dewan bahasa dan pustaka brunei - …learning.asean.org/data/documents/2015/03/admin/adat...

94

Upload: lambao

Post on 20-May-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa
Page 2: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIADAN SUKAN

Page 3: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dun Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dun Sukan Lapangan Terbang Lama Berakas BB35lO Negara Brunei Darussalam

O Yura Halim, 1993

Cetakan Pertama 1993 Cetakan Kedua 2006

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-rnana bahagian artikel, ilustrasi, dun isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dun dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat kin bertulis daripada Pengarah Dewan Bahasa dun Pustaka, Brunei Darussalam.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Pengkatalogan Data-dalamqenerbitan

Yura Halim

Adat mengulum bahasnura Halim. - Bandar Seri Begawan : Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2006. 83 p. ISBN 999 17-0-438-8

1 . Brunei Darussalam - Social life and customs. I. Title 390.095955 (DDC 20)

Reka Bentuk Hiasan Kulit Abdull Rahman Ahmad

Editor Penyeleng'gara Hajah Hasimah Haji Hanafi

Tim Penerbitan Nor Hani Mohd. Daud, Hajah Norfulziah Haji Ismail, Hajah Ramlah Haji Abd. Rahman, dan Rosiah Haji Jaludin

Rupa Taip Teks: Times, 11/13 poin

Atur Huruf oleh Dewan Bahasa dun Pustaka, Brunei Darussalam Dicetak oleh Pencetak Brunei, Brunei Darussalam

Page 4: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa
Page 5: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Kandungan

Prakata Prakata (Dipetik dari cetakan pertarna) Pendahuluan

1 Adat Istiadat Brunei Pengenalan Adat dan Hubungannya dengan Puak di

Brunei Darussalam Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja Corak Pentadbiran Brunei Menurut Adat Corak Pemerintahan Adat yang Ada

Sekarang Pengganti Raja

2 Sopan Santun di Majlis Beradat Pengenalan Aluan Sembah Menjunjung Anugeraha Susunan Duduk di Majlis Beradat Menganugerahi Geiaran

3 Adat Mengulum Bahasa Pengenalan Patik dan Tuan Patik Patik, Hamba Kebawah Duli Tuan Patik dan

Kebawah DuJi Tuan Patik

vii ix xi

Page 6: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Tuanku dan Hamba Duli Tuanku atau Duli Tuanku dan Hamba Duli Tuanku

Peramba dan Tuan Peramba Nenda, Ayahanda, Bonda, Kekanda, Adinda,

Anakanda dan Cucunda Kawang dan Kedayang Kaola dan Tuan Kaola Kaola Pengian Tuan Kaola Babu Dato dan Datu Bahasa Dalam Ti tah Sabda Terasul pada Gelaran Salam dan Ziarah

Glosari Indeks

Page 7: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENG UL UM Bahasa diterbi tkan julung kali lebih sedekad yang lalu. Kini Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka mencetak ulang buku ini atas permintaan orang ramai dan mahasiswa Universiti Brunei Darussalam.

Sekali lagi ucapan setinggi pengfiargaan dan syabas kepada penyusun buku iaitu Yura Halim atas usaha mengetengman adat istiadat diraja, dan adat serta budaya orang katani Brunei yang kekal turun- temurun.

Tidak dinafikan kemantapan adat merupakan asas yang mustahak lebih-lebih lagi untuk perpaduan dan keteguhan bangsa yang dihormati. Di negara kita, kepercayaan serta penghorrnatan kepada adat serta taat setia yang ikhlas anak negeri ini telah merealisasikan negara kita kekal dengan konsep Melayu Islam Beraja.

Semoga Adat Mengulum Bahasa ini dapat dimanfaatkan oleh orang katani khasnya bukan sahaja sebagai bangsa yang prihatin dan berpengetahuan bahkan sebagai bangsa yang berbangga kerana mempunyai adat dan budaya bangsanya sendiri.

- Dr. Mataim bin Bakar Pemangku Pengarah

Page 8: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Prakata (Dipetik dari cetakan pertama)

NAMA YURA Halim cukup dikenali dalam dunia sastera di rantau ini. Beliau adalah seorang tokoh penulis yang pernah menghasilkan novelet Mahkota Berdarah, Sekayu Tiga Bangsi dan Loyang Tua Balan Berkias (koleksi sajak). Sajak-sajak beliau juga pernah terbit dalam antologi sajak bersama penulis lain. Ketokohan beliau dalam dunia sastera dibuktikan dengan pengiktirafan beliau diangkat sebagai tokoh dalarn Tamu Penulis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pemenang Anugerah Kebudayaan ASEAN (bahagian sastera) dalam tahun 1987 di Bangkok.

Yura Halim sendiri pernah memegang pelbagai jawatan dalam pentadbiran awam. Pendidikan beliau di dalam dan luar negeri memberikan beliau pengalaman yang amat berguna. Jawatan Menteri Besar iaitu jawatan terakhir yang beliau pegang sebelum bersara adalah jawatan yang tinggi dalam pentadbiran awam di Negara Brunei Darussalam ketika itu. Malah beliau adalah 'orang dalam' dalam institusi beraja Negara Brunei Darussalam dengan penganugerahan gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussaiam.

Sebagai 'orang dalam' beliau amat matang lagi 'arif' dalam Adat Istiadat Diraja. Kesungguhan dan minat beliau dalam adat istiadat Brunei Darussalam dapat dibuktikan dengan penyusunan bukunya yang pertama mengenai adat istiadat yang berjudul Adat Istiadat Diraja Brunei (1958) di samping kemampuan menyediakan dan membentangkan kertas kerja dalam seminar yang krhubung dengan adat istiadat seperti Seminar Kebudayaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan penerbitan buku ini, sekali lagi membuktikan minat

Page 9: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

dan perhatian beliau yang mendalam tentang adat istiadat Brunei Darussalam yang kekal turun-temurun.

Ini adalah usaha yang murni dan patut dicontohi oleh tokoh lain dalam memberikan sumbangan di bidang kebudayaan Brunei untuk tatapan generasi akan datang. Dengan cara ini kita dapat mengenal dan mengekalkan adat istiadat dan kebudayaan Melayu Brunei demi menegak dan mengukuhkan sistem Melayu Islam Beraja di Negara Brunei Darussalam ini.

- Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Bakyr Pengarah

Page 10: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Pendahuluan

KELAHIRAN BUKU Adat Mengulum Bahasa yang ringkas ini adalah umpama bertimpuh di hujung jungkar sambil menyusun jari di hadapan pembaca. Buku ini hanyalah membisikkan secebis ristaan untuk pembaca yang ingin menjangangkan telinga dan mengesat mata, kalau-kalaulah ada antara yang ketinggalan atau terlupa. Semoga setitik percikan ristaan daripada purih yang tercicir ini akan dapat menjadi tali penyambung ristaan warisan bangsa, penyulai bahasa, penyantun rasa dalam usaha kita bersama membangun, mengusai bangsa dan negara yang bersulamkan keindahan adat bahasa dan resam Brunei Darussalam.

Tidak ada gading yang tidak retak, tak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, tidak ada tubuh yang tidak calar, demikian jugalah keadaan buku ini tidak terkecuali daripada kekurangan dan kelemahan serta kealpaan. Sesungguhnya buku ini hanyalah rantis yang ditebas dengan pemarang tumpul, maka kita penuh berharap ia dimaafkan. Mudah-mudahan rantis pemarang turnpul ini akan diusai dan dibisaikan oleh ahli yang memedulikan adat budaya bangsa, semoga Allah memberkatin y a.

Prakata yang penuh berhikmah dari Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam dalam mengalu-alukan penampilan buku ini adalah satu penghargaan dan penghorrnatan yang amat bemakna. Semoga ingatan muhibah sedemikian akan terkumpul di dalam rahmat Allah jua.

Teratak Yura 2 Mei 1992 29 Syawal 1412

- Yura Halim

Page 11: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

BAB I

Adat Istiadat Brunei

Pengenalan

NEGARA BRUNEI Darussalam adalah sebuah negara yang merdeka dan penuh berdaulat. Sebagai sebuah negara, luta mempunyai kebudayaan dan peradaban seperti juga negara lain di dunia ini.

Pagertian kebudayaan atau istilah kebudayaan itu amat lumrah dianalisis oleh ahli fikir sebagai satu cara hidup manusia, ia mengandungi nilai yang tercipta daripada hasil budi yang digemari, disenangi, diamalkan dan dihormati serta dipercayai oleh masyarakat yang mewujudkan peradaban itu yang biasa disebut dalarn bahasa Inggeris sebagai civilization. Peradaban ini mempunyai banyak kaitannya dengan adat yang dicipta oleh masyarakat itu sendiri.

Apabila satu pengolahan kebaikan peradaban yang merupakan bentuk peraturan yang disukai, disenangi, diamalkan dan dihormati serta dipercayai oleh sesuatu masyarakat dan kekal diikuti dan dihormati maka terjadilah ia seba.gai peraturan yang sempurna bagi ikutan orang ramai. Bentuk peradaban yang teratur, tersusun rapi, yang digemari, sesuai dan disenangi, dipercayai, dihormati serta dipraktikkan oleh masyarakat yang berkenaan dan menjadi warisan turun-temurun biasanya diakui sebagai adat bagi masyarakat atau bangsa itu.

Adat merupakan warisan yang dihormati oleh masyarakat, baik yang lama ataupun baru. Adat yang diubahsuai atau dibisai itu kebiasaannya banyak dipengaruhi oleh kepercayaan,

Page 12: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

corak hidup dan agama. Adat adalah peraturan hidup atau sukat-sukat sebagai garis pandu keperibadian yang mengawal kebaikan dan kesempurnaan sesuatu masyarakat.

Adat adalah sebagai satu faktor hidup yang dapat kita sifatkan sebagai pengawal keperibadian dan kebudayaan bangsa. Peribahasa 'Hidup dikandung adat, adat dikandung adab' tumbuh daripada kekuatan budi yang mempunyai nilai hidup bermasyarakat. Mengasuh keperibadian yang mereka percayai dan hormati dalam pergaulan hidup sehari-hari. Manusia yang tidak mempunyai adat, hidupnya tidak teratur, kasar dan dikatakan biadab - tidaklah ada bezanya dengan hidup haiwan. Manusia adalah makhluk yang Allah kurniakan dengan aka1 dan fikiran.

Dengan teguhnya adat, maka lahirlah masyarakat yang beradab yang penuh sopan santun dan bahasa yang beradat mengandung adab. Masyarakat manusia yang mengakui berperibadi dan mengenali diri tidak dapat menghindarkan diri daripada adat yang mengandung adab.

Betapa teguhnya kita hidup dengan adat dapat diperhatikan daripada peribahasa 'Biar mati anak jangan mati adat.' Sesungguhnya peribahasa ini menitikberatkan kepada adat melebihi daripada yang lain-lain.

i I

Dengan memandang pada keadaan masyarakat, kita ikuti t 1 bahawa perkembangan hidup manusia adalah menurut

kebiasaan alam semula jadi iaitu melalui proses kelahiran, birth, membesar atau tumbuh, growth, dan perkembangan, development. Proses ini adalah proses alam semula jadi. Kita manusia juga demikian; secara lojiknya kita tidak dapat meng- hindarkan kenyataan, bahawa kelahiran dan perkembangan adat bermasyarakat adalah seiring dengan kemunculan dan perkembangan masyarakat atau bangsa itu sendiri. Lahirnya adat itu, sudah tentu akan tumbuh dan membesar dan seterusnya berkembang sesuai dengan kemajuan zamannya. Ia akan menempuh perubahan atau transfomasi. Sesungguhnya adat itu tidak sanggup dipisahkan daripada masyarakat dan masyarakat pula tidak dapat dipisahkan daripada beradat yakni antara aur masyarakat dengan tebing adat. Jika diadakan garis pemisahnya hanyalah &an melahirkan sebuah masyarakat yang pudar dan runtuh.

Page 13: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT ISTIADAT BRUNEI

Dengan menyedari akan perhubungan yang begitu rapat mtara kehidupan adat dan masyarakat, maka kita sebagai bangsa yang bukan saja mencintai dan ingin beradat tetapi juga sanggup berjihad mengawal dan menghormati adat, memper- tilhankan serta menanai kehormatan adat sebagai kebudayaan bangsa.

Menurut proses alam, kita ini dilahirkan, kemudian tnembesar dan tumbuh sama ada subur atau terbantut, terus berkembang dan selanjutnya bertransformasi atau melalui perubahan. Seorang anak yang baru lahir, tidak beradat kerana belum mengenal dan belum mengetahui adat. Dia akan hidup mengikut acuan dan tataran yang diukir, bahasa yang diajar dan didengarnya, cara hidup, makanan yang dimakan, pantang larang serta apa jua cara ia dibesarkan dan diasuh oleh sama ada ibu bapa yang tulen atau penjaga serta pengasuh atau siapa saja yang memimpinnya ke proses pengembangan hidupnya. Sama ada dia dibesarkan oleh pengasuh atau pemimpin yang beragama iaitu apa juga agama, ditunjuk ajar oleh penjaga atau pengasuh yang mengenal dan kuat memegang adat atau sebaliknya. Daripada perkembangan menurut ukiran itu akan menjadikan dia jenis manusia yang beradat menurut masyarakat yang membesarkannya.

Dapat kita fahami bahawa adat hanya akan didapati di dalam kumpulan orang atau kumpulan masyarakat yang mengiktiraf atau mengikut adat itu ada pada diri mereka, seperti yang telah kita bayangkan iaitu pengolahan yang masyarakat itu cipta dan seterusnya diakui, disayangi, dipercayai dan dihormati maka kekallah pengolahan itu menjadi adat mas yarakat tersebut.

Adat dan Hubungannya dengan Puak di Brunei Darussalam

Sebagai sebuah negara tua di rantau Nusantara, Negara Brunei Darussalam telah lama wujud dan sudah banyak melalui berbagai-bagai proses turun naik dan mengharungi banyak pengalaman.

Daripada ketuaan sejarahnya Negara Brunei Darussalam, walaupun pada masa ini hanya tinggal setampap tanah dengan

Page 14: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

keluasan lima ribu tujuh ratus enam puluh lima kilometer persegi dan jumlah penduduknya hanya sejemput yang mengikut kiraan banci terakhir berjumlah lebih kurang tiga ratus empat puluh lapan ribu, lapan ratus orang sahaja, tetapi Brunei tetap mewarisi keunggulan sejarah dan tunggak bangsa yang pernah menguasai dan memerintah keseluruhan kepulauan Brunei (Pulau Borneo) bahkan sampai melimpasi kawasan kepulauan besar ini. Daripada ketuaan sejarahnya juga Negara Brunei Darussalam telah menempuh proses pertukaran alam dan kekuasaan pemerintahan serta mengalami pengaruh perubahan agama dan adat. Akibat daripada ketuaan sejarah dan keluasan pengalaman inilah tertinggalny a purih warisan y ang kekal di negara kita. Pelbagai suku puak bumiputera merupakan unsur corak yang menjelmakan bangsa Brunei. Di Negara Brunei Darussalam ini terdapat masyarakat bangsa Brunei daripada puak Melayu Brunei. puak Melayu Tutong, puak Melayu Belait, puak Melayu Kedayan, puak Melayu Dusun, puak Melayu Murut dan puak Melayu Bisaya. Puak Melayu itu kebanyakan- nya memeluk agama Islam kecuali tiga puak terakhir itu sahaja sungguhpun demikian ramai sudah daripada mereka itu yang telah memeluk agama Islam yang maha suci.

I Hakisan daripada adat yang merumpun dan tumbuh di kalangan bangsa kita Brunei maka kita dapati masing-masing puak memegang dan menghormati adat yang mereka warisi daripada keturunan mereka, misalnya adat Tutong, adat Dusun, adat Belait dan adat Murut. Adat yang terdapat pada pelbagai puak itu melambangkan corak ragam hidup mereka sendiri

I seperti adat berltahwin, adat beranak (bersalin), adat menyambut

I I hari keramaian, adat semasa kematian dan bermacam adat lagi. I Amalan adat yang mereka pakai dan hormati diwarisi daripada

puak itu sendiri, sama ada original ataupun telah dicampur- adukkan. Amalan itu juga banyak dipengaruhi oleh kepercayaan

I agama yang mereka anuti atau yang mereka puja. Pengaruh agama atau kepercayaan itu memainkan peranan penting dalam mengolah dan menyusun adat misalnya dalam adat orang Melayu Brunei, peranan agarna atau kepercayaan amat jelas mempengaruhi dengan mendalam di dalam proses pengolahan dan penyusunan serta pelaksanaaimya.

Page 15: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT ISTIADAT BRUNEI

Dalam menyusun, mengatur, mengawal, mengawasi pengolahan hidup, setiap puak, kumpulan masyarakat suatu bangsa itu mestilah mempunyai adat, iaitu adat yang mereka cipta, adat yang mereka sukai, adat yang mereka sayangi, adat yang mereka percayai dan yang mereka amalkan serta hormati. Adat itu mereka asuh dan diamalkan pada masa dan ketika berkumpul beramai-ramai. Temasya atau keramaian itu merupakan temasya beradat yang dilakukan dengan peraturan yang terikat kepada adat. Temasya berkumpul beramai-rarnai itu ada hubungannya dengan sesuatu objek yang dibuat dengan mengikut adat yang berperaturan yang biasa dijalankan masa ini pada lazimnya kita sebut Adat Istiadat.

Dunia yang kita diami ini amat luas dan mempunyai kepelbagaian yang mengandungi pelbagai puak masyarakat, bangsa dan kepercayaan agama. Kepelbagaian ini menimbulkan beberapa persoalan hidup yang menjadi ujian kepada sesuatu bangsa. Masyarakat atau bangsa yang gagah dan kuat serta berkeupayaan pada zamannya terus berkembang dan subur, melangkaui penjangkauan serta pengaruh kekuatan dan kepercayaan agama yang dianutinya kepada puak masyarakat atau bangsa yang lemah.

Daripada lembaran sejarah diriwayatkan bahawa dahulunya Negara Brunei Darussalam mempunyai kerajaan yang besar dan kuat serta gagah dan berkuasa, pernah memerintah keseluruhan kepulauan Borneo malah menjalar hingga ke kepulauan Luzon di Filipina. Daripada lembaran sejarah juga diriwayatkan bahawa bangsa Melayu Brunei ini melalui proses pengem- bangan atau pertumbuhan, pengembangan serta perubahan atau transformasi pernah dipengaruhi oleh kerajaan Majapahit yang beragama Hindu dan Cina yang beragama Buddha di samping berbagai-bagai pengaruh lain yang mempengaruhi cara hidup sebelum kita bangsa Melayu Brunei menganut dengan penuh keimanan agarna Islam yang maha suci dan diredai Allah.

