adat resam

40
AdAt ReSaM PENGENALAN Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya. Kelahiran Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Sewaktu Mengandung Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Upload: dewayne-frost

Post on 22-Nov-2015

199 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

adat resam bangsa di malaysia

TRANSCRIPT

AdAt ReSaMPENGENALANMasyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.KelahiranPelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.Sewaktu Mengandung

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

perkahwinaNPengenalan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Merisik

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.Meminang

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.Bertunang

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.Majlis PerkahwinanHari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

PerkahwinanMasyarakat Cina

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi. Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

KematianPengenalan

Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian.

Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.

Penghormatan terakhir kepada si mati

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.

Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.

Penghormatan terakhirMayat diarak ke jirat

Ahli keluarga berarak ke jirat Keranda dibawa dengan van

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

Masyarakat Cina di Malaysia Kawasan dengan jumlah penduduk yang besarPulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah, Johor

BahasaBahasa Hokkien, Bahasa Hakka, Bahasa Kantonis, Bahasa Teochew, Bahasa Hokchiu, Bahasa Hainan, Bahasa Kwongsai, Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris

Agama AgamaBuddha, Taoisme, Konfucianisme, Kristian, Islam, Hindu, Iktikad Baha'i, Atheisme, Freethinker

Kelompok etnik terdekatPeranakan

Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: ??????; Cina Tradisional: ??????; pinyin: M?lix?y Hurn atau Cina Ringkas: ??????; Cina Tradisional: ??????; pinyin: M?lix?y Tngrn) ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini.Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh (??, "tetamu baru").Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat 7-7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.

Sejarah

Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli (??, "kuasa susah-payah"). Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.

Suku dialek

Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.

Sambutan Tahun Baru Cina Pemberian Ang Pau tradisi utama dalam masyarakat Cina Sejarah Tahun Baru CinaSejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama Nian membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian cheongsam , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.Malam Tahun Baru Cina

Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran prosperity yang dimakan bersama arak.Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara shuo sui , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain mah jong sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.

Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru CinaApabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan Kong Hee Fatt Choy akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud semoga tahun ini akan membawa kebaikan. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ang pow diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.Chap Goh Mei

Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari Chap Goh Mei tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbutdari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.Hari Chap Goh MeiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

Perayaan HantuDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari

Perayaan Hantu

Perayaan Hantu

Nama rasmiAgama Buddha:Ullambana(Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Ylnpn)

Fahaman Tao dan kepercayaan tradisi:Zhngyun Ji(Cina Tradisional: , Cina Ringkas: )

Nama lainBulan Hantu

Diraikan olehpenganut agama Buddha, Tao, agama tradisional Cina

JenisPerayaan Asia dan agama Buddha

KepentinganPembukaan pintu Neraka, membolehkan semua hantu untuk mendapat makanan dan minuman

Tarikhmalam ke-14 bulan qamari ke-7

AmalanPenyembahan nenek moyang, menderma makanan (kepada para sami dan juga yang telah meninggal), membakar kertas topekong, berdikir

Berkaitan denganObon

Perayaan Hantu ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia. Dalam kalendar Cina (kalendar lunisolar), Perayaan Hantu jatuh pada malam ke-14 bulan ke-7.Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari Hantu dan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu (), iaitu apabila hantu-hantu dan roh-roh, termasuklah para leluhur yang lama meninggal, keluar dari alam ghaib. Ketika perayaan Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup. Pada hari ke-13 ketiga-tiga alam Syurga, Neraka dan fana dibuka dan pada masa ini penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal. Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka. Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.Perayaan Hantu di MalaysiaPerayaan Hantu di Malaysia dimodenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada keraian Perayaan Hantu di negara lain. Pertunjukan pentas yang dikenali sebagai 'Koh-tai' oleh penutur bahasa Hokkien ini dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari, dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan daripada dana sumbangan para penduduk.Perayaan Hantu di Jepun: O-bonRencana utama: O-bon

