184977317 perkahwinan masyarakat india

31
Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu 1.0 PENGENALAN Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan pelbagai amalan dan tradisi serta adat budaya masing-masing sama ada yang masih kekal ataupun yang semakin dilupakan. Hal ini juga termasuklah dalam soal perkahwinan. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Jadi tidak hairanlah sekiranya masyarakat Melayu amat terkenal dengan pegangannya iaitu ‘Biar Mati Anak Jangan Mati Adat’. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting seperti merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan bersanding. Tujuan tinjauan ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana masyarakat Melayu sekarang benar-benar berpegang dengan amalan dan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun, namun ada juga tradisi dan adat-adat yang semakin dilupakan. Antaranya ialah mandi-mandian atau berlimau, berinai di pelamin, berandam dan berasah gigi, mandi berhias, dan juga adat berpantun. Sehingga kini tidak dapat dinafikan, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak begitu memahami kewajaran dan logiknya mempelajari adat tersebut secara Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 1

Upload: shack-jenny

Post on 22-Dec-2015

65 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hiko

TRANSCRIPT

Page 1: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

1.0 PENGENALAN

Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan pelbagai amalan dan tradisi serta

adat budaya masing-masing sama ada yang masih kekal ataupun yang semakin

dilupakan. Hal ini juga termasuklah dalam soal perkahwinan. Masyarakat Melayu

begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan

dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu

dititikberatkan. Jadi tidak hairanlah sekiranya masyarakat Melayu amat terkenal

dengan pegangannya iaitu ‘Biar Mati Anak Jangan Mati Adat’.

Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting

seperti merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan bersanding. Tujuan tinjauan ini

dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana masyarakat Melayu sekarang benar-

benar berpegang dengan amalan dan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun,

namun ada juga tradisi dan adat-adat yang semakin dilupakan. Antaranya ialah

mandi-mandian atau berlimau, berinai di pelamin, berandam dan berasah gigi, mandi

berhias, dan juga adat berpantun.

Sehingga kini tidak dapat dinafikan, masih terdapat segelintir masyarakat yang

tidak begitu memahami kewajaran dan logiknya mempelajari adat tersebut secara

mendalam. Dalam tinjauan ini, perkara yang akan diketengahkan terbahagi kepada

dua bahagian iaitu:

a) Amalan dan tradisi yang masih diamalkan.

b) Amalan dan tradisi yang sudah jarang diamalkan.

Adat istiadat perkahwinan Melayu merupakan adat yang paling menarik. Adat

tersebut dapat digambarkan secara teratur dari satu tahap ke satu tahap, bermula dari

seorang lelaki hendak memperisteri seorang perempuan sehinggalah berakhir dengan

majlis perkahwinan, iaitu saat pasangan itu menjadi suami isteri yang sah.

Adat istiadat tersebut merupakan adunan daripada unsur-unsur animisme, Buddha,

Islam dan Barat. Secara terperincinya, ia sebenarnya melambangkan identiti dalam

kelompok masyarakat itu.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 1

Page 2: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

2.0 OBJEKTIF

Mengenal pasti faktor-faktor tradisi perkahwinan Melayu yang semakin

dilupakan.

Antara faktor-faktornya ialah perbelanjaan majlis perkahwinan yang mahal,

menggunakan banyak tenaga kerja dan memerlukan masa yang banyak.

Mengenal pasti jenis tradisi perkahwinan yang telah dilupakan.

Contoh tradisi perkahwinan yang telah dilupakan adalah seperti adat berpantun,

mandi berlimau, berandam, mengasah gigi dan adat merasi.

Mengenal pasti kewajaran amalan dan tradisi Melayu lama diteruskan pada masa

kini.

Sesetengah masyarakat Melayu beranggapan amalan dan tradisi Melayu lama

harus diteruskan bagi mengekalkan identiti masyarakat Melayu yang menjadi

kebanggaan sejak turun temurun.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 2

Page 3: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti jenis adat perkahwinan Melayu

yang telah dilupakan dan faktor-faktor yang menyebabkan adat perkahwinan ini tidak

lagi diamalkan. Malahan ada sesetengah pendapat mengatakan adat perkahwinan Melayu

ini tidak lagi relevan untuk dipraktikkan pada masa kini.

