pembangunan sektor francais di malaysia_upload

33
JADUAL KANDUNGAN _____________________________________________________________________ ABSTRAK 3 PENGENALAN 4 DEFINISI FRANCAIS 6 KONSEP PERNIAGAAN FRANCAIS 7 CIRI-CIRI PERNIAGAAN YANG BOLEH DIFRANCAISKAN 9 BENTUK PERNIAGAAN FRANCAIS 9 FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DITELITI SEBELUM MEMULAKAN USAHA PENEROKAAN DALAM FRANCAIS 11 MENILAI PELUANG FRANCAIS 12 PENDAFTARAN PERNIAGAAN FRANCAIS 13 AKTA FRANCAIS 1998 14 KEBAIKAN PERNIAGAAN FRANCAIS 18 KEBURUKAN PERNIAGAAN FRANCAIS 19 PERANAN KERAJAAN DALAM PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS 20 PERKEMBANGAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA 25 SUMBANGAN FRANCAIS KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA 29 KESIMPULAN 30 RUJUKAN 32

Upload: zek-zarina-shafii

Post on 22-Jul-2015

386 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JADUAL KANDUNGAN _____________________________________________________________________ ABSTRAK PENGENALAN DEFINISI FRANCAIS KONSEP PERNIAGAAN FRANCAIS CIRI-CIRI PERNIAGAAN YANG BOLEH DIFRANCAISKAN BENTUK PERNIAGAAN FRANCAIS FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DITELITI SEBELUM MEMULAKAN USAHA PENEROKAAN DALAM FRANCAIS MENILAI PELUANG FRANCAIS PENDAFTARAN PERNIAGAAN FRANCAIS AKTA FRANCAIS 1998 KEBAIKAN PERNIAGAAN FRANCAIS KEBURUKAN PERNIAGAAN FRANCAIS PERANAN KERAJAAN DALAM PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS PERKEMBANGAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA SUMBANGAN FRANCAIS KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA KESIMPULAN RUJUKAN 29 30 32 20 25 11 12 13 14 18 19 3 4 6 7 9 9

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA

1.0

ABSTRAK Sistem perniagaan francais sering dikaitkan dengan perniagaan restoran makanan segera seperti Mc Donald, Pizza Hut, KFC dan sebagainya. Tidak ada satupun jenama francais tempatan ataupun perniagaan bumiputera yang terlintas di minda. Ini mungkin kerana ramai orang Melayu mahupun bumiputera lain yang tidak tahu atau masih belum sedar bahawa sistem perniagaan francais adalah satu cara yang paling popular dan effektif untuk mengembangkan perniagaan, sama ada menjual produk perkhidmatan di dalam mahupun luar negara. Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah inisiatif untuk membangunkan sektor francais di Malaysia melalui penyediaan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN). Pelbagai strategi dan program di rancang secara menyeluruh bagi menyokong pertumbuhan francais dan merealisasikan aspirasi PIPFN untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang tahun 2020. atau

2

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA

2.0

PENGENALAN 2.1. Sejarah francais Francais merupakan satu sistem perniagaan yang dikatakan bermula di Eropah dan dikembangkan dengan pesatnya di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Pada ketika itu, seseorang francaisi adalah orang penting yang diberi hak dan kebebasan bagi sesuatu wilayah tertentu untuk memastikan pelaksanaan arahan dan peraturan, termasuk membuat penilaian dan memungut cukai. Konsep yang mirip kepada sistem francais ini telah juga diamalkan oleh para petani dan penternak di negara ini sejak sekian lama yang dikenali sebagai sistem pawah. Sistem ini selalunya digunakan di dalam pemberian hak mengusahakan tanah pertanian atau pun ternakan. Menerusi sistem ini, pemilik tanah pertanian mahu pun ternakan akan memberi hak kepada pengusaha untuk mengusahakan tanah pertanian atau memelihara binatang ternakan mereka. Sebagai habuan, kedua-dua pihak akan menikmati bahagian masing-masing hasil perkongsian ini, berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Hubungan pawah ini selalunya tidak berasaskan apa-apa perjanjian bertulis, namun kadang-kadang berlanjutan sehingga beberapa generasi. Akhirnya, konsep dan pendekatan ini diterima-pakai di dalam sektor swasta dan komersial. Menurut pengarang Megatrends, John Naisbitt sistem francais adalah satu-satunya konsep pemasaran yang paling berjaya. Sistem francais menjadi

3

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAsemakin popular dan dianggap sebagai satu penemuan global yang inovatif dalam strategi pemasaran yang melangkaui keperluan pengguna dan sempadan negara. Namun begitu, perniagaan francais di Malaysia hanya bermula kira-kira 60 tahun yang lalu menerusi syarikat-syarikat seperti Singer, Bata, stesen-stesen minyak, pengedar-pengedar automobil dan perhotelan. Pertumbuhan pesat perniagaan ini lebih ketara apabila restoran-restoran makanan segera seperti KFC, A&W dan McDonalds mula bertapak di negara ini di sekitar tahun 70-an dan awal 80-an.

