adat resam kahwin melayu

6

Click here to load reader

Upload: nur-firdaus

Post on 18-Jul-2015

1.063 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adat resam kahwin melayu

Adat resam kahwin Melayu

Adat resam kahwin Melayu merupakan antara adat re-sam yang paling penting dan dipegang teguh oleh keba-nyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar ma-hupun di bandar. Sebagaimana mana-mana kaum, ia me-merlukan perbelanjaan yang agak besar, dan terdapat se-golongan yang berbelanja melebihi pendapatan dan ter-paksa menjual harta atau meminjam wang, untuk tujuanini.Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wanguntuk menepati semua peringkat istiadatnya. Ia terdiridaripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepadatiga peringkat:

Peringkat pertama

• Merisik atau menengok

• Meminang atau bertunang

• Menghantar belanja dan akad

Peringkat kedua

• Berandam dan berasah gigi

• berinai

Peringkat ketiga

• Bersanding

• Mandi limau

• Sambut-menyambut

1 Peringkat pertama

'Teks tebal'===Merisik atau menengok=== Sebaik saha-ja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anak-nya cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya.Biasanya calon dipilih bedasarkan keturunan, pendidikanugama, kecantikan, dan hubungan kekeluargaan. Tang-gungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuhkepada ibu bapa pada keseluruhannya. Bagi pihak lela-ki, ibu bapa mungkin menyenaraikan beberapa calon un-tuk dipilih, dengan persetujuan anak lelaki mereka atau

sebaliknya. Bagaimanapun, kini sebilangan orang Mela-yu khususnya mereka yang berpendidikan barat, membi-arkan pilihan isteri hampir pada keseluruhannya kepadaanak-anak lelaki mereka.Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akanmengendalikan tugas memilih pengantin perempuan un-tuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka me-milih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akanmemulakan penyiasatan dengan menanya kawan-kawandan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yangterpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelakimemerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah lakuanak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima ke-rana mereka memegang teguh kepada peribahasa, “Kalauhendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu.”Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertuapada zaman dahulu(dan masih oleh sebilangan orang pa-da hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti mema-sak dan menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang pa-ling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membacaal-Quran (baik memahami apa yang dibacanya mahupuntidak) dengan fasih dan merdu. Tidak terdapat sebarangpencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting, ter-masuk juga kenal huruf dalam bahasa Melayu.Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu per-empuan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikum-pulkan dan sebelummeminang, ibu bapa anak lelaki akanmembuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebi-langan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumahanak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasa-nya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpasebarang pengumuman kerana adanya makna khusus un-tuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pa-da zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luarbandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketiba-an utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedangmandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang ber-tuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orangmuda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak didapur, ia merupakan petanda yang kurang baik. OrangMelayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawajika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau diha-lang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakanpetanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begi-tu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidaklagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, terma-suk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak le-

1

Page 2: Adat resam kahwin melayu

2 1 PERINGKAT PERTAMA

laki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluargakedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara ra-pat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.

1.1 Meminang atau bertunang

Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskansebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu denganibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan.Ibu bapa anak perempuan akan meminta sedikit masa de-mi adat untukmembuat pertimbangan atas alasan bahawamereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka(walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan utusansebelum ketibaannya, dan telah memberikan persetuju-an). Ini mungkin mengambil masa beberapa hari ataupaling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan kemu-dian menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripadakedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikankeputusan mereka untuk menerima pinangan. Dan ada-lah semasa ini bahawa syarat-syarat perkahwinan sepertihantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dansebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebab-nya utusan merangkumi orang-orang lelaki.Pada zaman silam, dan pada takat yang tidak begitu bi-asa pada hari ini, adat menghantar tanda mendahuluiadat menghantar mas kahwin dan belanja, khususnya jikaupacara melangsungkan perkahwinan ditangguhkan se-lama beberapa bulan. Tanda itu biasanya adalah dalambentuk cincin emas atau berlian, dengan nilainya bergan-tung kepada kehendak hati serta keupayaan kewangankeluarga lelaki. Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah-hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, se-perti kain, sarung atau kasut, gula-gula, buah-buahan, dansebagainya.Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis ken-duri oleh kedua-dua keluarga. Sesetengah orang juga me-nyampaikan cincin dan hadiah-hadiah yang lain dengancara mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantinperempuan. Penerimaan cincin dan hadiah-hadiah iring-an secara tradisi bermaksud penerimaan syarat-syaratperkahwinan yang berikut antara kedua-dua pihak:

• Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untukmengahwini anak perempuan yang ditunangkan,cincin pertunangan serta hadiah-hadiah yang lain ti-dak boleh dituntut balik.

• Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali ke-matiannya, gagal memenuhi tujuan pertunangan itu,maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan,harus dikembalikan kepada lelaki pada kadar sekaliganda, baik dari segi bilangan atau nilainya.

Inilah adat yang telah diikuti oleh orang-orang Melayusejak dari zaman silam. Terdapat juga dua cara pertu-nangan yang lain selain daripada cara yang tersebut diatas, iaitu:

1. Pertunangan antara dua buah keluarga yang amat ra-pat atau bersaudara tanpa cincin pertunangan ataupersetujuan bertulis ketika anak-anak mereka ma-sih bayi atau kanak-kanak lagi.

2. Pertunangan yang dibuat untuk memenuhi kehen-dak salah seorang mendiang ibu bapa (baik secaralisan sebelum kematiannya atau melalui wasiat ter-tulis). Cara ini amat dihormati oleh orang-orangMelayu.

1.2 Menghantar belanja dan akad

Pada zaman silam, istiadat menghantar mas kahwin danbelanja perkahwinan diadakan sehari atau dua (kekadanglebih lama) sebelum upacara akad, tetapi kini diadakanbersama-sama, mungkin untuk mengurangkan perbelan-jaan. Selain daripada mas kahwin dan belanja perkah-winan tersebut, barang-barang yang berikut juga dihan-tar:

1. cincin yang bertatahkan batu permata

2. kain sutera yang mencukupi untuk menjahit sehelaibaju perempuan

3. dua helai sarung sutera

4. beraneka jenis kuih

5. beraneka jenis buah-buahan

6. puan (mangkuk sirih) atau kotak sirih yang dileng-kapi dengan bahan-bahan (ini bukannya hadiah te-tapi akan dipulangkan)

7. satu atau dua buah cerek air mawar yang diperbuatdaripada logam perak atau loyang (juga akan dipu-langkan).

Kesemua barang tersebut mengiringi perarakan pengan-tin lelaki ke rumah pengantin perempuan untuk melang-sungkan upacara perkahwinan. Untuk upacara akad,pengantin lelaki pada zaman silam memakai pakaianhaji atau pakaian bangsa Melayu yang mudah. Upa-cara akad sebenarnya adalah satu-satunya istiadat yangdiperlukan oleh agama Islam dan undang-undang untukmenghalalkan perkahwinan. Upacara-upacara amal yanglain hanya merupakan keperluan adat resam.Pada ketibaan perarakan pengantin lelaki ke rumah pe-ngantin perempuan, anggota-anggota perarakan disam-but masuk ke rumah. Pengantin lelaki berduduk di atassehelai tikar sila di bahagian utama ibu rumah, berdekat-an imam. Barang-barang yang dibawanya dibariskan ditengah ibu rumah antara dua baris tetamu yang berduduk,dengan wang belanja, cincin, serta puan di hadapan baris.Imam kemudian memilih dua orang wakil daripadatetamu-tetamu untuk menerima dan menyemak hantar-an, serta untuk menjadi saksi kepada upacara akad ni-kah. Selepas barang-barang itu disemak dan diterima

