agensi kelayakan malaysia (mqa) ... izin nya, laporan tahunan audit dalam agensi kelayakan malaysia...

Click here to load reader

Post on 21-Jan-2021

1 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

    AUDIT BERKUALITI MENINGKATKAN AKAUNTABILITI www.mqa.gov.my

  • Nurhidayah Akhmar Mohd Razali

    EDITOR

    Siti Syahirah Md Nasir EDITOR

    Johariah Urib Mohd Ariffin

    KETUA EDITOR

    Mazyah Yahya

    EDITOR

  • KKAANNDDUUNNGGAANN Laporan Tahunan

    Audit Dalam

    MUKA

    SURAT PERKARA

    BAHAGIAN 1

    2 VISI

    2 MISI

    3 OBJEKTIF

    3 PIAGAM PELANGGAN

    BAHAGIAN 2

    5 PRAKATA

    6 PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

    7 PENGHARGAAN KETUA UNIT AUDIT DALAM

    BAHAGIAN 3

    8 MAKLUMAT UNIT AUDIT DALAM

    BAHAGIAN 4

    18 PERANCANGAN DAN PENCAPAIAN

    BAHAGIAN 5

    PEMERHATIAN AUDIT DAN MAKLUM BALAS AUDITI:

    34 AUDITAN PROSES PERMOHONAN

    AKREDITASI DI BAHAGIAN AKREDITASI SAINS

    SOSIAL

    48 AUDITAN PENGURUSAN PANGKALAN DATA

    INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (PDIPT) DAN E-

    AKREDITASI

    61 AUDITAN PENGURUSAN SWAAKREDITASI DI

    BAHAGIAN AUDIT INSTITUSI

    73 AUDITAN PENGURUSAN TUNTUTAN ELAUN

    LEBIH MASA

    BAHAGIAN 6

    83 PENUTUP

  • 1 Laporan Tahunan Audit Dalam MQA Tahun 2012

  • Menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor awam.

    Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan seimbang kepada Jawatankuasa Audit ke arah meningkatkan akauntabiliti pengurusan awam.

    2 Laporan Tahunan Audit Dalam MQA Tahun 2012

  • Membantu MQA Mencapai Matlamatnya Melalui Pendekatan Yang

    Sistematik Dan Berdisiplin Untuk Menilai Dan Menentukan Keberkesanan Semua Proses

    Kawalan Dan Tadbir Urus

    Membantu MQA mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

    Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan standard pengauditan antarabangsa. Mengemukakan Pemerhatian Audit dalam tempoh dua minggu selepas Audit selesai dijalankan. Memberi teguran dan cadangan yang membina mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan. Menyediakan Laporan Tahunan Audit Dalam sebelum akhir bulan Mac tahun berikutnya.

    3 Laporan Tahunan Audit Dalam MQA Tahun 2012

  • 4 Laporan Tahunan Audit Dalam MQA Tahun 2012

  • PRAKATA

    Unit Audit Dalam, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah ditubuhkan secara rasmi pada 26

    November 2001 selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998. Unit Audit Dalam menjalankan

    tugas secara bebas dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan

    Malaysia.

    Laporan Tahunan Audit Dalam Tahun 2012 menerangkan tentang aktiviti – aktiviti Unit Audit Dalam

    serta ringkasan pengauditan yang talah dijalankan sepanjang tahun. Laporan ini terbahagi kepada

    enam bahagian. Bahagian 1 adalah berkenaan Visi, Misi, Objektif dan Piagam Pelanggan Unit Audit

    Dalam. Bahagian 2 pula memaparkan Prakata, Kata – Kata Aluan Ketua Pegawai Eksekutif dan

    Penghargaan Ketua Audit Dalam. Seterusnya, Bahagian 3 menerangkan berkenaan maklumat ringkas

    tentang Unit Audit Dalam yang merangkumi Penubuhan & Skop, Objektif, Bidang Tugas, Perjawatan,

    Carta Organisasi dan sebagainya. Kesemua Perancangan dan Pencapaian Unit Audit Dalam bagi

    tahun 2012 serta maklumat berkenaan Jawatankuasa Audit MQA diterangkan dibawah Bahagian 4

    manakala Bahagian 5 menerangkan secara ringkas berkenaan Pemerhatian Audit dan Maklum Balas

    Auditi. Antara auditan yang telah dijalankan pada tahun 2012 adalah seperti Auditan Proses

    Permohonan Akreditasi di Bahagian Sains Sosial, Auditan Sistem Pengkalan Data (PDIPT) dan e-

    Akreditasi, Auditan Pengurusan Swaakreditasi dan Auditan Pengurusan Tuntutan Elaun Lebih Masa.

    Akhir sekali Bahagian 6 iaitu penutup kepada Laporan Tahunan ini.

    Secara keseluruhannya, kesemua dapatan audit yang telah dikenal pasti oleh Unit Audit Dalam

    dimaklumkan kepada auditi dan juga pihak Pengurusan Atasan MQA supaya tindakan susulan dapat

    dilaksanakan. Cadangan untuk mengatasi sesuatu isu juga dinilai terlebih dahulu didalam Mesyuarat

    Jawatankuasa Audit supaya tindakan yang akan diambil kelak lebih mantap dan berkesan. Laporan

    Tahunan ini juga akan dijadikan panduan kepada semua warga Agensi supaya tidak mengulangi isu

    ketidak akuran yang sama pada masa akan datang.

