akidah yang sempurna

24
Firman Allah : “Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan Raja Dikyanus yang zalim) lalu mereka berkata : “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, sekali-kali kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran” (Surah Al-Kahfi : 14) :: P E N G E R T I A N A Q I D A H :: Aqidah dari sudut bahasa bermaksud ikatan atau simpulan. Diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan yang memudahkan tangan berpaut. Manakala bagi haiwan, ia ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dengan aman. Dari sudut istilah ialah keimanan yang teguh dalam hati yang tidak mungkin terurai. Ia juga bermaksud percaya bersungguh-sungguh dan berpegang kepada Alquran dan Assunnah dan mengamalkannya dalam kehidupan. Wahyu yang pertama diturunkan iaitu Al-‘Alaq, menjelaskan aqidah yang sempurna. :: KONSEP TAUHID :: Asas kepada aqidah ialah tauhid kepada Allah. Tauhid dari segi bahasa ialah mengesakan Allah Taala. Dari segi istilah ialah beri’tiqad dan percaya bahawa Allah Tuhan yang esa dan tiada sekutu baginya. Firman Allah : “Katakanlah, Dialah Allah Tuhan yang Maha Esa. Dialah sumber pergantungan segala sesuatu. Dia tidak beranak dan diperanakkan. Dan tiada sesuatu pun yang setara dengannya.” (Surah Al-Ikhlas : 1-4)

Upload: fauziyah-ghazali

Post on 29-Jun-2015

477 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akidah yang sempurna

Firman Allah :

“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan Raja Dikyanus yang zalim) lalu mereka berkata : “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, sekali-kali kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran”(Surah Al-Kahfi : 14)

:: P E N G E R T I A N A Q I D A H ::

Aqidah dari sudut bahasa bermaksud ikatan atau simpulan. Diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan yang memudahkan tangan berpaut. Manakala bagi haiwan, ia ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dengan aman.

Dari sudut istilah ialah keimanan yang teguh dalam hati yang tidak mungkin terurai. Ia juga bermaksud percaya bersungguh-sungguh dan berpegang kepada Alquran dan Assunnah dan mengamalkannya dalam kehidupan. Wahyu yang pertama diturunkan iaitu Al-‘Alaq, menjelaskan aqidah yang sempurna.

:: KONSEP TAUHID ::

Asas kepada aqidah ialah tauhid kepada Allah.

Tauhid dari segi bahasa ialah mengesakan Allah Taala. Dari segi istilah ialah beri’tiqad dan percaya bahawa Allah Tuhan yang esa dan tiada sekutu baginya.

Firman Allah :

“Katakanlah, Dialah Allah Tuhan yang Maha Esa. Dialah sumber pergantungan segala sesuatu. Dia tidak beranak dan diperanakkan. Dan tiada sesuatu pun yang setara dengannya.”(Surah Al-Ikhlas : 1-4)

:: Tauhid terbahagi kepada 3 ::

~ Tauhid Rubbubiah ~Ialah mempercayai Allah sebagai ”Rabb” atau pencipta dan penguasa terhadap segala sesuatu. Allahlah pencipta sekelian makhluk dan alam ini, pemilik dan pentadbir dan pemberi segala-galanya. Allah yang menghidupkan dan mematikan sesuatu. Dia yang berkuasa memberi manfaat dan mudharat kepada

Page 2: Akidah yang sempurna

sesuatu dan tiada sesiapa yang berhak dan berkuasa untuk melakukan kebaikan atau keburukan tanpa izinNya.

~ Tauhid Uluhiah ~Ialah meyakini bahawa Allah sahaja yang berhak kita perhambakan diriDengan seluruh jiwa raga (roh dan jasad ).

Firman Allah SWT:

” Perhambakan diri mu kepada tuhanMu sehingga kamu yakin ( kematian )

Beriman kepada Allah bermakna kita menolak segala selain Allah sebagai Tuhan dan seterusnya mengakui serta nenghayati sepenuhnya kalimah Laa Ilahalillah. Keselarasan kedua-dua tauhid itu amat penting bagi memastikan keimanan kepada Allah adalah sejati. Kerana Tauhid Rububiyyah menyatakan yang Allah ini adalah pencipta segala-galanya. Sedangkan Uluhiyyah adalah pengakuan bahawa Allah itu sahajalah yang berhak disembah kerana Dia adalah pemilik segalanya.

