abstrak - · pdf file( e ) sosial perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat...

22
MENGENALPASTI CORAK PEMBELAJARAN YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI CEMERLANG DAN JUGA LEMAH Mohd. Kamarul Yusri bin Khaidzir Unit Pengurusan Perniagaan Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia 26300 Gambang Pahang Darul Makmur ABSTRAK Pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan bagi seorang pelajar. Di dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan di dalam akademik, pelajar perlu untuk mengulangkaji semula topik pelajaran yang dipelajari di dalam kuliah atau tutoran. Bagi tujuan tersebut setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri di mana gaya pembelajaran tersebut mungkin dirasakan berkesan atau selesa bagi diri pelajar terbabit. Namun begitu, tidak semestinya usaha yang diberikan di dalam ulang kaji membuahkan keputusan yang dikehendaki. Keberkesanan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar boleh dilihat berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi. Kajian ini bertujuan untuk melihat akan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar jurusan perakaunan sesi 2003 / 2004. Sampel bagi kajian ini merupakan pelajar jurusan perakaunan sesi 2003 / 2004 yang memperolehi PNGK 3.5 ke atas dan juga 2.65 ke bawah bagi semester 1. Dengan itu suatu corak pembelajaran yang berkesan boleh dikenal pasti seterusnya dijadikan panduan kepada pelajar lain terutama pelajar yang memperolehi keputusan yang kurang memuaskan. Secara lebih khusus lagi kajian ini mempunyai 3 objektif iaitu: ( a ) Untuk mengenal pasti corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar, ( b ) Untuk mengenalpasti faktor faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar dan ( c ) Untuk meninjau prinsip yang diamalkan oleh pelajar sewaktu mengikuti pengajian di kolej matrikulasi.. Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat bagaimana pelajar menjalani proses pembelajaran mereka. Dengan adanya maklumat ini, pihak kolej boleh memperbaiki atau mengubahsuai samada peraturan atau infratruktur di dalam usaha

Upload: lydung

Post on 31-Jan-2018

239 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

MENGENALPASTI CORAK PEMBELAJARAN YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR

YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI

CEMERLANG DAN JUGA LEMAH

Mohd. Kamarul Yusri bin Khaidzir

Unit Pengurusan Perniagaan

Kolej Matrikulasi Pahang

Kementerian Pendidikan Malaysia

26300 Gambang

Pahang Darul Makmur

ABSTRAK

Pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan bagi seorang pelajar. Di dalam

usaha untuk mencapai kecemerlangan di dalam akademik, pelajar perlu untuk

mengulangkaji semula topik pelajaran yang dipelajari di dalam kuliah atau tutoran. Bagi

tujuan tersebut setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri di mana gaya

pembelajaran tersebut mungkin dirasakan berkesan atau selesa bagi diri pelajar terbabit.

Namun begitu, tidak semestinya usaha yang diberikan di dalam ulang kaji membuahkan

keputusan yang dikehendaki. Keberkesanan corak pembelajaran yang diamalkan oleh

pelajar boleh dilihat berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi. Kajian ini

bertujuan untuk melihat akan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar jurusan

perakaunan sesi 2003 / 2004. Sampel bagi kajian ini merupakan pelajar jurusan perakaunan

sesi 2003 / 2004 yang memperolehi PNGK 3.5 ke atas dan juga 2.65 ke bawah bagi semester

1. Dengan itu suatu corak pembelajaran yang berkesan boleh dikenal pasti seterusnya

dijadikan panduan kepada pelajar lain terutama pelajar yang memperolehi keputusan yang

kurang memuaskan. Secara lebih khusus lagi kajian ini mempunyai 3 objektif iaitu: ( a )

Untuk mengenal pasti corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar, ( b ) Untuk

mengenalpasti faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar dan (

c ) Untuk meninjau prinsip yang diamalkan oleh pelajar sewaktu mengikuti pengajian di

kolej matrikulasi.. Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat bagaimana pelajar

menjalani proses pembelajaran mereka. Dengan adanya maklumat ini, pihak kolej boleh

memperbaiki atau mengubahsuai samada peraturan atau infratruktur di dalam usaha

Page 2: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

menyokong proses pembelajaran pelajar.

PENDAHULUAN

Sering kali terdengar rungutan daripada pelajar setiap kali setelah keputusan peperiksaan

diumumkan. Mereka mengulangkaji pelajaran sama seperti pelajar yang lain tetapi hasil yang

diperolehi seolah – olah tidak mencerminkan daya usaha sebenar mereka. Lebih menambahkan lagi

tekanan kepada mereka ialah apabila ada rakan yang mengulang kaji pelajaran dengan peruntukan

masa yang kecil tetapi memperolehi keputusan yang amat membanggakan.

Secara umumnya, seorang individu berbeza di antara satu sama lain. Menurut C.

Parameswary Chelliah, perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau

bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.

Antara aspek – aspek perbezaan adalah seperti berikut :

( a) Fizikal

Perbezaan yang boleh dlihat dengan mata kasar dari segi rupa paras, susuk badan, jantina, kemahiran

fizikal dan kebolehan kerja tangan.

( b ) Emosi

Aspek – aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggung

kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Emosi seseorang itu seperti gembira, duka, suka,

marah, benci, cinta, kasih sayang, takut dan sebagainya.

( c ) Mental

Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid, pengalaman, latar

belakang, kebolehan akal ( imaginasi dan penaakulan ), keupayaan belajar, kebolehan bertindak,

kebolehan meninjau ke hadapan dan kebolehan menggunakan bahasa.

