a ment ujian makanan

7
6.0. Prosedur 6.1. Ujian untuk kanji 6.1.1. 2 ml sampel setiap makanan dituang ke dalam tabung uji yang Bersingan 6.1.2. Dua titis larutan iodin dicampur kepada setiap sampel makanan 6.1.3. Perubahan yang berlaku ke atas campuran diperhatikan dan direkod. 6.2. Ujian gula penurun 6.2.1. 2 ml setiap makanan dituang ke dalam tabung uji yang berasingan . 6.2.2. 2 ml larutan Benedict dicampur kepada setiap sampel makanan . 6.2.3. Campuran larutan digoncang dan dipanaskan dalam kukus air mendidih selama satu minit 6.2.4. Sebarang perubahan warna dalam setiap campuran diperhatikan . . 6.3.. Ujian gula bukan penurun 6.3.1. 2 ml setiap sampel makanan dituang ke dalam setiap tabung uji . 6.3.2. 2 ml asid hidroklorik cair ditambah ke dalam setiap sampel .

Upload: aina-nasir

Post on 25-Jul-2015

139 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: A Ment Ujian Makanan

6.0. Prosedur

6.1. Ujian untuk kanji

6.1.1. 2 ml sampel setiap makanan dituang ke dalam tabung uji yang

Bersingan

6.1.2. Dua titis larutan iodin dicampur kepada setiap sampel makanan

6.1.3. Perubahan yang berlaku ke atas campuran diperhatikan dan direkod.

6.2. Ujian gula penurun

6.2.1. 2 ml setiap makanan dituang ke dalam tabung uji yang berasingan .

6.2.2. 2 ml larutan Benedict dicampur kepada setiap sampel makanan .

6.2.3. Campuran larutan digoncang dan dipanaskan dalam kukus air mendidih

selama satu minit

6.2.4. Sebarang perubahan warna dalam setiap campuran diperhatikan . .

6.3.. Ujian gula bukan penurun

6.3.1. 2 ml setiap sampel makanan dituang ke dalam setiap tabung uji .

6.3.2. 2 ml asid hidroklorik cair ditambah ke dalam setiap sampel .

6.3.3. Campuran kemudian dipanaskan dalam kukus air sehingga mendidih

Selama 3 hingga 5 minit.

6.3.4. Asid dalam setiap sampel maknan dineutralkan natrium hidrogen

karbonat (NaHCO3) ke dalam larutan

6.3.5. Kemudian 2 ml larutan Benedict ditambah ke dalam campuran dan di

panasakan selama satu minit dalam kukus air mendidih .

6.3.6. Sebarang perubahan warna dalam campuran diperhatikan.

6.4. Ujian untuk protein (ujian Millon)

Page 2: A Ment Ujian Makanan

6.4. 1. 2 ml setiap sampel makanan dituang ke dalam tabung uji yang

berasingan .

6.4.2. 2 ml bahan uji Millon ditambah kepada setiap sampel makanan dan

campuran dipanaskan dalam kukus air mendidih .

6.5. Ujian untuk protein (ujian Biuret)

6.5. 1. 2 ml setiap sampel makanan dituang ke dalam tabung uji yang berasingan

6.5. 2. 2 ml larutan natrium hidroksida 20% berlebihan ditambah kepada

setiap tabung didih dan goncang. .

6.5.3. 2 titis larutan kuprum(ll) sulfat 1% dicampur ke dalam setiapa tabung uji .

6.5.4. Campuran digoncang dan dibiarkan selama beberapa minit..

6.5.5. Sebarang perubahan warna pada campuran diperhatiakan dan di

rekodkan

6.6. Ujian untuk lipid (ujian kesan gris)

6.6. 1. Sedikit sampel makanan disapu pada kertas turas.

6.6. 2. Kertas turas dikeringkan , kemudian diperhatikan.

6.7. Ujian untuk lipid ( ujian Sudan lll)

6.7.1. 2 ml setiap makanan dititiskan ke dalam 2 ml air dan digoncang.

6.7.2. Kemudian larutan Sudan lll dititiskan ke dalam campuran itu.

Page 3: A Ment Ujian Makanan

7.o. Perbincangan

7.1. Ujian untuk kanji

Sampel makanan A bertukar menjadi biru kehitaman . Ini menunjukkan sampel makanan ini mengandungi kanji . Manakala sampel makanan yang lain kekal kuning keperangan .

