deskripsi adat istiadat sambutan hari keputeraan dymm raja...

30
Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 29(1) (2011): 37 - 66 Deskripsi Adat Istiadat Sambutan Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis MOHD NIZAM SAHAD ABSTRAK Warisan adat istiadat istana dipelihara oleh pihak istana dan dipraktikkan mengikut prosedur dan protokol tertentu. Adat istiadat istana ini turut melambangkan status kebesaran dan kedaulatan Raja dalam hubungannya dengan rakyat jelata. Artikel ini cuba menyorot adat istiadat istana Arau dalam sambutan Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti warisan adat istiadat istana yang dipraktikkan termasuklah perjalanan keseluruhan majlis, adat semasa di balai rong seri dan alat kebesaran diraja serta pingat dan anugerah yang diberikan. Pengetahuan mengenai hal ini, elok didokumentasikan sebagai satu khazanah budaya dan warisan negara. Kata kunci: adat istiadat, diraja, istana, Raja Perlis ABSTRACT Royal customs heritage was preserved by palace and was practised according to its procedures and protocols. These customs symbolised the status and sovereignty of the King with the ordinary peoples. This article attempts to review the royal customs practiced regarding the ceremony Birthday Anniversary of His Highness Raja Perlis. The objective of this article is to identify the royal customs practiced by the rulers including the celebration oh the ceremony in balairong seri, royal regalia, medals and awards. Informations regarding this royal customs need to be documented as a treasure of traditional culture and national heritage. Key words: custom, royal, palace, Raja Perlis PENGENALAN Kebudayaan dan warisan adat istiadat istana negeri Perlis mempunyai kaitan yang erat dengan sejarah negeri Perlis itu sendiri. Negeri yang terkecil di Malaysia ini telah menunjukkan kesungguhan mereka menjaga

Upload: trankiet

Post on 06-Mar-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Mohd Nizam Sahad 37Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 29(1) (2011): 37 - 66

Deskripsi Adat Istiadat Sambutan Hari KeputeraanDYMM Raja Perlis

MOHD NIZAM SAHAD

ABSTRAK

Warisan adat istiadat istana dipelihara oleh pihak istana dan dipraktikkanmengikut prosedur dan protokol tertentu. Adat istiadat istana ini turutmelambangkan status kebesaran dan kedaulatan Raja dalam hubungannyadengan rakyat jelata. Artikel ini cuba menyorot adat istiadat istana Araudalam sambutan Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis. Objektif artikel ini adalahuntuk mengenal pasti warisan adat istiadat istana yang dipraktikkantermasuklah perjalanan keseluruhan majlis, adat semasa di balai rong seridan alat kebesaran diraja serta pingat dan anugerah yang diberikan.Pengetahuan mengenai hal ini, elok didokumentasikan sebagai satu khazanahbudaya dan warisan negara.

Kata kunci: adat istiadat, diraja, istana, Raja Perlis

ABSTRACT

Royal customs heritage was preserved by palace and was practised accordingto its procedures and protocols. These customs symbolised the status andsovereignty of the King with the ordinary peoples. This article attempts toreview the royal customs practiced regarding the ceremony BirthdayAnniversary of His Highness Raja Perlis. The objective of this article is toidentify the royal customs practiced by the rulers including the celebration ohthe ceremony in balairong seri, royal regalia, medals and awards. Informationsregarding this royal customs need to be documented as a treasure of traditionalculture and national heritage.

Key words: custom, royal, palace, Raja Perlis

PENGENALAN

Kebudayaan dan warisan adat istiadat istana negeri Perlis mempunyaikaitan yang erat dengan sejarah negeri Perlis itu sendiri. Negeri yangterkecil di Malaysia ini telah menunjukkan kesungguhan mereka menjaga

38 Mohd Nizam Sahad

kedaulatannya supaya ia kekal menjadi warisan budaya zaman berzaman.Begitu juga dengan adat istiadat istananya. Selain tema “Raja & RakyatBerpisah Tiada” menjadi slogan mereka bagi menggambarkan keakrabanantara raja dengan rakyatnya, istiadat istananya turut dipelihara sejakzaman berzaman supaya warisan agung ini tidak hilang dek keranaperedaran zaman. Hal tersebut terbukti apabila Majlis Hari Ulang TahunDuli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang ke-66, juga dikenali sebagai“Raja Mesra Rakyat” turut mengekalkan istiadat istana Negeri Perlis.

Walaupun adat istiadat istana masih lagi kekal diamalkan sehinggakini tetapi terdapat perubahan dari semasa ke semasa terutamanya selepasMalaysia mencapai kemerdekaan. Perubahan-perubahan yang berlakubertujuan untuk memperkukuhkan imej raja atau warisan KesultananMelayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Sistem penganugerahan darjahdan pingat kebesaran juga misalnya mendapat kesan tersebut. Setelahsekian lama istiadat penganugerahan ini dianugerahkan kepada hanyagolongan bangsawan dan individu tertentu dalam kalangan bumiputera,kini ia turut diberikan kepada individu dari semua kaum (Shamsul AmriBaharuddin 2007: 318).

Pemberian anugerah ini berlaku di peringkat negeri juga di peringkatpusat. Gelaran Dato’ yang dulunya hanya terdapat sewaktu sebelummerdeka juga ditambah kepada gelaran Tan Sri di peringkat pusat. Diperingkat negeri pula telah berlaku pertambahan gelaran seperti Dato’Seri, Dato’ Seri Utama dan Dato’ Wira. Pertambahan jumlah gelaran inimemberi implikasi yang cukup mendalam terhadap institusi kesultananMelayu. Pandangan positif terhadap institusi tersebut bukan sahaja kepadakaum bumiputera tetapi juga kepada bukan bumiputera (Shamsul AmriBaharuddin 2007: 318).

Berhubung kajian-kajian lepas, terdapat beberapa kajian yang telahdilakukan mengenai warisan dan adat istiadat sultan dan raja Melayu diMalaysia. Antaranya ialah kajian yang dilakukan oleh Sheehan (1936a &b) mengenai Pertabalan Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum TuankuMuhammad Shah sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan danPertabalan Tengku Kurshiah sebagai Tengku Ampuan. Melalui kajiantersebut Sheehan (1936a) telah memperincikan adat istiadat pertabalanYang di-Pertuan Besar pada 25 April 1934 yang merangkumi aspekperjalanan keseluruhan majlis di Sri Menanti, upacara sampingan sepertimain silat, sepak raga, wayang terbuka dan ronggeng yang diuruskanoleh kerajaan Negeri Sembilan. Beliau turut menulis mengenai upacarasewaktu simbol dan regalia diraja dipindahkan dari tempat simpanannya

Mohd Nizam Sahad 39

ke tempat pertabalan (Balai Penghadapan) dengan diuruskan oleh EmpatUndang dan dibakar kemenyan semasa upacara tersebut. Beliau turutmemerihalkan mengenai penggunaan pawang untuk mengelakkan harihujan semasa majlis diadakan. Beliau turut memaparkan mengenaiupacara memohon doa dengan dibakar kemenyan bagi semangat untukmenghampiri Tuhan dalam membantu perjalanan pertabalan supaya lancar.Sheehan (1936b) turut menulis mengenai perjalanan adat istiadat melantikTengku Kurshiah sebagai Tengku Ampuan Besar Negeri Sembilan.Berdasarkan perkara yang telah dikaji oleh Sheehan (1936b) tersebut,pengkaji menyimpulkan bahawa terdapat unsur-unsur khurafat denganmeminta pertolongan makhluk halus melalui perantaraan pawang dandoa secara tawassul atau melalui perantara dalam upacara dan adatistiadat yang dijalankan.

Selain itu Bryson & Blelloch (1936), turut pernah merekodkanmengenai upacara kemangkatan dan pengebumian Yang di-Pertuan Besar,Tuanku Muhammad ibni al-Marhum Yam Tuan Antah, Negeri Sembilan.Kajian beliau memerihalkan perjalanan dan urusan pengebumian dari saatkemangkatan sehingga saat pengebumian yang dijalankan pada hari ketigakemangkatan dengan adat istiadat dan upacara yang melibatkankakitangan istana, ulama dan waris sultan. Sebelum pengebumiandilakukan adat istiadat pengisytiharan Yang di-Pertuan Besar dilakukandi Balai Penghadapan. Bryson & Blelloch (1936) turut memperincikanadat istiadat pemasyhuran dalam tulisannya merangkumi protokol dankedudukan tetamu dalam majlis, upacara menghadap dan proses pemilihanpengganti Yang di-Pertuan Besar. Beliau mengakhiri tulisannya denganmelampirkan lakaran kedudukan majlis pada upacara pengebumian, adatpesaka dan ucapan ringkas Yang di-Pertuan Besar yang baru dinaikkantakhta.