2.2. Francais pada hari ini Kini, semakin banyak produk dan perkhidmatan dipasarkan melalui pendekatan sistem francais, termasuk sektor berkaitan automotif sebagai contoh jualan kereta, pusat servis, perkhidmatan tayar, jualan alat ganti dan aksesori. Selain dari itu kaedah pemasaran francais ini juga telah diperluaskan kepada perniagaan jenis kedai buku, fesyen dan pakaian, kedai runcit, salun dan kosmetik, agensi pelancongan dan penyewaan kereta, barangan kemas, percetakan, kedai gambar, optometri, farmasi, perkhidmatan kebersihan dan lain-lain. Kerajaan telah menggerak dan memperkasakan jentera yang berwajib KPDNKK untuk membangunkan industri francais di dalam dan luar negara. PIPFN diwujudkan dengan pelbagai pelan strategik dan program bagi menyokong

4

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIApembangunan sector francais dengan lebih tersusun dan terancang. Pelbagai kumpulan sasaran dikenalpasti seperti belia, wanita, golongan khas (OKU), pesara dan ramai lagi bagi memperluaskan peluang ekonomi kepada semua. Jadual 1 di bawah menunjukkan jumlah bilangan perniagaan francais yang berdaftar mengikut tahun sehingga 20 Disember 2011. Jadual 1

3.0

DEFINISI FRANCAIS 3.1. Dengan mengambil dari kata dasar Franc atau Franchising dari sebutan bahasa Anglo-French yang bermaksud PERCUMA. Tuan punya perniagaan digelar Francaiser (Franchiser) dan peniaga yang menggunakan model perniagaan Francaiser digelar, Francaisi (Franchisee).

5

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA3.2. Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan. 3.3. Dengan kata lain francais adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik produk (francaisor) dan pelabur (francaisi) di mana francaisor akan menyediakan produk dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan. 3.4. Francais adalah satu amalan perniagaan di mana sebuah syarikat diberi hak untuk mengendalikan perniagaan serupa dengan sesuatu syarikat lain dengan menggunakan jenama, model dan operasi perniagaan syarikat berkenaan. Bagi pemilik perniagaan atau franchisor, francais merupakan alternatif untuk mengembangkan perniagaan melalui pelaburan pihak ketiga(francaisi).

4.0

KONSEP PERNIAGAAN FRANCAIS Konsep perniagaan ini adalah boleh di dominasi dalam berbagai cara. Pada prinsipnya ia merupakan satu hubungan perniagaan secara kontrak di antara dua pihak (francaisor dan francaisi) yang ditubuhkan untuk mengagihkan atau mengedarkan barangan dan perkhidmatan melalui "outlets" tertentu untuk satu jangkamasa yang ditentukan atau tiada had jangkamasa. Ianya berdasarkan satu perjanjian di mana francaisor menganugerahkan francaisi hak untuk menggunakan berbagai proses alat kelengkapan,

6

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAsistem beroperasi dan nama baik (goodwill) francaisor di dalam mengeluar, menjual dan mengedarkan barangan dari jenama (trademark) perniagaan tertentu. Oleh kerana kedua-dua pihak secara ekonominya adalah saling bergantung antara satu sama lain meskipun mereka adalah "business entity" yang berasingan maka, francaisor perlu membekalkan kepada francaisi dengan kepakaran mengelolakan perniagaan melalui latihan dan penyediakan manual operasi yang komprehensif. Francaisor dan francaisi akan bersama-sama mengawal kualiti barangan dan prosedur beroperasi demi nama baik tanda niaga. 4.1. Perniagaan francais mempunyai 5 Prinsip utama: 4.1.1. Consistency (keseragaman) Premis francais 4.1.2. mempunyai imej yang sama.

Competitiveness (persaingan) Memberi kelebihan persaingan kepada pengusaha kerana bahan

mentah, mesin dan peralatan dibeli secara pukal oleh francaisor. Ini melayakkan francaisor mendapat diskaun bahan yang besar dan menjual kepada francaisi pada harga yang berpatutan. 4.1.3. Convenience (keselesaan) Premis perniagaan haruslah menawarkan keselesaan kepada

pelanggan dengan ciri reka yang menarik. 4.1.4. Cleanliness (kebersihan) Aspek kebersihan menjadi amalan utama perniagaan. Ia bermula dari

penyediaan produk hinggalah keadaan persekitaran premis. 4.1.5. Courtesy (kesopanan)

7

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAKesopanan dan layanan mesra merupakan imej yang amat penting

kerana ia akan menentukan daya saing atau kompetitif sesuatu perniagaan itu di pasaran. Pekerja perlu diberi latihan yang intensif dalam penyediaan layanan yang sempurna kepada pelanggan.

5.0

CIRI-CIRI PERNIAGAAN YANG BOLEH DIFRANCAISKAN Antara ciri-ciri menunjukkan perniagaan anda sedia difrancaiskan; 5.1. Perniagaan yang secara konsisten menunjukkan keuntungan untuk tempoh minimum 3 tahun berturut-turut. 5.2. Perniagaan yang mempunyai sistem dan kaedah perniagaan yang boleh di ajar kepada francaisi serta mudah untuk dibangunkan di lokasi lain. 5.3. Perniagaan yang unik dan berinovasi di bidang yang baru atau khusus dalam industri serta telah menunjukkan keuntungan dan mendapat kebenaran menjalankan francais dengan segera mungkin diberi bertujuan untuk menguasai pasaran di bidang tersebut.

