adat istiadat merupakan lambang identiti bangsa

25
ADAT ISTIADAT MERUPAKAN LAMBANG IDENTITI BANGSA Dalam menjalani kehidupan sudah tentu kita tidak lepas dari mengamalkan sesuatu yang kemudiannya menjadi suatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat ataupun bangsa. Dapat kita lihat bahawa adat istiadat Melayu terserlah ketika melakukan upacara adat istiadat semasa melahirkan dan membesarkan anak, berkhatan, perkahwinan dan banyak lagi. Selain itu, amalan hidup dari segi pemakanan, pakaian, perubatan, hiasan rumah dan seni kraf juga termasuk dalam adat istiadat yang menonjolkan jati diri bangsa sesebuah negara itu. Dari berbagai upacara adat istiadat dan amalan hidup yang dijalankan itu setentunya ia akan melambangkan identiti sesebuah bangsa itu sendiri dan membezakan satu bangsa itu dengan bangsa yang lain. Istilah adat adalah diambil daripada bahasa Arab ‘Adah’ yang bermaksud kebiasaan. Secara umum perkataan adat itu bererti keseluruhan bentuk kelakuan yang diwarisi turun-temurun oleh satu kumpulan. Menurut Surojo, adat merupakan cermin sahsiah bagi sesuatu bangsa, dan juga merupakan salah satu 1

Upload: deng212

Post on 07-Dec-2015

153 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

TRANSCRIPT

Page 1: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

ADAT ISTIADAT MERUPAKAN LAMBANG IDENTITI BANGSA

Dalam menjalani kehidupan sudah tentu kita tidak lepas dari mengamalkan

sesuatu yang kemudiannya menjadi suatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat

ataupun bangsa. Dapat kita lihat bahawa adat istiadat Melayu terserlah ketika

melakukan upacara adat istiadat semasa melahirkan dan membesarkan anak,

berkhatan, perkahwinan dan banyak lagi. Selain itu, amalan hidup dari segi

pemakanan, pakaian, perubatan, hiasan rumah dan seni kraf juga termasuk dalam

adat istiadat yang menonjolkan jati diri bangsa sesebuah negara itu. Dari berbagai

upacara adat istiadat dan amalan hidup yang dijalankan itu setentunya ia akan

melambangkan identiti sesebuah bangsa itu sendiri dan membezakan satu bangsa

itu dengan bangsa yang lain.

Istilah adat adalah diambil daripada bahasa Arab ‘Adah’ yang bermaksud kebiasaan.

Secara umum perkataan adat itu bererti keseluruhan bentuk kelakuan yang diwarisi turun-

temurun oleh satu kumpulan. Menurut Surojo, adat merupakan cermin sahsiah bagi

sesuatu bangsa, dan juga merupakan salah satu penjelmaan daripada jiwa bangsa

berkenaan dari zaman ke zaman. Maka, setiap bangsa di dunia ini memiliki adat

kebiasaaan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Kerana itu adat dianggap

unsur yang sangat penting untuk mengidentifikasikan bangsa berkenaan (Abdullah

Siddik, 1975:3-4). Terdapat juga pendapat lain mengenai maksud adat ini iaitu menurut

Mohd. Yusof menghuraikan adat itu sebagai pembentukan suatu peraturan yang disukai,

disenangi, dipercayai, diamalkan, diikuti dan dihormati itu dipraktikkan oleh masyarakat

1

Page 2: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

itu hingga ke keturunan yang mewarisinya, itulah yang kita akui sebagai adat sesuatu

masyarakat atau bangsa (1988:17).

Manakala definisi bagi istiadat pula ialah kegunaan dan cara sesuatu adat itu diguna

pakai. Ia boleh juga diertikan sebagai suatu tatacara atau cara-cara melakukan sesuatu

yang sudah menjadi kebiasaan. Oleh yang demikian dapatlah difahamkan bahawa

pengertian adat istiadat itu secara ringkasnya ialah penampilan keseluruhan bentuk

kelakuan yang diwarisi turun-temurun oleh sesuatu kumpulan.

