alat bantu mengajar dan kedudukannya

4
ALAT BANTU MENGAJAR DAN KEDUDUKANNYA PERMAINAN PANCING IKAN Salah satu aktiviti dalam Kelas Pemulihan Khas iaitu aktiviti memancing. Sudut ini saya bina kerana saya mendapat murid-murid terlalu minat dengan aktiviti memancing. Saya telah membina ikan menggunakan polisterin dan pada badan ikan saya tampal dengan cerita pendek dan soalan kefahaman. Saya menggunakan pancing yang sebenar tetapi mata kail saya gantikan dengan magnet. Murid akan memancing ikan dengan melekatkan tali pancing pada mata ikan yang saya tampal menggunakan paku tekan. Selepas murid mendapat seekor ikan ,mereka akan membawa ikan pada tempat duduk masing-masing dan seterusnya membaca cerita dan menjawab soalan kefahaman. SUKU KATA KV

Upload: patriot90

Post on 12-Jan-2016

290 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ABM

TRANSCRIPT

Page 1: Alat Bantu Mengajar Dan Kedudukannya

ALAT BANTU MENGAJAR DAN KEDUDUKANNYA

PERMAINAN PANCING IKAN

Salah satu aktiviti dalam Kelas Pemulihan Khas iaitu aktiviti memancing. Sudut ini saya bina

kerana saya mendapat murid-murid terlalu minat dengan aktiviti memancing. Saya telah

membina ikan menggunakan polisterin dan pada badan ikan saya tampal dengan cerita pendek

dan soalan kefahaman. Saya menggunakan pancing yang sebenar tetapi mata kail saya

gantikan dengan magnet. Murid akan memancing ikan dengan melekatkan tali pancing pada

mata ikan yang saya tampal menggunakan paku tekan. Selepas murid mendapat seekor

ikan ,mereka akan membawa ikan pada tempat duduk masing-masing dan seterusnya

membaca cerita dan menjawab soalan kefahaman.

SUKU KATA KV

Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang terdapat dalam kelas. Sukukata kv dibina menggunakan

kad manilakad yang dipotong sama saiz. Kemudian saya membina huruf menggunakan huruf

century gothic dan dibentuk di atas kertas flouresent yang pelbagai warna. Kemudian huruf-

huruf dicantum menjadi sukukata KV dan ditampal di atas kertas manilad. Akhirnya, saya

membalut setiap kad menggunakan plastik dan ditampal pada dinding kelas.

Page 2: Alat Bantu Mengajar Dan Kedudukannya

LAPORAN AKTIVITI MEMBACA : PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID

PEMULIHAN KHAS

1. Nama Program : Perjumpaan Ibu/bapa/Penjaga Murid Pemulihan Khas

2. Tarikh : 5 Julai 2015

3. Masa : 11.30 pagi

4. Tempat : Kelas Pemulihan Khas SK Sungai Salleh

5. Objektif : meningkatkan Membantu murid pemulihan

6. Sasaran : Murid pemulihan khas

7. Butiran aktiviti :

Pada 5 Julai 2015, guru pemulihan telah mengadakan

perjumpaan bersama waris/penjaga murid pemulihan khas. Aktiviti

ini akan bermula jam 11.30 pagi dan berakhir pada 1.30 tengah

hari. Ia juga merupakan salah satu slot yang diharapkan dapat

meningkatkan pemahaman dan pengetahuan ibu bapa untuk

membantu murid pemulihan.

8. Penilaian program:

8.1 Kekuatan program :

Aktiviti ini merupakan satu alternatif bagi membantu ibu bapa

/penjaga murid pemulihan untuk mengatasi kekangan yang

dihadapi dalam kalangan murid pemulihan. Alhamdulillah, dengan

kerjasama semua ibu bapa, perjumpaan ini dapat meningkatkan

pemahaman ibu bapa dalam membantu murid-murid pemulihan

dalam proses menimba ilmu melalui pembacaan.

8.2 Kelemahan program :

Terdapat ibu bapa yang tidak dapat hadir ke perjumpaan kerana

bekerja.

8.3 Penambahbaikan:

Masa untuk program ini dicadangkan selepas waktu

persekolahan.

Page 3: Alat Bantu Mengajar Dan Kedudukannya

8 Dokumentasi bergambar:

Perjumpaan ibu bapa/penjaga murid pemulihan khas

Disediakan: Disemak: Disahkan:

……………………………………

(NOORMAISARAH BT ABDUL WAHAB)

Setiiausaha Pemulihan

SK Sungai Salleh