akhlak dan disiplin berorganisasi

Upload: fahmi-radzi

Post on 02-Mar-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

islam

TRANSCRIPT

Akhlak dan Disiplin Berorganisasi

Kita mestilah memastikan diri kita dan keluarga kita menunjukkan contoh teladan yang baik di mana sahaja kita berada, kerana kita akanmenjadi duta kepada perjuangan parti, untuk melebarkan pengaruh parti kepada masyarakat. Sebelum mereka melihat parti, mereka akan menilai dahulu siapakah aktivis-aktivisnya?Oleh kerana itu terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian kepada ahli PAS sekalian. Menunaikan JanjiAllah memberi penegasan dalam perkara ini dengan firmanNya (bermaksud),"Dan sempurnakanlah perintah Allah apabila kamu berjanji; danjanganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah)". An Nahl:9Sama ada perjanjian dengan jemaah atau perjanjian sesama sendiri dan termasuklah juga perjanjian dengan musuh hendaklah ditunaikandengan sempurna. Sebarang kemungkiran boleh menghilangkan kepercayaan antara satu sama lain dan menghilangkan kewibawaan. Jika kitatidak boleh laksanakan sila beritahu daripada awal, supaya perjalanan parti tidak terjejas. Sila maklumkan awal kepada penganjur jikakita mempunyai keuzuran syar'ie. Jangan sampai kita terkenal sebagai orang yang mungkir janji. Banyak mereka yang hebat terkeluardaripada saf kepimpinan apabila mereka tidak menepati janji. Tidak MelampauAllah Taala melarang sikap dan tindakan yang melampau walaupun terhadap musuh hatta di medan perang. Sikap melampau dalam semuaperkara banyak merugikan jemaah. Sejarah mencatatkan orang yang melampau berakhir dengan mereka gugur di dalam medan perjuangan.Contohnya mereka yang mengkafirkan UMNO sekarang sudah bersama dengan UMNO. Tepatlah sabda Rasulullah S.A.W,"Sebaik-baik perkaraialah sederhana dalam amalan". BersabarPerlu banyak bersabar, kerana kerja-kerja Islam akan berhadapan dengan macam-macam perkara yang tidak menyenangkan. Malahan jalandakwah penuh dengan liku-liku kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan, persendaan yang memalukan. Kerana kita terpaksaberhadapan dengan orang jahil, orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional, orang yang mudah bertolak ansur danorang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersinggung. Semuanya perlu kepada kesabaran yang tinggi. Firman AllahTaala bermaksud,"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu". Surah An Nur:22 Bersifat Rendah DiriMestilah bersifat tawaduk atau merendahkan diri khususnya terhadap saudara se-Islam dengan cara tidak membezakan (dalam memberilayanan) sama ada yang miskin mahupun yang kaya. Perlu sedar bahawa ahli PAS terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan status.Kita tidak hanya bergaul dengan orang kaya sahaja dengan meninggalkan orang miskin dan susah. Ini kerana perbuatan ini tidak mendapatrahmat daripada Allah Taala. Rasulullah s.a.w. sendiri memohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripada sifat takbur.Baginda bersabda yang bermaksud :"Tidak akan memasuki syurga yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah sifat takbur".(RiwayatMuslim) Jauh Sangka BurukMesti menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Sebaliknya kita lebih banyak menyuluh dan menudingdiri sendiri daripada dihadapkan kepada orang lain. Sangka buruk ini sifat yang tidak baik dan boleh mendatangkan keburukan kepadaorang lain. Maka ini perlu dijauhi oleh ahli parti. Janganlah dia berburuk sangka kepada sahabat yang lain ini akan menyebabkan ruanguntuk berpecah akan bertambah luas.Firman Allah Taala bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripadaprasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yanglain. Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Danbertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima Taubat lagi Penyayang". (Al Hujurat:12) Qudwah HasanahMesti menunjukkan contoh teladan yang baik selari dengan akhlak Islam. Kita percaya bahawa contoh teladan yang baik amat kuatmempengaruhi orang lain untuk mendekati perjuangan kita. Maka kita mesti pastikan diri kita, keluarga kita mesti menunjukkan contohteladan yang baik di mana sahaja kita berada, kerana kita akan menjadi duta kepada perjuangan parti, untuk melebarkan pengaruh partikepada masyarakat. Sepertimana kata hukama,"lisanul hal (tindakan) lebih baik daripada lisanul maqal (berkata-kata)". Bekerja Untuk Kemenangan IslamBiarlah sesaat di dalam hidup kita tidak berlalu begitu sahaja. Kita mesti memikirkan apakah cara supaya Islam dihayati olehmasyarakat untuk menyelamatkan negara dan masyarakat. Kita mesti rasa cemburu dengan golongan yang bekerja siang malam untukmengekalkan kezaliman di negara ini walaupun mereka tahu bahawa kerja mereka dimurkai oleh Allah Taala. Apakah kita boleh tidur lenaketika khazanah negara dijahanamkan? Laporan Ketua Audit Negara menyerlahkan lagi sikap kerajaan yang tidak pernah mengambil iktibarwalaupun setiap tahun inilah rupa bentuk laporannya. Apakah kita mahu membiarkan anak cucu kita pada masa akan datang merempat di bumisendiri.Kita berjuang bukan memikirkan diri kita tetapi ialah untuk generasi akan datang. Untuk kita sudah selesai, kerana hanya membilanghari untuk bertemu dengan Allah Taala, tetapi anak kita akan meneruskan hidup mereka. Jangan biarkan mereka memaki kita kerana kitatidak berjuang untuk mereka. Firman Allah Taala bermaksud,"Dan hendaklah takut (kepada Allah) yang sekiranya mereka meninggalkanketurunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraannya). Oleh sebab itu hendaklah mereka berbicaradengan tutur kata yang benar". (An Nisa:9)