Page 3: Adat resam kahwin melayu

2.2 Istiadat berinai 3

oleh imam bagi pihak ibu bapa pengantin perempuan,kesemua barang itu, kecuali puan serta cerek air mawardan dulang bunga rampai (jika disediakan), dihantar ke-pada kaum perempuan. Imam kemudian mendaftarkannama pengantin lelaki ke dalam sebuah buku, dan selepaskemasukan itu ditandatangani oleh pengantin lelaki sertakedua-dua saksi tersebut, imam akan membaca upaca-ra perkahwinan dalam bahasa Arab (bagaimanapun, pa-da hari ini, sebilangan besar imam Melayu yang bersi-kap wajar membaca upacara dalam bahasa yang difaha-mi oleh pengantin lelaki dan para hadirin). Pada akhirupacara, imam memegang tangan kanan pengantin lelakidan mengisytiharkan kenyataan akad kepadanya, mula-mulanya dalam bahasa Arab (tidak wajib) dan kemudiandalam bahasa Melayu:

"... bin ..., aku nikahkan dikau dengan ... bin-ti ... yang telah memperwakili ia akan da-ku dengan mas kahwinnya sebanyak $... (tu-nai/berhutang) dan belanjanya $..."

Adat resam mengizinkan mas kahwin dihutang dengantarikh pembayarannya tidak disebut. Oleh itu, imam ak-an menambahkan perkataan “berhutang” atau “tunai” se-jurus selepas menyatakan jumlah mas kahwin dalam ke-nyataan akadnya. Imam kemudian berjabat tangan de-ngan pengantin lelaki sebagai tanda untuknya menjawabtanpa teragak-agak atau kesilapan:

"Aku terima nikahnya ... binti ... dengan maskahwinnya $... (tunai/berhutang) dan belanja-nya $..."

Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan tidakteragak-agak serta dengan jelas kepada mereka yang du-duk berdekatannya, khususnya oleh kedua-dua saksi, jadiupacara akad dikira sah.Selepas upacara akad, pengantin lelaki akan berjabat ta-ngan dengan semua tetamu, bermula dengan imam danbapa mertuanya, jika dia menghadiri majlis itu. Pengan-tin lelaki diiringi balik ke rumahnya dan tetamu-tetamu,baik lelaki mahupun perempuan, dihidangkan dengan ja-muan yang terdiri daripada kari dan nasi minyak.Pada waktu yang sama, majlis pengantin perempuan ak-an menyediakan nasi pengantin dan menghantarnya ke-pada pengantin lelaki di rumahnya. Pengantin lelaki ak-an menjemput beberapa kawan yang paling rapat untukbersarapan bersama-sama.

2 Peringkat kedua

2.1 Berandam dan berasah gigi

Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman si-lam, bersama-sama istiadat yang berkenaan, tiga hari atau

lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin per-empuan di dahi serta bulu keningnya dipepat (seringnya,pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini). Kemudi-an, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supayamenjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini dila-kukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan“emak pengantin” (bukan ibu sebenar).Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanyaadat berandam diamalkan oleh pengantin perempuan dikawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki ti-dak lagi mengamalkan adat ini), manakala orang bandarMelayu lebih suka menghantar bakal pengantin perempu-an ke kedai solek yang banyak terdapat di semua bandardi Malaysia. Walaupun demikian, di kawasan-kawasanterpencil, masih terdapat orang Melayu yang mematuhiperibahasa, “Biar mati anak, jangan mati adat”.Selepas berandam, pengantin perempuan akan mandi de-ngan air sintuk-limau yang dianggap secara tradisi seba-gai dapat menghapuskan nasib malang pada pengantinperempuan.Selepas mandi istidat itu dan sebelum bakal pengantinperempuan tidur pada malam yang sama, sepuluh hujungjarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir ta-pak kaki diinai dan dibiarkan kering sehingga pagi beri-kut. Ini adalah amalan berinai yang sebenar dan menda-hului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai.