~ Tauhid Asma’ wa Sifat ~Tauhid Asma’ Was-Siffat adalah kita yakin dengan zat Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan. Kita mensucikanNya daripada serupa dengan makhluk. Kita juga beriman dengan segala sifatNya yang tsabit dan ada nas dalam Al-Quran. Ianya tidak sempurna melainkan kita menghapuskan sifat ingin tahu tentang keadaan ataupun kaifiat zat Allah SWT. Ketiga-tiga gabungan inilah baru disebut akidah yang sempurna, sebarang pengabaian atau ketidakkepercayaan kepada salah satunya adalah menjadikan seseorang itu bukan dikalangan orang Islam.

:: KONSEP SYAHADAH ::

Syahadah bermaksud pengetahuan, penerangan, perkhabaran serta pernyataan. Kalimah Syahadah mengandungi pengertian ikrar, iktiraf, dan iktikad iaitu pengakuan, pengiktirafan dan kepercayaan. Dengan kata lain Laa Ilahaillah adalah penolakan bahawa tiada yang layak dijadikan tuhan kecuali Allah sahajalah. Hakikat ini menetapkan keyakinan bahawa Tuhan itu Esa dari segi SifatNya, ZatNya serta AfalNya. Ia adalah pintu masuk kepada Islam. Ia nyawa kepada setiap bahagian Islam

:: PENGERTIAN ILAH ::

Ia membawa kepada beberapa pengertian yang saling melengkapi:

:: Tempat tumpuan dan matlamat pengbdian:: Tempat perlindungan

Page 3: Akidah yang sempurna

:: Tempat tumpuan kecintaan:: Sebagai pemberi rezeki

:: TUNTUTAN SYAHADAH ::

Apabila kita telah bersyahadah maka kita telah tertanggung beberapa tanggungjawab sebagai bukti dan tanda kita ini adalah betul dalam penyaksian kita. Tuntutannya adalah sama dengan istilah takwa ” melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Dikemukakan secara lebih terperinci apa yang kita perlu lakukan.

Melaksanakan semua rukun Islam.Intima’ (bergabung) dengan Islam dalam seluruh aspek termasuk akidah, akhlak, keluarga dan ibadah.Berintima’/nenyertai atau bersama dengan jemaah/organisasi IslamMenegakkan pemerintahan Islam secara sempurna (daulah Islam)Melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar.Berusaha membentuk Khilafah Islamiyyah.

:: PERKARA YANG MEMBATALKAN SYHADAH ::

Perkara yang menyebabkan syahadah terbatal terbahagi kepada 3 kategori:

1. Iktikad :

Kita salah dari segi iktikad Ahli Sunnah, seperti mengiktikad yang Allah serupa dengan makhluk, walaupun dengan satu sifat. Juga beriktikad dengan iktikad yang bercampur dengan fikiran atau falsafah seperti kaum Muktazilah.

2. Lisan :

Lisan kita menuturkan kata kata yang dikira boleh membatalkan Akidah, seperti mengatakan yang Islam tidak boleh lagi dianalkan kerana sudah ketinggalan zaman, menyatakan Islam Jumud, zalim , pengganas dan sebagainya yang seumpama.

3. Perbuatan :

Melaksanakan perbuatan yang dikira boleh membatalkan Akidah, seperti melakukan penyembahan kepada selain daripada Allah seperti berhala dan sebagainya, termasuk juga jika kita memakai salib. Juga termasuk dalam kita berhuku dengan hukum selain dari hukum Allah.

Page 4: Akidah yang sempurna

Tajuk 1: Konsep Akidah

1. Akidah yang sempurna lahir daripada kepercayaan dan keyakinan yang kukuh.

i. Apakah maksud akidah ?

ii. Jelaskan dua perbezaan aqidah yang betul dan aqidah yang salah ?

iii. Mengapakah kita dituntut mempelajari Ilmu Aqidah

2. Nyatakan 2 nama lain bagi Ilmu Aqidah ?

4. Huraikan dua kesan baik terhadap pelajar apabila memiliki aqidah yang sahih. 5. Terangkan dua langkah untuk menyekat pengaruh negatif kepada diri anda ?6. Alam syahadah adalah bukti tentang kewujudan dan kekuasaan Allah.

i. Apakah maksud Alam Syahadah ? ii. Senaraikan tiga tanda kewujudan Allah S.W.T berdasarkan Alam Syahada

7. Nyatakan perbezaan diantara akidah dan syariah . 8. Terangkan hubungan diantara akidah dan syariah beserta dengan contoh .