6.0

BENTUK PERNIAGAAN FRANCAIS Di antara bentuk-bentuk perniagaan francais adalah seperti berikut; 6.1. Pemegang Francais Berhormat (Local Authorised Franchise Holder) Francaisi di beri lesen untuk membuat dan memasarkan barangan oleh francaisor termasuk penggunaan format lengkap francaisor merangkumi hak penggunaan harta intelektual (logo, jenama dan Goodwil), strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, perakaunan dan latihan. Francaisor juga boleh melantik 'Francaisi Induk' yang diberi kebenaran untuk melantik francaisi-francaisi

8

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAsetelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Sebagai contoh KFC dan Mc Donald yang menggunakan prinsip 5C dalam perniagaan mereka. 6.2. Francais Pengilangan Produk (Product Manufacturing Licensing) Francaisi diberi lesen untuk mengilang barangan mengikut formula, resepi atau rekabentuk yang ditetapkan oleh Francaisor dan memasarkan barangan tersebut menggunakan sistem pemasaran Francaisor seperti pembotolan Pepsi, Coca cola. 6.3. Lesen Bertanda Dagang/Jenama (Trademark/Brand Name License) Francaisi diberi lesen untuk menjual barangan Francaisor dan diberi komisyen bagi penjualan berkenaan. Contohnya watak-watak WaltDisney, Garfield, dan Dunhill. 6.4. Francais Wakil Pengedar (Dealership/Distributor Franchise) Francaisi diwajibkan memasarkan barangan keluaran Francaisor sahaja secara eksklusif mengikut kaedah dan peraturan yang ditetapkan. Francaisi diberi hak monopoli bagi memasarkan barangan tersebut dalam satu kawasan geografi tertentu. Contoh ; Eon, Shell dan Petronas. 6.5. Penganjur (Promoter) Francaisi bertindak sebagai penganjur dengan menjual barang-barang yang dibeli daripada Francaisor. Francaisi menggunakan satu nama syarikat yang sama dengan Francaisi-francaisi yang lain. Francaisor menyediakan modal, bahan mentah serta kepakaran pengurusan dan pemasaran kepada francaisi. Contoh PERNAS EDAR (Kedai G-Mart). Jadual 2 menunjukkan bilangan perniagaan francais yang berdaftar dibawah Seksyen 54 dan Seksyen 14 mengikut tahun sehingga 20 Disember 2011.

9

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA

Jadual 2

7.0

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DITELITI SEBELUM MEMULAKAN USAHA PENEROKAAN DALAM FRANCAIS 7.1. 7.2. 7.3. 7.4. 7.5. Jenis perniagaan Yuran francais Rekod perniagaan francaisor Bantuan dan khidmat sokongan Hak eksklusif perniagaan

10

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA

8.0

MENILAI PELUANG FRANCAIS Perniagaan francais sama seperti kebanyakkan perniagaan lain ynag juga terdedah kepada risiko, memerlukan usaha dan modal. Ini bermakna tanpa tiga elemen dia atas perniagaan francais boleh gagal. Oleh itu penilaian peluang francais adalah perlu sebelum ia dimulakan. Terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu: a) Diri Anda Menilai sifat diri sendiri sama ada lebih mirip kepada usahawan, francaisi atau pengurus. Sifat seorang francaisi agak berlainan daripada usahawan dan pengurus dimana sedikit modal diperlukan bagi memulakan perniagaan dan tidak boleh mengharapkan francaisor dari segi sumber bantuan kewangan. Namun, francaisor amat mengharapkan francaisi mempunyai cirri-ciri keusahawanan yang jitu untuk mengembangkan lagi perniagaannya. b) Francaisor dan Sistemnya Pilih francaisor yang mempunyai system pengurusan dan operasi yang mantap, mempunyai cawangan sendiri, mempunyai sokongan kewangan yang kuat. Perkaraperkara ini boleh diperiksa melalui beberapa sumber seperti: Dokumen penzahiran Francaisi sedia ada atau bekas francaisi, dan Rancangan pengembangan perniagaan

c) Keadilan Kepada Anda Kaji syarat dan terma yang dikenakan oleh francaisor dan situasi yang baik ialah "winwin". Dapatkan khidmat bantuan professional dalam menilai dokumen-dokumen seperti:

11

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA Dokumen penzahiran, dan Dokumen perundangan

d) Daya Maju Lokasi Tertentu Melibatkan diri dalam menyediakan laporan daya maju sesuatu lokasi yang

dicadangkan. Gunakan perangkaan yang dibekalkan oleh francaisor dan kaji logiknya angka-angka yang diberi oleh francaisor dalam konteks daya maju lokasi yang dicadangkan. e) Masa Depan Amati rancangan masa depan francaisor dan nilai keberkesanannya serta implikasi kepada perniagaan anda. Pastikan juga dalam sistem francaisor itu terdapat kemudahan menyelesaikan masalah antara francaisor dan francaisi.

