England di bawah Akta Lord Liverpoolpada tahun 1816 (Maria Cristina Marcuzzo 1986) sewaktu pemerintahanSir Isaac Newton (Mark Duckenfield 2004). Walau bagaimanapun,kebanyakan negara mula mengamalkan sistem ini dalam tempoh 25tahun di antara tahun 1880-1914 (Marcello de Cecco 1974, Mansor Jusoh& Hamzaid Yahya 1990). 3

    Melalui sistem ini, setiap negara menetapkan nilai mata wangmasing-masing dalam sebutan emas. Sebagai contoh; Amerika Syarikatmenetapkan AS$1.00 = 23.22 grain emas tulen dan United Kingdommenetapkan 1.00 = 113.0016 grain emas tulen. Tiap-tiap negara mesti

    bersedia membeli atau menjual emas pada harga yang telah ditetapkan itu.

    Oleh sebab nilai setiap mata wang dalam sebutan emas adalah tetap,maka kadar pertukaran antara mata wang itu juga tetap. Misalnya, nilaiemas dolar Amerika Syarikat ialah AS$1.00 = 23.22 grainemas dan nilaiemas paun sterling ialah 1.00 = 113.0016 grain emas, maka kadar

    pertukaran antara dolar dan paun sterling ialah AS$1.00 = 0.205(23.22/113.0016) atau 1.00 = AS$4.866 (113.0016/23.22). Kadar

    pertukaran yang diperoleh itu dikenali sebagai pariti min (Mansor &Hamzaid 1990). Di sini, data sejarah menunjukkan dalam tempoh 1821sehingga 1914 Great Britain telah menetapkan harga emas pada 3, 17s,10 d manakala Amerika Syarikat bermula tahun 1834 1933 telahmenetapkan harga emas pada $20.674 satu auns (Michael David Bordo

    1981).Dalam sistem piawai emas penuh, setiap negara menggunakan wang

    yang sama, iaitu emas dan mempunyai beberapa jenis piawai emas penuh,antaranya ialah piawai syiling emas dan piawai jongkong emas. Kerajaanakan membuat syiling emas pada piawai yang rasmi danmemperuntukkan sebahagiannya sebagai seigniorage5untuk membiayaikos membuat syiling. Emas digunakan dalam urus niaga tempatan serta

  • 8/13/2019 aliran matawang

    4/18

    KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

    376

    di peringkat antarabangsa. Kelebihan utama standard emas antarabangsaadalah nilai emas yang stabil (Bernstein 1965; Kemmerer 1944).

    Sistem kewangan dunia telah berpengalaman dalam melaksanakansistem piawaian duit syiling emas selama hampir 94 tahun, bermuladaripada penerimaan pertama seperti piawaian daripada Eropah padatahun 1821 sehingga kejatuhannya pada tahun 1914 semasa PerangDunia Pertama. Sejarah zaman ini telah menunjukkan emas mempunyainilai yang stabil berbanding komoditi lain (Kemmerer 1944).

    Maka, tidak hairanlah jika era ini sering kali disebut sebagai zamankeagungan piawaian emas (Chacholiades 1973) atau era keemasan (WanMansor 1983) kerana dapat menstabilkan harga dan mempertingkatkan

    pertumbuhan ekonomi serta membangunkan perdagangan dunia.Goldenweiser7 (1931) juga mengakui zaman perang dan selepas perangrizab emas dalam gold standard perlu dikembangkan lagi walaupunfungsi-fungsi emas lain terabai. Ini kerana emas perlu dijadikan rizabantarabangsa bagi mendapatkan keyakinan dan kepercayaan masyarakatterhadap keteguhan sistem kewangan dunia. Emas juga berperananuntuk mengekalkan nilainya sebagai medium pertukaran dalam imbangan

    pembayaran antarabangsa (Lorwin 1941). Justeru, tidak hairanlah jikaramai intelektual hari ini memandang era keemasan sebagai zamankegemilangan tukaran asing dengan penuh nostalgia.

    Zaman Piawaian Pertukaran Emas/The Gold ExchangeStandard(1925-1931)

    Zaman piawaian pertukaran emas dengan wang kertas bermula apabilasistem piawaian emas gagal dipertahankan. Sistem piawaian emas gagaldipertahankan disebabkan oleh beberapa faktor:

    1. Kurang bekalan emas-simpanan emas hanya meningkat (hasildaripada perlombongan) dengan amat perlahan dan menyekat

    perkembangan perdagangan antarabangsa yang semakin maju.Tempoh piawaian emas adalah singkat kerana sistem ini runtuh padatahun 1914 akibat perang dunia yang pertama dan harga emas padamasa itu adalah AS$20.67 satu auns (Chua et al. 1989).

    2. Great Depression - krisis kemelesetan ekonomi yang teruk (GreatDepression) antara tahun 1929 sehingga 1933. Rentetan daripadakeadaan ekonomi dunia yang tidak menentu selepas perang telahmendorong beberapa buah negara (Johannsson 1997) terutamanyanegara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Britainmengambil inisiatif untuk mewujudkan sistem kewangan yang bebas

  • 8/13/2019 aliran matawang

    5/18

    SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

    377

    dan pelbagai hala (Chacholiades 1973). Oleh itu, mata wang duniatidak lagi berpaksikan atas satu piawaian yang sama, malah setiapnegara menempa mata wang sendiri dengan piawaian berbezamengikut negara masing-masing (Brown 1978).