Jawapan :

Akidah ialah kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah S.W.T sifat-sifat kesempurnaanNYA berdasarkan dalil Naqli dan Aqli. Jawapan :

Ciri-ciri Aqidah yang betul :

1. Keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah,KeesaanNYA dan KekuasaanNYA.2. Menjauhkan diri dari mensyirikkan Allah.3. Kepercayaan dan keyakinan yang berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah.

Ciri-ciri aqidah yang salah.

1. Menafikan keesaan dan kekuasaan Allah.2. Mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan Al-quran dan As-Sunnah.3. Melakukan perbuatan yang mensyirikkan allah.

Jawapan :

1. Memantapkan keimanan dan keyakinan di dalam hati tentang kewujudan Allah.2. Menjaga iman supaya selamat di dunia dan di akhirat.3. Mempertahankan aqidah daripada diresapi ajaran yang menyeleweng.4. Dapat mengenali ajaran aqidah yang salah seperti Black Metal dan Ayah Pin

Page 5: Akidah yang sempurna

Jawapan :

-Ilmu Kalam -Ilmu Tauhid

-Ilmu Makrifah -Ilmu Usuluddin

Jawapan :

-Pelajar terdorong untuk bercakap benar.

-Pelajar akan lebih menyayangi dan mengasihi ibu bapa.

-Pelajar akan lebih bermotivasi untuk mempelajari dan menghayati ajaran Islam.

Jawapan :

Berdoa pada Allah supaya menetapkan iman. Berusaha menjaga kesucian iman. Melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNYA.

Lain-lain jawapan yang munasabah Jawapan :

Alam yang dapat dilihat,diperhati dan dikaji oleh pancaindera seperi pokok-pokok gunung ganang,matahari,bulan bintang dan sebagainya

Jawapan :

Alam yang dapat dilihat,diperhati dan dikaji oleh pancaindera seperi pokok-pokok, gunung ganang,matahari,bulan bintang dan sebagainya

Jawapan :

Akidah : Kepercayaan di dalam hati tentang kewujudan Allah , malaikat ,kitab, rasul-rasul, hari akhirat serta Qadak dan Qadar.

Syariah : Peraturan dan hokum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah sama ada perkara yang berkaitan dengan suruhan atau larangan.

Jawapan :

Akidah : 1. Kepercayaan kepada Allah

Page 6: Akidah yang sempurna

2. Kepercayaan kepada Malaikat

Syariah :

1. Mentaati dan melaksanakan perintah-perintah Allah Taala.

2. Kepatuhan dengan kebaikan.

Tajuk 2 : ASAS AQIDAH ISLAM.

1. Aqidah yang sahih menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

i. Apakah sumber Aqidah yang sahih ?

ii. Jelaskan ciri-ciri Aqidah yang sahih.

2. Ar-Rububiyat,Al-Uluhiyat,An-Nubuwat dan Al-Samiyyat adalah 4 aspek yang terdapat dalam ilmu aqidah.

iApakah maksud Al-Uluhiyat ?

ii. Jelaskan perkara yang dibincangkan dalam al-Samiyyat dan An-Nubuwat.

3. Aqidah seseorang boleh rosak melalui perbuatan,pengucapan dan hati.

i.Bagaimanakah perbuatan yang boleh merosakkan Aqidah ?

ii. Jelaskan factor yang mendorong salah laku Aqidah.

iii. Huraikan 3 langkah untuk memelihara Aqidah.

Jawapan :

Page 7: Akidah yang sempurna

i. Al-quran

ii. Hadis Nabawi

Jawapan :

-keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah,keesaanNYA dan kekuasaanNYA.

-Menjauhkan diri dari mensyirikkan Allah.

-Kepercayaan dan keyakinan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Jawapan :

Al-Uluhiyat ialah mentauhidkan Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan.Hanya Allah yang wajib disembah,ditaati peraturanNYA dan tempat berdoa dan berharap

Jawapan :

-aspek Al-Samiyyat tentang perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia seperti dosa,pahala,syurga dan neraka.