Tidak dapat kita nafikan pendapat bahawa daripada proses yang kita lalui itu serba sedikit telah mempengaruhi adat istiadat yang kita warisi sama ada adat istiadat itu untuk orang kebanyakan atau rakyat biasa ataupun adat istiadat yang lazim diamalkan dalam adat istiadat yang beradat.

Page 16: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Dalam pelbagai adat yang diwarisi oleh bangsa Brunei maka puak Melayu mempunyai adat yang unik iaitu Adat Istiadat Diraja.' Adat ini disanjung tinggi dan dihormati. Adat yang sangat kita banggakan sebagai cermin keunggulan negara dan kedaulatan bangsa serta keutamaan agama di zaman Brunei tua dulu. Dalam penuturan di zaman Brunei tua dulu antara lain t e rda~a t :~

i. Sesunan pemerintahan negara, iaitu pembesar- pembesar negara yang memerintah sebagai menteri dan pegawai yang membantu raja menjalankan pemerintahan dan pentadbiran.

. . 11. Susunan pemilihan Raja (Sultan) iaitu cai-a memilih

ganti waris yang akan menjadi Raja.

iii. Adat berpuspa iaitu adat istiadat pertabalan Sultan.

iv. Adat menggelar pemksar negara iaitu menganugerahi gelaran kepada Wazir, Cheteria, Pehin dan lain-lain gelaran.

v. Adat perkahwinan, berkhatan dan lain-lain.

vii. Adat susunan duduk di majlis-majlis beristiadat dan beberapa adat yang lain lagi.

Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja

Dengan ringkas, sejauh ini kita telah membicarakan secara umum mengenai adat dan hubungannya dengan puak atau sesuatu masyarakat dan seterusnya dengan bangsa.

Hubungan antara adat dengan suasana sekeliling yang sentiasa mempengaruhi bangsa dan masyarakat memerlukan nilai usaha bagi menguatkan kecintaan dan penghormatan kita

1 Adat Istiadat Brunei dapat diikuti selanjutnya dalam buku Adat Istiadat Diraja Brunei, 1958.

2 Sesungguhnya dalarn ristaan ini kits tidak berniat untub wnghuraikan .secara rinci adat-adat yang disebutkan tapi hanya ristaan aringkas dan sebahagiannya sahaja.

Page 17: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT ISTIADAT BRUNEI

terhadap bangsa. Asas daripada nilai usaha yang diperlukan itu mestilah diterima dan diakui oleh keseluruhan rakyat.

Buat kita di Negara Brunei Darussalam ini beberapa adat ynng biasa terdapat di kalangan puak bangsa Brunei elok sangat diperbisaikan dan dioraksuaikan dengan penyelidikan yang teliti serta dengan penuh kesedaran. Pembisaian ini bertujuan untuk rnewujudkan satu adat resam negara yang kukuh dan diakui. Bengan penuh keyakinan, bahawa adat istiadat sempurna, tulen dan kukuh itu adalah jawapan yang paling tepat bagi menguatkan kecintaan dan penghormatan terhadap negara di samping mengembangluaskannya sebagai alat pengawal keharmonian bangsa.

Kesanggupan Eta mengakui kesimpulan ini adalah dengan keyakinan dan dengan nilai budi bangsa yang mencintai dan menghomati cara hidup bangsa hita sendiri, terutama sekali penghomatan terhadap Adat Istiadat Diraja.

Adat Istiadat Brunei atau lebih dikenali dengan Adat Istiadat Diraja merupakan adat kemuliaan yang dihormati oleh seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam.

Adat Istiadat Brunei adalah sesuatu yang berkembang dengan subur dan sentiasa diperbisaikan sebagai simbol pengusai dan penyimpul dalarn serba-serbi sektor kehidupan. Ia adalah berciri tegas menentang segala yang bercanggah dengan keyakinan dan kehormatan bangsa. Adat istiadat bangsa adalah unsur utama yang kita perlukan bagi mengawasi dan menjalin perpaduan sebagai satu bangsa.

Hingga masa ini Adat Istiadat Brunei masih terns hidup dan kukuh sambil menj alani proses pembisaiannya dan pengembangannya dalam segala aspek kehidupan. Adat Istiadat Diraja dapat kita saksikan dalam istiadat perkahwinan, penganugerahan gelaran pembesar negara, berkhatan, berpuspa dan seumpamanya. Sebagai contoh tentang pembisaian dan pengusaian adat istiadat ini ialah semasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (sesudah baginda turun t m t a dikenali sebagai Duii Yang Teraxnat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Jeneral Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien) dipuspalran pada 3 1 Mei 195 1 yang ketika itu dikenali sebagai

Page 18: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Bandar Brunei. Baginda menaiki usungan yang diangkat iaitu disahan (dipikul di atas bahu) oleh Pengiran-Pengiran pengangkat usungan yang diaturkan mengikut tradisi lama. Tetapi dalam istiadat perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah pada 1 Ogos 1968 di Bandar Brunei, baginda juga diusung di atas usungan tetapi tidak disahan. Baginda bersemayam di atas usungan yang direka khas dengan memakai roda-roda dan ditarik oleh penarik yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan.

Di dalam kedua-dua istiadat kepuspaan (pertabalan) ini, istiadat keberangkatan mengarak Kebawah Duli Yang Maha Mulia dari istana menuju ke Lapau dan keliling bandar adalah diusung di atas 'usungan' iaitu kenaikah diraja. Bezanya ialah usungan kepuspaan pada 31 Mei 1951 itu, disahan oleh Pengiran-Pengiran sementara usungan kepuspaan pada 1 Ogos 1968 memakai roda dan ditarik oleh anggota keselamatan.

- Corak Pentadbiran Brunei Menurut Adat

Sebagai pandangan sepintas lalu, marilah kita ristakan sebahagian daripada corak pentadbiran Brunei mengikut adat yang berjalan sejak zaman dahulu, iaitu sebelum Brunei dicampuri pentadbirannya oleh Barat ataupun sebelum Brunei ditadbirkan di bawah naungan kerajaan British.

Negara Brunei Darussalam adalah lahir dengan persatuan dan perpaduan rakyat yang rela dan taat menyerahkan kuasa diri masing-masing kepada raja (sultan) untuk menjadi hak negara dengan berdasarkan, 'Raja tidak boleh zalim dan rakyat tidak boleh durhaka kepada Raja'.) Ini merupakan sumpah keramat yang telah menjadi kepercayaan dan dihormati serta disanjung dengan penuh taat dan dijunjung oleh seluruh rakyat turun-temurun.

3 Lihat buku Adat Istiadat Diraja Brunei, 1958.

8

Page 19: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT ISTIADAT BRUNEI

Raja (Sultan) dan keturunannya yang mewarisi singgahsana takhta kerajaan Negara Brunei Darussalam adalah wakil rakyat yang mutlak dan menjadi turus dan tunggak negara untuk mengawasi, mengusai, menaungi dan menjalankan tampuk pemerintahan dan pentadbiran negara yang mengandungi empat dasar; pertama kanun, kedua syarak, ketiga resam dan keempat adat istiadat dengan sila (rukun) negara yang berdasarkan kepada 'Raja untuk rakyat dan rakyat untuk Raja.'

Sejak kewujudan Negara Brunei Darussalam baik di zaman kebesaran, kekuatan dan kekuasaan serta kemakmuran dahulu mahupun di zaman ini, adat mutlak yang lazim diamalkan dengan sempurna hanyalah mendaulatkan Raja yang be&- turunan mengikut tahif bapa, iaitu dari keturunan zuriat lelaki saja yang berhak menduduki singgahsana takhta kerajaan. Takrif bapa adalah adat yang sah dan merupakan saluran pancir keturunan orang Brunei yang penuh beradat serta adat mengandung adab yang menganut agama Islam.

Pada zaman sebelum dinaungi oleh kerajaan British, sebagaimana yang telah teradat di Negara Brunei Darussaiam dalam menjalankan pentadbiran negara, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei menjalankan pentadbiran dengan dibantu oleh empat orang pembesar yang digelar Wazir. Wazir itu dikenali dengan gelaran:

Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Di-Gadong Sahibul Ma1 Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah Pengiran Temenggong Sahibul Bahar

Selain dari empat orang Wazir itu ada empat orang lagi yang menyulai Wazir tersebut yang dikenali sebagai "Cheteria Empat." Empat orang Cheteria ini menjadi Kepala Cheteria dan dikenali dengan gelaran:

Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar Pengiran Shahbandar Sahibul Bandar Pengiran Paduka Tuan Pengiran Maharaja Adinda

Page 20: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Empat orang Kepala Cheteria ini dibantu pula oleh delapan orang Cheteria yang disebut "Cheteria Lapan" ataupun "Cheteria Besar" dan seterusnya (Cheteria Besar) dibantu oleh enam belas orang Cheteria yang dikenali sebagai "Cheteria Pengalasan" dan Cheteria Pengalasan pula dibantu oleh tiga puluh dua orang Cheteria yang dikenali sebagai "Cheteria Damit."

Setiap gelaran Wazir dan Cheteria, iaitu Kepala Cheteria, Cheteria Besar, Cheteria Pengalasan dan Cheteria Damit itu, masing-masing mempunyai tugas dan kewajipan4 yang tertentu dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat yang dititahkan dan diamanahkan oleh Raja (Sultan) kepada mereka yang menyempurnakan, memelihara kebajikan

I dan kesejahteraan seluruh rakyat di takluk rantau dan pesisir 1 Brunei. 1

Susunan rapi perjalanan pentadbiran Negara Brunei Darussalam pada zamannya tersendiri itu, Raja yang memerintah dan menjadi tonggak negara itu bukan hanya diperkukuhkan dengan bantuan dan kebijaksanaan Wazir dan Cheteria ini yang menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap bangsa dan tanah air dengan tabah dan ikhlas tetapi mereka ini juga dibantu oleh beberapa orang Menteri yang

I

i dikenali sebagai "Pehin Menteri". Pehin Menteri itu terdiri I I daripada seorang kepala bagi segala Menteri dan bergelar Pehin I

i Datu Perdana Menteri, yang dibantu oleh dua orang Ketua I Menteri yang dikenali sebagai Pehin Orang Kaya Di-Gadong

1 Seri Nara Indera, yang kini dikenali sebagai Pehin Orang

i Kaya Di-Gadong Seri Diraja dan Pehin Orang Kaya Di-Gadong

I Seri Lela.

I Bagi melicinkan pengungkayahan segala urusan pentad- B biran maka kepala segala Menteri dan Ketua Menteri itu I I dibantu pula oleh empat orang Pehin Menteri yang disebut I 1 Menteri Empat yang dikenali dengan gelarm?

1 1 4 Lihat buku Adat Istiadat Diraja Brunei, 1958. i 1 5 Lihat buku Adat Istiadat Diraja Brunei, 1958.

I t J

10

Page 21: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT ISTIADAT BRUNEI

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Pehin Jawatan Luar Pekerrna Raja Pehin Orang Kaya Laksamana Pehin Orang Kaya Shahbandar

Menteri Empat ini kemudian disusuli dan disulai oleh delapan orang Pehin Menteri yang dikenali sebagai Menteri Pengalasan Besar dan selanjutnya dituruti oleh enam belas orang Menteri Pengalasan Biasa dan kemudian diikuti okh tiga puluh dua orang Menteri Pengalasan Damit.

Semua Pehin Menteri ini iaitu Menteri Pengalasan Besar, Menteri Pengalasan Biasa dan Menteri Pengalasan Damit mempunyai gelaran dan tugasnya masing-ma~ing.~

Hampir lima ratus tahun dahulu iaitu sejak pemerintahan Almarhum Sultan Muhammad yang dikenali sebagai Awang Alak Betatar, penduduk Negara Brunei Darussalam telah menganut dan beriman kepada ajaran Islam dan sejak itu Negara Brunei Damssalam telah mengamalkan dan menjadikan ajaran Islam sebagai garis pandu cara hidup masyarakat di negara ini. Dapat kita percayai bahawa Islam telah menjadi ideologi negara. Dengan keyakinan kepada ajaran Islam itulah maka urusan pentadbiran agama Islam dikendalikan oleh beberapa orang alim yang dikenali sebagai Pehin Menteri Ugama. Pehin Menteri Ugama diberi gelaran Pehin Datu Seri Maharaja iaitu sebagai Ketua Menteri yang mentadbir dan menguruskan ha1 ehwal agama. Beliau dibantu oleh:

Pehin Siraja Khatib Pehin Datu Imam Pehin Tuan Imam Pehin Udaha Khatib

Dan seterusnya dilantik beberapa orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berpengalaman dalam urusan agama sebagai pegawai yang bertugas di masjid dan tempat ibadat.

6 Lihat buku Adat Istiadat Diraja Brunei, 1958.

Page 22: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Mereka itu dikenali dengan gelaran Khatib, Mudim dan Marbut.

Corak Pemerintahan Adat yang Ada Sekarang

Dari masa ke semasa c o r k pentadbiran adat ini telah meng- alami penyesuaian mengikut keadaan semasa dan perubahan zaman. Sebagai memperingati perubahan dari masa ke semasa dan untuk menyenangkan para pembaca 'ristaan ringkas' ini eloklah kita teliti perkara berikut.

Di awal tadi telah diterangkan bahawa pada zaman dahulu Negara Brunei Darussalam mempunyai empat orang Wazir dan gelaran Wazir itu masih dikenali oleh seluruh rakyat Brunei sarna seperti zaman dahulu tanpa perubahan hingga ke zaman Brunei Merdeka (Brunei merdeka penuh pada 1 Januari 1984).

Perlu diingati apabila Negara Brunei Darussalam menan- datangani perjanjian tahun 1888, dengan rasmi Negara Brunei Darussalam berada di bawah naungan kerajaan British dan dengan perjanjian tahun 1905-1 906 Negara Brunei Darussalam mulai menerima sistem pemerintahan British seperti yang

I

dijalankan di Semenanjung Tanah Melayu. Negara Brunei Darussalam bersetuju dan menerima pegawai British mengetuai pentadbiran negara. Pegawai itu dikenali dengan nama Residen British atau British Resident yang berkediaman di Brunei. Pegawai British yang dikenali sebagai Residen British ini mewakili kerajaan British menjalankan semua ha1 ehwal pemerintahan Negara Brunei Darussalam kecuali perkara yang berkaitan dengan adat istiadat dan agama Islam.

Dalam masa peralihan pemerintahan dan kuasa kepada British yang diwakili oleh Residen British, empat orang Wazir sebagai pembesar kanan yang membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei hanya tinggal dua orang yang masih hidup masa itu iaitu Yang Terarnat Mulia Seri Paduka Pengiran Bendahara dan Yang Teramat Mulia Seri Paduka Pengiran Pemancha. Dengan catatan dakm sejarah peralihan itu, kita dapati "tiga wama" direka dan dibentuk menjadi "Bendera Negara" Brunei Darussalam iaitu warna kuning, putih dan hitam. Warna ini adalah mengikut w m a bendera peribadi

Page 23: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT ISTIADAT BRUNEI

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan iaitu warna kuning, warna bendera peribadi Yang Teramat Mulia Seri Paduka Pengiran Bendahara iaitu wama putih dan warna bendera peribadi Yang Teramat Mulia Seri Paduka Pengiran Pemancha iaitu wama hitam. Pada masa itu bendera negara dan bendera lain belum mempunyai panji seperti yang ada pada masa ini.

Jawatan Wazir sejak zaman peralihan itu terdiri dua orang iaitu Yang Teramat Mulia Seri Paduka Pengiran Bendahara dan Yang Teramat Mulia Seri Paduka Pengiran Pemancha tetapi dalam masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Omar ' Ali Saifuddien Sa' adul Khairi Waddien Sultan Brunei yang ke-28 barulah gelaran Wazir itu dihidupkan dan dengan menganugerahi gelaran Yang Teramat Mulia Sei-i Paduka Duli Pengiran Temenggong kepada anakanda baginda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Mohamed Bolkiah pada 29 September 1967. Sejak hari itu Negara Brunei Darussalam mempunyai tiga orang Wazir iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Bendahara, Pengiran Pemancha dan Pengiran Temenggong.

Apabila Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota Brunei iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Hassanal Bolkiah menaiki takhta kerajaan pada 5 Oktober 1967 menggantikan ayahandanya yang dengan sukarela turun dari takhta menjadi Paduka Seri Begawan Sultan pada 4 Oktober 1967, gelaran Wazir Brunei itu kembali kepada empat orang apabila Yang Amat Mulia Pengiran Shahbandar Sahibul Bandar Pengiran Haji Mohd. Salleh ibnu Pengiran Anak Haji Moharnmad dianugerahi gelaran Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di-Gadong Sahibul Ma1 pada 9 Mei 1968 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Dalam masa pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, beberapa perubahan tambahan gelaran pembesar negara telah dibuat untuk membisaikan dan mengukuhkan peratui-an adat. Pada masa pemerintahan bagindalah diadakan Kepala Wazir dan Kepala Cheteria dengan mencipta satu oelaran baru iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri e Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar. Gelaran

Page 24: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

ini membawa kedudukan tinggi sebagai Kepala Wazir dan telah dikurniakan kepada adinda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Mohamed Bolkiah yang pada masa itu menyandang gelaran Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Temenggong Sahibul Bahar. Istiadat penganugerahan gelaran Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himrnah Wal-Waqar itu telah dilangsungkan pada 6 Februari 1970 di Lapau.

Dalam zaman pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ini juga telah diadakan tambahan gelaran Kepala Cheteria iaitu selain daripada gelaran Cheteria Empat. Gelaran barn itu dikenali sebagai Yang Amat Mulia Pengiran Perdana Cheteria Sahibul Nabalah dan telah dianugerahi kepada Yang Amat Mulia Pengiran An& Haji Kharnis ibnu Almarhum Sultan Hashim, yang sejak 15 Februari 1968 menyandang gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Paduka Tuan Sahibun Karib. Upacara penganugerahan gelaran baru ini berlangsung di Istana Darul Hana pada 15 Mei 1968, diikuti pula dengan lantikan tambahan gelaran baru yang dikenali sebagai Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah yang dianugerahkan pada 8 April 1975 kepada Pengiran Anak Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar yang sejak 2 Ogos 1972 menyandang gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Shahbandar Sahibul Bandar. Dengan perubahan dan tambahan gelaran baru seperti yang dijelaskan, susunan Wazir dan Cheteria mngikut Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam pada masa ini terdiri daripada:

WAZIR

Duli Yang Teramat Muiia Paduka Seri Pengkan Perdana Wazir S ahibul Himmah Wal- Waqar sebagai Kepala Wazir

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri f engiran Di-Gadong Sahibul Ma1

Page 25: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT ISTIADAT BRUNEI

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah7

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Temenggong Sahibul Bahaf

CHETERIA

Yang Amat Mulia Pengiran Perdana Cheteria Sahibun Nabalah

Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah

CHETERIA EMPAT

Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar

Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib (sebelumnya dikenali sebagai Pengiran Paduka Tuan)

Yang Amat Mulia Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar (sebelumnya disebut Pengiran Shahbandar)

Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad (sebelumnya disebut Pengiran Maharaja Dinda)

Seterusnya diikuti oleh Cheteria Lapan atau Cheteria Besar, diikuti oleh ~heter ia Enam Belas atau Cheteria Pengalasan kemudian Cheteria Tiga Puluh Dua atau Cheteria Pada zaman pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sen Baginda Sultan yang ke-29 ini juga dibuat beberapa gelaran Cheteria tambahan iaitu Cheteria-Cheteria yang tidak termasuk dalam Cheteria Empat, Cheteria Lapan, Cheteria Enam Belas

7 Sejak kemangkatan Yang Terarnat Mulia Paduka Seri Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah Pengiran Muda Haji Muhammad Alarn pada 14 November 1982 gelaran ini belum diisi.