    3. Bantahan terhadap sistem piawaian emas - supaya mengurangkankebolehan emas untuk kegunaan industri dan juga menyebabkan

    berlakunya pembaziran sumber-sumber dalam penciptaan emasuntuk kegunaan kewangan. Dalam tempoh yang singkat, hal initidak selalunya benar. Ia bergantung kepada beberapa perkara seperti

    pertumbuhan ekonomi, apa yang telah terjadi terhadap nilai pasaranemas dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa

    yang panjang, dengan peluasan ekonomi, penggunaan emas sebagaiwang sudah pasti menggambarkan pengurangan dalam kegunaanindustri. Kos-kos penciptaan meningkat melebihi kos mencetakwang kertas (Marquard 1994).

    Kesimpulannya, piawaian emas runtuh semasa Perang Dunia I,setelah berjaya sepanjang tempoh managed fiduciary money dan secararingkasnya telah mewujudkan sistem Piawaian Pertukaran Emas bermulatahun 1925-1931. Di bawah sistem ini setiap negara perlu memegangkedua-dua emas dan dolar/pound sebagai simpanan negara kecualikepada Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kedua-dua negara ini

    hanya perlu menjadikan emas sebagai simpanan. Sebagai tambahan,kebanyakan negara terikat dalam polisi pembekuan (sterilization policy)untuk menghalang pengeluaran mata wang domestik daripada mengikutaliran emas (Bordo 1981). Oleh itu, dalam tempoh ini nilai emas dalam

    pasaran menjadi tidak menentu kerana bermulanya sistem mata wangyang tidak bersandar penuh dengan nilai emas.

    Zaman Bretton Woods /Bretton Wood System (1946-1971)

    Pada tahun 1944 perwakilan daripada 44 buah negara bukan komunis diseluruh dunia telah mengadakan satu persidangan untuk melakukanreformasi terhadap sistem kewangan antarabangsa. Hasil daripada

    persidangan tersebut tercetuslah sistem Bretton Woods dan ianyadigunakan bermula dari tahun 1944 sehingga tahun 1971 iaitu selama 27tahun. Tempoh itu dikenali sebagai Era Bretton Woods (Chacholiades1973).

    Secara prinsipnya, sistem Bretton Woodsmasih mengekalkan emassebagai nilai asas mata wang dan atas kadar tukaran tetap. 8Dalam sistemini sesebuah negara akan menetapkan nilai mata wangnya pada emas atau

  • 8/13/2019 aliran matawang

    6/18

    KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

    378

    pada dolar Amerika Syarikat pada satu kadar yang disebut nilai tara.9Nilai emas yang ditetapkan adalah pada harga AS$35 seauns yangmenjadi asas nilai sesuatu mata wang. Dolar AS bebas ditukar denganemas apabila dituntut. Jika negara yang menetapkan mata wangnya padadolar AS ingin mendapatkan emas, negara itu harus menukarkan matawangnya10 kepada dolar AS terlebih dahulu (Bordo 1981; Chua et al.1989; Schelling 1958).

    Setiap mata wang juga dibenarkan berubah mengikut kadartukarannya pada tahap 1% daripada nilai pariti masing-masing. Satu

    pembaharuan dalam sistem Bretton Woods ialah selain emas, negara-negara ahli juga dibenarkan memegang mata wang lain yang diterima

    oleh masyarakat antarabangsa sebagai media pertukaran dan rizab. Matawang dolar AS merupakan mata wang yang mendapat kepercayaankerana Amerika Syarikat telah membuat akuan dan berjanji untuk sediamembeli dan menjual emas pada bila-bila masa. Oleh yang demikian,kedudukan dolar AS menjadi semakin penting dalam sistem kewanganantarabangsa. Era Bretton Woods juga menyaksikan peranan emassebagai mata wang. Hampir semua kerajaan menyifatkan emas sebagaimata wang dengan merasakan emas diterima di bank pusat atau pihak

    berkuasa kewangan dan mata wang negara dikeluarkan mengikut emas.Ini bermaksud, emas adalah secara bebas dibeli apabila ditawarkan untuk

    jualan dan dalam kebanyakan negara teknik pembelian adalah bersamaanpengeluaran mata wang dalam bentuk akaun mata wang negara di bankpusat (Schelling 1958).

    Zaman Mata Wang Apungan (1973-2009)

    Sistem Bretton Woods telah berjalan dengan baik sehingga pada tahun1971 apabila Amerika Syarikat mengalami defisit dalam imbangan

    pembayarannya akibat percetakan dolar yang berlebihan daripada rizabemas. Kemusnahan sistem tukaran tetap melambangkan manifestasiAmerika Syarikat mengekang defisit imbangan pembayarannya yang

    semakin besar.Ketidakseimbangan tuntutan bayaran dengan simpanan emas yang

    ada menyebabkan Amerika Syarikat mengalami kemerosotan besardalam rizab emasnya, iaitu daripada sebanyak AS$18.0 bilion pada tahun1960 menjadi sebanyak AS$11.0 bilion pada tahun 1970. Jumlah ini akanmenjadi lebih besar sekiranya dimasukkan segala tuntutan jangka pendekyang perlu dilunaskan oleh Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, tidakhairanlah apabila semakin banyak negara yang meragui bahawa nilai

  • 8/13/2019 aliran matawang

    7/18

    SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

    379

    pariti emas dolar Amerika Syarikat seperti yang ditetapkan pada awalsistemBretton Woods tidak dapat dipertahankan (Mohidin 1994).