- Aspek An-Nubuwat tentang perutusan Nabi-Nabi,dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah untuk disampaikan kepada manusia.

Jawapan :

-Menyembah selain dari Allah seperti pokok dan batu.

-Memakai mana-mana lambang agama lain seperti salib dan tatu.

-menghina Al-Quran seperti mengoyak,memijak dan mencampak.

-menyertai upacara agama lain.

Jawapan :

-kurang mendalami ilmu-ilmu Islam

-tidak suka mendampingi ulama’

Page 8: Akidah yang sempurna

-terpengaruh dengan budaya dan hiburan yang merosakkan akhlak dan aqidah.

-berkawan dengan orang yang rosak akhlak.

Jawapan :

-membaca dan memahami Al-Quran dan Hadis Nabi.

-nasihat-manasihati kearah kebaikan.

-memelihara ibadat-ibadat fardhu.

-sentiasa mengingati Allah.

Tajuk 3 : KONSEP MUSLIM DAN MUKMIN;

1. Asas aqidah Islam ialah islam ,iman dan ihsan.

i. Jelaskan maksud ihsan. ( 2 markah )

2. Apakah perbezaan diantara mukmin dan muslim.

3. Nyatakan sifat-sifat muslim dan mukmin.

4. Bagaimanakah cara untuk diri menjadi muslim dan mukmin sejati.

5. Huraikan 3 sifat Ihsan dalam kehidupan.

Jawapan :

-membaca dan memahami Al-Quran dan Hadis Nabi.

Page 9: Akidah yang sempurna

-nasihat-manasihati kearah kebaikan.

-memelihara ibadat-ibadat fardhu.

-sentiasa mengingati Allah.

Jawapan :

-Muslim : orang yang beriman,percaya dengan rukun-rukun iman.

-Mukmin : orang yang beriman dengan rukun iman dan beramal dengan rukun-rukun tersebut.

Jawapan :

i.menunaikan solat denga khusyuk.

ii.berakhlak mulia dengan menghormati pendapat orang lain.

iii.menjaga kehormatan diri

iv.melakukan sesuatu amalan dengan ikhlas.

Jawapan :

-mempelajari Ilmu fardhu ain dan Fardhu Kifayah.

-beramal dengan ilmu yang bermanfaat.

-berdamping dengan para ilmuan.

-merancang masa hadapan

-sentiasa membaca Al-Quran & berzikir.

Jawapan :

-melakukan sesuatu ibadat atau pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah.

-melakukan kerja mengikut prosuder yang tepat.

-bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah.

Page 10: Akidah yang sempurna

-mempamerkan imej yang berketrampilan.

Tajuk 4 : RUKUN IMAN TERAS AQIDAH ISLAM

1. Setiap umat islam wajib beriman kepada Rukun-Rukun Iman.

i.Bagaimanakah cara beriman kepada Allah ?

ii.Nyatakan dua kesan beriman kepada Allah.

2.Jelaskan akibat tidak mempercayai rukun iman.

3. Jelaskan tiga hikmat mempercayai rukun iman terhadap individu muslim.

4. Bagaimanakah anda beriman dengan hari Akhirat ?

5. Jelaskan cara beriman kepada Malaikat . Jawapan :

Menyakini bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.Dialah yang maha Esa dan memiliki sifat kesempurnaan.

Jawapan :

-terpelihara daripada melakukan maksiat

-mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat

-dapat memelihara kesucian aqidah.

Jawapan :

-terbatal iman.

Page 11: Akidah yang sempurna

-mudah melakukan dosa

-terdedah kepada perkara-perkara negative seperti malas

-tidak menghormati orang lain

-meragui kebesaran dan kekuasaan Allah.

Jawapan :

yakin akan keesaan dan kekuasaan Allah. Mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mendorong untuk melakukan perkara kebaikan . Berakhlak mulia, bersopan santun dan bermotivasi.

Jawapan : wajib mempercayai bahawa alam ini akan hancur binasa dan seterusnya manusia akan dibangkitkan daripada kubur, dihimpunkan di Mahsyar dan dimasukkan kedalam syurga atau neraka.

Jawapan : wajib mempercayai bahawa malaikat makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan dan minum, tidak berjantina dan sentiasa mentaati segala perintah Allah.

