al zahrawi - bapa pembedahan moden

17
Al-Zahrawi Sebagai Bapa Pembedahan Moden Ahli Kumpulan: 1. AHMAD FAEIZAL BIN HASSAN SCK SX035252CKD04 2. RASYIDE BIN RAMLI SCK SX035290CKD04 3. AHMAD NASFU B. JOHAR SEE SX041311EEJO4 4. MOHD NIZAM BIN MOHD ZAN SBS SX041275BSJ04 5. AHMAD SHUIB B

Upload: nizam-hajizan

Post on 23-Jun-2015

453 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Tokoh Perubatan di Zaman Kegemilangan Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Al-Zahrawi Sebagai

Bapa Pembedahan Moden

Ahli Kumpulan:1. AHMAD FAEIZAL BIN HASSAN SCK SX035252CKD042. RASYIDE BIN RAMLI SCK SX035290CKD043. AHMAD NASFU B. JOHAR SEE SX041311EEJO44. MOHD NIZAM BIN MOHD ZAN SBS SX041275BSJ045. AHMAD SHUIB B

Page 2: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

TOPIK• Latarbelakang Perubatan Islam• Latar Belakang Al-Zahrawi• Riwayat Hidup Al-Zahrawi• Sumbangan Al-Zahrawi kepada masyarakat & perubatan moden• Penemuan kaedah dan rawatan Al-Zahrawi di dalam bidang pembe

dahan• Sumbangan Al-Zahrawi selain daripada bidang pembedahan• Kitab Al-Tasrif li Man ‘Ajiza ‘an al-Ta’lif (Al-Tasrif)• Elemen penting yg terdapat di dalam kitab dan yang ditulis Al-Zahra

wi• Kaedah perbincangan bahan-bahan ubat-ubatan Al-Zahwawi• Kesimpulan

Page 3: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Latarbelakang Perubatan Islam• Zaman Pertengahan menyaksikan Tamadun Islam berkembang dengan

jayanya dalam pelbagai bidang.• Mereka telah menghabiskan seluruh tenaga dan usia mereka demi

memastikan umat Islam tidak dipandang rendah oleh masyarakat lain.• Usaha yang tidak pernah kenal erti jemu itu meletakkan nama mereka

sebaris dengan tokoh-tokoh perubatan Eropah yang lain malahan kadangkala lebih tinggi daripada tokoh-tokoh tersebut.

• Perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan Islam.

• Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam mencapai kemuncak kegemilangannya.

• Namun selepas empayar Islam yang gemilang mulai lesap, banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat.

• Di benua kecil India, sistem ini terus bertapak dan diamalkan disamping sistem perubatan Ayurveda dan sistem perubatan Barat moden.

Page 4: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Latar Belakang Al-Zahrawi• sebagai bapa pembedahan moden dan hidup di zaman kegemilangan sains Islam di

Andalusia. • Namanya terkenal di Eropah sebagai pelopor bidang perubatan dan kitabnya ‘al-

Tasrif’ telah diterjemahkan dengan meluas di Eropah sekitar abad ke 20. • merupakan seorang saintis dan doktor.• Bidang yang dikuasai oleh Al-Zahrawi bukan sahaja dalam bidang pembedahan,

malahan merangkumi bidang anatomi dan pathologi.• pengamal perubatan moden telah menggelarkannya sebagai ‘Father of Pharmacists

and chemists of Andalusia’. • Beliau dilahirkan ketika tamadun Islam sedang berada pada zaman kegemilangannya

dimana ramai saintis berbakat dari pelbagai bidang ilmuan telah muncul menyumbangkan tenaga dan idea-idea baru.

• Pada ketika itu juga Eropah sedang dibelenggu zaman kegelapan ‘Dark Ages’ dimana masyarakat ketika itu tidak menerima idea pemikiran saintis yang dianggap bertentangan dengan gereja.

• Kemasyuran Al-Zahrawi di dalam bidang pembedahan sehinggakan seorang tokoh bernama Pietus Argalleta berkata “ without doubt Albucasis was the chief of all surgeon

Page 5: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Riwayat Hidup Al-Zahrawi• Nama sebenar Al-Zahrawi adalah Abu Al-Qasim Khalaf bin ‘Abbas al

Zahrawi. Di barat beliau dikenali sebagai Abulcasis. Dilahirkan sekitar tahun 936 hingga 940 di Bandar Di Raja Zahrah, berdekatan Cordoba, Andalusia (Sepanyol). Beliau mendapat pendidikan di Cordoba dan telah mengamalkan professionnya di Bandar Al Zahrah sebagai saorang pengamal perubatan, pakar bedah dan ahli farmasi. Beliau berketurunan puak ansar arab yang telah lama menetap di Sepanyol.