Di samping kajian di atas, terdapat satu kajian dan catatan ringkasmengenai panggilan dan gelaran diraja dilakukan. Kajian tersebut dilakukanoleh Linehan (1926) yang bertajuk “Royal modes of Address inPahang”. Kajian ini memperlihatkan mengenai panggilan khusus kepadaSultan Pahang iaitu Tuanku, manakala kaum kerabatnya yang lelakidengan panggilan Tengku. Terdapat panggilan dan gelaran lain sepertiChe’ Engku, Che’ Wan dan Engku digunakan bagi kerabat Sultan.

Selain itu terdapat kajian mengenai alatan muzik diraja Perak olehWintstedt (1929a). Beliau menyatakan bahawa instrumen muzik dirajaPerak mengandungi empat alat iaitu gendang (drum), nangkara (kettledrum), nafiri (a long silver trumpet) dan serunai (clarionet). Beliauturut memperincikan bagaimana alat muzik ini diperbuat. Beliau

40 Mohd Nizam Sahad

menyatakan bahawa instrumen muzik ini dimainkan dalam upacaratertentu seperti pertabalan sultan, perkahwinan diraja, berkhatan,perpindahan regalia diraja dari satu tempat ke satu tempat, pada waktuawal bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji serta semasaupacara berwuduk tatkala sultan mengambilnya di sungai. Beliau turutmemerihalkan mengenai lagu-lagu (tunes) yang dimainkan semasaupacara gembira dan sedih. Antara lagu yang dimainkan ialah GendangBerangkat, Arak-arak Andelas, Kembang Sekamali, Rama-ramaTerbang Tinggi, Arak-arakan Panjang, Arak-arakan Pendek, Danggendang, Puteri Mandi Mayang, Jong beraleh, Lenggang EncheKobat, Gendang Perang, Anak Raja Basoh Kaki, Tabal, NobatKhamis, Nobat Suboh dan Nobat Isha. Alatan-alatan muzik ini dianggapsebagai sebahagian daripada alat dan simbol diraja yang mempunyaikaitannya dengan jin kerajaan (guardian spirits).

Selain itu juga, Winstedt (1929b) turut mengkaji berkenaan pantanglarang diraja di Negeri Sembilan yang dikenakan kepada semua orangkecuali Yamtuan Antah. Antara pantang larang tersebut menyentuhlarangan penyerupaan bentuk dan ukiran bagi rumah, pantang larang dalamberpakaian, dan pantang larang ketika masuk dalam istana. Sebagai contoh,rakyat jelata tidak boleh membina rumah dengan ukiran papan gindingberdaun budi, membina tiang gantung pada tangga dan pintu gerbang.Rakyat juga dilarang memakai baju kuning dan destar bertatah dan berkaki.Semasa di istana, adalah dilarang masuk dengan menggunakan payungatau menyandang kain (scarf ) di bahu.

Dalam konteks kajian di negeri Perlis, terdapat tulisan mengenaiwarisan adat istiadat istana yang telah dilakukan oleh Ramli Ismail (1994).Tulisan beliau bertajuk ‘Adat Istana di Perlis’ dalam Jurnal WarisanIndera Kayangan. Tulisan beliau memperincikan mengenai pertabalanRaja Perlis Pertama iaitu Raja Syed Hussin (1843-1873), pertabalan RajaPerlis Keempat iaitu Raja Syed Alwi (1905-1943) yang dikatakan turutmengikut sebahagian dari adat istiadat Diraja Siam. Namun begitu, menurutHamzah Abdullah (2010) yang merupakan Pegawai Adat Istana Perlispada ketika artikel ini ditulis menyatakan bahawa adat istiadat diraja Perlispada masa kini tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur Siam. Selain itu, RamliIsmail (1994) turut menyentuh secara ringkas mengenai adat istiadatkemangkatan Raja Syed Alwi. Majlis kenduri arwah dan bacaan al-Quranturut diadakan di Istana Arau dan di Makam Diraja Arau selama 40 hari.Tulisan beliau juga turut menyentuh adat istiadat pertabalan Raja Perliskeenam, iaitu Tuanku Syed Putra dan Raja Perempuan Perlis pada 12Mac 1949 di Istana Arau. Menurut Hamzah Abdullah (2010), pada masa

Mohd Nizam Sahad 41

kini bacaan talkin dan al-Quran di atas kubur tidak lagi diamalkan olehkeluarga Diraja Perlis kerana dikatakan bertentangan dengan sunnahyang diamalkan di Perlis.

Ramli Ismail (1994) turut menyatakan bahawa adat menyembahdengan mengangkat kedua-dua tangan di antara mata di hadapan Rajatidak lagi diamalkan, kecuali hanya menundukkan kepala sahaja. Langkahini adalah selaras dengan ajaran Sunnah Wal Jamaah yang termaktubdalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis. Namun begitu,menurut Hamzah Abdullah (2010), adat tersebut tidak pernah dibubarkansebaliknya lafaz “angkat sembah” sahaja yang berubah kepada lafaz‘menjunjung duli’.

Kajian Ramli Ismail (1994) tidak memperincikan adat istiadat istanasemasa Raja Perlis ke tujuh pada masa ini. Selain itu juga terdapat kajiandan tulisan lain yang berkaitan dengan Negeri Perlis seperti tulisanmengenai asal-usul Negeri Perlis dan raja-rajanya; dan tulisan mengenaialat kebesaran diraja Negeri Perlis oleh Rejab (1997).

Walaupun kajian-kajian yang lalu turut mengkaji berkenaan denganadat istiadat istana di Tanah Melayu amnya dan di Perlis khususnya,namun kajian yang dilakukan penulis agak berbeza kerana ia meliputikeseluruhan perjalanan Majlis Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66,D.Y.M.M Tuanku Raja Perlis secara khusus berbanding kajiansebelumnya. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan suasana perjalananmajlis, protokol dan prosedur yang mesti dipatuhi semasa adat istiadatberlangsung, mendedahkan mengenai signifikan alatan dan simbol dirajayang digunakan semasa adat istiadat dijalankan. Justeru, kajian ini pentingkerana Majlis Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66, D.Y.M.M TuankuRaja Perlis merupakan majlis tertutup dan terhad kepada para jemputansahaja. Oleh yang demikian, mendokumentasikan perjalanan majlis danmendeskripsikan adat istiadat semasa Hari Keputeraan Bagindaberlangsung dapat memberi pengetahuan kepada pihak lain yang tidakberkesempatan atau tidak berpeluang untuk hadir, khususnya rakyat jelatadan masyarakat awam.

PROTOKOL DAN PROSEDUR

Istiadat Penghadapan merupakan istiadat yang diamalkan di majlis ulangtahun keputeraan Tuanku Raja Perlis setiap tahun. Istiadat ini muladiperkenalkan oleh bekas Menteri Besar Perlis, Allahyarham Tan SriSheikh Ahmad bin Mohd. Hashim yang menjadi Menteri Besar Perlis

42 Mohd Nizam Sahad

dari tahun 1959 hingga 1971 setelah kembalinya al-Marhum Tuanku SyedPutra Jamalullail1 dari berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong selamalima tahun, iaitu dari tahun 1965 sehingga 1969. Istiadat tersebutdiperkenalkan dengan alasan di Istana Negara sewaktu Tuanku Rajaberkhidmat, baginda diberi penghormatan menghadap dengan sebegitutinggi. Oleh sebab itu, adalah tidak wajar sekiranya sekembalinya TuankuRaja menjadi Raja Perlis, penghormatan tersebut dihentikan (Ramli Ismail1994:5). Istiadat Penghadapan ini terus dilaksanakan semasa pemerintahanRaja Perlis pada masa kini iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Berhubung adat istiadat, protokol dan prosedur perjalanan MajlisSambutan Hari Keputeraan Baginda Tuanku Raja Perlis yang ke-66,berdasarkan pemerhatian pengkaji, setelah Tuanku Raja dan Tuanku RajaPerempuan tiba dengan diiringi Yang Berhormat (YB) Pegawai KewanganNegeri serta isteri pada jam 9.55 pagi. Baginda berdua terus ke PentasDiraja dengan diiringi oleh Panglima 6 Briged dan YDH Ketua Polis NegeriPerlis. Pada ketika itu kawalan kehormatan memberi ‘Hormat Sedia’.Setibanya baginda berdua di Pentas Diraja, kawalan kehormatanmenyembahkan ‘Hormat Diraja’ dan Lagu Negeri Perlis dimainkan.

