alat muzik tradisional

4
Alat Muzik Tradisional Alat muzik tradisional merupakan warisan budaya bagi setiap kaum di Malaysia. Pada zaman dahulu, alat muzik tradisional memainkan peranan sebagai alat penyebaran maklumat, alat ritual dan alat hiburan. Bagi kaum Melayu, alat-alat muzik yang dimainkan oleh mereka ialah gambus, gong, kompang, rebana, seruling, angklung, bonang, caklempong, canang, gambang kayu, saron barong dan sebagainya. Kompang merupakan alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Kaum Cina pula memainkan alat-alat muzik tradisional seperti erh-hu, pipa, yangqin, sheng dan seruling cina. Dalam masyarakat Cina, erh-hu dan pipa sentiasa digunakan sebagai alat solo untuk hiburan dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera cina atau mengiringi nyanyian. Alat-alat muzik tradisional yang dimainkan oleh kaum India adalah seperti sitar, dholak dan sebagainya. Dholak ialah sebuah alat muzik kasikal

Upload: fadhilah-atikah

Post on 11-Dec-2014

446 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alat Muzik Tradisional

Alat Muzik Tradisional

          Alat muzik tradisional merupakan warisan budaya bagi setiap kaum di

Malaysia. Pada zaman dahulu, alat muzik tradisional memainkan peranan sebagai

alat penyebaran maklumat, alat ritual dan alat hiburan.

              

Bagi kaum Melayu, alat-alat muzik yang dimainkan oleh mereka

ialah gambus, gong, kompang, rebana, seruling, angklung, bonang,

caklempong, canang, gambang kayu, saron barong dan sebagainya.

Kompang merupakan alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat

Melayu. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan,

kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

                          

               Kaum Cina pula memainkan alat-alat muzik

tradisional seperti erh-hu, pipa, yangqin, sheng dan seruling

cina. Dalam masyarakat Cina, erh-hu   dan pipa sentiasa

digunakan sebagai alat solo untuk hiburan dan juga

digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera cina atau mengiringi

nyanyian.

                Alat-alat muzik tradisional yang dimainkan oleh kaum

India adalah seperti sitar, dholak dan sebagainya. Dholak ialah

sebuah alat muzik kasikal India Utara dan biasanya digunakan

dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem. Alat muzik ini

juga digunakan untuk mengiringi nyanyian dan tarian semasa

majlis perkahwinan India dilangsungkan.

Page 2: Alat Muzik Tradisional

Arahan: Jawab soalan berikut berdasarkan petikan yang telah diberikan.

1. Nyatakan kegunaan alat muzik pada zaman dahulu.

______________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2. Apakah kegunaan kompang

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

3. Er-hu biasanya digunakan bagi kaum Cina untuk

______________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

4. Alat muzik ini digunakan untuk mengiringi nyanyian dan tarian.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

5. Bagaimanakah anda menunjukkan rasa kecintaan kepada alat muzik

tradisional?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

                                        

Page 3: Alat Muzik Tradisional

Arahan: Bina tiga ayat bagi alat tradisional di bawah.

1.

2.

3.