Tajuk 5 : DALIL KEWUJUDAN ALLAH.

1.

(12 )طين من سللة من اإلنسان خلقنا ولقد

Maksudnya : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati ( yang berasal ) dari tanah.

Berdasarkan ayat :

i. Terangkan peringkat-peringkat kejadian manusia ( 4 markah )

2. Kejadian alam yang unik ini adalah satu tanda kekuasaan Allah.

Page 12: Akidah yang sempurna

i. Nyatakan dua bukti yang menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T berdasarkan kejadian alam. ( 4 markah )

3. Terangkan tiga sifat muslim mukmin bersyukur di atas nikmat Allah. ( 6 markah )

4. Jelaskan dua hikmat memerhati tentang kejadian siang dan malam.( 4 markah )

5. Senaraikan empat kejadian di alam ini yang diluar kemampuan manusia. ( 4 markah )

Jawapan :

-bermula dari setitis air mani ( Nutfah )

-bertukar menjadi Alaqah ( darah beku )

-bertukar menjadi mudghah ( seketuk daging )

-ditiupkan roh dan terbentuk manusia sempurna.

Jawapan :

-peredaran planet-planet tanpa berlaku perlanggaran

Page 13: Akidah yang sempurna

-kejadian malam dan siang yang pasti dan teratur.

Jawapan :

i.sentiasa memelihara dan menjaga nikmat-nikmat Allah dengan sebaik-baiknya.

ii.menjauhi sifat-sifat yang tidak bertanggungjawab seperti menzlimi binatang,memusnahkan tanaman dan lain-lain.

iii.menggunakan nikamt-nikmat yang Allah berikan dengan sebaik mungkin

Jawapan :

i. waktu siang dijadikan oleh Allah untuk manusia bekerja.

ii. waktu malam untuk manusia berehat.

Jawapan :

i. kejadian siang dan malam

ii. kejadian planet-planet

iii. kejadian manusia

iv. kejadian hujan

AQIDAH - PERANANNYA DALAM MENENTUKAN MASYARAKAT

PENDAHULUAN

Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab berbunyi "AQADA" yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan.

Apakah pula kaitannya dengan masyarakat. Secara umumnya masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang mempunyai tatacara, prinsip, kecenderungan, keistemewaan dan adat yang tersendiri. Sebuah masyarakat yang lahir hasil dari pegangan mereka yang mantap terhadap aqidah keimanan itulah sebenarnya masyarakat yang diredahi oleh Allah. Masyarakat itulah dinamakan "Masyarakat Islam".

Page 14: Akidah yang sempurna

CIRI-CIRI MASYARAKAT ISLAM

Sebuah masyarakat Islam ialah masyarakat yang merncerminkan cara-cara dan amalan hidup mereka selari dengan pengertian aqidah yang sebenar. Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh) lagi terperinci untuk membina masyarakt tersebut. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas yang kukuh. Sistem hidup yang ditegakkan di atas dasar-dasa lain daripada dasar ini bukanlah merupakan masyarakat Islam yang sebenar. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia...." (Surah Yusuf : 40)

Masyarakat Islam mempunyai satu sifat yang tersendiri. Penyelarasan segala urusannya akan tetap berlandaskan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. sahaja. Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:

Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah Al-An'Am:162-163)

Masyarakat Islam adalah masyarakat yang tidak bernaung di bawah sistem buatan manusia seperti Kapiatalisme, Librelisme, Pragmatisme dan sebagainya. Mereka yang mengamalkan sistem ini bererti mereka sudah tidak membulatkan pengabdian diri mereka kepada Allah S.W.T. di dalam sistem hidup mereka.

Dalam Al-Quran juga Allah S.W.T. telah mengecam orang-orang Yahudi dan Kristian kerana perbuatan syirik. Ini adalah kerana mereka telah mematuhi padri-padri dan rahib-rahib mereka di samping Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W. apabila ditanya oleh seorang sahabat tentang taktik dan cara mereka (orang-orang Yahudi dan Kristian) menyembah rahib-rahib mereka menjelaskan bahawa rahib-rahib dan padri-oadri mereka telah mengubah isi kandungan kitab yang diturunkan kepada mereka melalui utusan Allah S.W.T. Mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, maka penyelewengan ini telah dipatuhi oleh penganut-penganut agama mereka. Oleh sebab itulah mereka dianggap telah menyembah padri-padri mereka dengan kerelaan dan kesetiaan mereka menerima penyelewengan tersebut.