Sewaktu lagu negeri dimainkan Tuanku Raja Perlis akan membalastabik hormat daripada para anggota pasukan keselamatan. Setelah selesailagu negeri dimainkan Bendera Peribadi Tuanku Raja Perlis dipecahkanatau dibawa keluar dari hadapan perbarisan. Bendera ini memiliki lingkaranpadi dan perisai berwarna hijau. Pada perisai tersebut terdapat bulatanpadi dan perkataan ‘Perlis’ dalam tulisan jawi yang berwarna kuning.Selepas upacara pemecahan Bendera Peribadi baginda raja, TembakanMeriam Hormat Diraja sebanyak 21 das tembakan dilepaskan. Hal inisedikit berbeza dengan perkara yang ditulis oleh Ramli Ismail (1994: 5)yang menyatakan bahawa istiadat tersebut bermula dengan tembakanmeriam setelah keberangkatan tiba Tuanku Raja dan Tuanku RajaPerempuan Perlis.

Selepas istiadat Tembakan Meriam Hormat Diraja selesai, BarisanKawalan Kehormat akan dilakukan. Pada kebiasaannya, baginda akanmemeriksa perbarisan kehormatan tersebut, namun semasa sambutanHari Keputeraan yang ke-66, baginda tidak memeriksa kawalankeselamatan kerana keuzuran baginda selepas menjalani pembedahankaki. Sejurus selesai sahaja lagu negeri dimainkan, lima buah pesawatPCT Pilatus membuat penerbangan lintas hormat dalam bentuk ‘V’. Selesaisahaja lima buah pesawat PCT Pilatus membuat penerbangan lintas hormat,Kawalan Kehormatan menyembah ‘Hormat Diraja’ kali kedua dilakukan.Sejurus itu Lagu Negeri Perlis sekali lagi dimainkan.

Mohd Nizam Sahad 43

Selesai sahaja istiadat tersebut, Tuanku Raja dan Tuanku RajaPermaisuri berangkat masuk ke Istana Dalam untuk berehat seketikasambil menunggu persiapan bagi majlis istiadat penganugerahan darjah-darjah dan pingat-pingat kebesaran. Keberangkatan baginda masuk keIstana Dalam diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri2 dan isterinyakemudian YB Pegawai Kewangan Negeri dan isterinya. SeterusnyaMenteri Besar Perlis serta isteri, tengku-tengku bergelar, puteri-puteridan kerabat-kerabat diraja, Speaker Dewan Undangan Negeri serta isteridan Hakim Mahkamah Tinggi serta isteri masuk ke Istana Dalam. Setelahsemua dif-dif terhormat masuk ke Istana Dalam, kawalan kehormatberedar dari Dataran Istiadat, Istana Arau.

Istiadat penganugerahan darjah dan pingat kebesaran di Perlissebenarnya boleh berlangsung dalam dua istiadat yang berbeza. Pertama,istiadat pemasyhuran Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis.Kedua, istiadat hari keputeraan baginda raja. Semasa istiadatpemasyhuran, darjah dan pingat kebesaran hanya diberikan kepada RajaMuda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis sahaja. Ia berbeza dengan istiadatpenganugerahan darjah dan pingat kebesaran sewaktu hari keputeraanbaginda raja. Dalam istiadat tersebut penganugerahan darjah dan pingatkebesaran diberikan kepada semua yang dirasakan layak menerimanyaatas perkenan Tuanku (Kompilasi Istiadat Pemasyhuran).

Sebagai perbandingan mengenai warisan adat istiadat istanaberhubung istiadat penganugerahan darjah dan pingat kebesaran, IsmailAhmad (1967: 37) menyatakan bahawa istiadat penganugerahan darjahdan pingat kebesaran di Perak, pada suatu ketika dahulu, dilakukan sewaktuseseorang baharu ditabalkan menjadi sultan atau raja. Pemberian pangkatdan gelaran dikaitkan dengan politik dan pentadbiran supaya pegawaidan individu tersebut memberi taat setia yang lebih. Selain daripadapemberian pangkat, penganugerahan juga diberikan kepada seseorangyang melakukan tugas besar dan berjasa kepada sultan atau raja. MisalnyaTambi Kechik diberi gelaran Raja Mutabar Khan kerana jasanya menjualgajah di India dan Amir Diwangsa digelar Maharaja Tentu Wangsa keranajasanya membuat mahligai.

Menurut Ismail Ahmad (1967: 38) lagi, pemberian gelaran ini tidaktertakluk kepada pegawai dan rakyat jelata sahaja. Ia turut diberikankepada orang kenamaan. Sebagai contoh, ia turut dianugerahkan apabilaberlaku lawatan Yang DiPertuan Selangor ke Perak pada zamanpemerintahan Sultan Mahmud Shah. Sebagaimana tercatat seperti dibawah;

44 Mohd Nizam Sahad

“Maka di-perbuat-lah gendang nobat dengan sa-lengkap-nya; telahitu, maka di-tabalkan baginda Raja Selangor itu dengan saperti‘adat-nya. Maka di-gelar Sultan Salehu’d-din serta di-kurniai bagindachap istananya3”.

Bagi negeri Perlis penganugerahan Darjah-darjah dan Pingat-pingatKebesaran adalah hak mutlak dan perkenan ke bawah D.Y.M.M TuankuRaja Perlis. Baginda berhak memperkenankan pencalonan individu untukmemperolehnya. Semasa Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah danPingat Kebesaran sewaktu hari ulang tahun Keputeraan yang ke-66, iadimulakan pada jam 10.20 pagi pada hari yang sama di Balairong Seri,Istana Arau, Perlis4. Kedudukan setiap individu di dalam Balairong Seritelah ditetapkan. Tiupan serunai bertajuk ‘Tuanku Raja Berangkat’ olehKumpulan Gendang Terinai Diraja menandakan baginda berdua sedangberangkat masuk ke Balai Penghadapan Istana yang didahului oleh duabarisan pembawa tombak, terus menuju naik ke Singgahsana. Ketibaanbaginda berdua diiringi oleh YB Setiausaha Kewangan Negeri Perlis sertaisterinya pada jam 11.00 pagi. Setibanya di Singgahsana lagu rasmi negeridimainkan. Sebelum itu, sedia menunggu di tempat duduk khas ialah TuankuRaja Muda serta Tuanku Raja Puan Muda, putera serta puteri bagindayang bergelar dan tidak bergelar, kaum kerabat diraja, Menteri BesarNegeri serta isteri, Speaker Dewan Undangan Negeri serta isteri, parapembesar negeri dan penerima-penerima pingat serta bintang kebesaran.Setelah lagu rasmi negeri siap dimainkan, bacaan ayat-ayat suci al-Qurandibacakan. Selesai bacaan ayat suci al-Quran tersebut Pegawai Istiadatkemudian tampil menjunjung duli untuk memohon keizinan bagi memulakanmajlis istiadat. Lafaz sewaktu pegawai istana menghadap adalahsepertimana di bawah;

“Ampun Tuanku beribu ampun, sembah patik mohon diampun. Patikpohon ampuni limpah perkenan Kebawah D.Y.M.M Tuanku untukpatik memulakan Istiadat Penganugerahan Darjah dan PingatKebesaran. Ampun Tuanku”.

Setelah Tuanku Raja mengizinkan istiadat maka pegawai istiadatmengisytiharkan bermulanya istiadat tersebut. Lafaz pengisytiharantersebut adalah sebagaimana di bawah;

“Menjunjung titah perintah D.Y.M.M Tuanku Raja. Maka inilahdiisytiharkan bahawa Istiadat Penganugerahan Darjah dan PingatKebesaran dizahirkan sekarang”.