8 Sejak 25 Mei 1976 belum diisi.

9 Untuk narna penuh gelaran sila lihat buku Adat Istiadat Diraja Brunei, 1958 atau Muzium Journal Vol. 3 No. 3 t&un 1975.

Page 26: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

dan Cheteria Tiga Puluh Dua yang lazim dalam susunan Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam pada zaman dulu.

Gelaran-gelaran menteri berciri dan juga gelaran-gelaran menteri agama tidak berlaku perubahan kecuali gelaran Kepala Menteri yang dahulu dikenali sebagai Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela kekal dikenali sebagai Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela juga tetapi yang dahulunya disebut Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Nara Indera sekarang dikenali sebagai Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Diraja.

Kemantapan adat merupakan asas yang mustahak. Seperti asas yang lazim terdapat pada organisasi yang berjalan dengan subur dan cergas maka adat yang dihormati oleh rakyat merupa- kan asas perpaduan bangsa. Keteguhan dan perkembangan bangsa yang dihormati terletak kepada keluhuran dan kemantagan adat.

Dalam perkembangan hidup atau pembentukan ber- masyarakat, beberapa faktor menjadi nadi penggerak, antaranya kekuatan berfikir oleh manusia yang sihat yang merniliki nilai akhlak yang mulia dan kepercayaan serta penghormatan kepada adat. Suasana yang terus-menerus dengan keluhuran dan kemegahan yang berunsurkan adat serta taat setia yang ikhlas itulah yang menjadi Negara Brunei Darusalam kekal dengan konsep Melayu Islam Beraj a dengan pentadbiran beraj a, beradat istiadat Melayu dan mengamalkan agama Islam. Hingga ke saat ini negara Melayu ini tetap beraja dengan Islam sebagai agama rasmi dan adat Brunei terus dijunjung dan dihormati.

Pengganti Raja

Masyarakat Brunei tua yang bersandarkan kepada adat yang tulen mengamalkan hidup bermuafakat atau bermuzakarah selaras dengan pepatah, 'Bersatu kita teguh bercerai kita runtuh' .

Dengan cara hidup yang dikandung adat, adat yang mengamalkan hidup bermuafakat inilah asas perpaduan Raja dengan rakyatnya. Jika terjadi sesuatu kejadian yang menimpa Raja (Sultan) yang memerintah sehingga tidak ada Raja yang menduduki singgahsana takhta kerajaan baik oleh kemang-

Page 27: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT ISTIADAT BRUNEI

katan atau lindung atau dengan sebab lain yang menyebabkan ketiadaan Raja maka pembesar negara akan mengadakan musyawarah bagi menentukan bakal pengganti Raja yang sah dan mutlak.

Dalam musyawarah memilih pengganti Raja itu, pembesar- pembesar negara &an memilih mengikut susunan seperti yang lazim teradat pada zaman Brunei tua dulu.1•‹

Pilihan utama ialah dari putera-putera Sultan (Sultan yang akan diganti) dengan mendahuhi piiihan itu kepada putera yang tertua dan mestilah putera gahara,ll waras dan memeluk agama Islam mengikut Mazhab Syafie. Jika putera gahara yang tertua itu terdapat kecacatan yang boleh menyebabkan dia tidak dapat dipilih maka pilihan berikutnya diutamakan kepada putera gahara mengikut susunan zuriat yang tua didahulukan.

Jika Sultan yang mangkat atau Sultan yang tidak dapat lagi menduduki takhta kerajaan itu tidak meninggalkan atau tidak mempunyai putera yang gahara, maka menurut adat Brunei, waris yang berhak dipilih ialah saudara lelaki kepada Sultan yang akan diganti iaitu saudara gahara yang seibu sebapa (adik kandungnya) yang tertua.

Seterusnya mun tah terjadi tidak ada waris yang sah daripada putera-putera Sultan yang akan diganti itu dan tidak juga terdapat saudara-saudara lelaki yang gahara dan layak dipilih maka pilihan selanjutnya akan diutamakan kepada bapa saudara Sultan yang akan diganti iaitu bapa saudara gahara yang tertua daripada bapa iaitu bukan indung petuan sebelah bondanya. Seterusnya setelah diteliti dengan sempuma, tidaklah jua didapati waris-waris yang sah seperti yang dikehendaki daripada susunan zuriat yang disebut di atas maka pilihan selanjutnya diberikan kepada putera-putera Sultan yang akan diganti iaitu putera-putera yang bukan gahara12 deagan mendahuiui yang tertua yang diutamakan.

10 Lihat buku Adat Istiadat Diraja Brunei, 1958.

I 1 Putera Sultan yang bondanya daripada keturunan raja-raja Brunei.

12 Putera Sultan yang bondanya bukan daripada keturunan raja-raja atau tidak bergelar Pengiran.

Page 28: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Selanjutnya jika masih tidak ada putera yang bukan gahara yang layak dipilih maka pilihan akan ditumpukan kepada saudara lelaki Sultan yang akan diganti iaitu saudara lelaki yang bukan gahara dengan mendahului pilihan kepada yang tertua dengan mengambil ingatan bahawa saudara lelaki itu adalah saudara lelaki yang sebapa dengan Sultan yang akan diganti.

Mun tah juga, sesudah diperiksa dan didapati tidak jua ada yang layak dipilih daripada susunan zuriat yang disebut di atas maka pilihan selanjutnya ialah daripada cucu-cucu Sultan yang akan diganti iaitu cucu-cucu yang gahara yang tertua.

Takdirnya dengan kehendak Allah subhanahu wa taala, tidak ada seorang pun zuriat daripada keturunan waris Sultan yang akan diganti itu sebagaimana susunan pilihan yang dinyatakan di atas maka menurut adat Brunei tua, tidak ada lagi yang lain yang layak dipilih melainkan orang yang pada masa itu bergelar Pengiran Bendahara.

Dalam melaksanakan pilihan bagi Raja (Sultan) menurut adat Brunei, sesiapa jua yang diakui sah oleh permuafakatan maka orang yang dipilih menduduki singgahsana takhta kerajaan itu hendaklah yang sempurna dan siuman bagi menjalankan pekerjaan tampuk pemerintahan negara dan mestilah memeluk agama Islam dan mengamalkan serta mengikut Mazhab Imam S yafie.

Catatan: Sejak tahun 1959 apabiia Negara Brunei Darussalam telah mempunyai Undang-Undang Perlernbagaan, maka bakal pengganti Raja (Sultan) telah dikuatkuasakan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan (Sultan yang sedang memerintah) boleh, dengan membuat pemasyhuran oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan itu dianugerahi gelaran Duli Pengiran Muda ,Mahkota - (Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota) - 8(1) Bab I1 PMRMPR.

Page 29: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

BAB 2

Sopan Santun di Majlis Beradat

Pengenalan

TELAH TERADAT sebagai budaya orang Melayu Brunei, dalam majlis istiadat, kehadiran seseorang ke dalam majlis itu menurut kelaziman adat yang diwarisi tetap menggambarkan bahawa rakyat Brunei sesungguhnya menghormati adat yang disulami dengan sopan santun. Apabila mahu menghadiri sesuatu majlis, biasanya sebelum berpergian lebih dahulu memikirkan akan pakaian yang patut dipakai, tentang sinjang yang elok ditapih dan lain-lain lagi.

Setibanya ke kawasan majlis, sebelum masuk ke ruang majlis, seseorang itu lebih dahulu memerhati orang yang telah sedia duduk beratur (baik majlis itu diadakan di Lapau, di surau, di balai atau di mana-mana saja). Pemerhatian ini dibuat untuk menentukan tempat yang dia patut duduk, di bawah kedudukan siapa ataupun di atas kedudukan siapa. Apabila telah ada btentuannya barulah masuk ke ruang majlis dan t w s menuju ke tempat yang layak diduduki dengan penuh sopan santun dan &nib. Semasa berjalan menuju ke tempat duduk biasanya melalui atau berjalan di belakang orang yang sedia duduk dan apabila duduk hendaklah menghalakan pandangan ke arah orang yang terkanan sekali dalam mang m a j k itu.

Apabiia telah duduk di dalam majlis, maka sekiranya bndak keluar dari ruangan majlis itu buat sekejap waktu kerana wsuatu sebab, sebagai adab krsopan santun mestiiah meminta i d n atau menjunjung anugeraha (rninta izin mernohon diri untuk

Page 30: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

beredar) kepada orang yang terkanan di ruang majlis itu dan masa beredar ke luar dari tempat duduk hendaklah berjalan atau melalui di belakang orang sedang duduk.

Aluan Sembah

Dalam pengertian majlis beradat yang telah serba ringkas dibayangkan di atas tadi iaitu cara dan sopan santun memasuki ruang majlis. Di antara tetamu yang menghadiri majlis itu terdapat orang kenamaan yang dianugerahi gelaran seperti Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria, Pehin-Pehin Menteri, Pehin Menteri Ugama, Panglima, Pengarah, Pateh, Damong, Juru dan lain-lain lagi. Semua orang yang disampiri nama gelaran itu apabila masuk ke ruang majlis dia menetap duduk di tempat kedudukannya yang dia layak duduk, mereka itu akan lebih dahulu menyembahkan 'Aluan Sembah' kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan (jika Sultan telah bersemayam di rnajlis) atau kepada Wazir atau Cheteria atau siapa jua antara mereka yang layak menerima sembah di ruang majlis itu. Dalam erti kata 'Aluan Sembah' ini hanyalah akan dialu-alukan dan disempurnakan oleh orang yang dianugerahi nama gelaran atau dengan kata lain orang yang tidak bergelar tidaklah dikehendaki menyembah.

Seseorang yang dianugerahi gelaran atau disampiri nama apabila memasuki ruangan majlis beradat akan melakukan 'Aluan Sembah' yang ditujukan kepada orang yang terkanan yang sudah sedia duduk di ruang majlis yang berhak menerima sembah.

Apabila seseorang yang bergelar itu sampai di tempat yang layak didudukinya, dia akan duduk bersila dan berengsot ke hadapan sedikit, dan dengan teratur menuju mengadap ke arah orang yang &an ditujukan 'Aluan Sembah'. Dalam keadaan duduk bersila dia mengangkat kedua-dua belah tangan yang ditangkupkan rapat ke tengah-tengah kepala jika 'Aluan Sembah' itu ditujukan kepada Wazir dan putera gahara Raja atau bawah kening iaitu antara bawah kening dengan di atas hidung (bukan di bawah hidung) jika ditujukan kepada Cheteria.

Page 31: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa
Page 32: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Istiadat mengarak sempena Jubli Perak Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu 'izzaddin Waddaula h Sultan dun Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 5 Oktober 1992

Page 33: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Aluan Sembah terhadap Raja (Sultan)

Page 34: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Aluan Sembah terhadap Wazir atau Putera Gahara Raja

Page 35: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Aluan Sembah terhadap Cheteria

Page 36: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Sembah Menjunjung Anugeraha terhadap Raja (Sultan)

Page 37: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Sembah Menjunjung Anugeraha terhadap Wazir atau Putera Gahara Raja

Page 38: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Sembah Menjunjung Anugeraha terhadap Cheteria

Page 39: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

SOPAN SANTUN Dl MAJLIS BERADAT

Pada masa menyampaikan 'Aluan Sembah' itu pandangan mata hendaklah ditujukan ke arah orang yang ditujukan 'Aluan Sembah'. Kedudukan tangan akan menetap sekejap sehingga dia melihat orang yang ditujukan 'Aluan Sembah' itu telah membalas sembahnya atau jika orang yang ditujukan 'Aluan Sembah' itu tidak menyedari atau tidak melihat maka setelah dikira atau diagak-agak yang tempoh 'Aluan Sembah' itu telah dibalas, barulah menurunkan tangannya dan berengsot ke helakang mengambi.1 tempat duduknya semula. Sudah teradat walaupun orang yang ditujukan 'Aluan Sembah' itu tidak menyedari akan orang yang menyembah, maka sembah mestilah disempurnakan.

Menjunjung Anugeraha

Mengikut adat Brunei, orang yang bergelar menyembah, iaitu seperti juga adab mengulum adat yang melibatkan orang yang tidak bergelar walaupun mereka tidak dimestikan menyembah tetapi seperti yang biasa dalam istiadat beradat masa masuk ke ruang majlis mereka mesti menghalakan pandangannya kepada orang yang terkanan yang sedia ada di majlis itu. Begitu juga seperti yang telah diterangkan di atas apabila seseorang itu hendak keluar dari ruang majlis walaupun untuk sekejap waktu biasanya sebagai adab bersopan santun akan berisyarat memohon diri. Mereka yang bergelar, jika mereka itu (orang yang dianugerahi nama gelaran) hendak beredar dari tempat duduknya untuk keluar walaupun sekejap mestilah meminta izin atau menjunjung anugeraha. Mereka rnestilah menyembah dengan lebih dulu berengsot sedikit ke hadapan dan menghadap ke arah orang yang terkanan, yang berhak menerima sembah dengan tetap bersila dan mengatakan, "Junjung Nugaraha" lalu melakukan sembah menjunjung anugeraha. Sembah ini juga dikenali sebagai "Laila Sembah."

Cara melakukan sembah menjunjung anugeraha itu ialah dengan lebih dulu memecah silanya (mengubah duduk bersila) iaitu kaki kiri ditarik ke belakang dan kalu kanan didirikan berlutut dan mendudukkan pinggangnya di atas turnit kaki kiri seolah-olah kelihatan duduk bertinggung. Bila sempurna

Page 40: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

barulah mengangkat sembah menjunjung anugeraha dengan mengangkat kedua belah tangan yang ditangkupkan rapat ke atas tengah-tengah kepala atau ke atas bumbunan kepala atau ke atas antara di bawah kening dengan di atas hidung (tidak di bawah hidung). Matanya tetap memandang ke arah orang yang ditujukan sembah, sehingga sembah itu dibalas. Sesudah dibalas barulah dia bergerak lalu dengan tidak payah duduk bersila lagi. Masa keluar hendaklah melalui atau berjalan di belakang orang yang sedang duduk. Orang ramai (orang yang tidak bergelar) tidak menyembah kecuali Awang-Awang yang mengangkat dian dan bintang petian atau tikar, tetapi sembah mereka tidak dibalas oleh orang yang ditujukan sembah.

Setiap sembah yang disernbahkan, baik sembah yang kita sebut 'Aluan Sembah' atau sembah 'Menjunjung Anugeraha' akan dibaias oleh orang yang menerima sembah, dengan tetap duduk bersila di tempat kedudukannya dan memerhatikan ke arah orang yang melakukan sembah. Apabila sembah itu sempurna dilakukan dia akan membalas dengan merapatkan kedua tapak tangannya dan meletakkan tangan yang bertangkup itu di empat peringkat, iaitu bertentangan dengan pusat, bertepatan dengan kedudukan hati dan jantung iaitu di tengah- tengah dada, di bawah dagu, dan di hadapan mulut di bawah hidung. Kedudukan tangan itu bergantung kepada siapa yang menyembah.

Dalam majlis istiadat yang telah kita ikuti di atas itu, setiap orang yang telah berada di tempat duduk akan terus duduk saja melainkan jika mereka itu orang-orang bergelar hendaklah menyembah kepada orang yang patut menerima sembah. Sesudah melakukan sembah barulah duduk ke tempat yang layak baginya. Jika hendak keluar hendaklah menyembah terlebih dahulu.

Sungguhpun demikian tertibnya susunan adab mengulum adat yang dihormati oleh orang Brunei namun demikian ada jua kelonggarannya dalam menyembah sama ada untuk 'Aluan Sembah' atau sembah 'Menjunjung Anugeraha'. Pada waktu- waktu yang tertentu, mereka yang baru masuk ke majlis dan yang &an keluar dari majlis tidaklah payah melakukan sembah tetapi memadai dengan menundukkan kepala sedikit ke arah

Page 41: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

SOPAN SANTUN Dl MAJLIS BERADAT

orang yang patut menerima sembah. Kelonggaran ini hanyalah diizinkan pada waktu majlis istiadat yang ada hubungnya dengan upacara keagamaan. Kelonggaran itu berlaku apabila kitab suci Al-Quran al-karim atau kitab zikir telah berada di tengah-tengah majlis. Kelonggaran ini berterusan sehingga upacara keagamaan itu selesai dan kitab suci Al-Quran atau seumpamanya telah tidak ada lagi di majlis tersebut.

Selesai saja upacara istiadat keagamaan itu, maka adat istiadat dalam majlis akan dijalankan seperti yang lazim bagi rnajlis adat istiadat, sehinggalah Pehin Penyurat mengadap dan berdatang sembah kepada orang yang terkanan di majlis itu menyatakan bahawa majlis telah selamat sempurna, iaitu sesudah Pehin Penyurat terlebih dahulu menghadap kepada orang yang empunya majlis itu.

Susunan Duduk di Majlis Beradatl

Dalam meristakan susunan tempat duduk di majlis adat istiadat ini kita hanyalah menyusur kembali ristaan yang diwarisi oleh orang Brunei pada masa silam, yang terdapat pada adat Brunei dahulu. Pada masa sekarang kita tidak dapat lagi menyaksikan sepenuhnya apa yang diristakan itu.

Pada masa lalu para tetamu di ruang majlis yang beradat biasanya duduk mengikut taraf susunan darjat dan keturunan masing-masing yang mengikut takrif bapa2 orang itu. Taraf darjat diri atau asal usul pancir keturunan bapa seseorang itu memang diketahui sendiri oleh diri peribadi orang berkenaan.

1 Susunan kedudukan yang sedang dipraktikkan masa ini tertakluk kepada panduan dan pengesahan Jabatan Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam.