    Pada 18 Disember 1971, negara-negara industri utama yang terdiridaripada kumpulan 10 iaitu Belgium, Kanada, Prancis, Jerman, Itali,Amerika Syarikat, Jepun, Belanda, Sweden dan United Kingdom(Chacholiades 1973) telah bersetuju membuat satu perjanjian yangdinamakan Perjanjian Smithsonianbagi meredakan sementara keadaan di

    pasaran tukaran asing. Melalui perjanjian tersebut, Amerika Syarikatbersetuju menurunkan nilai dolar dengan syarat Jerman, Jepun danPrancis bersetuju untuk menaikkan nilai mata wang masing-masing.Amerika Syarikat bersetuju menaikkan nilai emas daripada AS$35

    seauns kepada AS$38 seauns yang mana sama dengan penurunan dolarAS sebanyak 7.9%. Dengan perkembangan terakhir, dolar AS ternyatatidak berupaya menjadi mata wang rizab tunggal bagi seluruh duniawalaupun ia masih mengekalkan statusnya sebagai mata wangantarabangsa. Oleh itu, negara Eropah seperti Jerman, Itali dan Prancistelah memutuskan untuk mengapungkan mata wang masing-masing di

    pasaran tukaran mata wang asing (Mohidin 1994).Bulan Februari pada tahun 1973, penurunan nilai terpaksa dilakukan

    sekali lagi sebanyak 10%, tetapi keadaan tidak berubah dan akhirnyapada bulan Mac 1973, pasaran tukaran asing terpaksa ditutup untukbeberapa minggu apabila keadaan tidak dapat dikawal. Apabila ia dibukakembali, kadar pertukaran dibenarkan terapung dan dengan sendirinyamenamatkan sistem Bretton Woods. Semenjak runtuhnya PerjanjianBretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistemmata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilai

    pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuanturun naik nilai mata wang sekali gus memberi peluang kepadaspekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain.Richard Duncan (1994), dalam bukunya The Dollar Crisis,meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih burukdaripada Great Depression seandainya sistem kewangan sekarang

    diteruskan. Sistem kadar pertukaran terapung dengan rasminyadibenarkan oleh satu perjanjian yang dikenali sebagai PerjanjianJamaicapada tahun 1976 dan pada masa yang sama emas tidak lagi mempunyainilai rasmi. Emas hanya dijual dan dibeli oleh bank pusat pada harga

    pasaran.Sistem kadar pertukaran terapung beroperasi apabila pihak berkuasa

    kewangan biasanya bank pusat sesebuah negara tidakdipertanggungjawabkan untuk memastikan nilai pertukaran berada dalam

  • 8/13/2019 aliran matawang

    8/18

    KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

    380

    satu had atau lingkungan yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, sistemkadar pertukaran ini sama ada naik atau turun berdasarkan faktor-faktor

    penawaran dan permintaan terhadap sesuatu mata wang dalam pasaran.Seperti juga barang komoditi, apabila sesuatu mata wang melebihi

    penawaran di pasaran wang antarabangsa maka nilai mata wang tersebutakan turun. Jadi, secara amnya sistem pertukaran terapung akan menjadilebih mudah berubah daripada sistem kadar pertukaran tetap, disebabkanfaktor permintaan dan penawaran mata wang yang tidak menentu dantanpa campur tangan daripada pihak berkuasa kewangan (Wan Mansor1983). Oleh itu, bermula tahun 1973 sehingga ke hari ini sistemkewangan dunia menggunakan sistem mata wang terapung. Mata wang

    tanpa sandaran akan mudah dispekulasi dan dimanipulasi oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

    Kestabilan Mata wang Dan Inflasi Ekonomi Dunia

    Definisi Inflasi

    Inflasi11 bermaksud kenaikan tingkat harga umum secara berterusan disesebuah negara dalam tempoh masa tertentu (Peter L. Bernstein 1968).Dalam ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalamtingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga bolehmerujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan

    tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhannilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi (Wikipedia;www.wikipedia.org/wiki/Inflasi , 5 Ogos 2009).

    Ahli ekonomi bersetuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yangtinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangantentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendahatau sederhana di sumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangandan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa

  • 8/13/2019 aliran matawang

    9/18

    SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

    381

    kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakanahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar

    pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhanproduktiviti dalam sesuatu ekonomi (Wikipedia;www.wikipedia.org/wiki/Inflasi , 5 Ogos 2009).

    Sejarah inflasi dunia menyaksikan bahawa terdapat perbezaan yangketara sewaktu dunia mengamalkan penggunaan mata wang emas/perakatau bersandarkan piawaian emas dengan penggunaan mata wang kertas.Secara umumnya dapat ditunjukkan bahawa kadar inflasi adalah rendah

    pada masa regim mata wang menggunakan emas atau bersandaran emasberbanding kadar inflasi yang tinggi dalam tempoh mata wang apungan.