Berlatarkan penerangan Jambatan Albuquerque, sukarelawan Jepun meletakkan tanglung berlilin pada Sungai Sasebo River pada perayaan Obon.O-bon, atau cuma Bon, merupakan versi Jepun bagi Perayaan Hantu yang lama berubah menjadi cuti perjumpaan semula keluarga yang mana penduduk bandaraya kembali ke kampung halaman untuk membersihkan dan menziarahi kubur nenek moyang mereka.O-bon yang sering merangkumi pesta tarian ini lama wujud di Jepun sejak lebih 500 tahun lalu. Perayaan Jepun ini diadakan dari 13 hingga 16 bulan Julai (masing-masing "Obon Sambutan" dan "Obon Perpisahan" respectively) di pantai timur Jepun (Kant), pada bulan Ogos di pantai barat (Kansai).Hari Ibu VietnamDi Vietnam, perayaan ini bergelar Vu Lan dan dijadikan Hari Ibu. Pada hari inilah sesiapa yang ibunya masih hidup akan berterima kasih, manakala yang ibunya sudah tiada berdoa agar roh ibu-ibu mereka diberkati.

Perayaan Kuih BulanDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari

Suasana perayaan di Victoria Park, Hong Kong

Kuih BulanPerayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: zhngqiji) merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah perayaan berbeza.Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.Houyi dan Chang'eKisah malam berlakunya peristiwa dewi bulan Chang'e (bahasa Cina: ) dibawa ke bulan yang dikenali ramai oleh bangsa Cina menjadi topik kegemaran para penyair. Berlainan dari kebanyakan dewa bulan di budaya-budaya lain yang mempersonifikasi bulan, Chang'e pula berdiam di bulan. Kisah tradisi mengisahkan riwayat Houyi dan Chang'e sekitar tahun 2170 SM, ketika pemerintahan Maharaja Yao legenda yang menyusuli zaman Huang Di.Banyak sekali variasi dan adaptasi legenda Chang'e sehingga mampu mengelirukan kita. Apapun, kebanyakan kisah Chang'e dalam mitos Cina melibatkan elemen-elemen berikut dalam apa jua bentuk: Houyi (bahasa Cina: ) si pemanah; Chang'e, Dewi Bulan Abadi; seorang maharaja, baik adil mahupun zalim; suatu atma jiwa; dan Bulan:Houyi si pemanahTerdapat sekurang-kurangnya 6 variasi kisah ini yang mengisahkan Houyi sebagai pemanah.Versi 1Houyi ialah seorang dewa, sementara Chang'e pula seorang gadis molek yang berkhidmat di Istana Maharaja Jed (Bahasa Cina: ; pinyin: Yd) sebagai pengiring Maharani Barat (permaisuri Maharaja Jed), sebalik sebelum kahwin. Pada suatu hari, Houyi mencetuskan kecemburuan dewa-dewi lain sehingga mereka mempersendakan Houyi menghadap Maharaja Jed. Maka Houyi dan isterinya Chang'e pun diusir dari kayangan, sekaligus terpaksa menampung kehidupan dengan memburu di Bumi. Maka dari saat inilah Houyi menjadi pemanah tersohor.Pada ketika ini juga, terdapat sepuluh matahari, dalam bentuk burung berkaki tiga, yang berdiam di sebatang pokok kertau di laut timur; setiap hari salah seekor burung ini dijadualkan untuk mengelilingi dunia dengan pedati yang dipandu oleh Xihe (bahasa Cina: ), iaitu "ibu" segala suria. Tibanya juga satu hari apabila kesepuluh-sepuluh matahri saling berhampiran lalu mengakibatkan Bumi terbakar. Maharaja Yao selaku pemerintah China mengarahkan Houyi agar menembak sembilan daripada suria-suria tersebut. Setelah selesainya tugas ini, maka Maharaja mengurniakan sebiji ubat yang mengabadikan nyawa Houyi, sambil memesannya: "Janganlah teragak-agak untuk menelan ubat ini; mula sekali siapkan diri dengan doa dan puasa selama setahun".