Setelah itu istiadat penganugerahan secara rasminya bermula. Melaluitemu bual dengan Hamzah Abdullah (2010), sebelum menerima

Mohd Nizam Sahad 45

penganugerahan, para penerima anugerah perlu mematuhi adat istiadatyang ditetapkan untuk menghadap sebelum bergerak menuju keSinggahsana bagi menerima anugerah daripada Tuanku Raja. Apabilanama penerima dipanggil, barulah penerima tersebut bangun di tempatduduknya seterusnya menundukkan kepala ke hadapan sebagai tandahormat kepada Tuanku Raja. Barulah penerima akan keluar dari tempatduduknya menuju ke Singgahsana.

Apabila tiba di hadapan Singgahsana, penerima akan menyembahsekali kepada Tuanku Raja, kemudian bergerak tiga langkah ke hadapankemudian sekali lagi melakukan sembah. Penerima berkenaan kemudianterus melangkah menaiki tangga Singgahsana dan menghadap TuankuRaja untuk menerima anugerah yang dikurniakan kepadanya. Anugerahtersebut akan disematkan pada baju atau diberi dalam bentuk selendangoleh Tuanku Raja.

Selesai sahaja menerima anugerah, penerima tersebut bersalamandengan Tuanku Raja sambil berkata, “Patik menjunjung ampun kurniaTuanku”. Setelah itu, penerima berkenaan akan berundur turun dariSinggahsana dan mengangkat sembah. Kemudian, undur tiga langkahdan kemudian sekali lagi sembah. Apabila selesai sembah terakhir,penerima terlibat sekali lagi berundur tiga langkah dan kemudian barulahboleh berpusing untuk kembali ke tempat duduk asalnya.

Setelah selesai semua penerima diberi anugerah, Mufti Negeridititahkan untuk membacakan doa selamat. Biasanya, pada waktu iniMufti Negeri akan diapit oleh Kadi Besar Negeri dan Penolong Kadi(Ramli Ismail 1994:5). Setelah itu, titah ucapan tahniah oleh Raja MudaPerlis dilangsungkan. Tuanku Raja turut bertitah selepas Menteri BesarPerlis menyembah tahniah daripada Raja Muda Perlis. Titah bagindaberupa pesanan dan nasihat kepada rakyat dilakukan. Setelah selesaititah baginda, Pegawai Istiadat menyembah Tuanku Raja denganmenyatakan bahawa istiadat telah sempurna dan berakhir. Kemudianbarulah Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan berangkat dari majlisistiadat.

Juruacara kemudiannya akan mengumumkan keberangkatan pulangTuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan diiringi YB SetiausahaKerajaan Negeri serta isteri. Serentak dengan itu Lagu Negeri Perlisdimainkan. Serentak dengan itu semua yang ada di dalam istana berdiri.Setelah berakhir lagu negeri, Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuanturun dari Singgahsana. Baginda berdua didahului oleh dua barisanpembawa tombak diraja sambil diiringi dengan tiupan serunai “TuankuRaja Berangkat”.

46 Mohd Nizam Sahad

Setelah keberangkatan pulang Tuanku Raja dan Tuanku RajaPerempuan, juruacara sekali lagi mengumumkan keberangkatan pulangTuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda diiringi YB PegawaiKewangan Negeri serta isteri. Keberangkatan pulang diikuti oleh MenteriBesar serta isteri kemudian tengku-tengku bergelar, puteri-puteri dankerabat diraja, Speaker Dewan Undangan Negeri serta isteri, HakimMahkamah Tinggi serta isteri, para pembesar negeri dan penerima-penerima pingat serta bintang kebesaran, meninggalkan BalaiPenghadapan. Majlis kemudiannya bersurai. Para penerima Darjah danPingat Kebesaran dibenarkan untuk mengambil gambar selepas majlisselesai di Dewan Balairong Seri.

Selepas Majlis Penganugerahan di atas selesai, Majlis SantapanTengahari turut diadakan di Dewan Negeri, Jalan Kolam Kangar padajam 1.00 tengahari dan Majlis Santapan Negeri di Dewan Bankuasi, IstanaArau pada jam 8.15 malam. Selain daripada majlis santapan tersebutterdapat pelbagai acara utama yang lain turut diadakan sempena UlangTahun Hari Keputeraan ke-66 D.Y.M.M Tuanku Raja Perlis. Acaratersebut ialah Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Perlis, PerasmianSekolah Menengah Padang Siding, Wayang Pacak, Jamuan teh,Perasmian Masjid Muqarabbin, Behor Emping dan sukan rakyat.

Selain daripada acara-acara utama terdapat juga 30 acara sampingan.Antara acara-acara sampingan tersebut ialah Kejohanan WoodballTertutup Perlis 2009, Majlis Perasmian Penutup Minggu PembelajaranSepanjang Hayat, Program Anak Angkat dengan Allianze College ofMedical Sciences (ACMS), Pesta Harumanis, Pertandingan Futsal TerbukaPerlis, Persembahan Kebudayaan/Teater Muzikal ‘Rubiah’, Hari KopratUiTM Perlis bersama Media, Perasmian Stesyen PenyelidikanAgroteknologi UniMAP, Program ‘Bacalah Manjaku’ Bersama Kanak-kanak di Klinik Thalasemia, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan MalamImpian Ratu II. Jelaslah berdasarkan keterangan di atas Hari KeputeraanTuanku Raja Perlis disambut dengan penuh adat istiadat dan disulamidengan pelbagai aktiviti yang melibatkan rakyat Perlis secara langsung.

PAKAIAN

Pakaian merupakan antara aspek yang dititikberatkan sewaktu majlisraja berlangsung. Begitu juga sewaktu Majlis Istiadat PenganugerahanDarjah-Darjah Kebesaran dan Pingat diadakan sewaktu Majlis UlangTahun Hari Keputeraan ke-66 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis

Mohd Nizam Sahad 47

diadakan. Sama ada Tuanku Raja Perlis, Tuanku Raja Perempuan Perlis,Tuanku Raja Muda Perlis atau Tuanku Raja Puan Muda Perlis, bahkansemua yang berada di Balairong Seri, Istana Arau, Perlis, kesemuanyamemakai pakaian sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak istana.Malah pihak istana turut memeriksa semua jemputan dari sudut kesesuaianpakaian sama ada menurut peraturan sebelum dapat masuk ke BalairongSeri.

Tuanku Raja akan memakai pakaian lengkap Melayu dengantengkolok bermahkota dan keris diraja. Tuanku Raja juga boleh memakaipakaian seragam tertinggi tentera. Bagi Tuanku Raja perempuan, bagindaakan memakai baju kebaya labuh dan berkain serta mahkota di atas kepala(Ramli Ismail 1994:5).

Menurut Hamzah Abdullah (2010), bagi lelaki Melayu yangmenganggotai Jemaah Dato’-Dato’ Perlis, pakaian yang ditetapkan untukmereka ialah pakaian rasmi Jemaah Dato’-Dato’ Perlis iaitu Baju Sikah,tengkolok, bengkong dan keris. Bagi pegawai kerajaan yang menerimapenganugerahan, pakaiannya ialah pakaian seragam kakitangan kerajaansekiranya ada. Bagi pegawai beruniform seperti tentera dan polis,pakaiannya adalah sebagaimana pakaian uniform istiadat badanberuniform terbabit. Pakaian yang ditetapkan untuk lelaki Melayu yangbukan dari kalangan Jemaah Dato’-Dato’ Perlis, pakaiannya ialah bajukebangsaan, berbutang lima, bersampin songket, berbengkung danbertengkolok. Baju kebangsaan tersebut hendaklah berwarna hitam. Begitujuga kasut dan sarung kaki berwarna hitam. Bagi lelaki bukan Melayupula, pakaian rasmi untuk majlis istana ialah lounge suit berwarna hitamataupun biru gelap. Bersama-sama dengan lounge suit tersebut, baju disebelah dalamnya ialah kemeja putih berkolar serta bertali leher. Selainitu mereka harus bersongkok, berkasut dan bersarung kaki hitamsepertimana lelaki Melayu yang menerima anugerah.