• Ketokohan Al-Zahrawi sebagai pakar perubatan moden dan terkemuka telah tersohor di Negara Sepanyol, Afrika Utara, Kerajaan Islam Timur dan di Eropah Barat. Ketokohannya ini telah menyebabkan Raja Sepanyol ketika itu King Al-Ahkam II telah melantik beliau menjadi doktor peribadi baginda.

• Sepanjang hayat beliau dihabiskan di kawasan kediamannya dan tidak banyak mengembara. Walaubagaimanapun beliau mendapat pengalaman luas merawat mangsa kemalangan dan yang mengalami kecederaan ketika peperangan.

• Beliau meninggal dunia pada tahun 1013 masihi.

Page 6: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Sumbangan Al-Zahrawi kepada masyarakat & perubatan moden

• Sepanjang hayat beliau, 30 naskah ensiklopedia perubatan (al-tasrif) telah dihasilkan yang merangkumi bidang pembedahan, perubatan, orthopedics, ophthalmology, pharmacology dan nutrisi. Kesemua karya eksiklopedia ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard of Cremona. Selain daripada karya Ibnu Sina (Avicenna) ‘Qanun Fi Al Tibb’ (The Qanun of Ibn Sina), karya Al-Zahrawi ini telah menjadi rujukan utama di Universiti Perubatan Eropah dari kurun ke 12 hingga kurun ke 17 masihi.

• Berdasarkani terjemahan ini beliau telah terkenal di Itali pada kurun ke 13M. Dalam separuh abad ke 13M ramai pengamal perubatan dari Itali telah berhijrah ke Perancis dan membawa bersama mereka ilmu perubatan Al-Zahwari. Penghijrahan ini dianggap sebagai asas permulaan pembedahan rasionaldi Perancis.

• Karya Al-Zahrawi mula terkenal di Eropah pada pertengahan abad ke-12 sehingga namanya menjadi terkenal dalam bidang perubatan sehingga dikatakan setanding dengan Celcus dan Paulus Aeginate. Antara tokoh tokoh perubatan terkenal dunia yang menggunakan Kitab Al-tasrif sebagai rujukan ialah, pakar bedah Roger of Palma, pakar bedah Bruno di Calabre, Lafranc, Nicholas de Flortence, Valeseus & Toronto, Louis of Pisa dan Guillanme de Saliceto.

.

Page 7: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Sumbangan Al-Zahrawi kepada masyarakat & perubatan moden

• Secara keseluruhannya sumbangan Al-Zahrawi kepada pembangunan masyarakat ketika zaman dan sesudah zamannya adalah seperti berikut:

1. Menyediakan maklumat tentang ilmu perubatan yang boleh digunakan dan menjadi rujukan masyarakat.

2. Menyediakan ruang untuk khidmat penjagaan kesihatan yang baik.

3. Melahirkan calon doctor bedah yang berkualiti4. Menyemarakkan aktiviti penterjemahan.5. Memperkembangkan bidang perubatan di Eropah

khusunya yang berkait dengan pembedahan.

Page 8: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Penemuan kaedah dan rawatan Al-Zahrawi di dalam bidang pembedahan

1. Memperkenalkan 150 alat pembedahan termasuk alat untuk obstetik dan pergigian.Tiga alat yang terkenal ciptaan Al Zahrawi ialah:

– Alat pemeriksaan luar telinga.– Alat pemeriksaan luar urethra– Alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendasing daripada

kerongkong.

Page 9: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Penemuan kaedah dan rawatan Al-Zahrawi di dalam bidang pembedahan

• Al-Zahrawi juga merupakan saorang yang pakar dalam mengubati penyakit menggunakan teknik lecuhan. Teknik ini telah digunakan kepada lebih 50 pembedahan yang beliau lakukan. Beliau juga dapat menerangkan pelbagai bentuk pembedahan penting dalam bidang pergigian, bahkan beliau juga membangunkan teknik untuk menyediakan gigi palsu.

• Beliau adalah orang pertama yang memperincikan pembedahan kanser payudara, batu karang dan pembuangan ketumbuhan tiroid.

Page 10: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Sumbangan Al-Zahrawi selain daripada bidang pembedahan

• Beliau telah memberikan sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.

• Mengkaji dan penyakit dan pengkelasan penyakit, diagnosis dan prognosis, mengakui kepentinagn anatomi, temperamen, meteorologi dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan.

• Beliau dapat menerangkan secara terperinci aplikasi beberapa teknik seperti pemejalwapan dan juga penyiringan (decantation).

• Beliau berupakan orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan hemofilia.

