~al-quran mengajak kepada perpaduan ummah~

Upload: syihabudin-ahmad

Post on 29-May-2018

257 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 ~Al-Quran Mengajak Kepada Perpaduan Ummah~

    1/2

    ~Al-Quran Mengajak kepada Perpaduan Ummah~

    Perpaduan merupakan pembungaan bagi perkembangan, kemajuan, dan

    kemakmuran sesebuah negara. Malahan di dalam Islam menyatakan bahawaRasulullah s.a.w menuntut kita agar memelihara persaudaraan dan rasa saling

    hormat menghormati di antara sesama Muslim. Maknanya, persatuan atauperpaduan di antara sesama Muslim amat dititikberatkan oleh Nabi s.a.w.

    Demikian juga salah satu dari semangat al-Quran adalah semangat perpaduan atau

    persatuan. Kerana itu jumlah ayat yang menganjurkan semangat perpaduan lebihbanyak daripada ayat yang menjelaskan perihal perpecahan. al-Quran juga

    menghuraikankan tentang sebab perpecahan yang terjadi kerana kedengkian antaragolongan sesama mereka juga kerana kecintaan manusia kepada dunia, tidakmenggunakan akal sihat, dan tidak saling percaya antara mereka.

    Pada ketika ini umat Islam di negara ini sedang mengalami suatu macam kekalutanyang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin politik, ulama-ulama, parti pemerintah

    dan pembangkang. Secara fitrah ummah sebenarnya menuntut keamanan danperpaduan, bukan persengketaan. Fitrah semulajadi manusia inginkan kehidupanyang aman damai kerana di situ letaknya kebahagiaan dan keharmonian yang

    diidamkan oleh semua maanusia. Justeru itulah manusia sangat inginkan kepadaperpaduan. Lebih penting dari itu umat Islam inginkan amalan yang sebenar bukanberbaur dengan kepentingan politik, perbadi atau sebagainya.

    Umat Islam perlukan kematangan untuk menghadapi situasi hari ini dengantenang supaya segala faktor negetif ini tidak memerangkapkan dan menjatuhkan

    kita sekali lagi dalam fitnah kekacauan seperti yang berlaku dizaman sahabat(Saidina Ali dan Uthman) dahulu. Sejarah mencatat seringkali kita dikalahkan kerana

    kita tidak bersatu. Demikian juga dalam keadaan berpecah belah itu pasti nanti akansaling menyerang dan saling berusaha menghancurkan satu sama lain.

    Memang tidak dinafikan, untuk berpendapat dan berfikiran sama tidak mungkin

    tetapi untuk bersatu pasti tiada halangan asalkan semua pihak bersikap jujur padadiri sendiri dan menghormati orang lain. Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan

    hakikat tersebut di dalam setiap tingkah laku, khususnya dalam hubungan sesamamanusia.

    Sikap jujur, toleransi, dan menghormati orang lain merupakan sikap yang berupaya

    membawa kepada kejernihan hubungan, sekali gus memantapkan penyatuan

    ummah bagi menangani segala macam bentuk permasalahan yang datangnya samaada daripada kalangan ummah itu sendiri mahupun dari dunia luar.

    Kepentingan kesatuan atau perpaduan ummah itu dapat diselaraskan dengan firmanAllah s.w.t yang bermaksud: Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali

    (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika

    kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu.Maka menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudahberada di tepi jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya. (Ali-Imran: 103)

    http://muslimkualiti.blogspot.com/http://muslimkualiti.blogspot.com/http://muslimkualiti.blogspot.com/
  • 8/9/2019 ~Al-Quran Mengajak Kepada Perpaduan Ummah~

    2/2

    Nikmat yang dimaksudkan menerusi ayat tersebut ialah Islam - di mana yang

    menyebut Islam itu sebagai nikmat (yang membuat manusia bersaudara) bukan ahlitafsir atau ulama mana-mana pun, tetapi Allah s.w.t sendiri.

    Tidak ada yang dapat menyatukan perbezaan di antara selain Islam dan tidak ada

    yang mampu menciptakan persaudaraan, juga selain Islam. Ingatlah, bahawa Islam

    bukan hanya sekadar milik umat tertentu sahaja.

    Justeru itu, tiada alasan bagi sesama umat Islam untuk berpecah belah kerana al-Quran mengajar kita agar jangan terlalu cepat menghukum orang lain yang mungkin

    kebetulan berbeza dari segi fahaman. Kita seharusnya membetulkan fahaman yangsalah atau meragukan itu dengan penuh hikmah dalam suasana persaudaraan.Itulah yang diajarkan atau disarankan oleh al-Quran.

    Sikap tidak mahu bertolak ansur dengan mengatakan diri sendiri yang benar belaka

    sedangkan orang lain tidak betul merupakan antara sifat yang akan melonggarkan

    ukhuwah sesama ummah. Inilah yang disebut di dalam al-Quran sebagai tanda-tanda musyrik kerana memutlakkan pendapatnya sendiri dan tidak menghiraukan

    pendapat orang lain.

    Justeru kita mengakui al-Quran dan sunnah sebagai pendua hidup, seharusnya kitaberusaha melakukan kebaikan dalam kehidupan ini. Kita harus memperbaiki

    hubungan persaudaraan sesama Islam dan mencipta kedamaian di antara pihak-pihak yang bermusuhan. Sehubungan ini Allah s.w.t menegaskan dalam firman-Nyayang bermaksud: Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan

    perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul

    kamu orang-orang yang beriman. (Al-Anfal: 1)

    Amatlah rugi apabila seseorang yang telah dianugerah Islam sentiasa berada di jalan

    perpecahan dan perbalahan.