agama sebagai fungsi pemerintahan

4
Agama sebagai Fungsi Pemerintahan Kerajaan Mesir Kerajaan England Kerajaan Melaka

Upload: zhafran

Post on 24-Jul-2015

60 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Agama sebagai Fungsi Pemerintahan

Agama sebagai Fungsi Pemerintahan

Kerajaan Mesir

Kerajaan England

Kerajaan Melaka

Page 2: Agama sebagai Fungsi Pemerintahan

Agama mereka bersifat politeis iaitu mempercayai kewujudan pelbagai Tuhan.

Tuhan bertindak sebagai penentu takdir dan pemilik segala alam.

Firaun dianggap sebagai keturunan Tuhan dan mereka merupakan orang tengah antara Tuhan dengan manusia biasa.

Kepercayaan masyarakat Mesir Purba bertumpu kepada konsep order cosmos atau ma’at, di mana korban harus diberikan kepada Tuhan untuk mencapai keseimbangan alam semesta.

Paderi merupakan golongan yang memastikan sebarang upacara pengorbanan kepada Tuhan berjalan dengan lancar.

Oleh itu, mereka dibayar dengan gaji yang tinggi dan dilantik dari kalangan bangsawan untuk menjaga kuil-kuil ibadat.

Kerajaan Mesir(3050 – 332 SM)

Page 3: Agama sebagai Fungsi Pemerintahan

Kerajaan England(476 – 1517) Gereja memainkan peranan sebagai pembantu kerajaan.

Berdasarkan Perlembagaan Magna Carta, aktiviti dan gerak kerja pihak Gereja tidak boleh disentuh oleh golongan kerabat diraja.

Pihak gereja menyebarkan agama Kristian Katolik.

Pihak kerajaan England menggunakan kuasa mereka untuk menghantar mubaligh-mubaligh Kristian ke pelbagai negara, bagi menyebarkan agama dan meningkatkan kuasa kerajaan.

Gereja-gereja Kristian seluruh Eropah ditadbir oleh Majlis Nicaea.

Selepas penaklukan England, Raja William I cuba melakukan reformasi gereja di mana kuasa mereka diperluas bagi mengurangan hubungan antara gereja di England dengan pihak Rom, sekali gus meningkatkan hubungan mereka dengan pihak kerajaan England.

Kontroversi Penobatan telah berlaku yang berakhir dengan kuasa autonomi Pope Calixtus II yang meletakkan para Pope sebagai ‘wakil Tuhan di dunia’.

Page 4: Agama sebagai Fungsi Pemerintahan

Islam telah tiba di kerajaan Melaka pada zaman pemerintahan Parameswara lagi tetapi hanya berkembang secara pesat ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

Rakyat mula memeluk Islam raja atau sultan memeluk Islam.

Islam mengubah persepsi Raja sebagai berkuasa mutlak sebaliknya dilihat sebagai khalifah di bumi.

Status Islam sebagai agama majoriti rakyat Melaka memberikan tanggapan yang baik kepada masyarakat Muslim kerajaan Uthmaniyyah sekali gus menghasilkan hubungan diplomatik yang kuat dengan mereka.

Golongan mufti dilantik sebagai penasihat agama dan pemerintahan.

Golongan seperti kadi, khatib, bilal dan pemungut zakat diiktiraf menjadi kakitangan kerajaan dan membantu dalam hal ehwal pentadbiran.

Undang-undang Syariah pula diperkenalkan sebagai undang-undang rujukan utama.

Kerajaan Melaka(1400– 1511)