Kemudian kita lihat pula apa dia identiti itu? Menurut kamus dewan identiti membawa

maksud sifat-sifat (ciri-ciri) yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai suatu

keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain. Jadi

bolehlah difahami bahawa identiti bangsa itu adalah gambaran yang mencerminkan

sesuatu atau sifat bagi sesebuah masyarakat.

Dalam konteks Brunei Darussalam, adat istiadat merupakan aturan ataupun perbuatan

yang sudah lazim diamalkan oleh orang Brunei selari dengan konsep Melayu Islam

Beraja yang secara langsung atau tidak langsung telah membentuk identiti orang Brunei.

Umpamanya, adat berpusing naga dalam adat perkahwinan. Adat ini dilakukan oleh

pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan yang diapit oleh penunda di

sebelah kiri, seorang pembawa payung di belakangnya dan seorang lagi tukang kiap.

Sebelum pengantin lelaki melangkah masuk ke dalam rumah pengantin perempuan, dia

akan dibawa berjalan dalam bentuk bulatan sebanyak tiga kali oleh penunda yang terdiri

2

Page 3: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

daripada orang tua. Perbuatan inilah yang dikenali dengan berpusing naga. Menurut

kepercayaan masyarakat melayu tradisional, adat seumpama ini adalah bertujuan untuk

melindungi pengantin lelaki daripada niat jahat dan hasad dengki orang-orang tertentu.

Pada kebiasaannya, orang tua yang memimpin pengantin lelaki berkenaan merupakan

orang yang mempunyai ilmu penangkis perbuatan jahat dan digalati. Adat ini masih lagi

dikekalkan hingga sekarang. Apabila selesai melakukan adat berpusing naga, pengantin

lelaki pun masuk ke dalam rumah pengantin perempuan. Ketika kedua-dua mempelai

duduk di atas pelamin, seorang tua dari pihak pengantin perempuan akan membaca doa

selamat sebagai tanda kesyukuran di atas kesempurnaaan majlis pada hari tersebut.

adat istiadat yang berunsurkan lambang identiti bangsa dari segi kesenian atau seni

kraf itu?

SENI KRAF

Kesenian merupakan cabang kebudayaan iaitu menghasilkan bentuk-bentuk yang

menyenangkan jiwa yang mana kesenian ini diserapkan kedalam adat budaya sesuatu

bangsa. Seni bererti halus dan dalam peradaban Melayu dan kesenian mencerminkan

sesuatu yang indah dan menarik. Kesenian juga merupakan satu perlakuan yang

mempunyai nilai intelektual. Untuk menghasilkan sesuatu ciptaan seni kita harus berfikir,

berusaha dan mempertajamkan bakat. Contoh-contoh kesenian seperti seni bunyi

(muzik), seni gerak (seni tari, seni silat), seni rupa (ukiran, kraftangan, anyaman,

tenunan). Kesenian ini merupakan lambang identiti bangsa dalam beberapa aspek yang

dapat dikaitkan dengan cara kehidupan orang-orang Melayu Brunei.

3

Page 4: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

Seni bunyi

Seni bunyi yang dimaksudkan di sini ialah muzik yang mempunyai bunyi-bunyian hasil

daripada suatu alat atau gabungan beberapa alat seperti guling tangan, tawak-tawak,

gendang, gong, gambus, seruling dan berbagai-bagai lagi. Guling tangan ialah satu alat

muzik yang popular, dimainkan ketika sesuatu acara seperti pertunjukkan, pertandingan

dan sesuatu acara yang ritual. Warisan Adat Istiadat Diraja yang masih terpelihara ialah

Naubat Kebesaran Diraja yang masih dipakai oleh Sultan-Sultan Brunei sejak dahulu kala

hingga sekarang, mempunyai tiga jenis titir atau lagu yang tertentu iaitu `Naubat Biasa’,

`Naubat Iskandar’ dan `Naubat Ibrahim’. Alat-alat yang digunakan dalam mengual titir

atau lagu itu adalah terdiri dari sebuah Naraka, dua buah Gandang Labik dan sebuah

Serunai. Naubat Kebesaran Diraja ini dimainkan ketika adanya acara atau majlis adat

beristiadat seperti pengurniaan gelaran, adat istiadat perkahwinan dan sebagainya.