    Jadual 14 dapat memberi gambaran keadaan tersebut.

    Jadual 3.1: Kadar Inflasi Tahunan Di US Dari Tahun 1800 2008

    Tahun Kadar Inflasi Tahun Kadar Inflasi Tahun Kadar Inflasi

    1800 2.10 1820 -7.87 1840 -7.10

    1801 1.31 1821 -3.52 1841 0.95

    1802 -15.73 1822 3.65 1842 -6.62

    1803 5.49 1823 -10.65 1843 -9.24

    1804 4.38 1824 -7.88 1844 1.12

    1805 -0.70 1825 2.57 1845 1.10

    1806 4.23 1826 0.00 1846 1.09

    1807 -5.41 1827 0.83 1847 7.69

    1808 8.66 1828 -4.96 1848 -4.14

    1809 -2.05 1829 -1.85 1849 -3.14

    1810 0.00 1830 -0.89 1850 2.16

    1811 6.80 1831 -6.26 1851 -2.11

    1812 1.26 1832 -0.95 1852 1.08

    1813 20.02 1833 -1.93 1853 0.00

    1814 9.89 1834 1.97 1854 8.68

    1815 -12.29 1835 2.89 1855 2.95

    1816 -8.65 1836 5.62 1856 -1.91

    1817 -5.36 1837 2.77 1857 2.92

    1818 -4.34 1838 -2.70 1858 -5.67

    1819 0.00 1839 0.00 1859 1.00

  • 8/13/2019 aliran matawang

    10/18

    KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

    382

    Tahun Kadar Inflasi Tahun Kadar Inflasi Tahun Kadar Inflasi

    1860 0.00 1892 0.00 1924 0.18

    1861 5.96 1893 -1.13 1925 2.51

    1862 14.17 1894 -4.36 1926 0.97

    1863 24.82 1895 -2.40 1927 -1.86

    1864 25.14 1896 0.00 1928 -1.38

    1865 3.68 1897 -1.23 1929 0.00

    1866 -2.53 1898 0.00 1930 -2.51

    1867 -6.82 1899 0.00 1931 -8.80

    1868 -3.91 1900 1.24 1932 -10.311869 -4.14 1901 1.23 1933 -5.12

    1870 -4.24 1902 1.21 1934 3.32

    1871 -6.40 1903 2.28 1935 2.54

    1872 0.00 1904 1.17 1936 0.95

    1873 -2.03 1905 -1.16 1937 3.61

    1874 -4.83 1906 2.23 1938 -1.88

    1875 -3.62 1907 4.47 1939 -1.42

    1876 -2.35 1908 -2.09 1940 1.01

    1877 -2.31 1909 -1.12 1941 4.991878 -4.73 1910 4.42 1942 10.66

    1879 0.00 1911 0.00 1943 6.13

    1880 2.48 1912 2.06 1944 1.73

    1881 0.00 1913 2.13 1945 2.27

    1882 0.00 1914 0.94 1946 8.56

    1883 -2.02 1915 0.52 1947 14.33

    1884 -2.06 1916 9.24 1948 7.79

    1885 -2.00 1917 20.49 1949 -0.96

    1886 -2.15 1918 17.47 1950 0.961887 1.10 1919 14.87 1951 7.89

    1888 0.00 1920 15.84 1952 2.19

    1889 -3.25 1921 -10.68 1953 0.75

    1890 -1.12 1922 -6.31 1954 0.49

    1891 0.00 1923 1.79 1955 -0.37

  • 8/13/2019 aliran matawang

    11/18

    SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

    383

    Tahun Kadar Inflasi Tahun Kadar Inflasi Tahun Kadar Inflasi

    1956 1.49 1981 10.38 2006 3.23

    1957 3.57 1982 6.13 2007 2.85

    1958 2.74 1983 3.21 2008 3.84

    1959 0.83 1984 4.32 2009 -

    1960 1.58 1985 3.56

    1961 1.01 1986 1.86

    1962 1.14 1987 3.65

    1963 1.19 1988 4.14

    1964 1.34 1989 4.821965 1.71 1990 5.40

    1966 2.85 1991 4.21

    1967 2.90 1992 3.01

    1968 4.19 1993 2.99

    1969 5.37 1994 2.56

    1970 5.92 1995 2.83

    1971 4.30 1996 2.95

    1972 3.31 1997 2.29

    1973 6.21 1998 1.561974 10.98 1999 2.21

    1975 9.14 2000 3.36

    1976 5.76 2001 2.85

    1977 6.45 2002 1.58

    1978 7.61 2003 2.28

    1979 11.27 2004 2.66

    1980 13.52 2005 3.39

    Sumber: www.measuringworth.com 05 Ogos 2009.

    Jadual 4.1: Menunjukkan pergerakan inflasi bermula tahun 1800-2008.Pada awal awal tahun 1800 emas digunakan sebagai mata wang.