PERANAN AQIDAH

Aqidah yang salimah dan shahihah memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Islam hari ini. Tanpa aqidah yang suci, masyarakat Islam tidak akan wujud. Aqidah juga menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh mencermarkan kesucian aqidah dalam masyarakat hari ini.Akibatnya berlakulah berbagai-bagai pencerobohan terhadap hak asasi manusia jenayah, pembunuhan, kafir mengkafir dan sebagainya yang hanya akan meruntuhkan masyarakat Islam. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat Islam, yang harmoni dan bebas dan bebas daripada unsur-unsur jahiliah maka kita perlu memahami dan mengkaji aqidah tauhid yang sebenarnya.

Page 15: Akidah yang sempurna

Aqidah tauhid yang dimaksudkan di sini ialah mentauhid serta mengesahkan Allah S.W.T. Ia menjadi teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam; mengimani Tuhan Yang Maha Esa, bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara, pentadbir semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh diingkari, Dia layak diajukan kesyukuran, tidak dikufuri dan hanya Dia patut ditaati. Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

"Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya), melainkan Dia yang menciptakan tiap-tiap sesuatu. Oleh tiu beribadatlah kamu kepada-Nya dan (ingatlah), Dialah yang mentadbirkan segala-galanya." (Surah al-An-Am:102)

Kalimah syahadah mempunayi perngertian yang luas dan mendalam dan sekaligus menolak segala macam bentuk kepercayaan yang tidak Islam. Memahami akan pengertian kalimah syahadah boleh membimbing umat Islam ke arah mengenali ciri-ciri dan tabiat masyarakat Islam, memberi pedoman untuk menghadapi masyarakat jahiliah, menentukan cara untuk merubah keadaan hidup umat manusia seluruhnya serta cara membina satu masyarakat Islam yang sebenar.

Menurut seorang ulama terkenal iaitu Istaz Said Hawa bahawa pengakuan dan persaksian insaniah cuma berertisekiranya ianya dilafaskan dengan kegahaman dan pentasyhidah isi hati. Al-Quran telah merakamkan hakikat ini yang bermaksud:"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengatahui bahawa engkau sebenar-benarnya ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta." (Surah al-Munafiqun:1)

Persaksian yang diakui di dalam rangkaian kalimah syahadah menjadi pembeza di antara Muslim dan kafir. Sebab itulah betapa pentingnya setiap orang Islam memahami benar-benar pengertian dan implikasi dari kalimah syahadah ini.

AQIDAH ASAS KEMANTAPAN UMMAH

Dalam usaha memantapkan kualiti ummah, terlebih dahulu diusahakan ke atas pemantapan keimanan yang berlandaskankepada aqidah yang benar, supaya akan hadir dalam hati perasaan ghairah untuk mempelajari agama dan membina asasnya yang sempurna. Ini adalah kerana tegaknya agama itu adalah berasaskan kepada aqidah. Apabila mantapnya aqidah maka mantap pulalah keimanan seseorang. Ilmu tentang aqidah akan memperbetulkan kedudukan iman dan iman itu pula perlu ditingkatkan prestasinya dengan usah ayang semaksima mungkin, agar mencapai hakikat keimanan yang sempurna dan mempraktikkannya dalam setiap inci kehidupan.

Untuk itu, agar aqidah mencapai tahap kesempurnaan sebagai seorang muslim, mestilah:-

Mengimani bahawa Allah lah yang maha pencipta alam sejagat ini tanpa bantuan dari luar.Menimani dan menyakini bahawa Allah mengutuskan para Rasul untuk mengajaw dan memberi pedoman kepada manusia mengenal Allah dan tentang matlamat kewujudan mereka di dunia.Mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia di dunia ini adalah untuk mengenal Allah serta sifat-sifatnya.Yakin bahawa syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi mereka yang mukmin dan taat kepada

Page 16: Akidah yang sempurna

Allah sebaliknya neraka bagi mereka yang kafir.Mengimano dan meyakini bahawa pensyariatan undang-undang adalah hak mutlak Allah, ianya tidak boleh diingkar dan di langgar.Mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, iaitu tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.Bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurnianya yang tiada terhingga.Sentiasa beristighfar kepada Allah dengan menyesal segala perbuatan yang lampau.

