adat istiadat orang melayu

Upload: fida-su

Post on 12-Oct-2015

239 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

adat

TRANSCRIPT

ADAT ISTIADAT ORANG MELAYU

ADAT ISTIADAT ORANG MELAYU NURUL ASMIDA BINTI ASRI NUR FARAHIM MOHD ADLIMAKSUD ADATPerkataan adat berasal daripada bahasa Arab adah yang beerti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi suatu kebiasaan yang tetap dihormati orang maka kebiasaan itu lama-laun menjadi adatProses penciptaan adat dalam masyarakat melayu berkaitan pula dengan tanggapan dan pemikiran orang melayuLahirlah adat yang dikaitkan dengan kepercayaan di sebalik peraturan adat.Adat yang terpenting yang mempunyai hubungan dengan kepercayaan masyarakat melayu ialah adat yang menyentuh tentang proses kehidupan manusia dari lahir hingga ajalnya.Bersumber daripada konsep rites di passage yang diamalkan dikalangan suku-suku primitif.Ditemui oleh Arnold van Gennep yang menulis tentang judul tersebut pada tahun 1909

Pendapat beliau : berdasarkan ciri-cirinya yang bercorak universal yang dilihatnya wujud dalam semua masyarakat yang sederhana didunia.

UPACARA PERALIHANDilakukan oleh masyarakat sederhana ke atas setiap anggota.Diadakan sebagai menunjukan kenaikan tingkat kedudukan setiap anggota masyarakatDilakukan sejak ibu hamil,pada waktu bersalin dan pemberian nama.Pada setiap tahap kematangan kanak-kanak itu juga diadakan upacara sehingga dewasa dan seterusnya ketika meningga dunia.

TUJUAN UPACARA PERALIHANDiadakan kepada teruna dan dara dengan harapan supaya kehidupan mereka akan suburDiharapkan mereka akan mendapat keturunan yang sihat,hasil pertanian yang banyak,binatang ternakan akan membiak dengan banyak dan sebagainya.Rasa indah atau estetika bagi sesuatu bangsa adalah berbeza dengan bangsa yang lain.Contoh Gigi yang diasah merupakan satu keindahan dalam masyarakat melayu tradisionalBerinai pada hujung jariUpacara peralihan dilakukan menandakan perubahan tahap kehidupan yang ditempuhi oleh seseorang itu.Menandakan pengishtiharan tahap dan kedudukan baru yang disandang atau dipegang oleh seseorang individu dalam masyarakatnya.Merupakan warisan kepercayaan lama yang diwarisi oleh masyarakat primitif yang mempunyai hubungan dengan kepercyaan mereka.Berasal daripada istiadat pemujaan dari zaman purbaBertujuan menghapuskan segala angkara dan gangguan daripada makhluk-makhluk halus yang jahat terhadap masyarakat dan mewujudkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan anggotanya.CONTOH UPACARA PERALIHANAdat melenggang perut atau mandi tianDilakukan sewaktu bayi masih lagi berusia tujuh bulan di dalam perut ibunya.Dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup seseorang ibuDilakukan oleh tok bidan dengan tujuan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin.

Bertujuan membetulkan kedeudukan bayi di dalam perut ibunya.Bahan-bahan :beras kunyit,buah kelapa dan lain-lain.Adat pada waktu bersalindiperbuat sebuah bakul drpd mengkuang dan diisikan beras,sebiji kelapa,benang mentah,dian,tepak sirih dan dan segeluk air.Benang dililitkan kepada kelapa dan sebatang lilin dinyalakandi atas kelapa tersebut.Bidan akan menyambut bayi dengan jampi dan serapahPusat bayi dipotong oleh bidan dgn menggunakan cincin emasPusat itu akan disimpan sebagai alat yg berkhidmat untukmendamai sebarang kekeruhan dalam keluarga Uri dimasukkan ke dalam tempurung kelapa dan dicampurkan sedikit garam,kemudian ditanam di tempat tertntu.Jika bayi lelaki,urinya ditanam di bawah rumah berhampiran dengan tiang seri.Ini kerana apabila besar nanti kanak-kanka itu akan sentiasa mengingati keluarganya.Jika perempuan,urinya akan ditanam di pintu gerbang rumahnya.Hal ini kerana dipercayai apabila ia besar akan mudah dilamar orang.