( d ) Tingkah laku

Perbezaan tingkah laku boleh diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah laku

berinteraksi ( bahasa dan gaya ), unsur – unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap dan ketegasan

bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama.

Page 3: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

( e ) Sosial

Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang,

kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengaruhi kehidupan semua kanak – kanak

sejak dilahirkan.

Kesan Perbezaan Individu Terhadap Pembelajaran

( a ) Kesediaan untuk Belajar

Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu kanak – kanak yang

sama umur tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkan

oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan pengalaman prasekolah. Fahaman

guru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau

kumpulan mengikut kaedah yang berbeza.

( b ) Konsep Kendiri

( i ) Konsep kendiri positif ( mereka akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan aktif )

( ii ) Konsep kendiri negatif ( tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran

malah mereka tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap diri sendiri )

( c ) Persepsi

Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza terhadap pembelajaran. Guru hendaklah

mengenal pasti murid yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pembelajaran. Setelah itu beri

mereka motivasi agar mereka mrngubah daripada berpandangan atau bersikap negatif terhadap

pelajaran kepada sikap positif.

( d ) Nilai

Setiap pelajar mempunyai nilai yang berbeza berdasarkan perbezaan individu dan latar belakang

kehidupan mereka. Tugas guru ialah mengubah pelajar agar mempunyai nilai yang baik terhadap

pelajaran.

( e ) Tingkah Laku

Tingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain. Tingkah laku ini mempunyai perkaitan

Page 4: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

4

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

yang rapat dengan personaliti mereka. Mungkin sukar untuk mengubah personaliti, tetapi seseorang

guru itu boleh mengubah sikap murid – muridnya.

( f ) Perasaan

Perasaan seseorang berbeza dengan orang lain. Antara perasaan yang selalu mempengaruhi

pembelajaran ialah perasaan gemuruh, tenang, stabil, kecewa, duka dan takut. Tugas guru ialah

mendorong dan melatih murid supaya mempunyai perasaan yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran.

( g ) Mental

Kebolehan mental ( kecerdasan ) seseorang itu berbeza antara seseorang dengan seorang yang lain.

Ada murid yang mempunyai kekuatan daya ingatan, tetapi lemah dalam kreativiti, begitu juga

sebaliknya. Kekurangan dalam sesuatu bidang tidak bermakna mereka akan kecewa dalam kehidupan.

Sejarah telah membuktikan orang yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak semestinya berjaya di

dalam mengendalikan kehidupan seharian. Tugas guru ialah mencungkil potensi pelajar dalam bidang

– bidang tertentu.

REFLEKSI MASALAH

Sebagai seorang pelajar mereka memikul tanggungjawab yang berat di dalam usaha untuk

memastikan mereka beroleh kecemerlangan di dalam pengajian mereka di peringkat matrikulasi. Bagi

tujuan tersebut masing – masing mempunyai corak pembelajaran mereka yang tersendiri. Gaya

pembelajaran yang dipilih dibuat berdasarkan keselesaan dan kesesuaian diri seseorang pelajar

terbabit. Keberkesanan corak pembelajaran yang diamalkan boleh dilihat berdasarkan keputusan

peperiksaan yang diperolehi. Dengan itu suatu corak pembelajaran yang berkesan boleh dikenal pasti

seterusnya dijadikan panduan kepada pelajar lain terutama pelajar yang memperolehi keputusan yang

kurang memuaskan. Suasana persekitaran juga secara tidak langsung boleh diperbaiki bagi

menyediakan suatu suasana persekitaran yang kondusif.

Namun begitu, sering kali juga terdengar alasan daripada pelajar apabila mereka mendapat

keputusan peperiksaan yang kurang cemerlang. Mereka menyatakan bahawa mereka telah mengulang

kaji pelajaran dengan memperuntukkan masa yang banyak dan juga tidak ketinggalan di dalam

membuat latihan – latihan yang dibekalkan. Seolah – olah keputusan yang diperolehi tidak

mencerminkan kesungguhan usaha yang telah disumbangkan di dalam aktiviti ulang kaji. Lebih

menambahkan lagi tekanan kepada mereka ialah apabila ada rakan yang mengulang kaji pelajaran

dengan peruntukan masa yang kecil tetapi memperolehi keputusan yang amat membanggakan. Secara

Page 5: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

5

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

tidak langsung keadaan ini akan mewujudkan perasaan putus asa di dalam diri pelajar terbabit kerana

pada pandangan mereka, walau sebanyak mana usaha yang dilakukan, keputusan peperiksaan mereka

tetap rendah.

Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat bagaimana pelajar menjalani proses

pembelajaran mereka. Dengan adanya maklumat ini, pihak kolej boleh memperbaiki atau

mengubahsuai samada peraturan atau infratruktur di dalam usaha menyokong proses pembelajaran

pelajar. Hasil kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh kolej – kolej matrikulasi yang lain di dalam

menyediakan suatu suasana persekitaran yang kondusif bagi tujuan pembelajaran.

DEFINISI OPERASI

Satu definisi istilah digunakan dalam kajian ini bagi menjelaskan objektif kajian.

( a ) Belajar

Belajar adalah suatu proses penyesuaian yang berlangsung secara progresif. Proses

penyesuaian tersebut dapat mendatangkan hasil yang optimum apabila ia diberi pengukuhan.

Berdasarkan proses pelaziman yang pada prinsipnya memperkuatkan dugaan bahawa timbulnya

tingkah laku itu lantaran adanya hubungan antara rangsangan dengan gerak balas. Skinner ( 1938 )

Wittig ( 1981 ) mendefinikan belajar sebagai perubahan relatif yang terjadi pada tingkah laku

suatu organisma sebagai hasil pengalaman

Reber ( 1989 ) mendefinisikan belajar sebagai proses memperoleh pengetahuan dan suatu

perubahan tingkah laku yang relatif sebagai hasil latihan yang iperkukuh.