    Dengan penerbitan Laporan Tahunan ini juga dapat membantu pihak Pengurusan Atasan untuk

    memastikan Pengurusan Prestasi dan Kewangan disemua peringkat mengikut prosedur dan peraturan

    yang telah ditetapkan supaya dapat meningkatkan prestasi dan imej Agensi.

    5 Laporan Tahunan Audit Dalam MQA Tahun 2012

  • KATA – KATA ALUAN

    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

    Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

    Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Unit Audit Dalam kerana

    menerbitkan Laporan Tahunan Audit Dalam Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Tahun 2012.

    Bagi meningkatkan tahap akauntabiliti dan pematuhan dari segi pengurusan dan pentadbiran sebuah

    Agensi Kelayakan Malaysia, Unit Audit Dalam bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tahap

    kawalan dalaman yang berkaitan khususnya pengurusan Jaminan Kualiti serta kewangan adalah

    dalam keadaan baik dan teratur. Hal ini juga sekaligus akan dapat membantu pihak pengurusan untuk

    mengambil tindakan sewajarnya serta mentadbir MQA dengan lebih cekap dan berkesan.

    Adalah diharapkan Laporan Tahunan Audit Dalam Tahun 2012 ini dapat membantu meningkatkan lagi

    keberkesanan dan kawalan dalaman terhadap pengurusan kewangan dan aktiviti di MQA dari segi

    pelaksanaan kerja, penyediaan rekod dan dokumen yang kemas kini serta pematuhan kepada undang-

    undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Usaha melaksanakan penambahbaikan hendaklah

    dijadikan tindakan berterusan. Komitmen daripada semua warga adalah diperlukan bagi mencapai

    misi, visi dan objektif MQA.

    Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah

    memberikan kerjasama kepada Unit Audit Dalam semasa pelaksanaan Audit. Saya berharap agar

    keprihatinan ini diteruskan supaya kita sama-sama mencapai matlamat memantapkan tadbir urus

    organisasi serta memperkemaskan lagi mutu pengurusan kewangan MQA.

    Sekian, terima kasih.

    DATO’ DR. SYED AHMAD HUSSEIN

    Ketua Pegawai Eksekutif

    Agensi Kelayakan Malaysia

    6 Laporan Tahunan Audit Dalam MQA Tahun 2012

  • PENGHARGAAN KETUA AUDIT DALAM AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

    Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

    Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan

    izin Nya, Laporan Tahunan Audit Dalam Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Tahun 2012 dapat

    diterbitkan dengan jayanya.

    Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi

    Kelayakan Malaysia (MQA) diatas sokongan dan pengiktirafan beliau terhadap usaha-usaha Unit Audit

    Dalam dalam melaksanakan tanggungjawab dan perancangan bagi mencapai objektif Agensi. Ucapan

    terima kasih juga kepada semua Pengurusan Tertinggi dan semua pegawai MQA diatas kerjasama

    yang diberikan sepanjang Unit Audit Dalam menjalankan tugasan pengauditan.

    Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai Unit Audit

    Dalam diatas kerjasama dan komitmen tinggi yang telah diberikan bagi menjalankan tugas dan

    tanggungjawab yang diamanahkan sehingga dapat menjayakan Sasaran Kerja Tahunan Unit Audit

    Dalam Tahun 2012 dengan cemerlang.

    Saya berharap agar laporan ini dapat dijadikan panduan serta bimbingan dalam melaksanakan

    pengurusan Jaminan Kualiti MQA, pengurusan kewangan dan pentadbiran serta aktiviti – aktiviti MQA

    secara ekonomi, cekap dan berkesan bagi memperkemaskan lagi kawalan dalaman dan mematuhi

    kehendak dan peraturan Kerajaan. Sehubungan itu, seluruh anggota Agensi Kelayakan Malaysia

    (MQA) dapat meningkatkan akauntabiliti MQA di samping menghindari daripada unsur penyelewengan,

    pembaziran dan penyalahgunaan kuasa.

    Sekian, terima kasih.

    JOHARIAH URIB MOHD ARIFFIN

    Ketua Audit Dalam

    Agensi Kelayakan Malaysia

    7

    Laporan Tahunan Audit Dalam MQA Tahun 2012

  • 8

    Laporan Tahunan Audit Dalam MQA Tahun 2012

  • Selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998, Unit Audit Dalam, Agensi Kelayakan Malaysia

    (MQA) telah ditubuhkan secara rasmi pada 26 November 2001. Unit ini bertanggungjawab terus

    kepada Ketua Pegawai Eksekutif MQA dan Jawatankuasa Audit MQA.

    Sebagai satu fungsi bebas, Unit Audit Dalam bertanggungjawab untuk memberikan khidmat

    perundingan bagi meningkatkan tahap operasi Agensi. Selain itu, Unit Audit Dalam berperanan dalam

    membantu pihak pengurusan