Upacara membelah mulut,menanggalkan tali pusatDigunakan emas yang dicelup ke dalam air pinang,kemudian manisan lebah atau buah kurma.hai kanak-kanak,mudah-mudahan panjang usia kamu di dalam dunia ini dipelihara oleh Dewata Mulia Raya.Biar tetap sebagai batu,tajam sebagai kapak dan suci bersih seperti emas bermutuSelepas tujuh hari,upacara menanggalkan tali pusat dilakukan,kemudian adat naik buai atau mencuci lantaiBarang-barang : nasi kunyit dan lauk pauk,seekor ayam hidup,sirih,asam,garam dan lain-lainBayi akan dimandikan dahulu.Jampi serapaah akan dibacakan serentak dan mak bidan akan memegang ayam di lantai tempat bersalin.Serentak dengan adat itu bayi akan dibri nama.Adat bercukurIbu bayi akan berpantang makan makanan yang didiami selama 44 hari.Bayi akan dimandikan dengan air sintuk limau.Dijampi serapah dan ditepung tawarKemudian beras kunyit dan bertih dutabur kedalam rumah untuk menghalau hantu syaitan.Ketika menculur rambut bayi,kepala bayi akan direnjis dengan tepung tawar kemudian rambutnya akan digunting kira-kira lima atau tujuh helai rambut. Rambut dimasukkan ke dalam air yang tersedia dalam kelpa muda.Perbuatan tersebut akan dilakukan beberapa kali oleh orang lain pula.Akhirnya baru rambut bayi akan dicukur.Adat menjijak tanahTujuannya adalah untuk mengelakkan bayi itu daripada tersampuk hantu syaitan.Kaki kanak-kanak akan dipijakkan dalam piring-piring kecil yang berisi padi,beras kunyit,tanah dan lain-lain yang telah dijampi terlebih dahulu.Barulah kaki kanak-kanak dipijakkan ke tanah.Adat naik buai atau beryudaiBuaian yang khusus dan dihiasi dengan berbagai-bagai bunga yang cantik.Akan diadakan nyanyian atau nasyid.

Adat bertindik telingaPerempuan sahaja akan ditindik telingaJika tidak dilakukan,dipercayai kanak-kanak mudah diganggu hantu polong.Tukang tindik akan mengambil jarum,benang hitam serta kunyit dan dijampi serapah.Upacara perkahwinan dan kematianDiadakan istiadat berinai untuk pengantin perempuanAdat bersanding di hadapan sanak saudaraDuduk dia atas pelamin yang berhias dan ditaburi beras kunyit serta direnjis air mawar dengan pulut kuning.Apabila meninggal dunia,anak-anak cucu kan mengadakan kenduri meniga hari,menujuh hari,empat puluh hari dan seratus hari.Adat istiadat Raja-raja Melayu

Raja diberikan latar belakang kepercayaan sehingga diyakini oleh orang ramai.Raja diberikan lambang atau simbol kekuasaan dalam bentuk alat kebesaran diraja yang dipercayai mempunyai kekuatan luar biasa.Buku Sejarah Melayu

Adat mengadap RajaDilakukan di bailarungHendaklah mendapat kebenaran sultan melalui bentara.kemudian masa ditetapkan.Orang biasa atau rakyat dilarang memakai pakaian yang berwarna kekuningan,kecuali dengan keizinan atau dianugerahi rajaTidak boleh memakai pakaian nipis hingga berbayang rupa kulit dan baju dari kain kasa.Ketika hendak mengadap raja,ia harus mengetahui ke arah mana hendah dihalakan sembah.Jika terdapat raja,raja muda,bendahara dan temenggung,sembah pertama mestilah dihalakan kepada raja diikuti oleh raja muda dan bendahara serta temenggung.Apabila menyembah raja hendaklah mengangkat kedua-dua belah tangan hingga kedua-dua hujung jari jejak ke dahi iaitu kedua-dua kening.Bangun dan undur tiga tapak ke belakang kemudian berteleku menyembah sekali lagi.

Bahasa halusHendaklah menggunakan bahasa halus yang dikhaskan untuk bertutur dengan raja.contoh,patik dan tuankuBerkata-kata dengan suara yang rendah.

Adat istiadat raja berangkat.Apabila raja melayu berjalan-jalan,baginda akan didahului oleh yang membawa lembing kira-kira dua belas depa.Apabila seseorang rakyat yang membawa lembing bertemu dengan angkatan raja,harus berhenti dan duduk sehinggalah angkatan itu berlepas.

Adat pertabalan rajaDisertai dengan perayaan secara besar-besaranDiiringi perayaan yang berlanjutan hingga 40 hari 40 malam.Diadakan berbagai-bagai permainan dan persabungan serta jamuan.Dimulai dengan penetapan lembaga pelaksana istiadat tersebutDimulakan dengan perintah membersihkan istana,memperbaharui kota dan parit serta membersihkan seluruh negeri.kemudian jalan diperbaiki,rakyat jelata dihimpunkan dan berita dihebahkan.Segala perhiasan berwarna kuning.Penjawat :Pertama :jawatan Kain Dukung yang terdiri daripada 6 belas orang.Ditempatkan di Panca Persada iaitu di tingkat kedua di belakang singgahsana dan begitu sebaliknya.Kedua :penjawat dalam,seramai 16 orang,8 lelaki dan 8 orang kerabat diraja.Tugas leaki membawa alat pertabalan:pedang,cogan,keris panjang,tepak,ketur,kipas,tempat bara dan al quran

Tugas perempuan membawa terenang,kembuk,sembap,tepak sirih,ketur,perenjis air mawar,bertih dan beras kunyit.Penjawat lelaki berperanan di bailarung dan penjawat perempuan berperanan di istana dan Panca Persada.Penghulu istiadat atau bendahara akan mengisytiharkan upacara kerja dan bermula upacara pertabalan.Segala jenis hiburan dan permainan turut dimulakan.Orang yang memainkan peranan penting dalam pertabalan ini adalah penghulu istana.

