warta kerajaan persekutuan - federalgazette.agc.gov.my. (a) 110... · (xxxii) francais, iaitu...

28
21 April 2014 21 April 2014 P.U. (A) 110 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2014 PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 2014 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

21 April 2014 21 April 2014 P.U. (A) 110

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2014

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 2014

DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY

JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Page 2: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

2

AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001

PERINTAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2014

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Akta Pembangunan Sumber

Manusia Berhad 2001 [Akta 612], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pembangunan Sumber

Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama) 2014.

(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 21 April 2014.

Pindaan Jadual Pertama

2. Jadual Pertama kepada Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001

dipinda—

(a) dalam Bahagian I, dalam perenggan “A. Sektor Perkilangan”,

dengan memasukkan selepas subperenggan (2) subperenggan yang

berikut:

“(3) Perubahan bilangan pekerja

Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah

subperenggan A(1) menjadi kurang daripada lima puluh orang

atau modal berbayar bagi majikan di bawah subperenggan A(2)

menjadi kurang daripada dua juta lima ratus ribu ringgit, kadar

levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada

upah bulanan setiap pekerja itu.”;

Page 3: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

3

(b) dalam Bahagian I, dalam perenggan “B. Sektor Perkhidmatan”—

(i) dalam subperenggan (1)—

(A) dengan menggantikan butiran (iii) dengan butiran yang

berikut:

“(iii) Pengusahaan pelancongan, iaitu apa-apa aktiviti

yang melibatkan perniagaan, pengendalian atau

pengurusan pelancongan dalam negeri atau ke luar

negeri atau apa-apa perniagaan agensi

pengembaraan mengikut pengertian Akta Industri

Pelancongan 1992 [Akta 482];”;

(B) dengan menggantikan butiran (xiia) dengan butiran yang

berikut:

“(xiia) Pengangkutan darat perdagangan, iaitu penyediaan

perkhidmatan pengangkutan awam darat

(tidak termasuk perkhidmatan pengangkutan

kereta api), terminal, kemudahan, rangkaian, sistem,

pengendalian dan perkhidmatan lain yang berkaitan

dengan pengangkutan awam darat atau

perkhidmatan pengangkutan awam darat itu,

termasuk penyediaan kenderaan perkhidmatan

awam dan kenderaan barangan bagi mengangkut

penumpang atau barangan iaitu bas, bas carter,

bas ekspres, bas pengantara, bas mini, bas

berhenti-henti, bas sekolah, bas persiaran, bas

lapangan terbang, bas pekerja, teksi lapangan

terbang, kereta sewa, teksi mewah, teksi, dan kereta

sewa dan pandu bagi pelancong;”;

Page 4: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

4

(C) dalam butiran (xxi), dengan mengantikan noktah di hujung

butiran itu dengan koma bernoktah; dan

(D) dengan memasukkan selepas butiran (xxi) butiran yang

berikut:

“(xxii) Perbekalan gas, wap dan pendingin udara, iaitu

pengumpulan, pembekalan, pengagihan atau

penyediaan gas, wap dan pendingin udara termasuk

pengagihan bahan api berunsur gas melalui saluran

utama, pengumpulan dan pengagihan wap dan air

panas bagi maksud pemanasan, tenaga atau maksud

lain, pengagihan udara dingin atau air yang

disejukkan bagi maksud pendinginan, dan

pembekalan ais bagi maksud makanan dan bukan

makanan atau bagi maksud pendinginan;

(xxiii) Perawatan dan pembekalan air, iaitu proses

perawatan air daripada pelbagai sumber dan

pembekalan atau pengagihan air melalui pelbagai

cara bagi keperluan domestik dan industri;

(xxiv) Pembetungan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan

penyediaan, penyenggaraan atau pengendalian

sistem pembetungan atau kemudahan rawatan

kumbahan termasuk penakungan dan rawatan air

buangan dari kawasan kediaman atau perindustrian

yang dibawa melalui apa-apa cara jua bagi maksud

pelambakan, pelupusan atau penukaran kepada

bentuk bukan toksik;

