adat resam bangsa rungus di negeri sabah

12
Adat Resam bangsa Rungus di Negeri Sabah

Upload: winy-xian

Post on 06-Oct-2015

78 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

adat

TRANSCRIPT

Adat Resam bangsa Rungus di Negeri Sabah

Adat Resam bangsa Rungus di Negeri SabahAdat dan pantang larang bagi ibu yang baru bersalinMenurut adat resam suku kaum Rungus, ibu yang baru melahirkan anak tidak dibenarkan membuat sebarang kerja selama genap satu atau dua minggu bagi mengelakkan sakit dan masuk angin dalam badan.si ibu ini juga tidak digalakkan keluar rumah selama 7 hari.Selain itu,perempuan yang baru bersalin tidak boleh dimarahi, dipukul atau mendengar perkataan yang kasar.Jikalau keadaan mengizinkan, si ibu ini harus berpantang selama 30 hari sehingga badannya pulih. Untuk mengelakkan serangan penyakit dan supaya bayi selamat, bayi tersebut tidak boleh dibawa keluar rumah sesuka hati dalam tempoh pantang berkenaan.Pemakanan ibu juga dititikberatkan.Si ibu dimestikan memberi susu ibu kepada bayinya untuk menyusu.Antara peraturan makanan yang perlu dipatuhi oleh ibu ialah :Makan 3 kali sehari Makan lebih kerap sup daging atau ayam Makan kacang beras dengan lembut Makan banyak sayur dan telur ayam Buah-buahan makan 3 kali sehari Minum air yang dimasak 6-8 gelas sehari Berjemur cahaya matahari setiap pagi lebih kurang 1 jam. Adat istiadat perkahwinan suku kaum RungusPemuda-pemuda dari suku kaum Rungus tidak mencari bakal isteri mereka sendiri tetapi ditentukan oleh ibu bapa mereka.Ibu bapa akan mencarikan pasangan bagi anak mereka apabila anak-anak mereka dewasa dan sudah berupaya memikul tanggungjawab untuk mendirikan rumahtangga.Selalunya apabila ibu bapa si lelaki bertemu gadis yang berkenan di hati, mereka akan datang ke rumah ibu bapa si gadis untuk merisik sama ada si gadis telah berpunya atau belum.Kadang kala semasa hari menghantar tanda tunang, hari tersebut juga digunakan untuk penetapan berian, hukuman dan perbelanjaan yang mesti dikeluarkan oleh pihak si lelaki seminggu sebelum hari perkahwinan.

Barang-barang yang yang dijadikan tanda tunang adalah tidak terhad, antaranya :Buah Pinang Daun Sirih Daun Kirai Kapur Sigup (Tembakau) Lain-lain barang yang difikirkan perlu untuk si gadis

Kebiasaannya, apabila rombongan si lelaki tiba di rumah si perempuan, si lelaki akan mengambil seberapa banyak yang terdaya dan disimpan para-para rumah si perempuan.Ini menandakan bahawa si lelaki itu mahu menjadi keluarga mereka. Tali pengikat kayu api itu akan disimpan sebagai tanda bahawa berapa besar ikatan kayu itu begitulah juga besarnya sukatan tempayan yang diberikan kepada bapa si perempuan. Adat ini dinamakan sebagai adat "Loput" atau "Buka Mulut".Setelah selesai adat "Loput" atau "Buka Mulut" ini, barulah mereka akan berunding mengenai berian dan belanja kahwin serta hantaran pihak lelaki mengikut permintaan pihak perempuan. Sekiranya si lelaki bersetuju dengan semua permintaan tersebut, maka hari perkahwinan pun ditetapkan. Jika tidak, terpulanglah kepada budi bicara kedua-dua pihak sama ada mahu meneruskan perkahwinan si anak atau tidak.