Penghulu istana yg terdiri daripada seorang kerabat diraja akan memakai baju panjang lengan kecil serta rantai emas berlilit pada hujung lengan yang menandakan kuasa yg ada padanya.Raja akan dipakaikan pakaian kerajaanRaja akan dianaikkan ke atas singgahsana dan kemudian berarak ke Panca Persada.turut serta di atas usungan ialah ialah penjawat-penjawat yg membawa cogan,keris,ketur,beras kunyit,gembala usungan dan ketua usunagn serta 4 orang penjawat.Akan ditabur beras kunyit sepanjang jalan itu dan usungan raja dipayungi dengan obor yang berwarna kuning dan putih.Didahului oleh pasukan nobat,pembawa tombak kerajaan,pembawa dian penjawat-penjawat,biduan dan rakyat jelata.Diiringi dengan tembakan meriam samada 7,11 atau 16 das.Pasukan nobat akan memainkan lagi perang diikuti lagu palu apabila sampai ke Panca Persada.Ketika lagu palu dimainkan raja yang hendak ditabalkan mula bersiram di atas Panca Persada.Arak-arak pun dimainkan dengan iringan tembakan meriam sewaktu perarakan kmbali ke istana setelah selesai upacara bersiram. Raja akan disambut oleh Ynag Dipertuan Muda dan didudukan di atas singgahsana apabila sampai di bailarungseni.Lagu nobat Ibrahim Khalil dimainkan.Yang Dipertuan Muda menghampiri dan berdiri berhampiran singgahsana dan melafazkan pertabalan.Selepas itu,dilakukan pula upacara bacaan doa selamat dan seruan Daulat Tuanku yang dilaungkan sebanyak 3 kali.Paluan nobat dihentikan dan upacara dilakukan dalam suasana senyap.Raja akan berangkat turun dari singgahsana dan menuju ke dalam istana untuk upacara makan nasi beradap dengan iringan paluan nobat.Sebelum itu raja akan berdiri seketika di hadapan singgahsana untuk upacara Menjunjung Duli.

Adat istiadat perkahwinan di rajaAda 2 tahap yg penting dalam perkahwinan diraja melayu.Istiadat peminanganIstiadat perkahwinanIstiadat peminangan meliputi upacara menghantar tanda dan perasmian pertunanganIstiadat perkahwinan pula terkandung upacara-upacara seperti majlis berinai,bersanding dan makn nasi adap-adapan.Dimulakan dengan majlis pertunangan peminangan.Ketika itu dilakukan istiadat menyarung cincin,menetapkan belanja dan mas kahwinnya.Menurut Syed Alwi,mas kahwin sesama raja bagi kerajaan Riau-Lingga dan jajahan takluknya adalah ditetapkan sejak turun temurun.Pembawa barang-barang hantaran akan menyampaikan wali kecuali pembawa maskahwin yang menyampaikan tetampan.Pembawa mas kahwin berjalan dihadapan diikuti pembawa bealnja dan barang lain.pembawa tombak juga turut serta.Upacara peminangan akan disertai dengan upacara akad nikah dan pada ketika itu akan ditetapkan masa bersanding iaitu pada suatu ketika yang dianggap baik.Perbezaan antara istiadat perkahwinan diraja dgn rakyat biasaa ialahadat mengarak pengantin yang dibawaa mengelilingi kota dan disambut ke istana.Usungan pengantin ditutup dengan kelambu kuning jika pengantin lelaki adalah seorang raja yang memerintahJika pengantin itu raja muda,maka kelambu yang digunakan adalah berwarna hijau.

Adat istiadat raja mangkat.Dua perkara perlu diutamakan ketika seoarang raja yang memerintah mangkat iaitu perlantikan pengganti raja dan upacara pengebumian jenazah.Penggunaan alat muzik adalah sama iaitu nobat dalam kerajaan Melayu Kedah,Perak dan Selangor.Mengikut adat istiadat Selangor,bendera kuning lambang diraja akan diturunkan dan digantikan dengan bendera putih yang dikibarkan setengah tiang.Serentak dgn itu,tembakan meriam sebanyak 60 das dilepaskan.Tujuannya untuk menghebahkan rakyat tentang kemangkatan tersebut.Jenazah raja akan dimandikan di dalam kelambu kuning sebagai menandakan kebesaran raja tersebut.

Anggota-anggota istana bahagian adat akan mengetengahkan pengiring yang terdiri daripada empat orang memakai tetampan iaitu kain adat yang berwarna kuning .Jenazah diangkat ke atas peterana dan dikapankan dan seterusnya disembahyangkan.Ketika jenazah berada di atas singgahsana,di lakukan upacara perlantikan sultan baru.Selepas sultan baru meletakkan tangannya di keranda,jenazah sultan diangkat turun.

Ketika itu bendera putih akan diturunkan seketika dan digantikan dengan bendera kuning.Bendera itu akan diturunkan semula dan dinaikkan kembali bendera putih setengah tiang selama 40 hari atau lebih iaitu masa berkabung.sEkIaN tErImA kAsIh