(xxv) Perkhidmatan pengurusan sisa dan pemulihan

semula bahan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan

Page 5: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

5

pengumpulan, rawatan atau pelupusan bahan sisa

pepejal, cecair atau bergas yang dibuang, ditolak,

tidak dikehendaki atau ditinggalkan untuk diguna

semula, dikitar semula, diproses semula, dipulih

semula atau ditulenkan melalui suatu proses yang

berasingan termasuk aktiviti pemulihan dan

perkhidmatan pengurusan sisa yang lain;

(xxvi) Penerbitan wayang gambar, video dan program

televisyen, rakaman bunyi dan penerbitan muzik,

iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai

apa-apa perihalan yang melibatkan—

(A) pembuatan atau penerbitan wayang gambar,

filem, video dan program televisyen atau

iklan komersial;

(B) aktiviti pascapenerbitan filem, video dan

program televisyen, atau iklan komersial

untuk radio, televisyen atau filem;

(C) aktiviti pengedaran atau aktiviti bagi

mendapatkan hak pengedaran filem,

pita video, DVD atau penerbitan yang

seumpamanya bagi maksud komersial;

(D) aktiviti penayangan wayang gambar atau

pita video;

(E) penerbitan rakaman induk (bunyi) asal,

perkhidmatan rakaman bunyi dan

perkhidmatan yang berkaitan; atau

Page 6: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

6

(F) aktiviti penerbitan muzik dan

perkhidmatan yang berkaitan;

(xxvii) Perkhidmatan maklumat, iaitu penyediaan dan

pembekalan data, pengetahuan atau maklumat

kepada pelanggan bagi maksud komersial termasuk

penyediaan perkhidmatan memproses data dan

perkhidmatan pengehosan, perkhidmatan portal

web, perkhidmatan agensi berita dan sindiket

berita, dan perkhidmatan yang berkaitan;

(xxviii) Perkhidmatan bangunan dan landskap, iaitu

apa-apa perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

pengurusan, penyenggaraan, penjagaan atau

pembersihan bangunan, landskap, kelengkapan

enjin, jentera atau pembersihan perindustrian yang

lain;

(xxix) Perkhidmatan pengurusan acara, iaitu apa-apa

perniagaan atau aktiviti mengenai apa-apa perihalan

yang melibatkan pengurusan, promosi atau

penganjuran konvensyen, pameran perniagaan atau

perdagangan, atau acara awam atau persendirian;

(xxx) Pendidikan awal kanak-kanak, iaitu penyediaan

penjagaan atau pendidikan awal kepada

kanak-kanak berumur di bawah enam tahun oleh

taman bimbangan kanak-kanak dan taman didikan

kanak-kanak termasuk penyediaan pendidikan khas

untuk kanak-kanak kurang upaya pada peringkat ini

tetapi tidak termasuk penjagaan atau pendidikan

awal kanak-kanak yang disediakan oleh taman

bimbingan kanak-kanak atau taman didikan

Page 7: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

7

kanak-kanak yang dimiliki atau yang dikendalikan

oleh mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan

Persekutuan atau Kerajaan Negeri, atau oleh

mana-mana badan berkanun;

(xxxi) Perkhidmatan sokongan kesihatan, iaitu apa-apa

perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

perkhidmatan makmal perubatan atau kesihatan,

pusat dialisis, pusat fisioterapi atau terapi pekerjaan,

akupuntur, atau ahli herba dan homeopati, tetapi

tidak termasuk—

(A) aktiviti hospital dan rumah bersalin;

(B) aktiviti amalan perubatan am atau pergigian;

(C) aktiviti penjagaan di rumah;

(D) perkhidmatan jagaan kesihatan yang

disediakan oleh jururawat, bidan,

ahli krioterapi, tukang urut tradisional,

pengamal Ayurveda atau pengamal

perubatan alternatif lain, atau pengamal

paramedikal;