Menurut beliau lagi, bagi penerima darjah kebesaran dan pingatperempuan Melayu, Baju Kurung atau Kebaya ditetapkan sebagai pakaianrasmi. Penerima yang tidak memakai tudung perlu berselendang.Manakala yang memakai tudung, selendang dikecualikan. Kasut bagipenerima juga hendaklah bertutup. Manakala sarung kakinya adalahberwarna sama dengan warna kulit. Namun warna kasut tidak ditetapkan.Bagi penerima kurnia perempuan bukan Melayu, baju labuh yangbersesuaian ditetapkan. Kasut dan sarung kaki adalah sebagaimana yangtelah ditetapkan ke atas penerima perempuan Melayu.

Menurut Hamzah Abdullah (2010) lagi, bagi penerima yang memakaisari, sarinya hendaklah ditutup litup. Manakala pemakaian gelang kaki

48 Mohd Nizam Sahad

adalah tidak dibenarkan. Pakaian yang dilarang ialah pakaian yangberwarna kuning dan putih. Selain itu, pakaian baju songket, seluar songketatau samping songket juga tidak dibenarkan. Butang emas bagi penerimalelaki Melayu juga adalah dilarang. Pakaian yang disebutkan di atas jugaditetapkan kepada pengiring yang mengiringi penerima kurnia.

BALAIRONG SERI

Satu ketika dahulu Balairong Seri merupakan tempat yang dihias sempurnadengan tiangnya dibaluti dengan kain sutera kuning. Di sebelah dalamnyadigantung tirai dan langit-langit, manakala pada dindingnya digantung tabirgunung. Di kawasan hadapan Balairong Seri terletak Singgahsana yangdihias dengan kain emas. Di atas Singgahsana terletak tempat bersemayamTuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan dengan bantal di sebelahbelakang. Di Balairong Seri tersebut dijalankan istiadat menjunjung duli(Syed Alwi bin Sheikh al-Hadi 1960:102). Pada zaman ini, Balairong Serimerupakan tempat berlangsungnya istiadat penganugerahan darjah danpingat kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Tuanku RajaPerlis. Balairong Seri yang dimaksudkan ini terletak di tingkat 2, IstanaArau, Perlis.

Menurut Syed Alwi bin Sheikh al-Hadi (1960: 73-79), peraturan-peraturan adat istiadat di Balairong Seri perlu diamati oleh PenghuluBalairong Seri. Hal ini kerana Penghulu Balairong Seri perlu memastikansetiap kedudukan individu yang berada di dalam Balairong Seri tersebutberada di kedudukan yang betul mengikut adat istiadatnya (Rajah 1).Individu yang berada di dalam Balairong Seri tersebut juga tidak dibenarkansama sekali keluar masuk tanpa tujuan melainkan benar-benar terdesak.Jika individu yang berada di dalam balai tersebut perlu keluar beliauhendaklah meminta izin Penghulu Balai dan mestilah diizinkan olehnyauntuk keluar. Bagi sesiapa yang tidak mengikuti arahan Penghulu Balai,beliau boleh dihalau keluar daripada Balairong Seri5.

Hal yang sama turut ditekankan oleh Pegawai Istana di Istana Arausewaktu latihan istiadat penganugerahan darjah-darjah dan pingatkebesaran diadakan. Menurut pegawai tersebut, di dalam Balairong Seritidak dibenarkan sama sekali untuk merokok, mengambil gambar sewaktuistiadat berlangsung dan menggunakan telefon. Semasa di dalam BalairongSeri, setiap yang berada di dalamnya tidak digalakkan untuk keluar dariBalairong Seri kecuali terdesak. Sekiranya terdesak individu tersebut perlubangun dan tunduk menghadap Tuanku dari kerusinya kemudian berjalan

Mohd Nizam Sahad 49

keluar ke pintu besar. Kemudian beliau perlu tunduk sekali lagi dan teruskeluar.

Individu atau unit yang bertanggungjawab menguruskan BalairongSeri berubah mengikut peredaran zaman. Jika dahulu Penghulu BalairongSeri bertanggungjawab menguruskan Balairong Seri dan segala perjalananadat istiadat yang berlangsung di dalamnya, kini ia diuruskan oleh UnitProtokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Rajah 1. Kedudukan setiap individu penting di dalam Balairong Seri, Istana Arau Perlissewaktu Ulang Tahun Kelahiran Majlis Hari Ulang Tahun (D.Y.M.M) TuankuSyed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang ke-66

Singahsana

VVIPNegeri

KerabatDiraja

Raja Muda Perlis danRaja Puan Muda

Jemputan Negeri danPenerima Anugerah

JemputanDiraja

Tetamu, AJK Istiadat dan Pengiring

PetunjukPayung dirajaHulubalang sambil memegang tombakKerusi

50 Mohd Nizam Sahad

ALAT DAN SIMBOL KEBESARAN

Alat-alat kebesaran diraja Negeri Perlis juga dikenali sebagai RegaliaDiraja Perlis merupakan alatan yang unggul, dihormati dan ada di antaranyadianggap suci dan berdaulat. Sewaktu adat istiadat pertabalan seorangTuanku Raja, alat-alat kebesaran tersebut digunakan sepenuhnya (Rejab1996:4).

Sewaktu istiadat kebesaran yang lain seperti upacara perayaanmenyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Raja, hanyasebahagian sahaja digunakan atau dipakai oleh Tuanku Raja dan TuankuPerempuan Perlis. Alat-alat kebesaran ini sering ditambah dari semasake semasa, contohnya singgahsana dan lambang pada tengkolok diraja(Rejab 1996:4). Berikut merupakan beberapa alat dan regalia Diraja Perlis.

Al-Quran

Al-Quran merupakan kitab suci bagiumat Islam. Ia juga merupakanmukjizat Nabi Muhammad s.a.w.Selain itu, al-Quran merupakan alatkebesaran dan kesucian yangmelambangkan Tuanku Raja sebagaiKetua Agama yang memerintahNegeri Perlis. Sewaktu adat istiadat

berlangsung di Balairong Seri, alat kebesaran ini diletakkan di antaratempat bersemayam Tuanku Raja dengan Tuanku Raja Perempuan yangterletak di Singgahsana. Ia menggambarkan kedudukan al-Quran sebagaialat kebesaran yang utama serta Islam sebagai agama rasmi kerajaanPerlis. Hal ini termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlissebagaimana tercatat di bawah;

“Part IIRELIGION OF THE STATE

5. Religion of the State.

(1) The Religion of the State shall be the Ahli Sunnah Waljama’ah asheretofore professed and practised in the State.

(2) All other religions may be practised by persons professing them inany parts of the State provided that they do so peacerfully.

Mohd Nizam Sahad 51

6. Raja as Head of Religion of the State.(1) The Head of the Religion of the State shall be the Sovereign and theSovereign may cause laws to be enacted for the purpose pf regulatingreligious affairs and for the Constitution of a Council to be called theMajlis Ugama Islam and Adat Isti’adat Melayu to aid and advise theSovereign in all matters relating to the Religion of the State and MalayaCustom.

(2) Notwithstanding that there ia a Council of Regency or a Regent inthe State by reason of the fact that the Sovereign is elected of theOffice or is exercising the functions of the Yang di-Pertuan Agong, theSovereign shall continue to exercise his functions as Head of theReligion of State.

(3) The Sovereign as Head of Religion the State shall ini accordancewith the provisions of the Federal Constitution, authorise the Yang di-Pertuan Agong to represent him in any acts, observances or ceremoniesof the Muslim Religions which by the agreement of the Conference ofRulers extend to the Federation as a whole”.

Hal yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlisini bertepatan sekali dengan Perlembagaan Persekutuan yang turutmenyatakan hal yang sedemikian6. Hal ini bersesuaian sekali apabilaal-Quran dijadikan alat kebesaran diraja bagi Negeri Perlis.

Keris Pendek Diraja

Keris merupakan senjata warisanmasyarakat Melayu yangdigunakan untuk mempertahankandiri, menentang musuh dan jugadigunakan untuk membantu kerja-kerja harian. (Mohd Zainuddin HajiAbdullah & Mohd Shahrim Senik2007: 1). Keris juga menjadilambang dan simbol bangsa Melayu dan menjadi elemen sebagai alatistiadat bangsa dan negara yang telah digunakan sejak lebih 600 tahundahulu (Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1984:1).

Dalam konteks pemakaiannya pada masa kini oleh Raja atau Sultandi istana khususnya pada upacara pertabalan, hari keputeraan dansebagainya, ia melambangkan kebesaran dan kekuasaan (KementerianKebudayaan, Belia dan Sukan 1984:1).

