agensi di bawah kementerian perdagangan …pns/wp-content/uploads/2014/12/bulletin-vol-iii-1... ·...

4
Rakan Perniagaan Francais Anda Edisi 3/2013 Edaran PERCUMA Terbitan Berkala KPDNKK Agensi di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN Francais @ PERBADANAN NASIONAL BERHAD PNS ACADEMY KE ARAH PENGUKUHAN KEUSAHAWANAN

Upload: doanhanh

Post on 17-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Agensi di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN …pns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin-vol-III-1... · daripada pemilikan perniagaan francais ini turut mencipta ruang untuk lebih banyak

Francais @ PNS 1

Rakan PerniagaanFrancais Anda

Edisi 3/2013Edaran PERCUMA

Terbitan Berkala

KPDNKK

Agensi di bawah

KEMENTERIAN PERDAGANGANDALAM NEGERI, KOPERASI

DAN KEPENGGUNAAN

Francais @

PERBADANAN NASIONAL BERHAD

PNS ACADEMY KE ARAH PENGUKUHAN

KEUSAHAWANAN

Page 2: Agensi di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN …pns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin-vol-III-1... · daripada pemilikan perniagaan francais ini turut mencipta ruang untuk lebih banyak

Francais @ PNS2

KandunganKandungan

RedaksiPenasihat/Penaung Datuk Idris Hashim

Ketua EditorSyed Kamarulzaman Dato’ Syed Zainol Khodki Shahabudin

Penolong EditorAmelia Ong Abdullah

Sidang EditorialAbdul Razak Bentong

Aida Noryati Abdul MutiAsmaliza Malek

Imouzegar IsmailAsrul Afendi Aderos

Azliana Tukiman

Ahmad ShakereeR. Mohd Andriansyah R. Ade DaudZafrul Azman Mohamed AzraaiZulkhairi ZulkifliZulkiflee Amom

Perunding Editorial dan GrafikBig Step Communication (001666578-M)

5A, Jalan SG 1/1 Taman Seri Gombak,68100 Batu Caves, Selangor.

Perbadanan Nasional Berhad (9157-K)Menara PNS,Tower 7, Avenue 7,Bangsar South City,No 8, Jalan Kerinchi,59200 Kuala Lumpur.Tel: +603-20827788 Faks:+603-20827787Talian Bebas Tol: 1 800 22 1767Laman web: www.pns.com.my

Hak milik terpelihara dan sebarang pener-bitan dari buletin ini tidak dibenarkan sama ada melalui percetakan semula, imbasan, eletronik atau medium lain tanpa kelulusan Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Kandungan

EditorHamidah Ibrahim

PNS Academy Perkasa Ekonomi: Lahir Franchisepreneur Berkualiti

Pejabat Wilayah Terokai Potensi Pelaburan Bukan Francais

PNS Franchise Summit 2013: Platform Pengukuhan Jenama Francais Aquanano Wujud Keunikan Melalui Francais

Pasaran Modal Islam Di Malaysia

Skim Penyewaan dan Pembelian Hartanah: Bantu Usahawan Francais Miliki Hartanah Sendiri

Tadbir Urus Korporat, Etika Dan Kawalan Dalaman

Cloud Storage: Inovasi Penyimpanan Data Berpusat

Keusahawanan Dan Cabaran Pembangunan

Perjanjian Persefahaman PNS-SKM: Jadikan Sistem Francais Pilihan Perniagaan Koperasi

Program B.I.T. Mula Sesi Jelajah Ke Seluruh Negara

4

6

810

7

11

12

13

1416

18

Page 3: Agensi di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN …pns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin-vol-III-1... · daripada pemilikan perniagaan francais ini turut mencipta ruang untuk lebih banyak

Francais @ PNS 3

Dari Pena Ketua EditorDari Pena Ketua EditorDari Pena Ketua Editor

MERAPATKAN jurang ketaksamaan ekonomi antara kaum adalah antara misi dan visi Kerajaan selama beberapa dekad. Pelbagai usaha sudah dilakukan. Baru-baru ini, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa strategi untuk memperkasakan ekonomi. Beliau menjelaskan pemerkasaan ekonomi Bumi- putera perlu memberi fokus pada empat perkara iaitu modal insan, pemantapan pemilikan ekuiti, pengukuhan pemilikan aset bukan kewangan dan memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan Bumiputera.

