8 dimensi kesihatan

9

Upload: senior-executive-open-university-malaysia

Post on 13-Jan-2017

758 views

Category:

Healthcare


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 8 dimensi kesihatan
Page 2: 8 dimensi kesihatan
Page 3: 8 dimensi kesihatan
Page 4: 8 dimensi kesihatan
Page 5: 8 dimensi kesihatan
Page 6: 8 dimensi kesihatan

Kesihatan itu lebih daripada sekadar tidak sakit. Kesihatan baik adalah hidup dalam keupayaan

fizikal, mental, sosial dan spiritual yang penuh. Alkitab menggelarnya kehidupan yang “berlimpahan”

(lihat Yoh. 10:10), dan inilah apa yang Tuhan mahu anda miliki. Dia berkata, “…aku berdoa, semoga

engkau baik-baik dan sehat-sehat saja dalam segala sesuatu.” (3 Yoh 2,).

Untuk membantu anda alami kehidupan ini, Tuhan telah memberi beberapa langkah mudah kearah

kesihatan lebih baik. Anda tidak dapat mengawal segala penyebab penyakit atau kemalangan, tetapi

anda boleh membuat pilihan yang mengurangkan risiko dan menggalakkan kesihatan. Berikut

adalah lapan langkah mudah bagi mengecapi kesihatan lebih baik yang boleh diamalkan terus hari

ini.

Langkah 1: Nutrisi

Makanan yang diambil mempengaruhi perasaan dan keupayaan anda menikmati kehidupan. Oleh

itu, menyediakan makanan terpilih yang elok dan bernutrisi adalah penting. Diet asal di taman

Firdaus merangkumi buah-buahan, bijirin, kekacang, dan biji-bijian.

Selepas kejatuhan, herba, iaitu makanan haiwan sebelum ini telah ditambah keatas diet manusia.

Menariknya, ia tidak termasuk produk haiwan yang tinggi kolesterol. Jika negara-negara barat

menerima diet vegetarian, banyak penyakit membunuh seperti pengerasan arteri akan tercicir di sisi

jalanan. Kajian demi kajian menunjukkan diet Ciptaan Tuhan yang berasaskan tumbuhan

mengungguli diet-diet lain. (lihat Kej. 1:29, 30)

Langkah 2: Senaman

Tubuh anda direka untuk bergiat aktif. Kemantapan fizikal bererti anda mampu melakukan segala

perkara yang perlu buat setiap hari – bahkan masih bertenaga untuk bersama keluarga dan

beriadah.

Satu rutin senaman harian yang mudah akan membantu anda capai tahap kecergasan fizikal

sebegini. Berjalan kaki adalah satu cara hebat untuk bermula. Mulakan senaman secara perlahan

dan tingkatkan masa serta kekuatan secara beransur. Anda mungkin pernah dengar “tiada sakit;

tiada faedah,” namun ini tidak tepat. Kesakitan mungkin menandakan kegiatan anda itu sudah

keterlaluan. Bersenamlah sehingga anda boleh bernafas dalam, dan bukan sehingga sesak. Tiga

puluh minit sehari adalah sasaran terbaik. Memandangkan manfaat senaman boleh terkumpul,

maka tempoh singkat, tiga hingga lima kali seminggu pun sudah memadai.

Tiada masa bersenam? Seringkali, masa yang terluang dalam masyarakat kita dipadat dengan

pelbagai hiburan pasif seperti TV, permainan video, dan internet. Saat seseorang itu bertekad

memadamkan komputer, TV, dan permainan video, dan menggantinya dengan senaman sihat, ia

lazimnya berakhir dengan kesihatan memuncak! Anda bakal temui banyak faedah senaman–berat

Page 7: 8 dimensi kesihatan

badan terkawal, stres terurus, sistem ketahanan diperkuat, dan risiko penyakit juga turun. Senaman

boleh melanjutkan usia, namun lebih penting lagi, ia menambahkan keceriaan pada tahun-tahun

yang dilalui.

Langkah 3: Air

Air adalah intipati kehidupan. Ramai menjadikan rasa dahaga sebagai panduan berapa banyak air

yang harus diminum, namun kedahagaan adalah tanda awal bagi dehidrasi tubuh. Kita semua

kehilangan air setiap hari melalui kencing, najis, peluh, dan penyejatan dalam peparu. Oleh itu,

orang dewasa perlu minum sekitar enam hingga lapan gelas air setiap hari – malah lebih banyak

pada cuaca panas atau ketika bersenam. Air penting bagi fungsi ginjal, melaras suhu badan, dan

mengekalkan cecair tubuh. Maka, minumlah. Air itu baik untuk anda dan bebas kalori!

Ingatlah, kopi, soda, dan alkohol bukan pengganti air! Mereka adalah ancaman besar terhadap

kesihatan anda. Bahkan, kajian mendapati kopi sebenarnya menghauskan lebih banyak cecair

daripada tubuh anda berbanding sebaliknya!

