9 pelajar direman kes buli di asrama.docx

2
9 pelajar direman kes buli di asrama 2010/10/14 - 00:52:42 AM Cetak Emel Kawan 9 pelajar direman kes buli di asrama SEMBILAN pelajar ditahan direman bagi membantu siasatan kes buli di Kuching, semalam. KUCHING: Sembilan pelajar sebuah sekolah menengah agama di Matang dekat sini, ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli ke atas seorang pelajar Tingkatan Empat yang mendakwa dia ditumbuk dan disepak selepas berlaku perselisihan faham antara mereka, Ahad lalu. Ketika insiden lewat malam itu, mangsa dikatakan ditugaskan oleh guru membahagikan kerja membersihkan asrama lelaki, namun sekumpulan pelajar enggan mematuhi arahannya menyebabkan mangsa membuat aduan kepada guru bertugas. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, berkata berikutan itu mangsa diserang sekumpulan pelajar berusia 16 tahun sehingga menyebabkannya cedera di kepala dan belakang badannya.

Upload: mohd-rizal-mohd-taher

Post on 21-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kes buli

TRANSCRIPT

Page 1: 9 pelajar direman kes buli di asrama.docx

9 pelajar direman kes buli di asrama

2010/10/14 - 00:52:42 AM Cetak Emel Kawan

9 pelajar direman kes buli di asrama

SEMBILAN pelajar ditahan direman bagi membantu siasatan kes buli di Kuching, semalam.

KUCHING: Sembilan pelajar sebuah sekolah menengah agama di Matang dekat sini, ditahan reman tiga

hari bagi membantu siasatan kes buli ke atas seorang pelajar Tingkatan Empat yang mendakwa dia

ditumbuk dan disepak selepas berlaku perselisihan faham antara mereka, Ahad lalu.

Ketika insiden lewat malam itu, mangsa dikatakan ditugaskan oleh guru membahagikan kerja

membersihkan asrama lelaki, namun sekumpulan pelajar enggan mematuhi arahannya menyebabkan

mangsa membuat aduan kepada guru bertugas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, berkata berikutan itu mangsa diserang

sekumpulan pelajar berusia 16 tahun sehingga menyebabkannya cedera di kepala dan belakang

badannya.

“Kita menahan reman sembilan pelajar Tingkatan Empat yang tinggal di asrama bersama pengadu bagi

membantu siasatan kes ini.

Page 2: 9 pelajar direman kes buli di asrama.docx

“Mangsa pula dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi membolehkan laporan kecederaannya

disahkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, kumpulan pelajar itu menyerang mangsa selepas mengetahui mangsa membuat aduan

mengenai mereka kepada guru, selain mengadu mereka turut minum minuman keras di kawasan

sekolah.