Sudah sampai masanya, rakyat Malaysia bangkit memperkasakan ekonomi mereka masing-masing daripada bergantung sepenuhnya pada Kerajaan. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidaklah seseorang itu makan sesuatu makanan, sekalipun sedikit, yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya dan sesungguhnya Nabiullah Dawud ‘alaihis-salam itu juga makan dari hasil usaha tangannya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Di Perbadanan Nasional Berhad (PNS), kami menyahut dan menyokong seruan Perdana Menteri ini. Kami yakin melalui pembudayaan dan pemantapan keusahawanan, kita dapat menghasilkan modal insan yang berkualiti dan pada masa yang sama mengukuhkan ekonomi Bumiputera. PNS bukan sahaja membangunkan usahawan, malah lebih tepat lagi kami melahirkan Franchisepreneur.

Bagi melahirkan Franchisepreneur yang berkualiti, PNS melihat faktor yang membuahkan kejayaan kepada rakan usahawan dan syarikat francais di luar negara. Salah satu aspek kejayaan mereka ialah mereka menitikberatkan pemerkasaan modal insan melalui latihan. Atas pemerhatian ini, PNS Academy diamanahkan untuk memberi penerangan dan latihan francais kepada setiap golongan masyarakat. Ini termasuklah program latihan kepada francaisi, francaisor, perunding francais, kakitangan PNS dan orang awam.

Pada masa yang sama, PNS yakin, sistem francais itu sendiri mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Industri francais membolehkan rakyat memilih perniagaan francais terbaik bersesuaian dengan mereka dari segi produk dan saiz modal. Malah, apabila PNS membawa masuk sistem francais dari luar negara bermakna kita memberi hak kepada usahawan francais tempatan untuk memiliki ekuiti perniagaan. Kesan langsung daripada pemilikan perniagaan francais ini turut mencipta ruang untuk lebih banyak peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Dianggarkan satu outlet perniagaan

FRANChisePReNeUR BUKTI PEMERKASAAN

MODAL INSAN

francais mampu menawarkan purata lima peluang pekerjaan. Di sini, PNS Academy memainkan peranan untuk memberi latihan berterusan kepada setiap penggiat francais termasuk para pekerjanya.

Terbaru, PNS telah menandatangani Perjanjian Persefa-haman dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi menyalurkan maklumat dan membuka peluang kepada koperasi dan anggota koperasi menceburi bidang francais.

Pemerkasaan modal insan yang dilaksanakan di PNS turut mengambil kira perkongsian ilmu di antara penggiat francais. PNS sebagai peneraju francais negara terlibat secara aktif membawa francaisor tempatan bertemu dengan penggiat francais luar negara. Pada masa yang sama, PNS turut membuka pintu kepada penggiat francais luar negara ini untuk datang dan melihat sendiri perkembangan industri francais di Malaysia.

Malah, PNS Franchise Summit 2013, yang bakal berlang-sung pada 12 November 2013 adalah salah satu usaha untuk mengumpulkan semua penggiat francais ini di bawah satu bumbung. Menjelang acara ini kelak, PNS Academy akan menganjurkan pre-summit work-shop untuk francaisor dan francaisi. Ia merupakan satu usaha membincangkan isu dalam industri francais yang meliputi cabaran tenaga kerja dan modal insan di kalangan pekerja francais.

Namun, satu perkara penting yang harus ditegaskan, pemerkasaan ekonomi adalah tanggungjawab semua pihak. Pihak sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta juga harus mengambil inisiatif untuk menerapkan modal insan ini seawal mungkin. Satu kolaborasi harus dicadangkan bagi mewujudkan matapelajaran wajib keusahawanan yang menjurus pada perniagaan francais. Ini satu idea yang boleh diperkembangkan melalui perbincangan dengan PNS Academy.