Oleh sebab itu, manusia tidak mungkin mencapai darjat kesempurnaan dan kemantapan menjadi insan selagi mereka sendiri yang menentukan peraturan, ideologi dan halan hidup sendiri.

Sebaliknya pembangunan, kemajuan dan ilmu yang berlandaskan kepada aqidah sebenarlah yang menjadi tuntutan Islam, kerana ianya akan membawa manusia lebih dekat kepada Allah s.w.t.

Tabiat mengkesampingkanlah aqidah menyebabkan manusia gagal mengenal pasti semua perkara yang bermanfaat atau perkara yang memudaratkan kepada mereka. Kecuali mereka di selamatkan dengan panduan dan suluhan aqidah.

Hasil daripada aqidah yang mantap inilah, betapa kemantapan iman Nabi Ibrahim a.s. sehingga menolak bulat-bulat tawaran yang dikemukakan oleh Raja Namrud, kerana Raja Namrud menolak aqidah Islamnya.

Begitu juga halnya dengan tindakan tegas Nabi Yunus a.s. ketika mana ditawarkan untuk menjadi ketua perbendaharaan negara, Mesir dengan katanya yang bermaksud:-

"(Aku bukan sahaja dapat menerangkan tadbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggikan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat. Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mantauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (Surah Yusuf : 37-38)

Seterusnya Rasulullah s.a.w. dengan tegas menolak jawatan, kedudukan dan harta benda daripada kaum Quraisy, kerana apa yang ditawarkan itu tidak dibina daripada asas aqidah.

Marilah sama-sama kita jadikan aqidah yang benar sebagai landasan perjalanan hidup kita. Kerana sesungguhnya kemantapan aqidah serta keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya akan membentuk ummah dari segi lain dengan mantap juga.

Kesan Aqidah Yang Sempurna Dalam Kehidupan Manusia Back To Standard VersionPosted By : nazyra81 (azira, azira)

Page 17: Akidah yang sempurna

Source : www.virtualfriends.net (VF)

Author : Dipetik dari Buku Persahabatan & Persaudaraan

Posted

On : Sun, 25 Feb 2007 11:36:03 AM

Description:AQIDAH

Perkataan Aqidah barasal dari perkataan arab yang bermaksud ikatan yang kukuh. perkataan ini juga turut digunakan dalam perjanjian sebagai akad nikah, akad jual beli dan sebagainya.

Aqidah dari segi istilahnya ialah keimanan yang kukuh kepada Allah SWT dan perkara-perkara berkaitan denganNYA, sifatNYA, keimanan kepada malaikat, kitab, hari kiamat serta qada' dan qadarNYA.

Aqidah amat penting untuk membina individu yang cemerlang kerana ini merupakan titik tolak untuk membina masyarakat yang menegakkan kebenaran, maju, sentiasa mengingati Allah dan Rasul, mengingati mati, merasakan ketenangan jiwa, menikmati kehidupan dunia dengan baik, bebas dari terpengaruh dengan orang lain dan terpengaruh dengan ideologi ciptaan manusia.

KESAN AQIDAH YANG SEMPURNA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

1. Melahirkan individu yang menyintai Allah dan RasulNYA

2. Melahirkan individu yang berani menegakkan kebenaran

3. Melahirkan individu yang maju

4. Malahirkan individu yang sentiasa mengingati mati

5. Malahirkan individu yang mendapat ketenangan jiwa

6. Melahirkan individu yang dapat menikmati kehidupan dunia yang baik

7. Melahirkan individu yang memiliki aqidah yang sahih akan membebaskan dirinya daripada

dikuasai oleh orang lain

8. Melahirkan individu yang berlapang dada dan memikirkan setiap amalan yang dilakukan adalah

baik ataupun sebaliknya

Aqidah adalah asas kecemerlangan masyarakat Islam dan asas kecemerlangan semua aspek kehidupan yang lain sama ada yang berkaitan antara hubungan manusia dengan Allah SWT atau hubungan manusia sesama manusia atau manusia dengan alam sekitarnya.

