8 amalan terbaik (program ponteng).docx

6
PROGRAM “SERONOKNYA KE SEKOLAH” SMK TEBAKANG

Upload: siti-nadia

Post on 06-Nov-2015

65 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

PROGRAM

SERONOKNYA KE SEKOLAH

SMK TEBAKANG

1.0 PENDAHULUANPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para pelajar khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah. Tidak disangkal bahawa isu gejala sosial sekolah boleh menjadi landasan lencongan untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial lebih serius iaitu berunsur jenayah. Senario remaja sekolah yang pada mulanya hanya terbabit dengan isu gejala ponteng sekolah dan kemudian didapati sabit terlibat dengan kes-kes jenayah berat kerap berlaku.Sehubungan dengan itu, SMK Tebakang telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan beberapa program khas kepada pelajar yang sering ponteng ke sekolah. Pemilihan peserta untuk Program Kembali Ke Sekolah ini adalah berdasarkan rekod kehadiran murid ke sekolah yang kurang memuaskan.

2.0 MATLAMATProgram Kembali Ke Sekolah di bawah Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM) dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid yang telah melakukan kesalahan disiplin untuk melakukan perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh.

3.0 OBJEKTIF3.1 Membangunkan potensi diri murid.3.2 Meningkatkan disiplin diri murid.3.3 Mengubah tingkahlaku murid menjadi baik.3.4 Meningkatkan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan murid.

4.0 JAWATANKUASA KERJA/ PERSONALIA/ FASILITATOR

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Cikgu Carter Ballang Kapong (Pengetua SMK Tebakang)Naib Pengerusi: Cikgu Jeffeery anak Moreh (PK HEM)Setiausaha: Cikgu Siti Jauyah Binti Jaranee

Ahli Jawatankuasa: Fasilitator/Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah1) Cikgu Wan Nurul Huda Binti Wan Rodzlad2) Cikgu Haliza Binti Junaidi3) Cikgu Grace (Pelatih GBK)Penceramah Luar1. PDRM2. Jabatan Kebajikan Masyarakat3. Kaunselor TUNAS BAKTI

5.0 PENDEKATAN5.1 Pembahagian slot aktiviti LDK kepada setiap AJK 5.2 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang telah disediakan oleh Penyelaras. 5.3 LDK 1: Lerai Bendungan (Modul Sepatuku)5.4 LDK 2: Kenali Diri (Modul Projeksi Diri) 5.5 LDK 3: Menghargai Diri (Modul Air Dalam Kaca) 5.6 LDK 4: Perkembangan Diri (Modul Tolong Ingatkan Aku dan Self Talk) 5.7 SESI KAUNSELING KELOMPOK/INDIVIDU

6.0 ISI KANDUNGAN6.1 Program ini dianjurkan untuk murid-murid yang mempunyai rekod kehadiran yang kurang baik.6.2 Program ini melibatkan 4 aktiviti dalam kumpulan (LDK) iaitu Lerai Bedungan, Kenali Diri, Kenali Diri, Menghargai Diri dan Perkembangan Diri.6.3 Melibatkan guru-guru kaunseling SMKT sebagai fasilitator program ini. 7.0 PERBELANJAAN SEBENAR

Sijil dan Cendermata kepada penceramah= RM100Makanan dan minuman= RM200Jumlah= RM300

8.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh program yang dirancang bermula bulan MAC

9.0 KESIMPULAN DAN PENUTUPMelalui program ini, diharapkan dapat membantu para peserta sedar akan kepentingan kehadiran mereka ke sekolah dan bukan hanya sekadar menduduki peperiksaan sahaja. Justeru, pembangunan potensi diri peserta banyak diterapkan dalam aktiviti-aktiviti dalam kumpulan yang telah dijalankan. Kerjasama dua unit penting di sekolah iaitu Unit Bimbingan dan kaunseling dan Unit Disiplin diharapkan dapat memberi sinar baru kepada semua peserta dalam pembangunan potensi diri masing-masing. Disediakan oleh,.(SITI JAUYAH BINTI JARANEE ) Penyelaras Program

Disokong oleh,Disahkan oleh,

...( JEFFEERY ANAK MOREH )(CARTER BALLANG KAPONG)Penolong Kanan HEMPengetuaS.M.K TebakangS.M.K Tebakang

SMK TEBAKANG 2014STRATEGI TINDAKAN PROGRAM JOM KEMBALI KE SEKOLAH / ANTI PONTENG

BILAKTIVITISTRATEGITINDAKANTATACARA/KAEDAH

1. Kempen Kedatangan penuhKempen Ponteng SifarSemua warga sekolah Murid yang penuh kedatangannya dalam tempoh kempen dijalankan akan diberi (hadiah dan Sijil). Penilaian untuk anugerah akan dilakukan di setiap semester.

2. Pertandingan pembinaan Sudut IlmiahSudut IlmiahGuru KaunselingMurid yg ponteng Murid-murid akan diberi satu sudut dan perlu menyiapkan dalam tempoh masa tertentu.

3. Kursus MotivasiMotivasi Jati DiriGuru KaunselingMurid yg ponteng Dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

4. Ceramah Kesedaran kepada murid yg pontengCeramah Ponteng SifarGuru disiplinPentadbir sekolahGuru kaunselingMurid yg ponteng Penceramah luar /Pakar Motivasi. Ceramah berkaitan masalah ponteng sekolah dan kesan-kesan buruknya.

5. Program Mentor-menteeProgram Mentor-MenteeGuru disiplinGuru kaunselingMurid yg ponteng Setiap guru dikehendaki membimbing menteenya yang bermasalah. Perjumapaan diadakan secara berkala atau bila-bilamasa perlu. Guru akan mengumpulkan maklumat dengan menggunakan instrument yang disediakan.

6. Dialog dengan ibu bapaPermuafaktan Ibubapa Dan GuruPentadbir sekolahGuru disiplinGuru kelasGuru kaunselingMurid yg ponteng Adakan majlis dialog dengan ibu bapa berkaitan dengan masalah ponteng. Majlis dikendali oleh Guru Bimbingan sebagai moderator. Ahli panel tediri daripada Guru Besar, GPK HEM, Pakar Motivasi dan Pengerusi PIBG.

7. Pertandingan permainan dalamanJom Pergi Sekolah

Pentadbir sekolahGuru disiplinGuru kelasGuru kaunselingMurid yg ponteng Diadakan untuk murid-murid yang datang awal ke sekolah. Ia bertujuan memenuhi masa senggang murid-murid dengan aktiviti berfaedah. Dengan cara ini dapat menarik minat murid untuk sentiasa berada di sekolah pada waktunya.

8. Program gotong royong pelajar pontengSaya Sayang Sekolah Saya !Pentadbir sekolahGuru disiplinGuru kelasGuru kaunselingMurid yg ponteng Membersihkan kawasan sekolah mengikut kawasan yg ditentukan dan dibawah pengawasan mentor masing masing.

9. Majlis Penganugerahan Kempen Kedatangan PenuhMajlis Penganugerahan Kempen Kedatangan PenuhSemua warga sekolahMajlis ini diadakan pada setiap akhir semester persekolahan bagi menghargai murid-murid yang hadir sepenuhnya sepanjang semester tersebut.