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, pengkaji mendapati bahawa terdapat

beberapa adat perkahwinan Melayu yang hampir dilupakan malahan ada juga di

antaranya yang sudah tidak diamalkan lagi, lenyap ditelan arus kemodenan masa kini.

Antara adat – adat tersebut ialah :

3.1 Mandi-mandian atau Berlimau

Setelah sempurna kedua-dua pengantin suami isteri itu menunaikan satu daripada

hikmah perkahwinan, maka akan diadakan sekali lagi persandingan di atas

pelamin. Namun, pengantin tidak akan dipakaikan dengan pakaian pengantin dan

persandingan ini hanya melibatkan sanak saudara sahaja. Setelah bersanding,

kedua-duanya akan turun duduk di bangku yang terletak di tengah tengah rumah

itu dan di sinilah dijalankan upacara mandi-mandian dan bersintok limau sebagai

menandakan persatuan antara kedua pengantin suami isteri itu telah sempurna dan

selamat. Setelah kedua-duanya selesai dimandi dan disintok limaukan mengikut

syarat, mereka akan dibawa oleh emak pengantin ke bilik peraduan pengantin

dengan keadaan suami memimpin isterinya dengan memegang sehelai sapu

tangan masuk ke bilik. Manakala di luar, sekalian hadirin yang ada akan

menyiram air tersebut sesama mereka sambil bersuka ria. Air yang digunakan

untuk upacara ini disediakan dalam pelbagai warna bagi menambah

kecantikannya dan ianya juga dianggap sakral bagi masyarakat Melayu.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 3

Page 4: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

3.2 Berinai di Pelamin

Sungguhpun adat berinai di pelamin ini tidak lagi dijalankan oleh masyarakat

sekarang, akan tetapi masih juga terdapat keluarga yang tetap mengamalkannya.

Ini kerana adat berinai ini memerlukan perbelanjaan yang lebih besar dan agak

rumit, maka hal ini menyebabkan upacara ini semakin dilupakan. Adat berinai di

pelamin ini dilakukan dalam tiga peringkat. Pada kali pertama ia dinamakan

berinai curi, pada kali kedua dinamakan berinai kecil dan pada kali ketiga di

namakan berinai besar.

3.3 Berandam dan Berasah Gigi

Biasanya bagi masyarakat Melayu zaman dahulu, adalah menjadi adat untuk

mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan lebih kurang tiga hari sebelum

majlis perkahwinan dilangsungkan. Anak dara tersebut akan diandam oleh tukang

andam yang memang kerjanya mengambil upah menjadi emak pengantin dan

beliaulah yang akan menguruskan semua kerja-kerja menyiapkan dan mengandam

pengantin. Pengertian berandam itu ialah perempuan yang hendak dikahwinkan

perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur anak rambut

di sepanjang dahinya. Kemudian, gigi anak dara itu akan diasah dengan sejenis

batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan gigi dapat disama ratakan. Semua

ini dilakukan oleh orang tua-tua zaman dahulu dengan tujuan yang baik, iaitu

untuk menambah kecantikan dan seri kepada anak dara tersebut.

3.4 Mandi Berhias

Dijalankan ke atas kedua pasangan pengantin dan biasanya dibuat di serambi atau

pelantar tengah berhadapan dengan pintu luar rumah didahului oleh pengantin

lelaki dan diikuti oleh pengantin perempuan. Pengantin akan duduk menghala ke

pintu luar dan di depannya disediakan dulang beras basuh serta tepung tawar.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 4

Page 5: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Sanak saudara dan waris akan menabur beras basuh dan menepung tawar

pengantin itu.

3.5 Adat Berpantun

Pantun lazimnya digunakan untuk menyampaikan hasrat rombongan ketika majlis

peminangan dan perkahwinan. Ini bertepatan dengan sikap masyarakat Melayu

yang penuh dengan adab ketimuran. Melalui tradisi berpantun ini, warisan turun

temurun dapat dikekalkan dan ia juga merupakan salah satu cara untuk

menunjukkan kreativiti masyarakat Melayu. Antara perkara-perkara yang wajar

diambil kira mengenai pantun yang hendak disampaikan adalah keunikan

bahasanya, aspek estetika dan etikanya, nilai, pemikiran dan falsafahnya, jati diri

dan pandangan serta persepsi dan akal budi.