    Berdasarkan jadual di atas, tahun 1808-1814 adalah tempohberlakunya inflasi. Perang Napoleonic telah berlaku dalam tempohtersebut dan melibatkan semua negara Eropah termasuk negara Russia.Dalam tempoh ini, sistem kewangan tidak diuruskan dengan baik dan

  • 8/13/2019 aliran matawang

    12/18

    KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

    384

    menjadi semakin buruk kesan daripada perdagangan hiperaktif yangpenuh risiko. Pada tahun 1801, harga telah meningkat melebihi 68peratus. Akhir tahun 1813, wang kertas dalam edaran telah mencapaitahap yang paling tinggi. Apabila peperangan ini semakin pulih, hargakomoditi dan emas telah mula menyusut. Ini menyebabkan kuasa beliemas telah berkurang (Roy W. Jastram 1997). Menurut pendapat Mazhab

    Neo-Keynes, inflasi sebelum perang dunia adalah akibat kenaikanpenawaran wang. Manakala, inflasi pada tahun 1896-1964 adalahberhubung dengan perkembangan wang yang disebabkan oleh penemuanemas. Penemuan ini telah menguatkan insentif menaikkan penawaranwang dan melemahkan halangan ke atas perkembangan wang. Selain itu,

    pembubaran Bretton Woods juga telah mengundang inflasi dunia keranarentetan dari itu, International Monetary Fund (IMF) telahmemperbesarkan cadangan penawaran dunia antarabangsa denganmemperkenalkan Special Drawing Rights (SDR). Sistem IMFmelemahkan halangan imbangan pembayaran kepada inflasi (Yap ChanLing 1979).

    Jadual ini menunjukkan pada tahun 1920-1930 inflasi hanya 0.8%merupakan paling rendah dalam sejarah dunia kerana pada tahun 1880-1930 adalah era piawaian emas penuh. Manakala pada tahun 1917-1921,1941-1950, 1970-1985 antara tahun-tahun yang mengalami inflasi tinggitercatat disebabkan perang dunia pertama (1914-1918), perang duniakedua (1940-1945) dan perang Vietnam (1965-1975). Pembubaran ikatanemas dengan dolar pada tahun 1971 juga memberi kesan kepada inflasidunia12 (Yap Chan Ling 1979). Pada zaman kemelesetan ekonomi padatahun 1920-1929 menunjukkan inflasi negetif sehingga mencapai -1.94%.

    Pada tahun 1880 hingga tahun 1914, sistem kewangan yangdigunakan ialah sistem Gold Standard dan zaman ini dikenali sebagaizaman keemasan (The Golden Age) di mana harga emas adalah stabil danwalaupun harga komoditi mengalami naik turun tetapi perbezaan kadarnaik turun adalah kecil dan hampir mendatar. Walaupun pada masa inikeadaan ekonomi adalah dalam keadaan inflasi, namun kadar inflasi

    adalah cukup rendah (Roy W. Jastram 1997).Selepas tahun 1914, iaitu selepas tamatnya tempoh Gold Standard,ekonomi kembali berada dalam keadaan inflasi dan berada pada kadaryang sangat tinggi pada tahun 1917 hingga tahun 1920. Sistem kewangan

    pada masa ini masih membenarkan pertukaran mata wang kertas danmengeksport emas. Dalam tempoh ini telah berlakunya Perang DuniaPertama yang berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918yang bermula di Balkan. Ketika meletusnya Perang Dunia I, keperluan

  • 8/13/2019 aliran matawang

    13/18

    SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

    385

    kewangan menjadi amat besar dan ini memaksa percetakan danpengeluaran wang yang lebih banyak. Bagi mengelakkan kesan yangtidak diingini kepada pasaran domestik, kebanyakan negara membatalkan

    peraturan piawaian emas. Pada ketika itu, harga emas London tidakmengalami peningkatan. (Roy W. Jastram 1997).

    Purata tahunan kadar inflasi juga menunjukkan bahawa kadarterendah berlaku pada era penggunaan piawaian emas. Keadaan ini dapatditunjukkan didalam Gambarajah 3.1 dibawah.

    Gambarajah 3.1: Purata Tahunan Inflasi Mengikut Abad

    Sumber: www.InflationData.com, 05 Ogos 2009

    Pada tahun 1914, Congress telah meluluskan Akta Rizab Emas yangmana telah mengubah sistem kewangan Amerika. Penggunaan syilingemas tidak lagi diteruskan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1915, padaawal tercetusnya peperangan, industri perkilangan dapat dipulihkan dankadar eksport turut meningkat dengan sangat banyak, kadar inflasi padaketika itu adalah sangat rendah iaitu 0.52. Pada 1933 hanya lima negarayang dikenali Gold Bloc (Perancis, Belgium, Belanda, Itali danSwitzerland) masih mengamalkan piawaian emas. Namun pada 1936sistem ini berakhir apabila berlaku penurunan nilai mata wang Perancisdan Switzerland. Kadar inflasi adalah tinggi pada tahun 1947 adalahdisebabkan oleh kesan daripada perubahan sistem kewangan. Sistemkewangan tidak dapat dikenal pasti antara tempoh 1930 hingga 1946 dan

    bermulanya tahun 1946, sistem kewangan pada masa itu ialah sistemBretton Woods (Roy W. Jastram 1997).