Langkah 4: Matahari

Anda mungkin tidak terfikir bahawa matahari boleh mempengaruhi kesihatan. Tetapi, pernahkah

anda perasan bahawa diri anda lebih mudah murung dan kecewa semasa musim sejuk, di mana

cahaya siang lebih singkat dan cuaca sering mendung atau hujan?

Sinaran matahari juga membantu tubuh anda menghasilkan vitamin D. Nutrien penting ini mengawal

hormon tubuh dan perkembangan sel; ia membantu tubuh menyerap serta menggunakan kalsium

untuk tulang dan gigi yang kuat; di samping berfungsi membina ketahanan serta sistem saraf yang

sihat.

Begitupun, terlalu banyak sinaran matahari juga boleh merosak dan menimbulkan kanser kulit. Oleh

itu, elakkan pendedahan berpanjangan pada cahaya terik; pakai topi dan sapukan losyen pelindung.

Langkah 5: Keseimbangan atau Kesederhanaan

Gaya hidup seimbang adalah gaya hidup sihat. Ini tidak bererti “semuanya dalam kesederhanaan.”

Sebaliknya, ia bermaksud menyerap semua perkara dan tabiat baik yang menggalakkan kesihatan

dengan teliti, sementara mengelak semua perkara dan tabiat yang memusnah kesihatan.

Keseimbangan adalah gaya hidup yang meningkatkan mutu kehidupan. Contohnya, tabiat melahap

menuntun kepada gangguan perut dan/atau obesiti. Kurang makan pula membawa kearah

malnutrisi atau kelaparan. Kerja berlebihan menjurus kearah keletihan atau kecederaan. Manakala

kurang bekerja pula menyebabkan kemalasan dan kelemahan otot. Kesederhanaan adalah kunci

konsep kehidupan yang sihat dan bahagia.

Page 8: 8 dimensi kesihatan

Langkah 6: Udara

Kepentingan udara sememangnya diketahui umum. Lagipun, kita cuma mampu hidup beberapa

minit sahaja tanpa bernafas. Namun mutu udara yang dihela juga penting. Pencemaran udara boleh

menyebabkan gangguan kesihatan serta maut jika bahan tercemar menjadi pekat selama beberapa

hari atau minggu – terutama bagi golongan terlalu muda dan terlalu tua, atau mereka yang sesak

jantung atau berpenyakit peparu kronik.

Merokok adalah sejenis pencemaran udara yang paling mudarat. Kesan kerosakkan rokok amat

diketahui umum sehingga tidak disangkal sebagai pembunuh. Demi mengekalkan kesihatan baik,

nafaslah udara segar dan bersih secara dalam.

Langkah 7: Rehat

Kajian demi kajian terus menunjuk golongan dewasa perlu tidur sempurna selama lapan jam setiap

malam agar dapat berfungsi dengan berkesan. Kita mungkin mampu bertahan dengan tidur yang

singkat, namun kekurangan tidur adalah masalah serius dalam masyarakat kini yang serba pantas.

Selain beroleh tidur yang cukup, anda perlu menyelitkan kegiatan riadah dalam kehidupan anda.

Sehari dalam suasana alam semulajadi, berjalan di pergunungan atau menelusuri pantai boleh

menyegarkan dan membantu anda menghadapi stres dengan lebih baik. Tuhan tahu kita perlukan

rehat dan relaksasi, dengan memberi cuti mingguan, iaitu rehat Sabat hari ketujuh (lihat Kel. 20:8-

11).

Langkah 8: Yakin Terhadap Tuhan

Dimensi kesihatan rohani bahkan lebih penting bagi menyempurnakan kesejahteraan anda

berbanding faktor-faktor fizikal. Stres, kebimbangan, dan rasa bersalah boleh meniris daya hidup

anda dan mengganggu kesihatan. Kepercayaan terhadap Tuhan, Pencipta anda, memberi tujuan

hidup yang membantu anda mengatasi kesan negatif stres, kebimbangan, dan rasa bersalah.

Anda boleh meningkatkan keyakinan terhadap Tuhan dengan membaca Firman-Nya, Alkitab,

secara harian (lihat Roma 10:17). Untuk mempelajari Tuhan dan Alkitab dengan lebih mudah,

dapatkan tawaran percuma di paparan belakang. Tuhan berkata, “…orang-orang yang menanti-

nantikan TUHAN mendapat kekuatan baru: mereka… berlari dan tidak menjadi lesu, mereka

berjalan dan tidak menjadi lelah.” (Yes. 40:31,). Kepercayaan terhadap Tuhan adalah satu aspek

penting bagi kesihatan yang baik.

Kesimpulan

Meskipun kesemua lapan langkah kesihatan itu nampak mudah, namun ia cukup ampuh. Terapkan

amalan tersebut dalam kehidupan harian anda hari ini – dan lihat sendiri perbezaannya!