aktiviti menangkap ikan tuna di lautanhindi · menangkap ikan tuna di perairan barat lautan hindi...

11
AKTIVITI MENANGKAP IKAN TUNA DI LAUTAN HINDI - JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA 50628 KUALA LUMPUR

Upload: lamnhi

Post on 03-Mar-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AKTIVITI MENANGKAPIKAN TUNA DI LAUTAN HINDI

-JABATAN PERIKANANKEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA50628 KUALA LUMPUR

AKTIVITIMENANGKAPIKAN TUNA DI LAUTAN HINDI

OLEHCHEE PHAIK EAN

JABATAN PERIKANANKEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA

50628 KUALA LUMPUR1993

I N<J: H· i~02 1: TARIKH.: .9<\\5\C'~~i

KANDUNGA

2. ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUKMENANGKAP IKAN TUNA

2.1 Pukat jerut ikan tuna

2.2 "Pole and line"

2.3 Rawai ikan tuna

2.4 Alat-alat tradisional

3. PULAU PINANG SEBAGAI PUSAT PEMINOAHANlKAN TUNA OAR! LAUTAN HINDI 3

PENGHARGAAN

RUJUKAN

JADUAL 1

GAMBAR 1-2

GAMBARAJAH 1-2

".P~~p~ST,~r··A1~~[1Y' ID P P ~':>P .,vl, ~ ,_I A.. D.>U ",' I

TERENGGANU 1

Aktiviti menangkap ikan tuna di Lautan Hindi kian meningkat.Walaupun negara-negara di persekitaran Lautan Hindi telah lama menerokaisumber ikan tuna pada kadar tradisional atau "artisanal", bot-bot "distant-water fishery" dari negara-negara maju'telah masuk menerokai sumber ikantuna yang kaya di Lautan Hindi. Bilangan bot-bot tersebut, khususnya bbt-bot dari Lautan Atlantik, telahpun bertambah akibat dari implementasi ZonEkonomi Eksklusif (ZEE) oleh negara-negara tertentu dan ini telah memaksabot-bot menangkap ikan di perairan antarabangsa sekiranya tiada wujudpersetujuan usahasama antara negara-negara berkaitan.

Pada tahun 1989 sebanyak 580,000 tan metrik ikan tuna ditangkap dariLautan Hindi. Daripada ini 17% ditangkap dari bahagian timur LautanHindi dan 83% yang baki datang dari bahagian barat Lautan Hindi. Ikantuna di Lautan Hindi terdiri daripada beberapa spesies. Yang penting ialahikan tuna oseanik seperti ye,llowfin, bigeye, skipjack, southern bluefin tunadan albacore. Spesies-spesies ikan tuna ini, khususnya southern bluefin tuna,amat bernilai. Ikan tuna kecil seperti ikan aya hitam, kawakawa atau ayakurik dan aya selasih juga ditangkap.

2. ALAT-ALATYANG DIGUNAKAN UNTUKMENANGKAP IKAN tUNA

Beberapa jenis alat digunakan untuk menangkap ikan tuna di LautanHindi. Alat tradisional yang paling banyak digunakan oleh negara-negara dipersekitaran Lautan Hindi ialah pukat hanyut dan "pole and line". Selaindaripada ini beberapa jenis alat industrial seperti pukat jerut dan rawai ikantuna juga digunakan.

Menangkap ikan tuna dengan pukat jerut ikan tuna industrial banyakdijalankan oleh negara Perancis dan Sepanyol di bahagian barat LautanHindi. Bot-bot pukat jerut ikan tuna ini telah berhijrah dari Lautan Atlantik

ke Lautan Hindi semenjak 1983. Pukat jerut ini menangkap ikan tunaskipjack atau aya Jepun dan yellowfin. Pada 1989 negara-negara yang giatmenangkap ikan tuna di perairan barat Lautan Hindi juga termasuk negaraJepun, Mauritius, Panama dan Commonwealth of Independent States (CIS,dahulunya USSR) tetapi bilangan pukat jerut ikan tuna negara-negara inikurang daripada bot-bot pukat jerut tuna negara Perancis dan Sepanyol.Pendaratan ikan tuna oleh pukat jerut tuna ini lebihkurang 220,000 tanmetrik pada 1989. Komposisi spesies ikan tuna yang ditangkap berubahmengikut cara ikan ditangkap. Sekiranya peranti mengumpul ikandigunakan lebih banyak skipjack akan ditangkap. Jika kelompok ikan yangberenang bebas dilengkung, tangkapan akan mengandungi lebih banyakikan tuna yellowfin dan bigeye.

PIe

~d,bi

2.

mnEkem,optraik,

haJ"wpelyalba~menegpulme]

3.