Seterusnya, masyarakat mesti melihat program-program pemerkasaan f ranca is yang d iadakan in i sebagai satu peluang keemasan dan amat rugi andai ia dibiarkan begitu sahaja. PNS melalui PNS Academy akan terus membuka laluan kepada lebih ramai para penggiat industri francais untuk terus berkembang melalui sesi latihan berterusan. Diharapkan melalui modul latihan yang berkualiti yang dihasilkan oleh PNS Academy, Malaysia bakal melahirkan lebih ramai Franchisepreneur.

Rakan Perniagaan Francais Anda

Syed Kamarulzaman Dato’ Syed ZainolKhodki Shahabudin

Page 4: Agensi di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN …pns/wp-content/uploads/2014/12/Bulletin-vol-III-1... · daripada pemilikan perniagaan francais ini turut mencipta ruang untuk lebih banyak

Francais @ PNS4

FokusFokusFokusFokus

LAHIR FRANChisePReNeUR BERKUALITI

Oleh PNS AcADEMy

ORgANiSASi yang mempunyai pengkhususan industri seperti pertanian, koperasi, perubatan dan perniagaan memerlukan sebuah institusi

khusus untuk memberi latihan berterusan. Malah, hasil pemerhatian terhadap beberapa syarikat francais luar negara juga menunjukkan latihan yang jitu dan ber- terusan adalah rahsia kejayaan mereka. Bagi memahami hubung kait antara latihan dan kejayaan syarikat francais, pada tahun 2008 sekumpulan pegawai Per-badanan Nasional Berhad (PNS) telah menghadiri latihan francais di Franchise Academy Glasgow, United Kingdom. Sekembali dari lawatan sambil belajar ini, PNS berpandangan francaisor dan francaisi di Malaysia juga boleh mencapai potensi maksima melalui latihan. Maka, pada 1 Julai 2009, PNS Academy secara rasminya ditubuhkan dan kursus komersialnya yang pertama dilancarkan pada bulan Oktober 2010.

Berpegang pada visi Creating Partnership in Knowledge to Build a Better Business World, PNS Academy menumpukan fokus untuk meningkatkan kepakaran membangunkan modal insan, membangunkan usahawan yang berkualiti dan menyediakan khidmat nasihat serta penyelesaian yang menyeluruh dalam bidang perniagaan francais.

Pada awal penubuhannya, aktiviti PNS Academy menjurus pada hebahan kepada masyarakat umum akan peranan PNS dan maklumat francais. Selain pro- gram francais, PNS Academy turut mengadakan program bukan francais. Ini termasuklah menjalankan program latihan soft skills kepada kakitangan PNS dan orang ramai. Semenjak 2011 lagi, saban tahun beberapa latihan dalaman dianjurkan untuk kakitangan PNS. Lebih membanggakan, impak daripada latihan ini, PNS Academy berjaya melahirkan 12 jurulatih bertauliah di

PNS Academy Perkasa Ekonomi

kalangan kakitangan PNS. Namun, seiring dengan Transformasi Nasional

yang dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2010 dan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2012-2016, PNS Academy telah menyusun beberapa program dan modul bersepadu dalam menjadikan latihan sebagai nadi dalam usaha memperkasakan usahawan francais.

Antara usaha yang dibuat bagi memantapkan modul latihan francais ialah PNS Academy telah bekerjasama dengan beberapa pakar francais di dalam dan di luar negara. Pada tahun 2011, PNS telah menandatangani Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia Institute of Management (MIM) dan Franchise Mind dari Amerika Syarikat. Hasil usahasama ini, pada tahun 2012, PNS Academy telah berjaya mendapat akreditasi daripada UUM dan MIM untuk 10 modul francais yang dihasilkan.

Apabila PNS berpindah ke Menara PNS, PNS Academy semakin rancak menganjurkan latihan dan

Kerjasama dilakukan dengan beberapa pakar francais

PNS Academy turut melakukan kunjungan balas dengan beberapa penggiat francais luar negara. Terbaru ialah delegasi daripada Taiwan yang berkunjung ke Menara PNS