3.6 Adat Merasi

Merasi adalah merupakan salah satu cabang menilik nasib. Ianya diamalkan oleh

orang zaman dahulu. Adat ini memerlukan bantuan bomoh atau pawang kerana

golongan ini merupakan golongan yang sangat dipercayai oleh masyarakat

Melayu pada zaman dahulu. Walaubagaimanapun, adat ini sudah dilupakan pada

zaman sekarang kerana berkurangnya bomoh dan pawang yang dipercayai pandai

dalam upacara merasi ini dan masyarakat Melayu kini juga sudah tidak lagi

percaya kepada pawang dan bomoh.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 5

Page 6: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

4.0 METODOLOGI

a) Temu bual

Pengkaji melakukan temu bual kepada 10 orang pelajar UPSI yang terdiri

daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

b) Borang Kaji Selidik

Pengkaji mengedarkan borang kaji selidik kepada 10 orang responden di

sekitar UPSI yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Soalan –

soalan ini berbentuk subjektif yang memberi peluang kepada responden untuk

mengemukakan pendapat mereka tentang isu, adat perkahwinan masyarakat

Melayu yang semakin dipinggirkan.

c) Laman Web

Pengkaji melayari beberapa laman web untuk mendapatkan lebih maklumat

tentang isu yang dikaji. Berikut ialah senarai laman web tersebut :

http://xinniralubayna.blogspot.com/2009/06/bersanding-dalam-

amalan-tradisi.html

http://www.pengantin.com.my/

http://malaysiana.pnm.my/01/01010205mel_berinai.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan#Tradisi_lapuk

d) Perpustakaan

Penyelidik menjadikan buku sebagai sumber rujukan.

Buku - 1989. Amran Kasimin. Adat Perkahwinan Melayu. Dewan

Bahasa Dan Pustaka 2002.

Buku - 1994. Denyse Tessensohan. Adab Sopan Moden : Panduan

lengkap tentang adat resam, etiket dan adab sopan. Times Book

Intenational 1992.

Buku – 2001. Drs. A. Munir, Drs. Sudarsono, S.H.M.Si. Dasar – dasar

Agama Islam. PT Rineka Cipta 2001.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 6

Page 7: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

5.0 ISU BERKAITAN ADAT PERKAHWINAN MELAYU

Perkahwinan Melayu seringkali di kaitkan dengan sesuatu adat yang menjadi identiti bagi

sesuatu kaum itu. Ada yang masih lagi mengamalkannya dan ada juga yang sebaliknya.

Ada sesetengah masyarakat berpendapat sebahagian adat ini tidak lagi relevan untuk

diamalkan pada masa kini kerana sudah ketinggalan zaman dan memerlukan tenaga dan

masa yang banyak untuk merealisasikannya. Namun begitu, ada juga yang menyatakan

adat ini merupakan sesuatu yang dilarang agama dan dianggap syirik. Sejauh manakah

kebenaran pendapat masyarakat inilah yang sedang cuba dibuktikan melalui kajian yang

dijalankan oleh pengkaji.

5.1 PERSANDINGAN

Terdapat unsur – unsur khurafat dalam persandingan perkahwinan masyarakat

Melayu yang bercanggah dengan hukum Islam. Antara perkara khurafat yang

diamalkan ketika majlis persandingan ialah :

5.1.1. Menabur Beras Kunyit

Bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan

semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan

menghalau roh jahat, maka ia adalah sesuatu yang syirik. Ianya

bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5

5.1.2. Membaca Jampi Mantera

Perbuatan ini dikatakan bercanggah dengan hukum Islam sekiranya pihak

yang melakukannya beriktikad bahawa melalui pembacaan jampi atau

mantera oleh bomoh mahupun pawang dapat memelihara sesuatu majlis

itu daripada gangguan roh jahat.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 7

Page 8: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

5.1.3. Berandam

Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah

kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-

hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat

wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang

meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu

kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya

kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." Namun begitu hal ini

dikecualikan pada sesetengah bulu seperti janggut, misai dan side burn.