Dirumuskan, kebanyakkan ahli psikologi bersetuju bahawa belajar ialah bidang yang

mengurus perubahan seluruh tingkah laku pelajar supaya belajar berdasarkan pengalaman dan

pemerhatian yang melibatkan proses kognitif.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat akan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar –

pelajar jurusan perakaunan. Secara lebih khusus lagi kajian ini mempunyai objektif iaitu:

Page 6: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

6

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

( a ) Untuk mengenal pasti corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar.

( b ) Untuk mengenalpasti faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar.

( c ) Untuk meninjau prinsip atau pegangan diri yang diamalkan oleh pelajar sewaktu mengikuti

pengajian.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan cuba menjawap persoalan – persoalan yang berikut :

( a ) Apakah bentuk corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar ?

( b ) Apakah faktor – faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar ?

( c ) Apakah prinsip yang menjadi pegangan hidup pelajar sewaktu mengikuti pengajian ?

PERANCANGAN TINDAKAN

Kajian ini akan melihat corak pembelajaran yang diamalkan oleh dua kumpulan pelajar. Bagi

tujuan tersebut, responden akan dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan mereka di semester 1.

Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan kumpulan pelajar cemerlang dan juga lemah. Pelajar

yang dikategorikan sebagai cemerlang merupakan pelajar yang memperolehi PNGK 3.5 ke atas

manakala pelajar yang dikategorikan sebagai lemah pula ialah yang mendapat PNGK 2.65 ke bawah.

Data dan maklumat pelajar tersebut akan diperolehi daripada Bahagian Peperiksaan, Kolej

Matrikulasi Pahang. Setelah itu borang – borang soal selidik akan diserahkan kepada pelajar terbabit

bagi tujuan mengumpul maklumat.

Page 7: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

7

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan melalui penggunaan borang soal selidik. Tinjauan

digunakan untuk melihat corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar sehingga menyumbang

kepada pencapaian PNGK yang tertentu. Kaedah ini dipilih kerana ia berupaya menyediakan

maklumat yang diperlukan bagi setiap kumpulan responden.

Sampel Kajian

Seramai 27 orang pelajar masing – masing yang mencatatkan keputusan PNGK 3.5 ke atas dan 2.65

ke bawah dikenal pasti melalui data di Bahagian Peperiksaan, Kolej Matrikulasi Pahang. Kepurtusan

peperiksaan yang dicatatkan ialah di dalam peperiksaan Semester I sesi 2003 / 2004.

Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan untuk mengutip data di dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang

dibentuk oleh penyelidik berdasarkan pengalaman, bahan bacaan dan kursus penyelidikan yang

dihadiri.

Soal selidik ini mempunyai dua bahagian. Bahagian A meliputi maklumat tentang latar belakang

sampel iaitu nama kolej, jantina, jurusan, kaum, jenis sekolah dan PNGK. Bahagian B pula

mengandungi item – item berkenaan corak pembelajaran pelajar. Item – item pada bahagian B diukur

dengan menggunakan skala berikut : 1 “ Sangat Tidak Setuju “, 2 “ Tidak Setuju “, 3 “ Setuju “ dan 4

“ Sangat Setuju “.

BATASAN KAJIAN

Page 8: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

8

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

( a ) Dapatan kajian ini hanya terbatas kepada kumpulan sasaran kajian. Sebarang generalisasi yang

dibuat berasaskan dapatan kajian ini terhad kepada pelajaran jurusan perakaunan yang menuntut di

Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2003 / 2004. Kajian ini memfokuskan kepada corak pembelajaran yang

diamalkan oleh pelajar dan data hanya diperolehi dari responden yang telah dipilih dengan

menggunakan borang soal selidik.

( b ) Kajian ini tidak menggunakan sebarang peruntukkan penyelidikan yang khusus. Kajian ini

dilakukan mengikut masa terluang penyelidik sebagai pensyarah yang terikat dengan jadual waktu

mengajar sebanyak 14 jam seminggu.

( c ) Penyelidik juga masih belum pakar di dalam aktiviti penyelidikan.

TINJAUAN LITERATUR

Menurut kajian tinjauan yang dilakukan oleh Kherun Nita dan Zakaria ( 1995 ) terhadap pelajar

cemerlang di UTM, pelajar – pelajar yang dikategorikan sebagai cemerlang mempunyai ciri – ciri

seperti berikut :

( a ) Mempunyai matlamat dan wawasan yang jelas

( b ) Baik di dalam mata pelajaran matematik dan sains

( c ) Baik di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

( d ) Dapat memahami sistem pengajian

( e ) Tahu mengurus masa

( f ) Baik dalam mengambil nota

( g ) Memberi penumpuan di dalam kuliah atau tutoran

( h ) Tidak suka bertangguh atau belajar di saat akhir

( i ) Suka bertanya dan berjumpa pensyarah

( j ) Hadir ke kuliah dengan berkesan

DAPATAN KAJIAN

Ujian Rintis

Sebelum borang soal selidik diedarkan kepada pelajar, soalan dibincangkan dahulu dengan para

pensyarah berkenaan kesesuaian penggunaan bahasa. Setelah itu ujian kebolehpercayaan model (

Page 9: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

9

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

reliability alpa ) ke atas 35 item ujian menunjukkan nilai pekali 0.7. Ini menunjukkan data – data

dapatan kajian ini melebihi kebolehpercayaan 0.6 seperti yang diutarakan oleh Mohd. Salleh dan

Zaiton ( 2001 ).