Di Lautan Hindi negara Maldives ialah negara yang paling banyakmenangkap ikan tuna dengan menggunakan "pole and line". Umpan hidupdigunakan utuk mengumpulkan ikan tuna dalam operasi menangkap ikan.Spesies ikan tuna yang ditangkap ialah skipjack. Pada 1988 sebanyak 58,000tan metrik atau 90% daripada jumlah tangkapan ikan tuna di Maldives ialahskipjack dan 10% yang baki ialah ikan tuna yellowfin.

Alat ini digunakan oleh tiga buah negara maju iaitu Taiwan, Jepun danKorea. Walaupun negara lain seperti India juga menggunakan rawai ikantuna, operasi menangkap ikan tuna tidak setanding dengan kadar industrialyang ditunjukkan oleh bot-bot negara-negara maju ini. Dua jenis rawai ikantuna digunakan iaitu rawai ikan tuna biasa dan rawai ikan tuna laut dalam.Rawai tuna biasa beroperasi di air sehingga 120m dalam manakala rawaituna laut dalam beroperasi di air sehingga 200m dalam. Pada masa ini lebihbanyak rawai ikan tuna laut dalam digunakan.

Negara Jepun telah lama menerokai sumber ikan tuna di Lautan Hindi.Pada permulaannya, jenis ikan tuna yang menjadi sasaran bot-bot Jepunialah ikan tuna yellowfin, albacore dan bigeye tetapi pada tahun tujuh-puluhan, sasaran berubah kepada ikan tuna southern bluefin.

negitela:

Negara Taiwan pula telah mula menangkap ikan tuna di Lautan Hindipada 1963. Sasarannya ialah ikan tuna albacore. Semenjak beberapa tahunlalu sasaran telah berubah kepada ikan tuna yellow fin dan bigeye.

Bot-bot Korea mula menangkap ikan tuna di Lautan Hindi pada 1966dan seperti bot-bot Taiwan sekarang, sasaran ialah ikan tuna yellowfin danbigeye.

Alat-alat yang dimaksudkan di sini termasuk pukat hanyut, alatmengeret, rawai tradisional dan pandng yang digunakan oleh negara-negara di persekitaran Lautan Hindi. Bot-bot yang digunakan hanya bot-botked!. Banyak negara seperti Maldives telah mula menggunakan perantimengumpul ikan untuk mengumpulkan ikan tuna sebelum menjalankanoperasi menangkap ikan tuna. Jenis ikan tuna yang ditangkap oleh alat-alattradisional ini termasuk ikan yellowfin, skipjack, kawakawa, aya selasih jugaikan layaran dan mersuji.

Semenjak 1983 pula, negara Taiwan telah memperkenalkan pukathanyut yang panjang dan labuh, seperti pukat hanyut yang telah digelarkan"walls of dea th", di Lautan Hindi. Ini telah membimbangkan ahli-ahlipemuliharaan kerana kesan buruk pukat hanyut ini terhadap hidupan lautyang lain seperti ikan lumba-Iumba, penyu dan ikan paus. Walaubagaimanapun memandangkan bahawa pukat hanyut ialah sejenis alatmenangkap ikan tradisional yang luas digunakan oleh ramai nelayan dinegara-negara membangun, langkah-Iangkah untuk menguruskan kegunaanpukat hanyut yang besar ini perlu dirumuskan dengan cermat denganmengambil kira kedudukan sosio-ekonomi kumpulan sasaran.

3. PULAU PINANG SEBAGAI PUSAT PEMINDAHAN IKANTUNA DARI LAUTAN HINDI

Kedudukan Pulau Pinang yang strategik di antara Lautan Hindi dengannegara Jepun, satu pusat pasaran untuk ikan tuna yang terbesar di dunia,telah menggalakkan banyak bot-bot ikan tuna singgah di Pulau Pinang

l _

untuk memindahkan ikan tuna yang ditangkap. Ikan tuna yellowfin(Gambar 1) dan bigeye yang berkualiti dan sesuai untuk pasaran "sashimi"di Jepun, akan diasingkan dan dibersihkan sebelum dihantarkan ke Jepundengan kapal terbang, dalam bentuk "chilled fish". Ikan tuna yang kurangsesuai akan dibekukan untuk dihantarkan ke kilang mengetin ikan tunatempatan ataupun dihantar keluar ke negara lain seperti Thailand.

Pada 1991 antara 8 dan 191 buah bot negara asing telah mendarat ikantuna di Pulau Pinang dalam satu bulan (Pejabat Perikanan Negeri PulauPinang). Jumlah pendaratan yang telah dilaporkan ialah sebanyak 9,435 tanmetrik ikan tuna bercampur dengan sedikit ikan yu, ikan mersuji danlayaran. Kebanyakan daripada bot-bot ini ialah bot-bot rawai tuna Taiwan(Gambar 2). Menurut surat akhbar Star, bertarikh 3 Mac 1992, sebanyak 7,593tan metrik ikan tuna yang bernilai RM46.7juta telah dieksport melalui PulauPinang pada tahun 1991. Kebanyakan daripada eksport ini dituju ke negaraJepun, Amerika Syarikat dan Kanada.