2 Menurut adat turun-temurun di Brunei seseorang anak yang berbapakan orang kebanyakan, baik bapanya itu orang yang bergelar atau tidak tetapi ibunya berketurunan Pengiran maka anak itu tidak disebut Awangku atau Pengiran jika lelaki atau Dayangku atau Pengiran jika perempuan tetapi jika bapanya berketurunan Pengiran walaupun ibunya orang kebanyakan, anak itu akan disebut Awangku atau Pengiran jika lelaki dan Dayangku atau Pengiran jika perempuan.

Page 42: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Biasanya orang yang sedarjat atau setaraf akan duduk berseberangan (bersebelahan atau berhadapan) dan berselang- seli mengikut tua atau muda umur. Ini bererti darjat keturunan dan umur menjadi ukuran. Jika darjat atau tarafnya tidak setara dengan orang yang di seberang, misalnya orang itu lebih tinggi tarafnya maka dia akan mengambil tempat duduk di bawah sedikit dari barisan (banjaran) orang tersebut yakni tidak tepat bertentangan. Adat mengulum adab yang diwarisi sejak zaman dahulu itu menggambarkan kemanisan adab dan sopan santun Brunei tua yang memelihara adat keturunan dengan mengingati takrif bapa, keturunan anak gahara atau bukan gahara. Wazir serta semua orang yang dianugerahi gelaran duduk bersusun mengikut darjat disambung oleh Pehin mengikut peringkat gelaran dan seterusnya disusuli oleh Awang-Awang dan orang kebanyakan.

Dalam majlis yang beradat jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan putera-putera baginda yang tidak bergelar berangkat sama maka putera-putera itu didudukkan di sebelah atas Sultan.

Secara beradat, jika ternyata bahawa kedudukan seseorang itu tidak mengikut susunan taraf majlis beradat, maka Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja atau Pehin Bendahari (mengikut taraf orang yang akan dibetulkan kedudukannya) akan duduk di hadapan atau berhampiran dengan orang yang akan dibetulkan tempat kedudukannya, kemudian menyembah lebih dulu kepada orang yang terkanan di dalam majlis itu. Apabila selesai menyembah baharulah dia berpaling kepada orang yang mahu dibetulkan kedudukannya dengan mengatakan lebih kurang begini. "Junjung tuan peramba ke atas," jika yang dimaksudkan itu Pengiran dan menunjukkan arah tempat duduk ataupun,

I

"Silakan Pehin ke atas," jika orang yang dimaksudkan itu Pehin. Dalam menyempurnakan adat mengulum bahasa yang beradab ini Pehin yang melakukan pembisaian kedudukan itu akan menjunjung atau mempersilakan orang yang patut duduk di atas beralih duduk di atas dengan tidak mengubah kedudukan atau meminta orang yang duduk mengatasi kedudukan orang yang diatasinya itu beralih ke bawah. Adab dan bahasa ini membayangkan sopan santun Brunei asli yang murni yang tidak ingin mengubah aying mua orang atau mengusik perasaan

Page 43: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

SOPAN SANTUN Dl MAJLIS BERADAT

orang. Dengall berbuat demikian maka samalah seperti menarik ratnbut di dalam tepung, rambut dikeluarkan dan tepung tidak berkecai atau memukul ular, ular mati tetapi tanah tidak lebam dan kayu pemukul tidak patah.

Menganugerahi Gelaran Sudah teradat sejak zaman-berzaman dalam menjalankan pentadbiran negara maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dibantu oleh beberapa orang pembesar negara yang terdiri dari Wazir, Cheteria serta beberapa orang Pehin Menteri, dengan gelaran menurut taraf dan tugasnya masing- masing. Darjat dan taraf gelaran itulah yang menentukan kewajipan orang-orang bergelar. Darjat dan taraf gelaran itu dianugerahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Menurut ristaan, seseorang yang bakal dianugerahi gelaran, sebagai mencerminkan perpaduan masyarakat dan kebijak- sanaan penyusunan pemerintahan zaman Brunei tua, sebelum titah perkenan Raja (Sultan) seseorang itu &an diselidiki clan dibuat penelitian mengenai asal usulnya, budi pekertinya, ilmu pengetahuan dunia dan akhiratnya, kebijaksanaan dan ketaatannya terhadap Raja dan negara.

Apabila didapati layak dan diperkenankan oleh Raja (Sultan) untuk dianugerahi atau disampiri nama, maka orang itu terlebih dahulu dirisiki akan maksud Raja (Sultan).

Sebelum istiadat menganugerahi gelaran dibuat dengan rasmi, jika orang yang bakal digelar itu hadir pada suatu istiadat beradat yang diadakan di Istana, di Lapau atau di surau, sungguhpun orang ramai belum tahu tetapi ia akan diangkatkan atau dihidangkan Bintang Petian di hadapannya yang tidak disertai dengan tudung atau kain penutupnya mengikut warna bendera bagi gelaran yang disandangnya. Jika istiadat beradat itu diadakan pada malam hari maka selain dari Bintang Petian itu diangkat juga dian yang sedia ditunu. Dian-dian yang diangkatkan itu berlainan ukuran besarnya mengikut martabat gelaran.

Seseorang yang telah direstui bakal menerima gelaran, baik dia seorang Pengiran atau bukan Pengiran, maka sebelum

Page 44: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

istiadat rasmi dilakukan terlebih dahulu secara adat dia akan diagai ke rumah kediamannya oleh satu rombongan. Orang yang dititahkan atau disabdakan menjadi kepala atau ketua rombongan mengagai itu ialah orang yang taraf kedudukannya di bawah daripada kedudukan orang yang bakal digelar. Mjsalnya jika orang yang bakal digelar itu seorang Cheteria yang akan menyandang gelaran Pengiran Siraja Muda, maka orang yang menjadi ketua rombongan mengagai mestilah seorang Pengiran Cheteria yang kedudukannya di bawah Pengiran Siraja Muda. Orang yang dititahkan atau disabdakan menjadi ketua rombongan mengagai akan menyampaikan dan memberitahu segala butir yang dititahkan atau disabdakan termasuklah nama gelaran yang akan disandang serta tarikh yang ditetapkan bagi menyempurnakan istiadat perasmian penganugerahan. Istiadat pengisytiharan menganugerahi nama gelaran itu akan diadakan di Lapau atau di balai ataupun di surau iaitu mengikut taraf gelaran yang akan dianugerahi.

Pada zaman dulu, mengikut ristaan, seseorang yang akan disampiri gelaran dan merasa bahawa dia tidak terdaya menanai kewajipan bagi gelaran yang akan disandangnya itu, biasanya dengan ikhlas berterus terang meminta kepada orang yang datang merisik agar menyembah perasaan syukur dan menjunjung kasih atas limpah kurnia itu tetapi ia tidak dapat menanai akan kewajipan gelaran itu dan sebagai rakyat yang taat setia dia menjunjung minta diampuni dengan kata peribahasa supaya dia 'jangan dibunuh. '

Kata-kata 'jangan dibunuh' ini tidaklah menurut erti bahasa yang sebenar tetapi hanyalah sebagai sopan santun bahasa yang dikulum adat sebagai menyatakan hasrat hati. Menurut ristaan, pada kebiasaannya di zaman Brunei tua dahulu apabila seseorang itu dianugerahi nama gelaran sebagai orang besar negara maka orang ramai akan menyebut nama gelaran itu sahaja dengan tidak payah menyebut nama batang tubuhnya lagi. Orang ramai memahami hanya seorang di seluruh rantau takluk Brunei pada zaman itu yang menyandang nama gelaran tersebut. Misalnya orang yang bernarna Awang Md. Alih atau Pengiran Abdul Kahar, diam di sebuah kampung dalam sebuah daerah di Negara Brunei Darussalam, orang ramai di tempat itu

Page 45: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

SOPAN SANTUN Dl MAJLIS BERADAT

mengenalinya dengan menyebut atau memanggil nama Md. Alih atau Pengiran Abdul Kahar. Sebagai penjelasan bagi nama itu dihubungkan pula dengan nama bapanya atau nama kampungnya kerana boleh jadi ada Md. Alih atau Pengiran Abdul Kahar yang lain di kampungnya itu. Tetapi jika Awang Md. Alih atau Pengiran Abdul Kahar dianugerahi nama gelaran, misalnya Awang Md. Alih disampiri nama Pehin Orang Kaya Laksamana atau Pengiran Abdul Kahar dianugerahi gelaran Pengiran Shahbandar Sahibul Bandar sebagai seorang Cheteria, dengan pengisytiharan rasmi yang beradat di Lapau itu maka Awang Md. Alih akan dikenali sebagai Pehin Orang Kaya Laksamana atau fehin Laksamana saja dan Pengiran Abdul Kahar akan dikenali sebagai Pengiran Shahbandar Sahibul Bandar atau Pengiran Shahbandar saja. Sehubungan dengan ini ~rntuk memahami lebih jelas lagi cuba ikuti contoh perbualan berikut:

A : Apakita bawa atu?

B : Inda ada apa-apa, bingka susu dan kuih kakara, nganya.

A : Dari mana kita kian antadi?

B : Dari rumah Pehin Laksamana.

A : Oh, rupanya, bahapa ya Pehin?

B : Makan doa selamat, anak menantunya baru mulih belarai dari Singapura.

Lagi satu perbualan antara Awang Besar dengan Pengiran Tengah yang ada hubungan dengan Pengiran Abdul Kahar begini :

Awang Besar : Assalamualaikum, apa khabar Ngian?

Pengiran Tengah : Waalaikumussalam, khabar baik.

Awang Besar : Dari mana Ngian berancung-rancung ani?

Pengiran Tengah : Ani nah, bagas menghadap Pengiran Shahbandar di rumahnya.

Page 46: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Awang Besar : Ah..h h, patuttah jua kamas usulnya, apa khabarnya Pengiran atu?

Pengiran Tengah : Alhamdulillah, sihat ya pulang usulnya.

Awang Besar : Mana khabarnya dulu, jahat nyawa ia.

Pengiran Tengah : Miatu khabarnya, tapi ani baik tia sudah usulnya.

Daripada contoh perbualan di atas dapat kita fahami bahawa nama sebenar Awang Md. Alih itu tidak mustahak lagi disebut oleh "B", apabila gelaran Pehin Laksamana digunakan dan "A" telah faham bahawa Pehin Laksamana itu adalah Awang Md. Alih dan seorang itulah saja bagi seluruh negara dan rantau pesisir Negara Brunei Darussalam, selagi dia masih hidup kecuali dipecat kerana bogat atau lainnya. Begitu jua halnya dengan Pengiran Abdul Kahar sesudah dianugerahi gelaran Pengiran Shahbandar Sahibul Bandar nama asal batang tubuh- nya tidak mustahak lagi kerana yang dinamakan Pengiran Shahbandar itu hanyalah seorang di seluruh negara tetapi ini bukan bererti bahawa nama asal Pengiran Abdul Kahar atau Awang Md. Ali itu dibatalkan. Nama asal rnereka kekal seperti biasa, hanyalah dalarn perbualan hari-hari orang ramai tidak payah lagi menggunakan nama asal itu cukuplah dengan nama gelaran sahaja tetapi di dalam persuratan hendaklah mengikut peraturan yang biasa bagi persuratan yang beradat. Dengan sebab itulah peribahasa 'jangan dibunuh' itu digunakan sebagai ganti bahasa untuk menjunjung agar janganlah dia digelar, bukan kerana dia tidak taat dan setia atas perintah Raja tetapi kerana sesuatu sebab yang dia belum boleh menanai dan tidak berupaya menjalankan kewajipan bila menerima gelaran itu atau oleh kerana keuzuran, sebab penyakit atau umurnya.

Daripada penjelasan di atas dapatlah difaham betapa adat Brunei itu menganjurkan rasa persefahaman dan perpaduan yang boleh mengikat masyarakat menjadi teguh dan sesungguh- nya dengan adat yang teratur rapi, adat yang mengandungi adab, akan menjadi ukuran nilai hidup masyarakat yang berkenaan.

Page 47: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

BAB Ill

Adat Mengulum Bahasa

Pengenalan

BENTUK AIR muka dan warna kulit tubuh penduduk di rantau Nusantara ini seakan-&an sama semuanya, maka orang asing yang datang merantau ke bumi di kawasan ini agak sukar untuk meneka bahawa Awang Benyamin Samah itu bangsa Melayu atau bangsa Filipina atau Indonesia, tetapi setelah krkenalan dan mengetahui bahasa percakapannya maka barulah dikenali bangsanya. Dalam kaitan ini kita mewarisi kata-kata, 'Bahasa menunjukkan Bangsa' dan ini ditujukan kepada maksud yang dibayangkan di atas tadi. Bagi kita di Negara Brunei Darussalam keadaan ini bukan hanya diertikan setakat yang sedemikian tetapi lebih mendalam daripada itu. Bangsa Brunei terkenal di samping bangsa yang gagah dan berani juga sebagai bangsa yang bersopan santun, mewarisi adat dan budi bahasa yang senonoh dan peramah. Sebab itu bahasa memainkan peranan yang penting dalam perlaksanaan adat Brunei. Adat yang mengulum bahasa.

Di negara ini terdapat beberapa perkataan yang hanya boleh dibahasakan kepada Raja (Sultan), kepada Wazir, kepada pembesar negara yang bergelar Cheteria atau Pehin dan ada perkataan yang hanya digunakan oleh kaum wanita dan berbagai-bagai lagi. Untuk mengetahui serba sedikit ketinggian bahasa yang terdapat di Brunei Darussalam ini, .eloldah kita ikuti beberapa contoh bahasa yang dihuraikan dengan cara ringkas untuk lebih mendekati alam Brunei yang mewarisi adat mengulum bahasa. p p - - - p p p - - - - - - - -

37

Page 48: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Patik dan Than Patik

Dua patah perkataan ini, di Brunei hanyalah digunakan untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Isteri dengan rakyat sahaja. Tidak ada orang lain yang mesti di 'patik' kan dan di 'tuan patik' kan kecuali Sultan dan Raja Isteri.

Rakyat biasa yang bukan Pengiran membahasakan dirinya kepada Sultan dan Raja Isteri "Hamba Kebawah Duli Tuan Patik' sebagai ganti nama diri 'saya' atau ' a h ' , dan 'Kebawah Duli Tuan Patik' sebagai ganti nama diri 'awak' atau 'kau'. Manakala Pengiran biasa termasuklah yang bergelar Wazir atau Cheteria membahasakan dirinya 'patik' sebagai ganti 'saya' atau 'aku' dan menggunakan bahasa 'Kebawah Duli Tuan Patik' atau 'Tuan Patik' kepada Sultan dan Raja Isteri.

Sebagai contoh ganti nama 'Patik' dan 'Tuan Patik' ini digunakan, di bawah ini diturunkan contoh perbualan.

Contoh A

RajdSultan : Bila kitamgian datang? Apatah usulnya Bali?

Pengiran Umrah : Beribu ampun, dua hari sudah, bisai pemandangannya, tapi tamayapan susah sedikit.

Raj dSultan : Mengapa makan susah atu kian?

Pengiran Umah : Mun kan ampun, dangan sebarung-barung patik atu terlampau memilih, Kebawah Duli Tuan Patik pun faham, kebanyakan penduduk di pulau atu inda beragama Islam.

Contoh A adalah perbualan rekaan antara Sultan dengan Pengiran biasa. Daripada contoh perbualan ini dapat kita ikuti Sultan menggunakan ganti nama 'IcitaINgian', 'kita' di .sini membawa makna 'awak' iaitu ganti nama kedua yang mem-

Page 49: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

bayangkan perasaan hormat terhadap orang yang ditujukan, perkataan 'Ngian' itu adalah kependekan daripada perkataan 'Pengiran' . Dan Pengiran Urnrah (Pengiran biasa) mengguna- kan ganti nama pertama 'patik' yang bererti 'saya' atau 'aku', dan 'Kebawah Duli Tuan Patik' yang ditujukan kepada Sultan.

Contoh berikutnya adalah perbualan antara Raja Isteri dengan seorang Pehin Menteri perempuan yang digelar dengan berciri.

Contoh B

Raja Isteri : Pehin, di mana Pehin menaruh cincin kaola?

Pehin Menteri Bini Atau Pehin Jawatan Bini : Beribu ampun, Harnba Kebawah

Duli Tuan Patik sembahkan ke tangan Duli Tuan Patik sudah selepas Duli Tuan Patik bersiram kelamarin.

Raja Isteri : Astaga, banartah jua, lupa kaola, ada banar kaola taruh, terima kasih Pehin.

Dalam perbualan itu Raja Isteri membahasakan dirinya dengan sebutan 'kaola' kepada Pehin Menteri Bini sementara Pehin Menteri Bini menggunakan perkataan 'Tuan Patik' sebagai ganti nama bagi Raja Isteri.

Patik, Hamba Kebawah Duii Tuan Patik dan Kebawah Duli man Patik

Ganti nama 'Patik', 'Hamba Kebawah Duli Tuan Patik' dan 'Kebawah Duli Tuan Patik' digunakan bagi orang kebanyakan semasa berdatang sembah ke hadapan Sultan dan Raja Isteri. Sebagai contoh di bawah ini diperturunkan contoh perbualan antara Sultan d m Pengarah.

Page 50: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Contoh C

RajdSultan

Pengarah Sabarl Awang Syukor

RajdSultan

Pengarah Sabar

RajdSultan

Pengarah Sabar

ADAT MENGULUM BAHASA

: Apa khabarnya Liau?

: Dengan berkat daulat, baik, beribu ampun.

: Berapa sudah umur Liau?

: Mun kan ampun, hujung bulan ani nanti ganaptah umur Hamba Kebawah Duli Tuan Patik enam puluh tahun.

: Menerimatah Liau sudah pencen tua tu?

: Patik, nugaraha kerajaan Kebawah Duli Tuan Patik, patik junjung, mun kan ampun dangan sebarung-barung pun menerima jua sudah, Hamba Kebawah Duli Tuan Patik semua bersyukur atas limpah kurnia Kebawah Duli Tuan Patik atu.

I Contoh C adalah perbualan antara Sultan dengan seorang

1 [

yang bergelar Pengarah iaitu satu gelaran yang tidak berciri

i yang dianugerahkan kepada orang kebanyakan. Dalam i I perbualan ini kita dapati Sultan menggunakan ganti nama 'Liau' D I kepada Pengarah dengan tidak menyebut nama Pengarah iaitu

i satu perkataan yang merujuk kepada orang yang telah berumur. Pengarah itu pula menyebut dirinya 'Hamba Kebawah Duli Tuan Patik' dan 'Kebawah Duli Tuan Patik' kepada Sultan. Dalam perbualan itu juga terdapat perkataan 'dangan sebarung- barung' yang di dalam bahasa dalam di Brunei Darussalam membawa erti 'isteri saya' atau 'teman serumah' yang biasa digunakan oleh orang kebanyakan bila berkata-kata dengan Sultan atau Wazir atau Cheteria ataupun Pengiran. Mereka tidak menyebut 'isteri' atau 'bini patik' dan 'isteri' atau 'bini hamba tuanku' atau 'isteri' atau 'bini peramba'. Sungguhpun mereka boleh menggunakan perkataan itu tetapi sebagai bahasa mengulum adat maka ia merupakan budaya yang diwarisi yang mempunyai sopan santun, halus dan beradat.