  • 8/13/2019 aliran matawang

    14/18

    KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

    386

    Bermulanya tahun 1971, sistem kewangan yang digunakan ialahsistem mata wang apungan. Mata wang tanpa sandaran akan mudah dispekulasi dan di manipulasi oleh kuasa-kuasa besar seperti AmerikaSyarikat. Berdasarkan jadual di atas, ekonomi berada dalam keadaaninflasi dan pada awal sistem ini, kadar inflasi adalah berada pada tahapkemuncak. Ini adalah berikutan kesan daripada tercetusnya PerangVietnam. Sejak tahun 1975, harga emas telah jatuh dengan mendadak(Roy W. Jastram 1997). Keadaan ini berlaku apabila masyarakat luar dariAmerika Syarikat tidak dapat menebus emas dengan nilai AS35 per aunsemas. Pada masa itu tuntutan rasmi terhadap emas Amerika Syarikat

    pada awal tahun 1971 adalah sejumlah AS$32 bilion. Namun, rizab emas

    yang ada pada ketika itu hanyalah 1/3 daripada jumlah tersebut. Hal inimenyebabkan bank-bank pusat asing secara serentak berpusu-pusumendapatkan kembali emas mereka dengan menebus pegangan dolarAmerika masing-masing akibat hilang kepercayaan terhadap kemampuansaling tukar (convertibility) Amerika Syarikat. Kecelaruan inimenyebabkan Presiden Nixon akhirnya bertindak memutuskan ikatanantara dolar dan emas.

    Pada tahun 1997, sekali lagi berlaku krisis ekonomi yang dimulai diThailand dan mempengaruhi mata wang, bursa saham dan harga asetlainnya di beberapa negara Asia. Krisis ini adalah kesan daripadatindakan spekulator ke atas mata wang yang mana mata wang padazaman ini adalah tidak mempunyai nilai intrinsik dan dicetak tanpasandaran.

    Ketidakstabilan dan susut nilai mata wang kertas dapat dilihatapabila dolar Amerika Syarikat telah kehilangan 95% daripada nilainyasejak 1913. Wang kertas akan sentiasa susut nilai kerana berlaku

    percetakan dan pengeluaran tanpa had. Keadaan ini mula terasa padatahun 1933 apabila rakyat Amerika tidak dapat menukar dolar kepadaemas pada nilai AS20 dengan satu auns emas, walhal nilai ini telahditetapkan oleh Amerika Syarikat sendiri pada masa itu. Seterusnya, jikadibandingkan dengan tahun 2009, susut nilai dolar Amerika lebih jelas

    dengan nilai AS949.7

    1

    bagi satu auns emas (http://www.kitco.com).

    Cadangan Penggunaan Dinar Emas AtauMata Wang Bersandaran Emas

    _________________________

    1Harga satu auns emas pada 13 Ogos 2009.

  • 8/13/2019 aliran matawang

    15/18

    SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

    387

    Melalui pengalaman sejarah dalam sistem kewangan dunia didapati

    bahawa tempoh pengamalan sistem sandaran nilai emas iaitu bermulasistem gold standard, gold exchange standard sehingga sistem BrettonWood menunjukkan bahawa pergerakan nilai mata wang lebih stabil

    berbanding dengan sistem apungan yang bermula tahun 1971. MenurutFrank D. Graham dan Charles R. Whittlesey (1939) fenomena kewanganyang berlaku pada masa kini perlu melihat kepada sejarah perkembanganwang dunia dan sepatutnya tidak mempunyai keraguan untuk melihatkembali fungsi emas sebagai mata wang. Proses itu kemungkinan adalahsatu evolusi. Ini adalah munasabah sama ada satu revolusi sudah pun

    berlaku yang mana untuk mengurangkan perspektif yang tidak dikenaliatau satu revolusi yang masih dijalankan. Lagipun, ia pasti bukan mudahselepas suatu empoh tekanan, kami tidak akan kembali kepada sistemkewangan yang mana sekarang kelihatan mati.

    Oleh itu, cadangan penggunaan dinar emas sebagai mata wangadalah satu alternatif yang didapati sesuai kerana keistimewaan yang ada

    pada emas itu sendiri yang dalam mengawal ketidakstabilan nilai matawang. Ini kerana emas merupakan real money yang mempunyai kadarkestabilan yang lebih terjamin tanpa dipengaruhi dengan oleh undang-undang permintaan dan penawaran (law of demand and supply), bebasdari inflasi, riba, gharar (keraguan), maysir (perjudian) dan unsur-unsurspekulatif lain.

    Penggunaan dinar emas akan dapat menghalang usaha-usahapercetakan dan penghapusan wang dengan sewenang-wenangnya olehkerajaan. Ini akan mengawal jumlah peredaran wang dan inflasi.Kestabilan nilai dinar akan mengelakkan tindakan spekulatif di pasaranwang antarabangsa. Berbeza dengan wang fiat yang boleh dicetak dandiedarkan tanpa sandaran dengan akan mudah dispekulasikan sehingga

    boleh mengakibatkan berlakunya krisis kejatuhan mata wang Asia padapertengahan tahun 1997.

    Bagi siapa yang menyokong untuk mengembalikan penggunaan

    emas sebagai mata wang sebagai penyelesaian kepadaketidakseimbangan mata wang adalah satu realiti. Ini adalah fakta yangjelas dan tidak boleh dicabar bahawa harga emas sekarang adalah tinggidan penawarannya adalah amat menakjubkan (Graham & Whittlesey1939).