Prosedur Memungut Data

Borang soal selidik diedarkan selepas pelajar selesai mengikuti kuliah atau tutoran dan soal selidik

akan ditadbir sendiri oleh penyelidik. Nama pelajar tertentu berdasarkan PNGK yang diperolehi akan

dipanggil untuk mengisi soal selidik. Penerangan ringkas diberikan kepada pelajar yang dikehendaki

menjawab soal selidik. Pelajar diberikan masa 2 hari untuk menjawab soal selidik dan soal selidik

yang telah siap dijawap diserahkan kepada penyedlidik atau dihantar ke meja penyelidik.

Prosedur Menganalisis Data

Data yang dipungut akan dikod dan diproses dengan menggunakan perisian SPSS Ver 12 mengikut

keperluan kajian. Analisis data menggunakan statistik kekerapan dan bagi melihat amalan corak

pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar.

Hubungan Antara Pembolehubah

Analisis khi kuasa dua digunakan untuk menguji kekuatan perkaitan antara pembolehubah.

Pembolehubah yang dinilai ialah jantina, sekolah asal dan kaum pelajar. Ujian akan melihat samada

pembolehubah ini mempunyai perkaitan dengan PNGK yang diperolehi oleh pelajar. Bagi tujuan

tersebut beberapa hipotesis akan dibangunkan.

Hipotesis Pertama

Ho: Tidak terdapat perkaitan di antara sekolah asal pelajar dengan PNGK yang diperolehi.

Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara sekolah asal pelajar dengan

PNGK yang diperolehi oleh pelajar ( Nilai Khi – Kuasa Dua = 1.979, p > 0.05 ). Oleh itu, hipotesis

nol diterima.

Kesimpulan: Tidak wujud perkaitan antara sekolah asal pelajar dengan PNGK yang diperolehi.

Page 10: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

10

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Implikasi: Sekolah asal pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan PNGK yang diperolehi

oleh pelajar.

Hipotesis Kedua

Ho: Tidak terdapat perkaitan di antara jantina pelajar dengan PNGK yang diperolehi.

Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara jantina pelajar dengan

PNGK yang diperolehi oleh pelajar ( Nilai Khi – Kuasa Dua = 0.889, p > 0.05 ). Oleh itu, hipotesis

nol diterima.

Kesimpulan: Tidak wujud perkaitan antara jantina pelajar dengan PNGK yang diperolehi.

Implikasi: Jantina pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan PNGK yang diperolehi oleh

pelajar.

Hipotesis Ketiga

Ho: Tidak terdapat perkaitan di antara kaum pelajar dengan PNGK yang diperolehi.

Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara kaum pelajar dengan PNGK

yang diperolehi oleh pelajar ( Nilai Khi – Kuasa Dua = 0.114, p > 0.05 ). Oleh itu, hipotesis nol

diterima.

Kesimpulan: Tidak wujud perkaitan antara kaum pelajar dengan PNGK yang diperolehi.

Implikasi: Kaum pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan PNGK yang diperolehi oleh

pelajar.

Corak Pembelajaran yang Diamalkan Oleh Pelajar yang Dikategorikan Sebagai Cemerlang

Melalui soal selidik yang dikemukakan kepada pelajar yang mendapat PNGK 3.5 ke atas, berikut

merupakan corak pembelajaran yang diamalkan :

Page 11: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

11

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Jadual 1 ( Lampiran 1 )

Corak Pembelajaran Pelajar Cemerlang

( a ) Pelajar – pelajar ini lebih mengemari proses belajar secara berkumpulan.

( b ) Kemudahan – kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan lain – lain merupakan

perkara penting di dalam menyokong proses pembelajaran mereka.

( c ) Pelajar – pelajar ini tidak hanya bergantung kepada nota yang diperolehi daripada kuliah sahaja

bahkan dari masa ke semasa mereka turut membuat rujukan tambahan .

( d ) Setiap latihan yang diberikan oleh pensyarah akan cuba dibuat walau pun tidak diminta oleh

pensyarah kerana ini merupakan peluang bagi mereka untuk memperbaiki kelemahan diri mereka.

( e ) Pelajar ini juga tidak lokek untuk memberi penerangan kepada rakan lain apabila rakan meminta

mereka untuk menerangkan akan sesuatu topik atau soalan. Ini kerana secara tidak langsung mereka

berasakan ia merupakan kaedah terbaik untuk memperbaiki kefahaman yang sedia ada.

( f ) Dari segi pembahagian masa untuk tujuan beriadah, masa yang lebih banyak diperuntukkan bagi

hal – hal yang berkaitan aktiviti mengulang kaji pelajaran.

( g ) Setiap pensyarah yang ada akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan untuk membuat rujukan atau

penyelesaian sesuatu latihan.

( h ) Masa belajar yang paling sesuai bagi mereka ialah pada sebalah malam iaitu sebelum waktu

tidur.

( i ) Setiap kehadiran samada ke kuliah atau tutoran adalah penting bagi mereka. Ini kerana perkara

yang diajarkan mampu menyumbang kepada keputusan peperiksaan yang cemerlang.

( j ) Pelajar ini tidak malu untuk bertanya kepada pensyarah berkenaan sesuatu perkara yang mereka

tidak fahami walaupun pertanyaan mereka itu mungkin akan digelakkan oleh rakan mereka yang lain.

( k ) Tempat belajar yang paling sesuai bagi mereka ialah di bilik.

( l ) Sikap rajin yang ditunjukkan oleh rakan – rakan mereka yang lain membuatkan mereka makin

terdorong untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

( m ) Kumpulan pelajar ini saling bertukar nota, buku atau soalan dengan rakan – rakan yang lain. Ini

dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemhiran yang sedia ada pada diri pelajar terbabit.