2.2 Istiadat berinai

Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat:

1. Berinai curi diadakan pada waktu petang hari sele-pas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantinperempuan diinai. Bakal pengantin perempuan di-hiasi dan didudukkan di atas pelamin. Kaedah yangdihuraikan di bahagian Berinai besar dipatuhi.

2. Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hariselepas hari berinai curi. Kaedahnya sama sahajadengan berinai curi.

3. Berinai besar.

2.2.1 Istiadat berinai besar

Ketika pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perem-puan dalam pakaian pengantin, dia didudukkan di ataspelamin yang terletak di hadapan sekumpulan tetamu(kebanyakannya wanita), saudara rapat, jiran, dan kaw-an keluarga pengantin perempuan. Di hadapan pengantinlelaki terletak sebuah dulang berkekaki yang besar yangmengandungi tiga buah pinggan, bersama-sama beberapatangkai daun wangi. Pinggan-pinggan itu masing-masingmengandungi nasi kunyit, bertih, dan air daun setawar ki-sar. Di tengah dulang itu terletak selonggok pes inai.

Page 4: Adat resam kahwin melayu

4 3 PERINGKAT KETIGA

Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelakinaik ke pelamin, satu demi satu, untuk membuang sedi-kit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki.Perbuatan yang sama kemudian dilakukan dengan bertih.Ini diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan kedalam air daun setawar dan kemudian digunakan untukmenyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki.Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai darilonggok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pa-da daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akanmeletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daunsirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan ta-ngan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin ak-an merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaik-kannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepadatetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanyadilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilanganmereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannyagenap.Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuanakan turut menjalankan istiadat ini dengan cara yang te-pat sama. Selepas semua tetamu yang minat telah men-jalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan te-tamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa selamat.Pengantin lelaki kemudian akan pulang ke rumah sendiri,dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas pela-min untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat inidiakhiri seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi.Kenduri berinai besar adalah jauh lebih besar, berban-ding dengan kenduri berinai curi dan kenduri berinai ke-cil. Selain itu, pengantin lelaki tidak terlibat dalam istia-dat berinai di rumah pengantin perempuan bagi isitiadatberinai curi dan berinai kecil. Sesetengah pengantin le-laki Melayu pada zaman silam juga menjalankan istiadatberinai di rumah sendiri tetapi istiadat ini tidak lagi dija-lankan.

3 Peringkat ketiga

3.1 Bersanding

3.2 Mandi limau

Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, terdapat satuadat yang amat penting pada zaman silam. Pada awalpagi selepas malam bersatu, emak pengantin akan me-nanyakan bukti yang konkrit daripada pengantin lelakitentang keperawanan pengantin perempuannya. Mengi-kut adat, pengantin lelaki akan menyerahkan sehelai saputangan berwarna putih yang memberikan bukti yang di-perlukan. Emak pengantin kemudian akan menunjukk-an sapu tangan itu mula-mulanya kepada ibu bapa pe-ngantin perempuan dan kemudian yang paling penting