[1] Houyi membawa ubat itu pulang lalu menyorokkannya di bawah sebatang kasau, sambil memulihkan semangatnya. Ketika Houyi menyembuh dirinya, Houyi diarah menghadap maharaja sekali. Chang'e perasan sekilauan cahaya dari kasau lalu mencari dan menelan ubat itu jua. Dalam sekelip mata, dia mendapati dirinya boleh terapung. Pada detik ini pulangnya Houyi, maka dia menyedari apa yang sudah berlaku lalu memarahinya. Chang'e pun terapung dari tingkap ke angkasa.[1]Dengan berlengkapkan busur di tangannya, Houyi mengejar Chang'e mengelilingi separuh angkasa. Lama-kelamaan, Houyi terpaksa kembali ke Bumi kerana angin kencang. Chang'e akhirnya mendarat di Bulan dan mula batuk kerana kesukaran bernafas. Secebis ubat itu terkeluar dari mulutnya.[1] Pada masa itu, di bulan wujudnya seekor arnab, maka Chang'e mengarahkan arnab itu untuk membuatkan sebiji lagi ubat agar dia dapat kembali ke Bumi untuk bertemu semula dengan suaminya.Sehingga hari ini, arnab tersebut masih cuba membuat ubatnya. Houyi pula membina istana di matahari bernama "Yang" (prinsip jantan), dan Chang'e pula "Yin" (prinsip betina). Setahun sekali, pada hari bulan purnama, Houyi menziarahi isterinya. Begitulah sebab pada malam inilah bulan adalah paling indah.[1]Kisah ini terdapat dalam dua koleksi bertulis zaman Dinasti Han Barat (206 BCE-24 CE), iaitu Shan Hai Jing, Buku Gunung dan Laut, dan Huainanzi, suatu kitab falsafah.[2]Versi 2Sekitar tahun 2170 SM, bumi mengalami sepuluh matahari, kesemuanya merentungkan tanaman dan memandulkan manusia. Dengan perasaan penuh belas kasihan terhadap rakyat jelata, Houyi si pemanah bertindak dengan menjatuhkan sembilan matahari tetapi membiarkan satu demi manfaat manusia. Sesudah menyiapkan tugasnya dia dijadikan wira rakyat. Dia mengahwini Change maka mereka berdua pun hidup bahagia. Houyi ramai sekali anak muridnya yang setia mempelajari kemahiran memanah daripadanya. Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, maharaja dewa mengurniakan sebiji ubat hidup abadi kepada Houyi sebagai ganjaran atas jasanya memadam matahari. Baginda menggesa Houyi agar tidak berlengah lagi untuk menelan ubat itu. Akan tetapi, Houyi amat mencintai Change dan enggan meninggalkannya, maka dia menyerahkan ubat tersebut pada Change untuk disimpan di tempat yang selamat. Change meletakkan ubat itu dalam peti barang kemasnya. Akan tetapi, salah seorang anak murid Houyi iaitu Peng mendapat tahu rahsia ini lalu hendak mencuri ubat itu. Pada suatu hari, Houyi dan anak-anak buahnya pergi ke kawasan gunung, kecuali Peng yang berpura-pura sakit. Change juga berdiam di rumah sahaja. Peng mencuri masuk bilik Change lalu memaksanya untuk menyerahkan ubat itu. Change sedar dirinya tidak terlawan Peng maka dia terus menelan ubat tersebut lalu terbang jauh dari situ. Chang'e tidak sanggup meninggalkan suami tersayang, jadi