Seni gerak

Seni gerak dalam kesenian Melayu akan diterangkan iaitu mengenai seni tari dan seni

silat. Seni gerak tarian memaparkan keindahan gerakan tubuh badan yang melibatkan

gerakan tangan, badan, kaki, mata serta anggota badan yang lain. Tarian Melayu

membayangkan kehalusan gerak langkah lemah gemalai menurut rentak bunyi muzik.

Seperti tarian asli Brunei adai-adai, alus jua dendang, qaum oh ya qaum, dang mengalai

dan sebagainya. Seni gerak silat merupakan ilmu membela diri yang berkaitan dengan

kesenian orang Melayu. Ilmu ini telah wujud lama sebelum kedatangan bangsa asing.

Sebagai satu seni gerak, pencak silat Melayu mempunyai daya esterika yang

4

Page 5: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

membayangkan sifat lemah-lembut dan bersopan-santun. Di Alam Melayu ada berbagai-

bagai jenis pencak silat dan ini bergantung kepada aliran yang diperkenalkan oleh guru

silat dan masing-masing. Kumpulan silat yang ada di Brunei seperti Gerak 41 dan

Cempaka 12.

Seni rupa

Terdapat berbagai-bagai jenis seni rupa yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu seperti

ukiran, kraftangan, anyaman dan tenunan. Sejak zaman dahulu kebolehan masyarakat

Melayu dalam seni ukir telah mendapat penghargaan orang ramai dan masyarakat. Zaman

dahulu para pengukir mendapat pengalaman bidang ukir ini di istana raja. Lalu mereka

dapat mengembangkan bakat ciptaan mereka dan disegani oleh masyarakat. Segala

ciptaan mereka dapat dilihat dalam hasil rekaan mereka di istana raja Melayu, seperti

dinding, tingkap, tiang, tangga, bumbung dan sebagainya. Contoh air mulih iaitu lambang

kesenian ukiran Melayu. Sekarang digunakan sebagai `conis’ di rumah. Kraftangan iaitu

hasil kerja tangan seperti memburis perahu, diamalkan di kampong Ayer manakala seni

tenunan pula contohnya tenunan kain songket dipercayai berkembang di istana raja-raja

dengan tenunan kain benang emas. Kain Jongsarat yang ada di Brunei ialah seperti `corak

bunga betabur’, `corak bunga ceteria bersiku keluang’ (Ceteria), `corak bunga berputar

kembang bertatah’ (Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri Kabinet), `bunga butang arab

gegati’ (Pehin-pehin Berciri). Seni anyaman iaitu menggunakan bahan-bahan yang

diperolehi di sekeliling seperti akar, lidi, rotan, buluh dan sebagainya. Seni anyaman di

Brunei seperti takiding, nyiru, bakul, topi seraung dan tudung saji. Sekarang seni

anyaman masing dipraktikkan tetapi bahan-bahannya ada yang diganti dengan alat-alat

5

Page 6: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

moden seperti tali plastik. Dari sini, cara kehidupan orang-orang Melayu Brunei yang

berunsurkan kesenian dapat dikenalpasti ianya adalah merupakan lambang identiti

sesuatu bangsa tersebut.

Adat Istiadat Brunei dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu adat istiadat yang

bersifat kolektif dan adat istiadat yang bersifat individu. Adat istiadat Brunei yang

bersifat kolektif ini dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu adat istiadat diraja dan

adat istiadat orang kebanyakan (umum).