9.0

PENDAFTARAN PERNIAGAAN FRANCAIS 9.1. Permohonan mesti dikemukakan kepada Pendaftar Francais (ROF) di KPDNKK untuk mendaftar perniagaan sebagai francais. 9.2. Perniagaan mestilah memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan di bawah Akta Francais 1998. Jadual 3 menunjukkan statistik jumlah kelulusan permohonan pendaftaran mengikut sektor sehingga 20 Disember 2011. Jadual 3

12

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA

10.0 AKTA FRANCAIS 1998 Perniagaan francais di Malaysia dikawal di bawah Akta Francais 1998. Akta ini terpakai bagi penjualan apa-apa francais di seluruh Malaysia. Mengikut Akta, pendaftaran juga perlu dilakukan oleh syarikat yang sebelum ini berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri atau KPuN sebelum Akta Francais 1998 berkuatkuasa. Penjualan sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika suatu tawaran untuk menjual atau membeli francais: a. b. c. Dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia; Dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia; atau Perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia.

10.1. PENGUATKUASAAN AKTA FRANCAIS 1998 10.1.1. Kepentingan Akta Francais 1998 a. Akta Francais 1998 (Akta 590) telah diwartakan pada 31 Disember 1998 bertujuan untuk mewujudkan mekanisme pengawalan dan pentadbiran bagi industri francais di Malaysia.

13

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAb. Akta ini meliputi penyeragaman operasi dan peraturan serta menawarkan perlindungan kepada pengamal francais. c. Faedah Akta Francais 1998 kepada francaisor: Melindungi sistem perniagaan dari diduplikasi atau diplagiat oleh pihak lain, seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 27, Akta Francais 1998; Keselamatan maklumat rahsia perniagaan francaisor. Seksyen 26 menyatakan tanggungjawab francaisi dan pekerjanya untuk memastikan maklumat rahsia francaisor selamat; Kebenaran untuk mengenakan dan mengutip yuran,

merangkumi fi francais, royalti dan fi promosi yang dirasakan perlu oleh francaisor. Ini dinyatakan di bawah seksyen 21, 22 dan 23 Akta Francais. d. Faedah Akta Francais 1998 kepada francaisi: Bakal francaisi mendapat maklumat yang perlu berkenaan perniagaan sebelum membuat sebarang komitmen terhadap perniagaan tersebut melalui Deraf Perjanjian Francais dan Dokumen Penzahiran perniagaan francaisor yang perlu dibuat secara bertulis mengikut keperluan Akta Francais 1998; Perlindungan daripada diskriminasi antara francaisi seperti yang termaktub di bawah Seksyen 20. Seksyen ini menghalang francaisor daripada mendiskriminasi francaisi

14

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAdalam perkara yang melibatkan perniagaan, antaranya fi francais, royalti, pembekalan barangan dan perkhidmatan, sewaan dan perkhidmatan pengiklanan; Menyediakan pengiklanan dan promosi perniagaan yang murah dan berkesan kerana melalui Seksyen 23 Akta Francais, francaisor dibolehkan mengutip fi promosi yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti promosi bagi

perniagaan francais tersebut. Oleh itu, francaisi tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk menjalankan pengiklanan secara bersendirian; Tempoh francais yang tetap, sekurang-kurangnya 5 tahun yang memastikan francaisi boleh menjalankan perniagaan tersebut dalam tempoh yang dinyatakan selagi tidak berlaku perlanggaran kontrak.

10.1.2. Tanggungjawab Francaisor Di bawah Akta Francais 1998, francaisor / francaisi induk yang berdaftar di bawah Seksyen 6, Akta Francais 1998 WAJIB mengemukakan dokumen-dokumen berikut setiap tahun: 9.1.2.1 Laporan Tahunan Francaisor / francaisi induk perlu mengemukakan laporan tahunan kepada Pendaftar dalam masa 30 hari dari tarikh tahun kewangan berakhir.

15

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA9.1.2.2 Penyata Kewangan Kumpulan Wang Promosi Francaisor / francaisi induk yang mengenakan fi promosi ke atas francaisi perlu menubuhkan Kumpulan Wang Promosi yang diuruskan di bawah akaun berasingan dan hendaklah digunakan hanya bagi tujuan promosi keluaran di bawah francais itu. Francaisor / francaisi induk perlu mengemukakan penyata kewangan bagi kumpulan wang tersebut. Penyata kewangan itu perlu disahkan oleh akauntan awam berdaftar dan dikemukakan kepada Pendaftar Francais, KPDNKK setiap tahun dalam tempoh 30 hari selepas tamat penggal kewangan terakhir. 9.1.2.3 Jalankan tanggungjawab mengikut Perjanjian Francais Francaisor / francaisi induk yang telah berdaftar dengan Pendaftar Francais WAJIB menjalankan obligasi seperti yang telah termaktub di dalam perjanjian francais masing-masing dan menjalankan perniagaan dengan adil, berhemah dan beretika.