sekali kepada ibu bapa pengantin lelaki. Pada zamansilam, bukti tentang keperawanan pengantin perempuanadalah amat penting kepada orang Islam umumnya. Pe-nyerahan bukti sebelum istidat mandi limau adalah wajibdan amat penting sehingga ketiadaan bukti hampir sela-lu menimbulkan masalah yang seringnya mengakibatkanperceraian serta-merta.Selepas kedua-dua pasangan ibu bapa pengantin lelakidan pengantin perempuan telah memuaskan diri tentangkesucian pengantin perempuan, istiadat mandi limau ak-an dijalankan. Kedua-dua suami isteri sekali lagi berdu-duk di atas pelamin dalam pakaian yang terbaik di ha-dapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara,jiran, dan kawan rapat kedua-dua keluarga. Untuk istia-dat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi mema-kai pakaian Melayu yang biasa. Selepas berduduk sela-ma sepuluh hingga lima belas minit, mereka akan di ba-wa turun dan didudukkan pada sebuah bangku atau duabuah kerusi di ibu rumah atau bilik yang lain di rumah.Mandi istiadat dilakukan oleh emak pengantin, dan terdi-ri daripada memercikkan air sintuk dan limau purut padakedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.Selepas upacara ini disiapkan, pengantin lelaki akanmembawa pengantin perempuan balik ke bilik tidur de-ngan setiap mereka memegang salah satu hujung sapu ta-ngan. Sarung yang digunakan oleh kedua-dua suami iste-ri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak pengan-tin, bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolakbala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin tidak dibe-narkan memerah air dari sarung tersebut, apa lagi denganmenyimpannya.Seluruh adat ini yang dipegang teguh pada zaman silamkini tidak lagi diamalkan sama sekali oleh hampir semua(jika bukan semua) orang Melayu.

3.3 Sambut-menyambut

Pada hari istiadat mandi, sebuah kenduri akan diadak-an di rumah pengantin perempuan. Semasa ini, suamidan ibu bapa mertua akan membawanya membuat kun-jungan pertama ke rumah mereka. Di rumah suaminya,mereka akan menjalankan istiadat bersanding sekali lagi,jika ibu bapa mertuanya merupakan orang berada. La-gi sebuah kenduri yang terdiri daripada beratus-ratus te-tamu akan diadakan. Kekadangnya, hiburan sepanjangsiang dan malam yang terdiri daripada muzik dan tari-an tempatan akan diadakan untuk menghibur isteri yangbaru ini. Istiadat yang diadakan di rumah pengantin le-laki kekadang lebih besar daripada istiadat bersanding dirumah pengantin perempuan, tetapi kenduri-kenduri per-kahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuanbiasanya adalah lebih banyak dan lebih mewah daripadakenduri-kenduri yang diadakan di rumah pengantin lela-ki.Selepas tinggal di rumah suaminya selama beberapa hari,isteri baru itu yang diiringi oleh suami dan ibu bapa mer-

Page 5: Adat resam kahwin melayu

5

tuanya akan kembali ke rumah perempuan untuk mendi-ami sekurang-kurangnya beberapa bulan. Pada kepula-ngannya ini, sebuah kenduri yang kecil akan diadakan.Inilah dia huraian secara ringkas tentang adat resam kah-win Melayu.

4 Rujukan• Alwi bin Sheikh Alhadi. Malay Customs and Tradi-tions (1962). Percetakan Universiti-universiti TimurLtd. (pra-ISBN)

5 Pautan luar• (Bahasa Melayu) Warisan Budaya Malaysia: AdatResam Masyarakat Melayu

• (Bahasa Melayu) Laman web Ashtech: Adat resamMelayu

• (Bahasa Melayu) Perkahwinan Adat Melayu

• (Bahasa Melayu) Kementerian Kebudayaan, Kese-nian dan Warisan Malaysia: Perkahwinan Tradisio-nal Masyarakat Melayu

• (Bahasa Melayu) Direktori Malaysia: Adat majlisperkahwinan Melayu

• (Bahasa Melayu) Adat Isitiadat Perkahwinan Mela-yu Melaka

Page 6: Adat resam kahwin melayu

6 6 TEXT AND IMAGE SOURCES, CONTRIBUTORS, AND LICENSES

6 Text and image sources, contributors, and licenses

6.1 Text• Adat resam kahwin Melayu Source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat%20resam%20kahwin%20Melayu?oldid=3538376 Contributors:Yosri, Aurora, Hayabusa future, Hezery99, Master2841, Polar, Aeonimitz, Kurniasan, Mhby87, Mikhailov Kusserow, Wutsje, Jyothis,MerlIwBot, Algazel dan Anonymous: 45

6.2 Images

6.3 Content license• Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0