52 Mohd Nizam Sahad

Keris Pendek Diraja sebagai contoh sebagaimana gambar di atas,dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis ketika diadakanistiadat pertabalan dan istiadat perayaan rasmi kerajaan negeri.

Bagi Tuanku Raja juga, baginda mempunyai “keris batang tubuh”.Umpamanya pemasyhuran D.Y.M.M Tuanku Raja Muda Perlis, TuankuSyed Faizuddin ibni Syed Sirajuddin pada 12 Oktober 2000 lalu, sebuahkeris peribadi Tuanku Raja Muda diwujudkan sebagai simbol kepadaTuanku Raja Muda Perlis.

“Keris batang tubuh” ialah keris yang diwujudkan bertujuan untukdiserahkan pada suatu masa nanti kepada sesiapa yang bakal menjadiTuanku Raja Muda. Keris tersebut dipersembahkan oleh Menteri Besar,Dato Seri Shahidan Kasim sebagai ketua kerajaan dan wakil rakyat jelata,kepada Tuanku Raja Muda (Ramli Ismail 2000:25).

Pernah diriwayatkan berlaku di Perlis pada masa dahulu, keristersebut mewakili seorang keluarga diraja untuk meminang gadiskebanyakan. Sewaktu majlis persandingan, keris tersebut mewakili TuankuRaja Muda bersanding di atas pelamin dengan pengantin perempuankebanyakan tersebut. Hal ini bertujuan menjaga martabat keluarga dirajatersebut kerana berkahwin dengan orang kebanyakan. Hal ini berlakukerana masyarakat pada ketika itu, menyifatkan pengantin lelaki daripadakeluarga diraja tidak sepadan untuk bersanding di atas pelamin bersamapengantin perempuan kebanyakan. Bagi mengatasi masalah tersebut, kerisdiletakkan sebagai pengganti tuan tubuh kepada pengantin lelaki keluargadiraja untuk bersanding di atas pelamin (Ramli Ismail 2000:25).

Menurut Hill (1970), keris merupakan senjata bagi masyarakatMelayu Malaysia. Menurut beliau lagi keris merupakan sebahagiandaripada pakaian Melayu, juga dipakai sewaktu majlis perkahwinan olehpengantin dan ia dipercayai memiliki kesaktian. Menurut HamzahAbdullah (2010), unsur-unsur kepercayaan yang bercanggah denganakidah Ahl Sunnah wal Jamaah tidak lagi diamalkan dalam segala bentukadat istiadat dan regalis Diraja, khususnya yang berkaitan kesaktian dankekeramatan keris.

Pedang Diraja

Pedang ini merupakanpedang yang berasal daripadaTuanku Raja Pattani iaitunenekanda Yang Maha MuliaTuanku Raja Perempuan. Ia

Mohd Nizam Sahad 53

digunakan semasa upacara pertabalan seorang Tuanku Raja (Rejab1996:5).

Sundang

Sundang merupakan keris panjang yang dipakai oleh Tuanku Raja ketikadiadakan upacara pertabalan dan hari-hari kebesaran (Rejab 1996:5).Menurut Hill (1970: 90), sundang boleh dikategorikan sebagai salah satukeris panjang yang berbentuk pedang yang juga dikenali sebagai kerissundang. Menurut beliau lagi ia digunakan oleh Kaum Sulu untuk bertarungdi laut.

Tengkolok Diraja

Tengkolok diraja ini diperbuatdaripada kain tenunan warna hitambersulamkan benang emas. Bentukikatannya dinamakan PuteraKayangan. Pada bahagianhadapan tengkolok ini diletakkanlambang Negeri Perlis iaitu ukirantangkai padi yang merupakan hasilutama Negeri Perlis. Lambang ini diperbuat daripada emas putih. Menuruttemubual dengan Dato Hamzah dan Pak Razak, individu yangmenguruskan pakaian istana, Tuanku Raja memakai tengkolok dari kirike sebelah kanan dan rakyat biasa dari kanan ke sebelah kiri, termasukjuga Raja Muda sekalipun. Tengkolok diraja ini dikenali dengan nama‘Dendam Tak Sudah’.

Selain keris, tengkolok merupakan warisan pakaian lelaki bagimasyarakat Melayu. Tengkolok mempunyai beberapa jenis sepertiTengkolok Terbang, Tengkolok Pacuk dan Tengkolok Helang. Setiap negerimempunyai identiti tengkoloknya yang tersendiri. Pada zaman dahulu,melalui pemakaian tengkolok sahaja mereka boleh mengenali asal negeriseseorang tersebut. Di Perlis sahaja terdapat tiga jenis tengkolok iaitutengkolok yang dipakai oleh pendekar, tengkolok yang dipakai ketikamenghadap Tuanku Raja Perlis dan tengkolok yang dipakai oleh rakyatjelata (Roslan Bidin 1996: 21-22).

54 Mohd Nizam Sahad

Gendik Diraja

Gendik atau mahkota diraja inidiperbuat dengan bertakhta batupermata. Terdapat ukiran dua bentuktangkal padi yang melambangkanNegeri Perlis kerana hasil utamanegeri tersebut ialah padi. Iadiperbuat daripada emas putih.Gendik diraja ini merupakanperhiasan kebesaran yang dipakaioleh Tuanku Raja Perempuan Perlisketika majlis-majlis istiadat rasmidiraja.

Kalung Diraja

Kalung diraja merupakan rantai leheryang dipakai oleh Tuanku RajaPerempuan Perlis yang diperbuatdaripada emas putih bertatahkanpenuh dengan permata berlian.

Tepak Sirih Diraja

Tepak sirih diraja merupakan antaraalat istiadat perkahwinan diraja. Iaterdiri daripada 11 bekas termasukbekas sirih, pinang dan kapurgambir. Kesemua bekas inidiperbuat daripada perak. Alatan initidak digunakan semasa MajlisPenganugerahan Darjah dan PingatKebesaran.

Mohd Nizam Sahad 55

Tombak dan Lembing Diraja

Kedua-dua alat ini digunakan olehpengiring Tuanku Raja. Parapengiring akan mengiring TuankuRaja berangkat terutamanya ketikadiadakan upacara pertabalan dansemasa berada di majlis rasmi diraja.

Satu ketika dahulu tombak danlembing ini turut dijadikan senjatauntuk mempertahankan diri oleh masyarakat Melayu daripada seranganmusuh. Dahulunya batang lembing atau tombak diperbuat daripadabuluh. Matanya pula diperbuat daripada kayu keras yang dibentukmenjadi runcing dan tajam. Ia bertujuan untuk mencederakan musuhsekali gus membunuhnya dari jarak jauh berbanding sundang dan keris(Hill 1970: 97).

Gendang Tarinai dan Nafiri

Nafiri ialah muzik khusus yangdibunyikan ketika keberangkatandiraja ke Balai Penghadapan terutamasekali pada upacara pertabalan.Gendang Tarinai pula dimainkanketika Tuanku Raja berangkat dalamupacara pertabalan dan majlisperkahwinan.

Pada suatu ketika dahulu apabilarakyat jelata terdengar sahaja bunyitiupan nafiri, walaupun dari jarak yangjauh rakyat jelata tersebut hendaklahduduk dengan tertib seperti mana menghadap raja sehinggalah selesaibunyi tersebut. Jika rakyat jelata tersebut tidak melakukannya tidaklahdikenakan hukuman tetapi rakyat jelata tersebut bersalah kepadarajanya. Sebaliknya sekiranya mendengar tiupan dengan jarak yang dekattetapi rakyat jelata tersebut tidak duduk sebagaimana dikehendaki, rakyatjelata tersebut akan dikenakan hukuman (Syed Alwi bin Sheikh al-Hadi1960 :80).

Tiupan nafiri hanya akan dilakukan terhadap empat individu sahajaiaitu sultan, raja muda, bendahara dan temenggung. Selain daripada

56 Mohd Nizam Sahad

keempat-empat individu tersebut tiupan nafiri sekali-kali tidak akandimainkan melainkan dengan kurniaan khas daripada sultan. Jumlah tiupannafiri pula berbeza-beza di antara satu individu dengan individu yang lain.Misalnya tiupan untuk sultan jumlahnya 32 kali manakala tiupan untukraja muda adalah 11 kali (Syed Alwi bin Sheikh al-Hadi 1960: 82).