10.1.3. Penalti Am di Bawah Akta Francais 1998 Penerangan penalti Am dibawah seksyen 39; 10.1.3.1. Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukan secara nyata dan boleh dikenakan penalti apabila disabitkan:

16

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA Bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit; dan Bagi kesalahan kali kedua atau kesalahan yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. 10.1.3.2. Apabila menghukum pemberi francais bagi kesalahan

pertama, mahkamah boleh: Mengisytiharkan perjanjian francais antara pemberi francais dengan mana-mana pemegang francais menjadi batal dan tidak sah; Memerintahkan supaya pemberi francais membayar balik apa-apa bentuk bayaran yang diperolehnya daripada mana-mana pemegang francais; atau Melarang pemberi francais baru atau melantik manamana pemegang francais baru.

11.0 KEBAIKAN PERNIAGAAN FRANCAIS 11.1. Nisbah risiko kegagalan dalam perniagaan diceburi melalui francais rendah berbanding dengan perniagaan sendiri yang risikonya boleh mencecah 70 peratus pada permulaan perniagaan tahun pertama dan kedua. Perniagaan melaui Francais pula punyai kadar kejayaan hampir 80 peratus.

17

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA11.2. Perniagaan Francais biasanya mendapat bantuan seperti pengiklanan, sokongan dan latihan perniagaan yang biasanya merupakan sebahagian pakej Francais yang ditawarkan oleh Francaisor. 11.3. 11.4. Peluang memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima ramai. Pembelian stok boleh didapti dengan harga terendah dari francaisor yang akan memberi pulangan yang lumayan. 11.5. Sekiranya anda membeli Francais yang telah tercipta nama dalam pasaran, anda tak perlu risau tentang strategi pemasaran kerana anda sudah punyai pelangan yang tersedia ada. Antara kebaikan menjadi francaisor: a. Berpeluang meluaskan perniagaan menggunakan modal pihak lain (francaisi) b. Perluasan pasaran dan mendapat maklumbalas pemiagaan yang luas dengan cepat dan berkesan c. Perluasan pengaruh dan liputan jenama/produk francais tanpa perlu

menguruskan perniagaan secara langsung d. Mengurangkan masalah pengurusan sumber manusia e. Lebih tumpuan kepada kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Antara kebaikan menjadi francaisi: a. Risiko lebih rendah berbanding perniagaan konvensional jenama dan reputasi perniagaan yang dikenali ramai, sistem operasi yang teratur dan pemantauan berterusan oleh francaisor b. Terdapat manual operasi dan manual latihan yang lengkap learning curve yang cepat di pihak francaisi

18

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAc. Berpeluang memperniagakan produk yang sudah terkenal dan terbukti kejayaannya d. Francaisi mendapat khidmat sokongan dari pihak francaisor - pemilihan lokasi, pengurusan perniagaan dan pengurusan outlet francais secara berterusan e. Faedah daripada economies of scale.

12.0 KELEMAHAN PERNIAGAAN FRANCAIS 12.1. Hilang kebebasan dalam perniagaan sendiri apabila perlu mengikut segala arahan dan yang syarat seperti termeterai dalam perjanjian dengan Francaisor. 12.2. Pembelian perniagaan Francais yang berjenama biasa harganya amat tinggi. Di samping perlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan dan ada juga Francaisor kenakan royalti, kos iklan atau perkhidmatan tambahan. Perlu berhati-hati dalam perkara seperti ini sebelum memasuki kontrak. 12.3. Perniagaan Francais yang murah pula kemungkinan berdepan dengan risiko kurang sambutan pelangan kerana belum lagi diuji tahap dan impak dalam pasaran, risiko yang hampir sama seperti memulakan perniagaan sendiri. Ada kalanya Francaisor gulung tikar kerana tak mampu bertahan dalam pasaran dan tujuan francaisor yang lebih kepada jual dari membaiki perkhidmatan.

13.0 PERANAN KERAJAAN DALAM PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS Di antara peranan kerajaan di dalam membangunkan perniagaan francais untuk menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia adalah: 13.1. PENYEDIAAN KEMUDAHAN KEWANGAN Insentif dan bantuan kewangan yang disediakan oleh KPDNKK adalah:

19

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA13.1.1. Skim Pembiayaan Francais (SPF) KPDNKK dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah memperkenalkan SPF, khusus untuk membantu usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan francais. Jumlah pinjamanmaksimum adalah sebanyak RM 7.5 juta. Jumlah pinjaman yang akan diluluskan adalah bergantung kepada keperluan perniagaan berkenaan.

Melalui skim ini, para usahawan boleh mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang mengambil bahagian dalam skim ini. Bank-bank Perdagangan Yang Terlibat: CIMB Bank Berhad Maybank Berhad

13.1.2. Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) DBPF diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya didaftarkan sebagai perniagaan francais (francaisor atau francaisi induk) layak diberikan geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000. 13.1.3. Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) SPKF bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil (microfranchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000. Skim ini menyediakan pembiayaan perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang perniagaan francais secara mikro yang

20

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAmenawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko. 13.1.4. Bantuan kewangan yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) 13.1.4.1. 13.1.4.2. 13.1.4.3. 13.1.4.4. 13.1.4.5. 13.2. Pre-Franchise Scheme Skim Francais Eksekutif Skim Pembiayaan Francaisi Franchise Micro Financing Scheme (SPKF) Graduate Franchise Programme