( n ) Aktiviti ibadat tidak dilupakan sepanjang tempoh mengikuti pengajian di kolej walau apa pun

bangsa pelajar.

( o ) Keputusan cemerlang yang dicatatkan oleh pelajar lain membuatkan mereka rasa tercabar untuk

turut mencatatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

( p ) Setiap perkara atau topik yang disampaikan oleh pensyarah samada di kuliah atau tutoran adalah

Page 12: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

12

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

penting bagi mereka. Mereka akan membuat catatan berkenaan dengan perkara yang disampaikan.

( q ) Komitmen yang ditunjukaan oleh para pensyarah amat mempengaruhi kecemerlangan pelajar

terbabit. Sekiranya pensyarah memperuntukkan usaha yang gigih terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran, secara tidak langsung akan membantu pelajar tersebut untuk mencatatkan keputusan

yang cemerlang.

( r ) Pada minggu – minggu terakhir sebelum peperiksaan, kebanyakan silibus mata pelajaran yang

berkaitan telah pun diulang kaji.

( s ) Pelajar ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan – kelamahan yang terdapat pada diri

mereka.

Jadual 2 ( Lampiran 2 )

Corak Pembelajaran Pelajar Lemah

Secara keseluruhannya pelajar yang dikategorikan sebagai lemah juga mempunyai ciri corak

pembelajaran yang hampir sama dengan pelajar cemerlang. Cuma aspek yang paling ketara ialah dari

segi kandungan pelajaran yang diualang kaji. Bagi pelajar lemah, masih terdapat topik atau

kandungan yang belus habis diulang kaji menjelang minggu – minggu peperiksaan. Keadaan ini

secara tidak langsung akan mewujudkan tekanan di dalam diri pelajar terbabit seterusnya menjejaskan

penumpuan terhadap proses ulang kaji keseluruhan subjek.

Jadual 3 ( Lampiran 3 )

Prinsip dan Pegangan Diri Pelajar Cemerlang.

( a ) Pelajar sentiasa mengingati akan pesan keluarga sepanjang mengikuti pengajian di kolej.

( b ) Pelajar menganggap pensyarah lebih dari seorang pensyarah.

( c ) Jika diberi peluang, pelajar ingin memilih sendiri rakan sebilik.

( d ) Kemasukan pelajar ke program matrikulasi bukanlah kerana terpaksa.

( e ) Pelajar amat menghormati pensyarah samada pensyarah yang mengajar mereka atau tidak.

( f ) Pelajar ada mengamalkan sikap bertangguh di dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

( g ) Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej adalah untuk kepentingan pelajar.

( h ) Pelajar tidak kisah apa yang diperkatakan terhadap diri mereka asalkan mereka beroleh

kecemerlangan.

( i ) Jika diberi peluang, pelajar ingin memiliki teman istimewa.

( j ) Pelajar akan pulang ke kampung jika diberi peluang.

Page 13: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

13

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

( k ) Nasib memainkan peranan yang kecil di dalam keputusan peperiksaan.

( l ) Markah penilaian berterusan adalah penting walaupun nilainya kecil.

Jadual 4 ( Lampiran 4 )

Prinsip dan Pegangan Diri Pelajar Lemah.

Secara keseluruhannya adalah hampir sama dengan pelajar – pelajar cemerlang.

CADANGAN DAN TINDAKAN PEMBAIKAN

Hasil daripada ciri – ciri pelajar yang telah dikenal pasti, pihak kolej boleh mengambil

tindakan – tindakan yang berikut bagi memastikan persekitaran pembelajaran pelajar – pelajar ini

tidak terjejas dan dapat dikekalkan.

( a ) Pihak kolej boleh menggalakkan para pelajar untuk menbentuk kumpulan bagi tujuan – tujuan

pembelajaran atau ulang kaji. Pembelajaran secara kumpulan memudahkan proses pertukaran idea

atau malumat seterusnya pelajar yang lebih mahir dapat membantu pelajar yang kurang mahir. Selain

itu juga, bagi pelajar mahir ini merupakan peluang untuk memperbaiki lagi kefahaman mereka

berkenaan sesuatu topik atau perkara melalui tunjuk ajar yang diberikan kepada rakan mereka.

( b ) Kemudahan – kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan lain – lain kemudahan

hendaklah diperbaiki. Bagi pusat sumber, buku – buku rujukan yang terdapat di dalamnya hendaklah

mencukupui dengan nisbah bilangan pelajar yang ada dan juga menepati kehendak sukatan pelajaran

topik – topik yang tertentu. Ini kerana pelajar – pelajar ini turut membuat rujukan tambahan untuk

menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada dan juga bagi tujuan penyelesaia soalan – soalan

latihan yang diberikan oleh pensyarah. Begitu juga dengan makmal komputer, komputer hendaklah

mencukupi bagi tujuan penyiapan tugasan beserta dengan mesin pencetak. Kekurangan peralatan

menyebabkan pelajar sukar untuk menyiapkan sesuatu tugasan hasilnya motivasi pelajar akan jatuh

dan begitu juga dengan hasil kerja mereka.

( c ) Sekiranya pensyarah bercadang untuk memberikan soalan – soalan tambahan, lebih baik

sekiranya soalan tersebut diedarkan lebih awal. Dengan kata lain sebelum sesuatu topik tersebut

Page 14: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

14

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

diajar atau sewaktu topik tersebut sedang diajar. Ini memudahlan lagi pelajar terutama pelajar –

pelajar yang rajin dan memiliki inisiatif yang tinggi untuk menyudahkan soalan – soalan terbabit.