• Al-Zahrawi banyak menulis mengenai kecederaan tulang dan sambungan. Hasil tulisan beliau adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman beliau sendiri.

Page 11: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Kitab Al-Tasrif li Man ‘Ajiza ‘an al-Ta’lif (Al-Tasrif)

• Dalam bahasa Inggeris “The Method of Medicine”. • Terdiri daripada 30 volum yang merangkumi pelbagai

aspek sains perubatan. • Ia merupakan kitab tulisan Al-Zahrawi yang paling

terkenal dan paling banyak diterjemahkan.• Diterjemahkan ke Bahasa Latin oleh Gerard dari

Cremona. Seterusnya diterjemahkan ke bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. Kitab ini merupakan kitab beliau yang paling terkenal dan paling banyak diterjemahkan ke bahasa lain.

Page 12: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

• Sebahagian atau keseluruhan buku al-Tasrif telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa terutama sekali Latin, Perancis,Sepanyaol dan Hebrew dan diterbitkan di Venice(1497), Strassburgh (1532) dan Oxford (1778).

• Aspek paling penting di dalam buku ini adalah 3 buku mengandungi aspek pembedahan. Aspek pembedahan ini merangkumi rawatan pembedahan yang ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri menjalankan pembedahan sebenar. Tiga bahagian yang disebutkan tadi ialah:

• Bahagian pertama memaparkan perincian mengenai rawatan penyakit secara kauteri, yang digunakan dalam merawat tidak kurang daripada 50 jenis penyakit. Bahagian ini mengandungi 56 bab.

• Bahagian kedua pula memperkatakan sejumlah pembedahan yang menggunakan alat seperti pisau. Bahagian ini mengandungi 99 bab.

• Bahagian ketiga membincangkan mengenai rawatan anggota yang luka dan patah. Ia mengandungi 35 bab.

Page 13: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

• Antara pengalaman pembedahan termasuklah– pengkauteran/lecuhan (cauterization), – mengeluarkan batu karang daripada buah pinggang, – perbidanan, – pembedahan ke atas binatang dan juga pembedahan mata,

telinga dan kerongkong.– Juga terdapat catatan pembedahan rumit seperti pengeluaran

fetus yang telah mati daripada kandungan dan amputasi (mengkudungkan).

- klasifikasi penyakit, - simptom dan cadangan rawatan, - dadah sebagai penawar yang berguna dalam semua kes

keracunan, julap yang sedap rasanya dan selamat digunakan, ciri-ciri pil julap yang dihasilkan daripada dadah dan ditetapkan

dalam pelbagai jenis penyakit, pengawetan makanan

Page 14: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Elemen penting yg terdapat di dalam kitab dan yang ditulis Al-Zahrawi

• Memberi nasihat dan anjuran yang baik untuk meningkatkan bidang kesihatan dan berguna untuk penuntutnya dan pengamal perubatan yang lain.

• Alat dan teknik yang digunakan oleh al-Zahrawi dibicarakan dengan terperinci dan beliau menggunakan pendekatan moden terhadap proses-proses yang dibuat olehnya.

• Beliau mencadangkan kesenian perubatan yang terbaik untuk ketika itu. Beliau dengan jelas memberi keterangan mengenai cara rawatan, persedian ubat, dan penyimpanan ubat di bawah keadan unggul dan cara terselamat pemberian ubat dan diet.Kesemua anjuran yang dibuat olehnya adalah amat bersesuaian sekali dengan prinsip-prisip perubatan yang wujud pada ketika itu.

Page 15: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Kaedah perbincangan bahan-bahan ubat-ubatan Al-Zahwawi

• Penggurusan, pembasuhan dan pembakaran bahan-bahan galian seperti plumbum, kuprum, arsenik dan juga garam atau sebatian yang diperbuat daripada bahan-bahan tersebut.

• Pengekstrakan, pengumpulan, penapisan dan pengawetan bendalir daripada bahan-bahan tersebut.

• Pengurusan ubat-ubatan daripada sumber haiwan seperti pembakaran kulit kerang/kepah dan tanduk, pengolahan kulit haiwan, dan pengeringan hempedu untuk rawatan mata.

Page 16: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

Kesimpulan

• Abu AL-Qasim Al-Zahrawi yang hidup antara tahun 936 hingga 1013 Masehi adalah seorang lagi saintis Islam terhebat yang banyak meletakkan asas dalam bidang perubatan. Sungguh menakjubkan, kepakaran Al-Zahrawi bukan sekadar terhad dalam satu bidang sahaja iaitu surgeri yang menjadi keistimewaannya, tetapi juga dalam beberapa bidang lain.

Page 17: Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden

SekianTerima Kasih