(E) perkhidmatan ambulan; dan

(F) perkhidmatan jagaan kesihatan swasta lain

mengikut pengertian Akta Kemudahan dan

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

[Akta 586];

Page 8: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

8

(xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan

francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang

melibatkan perjanjian francais atau yang melibatkan

pembelian hak untuk menjual atau mengedar

produk, perkhidmatan, maklumat, teknik atau harta

intelek tertentu oleh pemegang francais daripada

pemberi francais. Perkataan "francais" mempunyai

erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Francais

1998 [Akta 590];

(xxxiii)Penjualan dan pembaikan kenderaan bermotor, iaitu

perdagangan atau penjualan, sama ada secara

borong atau runcit, apa-apa jenis kenderaan

bermotor atau komponen kenderaan bermotor oleh

pengilang, pembekal, pemborong, peruncit atau ejen

dan penyediaan perkhidmatan yang bersampingan

dengan penjualan kenderaan bermotor atau

komponen kenderaan bermotor itu atau penyediaan

perkhidmatan selepas jualan secara berkala,

termasuk penyenggaraan atau pembaikan, semasa

atau selepas sesuatu kenderaan bermotor atau

komponen kenderaan bermotor dijual;

(xxxiv)Perkhidmatan penyiaran swasta, iaitu apa-apa

aktiviti bagi mencipta kandungan atau mendapatkan

hak untuk mengedarkan kandungan bagi rancangan

radio, televisyen atau rancangan kabel dan

penyiaran kandungan itu kepada umum;

(xxxv) Sekolah memandu, iaitu apa-apa aktiviti yang

melibatkan penyediaan perkhidmatan oleh sesuatu

sekolah memandu atau institut memandu;

Page 9: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

9

(xxxvi)Perkhidmatan veterinar, iaitu penyediaan

perkhidmatan pengawalan dan penjagaan kesihatan

untuk haiwan ternakan atau peliharaan oleh doktor

veterinar atau pekerja veterinar termasuk—

(A) pemeriksaan klinikopatologi dan diagnosis;

(B) diagnosis, penyembuhan, peringanan,

rawatan atau pencegahan apa-apa penyakit,

kecacatan, luka atau kecederaan pada

haiwan;

(C) perkhidmatan ambulan haiwan; dan

(D) perkhidmatan ujian spesimen haiwan.

Perkataan “perkhidmatan veterinar” hendaklah

termasuk kesemua aktiviti atau perkhidmatan yang

disediakan oleh klinik haiwan, pusat veterinar atau

hospital veterinar.”;

(ii) dalam subperenggan (2), dalam teks bahasa kebangsaan, dengan

menggantikan perkataan “majikan dengan lima sepuluh” dengan

perkataan “majikan yang mempunyai lima puluh”; dan

(iii) dengan memasukkan selepas subperenggan (2) subperenggan

yang berikut:

Kelas Majikan

“(3) Majikan yang

mempunyai tiga

puluh orang

Industri

Perkhidmatan makanan dan

minuman, iaitu apa-apa

perniagaan atau aktiviti

Page 10: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

10

pekerja atau lebih

mengenai apa-apa perihalan

yang melibatkan

perkhidmatan bekalan

makanan atau minuman

untuk pelanggan atau untuk

suatu acara (tetapi tidak

termasuk aktiviti

pengilangan makanan dan

minuman).