Adat istiadat diraja dan adat istiadat orang kebanyakan sememangnya mempunyai

perbezaan. Umpamanya, adat istiadat perkahwinan bagi orang kebanyakan. Adat

perkahwinan orang kebanyakan adalah bersumberkan daripada adat perkahwinan diraja

yang memiliki beberapa adat istiadat di dalamnya seperti istiadat berjarum-jarum, istiadat

bersuruh, istiadat menghantar tanda pertunangan dan sebagainya. Namun terdapat

perbezaan dari segi perlaksanaannya, rupa bentuk pakaian dan peralatan yang digunakan.

Malah telah dimaklumi bahawa adat perkahwinan orang kebanyakan tidak boleh melebihi

istiadat perkahwinan diraja yang dijalankan oleh pihak diraja.

Perbezaan yang dapat dilihat dalam perkahwinan orang kebanyakan ialah pada adat

membasuh kaki yang dilakukan oleh puak Tutong. Semasa melakukan adat ini, air,

parang dan batu pengasah diletakkan di antara kedua-dua pengantin. Kaki kanan

pengantin perempuan akan memijak parang dan batu pengasah sementara kaki kanan

6

Page 7: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

pengantin lelaki memijak kaki pengantin perempuan (dalam hal ini kasut bagi kedua-dua

pengantin itu dibuka). Bagi memulakan adat ini, salah seorang daripada pihak pengantin

lelaki (keluarga yang terdekat) menyiram kaki kedua-dua pengantin itu dan kemudiannya

diikuti oleh keluarga kedua-dua pihak secara bergilir-gilir. Apabila setiap seorang ahli

keluarga selesai menyiram kaki pengantin, masing-masing akan menghadiahkan wang

atau pun barang kemas kepada pengantin. Adat ini dicipta dan dilakukan (diikut) kerana

berdasarkan kepercayaan orang-orang tua adalah demi mengelakkan pengantin dari

terkena musibah atau kecelakaan. Pengantin juga dilarang keluar rumah selama 40 hari.

Adat ini juga merupakan adat istiadat yang sememangnya diamalkan oleh masyarakat

Brunei (khasnya puak Tutong). Memandangkan ianya sentiasa diamalkan dan diwarisi

turun temurun sehinggakan ianya menajadi lambang identiti bangsa Brunei itu sendiri.

Perbezaan adat di antara puak dan dari satu kampung dengan kampung yang lain,

tidaklah sampai menghalang keharmonian dan perpaduan masyarakat brunei dari

mengamalkan adat masing-masing.

Di samping itu juga, adat berambilan-ambilan juga mampu menunjukkan identiti bangsa

melayu brunei, dimana, adat ini diamalkan oleh puak melayu brunei. Adat ini dilakukan

di sebelah malam (lazimnya selepas solat fardhu Isyak) iaitu selepas majlis persandingan

di siang harinya. Dalam majlis ini, pengantin lelaki akan menjemput pengantin

perempuan ke pelaminan untuk upacara bersanding. Tujuan adat ini dilakukan ialah

untuk memberi peluang kepada kaum kerabat pengantin untuk menyaksikan

persandingan kedua pengantin kerana berkemungkinan mereka tiada berkesempatan

menyaksikannya pada siang harinya. Selain itu, ianya juga bertujuan mewujudkan gurau

7

Page 8: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

senda dan usik mengusik kepada pengantin oleh sanak saudara dan para jemputan yang

hadir. Pada ketika inilah suasana menjadi riuh rendah dengan kata-kata yang melucukan

dan menyeronokkan. Selepas itu, kedua-dua pengantin tersebut akan menikmati jamuan

dengan cara bersuap-suapan diantara satu sama lain. Di sini, pengangun akan menjadi

juruarah supaya kedua-dua pengantin itu makan bersuap-suapan dan seterusnya

pengantin akan menziarahi keluarga dan jemputan yang hadir.