PROGRAM PEMBANGUNAN Diantara program yang telah dibangunkan bagi memastikan perniagaan francais berkembang pesat: 13.2.1. Program Pembangunan Francais (PPF) PPF adalah satu program pemasaran berteraskan konsep Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan sistem francais memungkinkan penyertaan UKS ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang lebih besar dan risiko yang lebih rendah berbanding memulakan perniagaan sendiri. Di bawah PPF, syarikat induk atau francaisor memberikan hak pemasaran atau pengedaran yang komprehensif kepada UKS atau syarikat francaisi bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdaya maju dan kompetitif berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui

21

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAbersama untuk satu tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan yang dikenalpasti. 13.2.2. Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT) PPFT adalah satu program yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pengusaha-pengusaha tempatan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk difrancaiskan tetapi tidak mengetahui cara untuk memfrancaiskan produk tersebut. Melalui program ini, pengusaha yang berkelayakan akan dibimbing dari peringkat awal sehingga pembukaan outlet prototaip, dengan kos bayaran perundingan dibiayai sepenuhnya oleh agensi kerajaan.

13.3.

Promosi Peluang penglibatan di dalam aktiviti-aktiviti promosi francais yang dianjurkan oleh KPDNKK di dalam dan luar negara. Antara aktiviti yang telah dianjurkan adalah seperti berikut: The Agencies & Franchise Trading Exhibition (ATEX) 2011 China Franchise Expo Mei 2011 Ekspo Francais bersama Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 Int. Franchise Licence & Business Concept Expo & Conference 2011 Franchise International Malaysia (FIM) 2011 Shanghai International Franchise Exhibition (SIFE) 2011 Franchise Komuniti Perak

13.4.

Pelan Induk Francais

22

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAPelan induk lima tahun itu telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2012 dan pada masa yang sama beberapa peraturan baharu akan diperkenalkan dan akan berkuatkuasa sebaik pelancaran dan beberapa pindaan di dalam Akta Francais akan dibentangkan di Parlimen pada Mac 2012 termasuk pendaftaran kesemua pemain industri seperti francaisor, francaisi dan perunding francais bagi memastikan pemantauan yang lebih berkesan. Ini kerana akta sedia ada tidak mewajibkan pendaftaran francaisi dan perunding francais sehingga menyebabkan kerajaan gagal mendapat maklum balas mengenai prestasi semasa, masalah dan penipuan yang berlaku. Sebelum ini, kerajaan hanya memiliki data francaisor sahaja maka, data yang diperoleh tidak lengkap untuk menggambarkan perkembangan keseluruhan industri francais dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Dengan adanya pendaftaran semua pemain dalam industri ini membolehkan pengurusan dapat dijalankan secara telus di mana semua maklumat tentang francaisor, francaisi dan perunding dapat diakses oleh semua pihak sebagai rujukan. Kerajaan hanya mewajibkan francaisi mendaftar namun tidak perlu memohon lesen seperti yang diwajibkan kepada francaisor dan perunding francais. Sebagai usaha membendung penipuan melibatkan perunding francais swasta yang semakin berleluasa, peraturan baharu akan mewajibkan golongan berkenaan memohon lesen daripada KPDNKK dan hanya syarikat yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan menawarkan khidmat kepada industri francais selepas penguatkuasaan dibuat. Dengan peraturan baharu nanti, kerajaan akan menetapkan bayaran rundingan mengikut jenis perniagaan

23

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAfrancais. Peraturan dan akta baharu ini penting untuk kerajaan merangka program pembangunan pada masa depan memandangkan pelan induk lima tahun ini mempunyai perancangan yang besarterutamanya bagi memperkasa penerokaan pasaran luar negara. KPDNKK telah mengadakan rundingan awal dengan kerajaan Indonesia pada Jun 2010 bagi mewujudkan Laluan Hijau iaitu membolehkan perniagaan francais dapat merentasi sempadan keduanegara dengan mudah. KPDNKK juga berusaha membantu lebih banyak francaisor tempatan menerokai pasaran China, Timur Tengah dan rantau Asia Tenggara kerana peluang yang ditawarkan negaranegara berkenaan sangat luas. 13.5. Francais Komuniti Program ini di laksanakan bagi membantu mengukuhkan lagi budaya keusahawanan supaya dimanafaat sepenuhnya golongan usahawan kecil bumiputera di negara ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Negeri Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, peluang kini di buka luas kepada para usahawan kecil bumiputera untuk bersama-sama terlibat dalam perniagaan francais. Program ini juga dilihat mampu menghapuskan persepsi orang ramai bahawa perniagaan francais adalah sebuah industri berskala besar. Program ini memberi peluang kepada lapisan masyarakat tanpa mengira status sosial yang lebih penting adalah mempunyai minat dan semangat tinggi untuk berjaya dalam perniagaan.