40

Page 51: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

lhanku dan Hamba Duli Thanku atau Duli Tuanku dan Hamba Thanku

Peribahasa yang berbunyi, 'Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah' menyedarkan kita untuk mengenali bahawa setiap bangsa itu ada dengan adatnya dan bahasanya tersendiri yang sentiasa dihormati dan menjadi kebanggaan.

Seperti yang telah kita ikuti di awal bab ini, perkataan 'patik' atau 'Hamba Kebawah Duli Tuan Patik' serta 'Duli Tuan Patik' atau 'Kebawah Duli Tuan Patik' adalah panggilan yang digunakan mengikut adat di Brunei, antara Raja yang memerintah dengan rakyat sahaja atau dengan lain perkataan tidak ada orang lain yang boleh di 'patik' kan dan di 'tuan patik' kan melainkan Sultan dan Raja Isteri.

Mengikut bahasa adat yang diwarisi oleh purih Brunei, ganti nama 'tuanku' tidak digunakan sebagai sebutan nama orang kedua kepada Sultan dan Raja Isteri. Perkataan 'tuanku' itu bagi orang Brunei yang memuliakan bahasa dan adat, hanya terhad kepada putera Sultan yang gahara dan Wazir. Pada masa lampau panggilan 'tuanku' itu juga digunakan bagi ganti nama orang kedua kepada Kepala Cheteria. Ganti nama 'tuanku' yang dikhaskan pada putera Sultan yang gahara dan Wazir itu adalah untuk orang lelaki rakyat kebanyakan yang bukan Pengiran baik ia bergelar Pehin Menteri berciri ataupun tidak berciri. Mereka akan menggunakan ganti nama 'Duli Tuanku' atau 'Tuanku' jika Wazir itu bukan anak Raja yang gahqa kerana perkataan 'Duli' itu hanyalah boleh dibubuh di pengawalan sebutan bagi keturunan putera Raja yang gahara ataupun kepada orang perseorangan yang khas diisytiharkan o k h Raja atau Sultan. Sebagai lawan bahasa 'Duli Tuanku' ialah 'Hamba Duli Tuanku', dan 'Tuanku' ialah 'Hamba Tuanku' sahaja. Dalam hubungan ini jika Pengiran itu daripada pihak lelaki berkata-kata dengan Wazir atau putera Raja baik putera gahara ataupun tidak, mereka hanya akan menggunakan perkataan 'perarnba' sebagai ganti nama orang pertama dan 'tuan peramba' sebagai ganti nama orang kedua.

Contoh penggunaan atau pemakaian ganti nama 'Duli Tuanku' atau 'Tuanku' dan 'Hamba Duli Tuanku' atau 'Hamba Tuanku' maka eloklah kita ikuti perbualan yang berikut:

Page 52: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Contoh D

Pengiran Muda

Pehin Ugama

Pengiran Muda

Pehin Ugama

Pengiran Muda

Pehin Ugama

Pengiran Muda

ADAT MENGULUM BAHASA

Bisai isinya khutbah Jumaat atu, siapa yang membaca khutbah atu ah?

Mun kan ampun, ayahanda Pehin Tuan Imam.

Yang menjadi bilal atu baik jua suaranya, inda kaola takilala, nyaring dan lanjar nafasnya, siapa tu ah?

Beribu ampun, bilalnya ayahanda Mudim Malim.

Jumaat akan datang ani di mana baik sembahyang?

Di mana saja Duli Tuanku ingin berangkat, insya-Allah Hamba Duli Tuanku mengiringkan.

Terima kasih Pehin, nantitah kaola memberitahu.

Contoh D di atas menunjukkan bahawa yang berbual itu ialah seorang putera Raja yang gahara dengan Pehin Menteri

I Ugama. Kita dapati Pengiran Muda menggunakan perkataan 'kaola' sebagai ganti nama dirinya manakala Pehin Menteri Ugama pula menggunakan bahasa 'Hamba Duli Tuanku' sebagai ganti nama dirinya. Panggilan yang sama juga akan digunakan antara seorang Wazir yang terdiri daripada anak Raja yang gahara, baik perbualan itu dengan Pehin-Pehin Menteri dan rakyat biasa yang bukan Pengiran. Mereka &an meng- gunakan bahasa 'Hamba Duli Tuanku' bagi din mereka dan 'Duli Tuanku' kepada puera gahara atau Wazir yang putera gahara. Tetapi jika Wazir itu bukan daripada putera gahara, mereka &an hanya menggunakan bahasa 'Hamba Tuanku' bagi diri mereka dan 'Tuaku' kepada Wazir tersebut.

Page 53: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Contoh E

Pengiran MudaNazir : Bisai ukiran meja dan kerusi di pejabat atu, di mana membuat, ah?

Pengiran Siti Sukma : Kaola, bisai banar, tapi sebisainya pun ukiran dari luar jua, kaola fikir Tuan Kaola tentu lebih meminati uluran dan sulaman Brunei asli, yang halus dan senonoh ukiran sulamannya.

Pengiran MuddWazir : Tapi, balurnku maliat larikan Brunei atu, ada kian kitani tadapat?

Pengiran Siti Sukma : Mun kan ampun, mun Tuan Kaola tapakaikan larikan asli Brunei, insya-Allah dapat jua kaola cuba-cuba mengunj ar-ngunj ar.

Contoh E adalah perbualan antara Pengiran Muda/Wazir daripada anak Raja yang gahara dengan seorang perempuan daripada keturunan Pengiran. Sebagai seorang perempuan Pengiran Siti Sukrna menggunakan perkataan 'kaola' sebagai ganti nama dirinya dan 'tuan kaola' kepada Pengiran MuddWazir.

Contoh F

Pengiran MudaNazir : Berapa ramai penuntut di maktab ani cikgu ?

Cikgu Siti Aminah : Mun kan ampun, jurnlah yang ada sedang menuntut masa ani 678 orang penuntut lelaki dan perempuan.

Pengiran MudaIWazir : Banyak yang pandai main badminton?

Cikgu Siti Aminah : Ada jua tapi Hamba Duli Tuanku behm pasti berapa orang.

Pengiran MuddWazir : Dapat kuturut bamain?

Page 54: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Cikgu Siti Aminah : Beribu ampun, mun Duli Tuanku kan basama-sama bamain, bila-bila masa waktu bamain, junjung sabdakan saja.

Contoh F adalah perbualan antara seorang guru perempuan dengan seorang putera yang gahara atau Wazir yang digelar daripada putera gahara. Cikgu Siti Aminah menggunakan ganti nama 'Duli Tuanku' pada ganti nama orang yang kedua dan 'Hamba Duli Tuanku' pada dirinya padahal ia adalah seorang wanita yang biasanya menggunakan 'Tuan Kaola' dan 'Kaola'. Bahasa beradat di Brunei amat jelas membezakan penggunaan bahasa terhadap orang yang tertentu. Seperti yang telah dihuraikan awal-awal tadi, ganti nama 'patik' atau 'Hamba Kebawah Duli Tuan Patik' dan 'Tuan Patik' atau 'Duli Tuan Patik' itu hanya khas kepada Sultan dan Raja Isteri. Perkataan 'Tuanku' atau 'Duli Tuanku' dan 'Harnba Tuanku' atau 'Hamba Duli Tuanku' itu pula &as bagi putera gahara atau Wazir yang digelar daripada putera gahara oleh rakyat yang bukan Pengiran. Pengiran-pengiran akan menggunakan bahasa 'Peramba' pada diri sendiri sebagai ganti nama orang pertama dan 'Tuan Peramba' sebagai ganti nama orang kedua.

Peramba dan man Peramba

'Peramba' digunakan oleh Sultan, keluarga Diraja, Wazir atau Cheteria semasa menyatakan diri kepada keluarga Diraja yang lain, Wazir, Cheteria atau Pengiran kebanyakan. 'Perarnba' juga digunakan sebagai ganti nama bagi orang kebanyakan apabila bercakap kepada Cheteria atau Pengiran.

Sementara 'Tuan Peramba' pula digunakan semasa Sultan rnenyebut nama mereka atau semasa keiuarga Diraja lelaki menyebut nama Wazir atau Cheteria. 'Tuan Peramba' juga digunakan sebagai ganti nama bagi Pengiran Cheteria atau Pengiran lelaki dan orang kebanyakan menyebut namanya.

Di bawah ini diperturunkan contoh perbualan yang menggunakan perkataan 'Peramba' dan 'Tuan Peramba' .

Page 55: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Contoh G

Sultan

Pengiran Seri Wira Negara :

Sultan

Pengiran Seri Wira Negara :

Sultan

Pengiran Seri Wira Negara :

Sultan

Pengiran Seri Wira Negara :

Peramba kurang faham tentang kemasukan pemerintahan Jepun ke Brunei ani, barangkali tuan perambagian ingat bila tentera Jepun mendarat di Bandar Brunei semasa Peperangan Dunia Kedua atu dulu.

Beribu ampun, kalau patik inda silap ingatan dan pendengaran, tentera Jepun masuk ke Bandar Brunei pada 22 Disember 194 1 iaitu hari Isnin jam 3 petang.

Di mana bisdia mula mendarat Ngian?

Mun kan ampun di Kuala Belait pada 16 Disember 1941. Dari sana barutah bisdia ke Tutong dan terus ke Bandar Brunei, mengikut cerita seramai 21 orang bisdia mengadap ke Istana Mahkota.

Tuan peramba di mana masa atu?

Beribu ampun, patik terlantar di Malaya.

Berapa umur Ngian masa atu?

Mun kan ampun, lebih kurang macam usia Kebawah Duli Tuan Patik masa ani.

Contoh G adalah perbualan antara Sultan dengan seorang Pengiran yang berpangkat Pengiran Cheteria. Dalam perbualan itu kita dapati Sultan menggunakan ganti nama 'Peramba' terhadap dirinya sendiri sebagai ganti 'saya' dan 'turn peramba' atau 'Ngian' yang ditujukan kepada f engiran yang menyandang gelaran Cheteria. 'Tuan peramba' dalam ha1 ini bererti 'awak' atau 'kamu' dan 'Ngian' kependekan daripada perkataan Pengiran. Manakaia Pengiran Seri Wira Negara pula sebagai seorang Cheteria menggunakan perkataan 'patik' sebagai ganti

Page 56: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

nama 'saya' atau 'aku' dalam bahasa baku, dan menggunakan perkataan 'Kebawah Duli Tuan Patik' terhadap din Sultan. Ganti nama 'Peramba' bagi ganti diri 'saya' dan 'Tuan Peramba' yang ditujukan kepada diri Pengiran Cheteria itu juga digunakan oleh Sultan kepada Pengiran Wazir. Ganti nama 'patik' dan 'Kebawah Duli Tuan Patik' digunakan oleh Wazir dan Cheteria.

Nenda, Ayahanda, Bonda, Kekanda, Adinda, Anakanda dan Cucunda

Perkataan-perkataan ini digunakan sebagai ganti nama bagi keluarga Diraja semasa Wazir, Cheteria atau Pengiran bersabda kepada Wazir atau Cheteria mengenai orang ketiga mengikut taraf gelaran di antara orang yang diceritakan dengan orang yang diharapkan maksud itu dengan menyebut batang tubuh, kedudukan atau gelaran orang ketiga.

Di bawah ini diperturunkan contoh perbualan di antara Sultan dan Pehin Menteri yang menggunakan perkataan 'Yanda' (kependekan 'Ayahanda') dan 'Kanda' (kependekan ' Kekanda' ).

Contoh H

Sultan : Orang tua-tua zaman dulu atu, kebanyakannya banyak memakai dastar, miatukah banar ceritanya Pehin?

Pehin Orang Kaya Setia Kelana : Patik, mengikut ristaan orang tua-tua

Hamba Kebawah Duli Tuan Batik, dastar bisdia atu bukan daripada kain tanun tetapi daripada batik, beribu ampun.

Sultan : Kaola dengar Pehin pandai menambat.

Pehin Orang Kaya Setia Kelana : Hamba Kebawah Duli Tuan Patik inda

berapa mahir tetapi yang bisai menambat dastar, atu nah yanda Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan, senonoh tambatannya.

Page 57: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

kan tan. ~ba' kan jan ria.

.gi ja ut ' g 1,

a n I

ADAT MENGULUM BAHASA

Sultan : Masa ani ada jua orang suka memakai dastar, kaola liat inda selalu.

Pehin Orang Kaya Setia Kelana : Beribu ampun, Kanda Pengiran Kasuma

Ningrat suka berdastar, almarhum nenda Kebawah Duli Tuan Patik pun suka berdas tar.

Sultan : Kaola fikir bisdia atu dulu ingin berdastar, bisdia kebanyakan bercukur.

Dalam perbualan tersebut Sultan menggunakan perkataan 'kaola' sebagai ganti perkataan 'saya'. Ganti nama 'kaola' ini digunakan apabila berbual dengan seorang Pehin Menteri yang berciri, baik dia itu lelaki mahupun perempuan, sama ada raja-raja, Pengiran-Pengiran, Pehin Menteri berciri atau orang ramai. Huraian 'kaola' ini akan dijelaskan dalam subtajuk "Kaola dan Tuan Kaola".

Perkataan 'Hamba Kebawah Duli Tuan Patik' yang digunakan oleh Pehin Menteri berciri itu membawa erti 'saya'. Perkataan ini adalah budaya Brunei sebagai bahasa rakyat biasa apabila mereka bercakap dengan Sultan atau Raja Isteri dan tidak boleh digunakan kepada orang lain.

Sungguhpun kita memahami 'yanda' itu kependekan daripada sebutan 'ayahanda' dan 'kanda' itu kependekan daripada sebutan 'kekanda', tetapi yanda dan kanda dalam perbualan di atas membayangkan adat mengulum bahasa. Perhatikan bila Pehin Menteri itu menyebut, ". . . atu nah Yanda Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan." Seseorang yang menyebut nama orang yang ketiga dalam perbualan dengan Sultan dan orang ketiga itu adalah seorang Pehin Menteri yang berciri, maka sebelum menyebut gelaran dan namanya sudah teradat didahului dengan perkataan 'ayahanda' atau 'yanda' kerana orang itu telah diangkat tarafnya dengan gelaran Pehin berciri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di- Pertuan maka daripada segi adat disifatkan sebagai orang tua atau ayah oleh setiap pembesar kerabat Diraja dan Pengiran, walaupun umurnya lebih muda.

Page 58: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Dalam contoh perbualan itu jua kita dapati, Pehin Orang Kaya Setia Kelana berdatang sembah, "Beribu ampun, Kanda Pengiran Kasuma Ningrat suka berdastar." Perkataan 'kanda' itu membayangkan bahawa Pengiran Kasuma Ningrat berumur lebih tua daripada Sultan walaupun dalam ha1 ini Pehin Orang Kaya Setia Kelana boleh berdatang sembah, "Beribu ampun, Pengiran Kasuma Ningrat suka berdastar" dengan tidak menyebut perkataan kanda, tetapi adalah lebih manis dan bersopan santun jika didahului dengan bahasa kanda sebelum nama Pengiran seorang Cheteria atau Wazir yang diketahui umurnya lebih tua daripada orang yang ditujukan sembah itu.

Kawang dan Kedayang

'Kawang' adalah gelaran yang digunakan kepada seorang wanita (orang kebanyakan) yang menjadi pengasuh anak lelaki kepada Raja atau Pengiran, jika pengasuh itu tidak bersuami tetapi jika bersuami disebut 'inang'. 'Kawang' juga digunakan bagi orang kebanyakan yang telah menjadi isteri seorang Pengiran yang telah melahirkan anak sulung lelaki, tetapi jika anak sulungnya itu perempuan ia akan dipanggil 'Kedayang'.

Contoh I

Raja Isteri : Kawang, tau kawang di mana rumah Bu Amah Lampoh?

Kawang Lamah : Patik, rumahnya di Padang, Hamba Kebawah Duli Tuan Patik selalu melintas di sana, mengapa, beribu ampun?

Raja Isteri : Suruh ia ke mari, padahkan ku melagau.

Kawang Lamah : Insya-Allah, bila Duli Tuan Patik menitah- kan ia ke istana, esok?

Raja Isteri : Lusatah saja, lepas sembahyang asar.

Contoh I iaitu perbualan antara Raja Isteri dengan seorang wanita biasa. Raja Isteri hanya menggunakan bahasa 'kawang' kepada wanita itu. Gelaran panggilan serupa ini sudah menjadi

Page 59: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

budaya orang Brunei zaman dahulu dan pada masa ini sudah hampir tidak kedengaran lagi.

Dalam Contoh 1 terdapat perkataan 'patik' yang digunakan oleh Kawang Lamah dalam menjawab titah pertanyaan daripada Raja Isteri 'patik' yang dibahasakan itu bererti 'ya' atau 'au' sama seperti dalam Contoh H yang digunakan oleh Pehin Orang Kaya Setia Kelana. Dalam Contoh I adalah jelas Kawang Lamah menyebut ganti nama dirinya sebagai 'Hamba Kebawah Duli Tuan Patik' dan perkataan 'Duli Tuan Patik' yang ditujukan kepada Raja Isteri.

Kaola dan %an Kaola

Perkataan 'kaola' agak kompleks penggunaannya di Negara Brunei Darussalam. Menurut adat istiadat di Negara Brunei Darussalarn yang turun-temurun diarnalkan, ganti nama 'kaola' digunakan seperti berikut:

(a) Orang biasa, pengiran biasa atau Pengiran yang bergelar menjadi Pengiran Cheteria atau Wazir bahkan Sultan (Raja) sekalipun akan menggunakan ganti nama 'kaola' sebagai ganti kata 'saya' atau 'aku' apabila bercakap dengan Pehin Menteri yang dianugerahkan gelaran berciri.

(b) Perempuan (bini-bini) baik dia pengiran biasa atau bukan Pengiran (orang awam biasa sama ada dia bergelar atau tidak) akan menggunakan perkataan 'kaola' bagi ganti nama dirinya apabila ia bercakap .den?gan Pengiran, sama ada Pengiran itu leiaki ataupun Pengiran perempuan. Perempuan akan menggunakan perkataan 'tuan kaola' sebagai ganti nama 'awak' atau 'kau' terhadap Pengiran lelaki atau perempuan. Rakyat biasa ketika bercakap dengan putera Raja yang gahara atau Pengiran Wazir yang digelar dari putera gahara tidak menggunakan perkataan 'kaola' atau 'tuan kaola', mereka sebaliknya akan meng- gunakan bahasa h a s seperti yang akan dijelaskan di ruangan lain.