dia dia berehat di Bulan yang paling dekat dengan Bumi. Setelah Houyi menyedari perkara ini, marah dan sebak jadinya. Houyi mendongak ke langit malam dan memanggil nama Change tak henti-henti. Beliau menemui bayang-bayang wanita seiras Chang'e pada bulan, lalu terkejar-kejar bulan itu tetapi tidak dapat kerana dihalang angin.Versi 3Suatu ketika dulu, Bumi dikitari sepuluh biji matahari, setiap satu bergilir-gilir menyinari bumi. Pada suatu hari, tiba-tiba kesemua sepuluh matahari muncul serentak, lalu membahangkan bumi dengan keterlaluannya. Mujurlah tibanya seorang pemanah gagah bernama Houyi, tiba di bumi untuk menjatuhkan sembilan biji matahari. Maka beliau menjadi Raja, tetapi lama-kelamaan menjadi zalim.Pada suatu hari, Houyi mencuri air atma jiwa dari seorang dewi. Akan tetapi, air itu jatuh dalam mulut ratunya Chang'e untuk menyelamatkan rakyat jelata dari kezaliman si raja. Setelah meminumnya, Chang'e terapung jauh hingga mencapai bulan. Betapa cintanya Houyi terhadap ratunya, maka tak sanggup baginda menjatuhkan bulan.Arnab JedFail:Change and jade rabbit.jpg Dewi Chang'e dan Arnab Jed.Menurut kisah lama, Arnab Jed ini membuat ubat-ubatan bersama dewi Chang'e, untuk santapan dewa-dewi. Ada yang kata arnab ini cuma satu bentuk jelmaan Chang'e sendiri. Anda boleh perhatikan bahawa tompok-tompok gelap pada permukaan bulan purnama menyerupai bentuk arnab, sepasang telinganya tercacak ke kanan, sementara di kirinya ada dua bulatan besar yang mewakili kepala dan badannya. [3]Mengikut legenda, tiga pari-pari mengubah bentuk diri mereka menjadi orang tua yang mengemis makanan dari rubah, monyet, dan arnab. Si rubah dan si monyet ada makanan untuk dihulurkan kepada mereka, tetapi sayangnya si arnab tiada apa-apa untuk diberi maka ia melimpat ke dalam api marak untuk menawarkan daging dirinya sahaja. Orang-orang tua itu terharu oleh pengorbanan dan kemurnian si arnab lalu mengurniakan tempat tinggal di Istana Bulan untuknya di mana si arnab menjadi "Arnab Jed".Penggulingan pemerintahan MongolMengikut sebuah kisah rakyat terkenal (yang tidak semestinya terbukti oleh catatan sejarah), Perayaan Kuih Bulan disambut untuk memperingati pemberontakan warga China menentang pemerintah Dinasti Yuan berbangsa Mongol (12801368) pada abad ke-14.[4] Sukar untuk merancang pemberontakan kerana larangan terhadap perhimpunan.[4] Menyedari bangsa Mongol tidak makan kuih bulan, maka Liu Bowen () dari wilayah Zhejiang, penasihat kepada ketua pemberontak Zhu Yuanzhang, mendapat jalan mengadakan pemberontakan sempena Perayaan Kuih Bulan. Beliau meminta izin untuk mengedarkan beribu-ribu biji kuih bulan kepada warga kota untuk memohon restu semoga maharaja Mongol panjang umur. Dalam setiap kuih dimasukkan sekeping kertas yang bertulis: "Hapuskan Mongol pada lima belas hari bulan lapan" ().[4] Pada malam perayaan, para pemberontak berjaya meyerang dan menggulingkan pemerintahan mereka, disusuli penubuhan Dinasti Ming (1368-1644) di bawah pimpinan Maharaja Zhu. Semenjak itulah perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan dengan hidangan kuih bulan.