Dapat juga dilihat pada adat yang diamalkan oleh masyarakat Brunei, umpamanya

’Mandi Belawat’. Pada kebiasaannya, Mandi Belawat ini diadakan dalam satu majlis bagi

menyambut kelahiran anak sulung. Adat ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat

Melayu Brunei sehingga sekarang. Menurut infoman dari Malaysia, adat seumpama ini

hanya dapat mereka saksikan di Negara Brunei Darussalam sahaja. Oleh yang demikian,

ini menunjukkan bahawa adat ’Mandi Belawat’ ini sudah merupakan adat yang

melambangkan identiti bangsa Brunei itu sendiri.

Tadi Rabeah ada menyatakan adat istiadat itu terbahagi kepada 2 iaitu adat

istiadat diraja dan adat istiadat orang kebanyakkan. Bagi Dk. Rafidah, bagaimana

adat istiadat diraja itu boleh dikatakan melambangkan identiti bangsa itu?

ADAT ISTIADAT DIRAJA

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita masih masih mewarisi adat yang begitu unik

iaitu adat istiadat diraja kerana adat inilah yang menggambarkan bagaimana usul sesuatu

8

Page 9: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

bangsa bahkan juga keunggulan negara serta kedaulatannya. Sungguhpun adat istiadat

diraja ini banyak, sini akan menyentuh kepada adat istiadat didalam majlis Diraja.

Adat istiadat dalam majlis diraja

Adat yang ada di Brunei memang sudah lama dipraktikkan dan diwarisi secara turun-

temurun sehingga kini. Termaktub juga dalam adat istiadat istana bahawa apabila ada

suatu upacara atau majlis yang beristiadat seperti hari keputeraan baginda (sultan) dan

adat perkahwinan diraja, pakaian yang akan dipakai juga melambangkan identiti bangsa

terutamanya bangsa Melayu. Pada waktu siang, para jemputan akan memakai pakaian

yang berwarna hitam manakala pada malam pula mereka akan memakai pakaian yang

berwarna putih. Pakaiannya yang dipakai adalah berbentuk formal yang berteraskan

kemelayuan dan Islam seperti bagi lelaki ada cara melayu, memakai sinjang bertapih,

berdastar dan bersongkok mengikut gelaran atau darjat masing-masing. Manakala bagi

perempuan pula memakai baju kurung, kain jongsarat atau sebagainya.

Dari segi tempat duduk juga berbeza di dalam suatu majlis yang penuh adat istiadat

samaada ia bertempat di Lapau mahupun di Istana, setiap orang yang pernah diberi

gelaran akan duduk mengikut taraf kedudukannya atau kebesarannya. Bahkan mereka

yang bergelar ini akan menyembah alu-aluan kepada Sultan berbeza-beza mengikut

kebesarannya.

Adat perpuspaan

9

Page 10: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

Selain itu juga, contohnya semasa hari perpuspaan Al-Marhum SOAS III, dilaksanakan

dengan penuh adat istiadat dimana ia dilengkapi dengan alat-alat kebesaran dan perhiasan

diraja. Bahkan jalan-jalan dihiasi dengan lampu-lampu atau dian-dian. Empat puluh hari

sebelum perpuspaan, sudah ada gendang berjaga-jaga secara rasminya. Bendera warna

kuning dan merah dikibarkan. Alat-alat kebesaran itu juga dipasang di sepanjang jalan

dari Istana hingga ke Lapau. Ini sudah melambangkan identiti bangsa Melayu kerana

hanya Brunei yang berbangsa Melayu sahaja mengamalkan adat istiadat ini dan ia dapat

dikesan jika dibandingkan dengan negara atau bangsa lain.

Sungguhpun berdepan dengan era globalisasi, ada perubahan dalam adat perpuspaan

diraja sebagaimana ia bermula sewaktu Sultan Brunei yang ke 29. Sewaktu perpuspaan

baginda ada berlakunya modifikasi yang moden dimana beliau diusung berjalan berarak

ke Bandar menggunakan roda iaitu kereta. Manakala sewaktu perpuspaan ayahandanya,

baginda di usung atau diangkat oleh orang-orang pengiran. Ini menunjukkan bahawa

walaupun ada berlakunya modifikasi permodenan dalam adat istiadat terutama terhadap

perlangsungan adat dari segi material, identiti bangsa Melayu itu masih lagi ada dan tidak

tumpah kemana, bahkan ia diperbaiki tanpa mengubah keasliannya.