Page 60: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Contoh berikut menunjukkan bagaimana dan siapa yang menggunakan dan kepada siapa ditujukan ganti nama 'kaola' itu. Untuk lebih jelas lagi bagaimana ganti nama 'kaola' itu dipakai, cuba ikuti contoh perbualan berikut:

Contoh J

Pengiran Anak Puteri : Sepuluh tahun dulu kulihat PengiranIDatin ani, sama jua, inda berubah, apa rahsianya tu, ada barangkali amalannya?

Pengiran Siti NanV Datin Haruko : Tuan kaolaPengiran Anak Puteri ani

kan baibun sajatah pulang, amalan apa pun indada, sebenarnya takdir Allah Taala senangkan saja hati.

Pengiran Anak Puteri : Eh, laintah pulang kan kutanya- kan, bila kitani kan mengadakan mesyuarat?

Pengiran Siti NanV Datin Haruko : Tuan kaoldpengiran Anak Puteri

yang menjadi Yang Dipertua, mana saja sabda, bis kaola ani menjunjung sabda saja.

Contoh J adalah perbualan antara seorang puteri Raja yang gahara dengan seorang perempuan keturunan Pengiran atau orang kebanyakan yang disebut Datin, sama ada Datin itu daripada suaminya yang bergelar Dato atau Datin yang sendiri menerima bintang kehormatan. Di sini Pengiran Anak Puteri itu menggunakan ganti narna 'aku' atau 'saya' sebagai ganti nama dirinya dan Pengiran Siti Nani atau Datin Haruko menggunakan perkataan 'kaola' atau 'bis kaola' (kaola semua) pada dirinya dan 'tuan kaolapengiran Anak Puteri' kepada Pengiran An& Puteri itu.

Page 61: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Contoh K

Pengiran Anak Puteri : Kalau dikuasakan Allah Taala bulan puasa kan datang ani kaola kan urnrah, mahu Pehin turut?

Pehin Menteri Binil Pehin Jawatan Bini

Pengiran Anak Puteri

Pehin Menteri Binil Pehin Jawatan Bini

: Alhamdulillah syukur, mudah-mudah- an Tuhan makbulkan niat baik Pengiran Anak Puteriltuan kaola atu, hamba tuanku kaola ani kalau sudah ada sabda kurnia, kurnia kebahagiaan atu hamba tuanku junjung dengan seikhlas-ikhlasnya.

: Bah, baiktah, berdoa saja mudah- mudahan Pehin dan kaola sentiasa sihat.

: Mudah-mudahan dengan berkat doa dan rahmat Allah subhanahu wa taala meluaskan rezeki dan menetapkan iman Pengiran Anak Puteriltuan kaola.

Dalarn Contoh K sekali lagi kita mengikuti perbualan antara seorang puteri gahara dan kali ini dengan seorang perempuan (bini-bini) yang berciri. Dalam contoh ini kita dapati perkataan 'kaola' digunakan oleh Pengiran Anak Puteri sebagai ganti nama dirinya 'saya' dan Pehin Menteri Bini menggunakan perkataan 'kaolafhamba tuanku' sebagai ganti nama dirinya dan 'tuan kaoldpengiran An& Puteri' bagi ganti nama orang yang kedua.

Kita mendapati kedua-duanya itu iaitu Pengiran Anak Puteri dan Pehin Menteri Bini menggunakan 'kaola' bagi ganti nama masing-masing. Seperti yang telah dijelaskan 'kaola' dan 'tuan kaola' biasanya digunakan oleh setiap wanita bila bercakap dengan Pengiran sama ada Pengiran itu Maki atau perempuan atau dengan Pehin yang berciri. Di sini Pengiran Anak Puteri

Page 62: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

membahasakan ganti nama diri sebagai 'kaola' dengan orang yang dibawanya bercakap-cakap itu kerana ia adalah seorang Pehin yang berciri, walaupun asalnya orang kebanyakan. Jika ia bukan Pehin Menteri yang berciri, puteri gahara itu boleh membahasakan ganti nama dirinya 'saya7 atau 'aku' saja. Contoh perbualan di atas itu Pehin tersebut telah menggunakan ganti nama 'kaola' atau 'hamba tuanku7. Sebagai adat mengulum bahasa sangat manis dan sempuma dari segi bahasa jika Pehin itu menggunakan 'hamba tuankd bagi ganti nama diriny a.

Kaola Pengian

Ganti nama bagi orang kebanyakan semasa orang kebanyakan menceritakan atau menyebut namanya kepada keluarga Diraja, Wazir, Cheteria atau Pengiran Peranakan. Berikut adalah contoh perbualan yang menggunakan ganti nama 'kaola' dan 'kaola Pengian7.

Contoh L

Pengiran Anak Siti Mainee : Pehin, kaola dengar Pengiran Baharagum

atu alim orangnya, benarkah tu Pehin?

Pehin Penyurat : Peramba pun M u m tahu benar, apa yang peramba dengar Pengiran Baharagum atu penuntutan orangnya, boleh jadi seperti sabda tuan peramba atu benar alim barangkdi.

Pengiran Anak Siti Mainee : Ah.. .a,. .h.. . . Eh, mana Si Mamat Pehin?

Pehin Penyurat : Kaola Pengian atu ada di bawah, nanti peramba melagau. Junjung nugaraha. Pian Anak, ani nah Si Mamat, apa kan disabdakan?

Page 63: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Pengiran Anak Siti Mainee

Mamat

Pengiran Anak Siti Mainee

Mamat

: Eh, Mat, aga kau ke pasar, balikan ku ubat gigi.

: Peramba, berapa kotak, junjungtah usinnya.

: Nah, jangan batah, siapa membawa kadikau ke pasar?

: Inda ada orang lain, kaola Pengian Kadai (Qadar) atu saja yang pandai mendaraib (mendrive).

Dalam Contoh L pula kita dapat mengikuti perbualan antara seorang Pengiran perempuan (bini-bini) dengan dua orang yang agak berlainan tarafnya iaitu seorang pehin dan seorang biasa iaitu orang suruhan. Sepanjang perbualan itu ganti nama 'kaola' dan 'peramba' telah digunakan. Pengiran Anak Siti Mainee telah menggunakan ganti nama 'kaola' bagi ganti nama diri semasa dia bercakap dengan Pehin Penyurat, seorang Pehin yang berciri. Manakala Pehin Penyurat dan Mamat pula menggunakan perkataan 'peramba' sebagai ganti nama diri mereka, kerana kedua-dua mereka itu ialah lelaki. Setiap lelaki orang kebanyakan (biasa) apabila bercakap dengan Pengiran perempuan mestilah menggunakan ganti nama 'peramba' sahaja kecuali kepada Pehin berciri termasuklah Pehin perempuan barulah dibolehitan berbahasa 'kaola' seperti yang telah dijelaskan.

Dalam Contoh L ini juga terdapat perkataan 'kaola Pengian' digunakan sebelum menyebut nama orang yang ketiga. 'Kaola Pengian' di sini membawa pengertian bahawa penuturnya itu seorang yang telah dikenali dan dimaidurn oleh orang yang kedua sebagai orang kebanyakan yang biasa mengikutinya. Juga bahasa 'kadikau' yang bererti 'awak' dan 'Pian Anak' pula adalah ringkasan daripada kata 'Pengiran An&' .

Page 64: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

man Kaola

'Tuan Kaola' digunakan sebagai ganti nama bagi keluarga Diraja, Wazir, Cheteria atau Pengiran semasa Pengiran perempuan bercakap kepada mereka. 'Tuan Kaola' juga digunakan sebagai ganti nama bagi Cheteria atau Pengiran semasa orang kebanyakan perempuan bercakap kepada mereka. Berikut adalah contoh perbualan yang menggunakan 'tuan kaola' .

Contoh M

Pengiran Anak Puteri : Ngian, rupanya Puteri Muda Ahuta Patiala

atu menjadi profesor di universiti.

Pengiran Seri Raya : Peramba, bukan saja jadi profesor, dia juga cergas dalam bahagian tentera, sungguhpun dia seorang bini-bini dan barangkali tuan peramba pun tahu, dia juga mencintai kebudayaan dan kesenian sastera bangsanya.

Pengiran Anak Puteri : Mendengar kaola, nya orang menyanyi

pun ia boleh, pernah tuan kaola melawat negerin y a?

Pengiran Seri Raya : Peramba, pernah jua, nganya payah sedikit mun inda pandai bahasa bisdia?

Daripada contoh perbualan di atas itu Pengiran Seri Raya (seorang Cheteria) menggunakan perkataan 'peramba' sebagai ganti nama dirinya yang bererti 'saya' dan perkataan 'tuan peramba' digunakan untuk 'awak' sebagai ganti nama Pengiran Anak Puteri, rnanakala Pengiran An& Puteri pula menggunakan perkataan 'tuan kaola' bagi ganti nama Pengiran Seri Raya dan sebagai ganti nama dirinya 'kaola'. Dalam hubungan ini Pengiran Seri Raya sebagai seorang Cheteria dan seorang lelaki menurut bahasa adat menggunakan perkataan 'peramba' bagi dirinya dan 'tuan peramba' bukan 'tuan kaola' kepada Pengiran

Page 65: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Anak Puteri. Pengiran Anak Puteri pula sebagai seorang wanita akan menggunakan perkataan 'kaola' bagi dirinya dan 'tuan kaola' atau 'Ngian' kepada Pengiran Cheteria itu.

Seperti yang telah dijelaskan, perkataan 'kaola' yang membawa erti 'saya' itu biasa digunakan oleh wanita orang kebanyakan, baik yang bergelar ataupun tidak iaitu apabila mereka bercakap dengan Pengiran lelaki atau perempuan dan juga oleh sesiapa jua bila bercakap dengan Pehin Menteri yang berciri.

Selanjutnya di bawah ini contoh perbualan antara seorang Pengiran Cheteria dengan seorang Pehin Menteri yang berciri serta seorang guru perempuan.

Pehin Menteri : Peramba difahamkan, bahawa tuan pe- ramba mulai bersara belum sampai umur 50 tahun, mengapa tuan peramba awal bersara atu?

Pengiran Cheteria : Allah, Pehin, kaola rasa cukuptah tu, puas jua sudah kaola, kitani dalam pekerjaan ani salah satu antara tiga perkara mesti dibuat atau dijumpa.

Guru Perempuan : Apa tu Ngian, ingin jua kaola kan tau, apa tiga perkara yang tuan kaola sabdakan atu.

Peh

Gur

Pengiran Cheteria : Nah, iatah tu, pertama bersara, kedua mun inda sampai bersara kalau nasib inda baik tu, kitani kena buang keraja, kalau kitani membuat kesalahan dan kalau kitani sendiri merasa keraja atu inda sesuai atau kitani rnerasa inda mahu lagi bekeraja kitani beranti, atutah tiga perkara bersara, kena buang keraja atau beranti sendiri.

in Menteri : Baah bah, Ngian baru sampai 50 tahun umur sudah boleh bersara, mengapa?

u Perempuan : Iatah Pehin, kaola pun sama soalan yang kan kaola tanyakan macam Pehin atu jua, mengapa ah, padahal kaola lihat Ngian ani masih lagi cergas, inda kian Ngian?

Page 66: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Pengiran Cheteria : Sudah takdir Allah Taala cikgu. Pehin, sebelum kaola diberhentikan atau dibuang, peluang pencen ada, sebab kaola ada cuti terkumpul yang dikira mencukupi, malah lebih umur kaola 50 tahun dan berhak boleh meminta pencen muda, bekeraja pun kaola terus jadi mandur besar, inda jua berfaedah pada kaola, k a n a undang- undang sudah diubah, jawatan mandur besar inda dikira jawatan berpencen lagi.

Guru Perempuan : Mengapa peraturan atu diubah, Ngian?

i

Pehin Menteri : Au, ah mengapa diubah?

Pengiran Cheteria : Wallahuaklam, indatah kaola tahu tu, di dunia ani undang-undang dibuat oleh manusia, lain dengan macam Quran, Quran difirmankan Aliah, atu inda pandai berubah, peraturan boleh diubah, tempoh kuat kuasanya boleh diawalkan dari rnasa baru dibuat - sepuluh lima tahun diawalkan atau dikernudiankan pun boleh jua.

Dalam contoh perbualan antara tiga orang ini, kita dapati ganti nama 'kaola' digunakan oleh dua orang iaitu Pengiran Cheteria d m guru perempuan, manakala ganti nama 'tuan kaola' digunakan oleh guru perempuan saja dan ganti nama 'tuan peramba' dan 'peramba' digunakan oleh Pehin Menteri saja. Di sini ganti nama 'kaola' yang digunakan oleh guru perempuan itu adalah perkataan yang bererti 'saya' yang ditujukan kepada Pengiran Cheteria itu yang bererti 'saya' yang ditujukan kepada Pehin Menteri yang berciri. Manakala ganti narna 'tuan kaola' yang digunakan oleh guru perempuan itu adaiah bererti 'kau' atau 'awak' yang ditujukan kepada Pengiran Cheteria, dan perkataan 'tuan peramba' itu digunakan Pehin Menteri kepada Pengiran Cheteria membawa erti 'kau' atau 'awak'. Guru perempuan tidak dapat menggunakan 'tuan peramba' kepada Pengiran, tetapi ia menggunakan ganti nama Yuan kaola' .

Page 67: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Babu

Ganti nama 'babu' mengikut pengertian dalam adat bahasa di Negara Brunei Darussalam mengandungi dua erti penghormatan iaitu:

1 'Ibu' atau 'emak' atau 'mama' atau 'bonda' yang biasa digunakan oleh anak-ahak Pengiran atau Pehin dan anak siapa pun jua sebagai panggilan kepada ibunya iaitu panggilan penghormatan pada perempuan yang melahir- kannya.

Cuba kita ikuti contoh perbualan di bawah ini di mana perkataan 'babu' membawa erti 'ibu' atau 'emak':

A. Kawang Limah : Eh, Dang Kandis mana mamamu?

Dayang Kandis : Babu bepasan antadi, ia keluar ke pasar sakajap dengan bapa.

Kawang Limah : Baiktah, padahkan ke babumu, karangtah kudatang lagi.

B. Kedayang Munah : Ada bonda di rumah Lai, mun ia ada padahkan kaola kan bajumpa.

Dayangku Qaini : Maaf kedayang, babu dengan kaka ke rumah orang mandi belawat, barangkali karang malam bisdia balik.

Daripada Contoh A perbualan di atas kita dapati seorang wanita yang bernama Kawang Limah bertanya pada Dayang Kandis akan ibunya ( . . . "mamamu"), Day ang Kandis menjelas- kan bahawa mengikut pesan ibunya ("babu bepasan.. . ") keluar ke pasar. Di sini jelas bahawa Dayang Kandis memanggil ibunya itu 'babu' sungguhpun Kawang Limah menggunakan 'mamamu' masa bertanya itu. Kawang Limah kemudian menggunakan perkataan 'babu' sesudah mengetahui Dayang Kandis memanggil ibunya itu 'babu'.

Dalam Contoh B wanita yang bemama Kedayang Munah bertanyakan ibu Dayangku Qaini kerana mahu berjumpa. Tetapi

Page 68: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Dayangku Qaini menjawab 'babu dan kaka' (bonda dan kakak) telah ke rumah orang mandi belawat. Di sini kita dapati Dayangku Qaini memanggil bondanya itu dengan panggilan 'babu'. Daripada dua contoh perbualan ini menunjukkan erti 'babu' yang biasa digunakan dalam bahasa seharian sebagai ganti nama mama, amak atau bonda.

I

I 2 'Babu' digunakan oleh Pengiran-Pengiran baik yang bergelar atau tidak bahkan Sultan juga ikut menggunakan- nya apabila mengatakan atau menyebut perihal isteri Pehin yang berciri.

I Cuba pula kita ikuti perbualan berikut di mana 'babu' I i membawa erti 'isteri'. 1 i Pengiran Dakula , . Seri Derrnawan : Pehin, syukur alhamdulillah, kaola

dengar Pehin baru saja balik dari Beijing dan khabarnya berjaya perundingan perniagaan Pehin rundingkan atu, apatah usulnya orang-orang di sana atu, Pehin ke sana atu babu turut juakah?

Pehin Orang ~ a ~ a Angkasa : Terima kasih Ngian, mudah-mudahan

dengan berkat doa bis tuan peramba insya-Allah akan peramba usahakan sedaya upaya. Peramba ke Beijing &an menguruskan perniagaan. Jadi indatah peramba membawa bonda atu bersama- sama.

Daripada contoh perbualan di atas, Pengiran Dakula Seri Dermawan gembira mendengar Pehin Orang Kaya Angkasa berjaya dalam perundingannya di Beijing dan seterusnya dia ingin tahu sama ada Pehin Orang Kaya Angkasa membawa

' C isterinya bersama ke sana. Dia menggunakan kata-kata . . . babu turut juakah?" Perkataan 'babu' yang digunakan oleh

Page 69: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Pengiran Dakula Seri Dermawan itu maksudnya isteri Pehin Orang Kaya Angkasa. Manakala Pehin Orang Kaya Angkasa pula menjelaskan oleh kerana tujuannya ke Beijing itu atas urusan pemiagaan jadi dia tidak dapat membawa isterinya bersama. Dia (Pehin) mengatakan "...Jadi indatah peramba membaw a bonda atu bersarna-sama. " Perkataan 'bonda' y ang digunakan oleh Pehin Orang Kaya Angkasa itu bermaksud 'isteri' .

Oleh kerana perkatan 'babu' dan 'bonda' dalam perbualan di atas mungkin susah difaharni, eloklah dilanjutkan penjelasan mengapa Pehin yang berciri menyebut isteri waktu bercakap dengan Pengiran-Pengiran sebagai 'bonda'?

Dalam penjelasan awal perkataan 'babu' itu mengikut pengertian dalam adat bahasa di Negara Brunei Darussalam ialah ibu, emak, mama atau bonda. Sudah tersirat dan tersulam dalarn adat sopan santun orang Brunei seseorang yang telah dimuliakan oleh Raja dengan anugerah gelaran kebesaran Pehin yang berciri, maka orang yang telah digelar dan dimuliakan itu disifatkan oleh kerabat diraja serta Pengiran-Pengiran bergelar sebagai indung bapa mereka dan dengan perasaan ingatan yang disalut keikhlasan maka setiap Pehin pula mensifatkan diri mereka sebagai orang tua menurut adat yang diwarisi oleh purih yang tetap taat setia. Sebab itu perkataan 'babu' ditujukan pada isteri Pehin yang berciri yang mengandung makna ibu, em& mama, atau bonda. Dengan demikian terjalinlah rasa mesra untuk menyebut setiap isteri Pehin yang berciri itu ibu atau emak kepada Pengiran-Pengiran itu sebagai panggilan kehor- matan dalam kuluman adat.