(4) Perubahan bilangan pekerja

Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah

subperenggan B(2) menjadi kurang daripada lima

puluh orang atau bilangan pekerja bagi majikan di

bawah subperenggan B(3) menjadi kurang daripada

tiga puluh orang, kadar levi yang dikenakan hendaklah

kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap

pekerja itu.”;

(c) dalam Bahagian I, dengan menggantikan perenggan “C. Perubahan

bilangan perkerja” dengan perenggan yang berikut:

Kelas Majikan

Industri

“C. Sektor Perlombongan dan Pengkuarian

(1) Majikan yang

mempunyai lima

puluh orang pekerja

atau lebih

Perlombongan dan

pengkuarian, iaitu apa-apa

perniagaan atau aktiviti yang

melibatkan proses

pengekstrakan mineral yang

terjadi secara semula jadi

sebagai pepejal, cecair atau gas

Page 11: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

11

termasuklah—

(A) perlombongan batu

arang keras dan lignit

(batu arang coklat atau

perang), bijih besi, bijih

logam bukan besi, atau

mineral kimia dan baja;

(B) perlombongan atau

pengkuarian bahan

pelelas, asbestos, mil

fosil bersilikon, grafit

semula jadi, steatit

(talkum), batu permata,

asfalt semula jadi,

asfaltit dan batu

berasfalt, bitumen

pepejal semula jadi,

kuartza dan mika;

(C) pengekstrakan minyak

petroleum mentah, syal

bitumen atau syal

minyak dan pasir tar,

gas asli, kondensat,

hidrokarbon cecair,

metana, etana, butana

atau propana;

(D) pengekstrakan dan

penggumpulan tanah

gambut dan

Page 12: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

12

garam, termasuk

pengekstrakan garam

melalui penyejatan air

laut atau air masin lain;

(E) pengkuarian batu, pasir

dan tanah liat; atau

(F) perkhidmatan sokongan

khusus perlombongan

atau pengkuarian yang

disediakan berdasarkan

fi atau kontrak.

(2) Majikan yang

mempunyai sepuluh

orang pekerja atau

lebih tetapi kurang

daripada lima puluh

orang pekerja dan

mempunyai modal

berbayar sebanyak

dua juta lima ratus

ribu ringgit

(RM2,500,000) dan

ke atas

(3) Perubahan bilangan pekerja

Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah

subperenggan C(1) menjadi kurang daripada lima puluh

orang atau modal berbayar bagi majikan di bawah

subperenggan C(2) menjadi kurang daripada dua juta

Page 13: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

13

lima ratus ribu ringgit, kadar levi yang dikenakan

hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah

bulanan setiap pekerja itu.”; dan

(d) dengan menggantikan Bahagian II dengan Bahagian yang berikut:

“BAHAGIAN II

Kelas Majikan

Industri

Majikan yang mempunyai

sepuluh orang pekerja atau

lebih tetapi kurang daripada

lima puluh orang pekerja dan

mempunyai modal berbayar

sebanyak kurang daripada dua

juta lima ratus ribu ringgit

(RM2,500,000)

(i) Pengilangan, iaitu pembuatan

atau pemprosesan sesuatu

barang dengan

menggunakan buruh atau

mesin atau kedua-duanya,

termasuk mengubah bahagian

atau komponen kepada barang

lain yang mempunyai sifat atau

ciri yang berbeza melalui

pengubahan, pengadunan,

penghiasan, pengemasan atau

selainnya mengawet atau

menyesuaikan apa-apa barang

atau bahan supaya ia dapat

digunakan, dijual, diangkut,

dihantar atau dilupuskan,

termasuk pembinaan kapal atau

pemasangan bahagian-bahagian

kapal;

(ii) Perlombongan dan pengkuarian,

iaitu apa-apa perniagaan atau

Page 14: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

14

aktiviti yang melibatkan proses

pengekstrakan mineral yang

terjadi secara semula jadi sebagai

pepejal, cecair atau gas

termasuklah—

(A) perlombongan batu

arang keras dan lignit

(batu arang coklat atau

perang), bijih besi, bijih

logam bukan besi, atau

mineral kimia dan baja;

(B) perlombongan atau

pengkuarian bahan

pelelas, asbestos, mil

fosil bersilikon, grafit

semula jadi, steatit

(talkum), batu permata,

asfalt semula jadi, asfaltit

dan batu berasfalt,

bitumen pepejal

semula jadi, kuartza dan

mika;