Melalui temubual yang dijalankan oleh penulis bersama Amil Senapi(2010) selaku Ketua Muzik Tarinai, beliau mengatakan muzik ini hanyalahsatu-satunya muzik yang dimainkan di Perlis, di negeri-negeri lain muziktarinai ini tidak dimainkan. Tarinai merupakan muzik yang banyakdimainkan dalam kalangan masyarakat seperti sewaktu majlis perkahwinandan sebagainya. Tetapi lagu yang dimainkan khas untuk Tuanku Rajaialah lagu ‘Raja Berangkat’. Alat-alat muzik bagi tarinai ialah dua buahgendang, dua buah gong dan dua batang serunai. Kesemua alatan muzikini dimainkan oleh lima orang pemuzik. Pada masa dahulu alatan muziktarinai tidak boleh sama sekali sesiapa pun yang memegangnya kecualipemain muzik tarinai sahaja. Begitu juga larangan untuk melangkah alatanmuzik tersebut. Hal ini kerana terdapat kepercayaan bagi sesiapa yangmemegang alatan tersebut akan ditimpa penyakit. Bagaimanapun menurutAmil Senapi (2010) lagi, pada masa kini kepercayaan tersebut tidak lagimenjadi kepercayaan sebagaimana sebelumnya. Permainan alatan muziktarinai pada masa kini juga tidak lagi mempunyai unsur-unsur khurafatsebagaimana yang dinyatakan oleh Wintstedt (1929b) dalam muzik-muzikyang dimainkan di Negeri Sembilan.

Darjah-Darjah Kebesaran

Terdapat 15 darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Tuanku Rajakepada para penerima. Para penerima darjah kebesaran terdiri daripadakerabat diraja, rakyat jelata dan individu yang berjasa. Darjah dan pingatkebesaran ini tidak dihadkan kepada rakyat Perlis sahaja tetapi ia jugaturut dianugerahkan kepada seluruh warga Malaysia yang dirasakanberkelayakan untuk menerimanya.

Uniknya darjah kebesaran ini, gelarannya berbeza dengan gelaranyang diberikan di negeri-negeri lain. Perbezaannya terletak pada ejaanDato’ dengan Datuk. Ejaan Dato’ adalah gelaran yang diberikan olehTuanku Raja Perlis sahaja. Tetapi ejaan bagi ‘Datuk’ pula adalahdianugerahkan oleh raja-raja negeri-negeri lain selain daripada Perlis.Menurut Hamzah Abdullah (2010), perbezaan ejaan tersebut berlakukerana Perlis menggunakan kaedah transliterasi bagi tulisan jawi yangdirumikan ejaannya berbanding negeri lain bagi perkataan tersebut.7

Mohd Nizam Sahad 57

Prosedur pemilihan individu yang menerima darjah dan pingatkebesaran ini bermula dengan permohonan daripada individu terbabit.Kemudian permohonannya akan dibincangkan oleh ahli jawatankuasakhas pemilihan darjah dan pingat kebesaran yang dipengerusikan olehMenteri Besar Perlis. Senarai penerima darjah dan pingat kebesarankemudiannya dipersembahkan kepada Tuanku Raja. Persetujuan terakhirmelalui baginda raja akan menentukan seseorang itu berkelayakan untukmenerima atau sebaliknya darjah atau pingat kebesaran daripada TuankuRaja Perlis.

Darjah Kerabat diRaja Perlis (D.K.P)

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada 17 Mei 2001. Namun ia tidakmembawa sebarang gelaran. Ia mengandungi Kalung, Bintang, Selempangdan Lencana. Darjah kebesaran ini khusus untuk D.Y.M.M Tuanku RajaPerlis.

Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (D.K)

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada 21 September 1965. Darjahkebesaran ini juga tidak membawa sebarang gelaran. Ia mengandungiKalung, Bintang, Selempang dan Lencana. Ia dikurniakan kepadaD.Y.M.M Raja-Raja, kerabat diraja Perlis yang kanan serta pihak tertentuatas limpah perkenan Tuanku Raja Perlis.

Darjah Dato’ Bendahara Seri Jamalullail (D.B.S.J)

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 2006. Ia mengandungi Kalung,Bintang, Selempang dan Lencana. Darjah ini dikurniakan atas perkenanTuanku Raja Perlis. Darjah ini merupakan penghormatan yang sangattinggi kepada penerima. Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaranDato’ Seri Diraja Bendahara Negara.

Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (S.S.S.J)

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada 17 Mei 2001. Ia mengandungiKalung, Bintang, Selempang dan Lencana. Darjah kebesaran inidikurniakan kepada Kerabat-Kerabat Diraja Perlis dan juga pihak-pihaktertentu atas limpah perkenan Tuanku Raja Perlis. Penerima darjahkebesaran ini membawa gelaran Dato’ Seri Diraja.

58 Mohd Nizam Sahad

Darjah Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (S.P.S.J)

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 2005. Ia mengandungi Kalung,Bintang, Selempang dan Lencana. Penerima kurnia bagi darjah inimembawa gelaran Dato’ Seri Setia Diraja.

Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P)

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada21 September 1965. Ia mengandungiKalung, Bintang, Selempang danLencana. Penerima darjah kebesaranini akan membawa gelaran Dato’Seri.

Darjah Dato’ Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (D.S.S.J)

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada 17 Mei 2001. Ia dikurniakan kepdaKerabat-Kerabat Diraja dan juga kepada pihak-pihak tertentu atas limpahperkenan Tuanku Raja Perlis. Penerima darjah kebesaran ini membawagelaran Dato’ Paduka.

Darjah Dato’ Wira Tuanku Syed Sirajuddin Jamulullail (D.W.S.J)

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 2005. Ia dikurniakan kepadamereka yang berkhidmat cemerlang kepada Negeri Perlis. Penerimadarjah kebesaran ini akan membawa gelaran Dato’ Wira.

Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P)

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada21 September 1965. Ia mengandungiKalung, Bintang, Selempang danLencana. Darjah kebesaran inidianugerahkan kepada mereka yangberkhidmat cemerlang kepadaNegeri Perlis. Penerima darjahkebesaran ini membawa gelaranDato’.

Mohd Nizam Sahad 59

Darjah Dato’ Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail(D.S.P.J)

Darjah kebesaran ini dizahirkan padatahun 2005. Ia dikurniakan kepadamereka yang berkhidmat cemerlangkepada Negeri Perlis. Penerimadarjah kebesaran ini membawagelaran Dato’.

Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (D.P.S.J)

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada 21 September 1965. Ia mengandungiKalung, Bintang, Selempang dan Lencana. Darjah kebesaran inidikurniakan kepada mereka yang berkhidmat cemerlang kepada NegeriPerlis. Penerima darjah kebesaran ini akan membawa gelaran Dato’.

Darjah Dato’ Bergelar

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada 27 Disember 1978. PengurniaanDato’ Bergelar membawa gelaran mengikut pengurniaan itu sendiri.Darjah kebesaran ini mempunyai sepuluh jenis iaitu;

i. Dato’ Kurnia Bakti vi. Dato’ Lela Perkasaii. Dato’ Indera Perkasa vii. Dato’ Alim Panglimaiii. Dato’ Setia Bentara viii. Dato’ Kaya Baktiiv. Dato’ Indera Jaya ix. Dato’ Setia Jayav. Dato’ Indera Pahlawan x. Dato’ Alim Setia

Darjah Setia Mahkota Perlis (S.M.P)

Darjah kebesaran ini dizahirkanpada 21 September 1965. Darjahkebesaran ini memiliki LencanaLeher. Ia dikurniakan kepada merekayang mempunyai kedudukan yangtinggi dan berjasa kepada NegeriPerlis.

60 Mohd Nizam Sahad

Darjah Seri Sirajuddin Perlis (S.S.P)

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada tahun 2005. Ia mengandungi LencanaLeher. Ia dikurniakan kepada mereka yang memiliki kedudukan yangtinggi dan berjasa kepada Negeri Perlis.

Darjah Ahli Mahkota Perlis(A.M.P)

Darjah kebesaran ini dizahirkan pada27 Jun 1971. Ia mengandungi Pingat.Darjah kurniaan ini dikurniakankepada mereka yang telah memberikhidmat cemerlang kepada NegeriPerlis.