Jadi dari sini bukan hanya adat istiadat orang kebanyakkan yang melambangkan

identiti bangsa bahlan adat istiadat diraja juga seperti apa yang telah Rafidah

nyatakn tadi. Tadi Masuria ada menyatakan kesenian atau seni kraf itu juga

merupakan adat istiadat yang berunsurkan lambang identiti bangsa. Jadi, bagi

10

Page 11: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

pendapat Masuria adakah bahasa juga melambangkan identiti bangsa dan

bagaimana bahasa itu melambangkan identiti bangsa?

BAHASA

Bahasa ialah alat berkomunikasi, berinteraksi dan juga cara manusia bersosialisasi. Di

negara-negara lain menggunakan bahasa-bahasa mereka sendiri yang mana mereka

jadikan bahasa ibunda atau bahasa rasmi negara. Orang Cina dengan bahasa cina, orang

Arab dengan bahasa Arabnya dan sebagainya. Di Brunei, Malaysia dan Indonesia bahasa

rasminya ialah Bahasa Melayu tetapi mempunyai loghat Bahasa Melayu yang berbeza.

Bahasa ini boleh melambangkan identiti bangsa kerana orang-orang Melayu ialah

masyarakat yang berbudi bahasa dengan pertuturan yang bersopan santun dan beradab.

Masyarakat Melayu, apabila mereka bertemu antara satu dengan lain akan memberi

salam dengan tutur kata yang halus dan bertata tertib, menyapa seseorang dengan muka

yang manis dan bersikap peramah.

Orang Melayu apabila berjumpa dengan orang yang dikenalinya seperti saudara-mara

atau sahabat handai, di dalam ajaran agama Islam ucapan salam itu ialah

Assalamualalaikum dan dibalas atau menjawab dengan Waalaikumsalam. Konsep

memberi salam dan menjawab salam merupakan suatu kewajipan setiap muslim dan

mengandungi banyak hikmah. Dan ini melambangkan identiti Melayu Islam. Sementara

itu, adat berjabat tangan adalah merupakan adat kebiasaan orang Melayu apabila

berjumpa. Di Brunei diketahui mempunyai tujuh puak jati yang mana setiap puak-puak

itu terdapat perbezaan loghat dan bahasa mereka tersendiri. Bahasa dalam atau bahasa

11

Page 12: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

istana melambangkan identiti sesebuah kerajaan Melayu. Contohnya bercemar duli,

mengadap, beradu, titah, santap, mengangkat sembah, bersiram dan sebagainya. Dapat

disimpulkan, maka dari sini terbukti seperti kata perpatah `Bahasa menunjukkan bangsa’,

sesuatu bahasa yang digunakan akan menunjukkan bangsa seseorang.

Beralih pula kepada Dk. Rafidah, selain adat istiadat diraja yang telah dinyatakan

tadi, bagaimna pula dengan adat kematian. Adakah adat kematian itu juga turut

melambangkan identiti sesuatu atau sesebuah bangsa?

ADAT KEMATIAN

Melayu

Memang tidak dapat dinafikan juga negara Brunei Darussalam adalah negara yang

bermajoritikan bangsa Melayu. Namun begitu ia mempunyai 7 puak yang termaktub

didalam perlembagaan tahun 1959. Bahkan 7 puak tersebut itu mempunyai adat-istiadat

yang berbeza jika menyentuhkan mengenai adat kematian. Oleh disebabkan Brunei

adalah negara Melayu Islam Beraja, majoriti bangsanya pun beragama Islam.

