al quran sumber perundangan

3
AL QURAN SUMBER PERUNDANGAN YG DIIKTIRAF PERLEMBAGAAN PESEKUTUAN Kitab suci sewajarnya diletakkan di tempat tertinggi dalam sistem kenegaraan AL-QURAN yang menjadi petunjuk sekalian alam diturunkan pada Ramadan yang mulia dan dalam setiap keadaan, umat Islam wajib mencari penyelesaian bersandarkan al-Quran dan hadis kerana penyelesaian sesuatu perkara sebenarnya sudah digarap oleh al-Quran. Ayat al-Quran yang tersurat dan tersirat perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian bagi menzahirkan ketaatan serta kepatuhan umat Islam kepada Yang Maha Pencipta. Al-Quran menggariskan batas sempadan antara yang halal dan haram, menjelaskan tindakan yang boleh serta dilarang, mengajar segala bentuk ilmu, sebagai manual hidup paling sempurna bagi orang Islam, begitu juga bukan Islam. Al-Quran memiliki pelbagai sifat menarik antaranya ialah cahaya (surah al- Tagabun, ayat 8), petunjuk (surah al-Baqarah ayat 2), rahmat (surah al- A’raf, ayat 203), penyembuh (surah Yunus, ayat 57), pembawa perkhabaran gembira (surah al-Fushilat, ayat 4). Al-Quran juga pemberi peringatan (surah al-Furqan, ayat 1), penerangan (surah Ali-Imran, ayat 138), keberkatan (surah al-Anbiyak, ayat 50) dan sebagai kitab yang nyata (surah al-Naml , ayat 1). Kesempurnaan al-Quran tidak ada sebarang syak padanya kerana ia adalah petunjuk kepada orang yang bertakwa. Jika diabaikan, amaran dahsyat sudah diberikan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (al-Quran), kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkan) lalu jadilah syaitan itu temannya yang renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang yang mendapat petunjuk.” – (Surah az-Zukhruf, ayat 36-37) Sebagai manual lengkap umat Islam, sewajarnya al-Quran diletakkan di tempat tertinggi dalam sistem kenegaraan Malaysia yang majoriti rakyatnya umat Islam. Malah, susur galur sejarah sudah meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai teras perundangan Islam di Malaysia. Persoalan sekarang, apakah Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan tinggi al-Quran? Saya percaya ramai tahu bahawa Perkara 4 Perlembagaan

Upload: srimawar

Post on 25-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Al Quran Sumber Perundangan

TRANSCRIPT

Page 1: Al Quran Sumber Perundangan

AL QURAN SUMBER PERUNDANGAN YG DIIKTIRAF PERLEMBAGAAN PESEKUTUAN

Kitab suci sewajarnya diletakkan di tempat tertinggi dalam sistem kenegaraan

AL-QURAN yang menjadi petunjuk sekalian alam diturunkan pada Ramadan yang mulia dan dalam setiap keadaan, umat Islam wajib mencari penyelesaian bersandarkan al-Quran dan hadis kerana penyelesaian sesuatu perkara sebenarnya sudah digarap oleh al-Quran.

Ayat al-Quran yang tersurat dan tersirat perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian bagi menzahirkan ketaatan serta kepatuhan umat Islam kepada Yang Maha Pencipta. 

Al-Quran menggariskan batas sempadan antara yang halal dan haram, menjelaskan tindakan yang boleh serta dilarang, mengajar segala bentuk ilmu, sebagai manual hidup paling sempurna bagi orang Islam, begitu juga bukan Islam.

Al-Quran memiliki pelbagai sifat menarik antaranya ialah cahaya (surah al-Tagabun, ayat 8), petunjuk (surah al-Baqarah ayat 2), rahmat (surah al-A’raf, ayat 203), penyembuh (surah Yunus, ayat 57), pembawa perkhabaran gembira (surah al-Fushilat, ayat 4).

Al-Quran juga pemberi peringatan (surah al-Furqan, ayat 1), penerangan (surah Ali-Imran, ayat 138), keberkatan (surah al-Anbiyak, ayat 50) dan sebagai kitab yang nyata (surah al-Naml , ayat 1).

Kesempurnaan al-Quran tidak ada sebarang syak padanya kerana ia adalah petunjuk kepada orang yang bertakwa. Jika diabaikan, amaran dahsyat sudah diberikan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (al-Quran), kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkan) lalu jadilah syaitan itu temannya yang renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang yang mendapat petunjuk.” – (Surah az-Zukhruf, ayat 36-37)

Sebagai manual lengkap umat Islam, sewajarnya al-Quran diletakkan di tempat tertinggi dalam sistem kenegaraan Malaysia yang majoriti rakyatnya umat Islam. Malah, susur galur sejarah sudah meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai teras perundangan Islam di Malaysia.

Persoalan sekarang, apakah Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan tinggi al-Quran? Saya percaya ramai tahu bahawa Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara.

Jika ada sebarang pertentangan antara perlembagaan dengan undang-undang lain, perlembagaan akan mengatasi dan undang-undang itu diisytiharkan tidak sah setakat mana ia bertentangan. Oleh itu, sering dibahaskan bahawa Perkara 4 menghalang pelaksanaan undang-undang Islam yang bersumberkan al-Quran dan sunnah.

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana ketinggian Perlembagaan Persekutuan menurut Perkara 4 memang tidak dapat dinafikan. Namun Perkara 4 sebenarnya mengangkat keseluruhan peruntukan Perlembagaan itu sendiri termasuk Perkara 3 yang disebut terlebih dulu.

Hukum Dan Pandangan Ulama Tentang Perhimpunan Aman/Demonstrasi

Page 2: Al Quran Sumber Perundangan

Oleh: Solihin Zubir

1. Kebanyakan ulamak muktabar seperti Dr. Yusof Al-Qadhowi, Dr. Ali Jumaah, Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq dalam kitabnya ( الشرعية السياسة من Syeikh Salman Fahd Audah ,( فصولdan Dr. Sa'aduddin Mus'ad Hilali serta kebanyakan ulamak masa kini berpendapat HARUS mengadakan demostrasi aman lebih-lebih lagi ia dibenarkan oleh perlembagaan sebagai cara untuk rakyat menuntut keadilan dan menyuarakan hak serta pendirian mereka.

Malah gabungan suara rakyat yang ramai lebih didengari dari menyuarakannya bersendirian. Ini berdasarkan Firman Allah bermaksud : "Dan tolong-menolonglah dalam mengerjakan perkara kebaikan dan taqwa, jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (al-Maidah : 2).

Dalam kaedah fiqh juga ada menyatakan : "Asal sesuatu perkara itu harus selagi tidak ada dalil qat'ie dan sorih yang mengharamkannya.

2. Diriwayat dari ibnu Abbas bahawa Sayyidina Umar al-Khattab ketika menjawab soalan ibnu Abbas tentang kenapa dia digelar Al-Faruq oleh Rasulullah S.A.W . Ini kerana disebabkan keberaniannya bersama dengan Sayyidina Hamzah memimpin dua saff muslimin yang turut disertai oleh Nabi S.A.W berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram untuk menzahirkan Islam dan kekuatan muslimin di Mekah. ( / األولياء حلية دمشق (تاريخ

3. Demonstrasi walaupun dilihat berasal dari Barat tetapi intipatinya tidak bercanggah dengan dasar Islam dan erti kemanusiaan. Malah himpunan umum menjadi salah satu syi'ar islam dalam menzahirkan' izzah, kekuatan dan kesatuan umat Islam seperti himpunan ketika solat berjemaah, hari raya dan ketika ibadat haji.