  • 8/13/2019 aliran matawang

    16/18

    KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

    388

    Kesimpulan

    Krisis mata wang Asia 1997 dan krisis ekonomi global hari ini (bermula2008) telah menjadi kayu ukur dalam menilai kembali penggunaansistem kewangan sekarang yang mengundang kepada ketidakstabilannilai mata wang dan inflasi. Sejarah telah menunjukkan bahawa lebih1600 tahun sistem kewangan bersandarkan emas telah berlangsung iaituzaman sebelum Islam sehingga tahun 1971. Dalam tempoh-tempohtersebut menyaksikan pertukaran beberapa sistem dalam kewangannamun, tidak lari dari aplikasi keistimewaan emas sebagai mata wang. Ia

    bermula dengan zaman penggunaan mata wang token emas, sistempiawaian emas, sistem pertukaran emas dan sistem Bretton Woods.

    Selama tempoh tersebut sistem kewangan dunia lebih stabil dantenang terutama pada tempoh pengamalan piawaian emas (1880-1914)

    berbanding dengan sistem hari ini. Sememangnya tidak dinafikan, dalamtempoh-tempoh tersebut terdapat juga ketidakstabilan nilai emas yangketara namun, keadaan-keadaan tersebut mungkin tidak akan atau sukar

    berulang lagi pada masa ini seperti Perang Dunia 1 dan Perang Dunia II,Great Depression1930an serta perubahan antara sistem mata wang. Olehitu penggunaan kembali sistem emas atau menggunakan mata wang dinaremas mungkin akan mengembalikan semula kestabilan dan keharmonian

    sistem kewangan yang pernah di kecapi suatu masa dahulu dan yanglebih utama ialah dapat mengurangkan kadar inflasi ekonomi dunia.

    Nota Hujung

    1 Richard Milhous Nixon (9 Januari 1913 22 April 1994) ialah Wakil PresidenAmerika Syarikat ke-36 (1953 - 1961) dan Presiden Amerika Syarikat ke-37(1969 - 1974). Ia merupakan presiden Amerika Syarikat pertama yang meletakkanjawatan presiden. Pengundurannya juga disebabkan Skandal Watergate. Iamengumumkan berakhirnya Perang Vietnam yang mengorbankan ribuan tentarapada 23 Januari 1973. Pengumuman itu secara tidak langsung menjadi buktibahawa Amerika telah kalah dalam perang di Asia Tenggara

    2 Menurut Cristopher M. Meissner (2003) gold standard juga dikenali sebagaiclassical gold standardatau sistem pertukaran tetap.

    3 Critopher M. Meissner menjelaskan bahawa Great Britain merupakan negaraterawal yang mengamalkan gold standard iaitu pada tahun 1821, diikuti denganAustralia (1852), Canada (1853). Manakala Germany Scandinavia, Holland,Switzerland, France, Finland dan Amerika Syarikat pada tahun 1879 dan padatahun 1880-an negara-negara seperti Argentina, Chile, Itali dan Greece memilihuntuk menggunakan sistem ini. Tahun 1910 pula Japan, The Straits Settlement,India dan Filipina telah mengadaptasi sistem gold standard dalam negara masing-masing, h. 2

  • 8/13/2019 aliran matawang

    17/18

    SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & WAN NAJUHAH WAN MOHD ZABARIA

    389

    4 Harga emas ini tidak termasuk pada era Greenback iaitu dari tahun 1861-1878.Lihat Michael David Bordo 1981)

    5 Seigniorage adalah jumlah bayaran yang dikenakan atas usaha melebur danmenempa kepingan logam untuk dijadikan wang. Dalam sistem kewangan hari inisigniorage merupakan keuntungan daripada hasil penciptaan wang kertas yangdiperoleh oleh bank pusat. Dengan perkataan lain signiorage adalah keuntunganyang diperoleh oleh kerajaan melalui usaha untuk menandakan duit syiling yanglebih tinggi daripada kos logam atau mencetak wang kertas dengan nilai mukayang lebih tinggi daripada kos mencetaknya. Perkataan seigniorage juga diejadengan seigneurage atau seigneuriage. Dalam sistem feudal, kuasa untukmencetak syiling terletak di bawah kuasa raja ataupun seigneur. Maka, bahagianpendapatan raja inilah yang dikenali sebagai seigniorage iaitu untuk kegunaanraja sendiri. Kadar seigniorageberubah dari semasa ke semasa. Seigniorageboleh

    dianggap sebagai satu aliran tahunan yang berkait dengan pengeluaran wangbersih (net money issued), ataupun sebagai nilai kini untuk semua keuntungan kinidan juga jangkaan daripada usaha mengeluarkan wang. Keuntungan yangdiperoleh daripada seigniorage ini bergantung kepada keupayaan untuk menarikorang ramai memegang jumlah wang yang dicetak. Makin banyak jumlah wangyang dipegang oleh orang ramai, maka makin banyak seigniorage diperolehi.Kerajaan yang menerbitkan wang sah (legal tender)pasti memperoleh seignioragekerana wang kertas itu mesti dipegang oleh rakyatnya, walaupun pemeganganwang kertas itu tidak menghasilkan pulangan. Lihat Klein Martin (1990).