Ada kalanya mereka gunakan bahasa 'Bu Datin' iaitu kepada isteri Pehin yang menerima bintang-bintang keksaran yang membawa panggilan 'Dato' atau dirinya sendiri (isteri Pehin itu) yang menerima bintang kebesaran serupa itu.

Dato dan Datu

Dalam bahasa adat yang diarnalkan di Negara Brunei Darussalam perkataan 'Dato' terbit daripada kehormatan Bintang Kebesaran yang dikumiakan okh Kebawah Duli Yang

Page 70: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Maha Mulia Sultan Brunei kepada rakyat baginda. Sejak zaman pemerintahan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-28 telah tercipta era baru di mana Almarhum baginda telah meng- anugerahkan bintang-bintang dan pingat-pingat kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada seluruh rakyat yang layak termasuk pembesar-pembesar negara di dalam dan di luar negeri. Di antara bintang-bintang kebesaran itu ada yang membawa gelaran 'Dato'. Dengan terbitnya gelaran ini maka terdapatlah perkatan 'Dato' dan 'Datu' .

'Datu' adalah perkatan atau gelaran yang dibubuh pada nama rakyat biasa Brunei, misalnya Datu Singa Menteri, Datu Hulubalang, Datu Kerna, Datu Shahbandar dan Datu Harimau Alam. Manakala 'Dato' pula ialah gelaran yang diberikan kepa- da seseorang yang telah menerima bintang kebesaran oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Bintang-bintang yang membawa gelaran 'Dato' ialah Dato Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa (DSLJ), Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Dihormati (SPMB) dan lain-lain lagi. Orang-orang yang telah

I dianugerahi bintang-bintang kebesaran itu dihormati dengan i I sebutan 'Dato' sebelum menyebut nama batang tubuhnya, I misalnya Awang Heika bin Awang Amir dianugerahi bintang

kebesaran Dato Paduka Mahkota Brunei (DPMB), kita akan menyebut narnanya Dato Paduka Awang Heika dan isterinya pula bolehlah disebut 'Datin' . Bagaimanapun gelaran 'Datu' , isterinya tidak dipanggil 'Datin' . Sehubungan dengan gelaran kebesaran daripada bintang ini, jika penerimanya itu Pengiran maka kita menyebut namanya 'Pengiran Dato' dan bukan 'Dato Pengiran' .

Sebutan 'Dato' daripada bintang-bintang kebesaran ini ada pula hubungan dengan orang-orang yang dianugerahi gelaran. Dalam masyarakat di Brunei terdapat beberapa gelaran daripada segi adat istiadat seperti Pengiran-Pengiran Cheteria dan Pehin- Pehin yang menerima anugerah bintang-bintang kebesaran.

I Masalah serupa ini daripada segi adat secara adat mengulum bahasa maka di bawah ini diperturunkan sedikit huraian mengenainy a:

Page 71: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

(a) Seseorang yang sudah menerima bintang kebesaran yang membawa sebutan 'Dato' dan kemudiannya dianugerahi gelaran Pehin Menteri ataupun lebih dahulu dianugerahi gelaran Pehin Menteri dan kemudiannya dianugerahi gelaran Pehin Menteri dan kemudiannya dianugerahi bintang kebesaran yang membawa gelaran, 'Dato' misalnya Awang Heika bin Awang Amin yang telah dianugerahi bintang kebesaran DPMB kemudian dianugerahi pula gelaran Pehin Orang Kaya Kasuma Ningrat, makakita akan menyebut namanya sebagai Pehin Orang Kaya Kasuma Ningrat Dato Paduka Awang Heika ataupun ringkasnya Pehin Dato Paduka Heika sahaja dan bukan Dato Pehin Heika.

(b) Seseorang Pengiran yang telah dianugerahi bintang-bintang kebesaran yang membawa gelaran Wazir atau Cheteria (baik Kepala Cheteria, Cheteria Empat, Cheteria Lapan, Cheteria Enam Belas atau Cheteria Tiga Puluh Dua) ataupun lebih awal telah dikurniakan gelaran Wazir atau Cheteria kemudian dianugerahi pula gelaran dengan bintang kebesaran yang membawa sebutan 'Dato', maka Pengiran yang sedemikian itu tidak lagi disebut 'Dato' pada nama batang tubuhnya. Misalnya Pengiran Haji Ulmateen yang sudah menerima bintang kebesaran yang membawa gelaran 'Dato', kemudian dianugerahi pula gelaran Cheteria 'Yang Amat Mulia Pengiran Tun Setia Diraja', maka Pengiran yang sedemikian itu akan disebut Yang Amat Mulia Pengiran Tun Setia Diraja Pengiran Haji Ulmateen atau secara ringkasnya Pengiran Tun Setia Diraja saja tetapi tidak disebut Dato Haji Ulmateen seperti sebelum bewlar Cheteria.

Begitu juga gelaran sebutan yang lain, jika orang yang sama iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Tun Setia Diraja Pengiran Haji Ulmateen itu dilantik menjawat Menteri Penerangan dan Penyiaran, maka kita tidak menyebut Yang Amat Mulia Menteri Penerangan dan Penyiaran, kerana sebutan terasul kehormatan 'Yang Amat Mulia' itu hanyalah kepada gelaran Cheterianya dan bukan kepada jawatannya.

Page 72: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Bahasa Dalam

Bahasa dalam adalah bahasa tertentu yang digunakan di kalangan kerabat diraja dan orang-orang yang bergelar dan dalam majlis beristiadat.

Titah

Pada umumnya perkataan 'titah' yang biasa digunakan di mana-mana jua di alam Melayu atau di luar alam Melayu adalah kata atau kata-kata yang diucapkan oleh seorang Raja yang sedang atau sudah memerintah negara yang merdeka dan berdaulat dan jua oleh kerabat diraja termasuklah permaisuri dan putera puteri Raja tersebut. Tetapi di Negara Brunei Darussalam perkataan 'titah' itu tidak seluas itu digunakan. Menurut kelaziman bahasa beradat yang diamalkan di Negara Brunei Darussalam, bahasa atau perkataan 'titah' itu hanyalah ditujukan kepada ucapan Sultan serta Raja Isteri yang sedang atau yang sudah memerintah sahaja, dan menurut adat mengulum bahasa yang sentiasa menghormati adat sopan santun dan bahasa yang senonoh tidak mengizinkan 'titah' itu

I I I dihubungkan dengan orang lain. t

I I Dernikian jua halnya dengan perkataan 'sabda' yang jarang

I dipertuturkan oleh orang yang menggunakan bahasa Melayu,

j maka begitu juga dengan perkataan 'firman' bagi kata-kata yang

I terbit daripada Allah subhanahu wa taala, Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih dan Penyayang dan 'sabda' bagi

I

1 kata-kata yang diucapkan okh kekasih Allah subhanahu wa i taala iaitu nabi dan rtisul-Nya.

Untuk lebih jelas lagi tentang cara menggunakan perkatan f 'titah' ikutilah contoh berikut:

i

I "Pada beta, peperangan atau persengketaan, bukanlah suatu game yang patut diminati, tetapi

1 ialah suatu pe r t adan atau perjudian yang mesti

i dihindari, " Demikian antara lain titah Kebawah

I Duli Kang Maha Mulia dalam satu perutusan sempena kedatangan tahun baru Masihi 1991.

i I

Page 73: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

"Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, ke- dudukan kaum wanita di seluruh dunia termasuk- lah di negara ini berkembang dengan pesatnya, ini membuktikan bahawa kaum wanita mempunyai keupayaan untuk memajukan diri mereka serta sekali gus menyumbangkan tenaga dan mencapai matlamat pembangunan. " Begitulah titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Isteri, di satu majlis pameran urusan rumah tangga di Bandar Seri Begawan sempena Perayaan Menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan yang Ke-45.

Sabda

Di Negara Brunei Darussalam mengikut kelaziman bahasa adat yang diarnalkan sejak zaman dahulu lagi, perkataan 'sabda' itu dipakai pula bagi membawa erti perkataan yang dikeluarkan oleh Pengiran sarna ada Pengiran yang bermartabat sebagai seorang Wazir, putera dan puteri Sultan atau Pengiran yang dianugerahi gelaran Pengiran Cheteria atau Pengiran biasa sahaja. Sesungguhnya daripada segi adat mengulum bahasa hanya Pengiran-Pengiran yang 'bersabda' tetapi mereka tidak 'bertitah' .

Dan seterusnya ikuti pula contoh cara menggunakan perkataan 'sabda' .

(a) Putera dan puteri Raja (Sultan) 'bersabda'.

"Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama dengan kawan-kawan saya di mak- tab ini, terutama sekali meiihat kawan teman berusaha memajukan diri dalam semua bidang pelajaran ser-ta sukan dan permainan yang &an menjadi persediaan menuju kehidupan kita di masa yang &an datang." Demikian sabda Duli Pengiran MudaIPengiran An& Puteri di satu majlis temuramah radio.

Page 74: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

(b) Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir, 'bersabda' , misalnya:

"Adalah benar kita telah menyaksikan keruntuhan sistem komunis di Eropah Timur sepanjang tahun 80-an, kita hams ingat bahawa komunis masih hidup di Asia Timur. Dalam kegembiraan kita melihat kemusnahan komunis di Eropah Timur, kita dapati suatu kecenderungan untuk melalaikan rantau kita. Kerana itu ASEAN dalam tahun 90-an hams mengambil perhatian terhadap cabaran suatu Eropah yang baru, yang sebahagian daripadanya akan berpadu melalui satu akta Eropah." Demikian antara lain sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir di Jakarta pada tahun 1990.

Seterusnya Pengiran-Pengiran yang lain umpamanya Pengiran Isteri, Pengiran Bini, Pengiran Anak, Pengiran- Pengiran yang dianugerahi gelaran Pengiran Cheteria dan Pengiran-Pengiran biasa semuanya itu dikatakan 'bersabda' jika kita menceritakan atau menulis yang mereka itu berkata sesuatu.

Untuk perkataan 'sabda' cuba ikuti contoh rekaan berikut:

"Dua raksasa dunia masa ini sungguhpun telah tersebar berita perubahan menuju kesedaran, tetapi mereka tetap segan-menyegani antara satu dengan yang lain, tetapi ingatlah dan krhati-hati- lah bila terwujudnya sefahaman dan kerjasama kedua-dua raksasa dunia ini, maka sefahaman dan kerjasama rnereka itu akan menimbuikan kesan bahawa kedudukan kemerdekaan negara-negara lain terutama negara-negara merdeka yang kecil dan lemah akan tidak terjamin lagi kestabilannya. Tak ada yang hendak disegani lagi." Demikian sabda Yang Mulia Pengiran Tatungi di majlis dialog para penuntut di Universiti Islam di ibu kota semalam .

Page 75: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Demikian secara ringkas kita perturunkan contoh cara menggunakan bahasa 'titah' dan 'sabda' .

Sungguhpun barangkali jarang atau tidak pernah kejadian bagi orang Melayu rakyat negara Brunei menyalahgunakan cara pemakaian berbagai-bagai bahasa yang terdekat di negara ini, tetapi adalah merupakan kesilapan bahasa adat dan kurang senonoh serta kurang adab jika mereka berkata atau meng- gunakan bahasa adat yang tidak kena pada tempatnya, misalnya "Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersabda", ataupun "Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Isteri berkata", ataupun "Pemangku Raja bertitah" {kecuali jika Pemangku Raja itu terdiri daripada Duli Yang Maha Mulia Raja Isteri atau Begawan Sultan), ataupun seseorang itu menulis atau berkata, "Duli Pengiran Muda telah bertitah".

Sungguhpun tidak ada undang-undang yang bdeh menyalahkannya tetapi ia bercanggah dengan adat dan orang itu jahil dengan adat bahasa orang Brunei yang hidup dikandung adat. Dan alangkah kurang manisnya bahasa kalau kita katakan, "Yang Berhormat Menteri . . . telah bersabda" ataupun seseorang itu menulis atau berkata, "Adalah elok jika sentiasa hidup tolong-menolong dalam memperkukuhkan ikatan masyarakat Melayu." Demikian mengikut sabda Yang Dimuliakan Pehin Dato . . . .

Demikian secara ringkas beberapa contoh cara meng- gunakan perkataan 'titah' d m 'sabda' yang telah teradat di Negara Brunei Darussalam. Kesimpulannya sorok langkah bahasa Brunei yang penuh bersopan santun mengakui bahawasanya 'sabda' yang diamalkan di Brunei ini adalah bahasa bagi Pengiran-Pengiran dan 'titah' hanyalah bagi Sultan dan Raja Isteri.

Terasul pada Gelaran

Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara tua kekal mengamalkan keperibadian budaya bangsa dengan adat dan cara tutur bahasa yang bersopan santun, tetap dengan cara penghormatan terhadap seseorang mengikut susunan daijat dan terasul atau sebutan awal bagi gelaran atau nama masing- masing. Di bawah ini kita perturunkan sebahagian daripadanya.

Page 76: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

A. Sultan dan Raja Isteri dan Pengiran Isteri

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sultan. . . . Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Is teri Pengiran . . . . Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri.. . .

B. Pengiran Muda Mahkota

Duli Yang Terarnat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda.. . .

C. Pengiran Wazirl

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Hirnmah Wal-Waqar Pengiran Muda.. . .

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda.. . .

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di- Gadong Sahibul Ma1 Pengiran Muda.. . . Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah Pengiran Muda.. . . Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Pengiran Muda.. . .

1 Jika gelaran Wazir-Wazir yang tersebut di atas bukan daripada putera Sultan maka terasuhya hanya begini: Yang Teramat Mulia Seri Paduka Pengiran BendahardDi-Gadong/PemanchafT'emenggong sahaja tanpa perkataan 'Duli' tetapi 'Sahibul'nya tetap sama juga.

Page 77: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

D. Putera dan Puteri yang Gahara

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda.. . . (jika putera)

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri.. . . (jika puteri)

E. Putera dan Puteri yang Bukan Gahara

Yang Amat Mulia Pengiran Anak . . . (bagi lelaki atau perempuan)

F'. Cucu Sultan yang Gahara

Yang Amat Mulia Pengiran Anak . . . (bagi lelaki atau perempuan)

G. Pengiran Isteri atau Pengiran Bini

Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri . . . Yang Amat Mulia Pengiran Bini . . . (kecuali isteri Pengiran Perdana Wazir diterasulkan dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri)

H. Pengiran Cheteria

Yang Amat Mulia Pengiran Seri Dewa Muda Pengiran.. . .

I. Pehin Menteri yang Berciri

Yang Berhormat Lagi Dimuliakan Pehin Datu Perdana Menteri Awang . . . bin Awang.. . . Yang Dihormati Lagi Dimuliakan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Diraja/Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela Awang atau Haji Awang . . . bin Haji Awang.. . . Yang Dihormati Lagi Dimuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Haji Awang . . . bin Haji Awang.. . .

Page 78: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

Yang Dihormati Lagi Dimuliakan Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Haji Awang . . . bin Haji Awang.. . .

Yang Dihormati Lagi Dimuliakan Pehin Orang Kaya Laksamana Haji Awang . . . bin Haji.. . .

Yang Dihormati Lagi Dimuliakan Pehin Orang Kaya Shahbandar Awang Haji . . . bin Haji.. . .

Yang Dihormati Lagi Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Awang . . . bin Haji.. . .

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Sudana Indera Haji Awang . . . bin Haji Awang.. . . Yang Dimuliakan Pehin Siraja IChatib Awang (semua Menteri-Menteri Pengalasan dan Menteri Ugama serta Menteri Dagang orang bukan Melayu dan menteri dalam istana)

Salam dan Ziarah

Di seluruh dunia di mana-mana pun, baik di Barat atau di Timur, setiap bangsa dan masyarakat mempunyai cara honnat-menghormati yang tersendiri apabila berjumpa.

Dalam budaya India rnisalnya, apabila orang-orang India berjumpa, mereka serentak mengucapkan 'Namasti' dengan kedua-dua belah tapak tangan ditangkupkan dan dirapatkan ke dada sambil menghalakan hujung jari ke dagu dengan tidak berjabat tangan. Begitu jua orang-orang Thailand (Siam) apabila berjumpa mengucapkan 'Sudaikap' dengan menangkup- kan kedua-dua belah tapak tangan dan merapatkan ke dada serta menghalakan hujung jari ke hadapan dengan tidak berjabat tangan.

Orang-orang Cina apabila mereka berjumpa, mereka tidak berjabat, tetapi merapatkan kedua-dua tangan dan mengumpul- kan jari seakan-akan bergenggam lalu digera-gerakkan. .Orang Filipina pula menunjukan penghormatan apabila berjumga dengan mengucapkan 'Selamat Po' dan terus berjabat tangan.

Boleh dikatakan semua budaya Timur cara bersalaman adalah menggerakkan kedua-dua tangan, tetapi Orang Jepun

Page 79: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

agak berlainan sedikit, mereka memberi dan membalas hormat apabila berjumpa dengan mengucapkan 'Ohayu, Ohayuga- zaimas' atau ucapan 'Sayonara' waktu berpisah lalu terus tunduk dan membongkokkan badan yang ditujukan kepada satu sama lain, kadang-kadang tunduk dan membongkokkan badan diulang-ulang .

Bagi orang Melayu yang beragama Islam sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak (sekarang Malaysia) atau di Indonesia dan juga orang Melayu di Bmnei, mereka memberi hormat dengan mengucapkan 'Assalamualaikum' dan dijawab oleh orang yang ditujukan salam itu dengan ucapan 'Waalaikumussalam' sama ada dekat atau jauh. Sesudah itu menghulurkan kedua-dua belah tangan dan berjabat dengan menundukkan sedikit kepala. Tangan kanan apabila sudah berjabat dicecahkan ke dada, kemudian barulah berbual-bual. Apabila tiba masa berpisah, mereka sekali lagi bersalam- salaman dan benxcap sama seperti pada permulaan berjumpa tadi .

Ucapan dan gerak tangan serta badan yang dilakukan oleh orang-orang di Timur membayangkan betapa halus dan manis serta lemah lembut tingkah iaku keperibadian Timur dalam kehidupan bermasyarakat.

Kita di Brunei Darussalam ini bukan hanya mewarisi adat bahasa dan cara hidup ketimuran yang berasaskan sopan santun tetapi lebih mendalam lagi ialah kita sentiasa menghormati dan mentaati perintah Allah dan Rasul di samping mewarisi sifat kasih sayang serta taat kepada ibu bapa dan Raja serta menghormati orang tua-tua.

Berjabat tangan dan ziarah adalah dua bahasa dan perlakuan yang selalu Erita dengar dan lihat berlaku di mana-mana jua oleh setiap orang. Cara berjabat tangan dan ziarah itu dilakukan masing-masing dengan gaya dan caranya yang tersendiri.