5.1.4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj)

Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah

dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti

kelakuan orang zaman jahiliah dahulu."(Al-Ahzab:33)

5.1.5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran

Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda

baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor

kambing."

5.2 MERASI

Merasi adalah merupakan satu cabang menilik nasib. Masyarakat Melayu tidak

mengamalkan adat tersebut kerana mereka beranggapan adat ini tidak penting

dalam urusan berumah tangga. Dalam masa yang sama, orang yang

bertanggungjawab dan mahir tentang ilmu dan cara merasi sudah meninggal

dunia. Apabila hal ini terjadi, secara tidak langsung adat tersebut tidak diamalkan

lagi dan akhirnya berkubur begitu sahaja. Dahulunya adat ini diamalkan dalam

sesetengah kelompok masyarakat yang bertujuan untuk mengenali antara satu

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 8

Page 9: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

sama lain tetapi masyarakat kini terlalu berbeza kerana pertemuan dapat

dilakukan secara bebas. Contohnya, masyarakat zaman sekarang lebih

berpendidikan dan bekerjaya. Oleh itu, lebih mudah bagi mereka untuk memilih

pasangan hidup masing – masing.

5.3 GOTONG – ROYONG DAN REWANG

Dalam adat Melayu lama, tradisi gotong – royong dan rewang menjadi satu tradisi

wajib sebelum berlangsungnya sesebuah majlis perkahwinan. Amalan ini

biasanya dilakukan oleh golongan masyarakat setempat dan juga ahli keluarga

terdekat. Namun kini, pengkaji mendapati bahawa amalan ini semakin jarang

diamalkan disebabkan faktor - faktor tertentu iaitu :

5.3.1 Masa dan tenaga

Seperti yang kita ketahui, masyarakat kini secara subjektifnya merupakan

golongan yang terdiri daripada professional dan berkerjaya. Kebanyakan

mereka menyerahkan persiapan majlis perkahwinan sepenuhnya kepada

pihak tertentu seperti penyediaan makanan dan kelengkapan perkahwinan.

Ini disebabkan oleh faktor kekanggan masa dan memerlukan tenaga kerja

yang banyak untuk mengelolakannya.

5.3.2 Pengaruh dari budaya luar

Masyarakat kini terlalu obses dengan perkahwinan cara barat seperti

mengadakan majlis perkahwinan secara besar – besaran di hotel dan juga

dewan terkemuka. Mereka percaya bahawa dengan cara ini mereka dapat

menjimatkan masa dan tenaga kerja untuk menjayakan majlis

perkahwinan itu.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 9

Page 10: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

6.0 HASIL KAJIAN LAPANGAN

Hasil soal selidik yang telah dilakukan oleh pengkaji kepada 10 orang responden.

Responden berpendapat bahawa, masyarakat Melayu sekarang semakin melupakan

tradisi perkahwinan Melayu lama dan lebih cenderung mengamalkan perkahwinan secara

moden dan berlebih – lebihan. Responden berpendapat, perkahwinan secara moden

sangat mudah dan hanya perlu mengeluarkan wang yang mencukupi untuk memastikan

majlis perkahwinan dapat berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun ada juga

responden berpendapat bahawa amalan tradisi masyarakat Melayu harus diteruskan

kerana ia merupakan identiti masyarakat Melayu yang harus dipertahan dan diperlihara

keunikkannya. Ia juga bertujuan untuk memastikan generasi akan datang dapat merasai

kemeriahan dan mengetahui akan adat – adat perkahwinan masyarakat Melayu zaman

dahulu.

Menurut responden antara amalan perkahwinan Melayu yang semakin dilupakan

ialah merisik, berpantun, mandi bunga, menabur beras kunyit, menjamu tetamu secara

berhidang, menepung tawar pengantin dan juga aktiviti gotong – royong. Responden

berpendapat faktor – faktor yang menyebabkan tradisi ini semakin dipinggirkan ialah

masyarakat Melayu kini mengamalkan cara hidup yang lebih moden dan mereka tidak

mampu menyediakan tenaga dan masa yang lama untuk menguruskannya sendiri.

