abstrak analisis geo-spatial air

2
SEMINAR LINGUISTIK KEBANGSAAN (SliK2015) Penyebaran Leksikal [air] Di Perak: Analisis Geo-Spatial Siti Noraini Hamzah dan Nor Hashimah Jalaluddin Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA Abstrak Perkembangan teknologi telah membawa dimensi baharu dalam kajian dialek. Kini Sistem Maklumat Geografi atau GIS telah diguna pakai oleh kebanyakan pengkaji luar dalam menghasilkan peta penyebaran dialek bagi menggantikan kajian dialek yang terdahulu. Oleh itu, makalah ini akan memaparkan penyebaran leksikal [air] di Perak dengan menggunakan pendekatan GIS. Kerencaman dialek yang wujud di negeri Perak telah memberi keunikan yang tersendiri. Keadaan ini terjadi disebabkan kedudukan negeri Perak itu sendiri yang bersempadan dengan banyak negeri disekitarnya, antaranya negeri Selangor, Pahang, Kelantan, Kedah dan Bentong, Thailand. Perbezaan dialek dari negeri kejiranan telah memberi pengaruh yang besar kepada kerencaman dialek di Perak. Pengumpulan data dibuat menerusi kajian lapangan di 102 buah kampung iaitu meliputi seluruh negeri Perak. Data yang diperolehi kemudiannya disaring, ditranskripsi dan seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan GIS. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 10 varian ditemui bagi merujuk kepada leksikal [air] di Perak. Antara variannya ialah //, //, //, //, //, //, //, //, // dan //. Kepelbagaian varian [air] ini adalah disebabkan oleh faktor sempadan, migrasi dan geografi yang wujud di negeri Perak. Pengaplikasian GIS telah berjaya menghasilkan peta penyebaran dan isoglos bagi leksikal [air] di Perak secara jelas dan saintifik. Penghasilan kajian ini secara tidak langsung dapat memberi nafas baru dalam penyelidikan dialek di negara kita kerana dapat menggabungkan pelbagai disiplin yang berbeza iaitu disiplin bahasa, geografi, sejarah dan teknologi. Kata kunci: dialek, GIS, penyebaran, isoglos, leksikal air.

Upload: ir-fik-t

Post on 12-Apr-2016

231 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

abc

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak Analisis Geo-spatial Air

SEMINAR LINGUISTIK KEBANGSAAN (SliK2015)

Penyebaran Leksikal [air] Di Perak: Analisis Geo-Spatial

Siti Noraini Hamzah dan Nor Hashimah Jalaluddin

Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA

Abstrak

Perkembangan teknologi telah membawa dimensi baharu dalam kajian dialek. Kini Sistem Maklumat Geografi atau GIS telah diguna pakai oleh kebanyakan pengkaji luar dalam menghasilkan peta penyebaran dialek bagi menggantikan kajian dialek yang terdahulu. Oleh itu, makalah ini akan memaparkan penyebaran leksikal [air] di Perak dengan menggunakan pendekatan GIS. Kerencaman dialek yang wujud di negeri Perak telah memberi keunikan yang tersendiri. Keadaan ini terjadi disebabkan kedudukan negeri Perak itu sendiri yang bersempadan dengan banyak negeri disekitarnya, antaranya negeri Selangor, Pahang, Kelantan, Kedah dan Bentong, Thailand. Perbezaan dialek dari negeri kejiranan telah memberi pengaruh yang besar kepada kerencaman dialek di Perak. Pengumpulan data dibuat menerusi kajian lapangan di 102 buah kampung iaitu meliputi seluruh negeri Perak. Data yang diperolehi kemudiannya disaring, ditranskripsi dan seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan GIS. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 10 varian ditemui bagi merujuk kepada leksikal [air] di Perak. Antara variannya ialah //, //, //, //, //, //, //, //, // dan //. Kepelbagaian varian [air] ini adalah disebabkan oleh faktor sempadan, migrasi dan geografi yang wujud di negeri Perak. Pengaplikasian GIS telah berjaya menghasilkan peta penyebaran dan isoglos bagi leksikal [air] di Perak secara jelas dan saintifik. Penghasilan kajian ini secara tidak langsung dapat memberi nafas baru dalam penyelidikan dialek di negara kita kerana dapat menggabungkan pelbagai disiplin yang berbeza iaitu disiplin bahasa, geografi, sejarah dan teknologi.

Kata kunci: dialek, GIS, penyebaran, isoglos, leksikal air.

Page 2: Abstrak Analisis Geo-spatial Air

Lexical distribution [water] in Perak: a geo-spatial analysis

Abstract

Current technological development has brought about a new dimension in dialect studies. At present, Geographic Information System (GIS) is employed by foreign researchers in drawing dialect distribution maps to supersede previous research on dialects. Hence, this article attempts to present a lexical distribution [air/water] in the state of Perak by using a GIS approach. The composition of dialects in Perak has lent to its distinct peculiarity. The situation is a result of the location of Perak which is bordered by a number of states, namely Selangor, Pahang, Kelantan, Kedah, and Bentong, Thailand. Dialect diversity from neighbouring states gives a great impact on the variety of dialects in Perak. Data of this research were collected through a field study in 102 villages across Perak. The data were then vetted, transcribed, and later analyzed using a GIS approach. The findings revealed as many as 10 variants referring to the lexicon [air/water] in Perak. These variants are //, //, //, //, //, //, //, //, // and //. The diversity of these variants is influenced by demarcation, migration and geographical factors that exist in Perak. The application of GIS has turned out to successfully produce a distribution map and isogloss for the lexicon [air/water] in Perak in a clear and scientific manner. This research has indirectly given a fresh perspective in dialect studies in Malaysia by combining multiple disciplines together in a single study, namely language, geography, history, and technology.

Keywords: dialect, GIS, distribution, isogloss, lexicon air.