14.0 PERKEMBANGAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA

24

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAKerajaan melancarkan Program Pembangunan Francais pada tahun 1992 dan selepas Persatuan Francais Malaysia ditubuhkan pada tahun 1994. Sejak itu pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat usahawan mengenai potensi perniagaan francais di negara ini. Dari segi pertumbuhan industri francais, pada masa ini Malaysia menduduki tangga yang kedua (2) di kalangan negara Asia dan tangga yang kedua puluh satu (21) di dunia. Mengikut perangkaan, sebanyak 5% dari jumlah jualan runcit tahunan di Malaysia adalah daripada outlet francais. Ini adalah sesuatu yang membanggakan

memandangkan industri francais di Malaysia masih agak baru berbanding dengan negara-negara lain. KPDNKK tidak mempunyai data yang tepat mengenai bilangan sebenar perniagaan francais yang dijalankan di negara ini. Walau bagaimanapun adalah dianggarkan terdapat 268 buah perniagaan yang difrancaiskan dan sebanyak 6,500 outlet perniagaan francais di Malaysia. Sebahagian besar daripada perniagaan francais ini adalah dalam sektor makanan, perkhidmatan, aksesori wanita, keperluan rumah dan telekomunikasi. Potensi perniagaan francais Malaysia untuk berkembang ke negara Asean dan lain-lain negara adalah cerah. Kerajaan sentiasa memberi galakan ke atas usaha ini. Pada masa ini belum banyak produk francais tempatan difrancaiskan ke luar negara. Setakat ini perniagaan seperti Langkawi Crystall, Marrybrown Fried Chicken, Nelson's dan Sugar Bun merupakan di antara produk-produk tempatan yang telah memfrancaiskan perniagaan mereka ke luar negara. Di antara program dan aktiviti yang akan dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Francais termasuklah:

25

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA14.1. Mengenalpasti produk-produk tempatan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai perniagaan francais dengan mengadakan perundingan dengan pemilik perniagaan dan melalui penyediaan kemudahan-kemudahan serta bantuan yang diperlukan dari segi kewangan, khidmat nasihat dan rangkaian pasaran.

14.2.

Membangunkan produk-produk yang sama dengan produk-produk tempatan yang sedia ada di pasaran untuk difrancaiskan sekiranya didapati berpotensi sebagai perniagaan francais. Kementerian melalui agensinya akan

menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya dan seterusnya diambilalih oleh usahawan Bumiputera tempatan untuk difrancaiskan. Ini akan membolehkan produk-produk berkenaan dibangunkan sebagai perniagaan francais walaupun pemilik produk tidak bersedia untuk memfrancaiskan perniagaan mereka buat masa ini. 14.3. Mengenalpasti perniagaan-perniagaan francais luar negara yang berpotensi untuk dibawa masuk ke Malaysia dan kemudiannya membeli hak secara terus bagi perniagaan-perniagaan tersebut sebagai francaisi induk. Perniagaan tersebut seterusnya akan difrancaiskan kepada usahawan-usahawan tempatan sebagai francaisi dan kemudiannya memberi peluang kepada usahawanusahawan yang berpotensi untuk memiliki hak francaisi induk tersebut. Pembelian hak ini akan dibuat menerusi agensi-agensi Kementerian seperti Perbadanan Nasional Berhad dan Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. 14.4. Mengembangkan perniagaan produk-produk francais tempatan ke peringkat global. Ini termasuklah produk-produk francais yang sedia ada dan yang baru dibangunkan serta produk-produk francais yang dibangunkan dalam bentuk

26

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA'conversion'. Kementerian akan turut menyertai ekspo-ekpso francais di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan produk-produk francais

tempatan ke luar negara. 14.5. Menjalankan kajian-kajian bagi menentukan keberkesanan program serta penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan lagi pencapaian programprogram pembangunan perniagaan francais. Ini termasuklah kajian dan penyelidikan pasaran, kajian produk dan kajian premis perniagaan serta penyediaan kurikulum latihan. Ini dilaksanakan dengan kerjasama institusiinstitusi pengajian dan penyelidikan tempatan seperti Universiti Utara Malaysia, MEDEC serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan. 14.6. Memberikan latihan dan bimbingan kepada francaisor dan francaisi dari segi latihan teknikal operasi perniagaan produk berkenaan, kursus asas perniagaan francais kepada usahawan-usahawan, pembangunan perundingan kepada juruperunding-juruperunding francais dan mengadakan kursus-kursus di peringkat negeri. Aktiviti ini dilakukan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia dan institusi-institusi pengajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia dan MEDEC, UiTM. 14.7. Menyediakan skim pembiayaan yang komprehensif kepada francaisor, francaisi induk dan francaisi dalam bentuk pembelian ekuiti, 'loanstock' dan pinjaman biasa. Syarat-syarat permohonan di bawah Skim Pembiayaan Francais yang sedia ada akan dipermudahkan dan lebih banyak panel bank akan dilantik bagi membolehkan lebih ramai usahawan mendapat kemudahan di bawah skim tersebut dan tempoh masa permohonan juga boleh dipercepatkan.

27

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA14.8. Mengadakan seminar dan ekspo di peringkat negeri dan juga nasional bagi mempromosikan perniagaan francais kepada usahawan-usahawan tempatan. Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan serta sektor swasta juga akan turut menyertai seminar dan ekspo di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan perniagaan francais tempatan ke peringkat global serta menerbitkan brosur-brosur dan majalah mengenai perniagaan francais. 14.9. Menguatkuasakan Akta Francais 1998 dengan tegas dan berkesan. Akta tersebut digubal dengan tujuan membolehkan kerajaan mengumpul maklumat mengenai syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan francais melalui satu sistem pendaftaran yang teratur, mengawalselia pelaksanaan perniagaan berkonsep francais di Malaysia secara keseluruhannya dan membendung amalan tidak sihat dalam perniagaan francais. Sehingga ini Kementerian telah meluluskan pendaftaran 137 buah syarikat francaisor dan francaisi induk serta pemegang francais pemberi francais asing daripada jumlah keseluruhan permohonan yang diterima iaitu sebanyak 223 permohonan.