( d ) Bagi setiap unit atau jabatan hendaklah memaparkan atau mengedarkan perancangan aktiviti –

aktiviti yang bakal mereka lakukan. Dengan ini para pelajar boleh menyelarasakan dan menyusun

aktivitiyang akan mereka lakukan.

( e ) Pensyarah hendaklah memaparkan jadual peribadi mereka agar senang untuk dilihat oleh pelajar.

Waktu perundingan juga hendaklah dinyatakan dengan jelas agar pelajar mudah untuk berjumpa

dengan pensyarah. Sekiranya waktu perundingan pensyarah bertembung dengan jadual pelajar, sistem

temu janji hendaklah digunakan. Yang penting pensyarah hendaklah mudah dihubungi oleh pelajar

dengan cara mereka berada di meja masing – masing pada ketika waktu yang telah dtetapkan. Selain

itu juga, setiap pensyarah juga hendaklah menunjukkan tahap profesionalisma yang tinggi terhadap

kerjaya mereka.

( f ) Pihak asrama mungkin boleh untuk menimbangkan untuk melanjutkan tempoh masa sebelum

light off. Dengan ini para pelajar boleh memperuntukkan masa yang lebih banyak bagi tujuan

pembelajaran dan juga persediaan sebelum ke kuliah pada keesokan harinya.

( g ) Jangan hadkan pelajar untuk mengulang kaji di tempat tertentu sahaja. Sebaliknya benarkan

mereka mengulang kaji pelajaran di tempat – tempat yang dirasakan selesa dan menyenangkan bagi

mereka. Bagi tujuan tersebut pihak kolej boleh menyediakan tempat – tempat seperti perpustakaan,

bilik tutoran, bilik bacaan, asrama dan lain – lain lagi.

( h ) Setiap kejayaan yang diperolehi oleh pelajar hendaklah diumumkan atau dihebahkan kepada

pelajar lain. Ini dapat membuatkan pelajar tersebut merasakan kejayaan mereka diiktiraf seterusnya

dapat mendorong pelajar yang lain untuk turut berusaha mendapatkan kejayaan.

( i ) Pensyarah perlu memastikan silibus telah habis diajar seminggu atau 2 minggu sebelum

peperiksaan sebenar bermuka. Dengan adanya tempoh masa ini, pelajar boleh menumpukan sepenuh

perhatian terhadap pelajaran dan juga berupaya untuk mewujudkan rasa tenang dan tenteram di dalam

diri pelajar.

Page 15: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

15

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara corak pembelajaran

yang diamalkan oleh pelajar. Cuma apa yang memberi kesan ialah dari persediaan yang dilakukan

oleh pelajar. Walaupun aktiviti pembelajaran yang dijalani hampir sama, tetapi tempoh masa

bermulanya sesuatu proses ulang kaji itu adalah penting. Pelajar cemerlang akan konsisten di dalam

melakukan ulang kaji dan semua topik telah habis diulang kaji seminggu sebelum sesuatu peperiksaan

bermula. Dengan itu, mereka boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dengan sepenuh

penumpuan. Dari segi prinsip dan pegangan diri pelajar pula, tidak terdapat perbezaan yang ketara di

antara dua kumpulan pelajar terbabit.

BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim M. Ali ( 2001 ) Ilmu Pendidikan DPM, Pendidikan di Malaysia & Psikologi

Pendidikan, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Moadon ( 2003 ) Tip Pandai Belajar, PTS Publications &

Distributor Sdn Bhd, Bentong, Pahang

Jerald Greenberg ( 1995 ) Behavior In Organization. Prentice Hall, New Jersey

Kherun Nita & Zakaria ( 1995 ) Budaya Belajar Pelajar – pelajar Cemerlang di UTM,

Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Asrama Peringkat Kebangsaan ( SPARK ‘ 95 ) pada 3 –

5 Mei 1995 di Dewan Persidangan Universiti USM

Page 16: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

16

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Borang Soal Selidik

PANDUAN

Anda dikehendaki memberikan pemeringkatan dari 1 hingga 5, secara membulatkan nombor berkenaan. Pemeringkatannya adalah seperti berikut:

1 : Sangat Tidak Setuju 2 : Tidak Setuju 3 : Setuju

4 : Sangat Setuju

Anda diharapkan tidak menjawab secara terburu – buru dan masa yang mencukupi akan diberikan supaya setiap jawapan menepati kehendak soalan.

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG PELAJAR

1. Nama Kolej : ......................................................................... 2. Jantina : Lelaki / Perempuan

3. Jurusan : Sains Hayat / Fizikal / Perakaunan 4. Kaum : Bumiputera / Bukan Bumiputera

5. Sekolah : Asrama Penuh / MRSM / Vokasional / Teknik / Harian / Lain-lain

6. PNGK : ........................................

BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK

1. Saya sentiasa mengingati akan pesan keluarga sepanjang tempoh saya belajar di sini

1 2 3 4

2. Saya menganggap pensyarah lebih dari seorang pensyarah, sebagai rakan, ibu, bapa, abang, kakak – tempat untuk meluahkan masalah / perasaan.

1 2 3 4

3. Saya lebih suka belajar secara berkumpulan. 1 2 3 4

4. Kehadiran saya ke kuliah / tutoran adalah kerana dipaksa dan tidak mahu markah penilaian berterusan

1 2 3 4

Page 17: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

17

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

saya dipotong.

5. Jika diberi pilihan, saya ingin memilih sendiri rakan sebilik yang akan tinggal bersama saya.

1 2 3 4

6. Kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan lain – lain merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi prestasi pembelajaran saya.