(C) pengekstrakan minyak

petroleum mentah, syal

bitumen atau syal minyak

dan pasir tar, gas asli,

kondensat, hidrokarbon

cecair, metana,

etana, butana atau

propana;

Page 15: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

15

(D) pengekstrakan dan

penggumpulan tanah

gambut dan garam,

termasuk pengekstrakan

garam melalui penyejatan

air laut atau air masin

lain;

(E) pengkuarian batu, pasir

dan tanah liat; atau

(F) perkhidmatan sokongan

khusus perlombongan

atau pengkuarian yang

disediakan berdasarkan fi

atau kontrak.”.

Dibuat 16 April 2014 [KSM/PUU/(S)/600-1/2/8/10; PN(PU2)616/III]

DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM Menteri Sumber Manusia

Page 16: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

16

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD ACT 2001

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 2014

IN exercise of the powers conferred by section 49 of the Pembangunan Sumber Manusia

Berhad Act 2001 [Act 612], the Minister makes the following order:

Citation and commencement

1. (1) This order may be cited as the Pembangunan Sumber Manusia Berhad

(Amendment of First Schedule) Order 2014.

(2) This Order comes into operation on 21 April 2014.

Amendment of First Schedule

2. The First Schedule to the Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001

is amended—

(a) in Part I, in paragraph “A. Manufacturing Sector”, by inserting after

subparagraph (2) the following subparagraph:

“(3) Change of number of employees

In the event that the number of employees of the employer under

subparagraph A(1) decreases to below fifty or the paid-up capital

of the employer under subparagraph A(2) decreases to below two

million five hundred thousand ringgit, the rate of levy imposed

shall remain at one per centum of the monthly wages of each of the

employees.”;

Page 17: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

17

(b) in Part I, in paragraph “B. Service Sector”—

(i) in subparagraph (1)—

(A) by substituting for item (iii) the following item:

“(iii) Tourism enterprise, that is, any activity involving the

business, organization or management of inbound or

outbound tours or any travel agency business within

the meaning of the Tourism Industry Act 1992

[Act 482];”;

(B) by substituting for item (xiia) the following item:

“(xiia) Commercial land transport, that is, the provision of

land public transport services (excluding railway

transport services), terminals, facilities, networks,

systems, operations and other services associated

with such land public transport or land public

transport services, including the provision of public

service vehicles and goods vehicles for carrying

passengers or goods, namely the bus, charter bus,

express bus, feeder bus, mini bus, stage bus, school

bus, excursion bus, airport bus, employees bus,

airport taxi cab, hire car, limousine taxi cab, taxi

cab, and hire and drive car for tourists;”;

(C) in item (xxi), by substituting for the fullstop at the end of

the item a semicolon; and

(D) by inserting after item (xxi) the following items:

Page 18: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

18

“(xxii) Gas, steam and air-conditioning supply, that is,

the collection, supply, distribution or provision of

gas, steam and air-conditioning including the

distribution of gaseous fuels through a main, the

collection and distribution of steam and hot water

for heating, energy or other purposes, the

distribution of cooled air or chilled water for cooling

purposes, and the supply of ice for food and

non-food or cooling purposes;

(xxiii) Water treatment and supply, that is, the process of

treatment of water from various sources and the

supply or distribution of water by various means for

domestic and industrial needs;

(xxiv) Sewerage, that is, any activity involving the

provision, maintenance or operation of sewerage

systems or sewage treatment facilities including the

collection and treatment of waste water from

residential or industrial area that is carried away by

any means whatsoever for dumping, disposal or

conversion into a non-toxic form purposes;

(xxv) Waste management and material recovery services,

that is, any activity involving the collection,

treatment or disposal of solid, liquid or gaseous

waste materials which are discarded, rejected,

unwanted or abandoned to be reused, recycled,

reprocessed, recovered or purified by a separate

process including remediation activities and other

waste management services;