Responden juga berpendapat bahawa perkahwinan cara ini sudah ketinggalan zaman.

Secara keseluruhannya, responden lebih cenderung untuk memilih perkahwinan cara

moden berbanding perkahwinan secara tradisional.

Menurut hasil kajian penyelidik yang memperoleh maklumat daripada responden

mengenai adat berpantun dalam perkahwinan masyarakat Melayu pula, responden

berpendapat bahawa amalan ini semakin dilupakan kerana kurangnya pendedahan

mengenai adat berpantun dan cara-cara menghasilkan pantun spontan yang tinggi nilai

estetika budayanya. Hal ini berikutan kerana masyarakat kini lebih terpengaruh dengan

hiburan berbentuk moden dan mereka menganggap adat berpantun merupakan hiburan

klasik lama yang sukar lagi untuk dipraktikkan dalam sesuatu majlis perkahwinan.

Responden juga berpendapat bahawa adat berpantun ini menyusahkan dan melambatkan

masa bagi sesuatu majlis perkahwinan. Dalam hal yang sama juga, responden juga

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 10

Page 11: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

berpendapat adat berpantun ini sudah tidak lagi diturunkan kepada generasi muda.

Dengan ini pengkaji merumuskan bahawa adat berpantun sudah semakin mengalami

kepupusan dalam sesebuah majlis perkahwinan.

Dalam menyentuh soal relevannya tradisi Melayu dipraktikkan dalam

perkahwinan masyarakat melayu kini, kebanyakkan respondan berpendapat bahawa

tradisi ini tidak lagi relevan untuk dipraktikkan kerana masyakat kini sudah semakin maju

dan pemikiran mereka juga seiring dengan kemodenan hidup pada masa kini. Hanya

segelintir sahaja respondan yang berpendapat bahawa adat- adat dalam tradisi Melayu ini

harus dikekalkan dan ianya masih releven kerana respondan percaya akan pepatah yang

berbunyi “Biar mati anak, Jangan mati adat”.

Dalam memperkatakan soal adat merasi dalam perkahwinan masyarakat Melayu,

lebih dari separuh respondan tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan adat

merasi. Pengkaji mendapati bahawa adat merasi ini tidak lagi diamalkan dalam

perkahwinan melayu pada masa kini. Tetapi wujud segelintir respondan yang

mengatakan bahawa adat merasi merupakan satu amalan khurafat yang bersifat menilik

jodoh seseorang dengan pasangan yang hendak dikahwininya.

Pandangan kedua terakhir yang diperolehi oleh pengkaji daripada respondan

mengenai keistimewaan perkahwinan masyarakat Melayu dahulu berbanding masyarakat

sekarang ialah perkahwinan masyarakat Melayu dahulu lebih meriah dan tradisional

dengan adat gotong royong sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Respondan

juga berpendapat bahawa gotong-royong sebelum majlis perkahwinan masyarakat

Melayu kini merupakan gotong-royong yang bersifat berbayar atau lebih lagi dikenali

sebagai kontrak. Pada masa yang sama, ada juga respondan yang berpendapat bahawa

perkahwinan masyarakat dahulu lebih istimewa kerana ianya mempunyai turutan amalan

yang menarik dan ia juga melibatkan keseluruhan ahli keluarga yang jauh mahupun yang

dekat. Respondan juga berpendapat bahawa perkawinan masyarakat melayu dahulu lebih

istimewa kerana ianya dapat mengeratkan hubungan silatulrahim, dan ianya bersifat lebih

sopan dan dengan ini lebih menunjukkan identiti masyarakat Melayu yang tersendiri.

Tinjauan yang dibuat ke atas respondan mengenai negeri yang masih

mengekalkan adat perkahwinan masyarakat melayu ialah merupakan Negeri Sembilan.