Kebanyakan ikan tuna yang dieksport melalui Pulau Pinang ialah"chilled" tuna yellowfin dengan purata saiz dalam lengkungan 40 '. 60 kgseekor. Spesies tuna yang lain yang lebih kedl seperti tuna skipjack atau ayaJepun dibekukan sebelum dieksport. Hanya sedikit tuna bigeye ditangkapoleh rawai tuna ini.

Kebanyakan daripada bot-bot Taiwan di Lautan Hindi menggunakanrawai tuna laut dalam untuk menangkap ikan tuna yellowfin dan bigeye.Pada tahun-tahun sebelumnya bot-bot tersebut menggunakan rawai tunabiasa untuk menangkap ikan tuna albacore. Bot-bot rawai tuna Taiwan tidakbegitu besar. Kebanyakan daripada bot-bot Taiwan yang bersinggah di PulauPinang lebihkurang 80 GRT pada puratanya.

Bot-bot rawai tuna ini menangkapikan tuna di bahagian timur LautanHindi, di perairan luar dari Sumatera, Indonesia dan di Teluk Benggala.

Komposisi spesies ikan tuna yang ditangkap oleh bot-bot rawai tunaTaiwan pada 1988 sepertimana yang telah dilaporkan, ditunjukkan dalam

> Gambarajah 1. Selain daripada ikan tuna yellowfin, bigeye dan albacore,peratusan kedl ikan lain seperti layaran, mersuji, yu dan "swordfish" jugaditangkap. Saiz purata ikan tuna yang ditangkap oleh bot-bot rawai tunaTaiwan diberikan dalam Jadual1.

Aktiviti menangkap ikan tuna oleh bot-bot rawai tuna yang singgah diPulau Pinang, biasanya, berkemuncak pada hujung tahun dan awal tahunberikutnya dimana lebih ikan ditangkap (Gambarajah 2). Pada pertengahantahun aktiviti kurang dan tidak banyak bot keluar beroperasi sehingga bulanOgos/September. Bot-bot rawai tuna ini menggunakan umpan hidup dalamoperasi menangkap ikan tuna. Barn-barn ini di Pulau Pinang, beberapa buahsyarikat telah mula menternak ikan bandeng (Chanos chanos) atau "milkfish"untuk membekalkan umpan hidup kepada bot-bot tuna ini.

Pulau Pinang akan terns menjadi pelabuhan pemindahan ikan tuna yangpenting sekiranya aktiviti menangkap ikan tuna di Lautan Hindi bertambah.Pusat-pusat lain pemindahan ikan tuna untuk bot-bot Taiwan ialah Reunion,Port Louis (Mauritius) dan Singapura.

Aktiviti pemindahan ikan tuna di Pulau Pinang telah banyakmenyumbangkan kepada hasH negeri tersebut. Pelabur-pelabur tempatandigalakkan menceburi diri dalam aktiviti menangkap ikan tuna laut dalamyang lumayan ini.

L_--.

Pengarang ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Y. Bhg.Dato' Shahrom bin Hj. Abdul Majid, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,kerana memberi kebenaran untuk menerbitkan rencana ini.

Penghargaan terima kasih juga ditujukan kepada Encik Ong Kah Sin selakuPengarah Penyelidikan atas nasihat dan keIjasama beliau bagi penyediaanrisalah ini.

Hsu, c.c. and Liu, H.C. 1990. Taiwanese longline and gillnet fisheries in theIndian Ocean. Paper presented at the Expert Consultation on StockAssessment of Tunas in the Indian Ocean, Bangkok, Thailand, 2 - 6 July1990.

Jaduall: Saiz purata ikan yang ditangkap oleh bot-bot rawaituna Taiwan.*

AlbacoreBigeyeYellowfin

. Bluefin"Swordfish"

11.34- 21.9932.90 - 40.2528.46 - 35.9131.58 - 68.7735.54 - 41.68

Gambar 1:Beberapa ekor ikan tunayellowfin yang sedangdiangkut keluar darisebuah bot rawai ikantUlia di Pelabuhan PulauPinallg.

l__

I-;JO'~'~-'iaJ;----·-·-·- ....._._.:

TARIKH : ~~i~iq3 L'4i'J

Gambarajah 1: Komposisi ikan tuna yang Cfitangkap.

Gambarajah 2: Pendaratan ikan tuna di Pulau Pinang1989-1991

oJFMAMJJOSONOJFMAMJJOSONOJFMAMJJOSOND

f:..........PERPUSTAKAAN ...

iDP})SPM,SEAFDEC[ TElll!:NGGANlJ