Cara dan adat kematian mereka juga bersandarkan kepada Islam. Sebagai contoh dimana

pengkaji telah mengkaji kg.Penabai, bahawa sekiranya ada seseorang meninggal dunia,

mereka akan meletakkan jasadnya dirumah sebelum dikuburkan dan membacakannya

ayat-ayat suci al-quran supaya ia rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Begitu juga

melaksanakan jenazah dengan memandikannya, mengapan, menyembahyangkan dan

menguburnya.

12

Page 13: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

Adat kematian Melayu juga mempunyai pantang larang yang bersandarkan kepada

syarak; seperti tidak boleh makan selagi ada jenazah di rumah, keluarga si mati tidak

boleh menyikat rambut dan sebagainya. Semua pantang larang ini bertujuan untuk

menghormati jenazah tersebut. Apabila upacara adat kematian selesai, seperti biasa

keluarga si mati akan mengadakan majlis tahlil 3 hari, 7 hari, 40 hari, 60 hari dan 100

hari, ini dilakukan untuk mengingati pemergian si mati.

Berbanding dengan masyarakat Cina, jika dilihat dari sudut media massa ataupun secara

realitinya, mereka akan membakar mayat tersebut sehingga menjadi abu, dan abu itu

mereka simpan disuatu tempat seperti tajau kecil yang bertutup. Ini menurut adat yang

dipraktikkan oleh mereka.

Bagaimana pula Masuria ada tambahan contoh adat istiadat yang lain yang juga

merupakan lambang identiti bangsa?

ADAT MAKAN

Adat makan bagi orang-orang Melayu adalah sifat yang bersopan-santun dan duduk

bersila di lantai. Orang Melayu makan menggunakan tangan untuk menyuap makanan ke

mulut. Ini merupakan lambang identiti masyarakat Melayu. Walaubagaimana pun, Orang

India dan Arab pula menggunakan dengan tangan sama seperti orang-orang Melayu.

Berlainan dengan masyarakat orang Cina mereka makan dengan candas atau `chopstick’,

manakala orang Inggeris menggunakan sudu dan garpu. Sekarang dunia telah menuju ke

era globalisasi, cara makan orang Melayu telah dipengaruhi oleh budaya Barat iaitu

13

Page 14: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

menggunakan sudu dan garpu. Walaupun adanya perubahan seperti ini tetapi orang

Melayu masih mengamalkan cara makan menggunakan tangan.

Tadi Dk. Rafidah ada menyatakan tentang adat kematian yang juga melambangkan

identiti bangsa. Bagaimana pula dengan adat kematian bagi puak lain. Dan

bagaimana adat kematian bagi sesebuah puak itu melambangkan identiti bangsa?

Dusun

Bagi puak lain pula, saya akan menyentuh kepadal puak dusun kerana ia adalah

sebahagian daripada etnik dan bangsa Melayu di Brunei. Cuma mereka ini mempunyai

kepercayaan dan agama yang berbeza iaitu peribumi.

Berbanding dengan adat kematian masyarakat Islam, dalam puak Dusun apabila berlaku

kematian, bunyi tawak digendangkan, saudara-mara akan berkunjung dan membawa

makanan untuk dihidangkan kepada hadirin dan juga keluarga. Bagi dusun, mayat si

mati akan dimalamkan dan tidak dikubur pada hari ia mati. Dalam proses pengebumian,

mayat si mati akan dimandikan dan diberikan pakaian baru. Jadi ini sudah melambangkan

identiti bangsa, kerana ada perbedaan dalam perlaksanaan adat istiadat sebagaimana yang

telah dinyatakan tadi.

Apa yang kita warisi, hormati serta praktikkan itulah diakui sebagai adat sesuatu bangsa.