7.2. Ujian untuk gula penurun

Sampel makanan B menghasilkan mendakan merah bata . Mendakan hijau, jingga atau jinggga kekuningan menunjukkkan sampel makanan mengandungi sedikit gula penurun. Apabila gula penurun dipanaskan dengan larutan Benedict , gula penurun menurunkan larutan biru kuprum (ll) sulfat dalam larutan Bendict kepada mendakan merah bata kuprum (l) oksida.

7.3. Ujian untuk gula bukan penurun

Pembuakan diperhatikan apabila natrium hidrogen karbonat dicampur kepada asid. Natrium hidrogen karbonat m hidroklorik meneutralkan asid hidroklorik dan gas karbon dioksida terbebas. Sampel makanan Cmenghasilkan mendakan merah bata. Ini menunjkkkan sampel makanan C mengandungi gula bukan penurun. Sampel makanan dipanaskan dengan asid hidroklorik cair untuk menghidrolisis gula bukan penurun kepada glukosa dan fruktosa yang merupakan gula penurun.

7.4. UJian protein (Ujian Millon )

Mendakan putih bertukar menjadi mendakan merah bata bagi sampel D. Ini menunjukkkan sampel D mengandungi protein.

7.5. Ujian Biuret

Larutan ungu terbentuk dalam sampel makanan D .

7.6. Ujian Lipid (ujian kesan gris)

Kesan minyak yang lutsinar tertinggal pda kertas turas bagi sampel makanan E.Sampel makanan E mengandungi lipid.

7.7. Ujian Lipid (ujian Sudan lll)

Lapisan minyak berwarna merah terapung diatas air bagi sampel makanan E. Sampel makanan E mengandungi lipid.

Page 4: A Ment Ujian Makanan

6.0. Proedur

6.1. Pemerhatian sel haiwan

6.1.1. Bahagian sebelah dalam pipi dikikiskan dengan perlahan –lahan dengan sebatang pencungkil gigi.

6.1.2. Kikisan dipindahkan diatas sekeping slaid yang bersih.

6.1.3.. Letakkan specimen sel pipi itu dalam setitis metilin biru

6.1.4. Tutupkan specimen dengan kaca penutup.

6.1.5. Sel pipi diperiksa menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah diikuti

kuasa tinggi.

6.1.6. Sel pipi dilukis dan struktur sel dilabelkan

6.2. Pemerhatian sel tumbuhan

6.2.1. Sehelai daun sisik bawang1 cm x 1cm dikeluarkab dari sebiji bawang besar .

6.2.2. Letakkan specimen bersama setitik larutan iodin atas sekeping slaid .

6.2.3. Epidermis bawang ditutup dengan kaca penutup yang diletak pada sudut

45 darjah kepada slaid dan diturunkan secara perlahan-lahan supaya tiada

Gelembung udara terperangkap dibawah kaca penutup. .

6.2.4. Periksa specimen menerusi mikroskop cahaya dengan kanta objektif

berkuasa rendah dan kemudian dengan kanta objektif berkuasa tinggi.

6.2.5. Sel epidermis dilukis dan struktur sel dilabelkan dengan lengkap.

Page 5: A Ment Ujian Makanan

7.0. Perbincangan

7.1. Sel pipi manusia tidak mempunyai bentuk yang tetap. Metilena biru mewarnakan sitoplasma dan nucleus sel pipi menjadi biru. Iodin mewarnakan bahagian nucleus menjadi perang dan sitoplasma pua diwarnakan kuning. Sel pipi tidak mengandungi bintil kanji . Oleh itu, sel pipi tidak diwarnakan tidak diwarnakan biru kehitaman oleh larutan iodine. Sel pipi tidak mengandungi kloroplas dan vakuol yang besar.

7.2. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap. Larutan iodine mewarnakan bahagian nucleus sel menjadi warna perang dan kloroplas serta bintil kanji menjadi biru hitam . Sel bawang tidak menjalankan fotosintesis kerana tidak mengandungi kloroplas.

Oleh itu, bintil-bintil kanji tidak hadir dalam sel bawang. Struktur yang dapat dilihat menerusi mikroskop cahaya ialah dinding sel, membrane plasma, nucleus, sitoplasma dan vakuol.