alat muzik tradisional

8
ALAT - ALAT MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA

Upload: durish79

Post on 22-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

alat muzik tradisional malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: ALAT MUZIK TRADISIONAL

ALAT - ALAT MUZIK

TRADISIONAL MALAYSIA

Page 2: ALAT MUZIK TRADISIONAL

KOMPANGKompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Page 3: ALAT MUZIK TRADISIONAL

REBANARebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya dalam kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.

Page 4: ALAT MUZIK TRADISIONAL

ERH HU

Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sederhana dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebelah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.

Page 5: ALAT MUZIK TRADISIONAL

PIPA

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Page 6: ALAT MUZIK TRADISIONAL

DHOLAKDholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan ke atas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

Page 7: ALAT MUZIK TRADISIONAL

VEENAAlat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat daripada kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekuda titian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung hujung jari pemain.

Page 8: ALAT MUZIK TRADISIONAL

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat

Saya sakit

Rumah Ali cantik

Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata hubung

Ayat tunggal

Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.

dan (a) Suhaili suka makan nasi lemak.

(b) Suhaili suka makan mi sup.

Rumah yang besar itu rumah Fazli.

Yang (a) Rumah itu besar.

(b) Rumah itu rumah Fazli.

Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

bahawa (a) Dia memberitahu.

(b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.

Apabila (a) Dia akan balik ke kampung.

(b) Dia ada masa lapang.