1 2 3 4

7. Kemasukan saya ke program matrikulasi adalah kerana terpaksa dan tiada pilihan lain.

1 2 3 4

8. Saya amat menghormati pensyarah saya samada beliau mengajar saya atau tidak.

1 2 3 4

9. Saya berusaha untuk membuat rujukan tambahan dan tidak bergantung kepada nota kuliah sahaja.

1 2 3 4

10. Saya kadang – kala ada mengamalkan sikap bertangguh di dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

1 2 3 4

11. Setiap latihan yang diberikan akan cuba dibuat walaupun tidak diminta oleh pensyarah.

1 2 3 4

12. Apabila rakan meminta penerangan sesuatu topik atau soalan, saya merasakan ia peluang untuk memperbaiki kefahaman saya sendiri.

1 2 3 4

13. Pada saya, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kolej adalah untuk kebaikan diri saya sendiri.

1 2 3 4

14. Saya selalu membayangkan bagaimana keadaan saya beberapa tahun yang akan datang.

1 2 3 4

15. Saya lebih suka menelaah pelajaran berbanding beriadah atau bersukan.

1 2 3 4

16. Saya suka menggunakan sepenuhnya pensyarah – pensyarah yang terdapat di kolej saya di dalam usaha menuntut ilmu.

1 2 3 4

17. Saya tidak kisah apa yang diperkatakan orang terhadap saya, asalkan saya beroleh kecemerlangan di dalam akademik.

1 2 3 4

18. Masa belajar yang paling sesuai bagi saya ialah sebelah malam sebelum tidur.

1 2 3 4

19. Saya beranggapan setiap kehadiran ke kuliah atau tutoran adalah penting di dalam mencapai kecemerlangan akademik.

1 2 3 4

20. Jika diberi peluang, saya ingin mempunyai teman istimewa sepanjang belajar di kolej ini.

1 2 3 4

21. Jika ada cuti atau peluang untuk balik ke kampung, saya akan pulang.

1 2 3 4

22. Rasa malu masih menebal untuk bertanya di dalam kelas dan didengari oleh rakan yang lain.

1 2 3 4

Page 18: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

18

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

23. Tempat belajar yang terbaik bagi saya ialah dibilik. 1 2 3 4

24. Hubungan saya dan rakan sebilik adalah amat baik dan mesra.

1 2 3 4

25. Hubungan saya dengan rakan tutoran adalah amat baik dan mesra.

1 2 3 4

26. Saya bukanlah seorang yang kuat belajar, tetapi nasib selalu menyebelahi saya di mana markah peperiksaan saya selalu tinggi.

1 2 3 4

27. Sikap rajin yang ditunjukkan oleh pelajar lain membuatkan saya tidak senang duduk.

1 2 3 4

28. Saya tidak bertukar nota, buku dan soalan dengan rakan – rakan yang lain.

1 2 3 4

29. Saya sering dan tidak pernah lupa melakukan ibadah selama kehidupan saya di kolej.

1 2 3 4

30. Saya merasa tercabar apabila pelajar lain berjaya mencatat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

1 2 3 4

31. Markah penilaian berterusan bagi saya amat penting walaupun jumlahnya adalah kecil.

1 2 3 4

32. Setiap apa yang disampaikan oleh penyarah samada di kuliah atau tutoran adalah penting bagi saya.

1 2 3 4

33. Komitmen para pensyarah amat mempengaruhi kecemerlangan diri saya.

1 2 3 4

34. Selalunya di minggu akhir peperiksaan, keseluruhan silibus matapelajaran yang berkaitan telah pun habis diulangkaji.

1 2 3 4

35. Saya menyedari akan kelemahan yang terdapat pada diri saya dan saya berusaha untuk memperbaikinya.

1 2 3 4

Page 19: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

19

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 20: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

20

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Item Ujian - Corak Pembelajaran Pelajar Cemerlang Saya lebih suka belajar secara berkumpulan 27 2 9 15 1 Kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan

lain - lain amat mempengaruhi prestasi saya

27

1

7

13

6

Saya berusaha membuat rujukan tambahan dan tidak hanya bergantung kepada nota kuliah sahaja

27

0

3

20

4

Setiap latihan yang diberikan akan cuba dibuat

walaupun tidak diminta oleh pensyarah

27

1

3

20

3

Apabila rakan meminta penerangan, ia merupakan peluang

untuk saya memperbaiki kefahaman 27 0 1 9 17

Saya lebih suka menelaah pelajaran berbanding bersukan

27

2

4

14

7

Saya suka menggunakan sepenuhnya pensyarah -

pensyarah yang terdapat di kolej saya

27

0

5

19

3

Masa belajar yang sesuai bagi saya ialah sebelah malam

sebelum tidur

27

2

5

10

10

Setiap kehadiran ke kuliah atau tutoran adalah penting 27 0 1 4 22 Rasa malu masih menebal untuk bertanya di dalam kelas dan didengari oleh rakan yang lain

27

7

10

8

2

Tempat belajar yang terbaik bagi saya ialah di bilik 27 2 6 14 5 Sikap rajin yang ditunjukkan pelajar lain membuatkan

saya tidak senang duduk

27

1

6

13

7

Saya tidak bertukar buku, soalan dan nota dengan

pelajar - pelajar lain

27

4

15

7

1

Saya sering dan tidak pernah lupa untuk melakukan ibadah selama kehidupan saya di kolej