Page 19: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

19

(xxvi) Production of motion picture, video and television

programme, sound recording and music publishing,

that is, any business or activity of any description

involving—

(A) the making or production of motion pictures,

films, videos and television programmes or

commercial messages;

(B) film, video and television programme, or

commercial message post-production

activities for radio, television or film;

(C) distribution activities or activities of

acquiring distribution rights for films, video

tapes, DVDs or similar productions for

commercial purposes;

(D) motion pictures or video tapes projection

activities;

(E) production of original (sound) master

recordings, sound recording services and

related services; or

(F) music publishing activities and related

services;

(xxvii) Information service, that is, the provision and

supply of data, knowledge or information to

customers for commercial purposes including the

provision of data processing and hosting services,

Page 20: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

20

web portals services, news agencies and news

syndicate services, and related services;

(xxviii) Building and landscape services, that is, any business

or activity involving the management, maintenance,

upkeeping or cleaning of buildings, landscapes,

engine equipment, machinery or other industrial

cleanings;

(xxix) Event management services, that is, any business or

activity of any description involving the

management, promotion or organization of

conventions, business or trade shows, or public or

private events;

(xxx) Early childhood education, that is, the provision of

care or early education to the children below six

years old by nurseries and kindergartens including

the provision of special education for handicapped

children at this level but excluding the child care or

early education provided by nurseries or

kindergartens owned or run by any Federal

Government or State Government department or

agency, or by any statutory body;

(xxxi) Health support services, that is, any business or

activity involving medical or health laboratory,

dialysis centre, physiotherapy or occupational

therapy centre, acupuncture, or herbalist and

homeopathy services, but excluding—

(A) hospital and maternity home activities;

Page 21: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

21

(B) general medical or dental practice activities;

(C) residential care activities;

(D) healthcare services provided by nurses,

midwives, cryotherapists, traditional

masseurs, Ayurveda practitioners or other

alternative medicine practitioners or

paramedical practitioners;

(E) ambulance services; and

(F) other private healthcare services within the

meaning of the Private Healthcare Facilities

and Services Act 1998 [Act 586];

(xxxii) Franchise, that is, in relation to a franchise business,

any kind of business or activity involving a franchise

agreement or involving the purchase of the right to

sell or distribute specific products, services,

information, techniques or intellectual property by a

franchisee from a franchisor. The word “franchise”

has the meaning assigned to it in the Franchise Act

1998 [Act 590];

(xxxiii)Sale and repair of motor vehicles, that is, the trade or

sale, either by wholesale or retail, of any type of

motor vehicle or motor vehicle component by a

manufacturer, supplier, wholesaler, retailer or an

agent and the rendering of services incidental to the

sale of the motor vehicle or motor vehicle

component or the provision of periodic after sales

services, including the maintenance or repair, during

Page 22: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

22

or after a motor vehicle or motor vehicle component

is sold;

(xxxiv)Private broadcasting services, that is, any activity of

creating content or acquiring the right to distribute

content for radio, television or cable programmes

and the broadcasting of the said content to the

public;

(xxxv) Driving school, that is, any activity involving the

provision of services by a driving school or driving

institute;

(xxxvi)Veterinary services, that is, the provision of control

and healthcare services for farm or pet animals by

veterinarians or veterinary personnel which

includes—

(A) a clinico-pathological examination and

diagnosis;

(B) a diagnosis, cure, mitigation, treatment or

prevention of any animal disease, deformity,

wound or injury;

(C) animal ambulance services; and

(D) testing of animal specimen services.

The words “veterinary services” shall include all the

activities or services provided by animal clinics,

veterinary centres or veterinary hospitals.”;

Page 23: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

23

(ii) in subparagraph (2), in the national language text, by substituting

for the words “majikan dengan lima sepuluh” the words “majikan

yang mempunyai lima puluh”; and

(iii) by inserting after subparagraph (2) the following subparagraphs:

Class of Employers

“(3) Employers with thirty or

more employees

Industry

Food and beverage services,

that is, any business or

activity of any description

involving food or drink

provision services for

customers or for an event

(but excluding food and

beverages manufacturing

activities).