PINGAT-PINGAT KEBESARAN

Terdapat enam pingat kebesaran yang dianugerahkan oleh Tuanku Rajakepada para penerima. Pingat-pingat kebesaran yang dikurniakan olehTuanku Raja adalah seperti berikut;

Pingat Mahkota Perlis (P.M.P)

Pingat kebesaran ini dizahirkan pada22 Jun 1995. Ia dikurniakan kepadasesiapa yang telah memberi khidmatcemerlang kepada Negeri Perlis.

Pingat Keberanian Handal(P.K.H)

Pingat kebesaran ini dizahirkan pada22 Ogos 1953. Ia dikurniakan kepadasesiapa di dalam Negeri Perlis yangtelah menentukan keberanian handaldi dalam kejadian yang sangat-sangat membahayakan dirinya.

Mohd Nizam Sahad 61

Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T)

Pingat kebesaran ini dizahirkanpada 18 Ogos 1960. Ia dikurniakankepada sesiapa yang telahmelakukan di dalam Negeri Perlissesuatu perbuatan atau beberapaperbuatan pekerti yang terpilih didalam keadaan yang merbahayadirinya.

Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K)

Pingat kebesaran ini dizahirkanpada 22 Oktober 1953. Iadikurniakan kepada sesiapa yangtelah berjasa dan melakukan baktikepada Negeri Perlis.

Pingat Jasa Baik (P.J.B)

Pingat kebesaran ini dizahirkanpada 30 Jun 1968. Ia dikurniakankepada sesiapa yang telahberkhidmat cemerlang dan taatkepada Negeri Perlis.

Pingat Perkhidmatan Lama(P.P.L)

Pingat kebesaran ini dizahirkanpada 4 Julai 1962. Ia dianugerahkankepada pegawai-pegawai kerajaantelah berkhidmat dengan cemerlangmelebihi 25 tahun.

62 Mohd Nizam Sahad

KESIMPULAN

Adat istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat merupakansuatu istiadat yang unik dan istimewa yang dipraktikkan di istana.Walaupun ia merupakan adat istiadat istana yang diwarisi turun temurun,didapati adat ini turut berlaku perubahan mengikut peredaran zaman.Misalnya diwujudkan Istiadat Penghadapan dan berlakunya penambahandarjah dan pingat kebesaran dan perubahan prosedur dan protokol darisemasa ke semasa.

Pengamalan terus menerus istiadat istana kesultanan Melayu diMalaysia setidak-tidaknya akan terus melestarikan bukan sahaja dalamkonteks perlembagaan dan perundangan tetapi juga dalam kontekskemasyarakatan dan pendokumentasiannya. Adat istiadat kesultananMelayu di negeri Perlis ini merupakan warisan adat istiadat istana yangperlu dipelihara agar kelestariannya dapat dipertahankan sampai bila-bila.

NOTA

1 Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail merupakan ayahanda kepada TuankuSyed Sirajuddin. Al-Marhum Tuanku Syed Putra juga merupakan Yang di-PertuanAgong yang ketiga bagi Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1960-1965.

2 Setiausaha Kerajaan Negeri juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Istiadat.3 Perkataan chap istana sama erti dengan perkataan cop mohor.4 Ulasan berkenaan Balairong Seri, Istana Arau, Perlis telah diperincikan dalam sub

topik tentang Balairong Seri.5 Perincian berkenaan kedudukan dan peraturan-peraturan yang lebih terperinci seperti

peraturan kedudukan di dalam Balairong Seri dan adat istiadat Sudan (sehidang) diBalairong Seri, lihat Syed Alwi bin Sheikh Al-hadi (1960: 73-79).

6 Hal tersebut juga bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana di bawah;“Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkandengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dansetakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertaklukkepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yangdinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat;tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannyaMajlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itupatut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnyasebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

Mohd Nizam Sahad 63

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawakhendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-PertuanAgong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalamPerlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agonghendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan KualaLumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melaluiundang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwalagama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agamaIslam”.

7 Tulisan asal bagi ejaan Dato’ dalam tulisan jawi ialah . Tulisan jawi di siniberubah apabila huruf (hamzah) yang terdapat pada tulisan tersebut digantikandengan tanda ‘. Ia mengikut ejaan transliterasi yang telah ditetapkan oleh DewanBahasa dan Pustaka apabila sesuatu perkataan Arab ingin ditulis dalam ejaan rumi.

RUJUKAN

Amil Senapi. 2010. Temubual melalui telefon 29 April.Bryson, H.P & Blelloch, I.W. 1936. Record of the ceremonial followed at the death and

funeral of Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhammad, G.C.M.G., K.C.V.O. ibni al-Marhum Yang Tuan Antah, and at the proclamation of his son Tunku Abdu’lRahman as his successor. Journal of the Malaysian Branch of the Royal AsiaticSociety V. 14(3): 272-279.

Hamzah Abdullah, Dato‘. 2010. Temubual melalui telefon, 30 April.Hill, A.H. 1970. The Malay keris and other weapons. Journal of the Malaysian Branch

of the Royal Asiatic Society V.29(4): hlm. 90-99.Ismail Ahmad. 1967. Misa Melayu. Melaka: Toko Buku Abbas Bandong.Kementerian Kebudyaan, Belia dan Sukan. 1984. Keris. Kuala Lumpur: Bahagian

Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.Linehan, W. 1926. Royal modes of Address in Pahang. Journal of the Malaysian Branch

of the Royal Asiatic Society V. 4(3): 339.Mohd Zainuddin Haji Abdullah & Mohd Shahrim Senik. 2007. Senjata warisan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaRamli Ismail. 1994. Adat istiadat di Perlis. Jurnal Warisan Indera Kayangan 6: 1-5.Ramli Ismail. 2000. Peranan keris dalam masyarakat Melayu Perlis. Jurnal Warisan

Indera Kayangan 12: 25-26.Rejab, F.I. 1996. Alat kebesaran DiRaja Tuanku Raja Negeri Perlis. Jurnal Warisan

Indera Kayangan 8: 4-5.Roslan Bidin. 1994. Tengkolok: Lambang ketampanan jejaka. Warisan Indera Kayangan:

Jurnal Jawatankuasa Gerakan Membaca Perlis 8: 21-22.Shamsul Amri Baharuddin. 2007a. Kesultanan Melayu dan Kerajaan. Budaya yang

tercabar. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.Shamsul Amri Baharuddin. 2007b. Kepentingan kajian budaya. Budaya yang tercabar.

Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.

64 Mohd Nizam Sahad

Sheehan, J.J. 1936a. The installation of Tuanku Abdul-Rahman ibni Al-Marhum TuankuMuhammad Shah as Yang di-Pertuan Besar, Negeri Sembilan. Journal of the MalaysianBranch of the Royal Asiatic Society 14(3): 230-242.

Sheehan, J.J. 1936b. The installation of Tengku Kurshiah as Tengku Ampuan, NegeriSembilan. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 14(3): 243-246.

Syed Alwi bin Sheikh Al-Hadi. 1960. Adat resam Melayu dan ‘Adat Isti’adat. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Winstedt, R.O. 1929a. The Perak Royal musical instrument. Journal of the MalaysianBranch of the Royal Asiatic Society VII. 4(3): 451-453.

Winstedt, R.O. 1929b. Royal tabus in Negeri Sembilan. Journal of the Malaysian Branchof the Royal Asiatic Society VII. 4(3): 454-455.

Mohd Nizam Sahad, Ph.D.PensyarahPusat Pengajian Ilmu KemanusiaanUniversiti Sains Malaysia11800 USM, Minden, Pulau Pinang, MALAYSIA.E-mail: [email protected]

Mohd Nizam Sahad 65

Lampiran

Tuanku Raja Perlis dan Raja Muda Perlis membalas tabik hormat angkatan tentera

Pegawai tentera dan barisan pancaragam yang memainkan lagu negeri Perlis dan lagu-lagu selingan

66 Mohd Nizam Sahad

Mufti Perlis Dr. Juanda Jaya dan isteriBeliau terlibat dalam upacara membaca

doa

Contoh pakaian bagi tetamu lelaki danperempuan Melayu dalam Majlis

Penganugerahan

Pakaian rasmi Jemaah Dato’-Dato’ Perlis Contoh pakaian penerima anugerah bagilelaki Melayu