Penyelidik mendapati rata-rata respondan menyatakan adat perkahwinan yang diamalkan

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 11

Page 12: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

di negeri tersebut adalah merupakan adat perpatih. Oleh kerana Negeri Sembilan kaya

dengan adat perpatihnya, jadi tidak hairanlah jika adat perpatih masih lagi diamalkan

dalam perkahwinan masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 12

Page 13: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 13

Page 14: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 14

Page 15: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

7.0 CADANGAN

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 15

Page 16: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Berdasarkan analisa data yang telah disediakan oleh penyelidik, dapatlah

dirumuskan bahawa setiap sesuatu adat itu memiliki sebab musabab yang tersendiri untuk

diamalkan atau tidak lagi perlu diamalkan. Sebahagian daripada pihak respondan

mengatakan bahawa kebanyakan adat yang ada pada masa kini tidak lagi wajar untuk

dipraktikkan kerana ianya memakan lebih masa dan tenaga untuk memastikan segalanya

berjalan lancar. Hal ini berlainan pula dengan cara masyarakat Melayu mengadakan

majlis perkahwinan kini, seiring dengan pembangunan arus teknologi yang semakin

pesat, masyarakat hari ini pasti memilih untuk mengurangkan kadar penggunaan tenaga,

masa dan wang sehingga ke nilai paling maksimum.

Terdapat sebahagian lagi respondan berpendapat, adat dan tradisi yang diamalkan

di kalangan masyarakat Melayu tidak melambangkan identiti masyarakat Melayu itu

sendiri dalam konteks yang sebenar-benarnya. Ini jelas jika dilihat pada amalan dalam

perkahwinan masyarakat Melayu sebagai contohnya persandingan iaitu pada hakikatnya

merupakan adaptasi daripada amalan masyarakat India.

Sebilangan kecil pula menyuarakan pendapat bahawa ada adat yang tidak

praktikal langsung untuk di amalkan lagi. Antaranya amalan atau budaya membayar tol

sebelum menaiki pelamin. Amalan ini dikatakan hanya menyusahkan pihak pengantin

lelaki yang kebarangkaliannya berasal daripada keluarga yang sederhana. Selain itu,

amalan ini juga mampu menjadi punca pada terbatalnya sesuatu perjanjian yang telah

diadakan. Sesetengah daripada pihak respondan juga mengatakan, amalan ini jika terus di

amalkan seolah-olah menunjukkan perbezaan status yang boleh mengaibkan pihak

pengantin yang perlu membayar tol tersebut.

Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa bersederhanalah dalam

melakukan sesuatu sebagaiman yang dituntut dalam agama Islam yang sudah tentunya

dapat mengelakkan daripada mengadakan upacara yang mungkin boleh mendatangkan

khurafat.

8.0 KESIMPULAN

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 16

Page 17: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa terdapat

tradisi perkahwinan melayu yang semakin dilupakan. Pengkaji juga berpendapat bangsa

yang bertamadun boleh dikenali melalui budaya dan adat istiadat yang diamalkan.

Sekiranya adat perkahwinan ini terus dilupakan maka tamadun sesebuah negara turut

terjejas. Seperti yang kita ketahui, adat istiadat merupakan tingkah laku sosial, cara

berfikiran, dan cara bertindak sesebuah masyarakat yang terbentuk setelah dilakukan

berulang kali dengan tokok tambah menurut keperluan dan cara berfikir masyarakat

tersebut.

Berdasarkan hasil kajian pengkaji, adat – adat perkahwinan masyarakat Melayu

yang semakin dilupakan ialah adat merasi, berandam, mengasah gigi, membaca jampi

mentera, dan juga menepung tawar. Amalan ini tidak diamalkan lagi disebabkan oleh

percanggahan pendapat dan ideologi dari segi hukum syarak dan agama. Pengkaji juga

turut membuat kesimpulan bahawa remaja pada alaf baru ini tidak lagi mengetahui

mengenai adat perkahwinan Melayu dan mereka beranggapan semua adat ini sudah

ketinggalan zaman dan tidak releven lagi untuk dipraktikkan. Hasil dari kajian juga

mendapati bahawa kebanyakkan responden lebih cenderung mengadakan majlis secara

moden kerana mereka berpendapat bahawa cara itu lebih mudah dan tidak memerlukan

tenaga kerja yang banyak.