(4) Change of number of employees

In the event that the number of employees of the

employer under subparagraph B(2) decreases to below

fifty or the number of employees of the employer under

subparagraph B(3) decreases to below thirty, the rate of

levy imposed shall remain at one per centum of the

monthly wages of each of the employees.”;

(c) in Part I, by substituting for paragraph “C. Change of number of

employees” the following paragraph:

Class of Employers

Industry

“C. Mining and Quarrying Sector

Page 24: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

24

(1) Employers with fifty or

more employees

Mining and quarrying, that

is, any business or activity

involving the process of

extracting minerals

occurring naturally as solid,

liquid or gas

which includes—

(A) mining of hard coal

and lignite (brown

coal), iron ores,

non-ferrous metal

ores, or chemical

and fertilizer

minerals;

(B) mining or quarrying

of abrasive

materials, asbestos,

siliceous fossil

meals, natural

graphite, steatite

(talc), gemstones,

natural asphalt,

asphaltites and

asphaltic rock,

natural solid

bitumen, quartz and

mica;

(C) extraction of crude

petroleum oils,

bituminous or oil

Page 25: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

25

shale and tar sand,

natural gas,

condensates,

liquid hydrocarbon,

methane, ethane,

butane or propane;

(D) extraction and

agglomeration of

peat soil and salt,

including extraction

of salt by

evaporation of sea

water or other saline

water;

(E) quarrying of stone,

sand and clay; or

(F) mining or quarrying

specialized support

services provided on

fee or contract basis.

(2) Employers with ten or

more but less than

fifty employees and

with a paid-up capital

of two million five

hundred thousand

ringgit (RM2,500,000)

and above

Page 26: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

26

(3) Change of number of employees

In the event that the number of employees of the employer

under subparagraph C(1) decreases to below fifty or the

paid-up capital of the employer under subparagraph C(2)

decreases to below two million five hundred thousand

ringgit, the rate of levy imposed shall remain at one per

centum of the monthly wages of each of the employees.”;

and

(d) by substituting for Part II the following Part:

“PART II

Class of employers

Industry

Employers with ten or

more but less than fifty

employees and with a paid-

up capital of less than two

million five hundred

thousand ringgit

(RM2,500,000)

(i) Manufacturing, that is, the

making or processing of an

article by labour or machine

or both, including the

transformation of parts or

components into another

article of a different nature

or character by way of

altering, blending,

ornamenting, finishing or

otherwise treating or

adapting any article or

substance with a view to its

use, sale, transport, delivery

or disposal, including the

building of a ship or the

assembly of parts of a ship;

Page 27: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

27

(ii) Mining or quarrying, that is,

any business or activity

involving the process of

extracting minerals

occurring naturally as solid,

liquid or gas which

includes—

(A) mining of hard coal and

lignite (brown coal), iron

ores, non-ferrous metal

ores, or chemical and

fertilizer minerals;

(B) mining or quarrying of

abrasive materials, asbestos,

siliceous fossil meals,

natural graphite, steatite

(talc), gemstones, natural

asphalt, asphaltites and

asphaltic rock, natural solid

bitumen, quartz and mica;

(C) extraction of crude

petroleum oils, bituminous

or oil shale and tar sand,

natural gas, condensates,

liquid hydrocarbon,

methane, ethane, butane or

propane;

(D) extraction and

agglomeration of peat soil

Page 28: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN - federalgazette.agc.gov.my. (A) 110... · (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan

P.U. (A) 110

28

Made 16 April 2014 [KSM/PUU/(S)/600-1/2/8/10; PN(PU2)616/III]

DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM Minister of Human Resources

and salt, including

extraction of salt by

evaporation of sea water or

other saline water;

(E) quarrying of stone, sand

and clay; or

(F) mining or quarrying

specialized support services

provided on fee or contract

basis.”.