Sebab itu timbul pepatah “biar mati anak, jangan mati adat”. Jika adat itu dicemar,

dihakis, dibunuh, maka hilanglah adat yang dikatakan sebagai undang-undang

14

Page 15: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

masyarakat yang tidak bertulis. Bahkan, suatu masyarakat itu akan hilang kawalan tanpa

adat. Dengan itulah adanya ketua negara atau sultan sebagai pemegang adat dan dialah

yang menurunkan dan menyebarkannya kepada masyarakat tertentu. Dengan adanya

sultan dan ketua inilah, terlestarilah suatu adat sebagai cermin identiti bangsa.

Apakah kesimpulan yang dapat anda berikan dari tajuk perbincangan yang anda

terangkan tadi?

KESIMPULAN

Nur Rabeah: Berdasarkan kepada apa yang telah diutarakan tadi, dapatlah disimpulkan

bahawa adat istiadat yang lazimnya diamalkan dan diwarisi turun temurun itu mampu

mencerminkan identiti sesuatu bangsa, walaupn mendiami rantau yang sama, sudah pasti

terdapat kelainan dalam melaksanakan sesuatu adat istiadat itu. Dan, inilah yang akan

membezakan identiti sesuatu bangsa itu di antara satu sama lain.

Masuria: Adat adalah sebagai satu faktor hidup yang dapat kita sifatkan sebagai

pengawal keperibadian dan kebudayaan bangsa. Apa yang dapat disimpulkan daripada

ialah apabila dibuat perbandingan dengan bangsa-bangsa atau masyarakat-masyarakat

lain seperti masyarakat Cina, India dan sebagainya. Sememangnya sesuatu adat itu atau

perlakuan ataupun keunikan sesuatu budaya merupakan lambang identiti sesuatu bangsa.

Identiti yang lazimnya menjadi tanda kenalan bagi sesuatu bangsa itu dapat diperhatikan

dari keadaan adat istiadat dan kebudayaan yang masyhur digunakan oleh sesuatu bangsa.

Ada juga orang menyatakan adat dan masyarakat tidak dapat dipisahkan seperti aur

15

Page 16: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

dengan tebing, jika tidak maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang pudar. Oleh kerana

itu, kita sebagai bangsa atau masyarakat hendaklah mengawal dan menghormati adat dan

mempertahankan kehormatan adat sebagai pengawal kebudayaan kepada sesuatu identiti

bangsa.

Dk.Norafidah: Dapat disimpulkan tadi dari adat istiadat raja itu bahawa ia adalah

diantara adat yang unik dan masih bertahan di Brunei. Dari segi pakaian dan tempat

duduk sudah melambangkan identiti bangsa kerana ia memperlihatkan kesopanan bangsa

Melayu sebagai bangsa yang berteraskan Melayu Islam Beraja. Walaupun serba sedikit

ada perubahan dalam adat istiadat disebabkan pengaruh Islam dan masa, ini tidak

bermaksud adat itu dibuang bahkan ia diperbaharui dan diperbaiki. Manakala adat

kematian pula, dapat disimpulkan bahawa majoriti bangsa Melayu Brunei itu beragama

Islam, adat kematian yang dilaksanakan juga adalah menurut Islam. Berlainan dengan

bangsa melayu Brunei yang segelintirnya adalah Melayu Dusun, mereka masih

berpegang dan menghormati adat mereka. Perbezaan perlaksanaan adat inilah dapat

menunjukkan identiti bangsa masing-masing.

Sebagai kesimpulannya, setiap bangsa dalam sesebuah masyarakat itu mempunyai

adat istiadat mereka yang tersendiri yang mana telah memperlihatkan identiti

mereka sebagai satu keunikan dan keunggulan peribadi setiap bangsa itu. Adat

istiadat itu telah membantu setiap bangsa atau puak untuk mereka melambangkan

identiti mereka yang tersendiri. Jadi melalui adatlah sesuatu bangsa itu dapat

16

Page 17: Adat Istiadat Merupakan Lambang Identiti Bangsa

dikenali dan nampak kepentingan adat istiadat sebuah bangsa itu kerana ia adalah

cara untuk mencerminkan identiti bangsa itu sendiri. Sekian Terima Kasih.

17