15.0 SUMBANGAN FRANCAIS KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA Sumbangan industri francais kepada nilai KDNK Malaysia dijangka meningkat sehingga sekali ganda kepada 4.3 peratus menjelang 2016 daripada 2.2 peratus ketika ini. Pertumbuhan kukuh itu dijangka dicapai melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 20122016 yang bakal menetapkan hala tuju strategik membangunkan industri ini supaya ia berdaya saing serta mampu memanfaatkan penggiat industri francais negara.

28

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAPelan yang telah dilancarkan baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 10 Januari 2012 menyasarkan pertambahan bilangan syarikat francais, peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan, sekali gus menyasarkan Malaysia sebagai pusat francais bagi rantau Asia Tenggara dan Asia Barat menjelang 2020. Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa kerajaan yakin negara mampu menjadi pusat francais di rantau ini kerana mempunyai peruntukan khusus untuk mengawal selia industri berkenaan. Menurut beliau lagi, Malaysia adalah satusatunya negara di rantau ini yang mempunyai akta khusus untuk francais iaitu Akta Francais 1998, mempunyai badan menyediakan pinjaman seperti Perbadanan Nasional Bhd (PNS) serta mempunyai akademi untuk melahirkan francaisor dan francaisi. Kerajaan kini menggalakkan penggiat francais negara untuk berkembang dengan memasuki pasaran ASEAN terutama Indonesia, China dan Asia Barat. Industri francais yang bertapak di negara ini pada awal 1990an kini mempunyai kirakira 573 francaisor yang berdaftar, peningkatan lebih 44 peratus berbanding 396 pada 2009 sejak diletakkan di bawah kementerian berkenaan. Kini terdapat sebanyak 5,315 francaisi di seluruh negara dengan 36 francaisor tempatan sudah berkembang ke 50 buah negara asing dengan Indonesia mempunyai francaisor tempatan teramai iaitu sebanyak 18 francaisor. Selain itu, kerajaan juga kini giat menggalakkan perniagaan francais mikro bagi menarik orang ramai terutama di kawasan bandar kecil dan luar bandar membabitkan diri dalam perniagaan francais. Mulai Disember 2011, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan telah memulakan program francais mikro untuk menggalakkan orang ramai bergiat dalam perniagaan dengan modal di bawah RM50,000. Hasilnya, sebanyak 34 francaisor mikro yang akan dibangunkan untuk membantu mewujudkan lebih

29

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAbanyak francaisi. Kementerian kini juga melaksanakan program komuniti francais di kawasan luar bandar dan bandar kecil untuk menggalakkan orang ramai menyertai perniagaan francais.

16.0

KESIMPULAN Pertumbuhan pesat industri francais ini mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia secara amnya dan ia juga dapat meningkatkan bilangan usahawan bumiputera serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia khasnya. Sehingga kini, sebanyak 20 peratus peningkatan jumlah francais iaitu 580 perniagaan yang berdaftar di Malaysia dimana 69 peratus merupakan jenama francais tempatan. Jadual 3 berikut menunjukkan jumlah francais berdasarkan negara asal produk sehingga 20 Disember 2011. Jadual 3

STATUS PRODUK FRANCAIS DALAM NEGARA PRODUK FRANCAIS DARI LUAR

JUMLAH 400

% 69

180 NEGARA JUMLAH KESELURUHAN 580

31

100

Pembangunan perniagaan francais juga tidak hanya tertumpu kepada sektor tradisional malah diperluaskan kepada sektor sasaran baru seperti yang ditekankan di dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10). Lanskap industri francais di Malaysia kini juga semakin pesat melalui sokongan padu kerajaan sehingga berkembang di dalam dan

30

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIAluar negara. Menurut perunding francais, Hasril Noordin melalui bantuan kewangan dan latihan intensif yang disediakan oleh kerajaan dapat meningkatkankan industri dan peluang perniagaan kepada pihak francaisor dan francaisi. Pembangunan kapasiti dan kapabiliti adalah nadi penggerak francais dan telah menjadikan industri francais sebagai salah satu enjin pembangunan Negara. Jadual 4 menunjukkan sektor campuran dalam masa 10 tahun akan datang.

Jadual 4

31

NO MATRIKS: 209379

PEMBANGUNAN SEKTOR FRANCAIS DI MALAYSIA

17.0

RUJUKAN www.franchisemdtcc.gov.my, Ringkasan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012-2016 Affandy Faiz, Patuhkah Perniagaan Anda Difrancaiskan, Dewan Ekonomi, (2005) Francais konsep perniagaan bukan satu industry, Utusan Malaysia, (2006) Awalan Abdul Aziz, Mengenali perniagaan system francais, Utusan Malaysia, (2001)

32

NO MATRIKS: 209379