Apabila tiba masa perkahwinan yang telah ditetapkan, si lelaki dikehendaki membawa "bujak", keris atau pedang, "paes" (pisau) yang diikat bersama gelang dengan menggunakan sapu tangan. Setelah lengkap semuanya barulah si lelaki berangkat ke rumah bakal isterinya. Apabila tiba di rumah si perempuan, si lelaki hendaklah menyerahkan kesemua barang tadi kepada ibu bapa si perempuan.Sesudah itu, barulah si lelaki boleh duduk di tempat persandingannya sementara menanti pengantin perempuan keluar bersanding. Si lelaki mestilah membawa seorang pengapit yang dipanggil "magat", begitu juga dengan pengantin perempuan.Sesudah upacara perkahwinan dijalankan, barulah Ketua Kampung membuat surat peringatan perkahwinan untuk didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri bagi mendapatkan Surat Keterangan Berian.Adat kematian suami atau isteriMenurut adat istiadat suku kaum rungus, jika berlaku sama ada suami atau isteri yang meninggal dunia maka suami atau isteri yang masih hidup haruslah menurut arahan dari orang tua-tua semasa hari pengebumian dan ketika Mogukas atau Lumuvas(kenduri kematian) dijalankan. Suami atau isteri yang masih hidup ini diberi amaran dan Lapik Banda. Dia tidak dibenarkan bercampur gaul dengan orang ramai seperti menari sumundai mongigol ketika hari Mogukas atau LumuvasSuami atau isteri yang masih hidup ini akan diperintahkan oleh orang tua-tua supaya semua pakaian si mati yang tidak dibawa bersama ketika hari pengebumian disimpan dengan rapi dan dimasukkan ke dalam peti atau dibungkus. Perbuatan ini dinamakan Dompihot dalam bahasa Rungus.Seterusnya, pakaian si mati tadi tidak boleh dibuka sembarangan sebelum tiba masa yang diberitahu oleh orang tua-tua kelak.Kemudian suami atau isteri yang masih hidup ini diarah untuk membuat tapai (sejenis arak dibuat dari beras) di dalam tempayan kecil yang dipanggil tulidan. Dia tidak dibenarkan berpakaian menarik sehingga selesai Mogukas atau Lumuvas.

Setelah beberapa hari, suami atau isteri yang masih hidup ini dikehendaki menyediakan 1 ekor babi besar atau kecil, beras dan barang-barang lain yang dirasakan perlu untuk roh si mati.Apabila tiba masa yang dirasakan sesuai, maka ketua kampung,bobolian dan semua waris si mati dijemput untuk menyaksikan pembinaan pondok penyembahan.Upacara ini dipanggil Pemanapakan Sumbingan.Setelah selesai pembinaan pondok, maka babi yang telah disediakan itu pun ditangkap untuk disimpan di pondok tersebut. Sebelum hal ini dilakukan, kubur si mati terlebih dahulu dibersihkan pada petang sebelum hari Pemanapakan Sumbingan ini.Babi yang sedia ada di pondok penyembahan disembelih lalu dimasak. Kemudian, sedikit daging yang dimasak itu diambil untuk dibawa ke kubur si mati bersama tapai dalam tulidan, mangkuk,pinggan dan gelas yang telah disediakn oleh suami atau isteri yang masih hidup.Kedua-dua waris dari suami dan isteri dikehendaki berhimpun di tanah perkuburan. Orang ramai yang bersimpati dengan si mati turut berada di perkuburan itu bagi tujuan memberi penghormatan buat kali terakhir kepada si mati.Mereka akan makan dan minum di atas kuburan si mati kemudian memecahkan kesemua barang yang dibawa dari rumah seperti tempayan, pinggan, mangkuk dan gelas di tempat itu.Sesudah selesai penghormatan untuk si mati dilakukan, maka kesemua yang berada di kuburan harus pulang ke rumah keluarga yang mengadakan Lumuvas ini bagi upacara memukul gong dan menari sumundai mongigol.Untuk mengakhiri upacara , waris keluarga si mati harus menari sumundai mongigol. Setelah selesai tarian sumundai mongigol, maka suami atau isteri yang masih hidup ini telah bebas dari adat Dompihot.

Kemudian, barulah orang tersebut membayar adat todung kepada mertua atau waris si mati.Adat Todung ini berupa 1 gadul atau salapa.Adat kovolihan mato 1 sanang tinukul. Ini menandakan suami atau isteri yang masih hidup itu merupakan seorang duda atau balu. Dalam bahasa Rungus ianya dipanggil Tulun do Napuadan.Maka orang yang dipanggil Tulun do Napuadan ini bolehlah berkahwin semula mengikut kerelaannya.