Perkahwinan menurut Islam begitu mudah. Syarat-syarat sah dan segala rukun

nikah yang perlu dipatuhi tertulis jelas. Adat merasi, berarak, bersanding, berinai, makan

suap dan adat menepung tawar hanya merupakan adat istiadat tambahan hasil daripada

pengaruh kebudayaan animisme dan Hindu-Buddha. Adat ini dikatakan bukan berasal

daripada ajaran Islam kerana keperluan Islam terhadap syarat-sayart dan rukun nikah itu

tidak menyebut tentang keperluan adat istiadat tersebut. Namun demikian, pemisahan

antara unsur kebudayaan tadi saling memperkuat antara satu sama lain. Adat merasi

misalnya, merupakan salah satu daripada cabang menilik. Amalan ini memang telah sedia

wujud sebelum kedatangan pengaruh Hindu-Buddha. Adat tersebut sebenarnya telah

wujud sejak zaman jahiliyah lagi. Banyak hadis yang mencela tentang perbuatan menilik

yang dilakukan oleh ahli nujum dan tukang-tukang ramal, biarpun ada antara tilikan itu,

secara kebetulan ada yang betul. Adat ini tetap wujud di kalangan mereka yang menganut

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 17

Page 18: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

agama Hindu-Buddha walaupun caranya agak berbeza, matlamatnya tatap sama iaitu

untuk menilik nasib atau merasi. Keadaan ini menjadi lebih keliru dengan adanya unsur-

unsur Islam dalam adat tersebut, iaitu penggunaan huruf-huruf abjad Arab atau Jawi. Ini

merupakan bahawa pengaruh-pengaruh seumpama itu boleh diubahsuai menurut

pelakunya.

Walau bagaimanapun, pengkaji beranggapan tradisi perkahwinan Melayu harus

dipelihara dan diamalkan selagi ia tidak melanggar hukum syarak dan menyalahi hukum

Allah s.w.t. Ini bertujuan supaya generasi akan datang tidak akan lupa kepada adat dan

asal usul bangsa melayu yang menjadi peneraju kepada tamadun-tamadun yang lain di

negara kita.

9.0 RUJUKAN:

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 18

Page 19: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Buku - 1989. Amran Kasimin. Adat Perkahwinan Melayu. Dewan

Bahasa Dan Pustaka 2002.

Buku - 1994. Denyse Tessensohan. Adab Sopan Moden : Panduan

lengkap tentang adat resam, etiket dan adab sopan. Times Book

Intenational 1992.

Buku – 2001. Drs. A. Munir, Drs. Sudarsono, S.H.M.Si. Dasar – dasar

Agama Islam. PT Rineka Cipta 2001

http://xinniralubayna.blogspot.com/2009/06/bersanding-dalam-

amalan-tradisi.html

http://www.pengantin.com.my/

http://malaysiana.pnm.my/01/01010205mel_berinai.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan#Tradisi_lapuk

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 19

Page 20: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

LAMPIRAN

BORANG KAJI SELIDIK

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 20

Page 21: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Umur : ______________

Jantina : ______________

Kursus : ____________________________________

SOALAN

1. Apakah pandangan anda tentang adat perkahwinan masyarakat melayu sekarang?

…………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………..

2. Mengapa amalan tradisi perkahwinan dalam masyarakat melayu harus diteruskan?

……………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………..

3. Apakah contoh amalan perkahwinan melayu yang semakin dilupakan?

……………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………..

4. Apakah faktor yang menyebabkan tradisi ini semakin dipinggirkan?

……………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………..

5. Pada pengamatan anda, masyarakat melayu lebih cenderung untuk mengadakan

perkahwinan secara tradisional atau moden?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

6. Mengapakah adat berpantun semakin dilupakan?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

7. Sejauh manakah relevannya tradisi melayu dipraktikkan dalam masyarakat

melayu kini?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 21

Page 22: 184977317 Perkahwinan Masyarakat India

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

8. Apakah yang anda faham tentang adat merasi?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

9. Apakah keistimewaan perkahwinan melayu masyarakat dahulu berbanding

masyarakat zaman sekarang?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

10. Pada pandangan anda, negeri manakah yang masih mengamalkan adat

perkahwinan lama dan nyatakan adat tersebut?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 22