Page 18: Akidah yang sempurna

Individu sebeginilah yang akan melahirkan masyarakat Islam yang cemerlang serta jauh dari masalah keruntuhan akhlak seperti arak, judi, seks rambang, pelacuran dan lain-lain lagi yang membawa kepada keruntuhan tamadun peradaban insaniah.

AKIDAH SECARA ETIMOLOGI

                Akidah berasal dari kata ‘aqd yang berarti pengikatan.

Artinya “Saya beri’tiqad begini.” Maksudnya, saya mengikat hati terhadap hal tersebut. Akidah adalah apa yang diyakini oleh

seseorang. Jika dikatakan, “Dia mempunyai akidah yang benar,” berarti akidahnya bebas dari keraguan.

                Akidah merupakan perbuatan hati, yaitu kepercayaan hati dan pembenarannya kepada sesuatu.

AKIDAH SECARA SYARA’

                Yaitu iman kepada Allah, para Malaikat-Nya, Kitab-kitabNya, para Rasul-Nya, dan kepada Hari Akhir serta kepada qadar

yang baik mapun yang buruk. Hal ini disebut juga sebagai rukun iman.

                Syariat terbagi menjadi dua: i’tiqodiyah dan amaliyah.

I’ tiqadiyah adalah hal-hal yang tidak berhubungan dengan tata cara amal. Seperti i’tiqad (kepercayaan) terhadap rububiyah Allah

dan kewaajiban beribadah kepadaNya, juga beri’tiqad terhadap rukun-rukun iman yang lain. Hal ini disebut ashliyah (pokok agama).

                Sedangkan amaliyah adalah segala apa yang berhubungan dengan tata cara amal. Seperti shalat, zakat, puasa dan

seluruh hukum-hukum amaliyah. Bagian ini disebut far’iyah (cabang agama), karena ia di bangun di atas i’tiqodiyah. Benar dan

rusaknya amalih tergantung dari benar dan rusaknya i’tiqodiyah.

                Maka akidah yang benar adalah fundamaen bagi bangunan agama serta merupakan syarat sahnya amal. Sebagaimana

firman Allah Subhanahu wa ta‘ala

“Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan

janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya". (Al-Kahfi: 110).

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: "Jika kamu mempersekutukan

(Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi. (Az-Zumar: 65).

“Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya.(*) Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang

bersih (dari syirik).” (Az-Zumar: 2-3).

Page 19: Akidah yang sempurna

Ayat-ayat di atas dan yang senada, yang jumlahnya banyak, menunjukkan bahwa segala amal tidak diterima jika tdak

bersih dari syirik. Karena itulah perhatian Nabi Shallallhu ‘alaihi wa sallam yang pertama kali adalah pelurusan akidah. Dan hal yang

pertama didakwahka para rasul kepada umatnya adalah menyembah Allah semata dan meninggalkan segala yang dituhankan

selain Dia. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa ta‘ala

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan

jauhilah Thaghut itu". (An-Nahl: 36)

                Dan setiap rasul selalu mengucapkan pada awal dakwahnya,

"Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selain-Nya." (Al-A’raf: 59, 65, 73, 85)

                Pernyataan tersebut diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Shalih, Syu’aib dan seluruh rasul. Selama 13 tahun di Makkah

sesudah bi’tsah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajak manusia kepada tauhid dan pelurusan akidah, karena hal itu

merupakan landasan bangunan islam. Para da’i dan para pelurus agama dalam setiap masa telah mengikuti jejak para rasul dalam

berdakwah. Sehingga mereka memulai dengan dakwah kepad tauhid dan pelurusan akidah, setelah itu mereka mengajak kepada

seluruh perintah agama yang lain.

 

Nama lain ‘Aqidah Islamiyah

Menurut Ahlus Sunnah wal Jama’ah ‘aqidah Islamiyah mempunyai nama lain (inonim), diantaranya at-Tauhid, as-Sunnah,

Ushulluddin, al-Fiqhul Akbar, asy-Syari’ah, dan al-Iman.Nama-nama itulah yang terkesal menurut Ahlus Sunnah dalam ilmu ‘aqidah

Sumber:

KITAB TAUHID 1, Dr.Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan, Cetakan ke-17, 2008, Jakarta: Darul Haq

Intisari ‘AQIDAH Ahlus Sunnah wal Jama’ah,’Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-Atsari, Cetakan Kedua, 2007, Jakarta: Pustaka Imam

Asy-Syafi’i.