abstrak - studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/5800/4/4._abstrak_tesis_malay.pdf ·...

2
v ABSTRAK Pendekatan pengajaran berasaskan korpus (DDL) merupakan aplikasi pedagogi linguistik korpus di dalam bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan DDL dalam meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pelajar undang-undang dalam tiga aspek penting: kata sendi dan koligasi, makna dan pembinaan ayat. Premis kajian diambil daripada teori makna berdasarkan konteks daripada Firth (1957b) dan teori ‘scaffolding’ oleh Vygotsky (1978). 40 mahasiswa undang-undang semester tiga dari Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), UniSZA, Malaysia mengambil bahagian dalam kajian eksperimen selama tujuh minggu. Data yang dikumpul daripada praujian dan pascaujian telah dianalisis dengan menggunakan ujian Mann-Whitney U (ujian bukan parametrik) untuk mencari perbezaan antara dua kumpulan. Temu bual selepas eksperimen kemudiannya dijalankan dengan 10 responden dalam kumpulan DDL bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan persepsi mereka mengenai pendekatan DDL. Dapatan kajian menunjukkan pelajar dalam kumpulan DDL mempunyai pengetahuan tentang koligasi dan makna kata sendi yang signifikan berbanding dengan pelajar dalam kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun, tiada dapatan signifikan yang diperolehi antara kedua-dua kumpulan pelajar dalam pembinaan ayat menggunakan kata sendi. Sementara itu, hasil dapatan daripada temu bual selepas kursus menunjukkan majoriti daripada responden mempunyai sikap positif terhadap DDL.

Upload: vuongtuong

Post on 18-Jul-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABSTRAK - studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/5800/4/4._ABSTRAK_tesis_Malay.pdf · Pendekatan pengajaran berasaskan korpus (DDL) merupakan aplikasi pedagogi ... output (pengetahuan

v

ABSTRAK

Pendekatan pengajaran berasaskan korpus (DDL) merupakan aplikasi pedagogi

linguistik korpus di dalam bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk melihat

keberkesanan DDL dalam meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pelajar

undang-undang dalam tiga aspek penting: kata sendi dan koligasi, makna dan

pembinaan ayat. Premis kajian diambil daripada teori makna berdasarkan konteks

daripada Firth (1957b) dan teori ‘scaffolding’ oleh Vygotsky (1978).

40 mahasiswa undang-undang semester tiga dari Fakulti Undang-Undang dan

Hubungan Antarabangsa (FUHA), UniSZA, Malaysia mengambil bahagian dalam

kajian eksperimen selama tujuh minggu. Data yang dikumpul daripada praujian dan

pascaujian telah dianalisis dengan menggunakan ujian Mann-Whitney U (ujian

bukan parametrik) untuk mencari perbezaan antara dua kumpulan. Temu bual

selepas eksperimen kemudiannya dijalankan dengan 10 responden dalam kumpulan

DDL bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan persepsi mereka mengenai

pendekatan DDL.

Dapatan kajian menunjukkan pelajar dalam kumpulan DDL mempunyai

pengetahuan tentang koligasi dan makna kata sendi yang signifikan berbanding

dengan pelajar dalam kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun, tiada dapatan

signifikan yang diperolehi antara kedua-dua kumpulan pelajar dalam pembinaan

ayat menggunakan kata sendi. Sementara itu, hasil dapatan daripada temu bual

selepas kursus menunjukkan majoriti daripada responden mempunyai sikap positif

terhadap DDL.

Page 2: ABSTRAK - studentsrepo.um.edu.mystudentsrepo.um.edu.my/5800/4/4._ABSTRAK_tesis_Malay.pdf · Pendekatan pengajaran berasaskan korpus (DDL) merupakan aplikasi pedagogi ... output (pengetahuan

vi

Berdasarkan dapatan kajian, dapatlah disimpulkan bahawa pendedahan kepada

DDL berupaya meningkatkan pengetahuan koligasi kata sendi dan makna dalam

kalangan pelajar undang-undang. Walau bagaimanapun, sebelum input menjadi

output (pengetahuan reseptif bertukar kepada produktif), ia memerlukan masa dan

praktis yang lebih lama. Kajian ini boleh memberi impak kepada kajian koligasi

kata sendi dan makna dalam bidang undang-undang.