    6 Ahli Lembaga Rizab Persekutuan, Unit Statistik Buruh, ARYNESS JOY,Amerika Syarikat pada tahun 1940.

    7 Menurut Miltiades Chacholiades (1973) sistem Bretton Woods juga dikenalisebagai sistem pancangan boleh ubah.

    8 Nilai tara atau par value bermaksud nilai yang ditetapkan secara arbitrari padamasa mata wang diterbitkan, lihat Ismail Ibrahimet.al (1996), op. cit, h 106.

    9 Jumlah wang kertas yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dihadkan oleh jumlahstok emas dalam pemegangan. Pihak yang mengeluarkan wang kertas mestimempertimbangkan kemungkinan tuntutan penebusan dan ini secara automatikmenjadi had supaya tidak mengeluarkan wang kertas dengan berlebihan. Walaubagaimanapun tiada jaminan bahawa perubahan penawaran wang yang automatikini berkait dengan perubahan yang diperlukan, oleh itu ia sering terdedah kepadamasalah inflasi dan masalah pelarasan. Lihat Chua Yee Yen, et al(1989), op.cit,h. 107.

    10 Ia ditakrifkan juga sebagai kenaikan tingkat harga umum ekoranketidakseimbangan antara pergerakan barangan dan pergerakan wang lihat(Michael Jefferson et.al 1977).

    11 Menurut pendapat Mazhab Neo-Keynes, inflasi sebelum perang dunia adalahakibat kenaikan penawaran wang . Inflasi pada tahun 1896-1964 adalahberhubung dengan perkembangan wang yang disebabkan oleh penemuan emas.Penemuan ini telah menguatkan insentif menaikkan penawaran wang danmelemahkan halangan ke atas perkembangan wang. Selain itu, pembubaranBretton Woodsjuga telah mengundang inflasi dunia kerana rentetatan dari itu IMFtelah memperbesarkan cadangan penawaran dunia antarabangasa denganmemperkenalkan SDR (Special Drawing Rights). Sistem IMF melemahkanhalangan imbangan pembayaran kepada inflasi lihat Yap Chan Ling (1979).

    12 Harga satu auns emas pada 13 Ogos 2009.

  • 8/13/2019 aliran matawang

    18/18

    KESTABILAN MATA WANG DALAM MENANGANI KRISIS EKONOMI:KE ARAH PENGGUNAAN DINAR EMAS

    390

    Rujukan

    Brendan Brown. 1978.Money Hard and Soft : On The International Currency Markets,Great Bitain: The Macmillan Press LTD, h.126.

    Edward M. Bernstein. 1965. 'Alternatives to Gold-Proposals for a News Reserve Assets'in Gold and World Monetary Problems: National Industrial Conference Board 6-10, 1965.

    Graham, Frank D., and Charles R. Whittlesey. 1939. Golden Avalanche. Princeton:Princeton University Press.

    Haraldur Johannson. 1997. The Colmination and Collapse of The Breeton WoodsSistem, 1959-1971 (1973), Iceland: Akrafjall.

    Kemmerer, Edwin Walter. 1944. Gold and the Gold Standard: The Story of GoldMoney Past, Present, and Future. 1st ed. New York: McGraw-Hill.Lorwin, Lewis L. 1941. EconomicConsequences of the Second World War. New York:

    Random House.Mansor Jusoh & Hamzaid Yahya. 1990. Ekonomi Kewangan Antarabangsa. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Marcello de Cecco. 1974.Money and Empire: The International Gold Standard, 1890-

    1914. London: Basil BlackwellMaria Cristina Marcuzzo & Annalisa Rosseli. 1986. Ricardo and The Gold Srandard,

    Joan Hall (translate), London:Macmillan Academic and Professional LtdMark Duckenfield. 2004. The monetary history of gold: A documentary history, 1660-

    1999, London: Pickering & ChattoMarquard, Steven. 1994. The Distortion Theory of Macroeconomic Forecasting: A

    Guide for Economists and Investors. Westport, CT: Quorum Books.Michael David Bordo. 1981. The Classical Gold Standard : Some Lessons From Today,in Federal Reserve Bank of St. Louis, Edition May 1981

    Michael Jefferson et.al. 1977. A platform book: Inflation. London: John Calder(Publishers) Ltd

    Miltiades Chacholiades. 1973. The Pure Theory of International Trade, London;Chicago; Macmillan: Aldine Publication Co, h. 28

    Peter L. Bernstein. 1968.Money, Banking And Gold, cet. 2, New York: Random HouseRoy W. Jastram. 1997. The Golden Constant; The English and American Experience

    1560-1976, Barkeley: University of California.Schelling, Thomas C. 1958.International Economics. Boston: Allyn and Bacon.Wan Mansor Wan Mahmmod. 1983. Urusniaga Pertukaran Mata wang Asing, Kuala

    Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

    Yap Chan Ling. 1979. Teori-teori Inflasi, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn BhdWikipedia; www.wikipedia.org/wiki/Inflasi , 5 Ogos 2009Wikipedia; http://ms.wikipedia.org/wiki/Richard_Nixon, 4 Ogos 2009www.InflationData.com, 05 Ogos 2008www.kitco.com, 05 Ogos 2008www.measuringworth.com 05 Ogos 2009.