Perayaan Duan WuDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari

Perlumbaan Perayaan Perahu Naga di MacauPerayaan Duan Wu atau Perayaan Perahu Naga ialah salah satu perayaan tradisional dalam masyarakat Cina. Ia merupakan hari cuti di Taiwan (Dunw Ji), serta di Hong Kong dan Macau (Tuen Ng Jit). Mulai 2008, ia kembali menjadi hari cuti di Republik Rakyat China.Terdapat beberapa teori mengenai asal usul perayaan ini. Yang paling terkenal ialah untuk mengingati seorang penyair masa dahulu yang bernama Qu Yuan. Beliau sanggup membunuh diri untuk menyelamatkan negaranya.Aktiviti tradisi perayaan ini ialah memakan bak cang (Rou Zhong = dalam Bahasa Cina) dan berlumba perahu naga.

Perayaan DongZhiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari Perayaan Dongzhi

Nama rasmiDongzhi ()

Nama lainTang-cheh ()Tji ()Dongji ()ng Ch

Diraikan olehChina, Jepun, Korea, Vietnam

JenisKebudayaan

KepentinganMenandakan solstis musim sejuk

TarikhSolstis musim sejuk

Tarikh 201122 Disember

Amalanmembuat dan memakan tangyuan, memuja nenek moyang

Perayaan DongZhi

Nama Cina

Bahasa Cina:

[tunjuk]Transliterasi

Nama Cina alternatif

Bahasa Cina:

[tunjuk]Transliterasi

Nama Jepun

Kanji:

Hiragana:

[tunjuk]Transliterasi

Nama Korea

Hangul:

Hanja:

[tunjuk]Transliterasi

Nama Vietnam

Qucng:ng ch

Hnt:

Perayaan DongZhi atau Perayaan Solstis Musim Sejuk (Bahasa Cina: ;pinyin: Dngzh;secara harfiahnya "Keterlaluan Musim Sejuk") adalah salah satu perayaan yang paling penting yang diraikan oleh China dan negara Asia Timur lain semasa tempoh suria Dongzhi (solstis musim sejuk), pada atau sekitar 22 Disember apabila cahaya matahari adalah yang paling lemah dan siang hari terpendek. Ia berlaku pada 22 Disember (waktu Asia Timur) pada tahun 2011.Asal-usul perayaan ini boleh disusur kembali kepada falsafah yin dan yang keseimbangan dan keharmonian dalam kosmos. Selepas perayaan ini, akan terdapat hari dengan waktu siang yang lebih panjang dan akan ada peningkatan tenaga positif yang mengalir masuk. Kepentingan falsafah ini dilambangkan oleh heksagram f (, "Kembali") I Ching.

Qi XiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari Qi Xi (Bahasa Cina: ; pinyin: q x; secara harfiah "The Night of Sevens"), kadangkala digelar Hari Valentine Cina, jatuh pada hari ketujuh dalam bulan ketujuh kalendar Cina; maka demikianlah namanya. Mengikut tradisi, gadis muda mempamerkan kemahiran seni mereka, terutamanya mengukir tembikai, pada hari ini serta meluahkan hajat agar bersuamikan lelaki yang baik. Nama-nama lain bagi pesta ini termasuk: Perayaan Hajat untuk Kemahiran (; q qio ji) Hari Jadi Saudari Ketujuh (; q ji dn) Malam Kemahiran (; qio x)Cerita Gembala Lembu dan Gadis PenenunPada akhir musim panas, bintang Altair dan Vega tinggi menyinar di langit malam, dan orang Cina menceritakan cerita rakyat berikut:Niulang (Bahasa Cina: ; pinyin: ni lng; secara harfiah "gembala lembu", bintang Altair) bertembung dengan tujuh pari-pari bersaudari yang sedang bermandi dalam tasik. Setelah dihasut oleh temannya iaitu si lembu, Niulang mencuri pakaian mereka dan menunggu apa yang beralku seterusnya. Pari-pari bersaudari tersebut memilih yang termuda dan paling jelita antara mereka, iaitu Zhin (Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: zh n, "gadis penenun", bintang Vega) untuk mendapatkan semula pakaian mereka. Maka dia pun melakukan tugasnya, tetapi oleh sebab dapat diintai dalam keadaan telanjang oleh Niulang, dia mesti merestui lamaran jejaka tersebut. Zhin terbukti menjadi seorang isteri yang bagus, manakala Niulang seorang suami yang baik, maka berbahagialah mereka berdua bersama. Namun begitu, Dewi Kayangan (dalam sesetengah versi, iaitu bonda Zhin) murka setelah mendapati bahawa seorang manusia biasa telah mengahwini salah seorang pari-parinya. (Dalam satu versi yang lain, Dewi tersebut memaksa pari-pari penenun tersebut kembali ke tugas lamanya untuk menenun awan berwarna-warni di angkasa kerana dia tidak boleh melakukan tugas itu ketika berkahwin dengan manusia.) Dewi tersebut menanggalkan cuck sanggulnya lalu mencakar sebatang sungai yang luas di angkasa untuk memisahkan kedua-dua kekasih itu buat selamanya (maka terbentuknya Bima Sakti yang memisahkan Altair dan Vega).Zhin terpaksa duduk di sebelah sungai dan menenun dengan rasa pilu buat selamanya, sementara Niulang merenunginya dari jauh dan menjaga kedua-dua anaknya (iaitu bintang-bintang dan Aquilae yang mengapit Altair).Akan tetapi, setahun sekali semua burung murai di dunia meluahkan rasa simpati kepada kedua-dua kekasih itu dan terbang ke kayangan untuk membentuk sebatang jambatan (, "jambatan murai", Que Qiao) di atas bintang Deneb pada buruj Cygnus agar pasangan itu bersama lagi selama semalam, iaitu malam ketujuh dalam bulan ketujuh.TradisiPada malam Qi Xi, seulas hiasan berangkai diletakkan pada halaman rumah dan wanita yang belum atau sudah baru berkahwin dalam rumah tangga menghidangkan persembahan yang terdiri daripada buah-buahan, bunga-bunga, teh dan bedak muka kepada Niulang dan Zhin. Setelah persembahan itu, separuh bedak tersebut ditaburkan pada bumbung rumah dan separuh lagi dibahagikan antara wanita-wanita lain. Adalah dipercayai bahwa melalui amalan ini wanita-wanita diabadikan dengan kecantikan bersama Zhin.Satu lagi tradisi ialah bagi gadis muda untuk mencampakkan jarum jahitan kedalam sebiji mangkuk yangpenuh diisi air pada malam Qi Xi sebagai ujian kemahiran menyulam. Jika jarum itu terapung, adalah dipercayai bahawa gadis itu memang mahir menyulam.TarikhHari ketujuh bulan ketujuh takwim lunisolar pada sepuluh tahun akan datang:1. 2007-08-192. 2008-08-073. 2009-08-264. 2010-08-165. 2011-08-066. 2012-08-23 (Catatan: Jepun ialah 2012-08-24 kerana perbezaan masa.)7. 2013-08-138. 2014-08-029. 2015-08-2010. 2016-08-09