Di negara kita ini berjabat tangan apabila berjumpa seperti juga dengan keadaannya orang-orang di negara lain. Tangan yang dihulurkan itu ialah tangan kanan hanyasanya ziarah dilakukan dengan cara yang lebih senonoh, biasanya kepada orang yang dihormati atau kerabat )rang iebih tua daripada segi umur atau darjat umpamanya an& atau cucu ziarah kepada ibu I

Page 80: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

ADAT MENGULUM BAHASA

bapanya atau datuk neneknya dan rakyat jelata menjunjung ziarah kepada Raja. Cara ziarah ada sedikit perbezaannya daripada berjabat tangan biasa. Jika seorang anak atau cucu ziarah kepada ibu bapa atau datuk nenek maka dia akan menghulurkan kedua-dua belah tangannya menjabat tangan orang yang diziarahi, menundukkan badan dan mencium tangannya. Pada Hari Raya Aidilfitri, anak, cucu serta sanak saudara bukan hanya menjabat dengan kedua-dua belah tangan dan mncium tangan orang yang diziarahi tetapi akan mengucapkan permohonan ampun dan maaf. Bagi pihak orang tua pula akan mendoakan keselamatan dan kebahagiaan anak cucu dan sanak saudaranya.

Tertib serta bersopan santun yang lazim diamalkan oleh rakyat Brunei sama ada rakyat biasa atau Pengiran atau Pehin apabila mereka melakukan ziarah kepada Raja maka mereka akan menundukkan badan dan kepala sambil kedua-dua belah tangannya menziarahi tangan Raja dan menciumnya. Adalah kurang manis dan tidak beradab jika hanya menghulurkan sebelah tangan seperti yang biasa dilakukan terhadap kawan atau teman. Adab dan adat serta sopan santun yang terdapat di Negara Brunei Darussalam ini haruslah dihormati dengan sewajarnya oleh siapa jua, apabila ada kesempatan menjunjung ziarah ke hadapan Sultan. Menundukkan badan dan kepala dan kedua-dua belah tangan menziarahi tangan Raja dan mencium- nya. Begitulah pula keadaannya jika di negara orang, adalah lebih menyenangkan jika kita berusaha menghormati adat dan peraturan hidup masyarakat mereka.

Berbuatlah seperti perbuatan orang Rom apabila kita berada di Rom (While you are in Rome do as the Romans do) atau seperti maksud peribahasa kita 'Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengernbek' dan jangan menjadi 'Rusa masuk kampung' . Bersopan santun dan berperibahasa adalah budaya Brunei yang mesti dihormati seperti kita menghormati kedaulatan negara dan kemuliaan bangsa. Sesiapa pun yang bernaung dan bermastautin di Brunei Darussalam ini hendaklah menghormati adat resam Melayu dan cara hidup yang bersandar kepada Islam, sentiasa bersopan santun dan hormat-menghoi-mati.

Page 81: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

aga = pergi; diagai = dikunjungi;

mengagai = mengunjungi secara berombongan untuk memaklumkan ke rumah orang yang bakal dianugerahi gelaran.

aing = air; aing mua = air muka.

ani = ini. antadi = tadi. astaga = kata seru. atu = itu. au = ya.

babu = ibu, emak, bonda. bagas = selepas. bahapa = buat apa. baibun = berjenaka, bergurau. batah = lama. beranti = berhenti. bini-bini = perempuan.

bisai = 1 elok, cantik; (bagi orang, binatang atau benda; 2 bernas (bagi percakapan, syarahan dan Lain-lain), dibisaii = dielokkan, dikemaskan; diperbisaikan = diperbaiki, diperelokkan; membisaikan = memperbaiki, mengelokkan;

Page 82: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

pembisaian = pembaikan. bisdia = mereka. bis kaola = kami semua.

dangan sebarung-barung = isteri bagi orang kebanyakan atau Menteri Berciri semasa bercakap dengan keluarga diraja, Wazir, Cheteria atau Pengiran.

inda = tidak; indada = tidak ada.

indung = ibu (bapa); indung petuan = bapa {ibu) saudara.

. jahat nyawa = demam, kurang sihat. jangang; menjangangkan telinga = menajamkan telinga. jungkar = pantaran;

hujung jungkar = hujung pantaran. junjung = silakan, jemputlah; menjalankan perintah atau kerja;

junjung nugaraha = minta izin; junjung sabdakan = silakan beritahu; menjunjung anugeraha = meminta izin memohon diri; menjunjung kasih = mengucapkan terima kasih; menjunjung sabda = menjalankan perintah atau kerja yang telah diarahkan oleh keluarga diraja termasuk Wazir dan Cheteria.

kadiaku = engkau, awak. kaka = kakak atau abang. kakara = sejenis kuih kering berbentuk seperti karipap dan

berinti kelapa parut. kamas = kemas;

kamas usulnya = nampak kemas. kian = dernikian; sejenis kata untuk menegaskan sesuatu. kilala; takilala = kenal. kitani = kita.

lagau; melagau = memanggil. lai = timang-timangan untuk orang yang disayangi.

Page 83: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

lanjar = tidak singkat. larai; belarai = belayar. limpas = lebihi dari yang patut, lepas;

melimpasi = melebihi. lutan; melutani = melakukan pekerjaan dengan sangat cermat.

miatu = begitu; rniatukah = begitukah, betulkah.

mulih = balik, pulang. mun = kalau;

mun kan ampun = memohon ampun.

nganya = hanya. Ngian = (kependekan Pengiran) lihat Pengiran. nugaraha = pemberian daripada Sultan, keluarga diraja, Wazir

atau Cheteria, anugeraha. nyanya = seperti yang dikatakannya.

padah; padahkan = beritahu. pakai; tapakai = berkenan. Pengian (kependekan Pengiran) lihat Pengiran. Pengiran = gelaran daripada keturunan tertentu dalam susunan

lapis masyarakat Melayu Brunei. pulang = pula. purih = keturunan.

rancung = kain samping; berancung-rancung = rnemakai kain samping.

ristaan = kenangan; meristakan = mengenangkan.

sahan; disahan = diangkat di atas bahu. sampir; disampiri = dianugerahi geiaran, dikurniai gelaran. sinjang = kain samping. sukat-sukat = ukuran, pedoman. sulai = sokong;

disulai = disokong, dibantu; menyulai = rnembantu;

Page 84: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

penyulai = penyokong. suruk langkah = sesuatu yang terkeluar daripada kelaziman.

tamayapan = pemakanan. tambat; menambat = melipat-lipat dan membentuk (mengikat

dan lain-lain) kain dastar. tampap; setampap = sedikit. tanai; menanai = menjaga serta melindungi. tapih = cara mengikat kain di pinggang;

ditapih = diikat (kain) pada pinggang. tataran = bentuk. tia = sejenis kata untuk menegaskan sesuatu. tuntut; penuntutan = rajin menuntut ilmu.

ungkayah; pengungkayahan = pengusahaan. unjur = cari;

mengunjar-ngunjar = mencari-cari. usai; mengusai = mengemasi;

pengusai = pembaikan; pengusaian = pengemasan.

usin = wang; duit. usul = keadaan;

usulnya = keadaannya, nampaknya.

Page 85: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

lndeks

A

adat 1-5, 16, 18, 29, 35, 36 Belait 4 berpuspa 5 Dusun 4 istiadat 5, 8, 11, 14, 29 Melayu Brunei 4 menggelar 6 Murut 4 perkahwinan 6 susunan duduk 6 Tutong 4

Adat istiadat Brunei 6, 7, 14 (Lihat juga Adat Istiadat Diraja)

Adat Istiadat Diraja 6, 7, 8 (Lihat juga Adat Istiadat Brunei)

agama 3 Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul

Khairi Waddien 7, 13, 60 Alum Sembah 20, Awang Alak Betatar 11

(Lihat juga Sultan Muhammad) Awang-Awang 30

Page 86: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Bandar Brunei 8 Bangsa 4,6 Bendera Negara Brunei 12 Borneo 4,5 Brunei 15-17,29,31,33-36,47,59

(Lihat juga Negara Brunei Darussalam) Buddha 5

Cheteria 6, 9, 13, 20, 33, 34, 35, 37, 38,41, 44, 45 46,49, 52, 60, 61 Besar 10J5

(Lihat juga Cheteria Lapan) Damit 9, 15 Empat 9, 13, 14, 57 Enarn Belas 14,57 Lapan 9, 15,57

(Lihat juga Cheteria Besar) Pengalasan 15 Tiga Puluh Dua 15,61

Cina 5

Damong 20 Datin 50, 59, 60 Dato 50, 59, 60 Dato Seri Laila Jasa (DSW) 60 Dato Seri Lela Jasa Yang Amat Berjasa 54 Dato Paduka Mdhkota Brunei 57 Datu 60 Datu Harimau Alam 56 Datu Hulubalang 56 Datu 'Singa Menteri 56 Datu Kerna 56 Datu Shahbandar 56

Page 87: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Filipina 5, 36

Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan 7, 13

Hindu 5

Islam4, 5, 9, 11, 16, 17 Istiadat

berkhatan 7 berpuspa 7 penganugerahan gelaran 7 perkahwinan 7

Juru 20

Kebudayaan 1 , 2 Kepala Cheteria 9, 12, 13, 39 Kepala Menteri 14 Kepala Wazi-r 12, 13 Kerajaan British 8, 12 Kerajaan Majapahit 5 Ketua Menteri 1 1 Wlatib 11

Lapau 8, 18,32,33 Luzon 5

Page 88: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Maharaja Lela Sahibul Kahar 15 Marbut 12 Mazhab Syafie 17, 18 Melayu Brunei 4, 5, 19 Melayu Islam Beraja 16 Menjunjung Anugeraha 19 Menteri 10

Empat 10 Pengalasan Besar 10 Pengalasan Biasa 10 Pengalasan Darnit 10

Mudim 12,40

Negara Brunei Darussalam 1, 3, 5, 7, 8-11, 13-14, 34, 36, 57, 59

Nusantara 3, 36

Panglima 47,52-54 Pateh 19 Pehin 6, 32, 37, 39 Pehin Bendahari 29 Pehin Datu Imam 10 Pehin Datu Perdana Menteri 10, 63 Pehin Datu Seri Maharaja 11, 63 Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja 11, 32, 63 Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja 11,63 Pehin Menteri 9, 10,20, 39,41,47,49, 52, 55 Pehin Menteri Bini 39, 5 1 Pehin Menteri Ugama 1 1, 20,42 Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela 10, 16,67 Pehin Orang Kaya Di-Gadong Sen Diraja 10, M,67 Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Nara Indera 10, 16 Pehin Orang Kaya Laksarnana 11,68 Pehin Orang Kaya Shahbandar 1 l , 68

Page 89: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Pehin Orang Kaya Sudana Indera 68 Pehin Penyurat 3 1 Pehin Siraja Khatib 11, 68 Pehin Tuan Imam 11 Pehin Udana Khatib 11 Pengarah 20,39,40 Pengiran 8, 13, 30, 37, 39,45,47-50, 53-59 Pengiran Bendahara 3 1,38 Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara 9, 14,62 Pengiran Cheteria 30, 36 Pengiran Di-Gadong Sahibul Ma1 9, 13 Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib 15 Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah 14, 15 Pengiran Maharaja Dinda 15 Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar 15 Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad 14 Pengiran Muda Hassanal Bolkiah, Yang Teramat Mulia

Paduka Seri Duli 13 (Lihat Juga Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu 'izzaddin Waddaulah)

Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Duli 13, 14, 64 (Lihat Juga Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal- Waqa r )

Pengiran Paduka Tuan 9, 15 Pengiran Paduka Tuan Sahibun Karib 14 Pengiran Pekema Setia Diraja Sahibul Bandar 14 Pengiran Pemancha 12, 13 Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah 9, 15,62 Pengiran Pmdana Cfieteria Sahibun Nabalah 14 Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar, Duli

Yang Teramat Mulia Paduka Seri 13, 64 (Lihat Juga Pengiran Mudn Mohamed Bolkiah)

Pengiran Shahbandar 15 Pengiran Shahbandar Sahibul Bandar 9, 13 Pengiran Siraja Muda 34 Pengiran Temenggong 13 Pengiran Temenggong Sahibul Baha 9, 15,66

Page 90: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Pengganti Raja 16 Peradaban 1 Puak 3 ,4 ,6

Melayu 5 Melayu Belait 4 Melayu Bisaya 4 Melayu Brunei 4 Melayu Dusun 4 Melayu Kedayan 4 Melayu Murut 4 Melayu Tutong 4

Raja 6, 8, 9, 16, 17, 3040, 33, 36, 37, 38, 39, 40, 41 (Lihat juga Sultan)

Raja Isteri 37-39, 44, 47, 62 Residen British 12

Semenanjung Tanah Melayu 12 Seri Mahkota Brunei Yang Amat Dihormati (SPMB) 60 Sultan 8, 9, 11, 14-17, 18, 20, 23, 33, 36, 40, 43, 45, 60

(Lihat juga Raja) Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda 8, 13

Sultan Muhammad 11 (Lihat juga Awang Alak Betatar)

Surau 19

w Wazir 6,9, 11, 12, 14, 20, 33, 37,40,42, 44, 46,-61

Page 91: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Biodata

DIANUGERAHKAN IJAZAH Kehormat Doktor Undang- Undang di International Academy Vancouver, Canada dalam tahun 196 1 dan Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards) di Bangkok, Thailand pada tahun 1993. Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd. Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., C.B.E., P.O.A.S., P.J.K., dilahirkan pada 2 Mei 1923 di Kampung Kandang , Tutong . Berpendidikan Melay u, Inggeris dan Jepun. Pada akhir tahun 1939 Yang Amat Mulia telah mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Malaya serta mengikuti kursus bahasa Jepun dalam tahun 1943 di International School Kokusai Gakuyuki, Tokyo dan telah memasuki Universiti Hiroshima Bunrika Daigaku, Jepun dalam tahun 1944. Pada tahun 1954, Yang Amat Mulia berkesempatan untuk mengikuti kursus di South Devon Technical College, Torquay, Devonshire, England dalam bidang Public and Social Administration selama setahun.

Yang Amat Mulia pernah dilantik menjadi Duta Besar Negara Brunei Darusslarn Ire Malaysia dan ke Jepun. Antara jawatan yang pernah beliau pegang dalam Pentadbiran Awam ialah:

Guru Penolong pada 1 Januari 1939. Ditugaskan mengajar di Sekolah Melayu Kuala Belait I dalam tahun 1945 setelah kembali dari mengikuti

81 , ,

Page 92: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

pembelajaran di Universiti Hiroshima Bunrika Daigaku, Jepun. Pada tahun 1952, Yang Amat Mulia telah dipinjam dalam menubuhkan Jabatan Penerangan dan dilantik menjadi Pegawai Penerangan dalam tahun 1957.

Pada tahun 196 1, dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan merangkap Pengarah Penyiaran dan Penerangan.

Ditetapkan jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan pada tahun 1964. Yang Amat Mulia telah dilantik menjadi Menteri Besar Negara Brunei Darussalam pada awal tahun 1967 sehingga menamatkan perkhidmatan dalam kerajaan pada tahun 1972.

Yang Amat Mulia mula aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 1940-an dalam genre seperti sajak, cerpen dan esei. Yang Amat Mulia pernah menggunakan nama pena Tunas Negara. Karya Yang Amat Mulia mendapat tempat dalarn majalah

. Kencana dan Hiburan serta akhbar Utusan Melayu. Yang Amat Mulia pemah menjadi pengarang majalah Warta Pejabat kelolaan Jabatan Pelajaran, Brunei. Beberapa hasil karya Yang Amat Mulia telah dimuatkan dalam antologi bersama, antaranya:

Antologi sajak Puisi Hidayat 11 terbitan Jabatan Hal Ehwal Ugama, Brunei dalam tahun 1976. Antologi sajak Pakatan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei pada tahun 1976.

Antologi puisi Lagu Hari Depan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei pada tahun 1980.

Antologi puisi Puisi-Puisi Nusantara terbihn Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 198 1.

Antologi puisi Bunga Rarnpai Sastera Melayu Brunei xerlitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1984.

Page 93: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

Antologi puisi Memburu Pelangi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei dalam tahun 1992.

Antologi sastera ASEAN Puisi Moden Brunei Darussalam terbitan ASEAN-COCI pada tahun 1994.

Anthology of ASEAN Literatures Modern Poetry of Brunei Darussalam terbitan ASEAN-COCI pada tahun 1998.

Di samping itu Yang Amat Mulia telah menerbitkan antologi sajak persendirian Sekayu Tiga Bangsi dan Loyang Tua Balan Berkias I1 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei dalam tahun 1993 serta menghasilkan buku Pengiran Bendahara Menjadi Sultan [edisi Jawi] atau Mahkota yang Berdarah [edisi Rumi] dalam tahun 1951 dan telah dicetak semula dalam tahun 1985 oleh Dewan Bahasa d m Pustaka, Brunei. Yang Amat Mulia telah menghasilkan buku Sejarah Brunei bersama Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar. Pada tahun 2002, Ririsej Brunei Darussalam telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sementara Barat-Timur dan Bom Atom tehh diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Yang Amat Mulia aktif dalam Persatuan Sejarah Brunei dan pernah dilantik menjadi Yang Dipertua dalam persatuan itu. Pada 3 Mac 1984, Yang Amat Mulia telah mendeklamasikan sajak sendiri dalam Malam Puisi Merdeka anjuran Asterawani. Seni kata lagu kebangsaan Negma Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' adalah ciptaan Yang Amat Mulia dalam tahun 1946. Yang Amat Mulia pernah membentangkan sebuah kertas kerja yang bertajuk Pembinaan Tamadun Berbahasa Melayu Serantau - Tanggungjawab Generasi Muda dalam Simposium Antarabangsa anjuran Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 9-10 Ogos 1983.

Page 94: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI - …learning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Adat mengulum... · Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja ... yang biasa disebut dalarn bahasa

3" p---- ini. Buku ini memainkan peranan sebagai nara sumber .dan ri~3~s%t~&% - ; -. PkW=-2B bahan rujukan kepada kita semua.

Penulis buku in i adalah 'orang dalam' institusi beraja Negara i - > - h . _

Brunei Darussalam dengan penganugerahan gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara dari Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam.

Sebagai 'orang dalam' beliau amat matang lagi 'arif' dalam

adat istiadat diraja. Kesungguhan dan minat beliau dalam adat istiadat Brunei Darussalam dapat dibuktikan dengan penyusunan buku bel iau yang pertama mengenai adat

istiadat yang berjudul Adat Istiadat Diraja Brunei (1 958).

Dengan penerbitan buku ini, sekali lagi membuktikan minat dan perhatian beliau yang mendalam tentang adat istiadat Brunei Darussalam yang kekal turun-temurun hingga ke hari ini.

&g)! *. d)1d &I+ *. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN $5.50