27

1

0

5

21

Saya merasa tercabar apabila mendapati pelajar lain berjaya

mencatat keputusan peperiksaan yang cemerlang

27

0

0

8

19

Setiap apa yang disampaikan oleh pensyarah samada

di kuliah atau tutoran adalah penting

27

0

0

6

21

Komitmen para pensyarah amat mempengaruhi kecemerlangan diri saya

27

0

0

7

20

Di minggu akhir peperiksaan, keseluruhan silibus telah habis diualang kaji

27

1

6

12

8

Saya menyedari dan sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya

27

0

1

6

20

Item Ujian - Corak Pembelajaran Pelajar Lemah N STS TS S SS Saya lebih suka belajar secara berkumpulan 27 1 11 11 4 Kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan

lain - lain amat mempengaruhi prestasi saya

27

0

6

11

10

Saya berusaha membuat rujukan tambahan dan tidak hanya bergantung kepada nota kuliah sahaja

27

1

4

19

3

Setiap latihan yang diberikan akan cuba dibuat walaupun tidak diminta oleh pensyarah

27

0

8

16

3

Apabila rakan meminta penerangan, ia merupakan peluang

untuk saya memperbaiki kefahaman

27

1

3

7

16

Saya lebih suka menelaah pelajaran berbanding bersukan

27

3

9

11

4

Saya suka menggunakan sepenuhnya pensyarah - pensyarah yang terdapat di kolej saya

27

0

9

16

2

Masa belajar yang sesuai bagi saya ialah sebelah malam

sebelum tidur 27 1 3 15 8

Page 21: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

21

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Setiap kehadiran ke kuliah atau tutoran adalah penting 27 1 2 8 16 Rasa malu masih menebal untuk bertanya di dalam kelas dan didengari oleh rakan yang lain

27

7

13

5

2

Tempat belajar yang terbaik bagi saya ialah di bilik 27 2 11 6 8 Sikap rajin yang ditunjukkan pelajar lain membuatkan

saya tidak senang duduk

27

3

5

8

11

Saya tidak bertukar buku, soalan dan nota dengan pelajar - pelajar lain

27

3

17

6

1

Saya sering dan tidak pernah lupa untuk melakukan ibadah selama kehidupan saya di kolej

27

2

1

9

15

Saya merasa tercabar apabila mendapati pelajar lain berjaya

mencatat keputusan peperiksaan yang cemerlang

27

2

2

9

14

Setiap apa yang disampaikan oleh pensyarah samada di kuliah atau tutoran adalah penting

27

1

1

10

15

Komitmen para pensyarah amat mempengaruhi kecemerlangan diri saya

27

0

2

8

17

Di minggu akhir peperiksaan, keseluruhan silibus telah habis diualang kaji

27

2

12

6

7

Saya menyedari dan sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya

27

1

0

12

14

Item Ujian - Prinsip & Pegangan Diri Pelajar Cemerlang N STS TS S SS Saya sentiasa mengingati akan pesan keluarga sepanjang tempoh belajar di sini

27

0

1

4

22

Saya menganggap pensyarah lebih dari seorang pensyarah iaitu sebagai rakan, ibu, bapa, abang, kakak

27

6

0

17

4

Saya ingin memilih sendiri rakan sebilik saya 27 1 8 12 6 Kemasukan saya ke program matrikulasi adalah kerana

terpaksa dan tiada pilihan lain

27

19

6

0

2

Saya amat menghormati pensyarah saya samada beliau mengajar saya atau tidak

27

1

0

8

18

Saya kadang kala ada mengamalkan sikap bertangguh di dalam menyiapkan sesuatu tugasan

27

0

4

19

4

Pada saya, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kolej adalah untuk kebaikan diri saya sendiri

27

0

5

16

6

Saya tidak kisah apa yang diperkatakan orang terhadap diri saya asalkan saya beroleh kecemerlangan akademik

27

1

4

14

8

Jika diberi peluang, saya ingin mempunyai teman istimewa sepanjang belajar di kolej ini

27

5

9

11

2

Jika ada cuti atau peluang untuk balik ke kampung, saya akan pulang

27

1

4

13

9

Nasib selalu menyebelahi saya di dalam sesuatu peperiksaan 27 4 10 11 2 Markah penilaian berterusan amat penting bagi saya walau pun jumlahnya adalah kecil

27

0

0

9

18

Item Ujian - Prinsip & Pegangan Diri Pelajar Lemah N STS TS S SS Saya sentiasa mengingati akan pesan keluarga sepanjang tempoh belajar di sini

27

1

0

8

17

Saya menganggap pensyarah lebih dari seorang pensyarah iaitu sebagai rakan, ibu, bapa, abang, kakak

27

0

6

15

6

Page 22: ABSTRAK -   · PDF file( e ) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi

22

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Saya ingin memilih sendiri rakan sebilik saya 27 3 5 12 7

Kemasukan saya ke program matrikulasi adalah kerana terpaksa dan tiada pilihan lain

Saya amat menghormati pensyarah saya samada beliau

27 14 8 3 2

mengajar saya atau tidak 27 1 0 6 20

Saya kadang kala ada mengamalkan sikap bertangguh di

dalam menyiapkan sesuatu tugasan

Pada saya, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kolej adalah

27 2 4 17 4

untuk kebaikan diri saya sendiri 27 1 3 11 12

Saya tidak kisah apa yang diperkatakan orang terhadap diri

saya asalkan saya beroleh kecemerlangan akademik 27 1 3 10 13

Jika diberi peluang, saya ingin mempunyai teman istimewa

sepanjang belajar di kolej ini 27 7 9 6 5

Jika ada cuti atau peluang untuk balik ke kampung, saya akan

pulang 27 1 5 14 7

Nasib selalu menyebelahi saya di dalam sesuatu peperiksaan 27 5 16 5 1

Markah penilaian berterusan amat penting bagi saya walau

pun jumlahnya adalah kecil

27 1 2 6 18