Perayaan QingmingDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari Perayaan Qingming (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: qng mng ji), juga dipanggil Pesta Ching Ming, Ceng Beng atau (diterjemah sebagai "Perayaan Jelas dan Terang"), merupakan perayaan Cina yang diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk (atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga), dan lazimnya diadakan sekitar 5 April dalam kalendar Gregorian (lihat kalendar Cina). Pada setiap tahun lompat pula, Qing Ming diadakan pada 4 April. Secara istilah astronomi, perayaan ini merupakan jieqi (lihat Qingming). Dalam jieqi, perayaan Qingming jatuh pada hari pertama jieqi ke-5, yang juga dipanggil Qingming. Namanya menandakan masa bagi orang ramai untuk keluar dari rumah dan menikmati kehijauan musim bunga ( Tqng, "memijakkan kaki di atas tanah kehijauan"), dan juga menziarahi kubur orang tersayang yang sudah meninggal. Perayaan Qingming dijadikan cuti umum di Republik China di Taiwan, dan juga di Hong Kong dan Macau namun bukan di tanah besar China.Hari Sembilan Maharaja DewaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari Perayaan Sembilan Maharaja Dewa juga dikenali sebagai Kow Wong Yeh disambut pada hari kesembilan pada bulan sembilan dalam kalender lunar Cina. Penganut kepercayaan Taoist akan berkumpul di kuil untuk menyambut perayaan ini.

Gaya seni bina CinaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari Rencana ini mengandungi teks bahasa Cina. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian tertentu.

Tatarajah sokongan pendakap kayu sangga ("Dougong") menahan bumbung pelbagai-kecondongan, dari Yingzao Fashi (1103 M)Gaya seni bina Cina merujuk kepada suatu gaya seni bina yang telah dibentukkan di Asia untuk beberapa abad. Prinsip-prinsip seni bina Cina telah kekal secara besarnya tidak berubah, perubahan utama hanya pada perincian berhiasan. Sejak Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya seni bina Korea, Vietnam dan Jepun.Gaya seni bina China adalah setua tamadun China. Dari setiap sumber maklumat - sastera, grafik, teladan - adanya bukti kuat menyaksikan pada nyatanya bahawa orang China telah sentiasa menggunakan sistem asli pada pembinaan yang telah mengekalkan ciri-ciri prinsip dari zaman prasejarah ke hari kini. Ke atas kawasan yang besar dari Turkistan China ke Jepun, dari Manchuria ke bahagian utara Indochina Perancis, sistem pembinaan yang sama tersebar; dan ini adalah kawasan pengaruh budaya China. Bahawa sistem ini pada pembinaan dapat sendiri hidup lamanya untuk lebih daripada empat ribu tahun ke atas suatu wilayah yang sangat besar dan masih kekal sebagai sebuah gaya seni bina hidup, mengekalkan ciri-ciri utamanya pada masa serangan asing yang berulangan - tentera, intelektual, dan rohaniah - adalah suatu fenomena yang cuma dapat dibandingkan dengan kelanjutan tamadun yang mana ia adalah suatu bahagian yang penting.[1]Rencana berikut memberikan penjelasan ringkas mengenai seni bina Cina tradisi, sebelum pengenalan kaedah binaan Barat semasa awal abad ke-20. Sepanjang abad ke-20, bagaimanapun, arkitek Cina yang dilatih cara Barat telah cuba menggabungkan reka bentuk Cina tradisi dengan bangunan moden (biasanya kerajaan), dengan hanya kejayaan terhad. Tambahan lagi, tekanan bagi pembangunan bandar seluruh China semasa memerlukan pembinaan pantas dan bandingan keluasan lantai lebih tinggi, yang bererti bahawa permintaan bandar besar bagi seni bina Cina, yang biasanya kurang dari 3 tingkat, telah berkurangan digantikan dengan seni bina moden. Bagaimanapun, kemahiran tradisi jurubina Cina, termasuk tukang kayu, juru batu, dan batu bata sering digunakan bagi pembinaan seni bina vernakular di kawasan pendalaman yang luas di China.Rancangan bandarRancangan bandar China berasaskan pada geomansi feng shui dan sistem field-well pada pembahagian tanah digunakan sejak zaman Neolitik. Tatarajah field-well asas diletakkan di atas dengan luoshu, sebuah segi empat sama ajaib dibahagikan ke 9 sub-segi empat tepat, dan berkaitan dengan numerologi Cina.Model kecilRencana utama: Sains dan teknologi Dinasti Han#Kejuruteraan strukturWalaupun hanya ruins dinding dan menara batu-bata dan rammed earth dari China silam (iaitu sebelum abad ke-6 AM) telah kekal, maklumat pada gaya seni bina China (khususnya seni bina kayu) dapat discerned model bangunan yang boleh dikatakan dari tanah liat dicipta oleh orang China silam sebagai bahan pengebumian. Ini adalah mirip dengan rumah joss yang dibakar dalam sesetengah pengebumian moden Cina. Model-model berikut dilakukan sewaktu Dinasti Han (202 SM 220 AM):[[Pottery palace 1.JPG|center|border|150x150px|alt=|Sebuah istana tembikar dari Dinasti Han (202 SM 220 AM) ]]

Sebuah istana tembikar dari Dinasti Han (202 SM 220 AM)

Dua menara kediaman dihubung dengan sebuah jambatan, miniature tembikar, Han Dynasty (202 SM 220 M)

Sebuah menara tembikar dari Dinasti Han (202 SM 220 AM)

Sebuah model seramik dengan sebuah laman dalam, dari Dinasti Han (202 BC 220 AD)

Sebuah kincir grist tembikar dari Dinasti Han (202 SM 220 AM)

Sebuah menara tembikar dari Dinasti Han (202 SM 220 AM)

Model tembikar sebuah perigi dari Dinasti Han (202 SM 220 AM)

Sebuah menara tembikar dari Dinasti Han (202 SM 220 AM)